October 22, 2020

8 Amalan Mudah Tetapi Luar Biasa Hebat



Orang yang berjaya sentiasa berjaya merancang untuk masa depannya. Jadi mulai hari ini walau sekecil mana pun nikmat yang Allah bagi. Kita harus bersyukur. Jom ikuti beberapa amalan yang mudah yang boleh kita amalkan untuk kesan yang luar biasa hebatnya.


1. Membawa Buku Nota/ Buku Catatan dan Pen

Bawa buku nota kecil kemana saja pergi. Kak Feni pun suka amalkan benda ni. Lebih suka tulis tangan berbanding guna smart phone. Kalau tak ada buku nota boleh saja tulis dengan menggunakan smart phone. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lebih mudah.


2. Rancang Hari Anda malam Sebelumnya

Hari yang baru bermula pada malam hari. Sebaiknya rancang hari esok malam sebelumnya. Rancang apa aktiviti dan komitmen yang akan kita lakukan hari esok agar kita dapat tahu dan membayangkan apa yang berlaku esok.


3. Catat 3 Kemenangan untuk Hari Esok dan Semak 3 Kemenangan Hari ini

Pada malam sebelum tidur, catatkan 3 perkara utama (3 kemenangan) yang wajib saya lakukan esok hari dan menyemak kembali 3 kemenangan saya pada hari ini. Tandakan 3 perkara tersebut dan ini bermakna kita sudah bergerak 3 langkah ke hadapan ke arah impian dan perancangan kita.


4. Rekod dan Catat Segala Perbelanjaan Kewangan 

Catat segala perbelanjaan kewangan dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Rekod perbelanjaan ini dapat mengawal nafsu kita dari membazir kepada benda-benda yang bukan-bukan. Perkara ni nampak kecil tapi besar kesannya.


5. Catat Perjalanan Hidup dalam Jurnal (Diai Kehidupan)

Peruntukkan 10 minit sebelum tidur  untuk mencatat perjalanan hidup pada hari tersebut. Sediakan satu diari khas untuk mencatat segala perancangan, visi dan misi, idea-idea baru, perjalanan hari demi hari. Ini agar dapat memantau kesemua aspek perancangan, kewangan dan perjalanan hidup kita setiap hari agar lebih teratur.


6. Power Hour

Power Hour atau Holy Hour adalah satu jam yang tulen yang bebas dari segala bentuk gangguan (seperti telefon, ipad, anak-anak, radio dan komitmen lain) ianya adalah HANYA melakukan tugasan penting pada waktu tersebut.

Ia adalah 1 jam yang kita hanya fokus kepada berfikir dan menyelesaikan tugasan atau projek paling penting kita.

Kita boleh memilih Power Hour kita sendiri sama ada 1 jam pada waktu pagi atau waktu malam mengikut kesesuaian sendiri.

Cuba lakukan dan kita akan dapati bahawa kita akan menjadi lebih produktif dan lebih masa untuk melakukan pelbagai perkara lagi pada hari tersebut.


7. Rutin Berjalan (Daily Walk)

Luangkan masa dalam 10 hingga 20 minit untuk berjalan kaki. Paling kurang 10,000 langkah sehari. Jika sibuk di pejabat sekalipun, ambil masa untuk berjalan dan kesannya bukan sahaja untuk kesihatan malah otak pun cergas.


8. Bangun Seawal 5 Pagi

Islam sangat menggalakkan umatnya bangun awal sebelum subuh untuk beribadah dan berqiamulail dalam memeriahkan malam dengan solat-solat sunat dan amalan sunat. Begitu juga kita akan lebih produktif bila kita memulakan hari dengan lebih awal 1 jam daripada biasa. Nampak mudah namun memerlukan komitmen yang tinggi untuk sentiasa istiqamah melawan nafsu tidur dan godaan syaitan.


Begitulah 8 perkara mudah yang kesan yang luar biasa hebatnya jika diamalkan selalu. Kak Feni pun dapat dari salah satu founder dulu. Perkongsian yang harus dikongsikan bersama dengan cara Kak Feni sendiri. Semoga bermanfaat.


October 16, 2020

Bekalan Ubat-ubatan dan Suplemen


Dua tiga minggu ni kita tunjuk ubat-ubatan dan suplemen jela ya sebab badan ni tak berapa sihat sejak minggu lepas. Sakit itu ujian. Alhamdulillah sebab Allah masih bagi lagi nikmat sembuh dan sihat seperti sedia kala.


Semalam viral pulak pasal Neelofa berpurdah. Alhamdulillah nikmat hidayah yang Allah beri banyak hikmahnya. Kadang-kadang kita terlalu mengejar dunia ini hingga lupa apa tujuan kita sebagai hamba. Kita semua tak sempurna. 


Sentiasa berdoa dan berusaha untuk mencari redha Ilahi. 


Sejak akhir-akhir ni hati ni terlalu sensitif bila mengenangkan yang dunia ni hanya sementara sedangkan masih banyak lagi benda yang tak buat. Dosa pula tak terhitung. Allah, sedihnya rasa. 


Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mentuaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, adik beradik suamiku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia ini yang masih hidup serta yang telah meninggal dunia.


Sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada dalam setiap perkara. Ingat ujian datang tanda Allah sayang kita. 


Itu jela kot Kak Feni nak bebel hari ni. 

Nota kaki : Suplemen tu ada yang sahabat hadiahkan dan ubat-ubatan itu ambil di Klinik dan diberi nasihat oleh doktor.

October 9, 2020

Tabung Sedekah Kak Feni

Siapa dah ada tabung sedekah ? Tahniah alhamdulillah sebab dah berjaya untuk kumpul pahala di akhirat. Banyak manfaat bersedekah ini termasuklah membersihkan hati kita sendiri.


Dulu masa jahil. Kak Feni takut sungguh nak bersedekah hatta RM1 atau sen-sen sekalipun. Masa tu memang jahil dan tak yakin dengan janji Allah. Akibat kurang ilmu agama. Sebab tu Allah suruh kita berkawan dan mencari guru untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah sempat menerima hidayah berkenaan dengan sedekah ini.


Sedekah itu Sesuatu Yang Ajaib


"Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifani, Bilal dan Abu Dhamdan.

Kerana terlalu ingin tahu,Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah, Engaku selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"

Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya 3 kali berturut-turut.

"Sedekah itu sesuatu yang ajaib!"

 




Jadi Kak Feni pun sediakanlah satu tabung kecil sesuai dengan diri ini. Nak beli tabung yang cantik-cantik kat kedai RM2 atau mana-mana pun tak kisahlah. Janji niat kita nak bersedekah.


Kak Feni memang niat nak sedekah RM1 setiap hari tanpa lupa. Kalau semalam lupa kena ganti balik. InshaAllah ikut kemampuan kita. Ikhlas itu hanya Allah yang mampu menilainya. Selalunya Kak bawa sampul yang bernilai RM 1 ni kemana-mana kalau jalan. Bila nampak orang susah atau orang minta sedekah bolehlah bagi duit dari tabung sedekah ni.


Kadang-kadang Kak Feni transfer secara online. Jadi duit dalam tabung ni Kak Feni ambil sebagai ganti. 




Sekarang ni kan ramai orang buat secara online. Jadi kalau ternampak orang susah atau persatuan atau badan-badan NGO yang memohon bantuan kita bolehlah hulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu. Tak susah nak kumpul pahala.


Yang ni lah bahagian untuk kita nanti. Semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini mendapat pahala dan keberkatan untuk kita menuju ke akhirat sana.


Tangan yang memberi lebih jauh dari yang menerima. Sesungguhnya bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Syurga itu bukan percuma. Dunia ini tempat untuk kita mengumpul pahala. Semoga perkongsian Kak Feni ini menjadi salah satu asbab untuk ke syurgaMu Ya Allah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

October 2, 2020

Santai 2 Oktober 2020

Semalam permulaan Oktober yang baik untuk Kak Feni sebab order masuk pada 1 haribulan. Memang seronok lah hati ini sebab mula-mula dah pecah telur.


Pagi semalam masa on the way ke opis dengan husband naik motor. Lepas jer stesyen minyak, terus motor padam sebab minyak habis. Tak tahu minyak habis sebab meter minyak dah jem. Maklumlah motor lama. Sama umur dengan Abang Aus. Kami beli sempena abah dapat kerja dengan Harta. Motor tu lah harta pertama yang kami beli lepas kahwin dan dapat anak.


Nasib baik tak jauh lagi dengan stesyen minyak tapi kalau nak tolak patah balik ke stesyen minyak tu memang berpeluh jugak tiak ni. Haha jadi husband Kak Feni pun call kawan dia minta bantuan. Nasib ada kawan yang ada kat kawasan sekitar datang tolak motor. 


Kak Feni pun tunggu dekat bus stop tepi jalan masa depa tengah isi minyak. Halah-halah datang pulak anjing hitam yang berkeliaran kat situ. Nasib baik tak lama tunggu husband Kak Feni. Dia sampai cepat-cepat naik motor sebab takut anjing tu mai gigit kita naya (hadoi macam-macam mari mikir).


Kami sampai awal ke opis sebab anak-anak mood okey dipagi hari semalam. Semua baik-baik jer pergi sekolah. Hari ni abang Aus buat hal taknak pergi sekolah agama. Tak tahu nak buat macam mana dah Kak Feni ni. Bila mikir ke masalah anak-anak ni susah hati rasa. Sekolah pun bukannya lama lagi pun.


Semoga rezeki terus mengalir bagaikan air yang mengalir tak putus-putus. 










October 1, 2020

Selamat Datang Oktober !

Semalam Kak Feni bukan main seronok lagi sebab dapat sales menderu sempena closing September kan. Hari ni pun sama permulaan Oktober yang sangat indah bila rezeki datang sendiri kepada kita. Alhamdulillah.


Betullah dalam kepahitan ada kemanisan yang harus kita lalui. Kak Feni pun banyak masalah yang orang rasa macam simple je bagi depa. Bagi kita rasa macam teruk sangat. Tak mengapalah ajari hati untuk terus redha dengan ujian Allah.


Ketika kita rasa kita tersangat susah. Masih ramai lagi insan di luar sana yang lebih susah dari kita. Belajar untuk ajari hati supaya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. 


Yang pahit tu Kak Feni malas nak share sebab biarlah kita kongsikan benda yang baik-baik. Betulkan niat agar segala perkongsian kita ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jangan berkongsi dengan niat untuk menunjuk dan riak dengan apa yang kita ada sekarang ni.


Semua yang kita ada di dunia ini hanyalah sementara. Sampai masa Allah akan jemput kita pulang ke alam yang abadi selamanya. Semoga yang tinggal ini dapat memberikan pahala yang berterusan.


Nak berbuat baik tak perlu tunggu masa kaya. Masa tengah tiada apa-apa pun kita boleh berbuat baik. Tak kira dengan manusia ataupun apa saja. Tolong dengan apa yang kita ada. Tak mampu tolong dengan wang ringgit. Kita tolong dengan kudrat kita. InshaAllah Allah nampak apa yang kita lakukan.


Hari ni dah 1 Oktober. Kak Feni masih belum buat target untuk bulan ni. Nak selesaikan hutang yang masih banyak bersisa. Moratorium kereta pun dah berakhir. Jadi kami kena mula bayar segala hutang bulan ni.


Jomlah kita berusaha sekuatnya untuk mencapai segala apa yang kita impikan. 


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...