April 28, 2020

PKP Day 42 Bersamaan Dengan 5 Ramadhan

Ya Allah lama Kak Feni tak buka blog ni. Last update PKP day 36 bermakna 7 hari dah tak update sebabnya banyak alasan lah. Ditambah dengan awal hari tu Kak Feni tak berapa sihat nak menulis nak tengok pc dan handphone pun macam sakit kepala sangat. Alhamdulillah kesihatan dan bertambah baik dan dapat nikmati bulan Ramadhan yang mulia ni. Terima kasih ya Allah sebab masih memberikan peluang yang indah ini.

Menghirup udara yang segar dan bernafas dibumi bertuah Malaysia ini, sungguh nikmat apakah lagi yang nak aku dustakan ?

Lama aku skip menulis sebab setelkan urusan media sosial yang lain seperti wasap dan facebook. Duduk rumah ni bukan boleh fokus sangat buat kerja sebab banyak gangguan. Sekejap reply wasap sekejap tengok fb reply komen sampaikan blog kesayanganku ini terabai. Maafkanlah diriku yang leka ni.

Tambah pula sekarang ni musim PKP tak tahu nak buat apa gatai tangan pergi download apps LA Novel dan tersarunglah juga membaca sampai tak ingat dunia. Pukul 4 petang baru start masak takpun lepas solat asar. Duduk rumah mak mertua tak balik-balik pun rumah sendiri. Haha padahal satu taman je pun. 


PKP dah disambung sampai 12 Mei 2020. Nak kerja masih tak boleh dan hanya boleh kerja dari rumah.

Bulan puasa ni aktiviti post makanan dikurangkan dan akan dipost semasa masak dan waktu selepas berbuka puasa. InshaAllah.








April 22, 2020

PKP Day 36 | Selesai Daftar Sekolah Agama Adik Rayyan Secara Online



Musim PKP ni semuanya kena buat online. Kerja pun kena buat online. Sebenarnya sebelum PKP ni dah Kak Feni dah sediakan segala dokumen untuk daftar sekolah Adik Rayyan tapi tertangguh sebab PKP. Nasib baik Abang Aus dah darjah 2 dan ada group sekolah Agama. Apa-apa info ustazah dan ustaz akan info dalam group.

Segala kerja sekolah dan latihan ustaz dan ustazah akan bagi melalui group wasap. Mula-mula cuti hari tu Abang Aus semangat juga nak buat kerja. Ni dah lama ni nampak makin taknak belajar. Ummi pun jadi mak kau hijau.

Lepas PKP ni kena pergi sahkan pendaftaran di sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, tahun lepas dah daftar dan bulan 8 nanti kena pergi sekolah untuk sahkan pendaftaran. 

Tahun ni banyak benda yang tergendala. Semua orang terkesan dengan semua ni. Bukan kita sahaja malah seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar semuanya baik-baik saja. InshaAllah.


April 20, 2020

PKP Day 34 | Kak Feni Kurang Sihat

Semalam skip menulis sebab kurang sihat. Rasa macam nak baring je dan hari ni kisahnya bersambung sampai ke petang. Malam ni alhamdulillah bertambah baik. Duduk rumah dengan anak-anak kena banyak bersabar dan bertahan sebabnya kita bukan boleh rehat dengan sempurna. Tengah baring sedap-sedap, anak kejut nak makan, nak minum, nak berak, nak kencing dan berbagai lagilah. 

Dah 34 hari kita kena berkurung dalam rumah kan. Hari ni adalah hari pertama yang tiada kematian. Alhamdulillah.


Semoga perkembangan baik ini akan berterusan. Sama-sama kita doakan.

Kak Feni ada apply loan bank untuk beli rumah tapi bank nak pay slip. Sebulan lebih dah tak masuk pejabat ni macam mana nak dapatkan payslip. Semuanya HR yang buat sebab company kami tak buat online. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya baik-baik sahaja nanti. Pegawai bank tu yang datang hantar dan ambil borang di rumah.

Hari ni takde photo menu PKP day 34 sebab Kak Feni tak larat nak ambil gambar tadi. Lepas siap masak terus ajak anak-anak makan. Lepas makan terus baring dan tidur. Tak larat sungguh rasanya hari ni. 

Semoga kita terus tenang dan stay at home. Kita jaga kita dan buat apa yang Allah suka. 


April 18, 2020

PKP Day 32 | Nak Berniaga Hasil Laut Pulau Pangkor Pula

Hari ni dah 18 hb April 2020 dah bersamaan hari ke 32 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan Malaysia arahkan. Masuk fasa ke 3 dah ni. Hari ni macam biasa masak, makan lepas tu tidur. Takde apa dah nak dibuatnya. Kalau ada order masuk reply wasap dan buat order. Tu jela kerja Kak feni dalam musim PKP ni.


 Selain memasak, makan dan tidur. Hobi baru Kak feni ialah mengedit dan post ke dalam instagram dan juga blog segala masakan yang Kak Feni buat. Haha dah takde kerja. Kita carilah kerja. Nak buat kek, biskut atau kuih muih memang tak minat tapi minat makan. Buat pun kalau anak-anak nak makan. Terpaksalah google segala resepi kalau nak buat. Google screenshoot lepastu suruh husband beli bahan. Kadang-kadang jadi kadang-kadang rasa nak campak. Huhu

Hari  ni Kak Feni dah mula berniaga hasil laut Pulau Pangkor. Hasil lautnya adalah seperti dalam gambar dan harga pun dah disertakan sekali.









Risau nak keluar susah untuk mendapatkan hasil laut kering ni bolehlah order dengan Kak Feni. Kita pos terus ke rumah anda. Ada caj pos ikut berat. Tak lama lagi nak sambut Ramadhan kan jadi eloklah simpan bahan makanan laut yang kering untuk stok harian. 

Untuk order hubungi 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:


April 17, 2020

PKP Day 31 | Masak Makan Apa Yang Ada

Musim ni nak bermewah sangat tak boleh. Tambah-tambah lagi dengan keadaan sekarang. Kerja pun tak tahu boleh sambung ke tak. Kadang-kadang terbit juga rasa risau kalau tiba-tiba bos suruh jangan datang kerja. Dah sebulan duduk rumah ni. Mujur juga update netry pasal PKP ni jadi tahulah dah hari yang ke berapa. Kalau tak hari pun dah tak ingat.



Masak simple je ikan rebus goreng, ikan gulai masam, tauge dengan daun bawang serta timun jepun senget benget. Rezeki harini. Anak Kak Feni suka kuah gulai masam tu. Makan nasi dengan kuah gulai masam tambah kicap. Yang kecik tu suka makan. Yang besar tu tak nak makan nasi jadi kita buat roti telur untuk beliau.



Haha roti telur mudah dan simple tak payah nak potong bagai. Pecah telur letak black and white pepper sikit kacau rata celup dengan roti dan goreng. Anak pun kenyang. Musim PKP ni kita jangan membazir sebab kita maksimumkan apa yang ada. Anak-anak ada juga request nak makan pizza lah burger lah. Musim ni nak order je bukan dia weii. Nak buat sendiri pulak kena keluar pergi beli bahan. Guna jela apa yang ada. nak makan sedap kita tunggu abah dapat gaji kita minta abah belanja sikit. Hehe

Ummi dah sebulan lebih tak pergi kerja ni sejak kena PKP. Rasa rindu dah dengan tempat kerja. Harapnya dunia akan pulih seperti sedia kala dan kita akan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amin.



April 16, 2020

PKP Day 30 | Mula Post Pasal Masak & Lauk Lagi

Haha tak tahu nak buat apa. Kita cancel jela yang entry taknak post pasal entry makan tu je. Positif je. 

Masak apa tu hari  ni?

Kak Feni masak sambal sotong, sayur kobis tumis kicap, telur dadar dan kari telur baki semalam yang tak habis.



Semalam mak mertua Kak Feni beli sotong dengan lori yang jual makanan laut tu. Sebelum ni kami beli dekat kedai runcit kat depan tu je. Ni bila ada orang datang jual, beli teruslah. Selama musim PKP ni, kami langsung tak keluar ke pasaraya. Segala keperluan kami buat senarai dan suami Kak feni yang akan beli masa on the way balik kerja atau sebelum pergi kerja. Kadang-kadang ayah mertua Kak Feni yang beli kalau suami Kak Feni tak sempat.

Mak mertua Kak Feni tak bagi dia keluar sebab bila dia balik dia taknak mandi. Hahaha kadang-kadang nak gelak pun ada. Bila dah berumur macam tu lah. 

Lepas siap semua menu makan tengahari merangkap makan malam sekali. Kak Feni buat ikan rebus untuk goreng malam karang.


Kelmarin Kak Feni buat ikan rebus ni 4 ekor. Ikan kecil-kecil. Letak dalam peti ais semalam. Semalam tengahari baru masak. Mak dengan ayah mertua Kak Feni suka sebab tak masin sangat. Memang Kak Feni letak garam sikit je sebab takut masin. Kalau beli ikan kukus kat pasar tu kan selalunya masin dan hancur. Kak Feni tak suka sebab kalau beli yang tu dia tak buang isi perutnya. Kalau mek Kak Feni kat kampung cukup marah kalau beli ikan kukus tu. Dia kata kurang bersih sebab tak buang isi perut ikan.

Mudah sangat nak buat ikan rebus ni. Basuh ikan bersih-bersih. Susun dalam periuk. Letak asam keping letak garam. Letak air agak-agak tenggelam. Kak Feni buat tak tenggelam sangat sebab wap air tu naik akan buat ikan tu masak juga. Letak atas dapur buka api perlahan. Agak-agak nampak ikan tu dah masak tutup api sejukkan. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti. Nak masak ambil.

Mek Kak Feni suka kalau nak buat gulai lemak ke, nak goreng ke nak buat sambal letak dalam budu ke guna ikan rebus ni. Lepas ni kami tak beli ikan kukus yang tak dibuang perut lagi. Buat sendiri lebih bersih dan lebih sihat. 

Sementara tak puasa lagi ni kita masak dan makan jela ye. Esok nak masak apa pula gaisss ????




April 15, 2020

PKP Day 29 | Jom Mula Niaga Online

Esok dah 30 hari kita dalam PKP dan masuk fasa ke 3. Dalam keadaan ni ramai yang dah mulakan berniaga guna akaun media sosial masing-masing. Alhamdulillah sama-sama kita usaha dan cari pendapatan yang boleh menampung perbelanjaan hidup.

Bagi yang sedang mencari peluang bisnes online yang tak perlu risau nak pos barang dan juga simpan stok atau modal yang banyak boleh join keahlian Shaklee.



Kita buka kedai online kita hanya dengan menggunakan handphone atau pc yang ada di rumah je. Janji ada internet dan kemahuan. InshaAllah pasti boleh. Masa yang sangat fleksibel untuk mereka yang kena duduk rumah musim PKP ni. Segala urusan bungkus dan pos diuruskan oleh pihak HQ. Kita tak perlu pening nak keluar dan simpan stok. 

Lebih kurang macam dropshiplah tapi yang ni semuanya terus masuk akaun bank kita. Untung dan bonus kita akan dapat terus.


Susuk rumah sambil jana pendapatan siapa yang taknak memang rugi. Sambil-sambil kita makan suplemen dan guna produk Shaklee, kita share dengan orang lain kita dapat jana pendapatan yang tanpa batasan. 

Kita akan sentiasa menyokong segala saranan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia agar sentiasa duduk di rumah untuk memutuskan rantaian virus Covid-19.


 Untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee boleh terus KLIK SINI

Untuk tempahan Produk Shaklee sila hubungi 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:


April 14, 2020

Produk Shaklee Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan


Umum sedang mengalami masalah mencegah virus covid-19 yang sedang melanda dunia hari ni. Ramai yang mencari solusi untuk menguatkan sistem imun badan untuk tujuan mencegah penyakit berjangkit berlaku. Macam-macam cara yang pihak kerajaan sarankan agar lebih selamat iaitu dengan kerap mencuci tangan sebagai langkah mencegah.

Jom Kak Feni kongsikan produk Shaklee yang membantu dalam meningkatkan sistem imun.

1. Chewable-C Plus


Vitamin C ini sesuai untuk anak-anak sebab rasanya yang masam-masam manis dan boleh dikunyah oleh anak-anak.  Ia membantu kuatkan antibodi anak agar dapat melawan jangkitan dan juga virus. Chewable -C Plus ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, malah orang dewasa pun boleh amalkannya setiap hari. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu meningkatkan sistem imun dan perisai untuk kekal sihat.

2. Sustained Vita-C Plus


Yang ini sesuai untuk orang dewasa. Pengambilan secara konsisten membantu menguatkan antibodi. Doktor juga menyarankan agar mengambil suplement vitamin C sebagai salah satu cara kuatkan antibodi. Namun harus diingatkan bahawa vitamin C haruslah daripada sumber yang semulajadi dan selamat. Pastikan selamat baru beli dan amalkan.

3. Nutriferon



Ianya satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

4. Basic H


Basic H adalah cecair pembersih yang sesuai dijadikan sebagai hand sanitizer dan juga bahan pencuci untuk membersihkan barang kegunaan harian. 








Untuk tempahan sila hubungi 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:

April 13, 2020

PKP Day 27 | Apa Khabar Semua ?

Alhamdulillah dah nak masuk sebulan dah kita dalam tempoh PKP. Untuk kebaikan bersama takpelah ye. Kita sama-sama tabah dan berdoa agar semuanya baik-baik saja dan kembali pulih seperti biasa.

Harini Kak Feni dapat selesaikan order untuk customer Kak Feni yang memang selalu repeat order produk Shaklee. Musim ni memang orang amat menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Selain menjaga kebersihan diri pengambilan suplemen yang betul juga boleh membantu meningkatkan kualiti kesihatan kita.


Baru je selesai buat order Ostematrix dan Alfalfa Shaklee. Ostematrix ni untuk masalah kebas-kebas kaki dan Alfalfa untuk masalah resdung yang kritikal. Nak tidur malam pun tak selesa. Bangun pagi pulak asyik bersin dan mata pun berair.

Nak tahu lanjut pasal Kebaikan Ostematrix boleh klik sini. Untuk tahu Kebaikan Alfalfa Shaklee boleh Klik Sini

Harini Kak Feni masak nasi goreng je untuk makan tengahari dan mee goreng untuk makan malam. Nasib malam ni mee goreng pedasnya terlebih. Anak-anak tak boleh makan. Makanya ummi kena buat menu lain untuk anak-anak. Buatlah roti salut telur 4 keping untuk diorang. Abang Aus 2 keping dan Adik Rayyan 2 keping. Cukuplah makan malam kami.

Mee goreng ni husband Kak feni yang request nak makan. Semalam balik kerja dia singgah beli barang yang telah disenaraikan oleh Kak Feni. Alhamdulillah ada semua lengkap apa yang Kak Feni senaraikan. Jadi petang tadi Kak Feni pun mulakan proses memasak mee goreng. Haha mee goreng je pun tapi dia punya riuh sekampung. Maklumlak musim PKP ni tiba-tiba jadi terer memasak.

Dah siap masak tiba-tiba husband wasap cakap kena hantar pekerja ke Sepang. Balik mungkin lewat. Hurmm takpelah nak buat macam mana kan dah kerja. Nasib masih ada kerja. Huhuhu





April 12, 2020

PKP Day 26 | Hari Ahad Pun Husband I Kena Kerja

Hari ni hari Ahad yang sungguh indah dan bahagia sebabnya macam biasa sama macam hari-hari yang sebelum ni. #StayAtHome dan lepak dengan anak-anak sambil layan gaduh. Kadang-kadang dengar juga suara mak kau hijau bila ada yang tak dengar cakap.

Hari ni macam biasa husband kena kerja walaupun hari Ahad. Musim PKP ni tak boleh nak cuti sangat dia kata sebab tak cukup staff. Kita pun redha jelah kan. Baik kerja lah dari duduk rumah pun tak boleh buat apa. 

Kita yang dapat cuti ni syukur lah boleh lepak-lepak enjoy dan tidur je di rumah dengan anak-anak. 

Hari ni dapat order Vitamin Shaklee. Alhamdulillah bila order masuk online je semuanya. Tunggu hq pos. Tugas kita update je no tracking kepada customer. 

Musim ni kena inform customer yang barang mungkin sampai lambat dari hari biasa sebabnya ramai yang beli online. Jadi kena faham kalau lambat. 

Semua kurier service alami masalah yang sama jugak. Bukan kita seorang. 




Promosi Shaklee sempena nak sambut bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah takde masalah untuk kekal cergas sepanjang hari dengan minuman berkhasiat Shaklee. Sebenarnya promosi ni dah start dari 15 Mac 2020 lagi tapi Kak Feni hanya update di ig dan fb. Alhamdulillah permintaan terhadapnya memang memberangsangkan. Maklumlah nak puasa ganti ni kan. Baik minum minuman yang sihat dan memberikan tenaga. Walaupun kita duduk rumah di musim PKP ni. Kena tetap positif dan kekal cergas untuk menguruskan hal rumah tangga. Nak-nak pulak dengan anak-anak yang ramai. Kalau lemau-lemau boleh hilang mood dan kemurungan. Haha

Okeylah taknak cerita banyak kalau ada yang join order boleh terus kontek Kak Feni ya. 

Untuk tempahan sila 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:



April 11, 2020

Bila Seller Shopee Buat Hal - Ku Order Lain, Lain Yang Sampai - PKP Day 25

Musim PKP ni macam-macam hal. Hari tu order periuk steamer untuk customer di Shopee. 2 periuk steamr tapi yang sampainya 2 power bank. Aduii pening juga fikir. Cuba contact seller untuk dapatkan kepastian kot-kot dia tersalah hantar ke  macam macam. Dari 7 hb Kak feni mesej dia guna chat yang ada di shopee tu. Sampai hari ni dia tak reply makanya terpaksa buat bad review lah.

Boleh saja nak minta refund tapi malas nak keluar pergi post balik benda tu. Terima jela powerbank tu. 



Kak Feni kalau boleh keluar boleh jer pergi HKL tu uruskan pos. Masalahnya ni tak boleh keluar. 

Hari ni kita buat bad review bukan nak jatuhkan sape-sape sebab kak feni pun seller juga. Kalau dia reply bagitahu masalah apa kita pun sejuk hati. Benda boleh settle. Bila Kak Feni post di fb pasal ni ramai yang suruh refund tapi refund pun kena ada term & conditionnya. Kita kena return balik barang kepada seller. Musim PKP ni nak keluar return kan masalah. Orang order online sebab taknak keluar. Haduiii.

Kalau order untuk diri sendiri takpe juga. Ni order untuk orang lain. Yang terima tu bukan tahu kadang-kadang orang tua. Mana lah reti nak bungkus dan pos balik. 

Haishh macam ni lah nasib personal shoper macam Kak Feni ni. Kadang-kadang nak dapat satu-satu job pun susah. Untung pun bukan banyak. Tapi masalah yang banyak kena hadap. Takpelah dah rezeki kita macam ni kan. Musim PKP ni kena banyak sabar sebab Allah sayang. InshaAllah.

Tak pernah kena lagi macam ni. Selalu tengok orang lain yang kena, kali ni kita yang kena. Haha sabar jela.


April 10, 2020

Day 24 | Perintah Kawalan Pergerakan

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan dah kita #stayathome ye? Kita jelah yang kena duduk rumah. Rasa putih dah kulit ni sebab tak kena cahaya matahari. Untuk frontliner dan mereka yang kena keluar untuk bertugas Kak Feni salute dan bersyukur sebab mempunyai mereka yang sudi bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab. Alhamdulillah.

Menghitung hari agar semuanya kembali pulih. Kami nak balik kampung nak tengok Tokmek. Kami rindu dan tersangat rindu. Huhu semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Semalam petang Kak Feni buat agar-agar bandung. Menjadi boleh buat makan.

Tadi Scroll fb nampaklah posting ni di fb. 




Kak Feni dah takde modal nak buat entry sebab hari-hari tugas memasak di rumah ni. Huhu bukan niat nak menunjuk atau riak. Kalau kita ambil yang positif inshaAllah akan baik-baik saja. Hidup ni jangan negatif sangat. Tapi takpelah sahut jugalah cabaran no posting of food challenge for 15 days. Jadinya Kak Feni kena stop post pasal makanan sehingga 24 April 2020. 24 April tu dah masuk 1 Ramadhan. Takpelah yang positif kita ambil dan buang negatif. Yang mana baik kita follow.

Petang ni ada pengumuman baru pukul 4.00. Jadi sama-samalah kita tengok apakah keputusannya. Adakah tempoh PKP ini akan dilanjutkan atau sebaliknya? Mental ini dah bersedia kalau tempoh PKP ini akan disambung cuma sekarang ni dok fikir nak buat apa dalam tempoh PKP ni.

Bisnes online Shaklee masih on macam biasa sebab semua produknya HQ yang post. Cuma produk FFD ni je yang Kak Feni tak boleh nak keluar. Nak harapkan husband pulak dia pun kalut dan serabut perut dengan kerja dia. Kita pulak nak tambah beban baik tak payah. Dari elok terus jadi gaduh tak payah la weiii. Haduii jeng jugak kepala ni mikir.

Duit nak tapi malas. Hahahahaaha takpelah Kak feni akan fokus kepada Shaklee jela kot. InshaAllah ada lah rezeki Allah bagi.





April 9, 2020

Day 23 | Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Harin dah 2 hari kita #stayathome dan bersama dengan anak-anak kan ? Dengarnya tempoh PKP akan dilanjutkan lagi. Tak mengapalah asalkan untuk kebaikan bersama. 

Makin hari makin banyak pusat kuarantin yang kerajaan buka bagi membendung wabak covid-19 ni. Kita sebagai rakyat marhean ni kenalah bagi kerjasama dengan ikut dan patuh dengan segala arahaan yang pihak berkuasa keluarkan.

Masak apa Kak Feni hari ni?



Masak makanan orang kampung. Sambal ikan, ikan goreng, kacang buncis tumis, celur pucuk ubi dan juga sambal belacan. Alhamdulillah bak kata PM kita selagi ada makanan di atas meja untuk keluarga. Makan untuk kenyang dan mencukupkan keperluan bukan kehendak. Nak mewah-mewah kita tunggu keadaan baik sikit. InshaAllah semuanya akan baik-baik.

Bila tengok facebook ada mahasiswa yang merungut tentang makanan yang mereka terima. Allahuakbar terbit rasa sedih hati. Belajarlah bersyukur dengan nikmat yang Allah sedang berikan kepada kita. Tak semua orang bertuah dan beruntung macam kita.

Semalam order ayam untuk mak Kak Feni dikampung. Bila call tanya susah ke nak dapat bekalan makanan ? Dia cakap ikan mudah. Nak beli ayam kena keluar jauh. Musim PKP ni mana boleh keluar sangat kan. 



Alhamdulillah hari ni seller yang COD ayam tu hantar gambar tokmek di kampung. Walaupun tak berapa nak clear terubat juga rindu ni. Terima kasih kepada seller ni sebab memudahkan urusan. Kami di perantauan hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik saja.



April 8, 2020

Day 22 : Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Hari ni ni rasa rajin sikit nak masak special. Eh special ke ? Ikan siakap masak stim ghitew. Ikan potong 2 sebab ikan besar dan kami tak ramai. Musim PKP ni kena jimat cermat. Guna je apa yang ada.


Menu hari ni ikan siakap masak stim walaupun bahan-bahan tak cukup boleh lah nak makan. Ikan goreng untuk mak ayah mesti ada dan juga sayur labu air tumis. Simple. Untuk anak-anak ummi goreng ayam baki semalam dan juga panaskan kari ayam semalam yang tinggal 2 ketul simpan dalam peti.

Petang ni ingat nak buat donut lagi untuk minum petang. InshaAllah menjadi. First time buat hari  keras sebab terlebih letak merjerin. Tapi masih boleh makan sampai habis.

Hari ni dapat mangga asam boi. Husband Kak Feni order online. 




Ingat duduk rumah boleh jimat ke ? Haha lagi bertambah duit habis sebab semuanya boleh order secara online. Musim ni kalau berniaga secara online memang laris sebab ramai orang tak boleh keluar. Alhamdulillah merasa juga kami makan mangga asam boi ni. Harga RM12 + kos COD RM5. Jadi RM17 semuanya. Sama-sama kita sapot mereka yang berusaha keras untuk menjana pendapatan dalam musim PKP ni.

Teruskan duduk rumah dan putuskan rangkaian Covid-19. Terus berdoa agar dunia ini kembali pulih dan kita boleh jumpa dengan semua orang yang kita sayang. 



April 7, 2020

Day 21 | Perintah Kawalan Pergerakan

Haiiii semuaaa. Apa khabar tu ?

Semalam skip menaip day 19 dan 20 sebab entry pendek sangat. Tengahari semalam kami satu family makan nasi goreng je. Malam pulak tak tahu nak masak apa kami mengambil keputusan untuk makan megi kari sahaja. Haha satu family termasuk mak dengan ayah mentua Kak Feni makan megi jer. Janji kenyang perut.

Hari ni rasa rajin sikit masak kari ayam, bayam rebus, ikan dan ayam goreng.




Rezeki untuk keluarga hari ni. Esok kita fikir lain nak masak apa. Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita duduk rumah dan hadap PKP kan ? Mula-mula rasa tepu jugak otak ni. Sekarang macam seronok pulak sebab boleh masak macam-macam. Try buat donut, puding karamel dan esok nak try buat agar-agar santan tu kalau jadi. Hahaha resepi kena google dulu.

Korang dah dapat ke bantun prihatin tu ? Kak Feni tak masuk lagi. Gaji bulan Mac pun tak clear lagi. Nak bayar sewa rumah dan segala hutang ni. Mujurlah tuan rumah faham gaji lambat clear bulan ni. Bank tutup semua urusan pakai mesin je. Kalau guna kaunter terus dapat. Ni pakai mesin ambil masa 3 hari pula.

Macam mana lah kita lepas ni ya ?

Haiii ngeri nak fikir. Takpelah sama-samalah kita doakan semuanya baik-baik. Kita jaga kita.

April 4, 2020

Day 18 | Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ni ada order produk FFD masuk tapi terpaksa cancel sebab Kak Feni tak berani nak keluar pergi pos barang. Untuk produk FFD Kak Feni terpaksa hold sementara dulu sebabnya masalah nak pos. Berada dalam kawasan Red Zone bukan sesuatu yang mudah. Nak keluar pun tak boleh dengan anak-anak yang kecil ni. Nampak kita bersiap diorang pun sama naik nak ikut.

Takpelah rezeki lain akan datang nanti. Allah menguji hambaNya ikut kemampuan.

Hari ni buka tutup buka tutup pc ni nak isi borang BPN tu tapi hampeh semuanya error. Serabutnya rasa. Nak isi untuk kakak dengan anak buah Kak Feni. Lastly kakak Kak Feni yang duduk di Manjung tu yang boleh buat. Apa hal tak tahu takkan lah red zone juga kot. Online je kan. Huhu





Sementara PKP ni kita post entry pasal makan jela ye. Haha sebab tak tahu nak share pasal apa. Menu hari ni simple je. Kobis masak kicap, ikan sambal dan ikan goreng. Malam tambah dengan ikan masin goreng. Esok tak tahu nak masak apa.

Isnin ni nak puasa lagi sebab makan pun dah kurang selera. Baiklah berpuasa, dapat juga pahala. Lagi 10 hari nak hadap PKP ni. Semoga keadaan bertambah baik dan terus baik agar kami boleh balik kampung. Nak jumpa mek. Lama sangat dah tak dapat balik kampung. 


Segmen Bloglist Blogbabyshambles



Hari ni jalan-jalan di blog sahabat terjumpa segmen ni. Jomlah kita join sebab syaratnya mudah je. Jom sapot. Klik banner untuk join. 

April 3, 2020

Day 17 | Perintah Kawalan Pergerakan

Dok rumah handphone asyik kena hijack dengan anak-anak je. Nak buat order pun susah. Tahulah wei nak suruh buat kerja sekolah sokmo pun nye muntah hijau pulak anak-anak. Selain makan dan tidur tengok handphone adalah satu aktiviti penting kami 3 beranak.

Hari yang ke 17 ni alhamdulillah badan pun semakin sihat walafiat dan gembira selalu. 



Hari ni masak menu ikan goreng, tempe goreng, masak lemak putih tauge, sambal belacan, telur mata kerbau untuk anak-anak dan sambal belacan yang direquest oleh opah. Alhamdulillah cukup hidangan hari ni. Esok tak tahu nak masak apa pulak. Anak-anak asyik tanya KFC ada delivery ke ummi ? Ummi nye tak reti nak order pakai grab tu. Ummi cakap nanti kalau ada ayam ummi masak buat ayam goreng KFC. Hahaha malasnya la hai nak google cara nak order guna grabfood tu. Kang sekali order lama nye minta lagi dan lagi. Dahla musim covid ni kena jimat cermat.

Gaji ummi pun minggu depan baru clear. Banyak benda yang tak settle lagi ni. Alhamdulillah nak hidup 2 3 hari ni ada la juga bekalan. Kerja siang malam untuk hidup je. Semoga semua nya baik-baik je. Kita rasa kita susah ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Kak Feni ada juga order barang secara online dan alhamdulillah sampai je di rumah ni walaupun kawasan sini dah Red Zone. Belum fully lockdown. Masih boleh keluar ke kedai runcit untuk dapatkan barang keperluan. Sini hari-hari dengar bunyi ambulance dan polis. Dengarnya hari ni pun masih ada 44 orang pelajar tahfiz yang diambil untuk ke pusat kuarantin. Semoga semuanya baik-baik. Jaga kesihatan dan jaga kebersihan.

#StayAtHome


April 2, 2020

Day 16 | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ni bangun awal bersiap untuk sediakan sarapan husband. Haha sejak husband boleh balik hari-hari ni hari ni baru rajin nak buat sarapan. Tu pun dia nak makan nasi goreng. Selalu dia taknak makan sebab kat tempat kerja ada sedia makan. Hari ni kita pun buat-buat rajinlah sebab husband nak makan kan. Hahaha

Makanya pagi ni siaplah semangkuk besar nasi goreng bodo untuk family. Alhamdulillah licin semuanya.

Tengahari masak makan tengari macam biasa untuk keluarga. Menu hari ni sambal sardin, telur dadar dan juga kangkung rebus. Cukuplah untuk isi perut.

Semalam kan teringin nak buat puding karamel tapi esen vanila takde jadi kena postpone. Hari ni dah ada semua bahan-bahannya maka terjadilah puding karamel Kak Feni. Resepi ikut kat youtube. Hehe





Lepas sejukkan dalam peti, alahai nikmatnya rasa. Mudahnya nak buat benda ni. Sedap pun sedap (eh terpuji diri sendiri pulak). Sebelum ni kalau nak makan puding ni mesti beli sebab tak pandai dan tak berkeyakinan nak membuatnya. Sebab selalu dengar cakap orang sama. Kalau tak jadi buang saja. Hanyirlah apa lah.

Hari ni sebab tak boleh keluar rumah nak makan tak tahu nak buat apa. Makanya terjadilah puding karamel Kak Feni. Favourite husband Kak Feni. Balik kerja kang biar dia rasa sedap ke tak bini dia buat. Hahahaha.

Bulan puasa ni kalau ada rezeki kita buat lagi puding ni. Kalau takde orang nak makan, biar Kak Feni makan sendiri. 

April 1, 2020

Day 15 | Tempoh Kawalan Pergerakan PKP

Apa khabar hari ni semua ? Masih baik ? Masih okey ? Masih bertahan dan tidak gila ?

Alhamdulillah untuk nikmat hari ni. Syukur sebab masih diberikan waktu.

Menu Kak Feni hari ni ikan goreng masak kicap, sambal tumis ikan bilis dan sayur bayam rebus. Alhamdulillah rezeki untuk family. Dalam tempoh PKP ni Kak Feni duduk rumah mentua. Masak on time. Kalau duduk rumah sendiri suka hati nak makan pukul berapa.




Dah masuk fasa 2 tempoh PKP ni ye ? Kalau tak kita dah sibuk pagi-pagi. Pergi hantar anak sekolah kemudian berkejar ke stesyen MRT dan ke tempat kerja. Bila dah jadi macam ni rasa macam tak tahu bila pulak nak masuk opis.

Semalam sahabat opis kak Feni masuk opis sebab nak issue gaji. Jadi dia ambil gambar tempat kerja Kak Feni. Alahai rindunya walaupun banyak kerja yang sedang menunggu.



Bila dah 2 minggu tak masuk opis ni memang rindu sangat. Rindu dengan semua kawan-kawan dan boss-boss. Ada juga hai-hai dalam group update perkembangan masing-masing. Tak tahu apa yang akan jadi esok hari  jadi marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik virus covid-19 ni cepat berlalu dan pulih seperti biasa.


Ni tempat Kak Feni solat dan berehat masa waktu rehat. Bilik sebelah dengan tempat kerja Kak Feni. Bilik kosong jadi Kak Feni kemas-kemas buat tempat solat. Kalau dulu masa mula-mula kerja kena turun bawah tingkat 4 pergi surau untuk solat. Bila dah lama buat tempat solat sendiri dan jimat masa. Boleh rehat lagi. Alhamdulillah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...