December 22, 2020

Gila Buat Video Tiktok Pulak

Haha teknologi hari ni. Makin hari makin macam-macam. Tak terkejar rasanya. Haha tapi yang syoknya tiktok ni sebab dia memang senang sangat nak buat video. Nak buat video marketing pun senang.


Kak Feni suka guna video tiktok ni untuk promosikan produk yang Kak Feni jual Kadang-kadang buatkan untuk orang lain. Maklumlah dah kerja kita ni freelance kan. Orang suruh buat kita buat janji nak dapat rezeki halal ni bukan senang. Kena bersusah dulu dan senang kemudian. InshaAllah.


Paling best layan tiktok ni dengan anak-anak. Boleh masukkan lagu yang kita suka. Tapi kalau nak post dekat fb atau ig kadang-kadang kena band dengan dema sebab langgar privacy apa entah. Lantaklah janji kita enjoy buat video.



Haha baru nak belajar buat tiktok walaupun orang lain dah berzaman buat. Anak-anak Kak Feni lagi pandai dari Kak Feni. Siap ajar ummi buat tu buat ni.


Benda ni seronok bila buat bersama-sama. Anak-anak lebih suka kalau letak icon yang macam kartun tu. Kak Feni banyak buat video ni masa duduk rumah sebab kena kerja di rumah. Kadang-kadang kerja dah habis boleh ajak anak-anak buat video.


Masa berkualiti dengan anak-anak. Sementara diorang tengah membesar ni. Ummi layankan saja. Lepas ni nak buat banyak lagi video pasal produk yang Kak Feni jual supaya sales masyuk.


Tahun depan 2021 cabaran lagi hebat sebabnya belanja makin banyak. Adik dengan abang sama-sama dah sekolah rendah. Jadi belanja harian pun makin meningkat. Duit belanja harian pun makin mahal. Bahan makan pun harga boleh tahan. Harapnya income ummi dan abah pun meningkat seiring dengan ekonomi negara.


Apapun dugaan yang mendatang. Sama-sama kita tabah menghadapinya.


Love.

Kak Feni



December 17, 2020

HARI APRESIASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KANAK-KANAK TABIKA KEMAS - ADIK RAYYAN

Alhamdulillah hari  ni selesai urusan ummi dengan abah untuk bawa Adik ke sekolah bagi majlis penyampaian sijil. Tahun depan dah naik darjah 1 dah adik. Cepatnya masa berlalu. 






Ummi pilih sesi paling awal sebab nak masuk kerja lepas tu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Kami sampai pun tak ramai ibu bapa dan pelajar. Hanya ada seorang bapa dan seorang pelajar je. Semua kena ikut SOP. Sepatutnya 2 orang je boleh datang. Tapi sebab tak ramai orang, cikgu bagi abah dengan abang masuk sekali. Alhamdulillah rezeki.

Lepas dapat sijil dan beg sekolah. Cikgu bagi buku yang tak sempat kami ambil masa cuti sekolah hari tu. Adik kena habiskan sebelum naik darjah 1 tahun depan.

Kalau belajar dengan ummi dia banyak hal. Penatlah, letihla, mengantuklah dan macam-macam lagi. ABC pun dia tak ingat lagi rupa macam mana. Sebut pandai. 

Harapnya tahun depan semua baik-baik saja. Bijak macam abang. 

Lepas selesai urusan di sekolah adik. Kami hantar adik dengan abang ke rumah opah. Ummi dengan abah terus ke tempat kerja. Hari ni abah hantar sampai opis. Balik nanti ummi kena naik pengangkutan awam macam biasa. Nanti abah jemput di Stesyen MRT.

Ummi sentiasa doakan kejayaan anak-anak dan menjadi anak yang soleh. Amin.










December 16, 2020

December 10, 2020

Semoga Yang Datang Baik-baik Saja

Bulan ni gaji lambat masuk. Tapi tetap bersyukur sebab tetap masuk cumanya segala bayaran installment tergendala la. Kalau bayar lambat ni kena penalty. Nasib baik ada duit sikit-sikit buat rolling. Apapun alhamdulillah.


Orang kata duit bisnes tetap duit bisnes tapi bila dah keadaan macam ni terpaksa guna juga lah modal bisnes nak pusing modal. Huhu. Nasib ada duit bisnes boleh buat pinjam-pinjam. Dapat gaji boleh bayar balik.


Kalau yang jenis harap gaji semata-mata memang sakitlah. Itu pengalaman Kak Feni. Tak tahu orang lain macam mana. Nak buat macam mana kita gaji kecik. Duduk pulak bandar macam ni. Memang tak boleh berjimat dan memang kena buat 2 3 kerja dalam satu-satu masa. Alhamdulillah rezeki tu ada sokmo.


Selagi Allah bagi kudrat kesihatan yang baik ni. InshaAllah nak usaha yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Banyak dah menyusahkan orang lain selama ni. Kalau boleh biarlah kita pulak yang tolong orang. 



Semoga yang datang kepada kita baik-baik saja. Stay positif walaupun seribu dugaan yang mendatang.

December 4, 2020

Cuti untuk bersama anak-anak



Jalan-jalan nak repair basikal abang dengan adik jer. Musim covid ni takleh nak jalan jauh. Jadi kita pusing-pusing taman dengan pergi dekat-dekat jela.

Basikal adik baru je beli. Dah pecah tayar nye buat main ke deme. Nye main brake konon macam buat drift. Pastu habis haus tayar. Bunga pun takde. 

Abang bila tengok adik dah pecah tayar. Dia pun makin kuat buat drift. Dengar abah dia janji nak repair basikal hari Jumaat. 

Sabar jela bila main dengan anak-anak ni. Alhamdulillah mujur ada rezeki lebih. Bolehlah layan kehendak anak-anak ni. Kalau tak biar jela rosak situ. Repair saja pun dah dekat rm100 untuk 2 tayar. 1 untuk abang. 1 untuk adik.

Semoga kita semua sentiasa dikayakan rezeki yang melimpah ruah untuk menikmati hidup ini. InshaAllah. 

December 3, 2020

Kek Birthday Adik Rayyan

Simple celebration for birthday boy Adik Rayyan semalam. Alhamdulillah dia request suruh ummi dengan abah cuti teman dan lepak dengan dia. Sorry dik, ummi kena kerja. Jumaat ummi dan abah cuti ya. Kita jalan-jalan dalam kereta beli makan dan enjoy dalam kereta jela ya. Musim-musim covid ni. Marilah kita jaga diri kita sendiri.


Terima kasih untuk hidup dan nikmat ini. Menjadi isteri dan ibu untuk keluarga kecil kami. Alhamdulillah. 



Adik Rayyan request nak beli kek nak bagi kawan-kawan. Dia selalu dapat kek dari kawan-kawan bila besday diorang. Besday dia, dia nak buat benda yang sama. Ummi dan abah balik awal semalam nak tunaikan permintaan dia. Mulanya nak beli kek di Chow Kit. Oleh kerana hujan petang semalam. Kami tukar plan. Beli kek dekat Langat jela sebab kami naik motor.


Kami singgah di kedai kek sebelum sampai rumah. Beli simpan dalam peti. Lepas maghrib baru kami tiup lilin. Haha asalkan anak-anak happy, ummi dengan abah pun tumpang happy. Sampai tu tengok muka dia dah ceria bersinar mata-mata sebab belikan dia kek. 


Hadiah pulak request nak repair basikal dia yang pecah tayar tu. Padahal baru je beli. Allah main dengan anak-anak ni kan. Sabar jela sementara nak membesar ni.


Apapun ummi bersyukur sebab Allah berikan ummi nikmat menjadi ibu untuk anak-anak ummi. Ummi sentiasa doakan agar anak-anak menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Jadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Amin.


Ni kita beli kek je dulu. Ada rezeki lagi inshaAllah kita sambut ramai-ramai dengan family semua.


Ummi, abah dan abang sentiasa sayang adik sampai syurga.

December 2, 2020

2 Disember 2020 - Happy Birthday Adik Rayyan Yang Ke - 6 Tahun


Hari ini 6 tahun lalu, ummi start sakit nak bersalin pukul 3.00 pagi. Ummi siap-siapkan barang untuk ke hospital. Bawa beg dan bakul untuk untuk keperluan bersalin. Masa tu Abang Aus 2 tahun lebih. Ummi dengan abah tinggalkan dia dengan opah sebab ummi dah turun tanda nak bersalin.


Abah bawa ummi ke Hospital Ampang. Pukul 3.20pagi kami sampai di hospital. Daftar kemasukan untuk bersalin. Doktor cek bukaan jalan baru 3cm masa tu. Jadi kena tunggu sampai 10cm. Nurse tolak masuk ke wad sementara tunggu jalan terbuka.


Sakit contraction makin lama makin cepat. dari 20 minit sekali ke 10 minit sekali. Bertahan sampai dengar orang mengaji di Masjid. Pukul 6.00 pagi dah tak tahan nak bersalin. Nurse dan doktor berlari tolak ke labour room. Masa otw ke labour room to nurse cakap cepat call husband nak masuk labour room.


Atas strecher ummi call abah suruh naik laour room. Masuk labour room 6.15. 5 minit je ummi push terus keluar adik. Haha senang sangat bersalin. Hilang segala sakit nak bersalin. Adik keluar dengan sempurna nurse tanya baby u boy ke girl? Menangis dan nurse letak atas dada. Terus bagi susu badan. Alhamdulillah sakit perjuangan melahirkan adik tak lama. Doktor pun alert sangat sebab ummi ada kes lekat uri masa bersalinkan abang Aus. Tapi tapak uri lekat tu ada. Alhamdulillah uri dapat dikeluarkan dengan mudah.


Abah tak sempat pun nak teman dan tengok masa adik dilahirkan. Abah sampai, aci guard cakap sudah selamat dah. Haha masa ummi bersalin tu katil wad penuh. Jadi kena stay di labour room sampai pukul 11.20 pagi baru nurse tolak ke wad. Bermalam di wad semalam dengan baby Rayyan. 3 hb kami boleh keluar. Alhamdulillah mudah bersalin. Sakit tak lama.


Hari ni Adik Rayyan dah pun besar. Selamat ulang tahun kelahiran untuk Adik yang ke -6 tahun. Ummi sentiasa doakan agar adik berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah.


Ummi, abah, dan abang sentiasa sayang adik sampai syurga. Balik nanti ummi beli kek untuk adik. 

December 1, 2020

1 Disember 2020



Dear December !


Please Be Nice To Me and My Family. Alhamdulillah untuk nikmat Allah yang sentiasa tidk pernah putus. Memberi pelajaran dan pengaran selagi kita bernama manusia.


Allah, tiada yang lain dari mengharapkan yang baik-baik dan pengakhiran yang baik-baik untuk aku dan keluargaku. Segala dugaan yang datang ni semoga aku lebih kuat dan lebih tabah. Ujian ini sebenarnay tanda Allah sayang. Allah rindu supaya kita sentiasa memohon kepadaNya.


Kita ni je yang selalu lupa dengan nikmat dan rahmat yang Allah bagi. Bulan ni bulan terakhir bagi tahun 2020. Semoga bulan ni yang baik-baik datang.


Tahun ni banyak perkara yang tak best kita hadap. Alhamdulillah semakin baik dan baik. 


Kak Feni doakan tahun depan dunia kembali pulih dan ceria. Kita boleh bergerak bebas nak balik kampung nak jumpa semua orang yang kita sayang. 

November 26, 2020

Depress, down, sedih, kecewa dan ...

Pernah tak korang rasa down gila sampai rasa macam hidup ini dah takde makna? Rasa down, stress, depress, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Semua orang ada fasa macam tu. Rasa kecewa sangat dengan sekeliling kita. Nak duduk sorang-sorang nak layan feeling.


Allah sumpah sedih gila rasa sampai rasa macam dah tak guna hidup lagi. Tapi sebagai seorang muslim yang ada iman. Kita masih ada Allah tempat mengadu. Kalau rasa nak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika itu dapat mengurangkan rasa beban dalam dada dan kepala.


Sakit itu hanya kita yang rasa. Allah sentiasa menguji kita ikut kemampuan hambaNya. Selalu pujuk hati yang ujian ini hanyalah sementara. Sampai masa ianya akan berlalu pergi.


Sebenarnya orang yang paling banyak melukakan hati kita adalah orang yang paling rapat dengan kita. Betul tak? Memang betul pun. Bila dah semakin meningkat umur ni. Pemikiran pun makin matang dan rasional. Boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Dulu remaja, tahu enjoy jer tak fikirkan pasal masalah susah-susah sampai sakit jiwa ni. Buat hal sendiri jer. Kalau jadi apa-apa pun aku sorang je yang tanggung. Bila dah meningkat umur, dah kahwin bersuami lepas tu dah beranak ni. Banyak benda yang kita belajar.


Belajar jadi isteri, ibu, jadi anak dan menantu, jadi adik beradik yang bertanggungjawab. Jaga hati semua orang. Allah sesungguhnya hidup ini perjuangan. Bila nak marah kena belajar bersabar. Jadi isteri dan ibu ni lagi parah rasanya sebab nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kita semua tak sempurna.


Belajar jadi muslim yang baik. Belajar bersabar dan tenang dalam setiap ujian. Nak jadi orang yang baik-baik ni memang susah. Nak istiqamah ke jalan Allah ni memang tak mudah tapi kalau kita cari Allah dulu, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Segala ujian yang datang ni semuanya dari Allah. Nak tengok kita ni sabar ke tak. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi ikutlah segala ajaran Allah.


Kalau rasa kecewa, carilah Allah. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. 



Jadilah insan yang kuat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bantu diri sendiri dulu baru boleh bantu orang lain. Usaha untuk diri sendiri dulu dan kita pun boleh bantu orang lain.


Bukan selfish tapi untuk meningkatkan motivasi sendiri. Bukan senang nak lawan nafsu sendiri kan ? Jadi kuatlah untuk hidup lebih bahagia. Kita sihat, kita okey, kita stabil, dalam masa yang sama kita boleh membantu orang lain yang berada di sisi kita. 


Keluarga dan anak-anak adalah sumber kekuatan. Buat yang terbaik untuk mereka. InshaAllah yang baik-baik saja akan datang kepada kita.

November 25, 2020

Pengalaman Motor Rosak Masa Jalan Balik Rumah


 

Semalam kami balik agak awal sebab husband Kak Feni setel urusan dia awal. Jadi kami gerak dalam pukul 5.30 macam tu dari opis Kak Feni. Naik motor jadi taklah lama sangat masa perjalanan kami untuk sampai di rumah. Kalau dengan kereta memang akan ambil masa lama.


Dalam perjalanan tu dahla kami di lorong laju. Tiba-tiba rantai motor tercabut dari gigi dia tu. Stop terus motor. Nasib baik sempat ke tepi sebelah kanan. Lorong 4 masa tu. Jadi Kak Feni kena naik atas divider jalan sebab kereta laju. Husband Kak Feni try masukkan balik rantai tu kat gigi dia pakai kain lap. Nasib baik boleh masuk. Kami teruskan perjalanan.


Kak Feni tak putus-putus doa agar kami sempat sampai di bengkel. Nak tukar rantai ni. Allah kesianlah kat kami ni Allah. Sampailah kami ke bengkel dengan selamat. Allah !.


Sampai je di bawah flyover nak ke Leasure Mall, ada polis tengah jaga lalu lintas. Masa tu lah rantai tercabut lagi. Ngam depan abang polis. Sekali lagi ambil masa untuk masukkan rantai ke gigi dia. Masa tengah repair tu ada 2 lagi polis sampai. Depa lah yang tolong kami jaga jalan dan repair rantai tu. Lama juga nak boleh masukkan rantai ke gigi. 


Dah setel semua, polis tu eskot kami ke bengkel. Alhamdulillah mujur lah tak jauh mana dan kami selamat sampai bengkel motor walaupun dah senja. Mujur kedai tak tutup lagi. Terima kasih untuk polis-polis yang tolong kami semalam. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Amin.


Nak repair rantai pun macam lama juga sebab apa entah. Tak boleh pasang. Ada benda bengkok. Tapi semuanya selesai dekat pukul 8.00 malam. Lepas setel tukar rantai dan repair apa yang patut kami gerak balik. Anak-anak dah riuh rendah video call kenapa tak sampai-sampai lagi. Alhamdulillah selamat semuanya.


Kenapa aku perlu fikirkan 1001 alasan untuk tidak bersyukur pada hari ini kerana aku ada 1001 nikmat dan rahmat dari Allah ?


Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa bahagia dalam menikmati nikmat dan rahmat Allah. Alhamdulillah.

November 17, 2020

Semua Orang Struggle Nak Teruskan Hidup

Tahun ni tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Ujian demi ujian Allah uji supaya kita ni tetap sabar dan tabah menghadapi semua ujian ini.


Semalam Isnin. Kak Feni tak masuk office. Duduk rumah dengan anak-anak je. Dapat wasap dari seorang sahabat. "Feni aku dekat Ar-Rahnu ni, letak barang kemas aku yang last ni". Allah sebaknya rasa. Kak Feni tanya nak buat apa. Nak buat modal berniaga.


Allah ! Tengok betapa ramainya insan yang terkesan akibat krisis yang melanda dunia ni. Dia pun dah lama berhenti kerja. Anak ada 2 orang. Sepatutnya tahun ni ambil UPSR tapi dibatalkan. Tahun depan dah naik tingkatan. Jadi belanja persekolahan pun makin meningkat.


Kak Feni sebagai seorang hanya mampu memberikan telinga untuk mendengar luahan hati beliau. Memberikan sedikit kata-kata semangat dan hanya mampu mendoakan agar segala kesulitan ini dipermudahkan. Dia tanya Kak Feni KWSP akaun 1 boleh keluar ke ? Kak feni pun tak tahu lagi sebab belum study betul-betul pasal KWSP ni.


Tak tahu lagi macam mana. Tahun depan lagi tak tahu macam mana. Kak Feni yang kerja ni pun rasa macam tak cukup jugak. Nak membeli pun rasa takut sebab tak tahu apa yang akan jadi kedepan hari. Anak-anak pulak makin membesar. Tahun depan nak masuk sekolah mesti nak guna duit lagi.


Tunggu pengumuman macam mana. Kalau krisis ni masih berlarutan sekolah dibuka atau tak, tunggu pihak berkuasa umumkan macam mana. Hidup mesti diteruskan walaupun seribu dugaan mendatang. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian ini. Allah tempat mengadu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.








November 14, 2020

Masak-masak Hari Ni



Hari ni duduk rumah masak biasa je. Haha memang ni la masakannya. Berpeluh la jugak nak penyet sambal penyet tu. 

Bahan basah ada ayam je. Jadi goreng jela ayam. Buat ayam goreng kunyit. Goreng bawang dan cili pastu penyet buat sambal. Letak belacan sikit dan tambah garam dan gula. Setel makan tengahari. 

Bancuh pulak air teh o seteko. Celur terung 2 biji. Makan nasi panas-panas dengan ayam goreng cicah sambal penyet dengan terung. Uhhh nikmatnya hanya tuhan je tahu.

Abang Aus dah 3 hari bibir pecah. Jadi takleh nak makan sangat. Buat benda yang dia suka. Ummi buatkan lempeng cicah susu dengan gula untuk dia. Tu je dia boleh makan. Bibir depan yang pecah sebab jatuh basikal.

Dia suka makan. Bila mulut sakit mulalah mengamuk sebab tak boleh nak makan. 

November 13, 2020

Purse Beli Di Shopee Dah Sampai Semalam

Yeahhh dah sampai tapi yang sampai berbeza dengan yang Kak Feni post semalam. Haha adakah aku yang tersalah pilih atau habis stock. Aku malas nak fikir yang penting dan sampai. Cantik dan aku puas hati. Alhamdulillah.



Lebih kurang yang semalam juga tapi corak je lain sikit. Takpelah janji cantik. Dalamnya takde tempat nak letak kad-kad bank tapi boleh bubuh beg kecil. Jadinya Kak Feni letakkan banyak angpau untuk asingkan segala duit dalam beg.

1 angpau sedekah

2 angpau duit kereta

3 angpau duit belanja

4 angpau duit modal

5 angpau duit untung

6 angpau duit abah

7 dll

haa berapa banyak angpau dalam beg duit aku. Tu tak termasuk segala resit-resit aku membeli. Haha semuanya aku sumbat dalam satu beg.


Teringat tahun 2015 handbag kena ragut. Habis segala duit cash dan suku dinar dalam beg duit dalam tu. Memang menangis tak berlagu kan. Tapi nak buat macam mana kena redha jelah kalau bukan rezeki kita tetap takkan jadi hak kita.


Nah belanja bahagian dalam dia. Senang nak gi jalan-jalan bawa yang ni jela. Hehe nampak class kan tu ? Eh tiberr.



Hari ni dapat update yang barang kak feni order untuk customer pun dah sampai. Dia order 4 periuk dessini tu. Kak feni buat 2 kali order. 2x2 sebab hari tu ada buat order banyak-banyak. Seller hantar barang tak complete. Leceh betul. Bila kita suruh send semula dia tak hantar. Nak refund pun satu hal. Nak print la nak gi pejabat pos la. Memang susah. Nak-nak pulak kalau customer duduk kampung. Tak ke haru. Tu lah risiko jadi personal shopper ni.


Upah tak banyak pun tapi rugi kita pulak yang kena tanggung. Takpelah bukan nak merungut tapi sekadar meluahkan perasaan. Dah rezeki kak feni macam ni kan. Sabar jela. Ingat Allah menguji ikut kemampuan hambanNya.


Baru perasan yang tahun ni Kak Feni tak banyak update blog ni ya. Blog yang satu lagi tak aktif tapi view banyak pulak. Ni namanya rezeki. Alhamdulillah.



November 12, 2020

Penangan Shopee 11.11. Apa Yang Korang Dah Terjebak ?

Haha gelak dulu la kan? Ada yang terjebak ke masih menten cool ? Kalau cool baguslah sebab anda memang kuat.

Kak Feni ni berada dalam dilema. Bila mengenangkan keadaan rumah yang kena banjir dan habis segala barang kena buang. Makanya biar jela dulu hal rumah tu. Kemas mana yang patut jela.

Untuk mengubati hati yang sedikit duka ni Kak Feni pun usharlah shopee sambil buat personal shopper untuk customer. Seminggu banjir. Kadang-kadang wasap pun tak sempat nak reply sebab sibuk dok mengemas rumah sampai sakit badan.

2 hari Kak Feni kena ambil pain killer sebab sakit sangat sampai tak boleh nak tidur. Nak angkat tangan pun tak boleh. Lama dah tak buat kerja berat tiba-tiba kena banjir. Nahhh ambik ! Habis badan terkejut sebab terpaksa bekerja keras.

Okey berbalik kepada penangan Shopee 11.11. Korang dapat grab apa ?

Kak Feni dapat beli purse Carlo Rino dengan harga RM59.90. Hehe harag asal RM119.00 jadi dapat 50% off jadilah. Alhamdulillah.


 

Belum sampai lagi. Tadi tengok dekat status macam dah sampai. Hari ni Kak Feni kerja. Jadi balik nanti baru boleh tengok okey ke idok. Rasa macam beli hadiah untuk diri sendiri. Penat kerja kan. Takkan nak beli purse pun nak berkira kan.


Selama ni pun dah banyak sangat berjimat cermat sebab takut duit tak cukup sokmo. Ni ada rezeki sekali sekala hiburkan hati apa salahnya.


Share lah apa yang korang dah terjebak dengan penangan Shopee 11.11 tu ?

November 11, 2020

Banjir Hulu Langat 4 November 2020

Okey baru ada mood nak bercerita dan menceritakan kejadian. Seminggu yang lalu. 4 November 2020 sekali lagi rumah kena landa banjir.


Meh la nak share sikit kedukaan hati ini. Rumah Kak Feni dah macam rumah bersamamu dah. Hehe tapi takpela sesusah mana pun kita masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Takpe rezeki Allah yang aturkan.


Sampai situ jela hayat segala perabot dalam rumah Kak Feni. Habis Kak Feni buang sebab tak boleh guna. Bengkak habis. Maklum sajalah barang rumah sekarang ni kan banyak dihasilkan daripada serbuk kayu yang dimampatkan. Jadi bila kena air semuanya akan jadi kembang dan tak boleh guna.









Sejak duduk di sini, dah 3kali dah kena banjir. Masa kena yang pertama tu pun teruk juga. Habis air masuk rumah. Baru lepas tukar tikar getah baru. Sedihnya la hai. Kali kedua air naik tak banyak jadi selamat juga lah barang. Ni kali ke 3 rasa macam nak pindah terus.

Semoga rumah baru Kak Feni cepatlah setel. Nak pindah ni. Cuaca sekarang ni tak menentu. Jadi risau sungguh air naik. Allah permudahkanlah segala urusan ni. Amin.





October 22, 2020

8 Amalan Mudah Tetapi Luar Biasa Hebat



Orang yang berjaya sentiasa berjaya merancang untuk masa depannya. Jadi mulai hari ini walau sekecil mana pun nikmat yang Allah bagi. Kita harus bersyukur. Jom ikuti beberapa amalan yang mudah yang boleh kita amalkan untuk kesan yang luar biasa hebatnya.


1. Membawa Buku Nota/ Buku Catatan dan Pen

Bawa buku nota kecil kemana saja pergi. Kak Feni pun suka amalkan benda ni. Lebih suka tulis tangan berbanding guna smart phone. Kalau tak ada buku nota boleh saja tulis dengan menggunakan smart phone. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lebih mudah.


2. Rancang Hari Anda malam Sebelumnya

Hari yang baru bermula pada malam hari. Sebaiknya rancang hari esok malam sebelumnya. Rancang apa aktiviti dan komitmen yang akan kita lakukan hari esok agar kita dapat tahu dan membayangkan apa yang berlaku esok.


3. Catat 3 Kemenangan untuk Hari Esok dan Semak 3 Kemenangan Hari ini

Pada malam sebelum tidur, catatkan 3 perkara utama (3 kemenangan) yang wajib saya lakukan esok hari dan menyemak kembali 3 kemenangan saya pada hari ini. Tandakan 3 perkara tersebut dan ini bermakna kita sudah bergerak 3 langkah ke hadapan ke arah impian dan perancangan kita.


4. Rekod dan Catat Segala Perbelanjaan Kewangan 

Catat segala perbelanjaan kewangan dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Rekod perbelanjaan ini dapat mengawal nafsu kita dari membazir kepada benda-benda yang bukan-bukan. Perkara ni nampak kecil tapi besar kesannya.


5. Catat Perjalanan Hidup dalam Jurnal (Diai Kehidupan)

Peruntukkan 10 minit sebelum tidur  untuk mencatat perjalanan hidup pada hari tersebut. Sediakan satu diari khas untuk mencatat segala perancangan, visi dan misi, idea-idea baru, perjalanan hari demi hari. Ini agar dapat memantau kesemua aspek perancangan, kewangan dan perjalanan hidup kita setiap hari agar lebih teratur.


6. Power Hour

Power Hour atau Holy Hour adalah satu jam yang tulen yang bebas dari segala bentuk gangguan (seperti telefon, ipad, anak-anak, radio dan komitmen lain) ianya adalah HANYA melakukan tugasan penting pada waktu tersebut.

Ia adalah 1 jam yang kita hanya fokus kepada berfikir dan menyelesaikan tugasan atau projek paling penting kita.

Kita boleh memilih Power Hour kita sendiri sama ada 1 jam pada waktu pagi atau waktu malam mengikut kesesuaian sendiri.

Cuba lakukan dan kita akan dapati bahawa kita akan menjadi lebih produktif dan lebih masa untuk melakukan pelbagai perkara lagi pada hari tersebut.


7. Rutin Berjalan (Daily Walk)

Luangkan masa dalam 10 hingga 20 minit untuk berjalan kaki. Paling kurang 10,000 langkah sehari. Jika sibuk di pejabat sekalipun, ambil masa untuk berjalan dan kesannya bukan sahaja untuk kesihatan malah otak pun cergas.


8. Bangun Seawal 5 Pagi

Islam sangat menggalakkan umatnya bangun awal sebelum subuh untuk beribadah dan berqiamulail dalam memeriahkan malam dengan solat-solat sunat dan amalan sunat. Begitu juga kita akan lebih produktif bila kita memulakan hari dengan lebih awal 1 jam daripada biasa. Nampak mudah namun memerlukan komitmen yang tinggi untuk sentiasa istiqamah melawan nafsu tidur dan godaan syaitan.


Begitulah 8 perkara mudah yang kesan yang luar biasa hebatnya jika diamalkan selalu. Kak Feni pun dapat dari salah satu founder dulu. Perkongsian yang harus dikongsikan bersama dengan cara Kak Feni sendiri. Semoga bermanfaat.


October 16, 2020

Bekalan Ubat-ubatan dan Suplemen


Dua tiga minggu ni kita tunjuk ubat-ubatan dan suplemen jela ya sebab badan ni tak berapa sihat sejak minggu lepas. Sakit itu ujian. Alhamdulillah sebab Allah masih bagi lagi nikmat sembuh dan sihat seperti sedia kala.


Semalam viral pulak pasal Neelofa berpurdah. Alhamdulillah nikmat hidayah yang Allah beri banyak hikmahnya. Kadang-kadang kita terlalu mengejar dunia ini hingga lupa apa tujuan kita sebagai hamba. Kita semua tak sempurna. 


Sentiasa berdoa dan berusaha untuk mencari redha Ilahi. 


Sejak akhir-akhir ni hati ni terlalu sensitif bila mengenangkan yang dunia ni hanya sementara sedangkan masih banyak lagi benda yang tak buat. Dosa pula tak terhitung. Allah, sedihnya rasa. 


Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mentuaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, adik beradik suamiku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia ini yang masih hidup serta yang telah meninggal dunia.


Sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada dalam setiap perkara. Ingat ujian datang tanda Allah sayang kita. 


Itu jela kot Kak Feni nak bebel hari ni. 

Nota kaki : Suplemen tu ada yang sahabat hadiahkan dan ubat-ubatan itu ambil di Klinik dan diberi nasihat oleh doktor.

October 9, 2020

Tabung Sedekah Kak Feni

Siapa dah ada tabung sedekah ? Tahniah alhamdulillah sebab dah berjaya untuk kumpul pahala di akhirat. Banyak manfaat bersedekah ini termasuklah membersihkan hati kita sendiri.


Dulu masa jahil. Kak Feni takut sungguh nak bersedekah hatta RM1 atau sen-sen sekalipun. Masa tu memang jahil dan tak yakin dengan janji Allah. Akibat kurang ilmu agama. Sebab tu Allah suruh kita berkawan dan mencari guru untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah sempat menerima hidayah berkenaan dengan sedekah ini.


Sedekah itu Sesuatu Yang Ajaib


"Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifani, Bilal dan Abu Dhamdan.

Kerana terlalu ingin tahu,Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah, Engaku selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"

Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya 3 kali berturut-turut.

"Sedekah itu sesuatu yang ajaib!"

 




Jadi Kak Feni pun sediakanlah satu tabung kecil sesuai dengan diri ini. Nak beli tabung yang cantik-cantik kat kedai RM2 atau mana-mana pun tak kisahlah. Janji niat kita nak bersedekah.


Kak Feni memang niat nak sedekah RM1 setiap hari tanpa lupa. Kalau semalam lupa kena ganti balik. InshaAllah ikut kemampuan kita. Ikhlas itu hanya Allah yang mampu menilainya. Selalunya Kak bawa sampul yang bernilai RM 1 ni kemana-mana kalau jalan. Bila nampak orang susah atau orang minta sedekah bolehlah bagi duit dari tabung sedekah ni.


Kadang-kadang Kak Feni transfer secara online. Jadi duit dalam tabung ni Kak Feni ambil sebagai ganti. 




Sekarang ni kan ramai orang buat secara online. Jadi kalau ternampak orang susah atau persatuan atau badan-badan NGO yang memohon bantuan kita bolehlah hulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu. Tak susah nak kumpul pahala.


Yang ni lah bahagian untuk kita nanti. Semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini mendapat pahala dan keberkatan untuk kita menuju ke akhirat sana.


Tangan yang memberi lebih jauh dari yang menerima. Sesungguhnya bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Syurga itu bukan percuma. Dunia ini tempat untuk kita mengumpul pahala. Semoga perkongsian Kak Feni ini menjadi salah satu asbab untuk ke syurgaMu Ya Allah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

October 2, 2020

Santai 2 Oktober 2020

Semalam permulaan Oktober yang baik untuk Kak Feni sebab order masuk pada 1 haribulan. Memang seronok lah hati ini sebab mula-mula dah pecah telur.


Pagi semalam masa on the way ke opis dengan husband naik motor. Lepas jer stesyen minyak, terus motor padam sebab minyak habis. Tak tahu minyak habis sebab meter minyak dah jem. Maklumlah motor lama. Sama umur dengan Abang Aus. Kami beli sempena abah dapat kerja dengan Harta. Motor tu lah harta pertama yang kami beli lepas kahwin dan dapat anak.


Nasib baik tak jauh lagi dengan stesyen minyak tapi kalau nak tolak patah balik ke stesyen minyak tu memang berpeluh jugak tiak ni. Haha jadi husband Kak Feni pun call kawan dia minta bantuan. Nasib ada kawan yang ada kat kawasan sekitar datang tolak motor. 


Kak Feni pun tunggu dekat bus stop tepi jalan masa depa tengah isi minyak. Halah-halah datang pulak anjing hitam yang berkeliaran kat situ. Nasib baik tak lama tunggu husband Kak Feni. Dia sampai cepat-cepat naik motor sebab takut anjing tu mai gigit kita naya (hadoi macam-macam mari mikir).


Kami sampai awal ke opis sebab anak-anak mood okey dipagi hari semalam. Semua baik-baik jer pergi sekolah. Hari ni abang Aus buat hal taknak pergi sekolah agama. Tak tahu nak buat macam mana dah Kak Feni ni. Bila mikir ke masalah anak-anak ni susah hati rasa. Sekolah pun bukannya lama lagi pun.


Semoga rezeki terus mengalir bagaikan air yang mengalir tak putus-putus. 










October 1, 2020

Selamat Datang Oktober !

Semalam Kak Feni bukan main seronok lagi sebab dapat sales menderu sempena closing September kan. Hari ni pun sama permulaan Oktober yang sangat indah bila rezeki datang sendiri kepada kita. Alhamdulillah.


Betullah dalam kepahitan ada kemanisan yang harus kita lalui. Kak Feni pun banyak masalah yang orang rasa macam simple je bagi depa. Bagi kita rasa macam teruk sangat. Tak mengapalah ajari hati untuk terus redha dengan ujian Allah.


Ketika kita rasa kita tersangat susah. Masih ramai lagi insan di luar sana yang lebih susah dari kita. Belajar untuk ajari hati supaya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. 


Yang pahit tu Kak Feni malas nak share sebab biarlah kita kongsikan benda yang baik-baik. Betulkan niat agar segala perkongsian kita ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jangan berkongsi dengan niat untuk menunjuk dan riak dengan apa yang kita ada sekarang ni.


Semua yang kita ada di dunia ini hanyalah sementara. Sampai masa Allah akan jemput kita pulang ke alam yang abadi selamanya. Semoga yang tinggal ini dapat memberikan pahala yang berterusan.


Nak berbuat baik tak perlu tunggu masa kaya. Masa tengah tiada apa-apa pun kita boleh berbuat baik. Tak kira dengan manusia ataupun apa saja. Tolong dengan apa yang kita ada. Tak mampu tolong dengan wang ringgit. Kita tolong dengan kudrat kita. InshaAllah Allah nampak apa yang kita lakukan.


Hari ni dah 1 Oktober. Kak Feni masih belum buat target untuk bulan ni. Nak selesaikan hutang yang masih banyak bersisa. Moratorium kereta pun dah berakhir. Jadi kami kena mula bayar segala hutang bulan ni.


Jomlah kita berusaha sekuatnya untuk mencapai segala apa yang kita impikan. 


September 29, 2020

Bila Gaji Dah Masuk !


Rasa semput jugak hari ni sebab nak siapkan tugasan yang boss bagi. Datin warning jangan panggil boss sebab dia selalu nangis. Haishhh macam-macam lah. Layan jela.


Macam ni lah bila kerja. Ada masa kita happy sangat. Ada masa kita stress nak layan kepala orang lain. Bertabahlah sebab nak hidup ni macam-macam dugaan yang kita kena hadap. Jadi hiduplah dengan bahagia dengan cara kita sendiri.


Bila hujung bulan macam biasa tugas Kak Feni adalah pergi bank dan bank in kan segala cek gaji untuk staff office. 


Bila gaji dah masuk apa nak buat ?


Pertama sekali setelkan segala komitmen yang kita pandai-pandai buat. Itu Kak Feni lah. Bayar segala hutang yang pandai buat. Bagi mak dan mentua serta lain-lain. Kalau listkan malu nak tunjuk. Haha kalau tak hutang tak merasa. InshaAllah selagi ada hayat ni cuba nak setelkan segala hutang dan selesaikan komitmen bulanan ni.



Apapun teruslah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan dalam hidup ini. Kalau kita hutang dengan orang ke dengan bank ke atau dengan sesiapapun. Cuba untuk selesaikan segala hutang ni sebelum kita mati. Kita tak tahu bila Allah nak jemput kita. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.



September 28, 2020

Bawa Mangkuk Tingkat Vitamin Ke Opis Hari Ni


Hari ni Kak Feni bawa bekalan vitamin ke opis. Dah lupa bila beli mangkuk tingkat ni. Sesuai sangat untuk letak segala suplemen. Jadi tak payahlah nak angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir. 


Letak je semua vitamin dalam mangkuk tingkat ni. Nak balik kampung nak travel senang sangat benda ni. Kak Feni kalau travel memang kena bawa bekal vitamin sebab nak kuatkan imun badan dan nak kekal cergas sepanjang perjalanan.


Kalau melancong dan jalan-jalan badan kita tak sihat memang tak seronok nak berjalan. Hilang segala mood nak berphoto dan menikmati segala keindahan alam semesta ini.


Ada orang makan jamu untuk kekal bertenaga. Tak kisahlah janji kita sihat dan boleh nikmati hidup ini seadanya. Kak feni pun sebelum kenal dengan Shaklee memang ambil jamu je untuk kekal cergas.


Bila bersalin dan menyusukan Adik Rayyan baru kenal Shaklee. Lama-lama dok amalkan Shaklee memang jatuh cinta sebab memang sangat-sangat membantu dalam kesihatan Kak Feni.


Zaman anak dara memang kena senggugut teruk bila datang bulan. Kalau kat sekolah kena balik sebab tak tahan sakit. Muka sampai pucat lesi. Masa tu tak tahu nak habaq. Lepas kahwin pun masih lagi kena senggugut. Bila kena senggugut memang akan kena pakai baju panas dan stoking untuk legakan sakit. Tuam perut dengan tungku atau minum air panas.


Sejak dok amalkan Alfalfa Shaklee. Masalah senggugut dah hilang. Period pun lancar je setiap bulan. Datang pun alhamdulillah ikut jadual. Kalau sesekali lewat tu biasalah. Jumpa doktor, doktor kata masalah hormon. Janji dia datang setiap bulan.


Saja Kak Feni nak share kelebihan amalkan suplemen berbanding tak ambil suplemen. 



September 24, 2020

Moratorium Dah Berakhir Bulan Ni

Masa bulan 4 hari tu seronok sangat sebab PM kita umumkan yang semua bank beri moratorium selama 6 bulan. Jadi tak payah segala pinjaman. Kak Feni pun tumpang seronok jugak sebab tak payah bayar duit kereta selama 6 bulan.



Banyak hutang yang sebelum ni tak terbayar bolehlah bayar dengan senang hati dengan duit moratorium ini. Bukan senang nak senang. Bermula bulan 10 ni semua loan dah kena bayar macam biasa. Kerajaan bagi kelonggaran kepada mereka yang terjejas teruk macam mereka yang kena berhenti kerja dan sebagainya. Ini pun ikut  terma dan syarat bank masing-masing.


Kak Feni dan husband tak sambung dah moratorium ni sebab nak cepat-cepat selesaikan segala hutang yang ada. Tak sakit kepala. Kereta pun tinggal berapa tahun je lagi. Jadi cepatlah habis semuanya.


Kami suami isteri ni gaji bukanlah lebat macam orang lain tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada duit masuk sokmo setiap bulan. Lepas makan minum, bayar sewa rumah, loan kereta dan belanja anak-anak setiap bulan pun dah okey. Alhamdulillah.


Ramai juga sahabat kak Feni yang mengadu yang terjejas teruk dengan keadaan sekarang ni. Hilang kerja dan sangat struggle nak hidup. Semalam PM umumkan lagi bantuan untuk rakyat Malaysia. Bantuan Prihati 2.0. 



Bantuan ni akan disalurkan kepada rakyat akhir bulan Oktober nanti. Sama-sama kita dengar info dari pihak kerajaan.


Terima kasih PM sebab sentiasa ambil cakna tentang kesusahan yang rakyat sedang hadapi. Sama-sama kita bersatu hati mencegah covid-19 ni. 


Berbalik kembali kepada moratorium ni, makanya bulan depan dah kena bayar semua loan dah. Semoga kita semua dikayakan rezeki yang melimpah ruah untuk selesaikan segala hutang yang ada di dunia ini. 

September 23, 2020

Stok Vitamin C Shaklee Masih Ada !

Alhamdulillah bulan lepas sales Shaklee agak kencang juga sampai boleh dapat bonus selain dapat untung runcit. Terima kasih ya Allah. Upline Kak Feni yang tak pernah lupakan Kak Feni kalau ada apa-apa info tentang Shaklee.


Dengan keadaan stok Shaklee yang tersangat limited ni, dapat upline yang baik alhamdulillah. Sesak-sesak tengah bulan tiba-tiba duit masuk akaun. Haaa sape yang taknak kan ?


Dalam dok merapu saja-saja scrol ig dan fb tu lebih baik kita buat bisnes online. So masa berjalan tu bolehlah kita isi dengan benda-benda yang bermanfaat. Sambil-sambil dok saja duit masuk gitu.



Okey alhamdulillah Vitamin C masih lagi ada beberapa botol yang boleh diorder oleh customer Kak Feni. Selalunya Vitamin C ni depa ambil dengan Vitamin E dan ESP. Dalam SET CANTIK SHAKLEE memang Kak Feni akan suggest ambil 3 benda ni. 


Kalau taknak ambil full set 3 benda ni pun boleh. Ambil Vitamin C sahaja pun boleh. Sebotol ni mengandungi 180 tablet. Maksimum 4 tablet sehari. Kalau dah konsisten makan 1 tablet sehari pun dah cukup. Jadi kalau ambil sebiji sehari, sebotol vitamin C ni boleh tahan sehingga 6 bulan.


Sangat jimat kan ?


Jimat sangat-sangat. Kenapa nak bayar lebih kalau kita boleh dapatkan yang lebih jimat. Lebihan tu boleh buat beli apa-apa. 


Untuk tahu lebih banyak tentang kebaikan Vitamin C Shaklee boleh rujuk klik sini.


Untuk order boleh klik link di bawah :




ATAU


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 22, 2020

Cari Bahagia Kita Sendiri Dengan Cara Kita


Nak bahagia tak perlu bersaing dengan siapa-siapa. Hanya senyum dan teruskan sahaja. Dugaan ini bukan kita sahaja yang kena rasa. Semua orang ada ujian masing-masing. 


Teruskan melangkah dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Kita kalau nak fikirkan apa yang orang tak suka dengan kita sampai bila-bila pun kita takkan rasa bahagia dengan cara kita. Jadi buang segala apa yang membebankan fikiran dan nikmatilah hidup ini seadanya.


Ingat !


Perkara kecil yang kita lakukan hari ini akan menjadikan kita lebih bernilai dan bermakna di kemudian hari. Contoh Kak Feni nak share.


Aku nak duit RM10K dalam akaun aku.


Jika hari ini aku tak menyimpan sikit-sikit. Sampai bila pun kita takkan capai RM10K dalam akaun aku. Jadi... Jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Masa kecil kan mak-mak kita selalu cakap. "sikit-sikit lama jadi bukit". InshaAllah yang kecil itulah yang menjadikannya lebih besar.


Begitu juga amalan kita. Jika sebelum ini rasa malas nak berzikir. Malas nak solat. Malas nak memotivasikan diri sendiri. Cuba buat sikit-sikit setiap hari. InshaAllah akan ada manisnya nanti. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu nikmatnya.


Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberikan nikmat untuk berkongsi ini. "Sebarkan kebaikan walau hanya dengan satu ayat".


Mana tahu dalam ramai-ramai yang mendapat manfaat dari kita dan mendoakan kita, Allah makbulkan doanya. Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah S.W.T.


InshaAllah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

September 21, 2020

Cuti Balik Kampung 4 Malam 4 Hari

 Assalamualaikum. Hari ni Kak Feni dah kembali masuk opis setelah bercuti mula dari hari Sabtu lepas. Mari kita mulakan perjalanan cuti Kak Feni.

Sabtu -12/09/2020


Kami bertolak dari Langat pukul 9.00 malam sebab husband Kak Feni masih kerja pada hari Sabtu tersebut. Kita pun ikut jelah driver kan. Kami makan malam siap-siap di rumah mertua Kak Feni sebab kami tak masak. Hehe semangat nak balik kampung kan.

Jalanraya kali ni lengang dan santai saja sebab bukan musim perayaan kan. Kami pun santai-santai je. Tak laju nak rushing sangat. Memandu pun tak laju macam formula one.

Sebelum jalan tu dah singgah beli macam-macam makanan untuk bekalan anak-anak dalam kereta. Kami sampai di Gua Musang pukul 1.00 pagi. Husband cakap nak rehat kat sini je. Suruh Kak Feni google hotel. Haha aku dah tak ingat hotel nama apa. Semalam RM70 untuk 2 single bed. Hotel ni dekat atas bank BSN Gua Musang. 

Malas nak buat review. 

Okey setel bab tempat tidur. Kami bermalam di Gua Musang sampai subuh. 


Ahad - 13/09/2020

Kami bangun awal siap-siap nak cari sarapan di Gua Musang. Husband Kak Feni bawa kami pergi makan roti canai di Stesyen Keretapi Lama Gua Musang.




Kami makan roti canai kuah kari dan minum minuman biasa masing-masing. Kat sini best jer dan sejuk sebab dekat dengan gua. Sambil tunggu roti canai siap kami anak beranak merayap ambil gambar kenangan.

























Mengimbau kenangan lama. Masa kecil dulu kami selalu naik keretapi untuk ke Pahang. Stesyen yang kami naik ialah Kuala Krai. Masa kat atas keretapi tu banyaklah pit stopnya. Gua Musang mesti riuh rendah sebab ada gua. 

Lepas makan sarapan dekat sini. Kami teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Jauh lagi perjalanan. Gua Musang ke Pasir Puteh ambil masa 2 jam setengah juga sebab lebih kurang 170km. Kami akan lalui Kuala Krai dan Machang. 

Sampai di rumah Tokmek pun dah nak masuk zuhur. Terus call tokmek bersiap nak gi makan nasi air di Pasir Puteh.



Seronok sangat Tokmek bila anak menantu balik. Kami bawa makan nasi air di Pasir Puteh. Lepas gi shopping apa barang yang dia nak kami balik. Rehat kat rumah tokmek.



Anak-anak paling seronok sebab boleh jadi orang kampung. Kebetulan bunga api lebihan raya tahun lepas masih ada. Beraya sakan lah 2 beradik tu.

Isnin - 14/09/2020

Pagi-pagi kami dah bersiap untuk bawa Tokmek pergi ambil darah di Klinik Kesihatan. Kami pergi dekat dengan rumah Abe Long sebab senang nak ambil keputusan nanti. 

Lepas siap urusan klinik Tokmek kami terus berjalan ke Rantau Panjang untuk shopping toto dan cari makan. 





Haha beli makan saja pun habis berpuluh-puluh ringgit. Makanlah kami sampai lebam. Kak Feni shopping lah toto satu, tiffin yang tengah viral tu dan ada lah sikit-sikit kain batik. Rasa nak beli macam-macam tapi macam membazir pulak. Haha jadi beli jela ikut bajet yang hado ni.

Lepas kami ke Rantau Panjang, kami teruskan perjalanan ke Kota Bahru. Singgah kejap di Opis CSSB di Tunjung. Jumpa kawan-kawan opis. Lepas tu kami terus ke Pantai D'Aur dekat Bachok Kelantan.

Cantik sangat pantainya.


























































































Balik dari D'Aur kami teruskan perjalanan ke Tok Bali untuk tengok jeti dan beli ikan segar. Sampai rumah Tokmek dah azan maghrib. Kami siap-siap dan masak untuk makan malam. Malam ni hujan turun tak berhenti. Syok je rehat sebab hujan dan sejuk.

Selasa - 15/09/2020

Bangun pagi lepak dekat rumah. Ayah Long dah berkali-kali call suruh pergi ambil buah di kebun. Haha dia dah nak balik baru kami sampai.











Dekat kebun ayah long ni dekat dengan sawah padi. Masa kecik-kecik tokmek tanam padi kat sinilah. Kami dok berkubang tanam padi sambil main. Lelahnya rasa masa tu tapi seronoknya ada. Haha.






Sekali sekala balik kampung posing dalam kebun dan sawah. Haha mengimbau kenangan lama.

Balik dari kebun kami bersiap nak pergi Bukit Keluang di Besut, Terengganu. Tak jauh pun dengan rumah Tokmek. Perjalanan dalam setengah jam macam tu. 













Kami sampai di Bukit Keluang dalam pukul 3.00 petang. Mula janji dengan Cikni. Ingatkan dia and the gang sampai dulu. Rupanya kami yang sampai dulu. Sambut besday di dalam gua dekat Bukit Keluang. Haha makcik-makcik diva belaka.




Lepas posing mak-mak diva kami gerak balik. Depa bawa haluan depa dan kami terus balik rumah. Cuaca panas sangat sampai sakit kepala.

Malam rasa penat sangat tapi nak bawa anak-anak sedara gi makan dekat kedai pula.





Gambar ramai-ramai dalam handphone Cikni. Nanti kita update kemudian. Masa sampai kat Nasken Coffee ni hujan lebat. Kedai dia tepi jalan lepas flyover Tanah Merah. Kami parking dekat kedai sederet dengan Nasken tu, tuan kedai Siam tu nye marah kami parking depan kedai dia. Sabar jela. Malas nak panjang cerita kami alih jela kereta tunggu orang lain keluar.

Dengan hujan-hujan lebat ni memang spoil mood nak makan tapi aku bedal jugak. Hahaha dah lapar kan.

Balik dari makan, hantar kakak ipar dan anak-anak buah kami terus balik rumah tokmek untuk rehat dan tidur.

Rabu - 16/09/2020


Selamat hari Malaysia. Kami masih lagi di Kelantan. Petang baru gerak balik. Kami balik ikut Gerik sebab Wawan anak buah Kak feni buat nana pergi balik cari mama dia di Gerik. Mama dia balik kampung.

Mula plan nak balik dengan kereta masing-masing. Kak Ani drive pajero beliau sampai Gerik. Kami dengan kereta kami. Wawan tunggu di Gerik. 




Kami lalu ikut Jeli. Sebelum naik bukit Jeli - Gerik akan nampak satu gunung. Nama apa entah gunung ni. Lawa sangat.

Kami singgah rehat di R&R Banjaran Titiwangsa.





Cantik view kat sini. Ramai orang singgah untuk makan dan rehat serta berphoto.
 

Kami teruskan perjalanan ke Gerik. Singgah di Gerik kejap sebab nak makan laksa tapi laksa pulak habis. Order jela me bandung. Share ramai-ramai. Tak lama singgah di Gerik. Terus jumpa Wawan dan terus ke KL.

Singgah lagi di Hentian Sungai Perak untuk makan. Bekalan makanan yang Kak Feni bekalkan dari kampung. Mek masak gulai lemak putih petola. Kak Feni goreng ikan dan ayam. Bawa bekas budu dan timun potong. Haha berkelah di R&R best lah. Jimat belanja sebab duit banyak dah perabih masa balik kampung. 

Kami teruskan perjalanan dan sampai di Langat pukul 12.00 malam. Tamatlah percutian kami balik kampung kali ni. Semoga banyak rezeki sokmo-sokmo boleh balik kampung selalu.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...