April 23, 2017

Upline Shaklee Paling Hot Di Hulu Perak



Ini upline Feni dalam Shaklee. Bermula dengan Set Cantik secara konsisten dan hasilnya sekarang. Dulu nak mekap pun taknak sebab muka berminyak dan penuh dengan jerawat.

Setelah bertong-tong dan berbotol-botol amalkan suplemen Shaklee, alhamdulillah beransur pulih, lebih cantik dan gebu.

Kak Ina namanya. Tinggal di Gerik, Perak. Kalau di Gerik dan sekitar Hulu Perak, Kak Ina terkenal dengan panggilan Ina Gebu. Pengedar Shaklee paling hot di Gerik. 

Feni dulu tinggal di Gerik tapi setelah berkahwin kena ikut suami pindah ke Hulu Langat. Tapi bisnes Shaklee tetap jalan macam biasa. Coaching takde masalah sebab kami boleh je buat share dalam group.

Alhamdulillah sehingga hari ni Kak Ina selalu tolong Feni kalau ada customer Feni yang ada di Gerik minta order. Feni lepas kepada Kak Ina. Kak Ina sudi je tolong bantu anak-anak downlines dia.

So, kalau yang kat Hulu Perak boleh kontek Kak Ina Gebu untuk dapatkan suplemen Shaklee.

Ina Gebu, nombor yang boleh dihubungi +6013-5979378




April 22, 2017

Misi Belum Berjaya

Bulan ni target nak tulis blog 50 entry untuk blog buat duit Blog Safeni Feni, So far sampai takat ni dah 27 entry dah siap. Lagi 23 entry nak tulis. Planning dah ada cuma masa je yang tak boleh buat lagi. Tinggal 8 hari hari ni.

Bermakna dalam sehari kena update minimum 3 entry untuk cukupkan 50. Semoga Mak Jemah kuat dan banyak idea nak tulis.

Kena korbankan masa tidur la lepas ni. Takde masa nak relaks2 la pas ni. Time rehat pun kene pulun tulis blog.

Setakat ni dah banyak orang datang ke blog Mak Jemah. Syukur sangat sebab memang buat blog tu untuk cari customer.

Rasa lebih tersusun dan best jer bila boleh share di blog.

7 Kebaikan Senaman Berjalan Kaki Untuk Ibu Hamil


Saiz perut yang semakin membesar membuatkan ibu hamil jarang bergerak. Ibu perlu lebih rajin melakukan senaman berjalan kaki kerana banyak manfaatnya. Mengambil masa antara 20 hingga 25 minit sehari sudah cukup membantu ibu supaya lebih cergas dan sihat.

Antara kebaikan senaman berjalan kaki untuk ibu hamil ialah :-

1. Membantu ibu mengekalkan berat badan yang sihat disamping mengelakkan penyakit diabetis dikalangan ibu hamil.

2. Memberikan tenaga kerana berjalan kaki mampu membuatkan ibu berasa cergas dan aktif.

3. Mengurangkan tekanan ketika hamil. Bersenam mampu mengelakkan ibu berasa stress kerana berjalan di taman mampu memberikan perasaan aman dan tenang disamping menghirup udara segar.

4. Tidur dengan lena. Ibu yang rajin melakukan senaman lebih mudah tidur berbanding ibu yang kurang melakukan senaman.

5. Ibu akan berasa lebih sihat dan bersemangat untuk proses bersalin nanti.

6. Ibu aktif membantu anak menjadi aktif. Berjalan sambil berborak dengan si manja dalam kandungan membantu merangsang otak bayi.

7. Memudahkan proses bersalin. Selalunya bila berada di dalam wad untuk bersalin. Doktor akan menyarankan supaya ibu berjalan-jalan sekitar wad supaya proses bersalin mudah.

April 21, 2017

Suplemen Untuk Kurangkan Kesakitan Tulang

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi mudah rapuh dan risiko osteoporosis. Pengambilan suplemen kalsium yang betul dapat membantu mengatasi masalah kekurangan kalsium. Kalsium sangat penting untuk mengelakkan badan menjadi lenguh.

Jom kita tengok Kebaikan Ostematrix yang membantu masalah tulang yang rapuh.









Bagi mereka yang kurang atau tak suka minum susu, namun untuk mencukupkan keperluan kalsium harian boleh mengamalkan Ostematrix sebagai pengganti. Ini kerana 1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Ambil satu tablet setiap malam sebelum tidur boleh mengelakkan kekejangan kaki sewaktu tidur.

Pengambilan yang konsisten membantu dalam mengurangkan masalah osteoporosis dikalangan mereka yang sudah berumur.

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 20, 2017

6 Manfaat Berbengkung Untuk Ibu Bersalin Supaya Kekal Sihat dan Kembali Cantik



Assalamuaikum semua.

Berbengkung semasa dalam pantang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kini berbengkung bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu malah kaum lain di Malaysia juga sudah celik tentang amalan berbengkung. 

Sekarang ini tak susah untuk mendapatkan bengkung yang sesuai untuk dipakai semasa dalam pantang sama ada bengkung moden atau tradisional.

Antara manfaat berbengkung ialah :-

1. Mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat secara semulajadi.

2. Menjaga postur tubuh yang baik semasa menyusukan bayi.

3. Membantu memecahkan lemak dan mengelakkan selulit.

4. Melindungi organ dalaman serta membantu mengecutkan rahim kembali kepada kedudukan asal.

5. Meratakan dan mengempiskan perut supaya nampak lebih ramping.

6. Mengurangkan berat badan kerana berbengkung membantu mendisiplinkan diri dari terlebih makan.

Banyak lagi manfaat berbengkung sekiranya diamalkan dengan disiplin. Bukan sahaja mengembalikan bentuk badan yang cantik malah kesihatan dalaman juga terjaga. Jangan tinggalkan amalan berbengkung kerana hasilnya memang menberikan impak yang hebat untuk bentuk tubuh serta kesihatan.


5 CARA NUTRIWHITE BEKERJA UNTUK MENGEMBALIKAN KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK



NutriWhite adalah Produk Kecantikan Kulit yang selamat untuk digunakan sesuai untuk orang Asia. Dihasilkan daripada 16 ramuan botani yang mujarab untuk mencantikkan kulit dengan selamat.

Bagaimana NutriWhite bekerja ?

1. Menghalang daripada pancaran sinaran matahari serta melindungi kulit daripada menjadi gelap dan kusam.

2. Mengurangkan rupa pigmentasi dan mencegah jeragat jauh ke dalam lapisan kulit.

3. Menyekat pigmen gelap dari sel-sel kulit asa daripada memindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam.

4. Mencerah kulit setelah membersih dan membuang sel-sel kulit mati. Menghasilkan kulit lebih cerah.

5. Memperbaharui sel-sel kulit untuk menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

TESTIMONI NUTRIWHITE

1.  MELEMBABKAN KULIT



2. MENGURANGKAN KULIT BERMINYAK


 3. MENCANTIKKAN KULIT





4. MENGHILANGKAN BINTIK HITAM DAN PUTIH




5. MEMULIHKAN SUNBURN


 6. MENYEGARKAN KULIT



 

7. MENGECUTKAN JERAWAT 




Berbaloi sangat menggunakan SET NUTRIWHITE ni sebabnya boleh tahan sehingga hampir setahun ikut kegunaanlah. Mak Jemah guna sikit saja sebab letak sikit pun dah berbuih dengan banyak.

Penggunaan yang sungguh menjimatkan.

Jangan lupa hubungi Feni untuk dapatkan SET NUTRIWHITE anda.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...