January 26, 2017

PENGEDAR SHAKLEE HULU LANGAT


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah semakin lama semakin ramai yang bijak untuk memilih untuk hidup secara sihat dengan memlilih suplemen dan juga produk Shaklee. Produk Shaklee yang sudah lama bertapak di Malaysia dan juga beberapa buah negara di dunia ini. 

Kenapa Shaklee menjadi pilihan ?

Ia telah dibuktikan secara klinikal untuk membuktikan keberkesananya. Bukan sekadar melalui testimoni. Ia juga mempunyai sijil halal.

update untuk tahun 2018.


Bagi sahabat atau sesiapa yang berada di Hulu Langat yang ingin mendapatkan produk Shaklee secara COD boleh menghubungi saya. Cara order, mudah saja hanya melalui whatsapp/telegram ke +601115672780 untuk info berkenaan dengan kawasan COD. 

Tiada caj penghantaran untuk area Taman Sri Nanding, Petronas Dusun Nanding dan kawasan sekitar. Kak Feni akan mengambil caj mengikut jauh jarak. 

Khidmat COD untuk produk Shaklee juga disediakan untuk sekitar Plaza Permata, Plaza Pekeliling dan Hospital Kuala Lumpur.

Ini adalah kerana Kak Feni bekerja di Plaza Permta dan suami bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Jadi untuk mendapatkan khidmat secara cash on delivery di kawasan sekitar ini boleh hubungi Kak Feni. Kita deal sampai jadi k ?

Kalau nak self-pickup pun boleh dengan kontek Feni dulu.




Untuk yang berada di luar kawasan pula jangan risau sebab kurier boleh dilakukan pada hari-hari bekerja macam biasa. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 25, 2017

Produk Nutrisi Untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Bermula dengan impian untuk memiliki zuriat sendiri. Perlu merancang dengan mengamalkan nutrisi sihat untuk kedua pasangan suami isteri. Perlu saling bekerjasama untuk mendapatkan zuriat. Antara ikhtiar untuk mendapatkan zuriat ialah dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee.

Untuk ISTERI disarankan supaya mengambil suplimen seperti :-

ESP, B- Complex dan GLA Complex.

ESP
✿ Menangadungi Asid Amino yang sangat tinggi nilai dalam pembentukan sel.
✿ Sel yang sihat akan memudahkan proses berkaitan persenyawaan.

B- Complex
✿ Membantu dalam melawan tekanan dan perasaan stress.
✿ Mencegah anemia.
✿ Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal. 

GLA-Complex
Menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.
✿ Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).


Untuk SUAMI pula disarankan supaya mengambil :-

Vitamin E dan B-Complex

Vitamin E
✿ Membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki dan wanita.
✿ Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium.
✿ Bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

B-Complex
✿Memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual dan hormon tiroid.
Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan.


Setelah usaha untuk mendapatkan zuriat berjaya dengan izin yang Maha Pencipta. Wanita hamil perlu mengamalkan makanan yang seimbang untuk proses kehamilan yang lebih sihat.

Suplimen cadangan untuk wanita hamil ialah :-

ESP, Vitamin C, Omega Guard, B-Complex, Vitalea dan Osteomatrix.

ESP 
✿ Sumber protein untuk beri tenaga berpanjangan kepada ibu hamil.
✿ Membantu mengurangkan risiko diabetis dan darah tinggi.

Vitamin C
✿ Membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan.
Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
✿ Meningkatkan sistem imunisasi.

Omega Guard
✿ Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf serta penglihatan yang baik untuk bayi dalam kandungan.

B-Complex
✿ Membantu melawan tekanan dan stress.
✿ Menggalakkan pertumbuhan bayi yang sihat dan normal.
✿ Lengkap dengan asid folik.

Vita-lea
✿ Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan.
✿ Lengkap dengan zat besi, membantu membentuk sel darah merah.
✿ Membantu mengekalkan HB darah yang normal.

Ostematrix
✿ Penting untuk kesihatan tulang dan gigi ibu.
✿ Ibu hamil memerlukan 1000mg kalsium sehari, kekurangan kalsium boleh menyebabkan sakit pinggang dan kejang kaki.

Proses melahirkan adalah berbeza antara individu. Tempoh berpantang adalah satu tempoh pemulihan untuk ibu-ibu yang melahirkan. Amalan berpantang sangat digalakkan oleh masyarakat kita untuk memelihara kesihatan dalaman dan luaran selepas hamil dan melahirkan anak. Mengamalkan produk Shaklee sebagai suplimen dalam pantang sangat membantu ibu-ibu supaya lebih sihat dan bertenaga sepanjang tempoh pantang.

Suplimen yang dicadangkan ialah :-

ESP, Vitamin C, Omega Guard, Alfalfa Complex, Vita-lea, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex.

ESP

✿ Merupakan sumber protein untuk membentuk sel-sel baru.
✿ Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga segera kepada ibu berpantang.

Vitamin C

✿ Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
✿ Meningkatkan sistem imunisasi serta percepatkan penyembuhan luka.

Omega Guard

✿ DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak.
✿ Membantu memecahkan lemak bagi penurunan berat badan.


Alfalfa Complex

✿ Membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi.
✿ Membantu mempercepatkan pemulihan rahim.

Vita-lea

✿ Multivitamin yang lengkap untuk keperluan badan.
✿ Lengkap dengan zat besi, membantu membentuk sel darah merah.


Ostematrix

✿ Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu serta anak.
✿ Membantu mengatasi masalah sembelit.

B-Complex

✿ Membantu melawan tekanan perasaan atau stress dan mencegah anemia.
✿ Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal.

Zinc Complex

✿ Membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman.
✿ Sangat bermanfaat untuk ibu yang melahirkan secara normal atau melalui pembedahan.




Dengan pembelian 200uv ke atas layak mendapat keahlian secara percuma.

Jangan lupa hubungi Feni untuk maklumat lanjut berkenaan produk.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 19, 2017

Immune Health Set

Kenapa Kita Perlu makan Vitamin ?

✿ Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.

✿ Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.

✿ Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.

✿ Gaya hidup yang mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.

✿ Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan makanan.

✿ Kita mungkin terlalu kerap makan di luar.

✿ Gaya hidup yang tidak aktif.

✿ Pekerjaan yang banyak TEKANAN.

✿ Kita mudah dijangkiti demam dan jangkitan lain.



Set ini terdiri daripada:-

1x Garlic Complex
1x NutriFeron
1x CarotoMax
1x Sustained Release Vita-C Plus
2x Live Amazing Paper Bag*
* Sementara stok masih ada

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Liyana Jasmay - Oh Na Na (Official Music Video)

Sedap pulak dengar lagu Liyana Jasmay yang super duper kiut ni.

Meh layan. 

January 18, 2017

3 Jenis Vitamin Yang Perlu Diketahui

Vitamin ada 3 jenis :

SEMULAJADI

1) Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.

2) Kos menghasilkannya lebih tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.

3) Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang menghasilkan vitamin semulajadi. (Rujuk : A Consumer Repot by Editors of research Institute for Health Care)


SINTETIK

1) Nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal.

2) Bersumberkan tar arang batu.

3) Paling murah. Komponennya bahan kimia.

4) Kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini.

5) Syarikat yang mementingkan keuntungan banyak gunakan cara ini.

6) Biasanya dijual di farmasi.

7) Walaupun secara kimianya ia semulajadi tapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza.

8) Dari label - dilabelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi. (Rujuk: How to Understand Food Supplement Lables by Dr bruce B. Miller)

ORGANIK

1) Nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadii, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan tinggi atau pelarut kimia yang kuat.

2) Ia tidak sama dengan nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.

Mengapa perlu ambil vitamin SEMULAJADI ?

1) Enzim tidak mengalami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.

2) Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.

3) Penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti.

4) Imbangan semulajadi bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.

5) Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.


Elakkan SINTETIK

1) Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh, struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.

2) Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri.

3) Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik, 42% lebih berkesan dari sintetik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.

4) Bagaimana mengenal vitamin semulajadi atau sintetik ?

5) Melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.



6) Melalui perkataan 'ko-faktor' seperti "bioflavinoids"atau  biodegradable"

7) Paling mudah melalui kehadiran pad 'gel silika" dalam botol - sintetik.


Jadi pilihan terletak di tangan kita untuk memilih yang selamat atau tidak. 

Hubungi Feni untuk dapatkan bekalan suplimen atau vitamin harian.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Vitamin C Percuma Sempena Tahun Baru Cina

Hihi tak lama lagi kita nak celebrate Chinese New Year. Jadi ofis dah meriah dengan limau Mandarin.



Vitamin c percuma daripada pihak supplier kepada syarikat. Berbahagi la kami 4 orang. Ambil sikit sorang. Ofkos untuk anak-anak di rumah.

Tapi tapi tapi limau ni tak boleh bagi anak makan banyak sangat sebab mungkin terjadinya sakit tekak. Makan sikit-sikit boleh.

Orang kata sebelum bungkus diorang dah letak 'ubat' supaya buah limau ini tahan lama dan tak busuk. Wallahualam.

Makan sikit ok kot. Hihi.


January 17, 2017

Cara Kuruskan Badan Dengan Betul Sambil Buang Toksin Dalam Badan

Masih mencari produk kurus untuk menurunkan berat badan ?

Jom tengok video di bawah.

Cara Kuruskan Badan Dengan Betul Sambil Buang Toxin Dalam Badan from iReach HD on Vimeo.

Dapatkan nasihat yang betul untuk setiap produk. Amalkan dengan konsisten untuk hasil yang terbaik.

Hubungi Feni untuk info produk dan membuat pesanan.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

January 16, 2017

9 Tanda Anak Kurang Nutrisi


Bila Aktiviti Menggemukkan Diri

Khamis lepas bila kakak ipar nak belanja makan dessert kat restoran Itali. Memang best dan tak lepaskan peluang.


Satu mangkuk dessert ni share 2 orang. Haha rasanya ishk ishk ishk taknak telan. Nak je kemam dalam mulut. Kihkihkih.


Sementara menunggu hidangan yang di order sampai. Waiter hidangkan kami dengan roti dan sos yang dibuat dengan cuka epal dan minyak zaitun.


Snap gambar sekeping dalam restoran sebagai kenangan.

January 15, 2017

Krim Ajaib Serbaguna Untuk Semua Peringkat Umur


Krim ajaib serbaguna ni patut disimpan oleh setiap keluarga terutamanya yang ada anak-anak kecil. Krim ini sesuai dibuat losyen untuk melembutkan kulit bayi.

Penggunaannya sangat menjimatkan kerana hanya perlu picit sikit dan sapu ke tempat yang perlu.

Untuk bayi pulak krim ini sangat selamat kerana tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Ianya diperbuat daripada sumber semulajadi dan selamat.


Kulit kaki yang kering dan kasar memang merimaskan. Kadang-kadang bila pakai stoking pun melekat-lekat bulu stoking di kaki. Jadi gunakan herbal blend sebagai losyen untuk menghaluskan kulit kaki.

TESTIMONI HERBAL BLEND:-


Tangan yang alergik disebabkan pencuci pinggan yang berbahan kimia pulih dengan sapu herbal blend.



Jerawat mengecut setelah disapu herbal blend.


Ruam anak tiada setelah disapu dengan herbal blend.


Penggunaan herbal blend tidak terhad untuk bayi sahaja. Malah seisi keluarga boleh menggunakan herbal blend sebagai krim atau losyen. Warga emas yang selalu lenguh-lenguh juga digalakkan menggunakan herbal blend kerana ianya tidak berminyak dan mudah diserap oleh kulit.

Selalunya kalau nak melancong ke mana-mana harus bawa herbal blend sebagai krim untuk waktu-waktu kecemasan.





Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



January 13, 2017

Hasil Menabung Duit Syiling Di Pejabat


Petang ni feeling free nak kira berapa jumlah duit syiling yang berjaya disimpan di ofis. Kalau kat rumah memang banyak la sebab masuk tabung anak-anak. Ini yang sendirian berhad punya. Haha tak banyak pun.

Ini untuk melatih diri menabung sebab memang duit tak lekat sokmo. Haha. Ada je duit ada je benda nak beli kan.


Taraaa. Ini adalah jumlah yang berjaya di simpan. 


Banyak yang warna emas kan. Mula-mula plan nak simpan yang warna emas je tapi bila dompet dah banyak duit syiling. Berat nak bawak simpan la sekali dalam ni. Hasilnya ada jugak.

Orang kata sikit-sikit lama jadi bukit. InshaAllah lepas ni kalau dah penuh boleh la buat apa-apa atau simpan dalam bank. Ahaks.

Semoga tahun ni bos naikkan gaji kami semua pekerja yang berdedikasi ini. Bila dapat gaji lebih maka tabungan pun inshaAllah akan lebih.

2017 ni harap-harap hidup lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Abang Aus dah bersekolah dan Adik Rayyan dan 2 tahun. 

Menabung untuk masa depan anak-anak.

January 12, 2017

7 Testimoni Vivix dan Diabetis



Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok atau angin ahmar, jantung, kanser, darah tinggi, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.


Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.


Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)

Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Testimoni Pengamal Vivix dan pesakit diabetis :-


Paras gula dalam darah turun tanpa makan ubat


11 tahun menghidap kencing manis 

Tak perlu buat dialisis dan bebas diabetis


Tak habis sebotol bacaan gula dalam darah turun.


Untuk kesihatan secara menyeluruh







Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi boleh amalkan Vivix dari awal sebagai suplimen harian untuk membantu melawan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Pengambilan Vivix adalah sebagai langkah untuk menjaga kesihatan dari awal. Vivix selamat diamalkan oleh semua golongan lelaki dan wanita.

Dapatkan Vivix anda hari ini dengan menghubungi Feni.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



January 10, 2017

Vivix untuk Kesihatan





Bagaimana VIVIX berfungsi?


>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.


>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

10 Kebaikan VIVIX

1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya:
(Berdasarkan testimoni pengguna)

• Diabetes / Kencing manis
• Strok
• Katarak dan masalah mata
• Tekanan Darah Tinggi
• Masalah saraf
• Kayap
• Batuk berpanjangan
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang (lutut dan pinggang)
• Resdung
• Bengkak jantung
• Letih (memberi tenaga)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut dan kusam)
• Rambut kembali hitam (uban)
• Rambut gugur
• Kolestrol tinggi
• Masalah selera makan
• Asma
• Sembelit di kalangan warga emas
• Angin dalam badan
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• Perokok
• Masalah kelenjar tiroid
• Kanser dan tumor
• Cyst
• Penyakit SLE
• Kudis
• Gout
• Alzheimer atau nyanyuk
• Metabolisme badan rendah
• Masalah berat badan
• Awet muda
• Fibroid
• Alergik
• Tibi
• Wanita berpantang
• Breast lump
• Kerap ulser mulut
• Keputihan

Vivix bertindak dalam 4 cara:
cell defence
cell energy
cell repait
cell performance

Vivix juga tinggi kandungan polofenol dan resveratrol secara serentak, yang tak sama macam dalam suplemen lain.

Shaklee juga dah patentkan vivix ni.

Kerana ia dijaga dari awal pembuatan,selain menggunakan teknologi,kepakaran saintis, ia juga menggunakan kaedah mengambil jus menggunakan air sejuk, bagi mengekalkan mutu. Biasanya,jus akan diperah guna air panas, so dapat lebih byk jus kan, tapi vivix tak.
ada 3 benda yang di patent  oleh vivix

Vivix ni juga boleh memendekkan masa telomeres menua iaitu salah satu part dlm DNA kita. Dia kan ikat DNA supaya tak tercabut.

Analogi: tali kasut. hujung tali kasut tu ade plastik yang akan pastikan tali kasut tu tak terburai kan.Jadi, dalam DNA,ia dipanggil telomeres.



Penuaan akan berlaku bila telomeres ni memendek. Telomeres ni memendek disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah radikal bebas dan juga disebabkan oleh penuaan. Bila telomeres memendek ni lah yg akn menyebabkan tanda-tanda penyakit dan penuaan berlaku

DNA ni ada jujukan die kan, kalau jujukan tu semakin memendek dan tak cukup pasangan, sintesis protein tak dapat berjalan dgn baik. So,fungsi badan juga akan berubah.

Fakta:
Vivix ni juga takkan membeku walaupun diletakkan dalam freezer dan 100% tumbuhan.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...