April 30, 2021

Beraya di Rantauan Lagi tahun ni

Pejam celik pejam celik dah 18 Ramadhan hari ni. Tahun ni nampak gayanya tak balik beraya di kampung lagi la kita ya.

Sedih mengenangkan dah 2 tahun tak dapat beraya bersama keluarga di kampung. Nasib baik Kak Feni ada 6 adik beradik. 2 ada di kampung. Abang long ngan abang ngah di Kelantan. Abang Ngah duduk ngan mek. 2 di Perak, Kak Ani dan Atun. 2 di Selangor, Abang Chik ngan Kak Feni. Kak Feni anak bongsu. Jadi masing-masing ada genglah.

At least ada adik beradik buat hilang duka. Tahun ni tak tahulah macam mana gaya raya. Sop raya pun tak keluar lagi dengan kes makin hari makin naik. Kita pun dah pening. Ada sorang anak buah Kak Feni yang tengah belajar kat Shah Alam pun tak tahu lagi macam mana. Kata dapat balik sebelum raya tapi tak boleh balik sendiri. Kena pihak sekolah yang uruskan sama ada balik dengan bas atau van. Nak contact dia pun tak boleh sebab hari sabtu 2 jam je warden bagi tengok handphone.

2 minggu sudah, kak feni ada hantar makanan untuk dia. Memang tak boleh jumpa. Makanan pun hantar sampai dekat guard je. Makanan untuk berbuka dan sahur. Kesian asyik makan makanan asrama. Beli lah jajan sikit buat hilang boring makanan asrama.



Alhamdulillah seminggu lepas tu baru dia reply wasap Kak Feni dah dapat makanan. Ma dengan abah jauh di Kelantan nun. Jadi kita mak sedara yang dekat ni lah yang hantar. Ayah chik dia pun ada kalau ada apa-apa hal. Maklumlah baru first time jauh dengan ma dan abah.

April 13, 2021

Salam 1 Ramadhan Untuk Semua

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan yang sangat mulia ini. Allahuakbar terima kasih Allah kerana masih memberikan peluang dan ruang untuk menyambut Ramadhan kali ini. Semoga tahun ni lebih baik dan lebih bermakna untuk kita semua.



Awal Ramadhan kali di rezeki mencurah-curah. Dapat serunding daging segar dari Kelantan. Terima kasih kepada yang memberi. Seorang dapat 1/2kg. Allah memang rezeki Kak Feni memang suka makan serunding ni dengan nasi panas-panas. Takpun makan dengan roti. Kalau ada ketupat palas lagilah nikmatnya. 


Semalam kami tidur di rumah mentua Kak Feni sebab nak bersahur ramai-ramai di sana. Malam ni dah nak balik bersahur di rumah sendiri. Adalah prepare sikit bahan-bahan makan untuk kami 4 beranak bersahur. Kak Feni banyak prepare yang senang dan mudah je. Kadang-kadang bawa balik makanan yang mentua masak. Bila sahur bangun panaskan je.


Anak sulung Kak Feni pagi tadi dia bangun minum air jer. Kak Feni bancuhkan milo panas untuk dia supaya boleh tahan sampai berbuka. Maklumlah cuaca sekarang ni bila tengahari panas betul. Petang pulak kadang-kadang hujan kadang-kadang tak. Tak menentu. Doa Kak Feni agar anak-anak kuat untuk berpuasa penuh. InshaAllah.


Semalam Adik Rayyan balik sekolah tunjuk dia dapat hadiah cikgu bagi. Biskut dengan bekas letak makanan. Nanti lepas raya nanti bolehlah guna untuk letak bekal dia untuk dibawa ke sekolah.



Seronoklah anak ummi dapat hadiah dari cikgu. Dia cakap semua kawan-kawan dalam kelas dapat. Alhamdulillah rezeki mengalir tak pernah putus.


Semalam jugak vitamin yang Kak Feni order minggu lepas sampai. Vitamin untuk wanita ! Vitamin cantik. Limited edition ni. Berebut dengan SID lain. Nasib baik upline Kak feni selalu ingat dengan Kak Feni. Hehe sebab dah lama order ni tapi takde stok. Bila ada ni terus grab banyak terus. Boleh sampai 6 je. 3 dah ada yang booking jadi ada 3 lagi yang boleh jual.



Alhamdulillah rezeki dalam bisnes online ni sentiasa ON walaupun hari-hari sibuk dengan kerja hakiki dan urusan rumah tangga. Boleh topup yang mana yang lompong. Terima kasih Allah sebab sentiasa berikan jalan untuk hidup lebih tenang dan senang.


Urusan pos mengepos akan dibuat selepas balik kerja. Kalau tak semuanya Kak Feni buat secara online saja. Hari ni nak pos 2 botol GLA-Complex ke Kelantan. Dah lama customer ni tunggu stok siap pesan kalau ada suruh pos terus. 

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni. Kak Feni susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah samaada sedar atau tidak. Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah. Amin.







April 2, 2021

Salam Jumaat Salam 2 April 2021

Alhamdulillah dah 2 April hari ni dan sudah suku tahun dah berjaya kita lalui untuk tahun 2021. Terima kasih ya Allah dan terus bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.

Lagi 10 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Allah sekejap je masa berlalu. Sempena Bulan Ramadhan ni jomlah kita persiapkan diri dengan suplemen dan makanan tambahan yang boleh mengekalkan kecergasan kita sepanjang hari.



Walaupun berpuasa kita haruslah kekal sihat dan cergas untuk menjalankan ibadah puasa. Promosi Shaklee bagi bulan April 2021 ialah seperti poster di bawah :-



Dengan pembelian 100uv ke atas dah boleh grab shaker hijau tu dengan harga RM8.50 sahaja. Harga sebenar shaker hijau tu RM18.75 sahaja. Dah jimat banyak sebanyak RM10.25 kat situ. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk Shaklee hari ini.

Kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan dengan Shaklee.

Hubungi Kak Feni untuk order.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...