December 28, 2015

Diary bisnes



Saya budak baru belajar. Buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Pergi keje balik keje.

Balik kampung bercuti semua saya bawak buku ni..

Mase kene ragut tempoh hari nasib baik buku ni takde dalam beg..alhamdulillah..

Segala benda saya catat dlm ni..
Orang order
Perancangan saya
Tentang aktiviti bisnes saya
Semua saya catat dalam ni

Bila ada order saya pasti akan belek dan catat dalam ni..Bila ada ilmu2 penting yang saya dapat saya mesti catat dalam ni.

Biar ianya lunyai namun apa yang ada dalamnya hanya saya yang tahu betapa bernilainya ia..

Muka surat yang kosong dah tinggal beberapa helai saja..nampaknya tahun baru kene ada buku baru.haha..

Sejak berbisnes online ni buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Semua benda saya catat dalam ni.

Sempena tahun baru 2016 saya kene beli buku baru lah gamaknya sebab banyak lagi benda saya nak buat. Nak plan betul-betul bisnes ni. Cita-cita setinggi langit. Tapi tanpa perancangan yang betul takkan kemana. Hidup ini try and error. Aku tak boleh lagi berputus asa dengan hidup banyak benda aku nak buat. 

Ya Allah. Kuatkan aku dan berikan lah aku kekuatan untuk mencapai segala cita-citaku amin.

December 16, 2015

8 Tips Untuk Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Semulajadi

Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk kuruskan badan secara sihat. Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk  mendapatkan bentuk badan yang ideal.





Tips Untuk Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Semulajadi

1) Setkan Target Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Yang Diinginkan

Pertama sekali anda perlu setkan target berapa kilogram anda ingin turunkan berat badan anda. Contohnya berat sekarang 80kg. Setkan untuk turun sebanyak 30kg bagi mendapatkan berat yang ideal iaitu 50kg.

Setelah anda setkan target untuk kurus jadi anda harus melakukan dengan bersunguh-sungguh. Anda harus melakukannya tanpa tanguh-tangguh lagi. Sikap kita yang akan menentukan hasil yang kita akan dapat.

2) Memahami Kadar Kalori Dalam Setiap Makanan 

Setiap set makanan yang kita ambil setiap hari mempunyai kadar kalori yang berbeza. Jadi kita harus ambil tahu tentang apa yang kita makan setiap hari supaya kita dapat membakar segala kalori yang berlebihan untuk kekal langsing dan kurus.


3) Makanlah Sedikit-sedikit

Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu waktu. Amalkan makan dengan jumlah yang sikit tapi berterusan.

4) Hindari Waktu Makan Malam

Waktu yang sesuai untuk makan malam adalah sebelum maghrib iaitu dalam pukul 6.00 patang.

5) Hindari Makanan Yang Bergula

Kurangkan makanan yang manis dan kadar gula yang banyak. Makanan yang manis boleh menyebabkan pelbagai penyakit.


6) Tukarkan Makanan dengan Makanan Yang Rendah Lemak

Ambil makanan yang kurang lemak. Sekiranya suka makan makanan yang bergoreng dan berminyak tukar kepada makanan yang lebih sihat iaitu masak secara stim atau bakar. Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

7) Amalkan Senaman 

Setiap hari amalkan senaman ringan untuk kekal sihat. Tahukan anda bahawa kita perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari untuk membakar kalori.


8) Memberi Sepenuh Komitmen


Untuk mendapatkan hasil yang terbaik kita haruslah berdisiplin dan komitmen. Kita harus memberi sepenuh komitmen untuk kekal kurus dan langsing.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 29, 2015

PERLUKAH PERNIAGAAN INTERNET ATAU "ONLINE BUSINESS" DIDAFTARKAN ???



Haaa.. Ramai antara kita hari ini ingin memulakan bisnes online tapi tak tahu cara. Ada yang main hentam kromo saja. Sebab tu kena ada ilmu. Mari kita rungkai sikit pasal masalah ni ye.

Definisi perniagaan mengikut seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 meliputi apa-apa bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan. Walaupun tiada premis bagi perniagaan "online', ianya perlu didaftarkan sebagai suatu perniagaan sebab ia tertakluk dalam definisi ini.

Kelebihan mendaftarkan perniagaan internet :


1) Meningkatkan keyakinan pengguna untuk berurusan dengan kita.

2) Memudahkan pengguna membuat versikasi status perniagaan.

3) Mempunyai identiti di peringkat global, sesuai dengan prospek pemasaran yang luas melalui internet.

4) Sesuatu perniagaan yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan kerana perjalanan perniagaan itu adalah tidak sah disisi undang-undang.

BENTUK PERNIAGAAN YANG PERLU DIDAFTARKAN DI SSM


1) Perniagaan milik tunggal yang dimiliki oleh seorang pemilik (individu).

2) Perniagaan perkongsian yang dimiliki oleh 2 - 20 orang pemilik.

Selain itu, terdapat juga bentuk perniagaan seperti syarikat Sdn. Bhd. / Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), masing-masing mengikut akta Syarikat 1965 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu didaftarkan di SSM.

FAEDAH MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DI SSM

1) Untuk mendapatkan entiti yang sah disisi undang-undang iaitu layak mengikat kontrak, perjanjian dengan pihak bank/agensi kerajaan dan membantu waris menuntut hak harta/wang daripada perniagaan berkenaan.

2) Melayakkan untuk mendapatkan kemudahan perlindungan insuran yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

3) Melayakkan untuk membuat pinjaman mikro yang diperkenalkan oleh pelbagai agensi kerajaan  -  Bank Rakyat, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA dan SME.

4) Mendapatkan kemudahan menjalankan perniagaan seperti lesen premis dan permit.

5) Untuk membolehkan kerajaan dan pihak berkuasa/agensi lain mendapatkan maklumat terkini dan tepat bagi menyediakan dasar dan kemudahan untuk meningkatkan taraf perniagaan dan kehidupan golongan berkenaan.

6) Mendapat kemudahan menghadiri seminar dan latihan untuk meningkatkan kemahiran dalam menjalankan perniagaan secara sistematik dan teratur.

SYARAT UNTUK PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL DI SSM


1) Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap dan berumur 18 tahun  ke atas.

2) Perniagaan dijalankan di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

RM40 setahun - Nama perniagaan sendiri (contoh : Ali bin Ahmad)

RM70 setahun - Nama perniagaan (contoh : Maju Enterprise)




November 20, 2015

SET CANTIK UNTUK MEREKA YANG MEMENTINGKAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua

Ramai antara kita yang impikan kulit cantik dan cerah berseri? Feni boleh bantu awak dapat kulit cun dengan produk dari dalaman ni! Selalu try macam2 skincare tapi kulit muka still sama kan?

Jom rawat dari dalam dulu, barulah luar cantik!

Dengan set ni, bukan je muka cantik, satu badan cantik tau!

Jom Feni bagitau satu-satu fungsi produk dalam SET CANTIK  ni ok ?







ESP

☀ Nak kulit jadi HALUS MULUS GEBU GEBAS? ESP Lah jawapannya !

☀ Menjadikan kulit PUTIH & ANJAL

☀ Kandungan protein dalam ESP yg tinggi dapat meransang penghasilan KOLAGEN dalam badan

☀ Jangan tak tahu ESP juga boleh menjadikan bentuk badan yang ideal kerana ia mengenyangkan






SUSTAINED RELEASE VIT C

☀ Meransang PEMBENTUKAN KOLAGEN

☀ Membantu mengekalkan kulit yg AWET MUDA

☀ MENCERAHKAN KULIT secara semulajadi

☀ Mengecilkan PORI MUKA

☀ Membantu menghilangkan jerawat dan jeragat bermula dari dalam




COLLAGEN POWDER

☀ Memperbaiki tekstur kulit wajah

☀ Menghilangkan kedutan

☀ Melembabkan kulit

☀ Melindungi kulit dari radikal bebas

☀ Melicin dan melembutkan kulit

☀ Menegang payu dara dan punggung

☀ Mengurangkan pigmentasi jeragat


VITAMIN E

☀ Mengurangkan PARUT JERAWAT

☀ Mengurangkan KESAN JERAGAT

☀ Menjadikan KULIT LEMBAB secara semulajadi

☀ Sesuai untuk KULIT KERING/ BERSISIK

☀ Menjadikan kulit AWET MUDA & FLAWLESS

Nak order? Berminat? Contact Feni ok, in sha Allah will give u the best price & best consultation.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 16, 2015

Pengalaman Sebagai Seorang Peniaga

Hai Hai Hai

Assalamualaikum semua.

Saya baru balik dari bercuti ni. Balik kampung tengok mak kat kampung di Kelantan nuuu.. Biasalah orang tua kan. Bila dah lama tak tengok cucu mesti rindu. Saya pun balik lah bawak 2 tentera tuu..hoho..

Balik kampung tanpa suami memang mencabar sebab anak-anak taknak kat orang. Seminggu huru hara dunia tapi itulah indahnya bila ada anak kan kan? Syukur alhamdulillah saya ada 2 kakak yang sporting morting yang tolong bawak kami anak beranak nak balik kampung.

Orang kata bisnes online ni senang namun bila anda dah ceburkan diri dalam bidang ni. Hanya yang mengalami saja yang tahu. Haha. Namun saya sangat enjoy dengan bisnes produk S yang saya ceburi sekarang ni. Saya tak perlu menyimpan stok banyak-banyak sebab saya boleh buat secara online. Saya juga tak perlu berkejar ke stokis untuk mengambil barang sebab semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee.

Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih bisnes Shaklee untuk berniaga secara online kerana buat masa ni saya masih lagi bekerja dan masa saya sangat terhad. 

Saya pernah bekerja sebagai pekerja Seven Eleven dengan gaji RM650/bulan. Haha mase tu rasa kaya sangat-sangat dah. Dapat gaji 2 kali sebulan jadi tiap-tiap tengah bulan dan hujung bulan dapat lah shopping macam2. haha rasa sungguh kaya dah mase tu sebab xde tanggungan. Dapat duit hanya untuk belanja diri sendiri. 

Saya pernah kerja sebagai penjual tiket bas. Jadi penjaga kaunter tiket bas. Jual pakaian kat pasar malam semua dah merasa. haha. sebab tu hati pon dah kental kot.huwaaa...

Oklah ..nnt menulis lagi... babaiii.

Update pengalaman dengan gambar semasa berniaga dulu.







Masa kami berniaga ni memang best sebab ramai orang keluar membeli. Harga getah masa tu tu tinggi. Memang seronok sangat berniaga.

November 5, 2015

Vitamin C Untuk Kesihatan dan Kecantikan



Bulan November ni bulan untuk bertambah cantik. Feni suka sangat bila pihak Shaklee umumkan promosi vitamin c ni sebab Feni suka cantik. Kata orang nak cantik luaran bermula dari dalam.

Kebaikan Vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan :-

  • Amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh secara amnya
  • Memenuhi keperluan vitamin C untuk tubuh yang lebih sihat
  • Sustained Release Vita-C dengan rumusan semulajadi
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Selamat digunakan kerana ianya dihasilkan secara semulajadi
  • Kulit menjadi lebih cerah dan halus
  • Menghilangkan jeragat dari dalam
  • Mengimunkan badan dari pelbagai penyakit seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya
  • Sesuai untuk seisi keluarga kerana ianya terbukti selamat digunakan.

Dalam sebotol Vitamin C Plus ni ada 180 biji. Jadi sekiranya penggunaan sebiji sehari bermakna boleh tahan sehingga 6 bulan. Wow berbaloi-baloi la kan. 

Testimoni Vitamin C yang berjaya menambat hati pengamalnya :-

1. Masalah Kulit Menggelupas Selesai




2. Jerawat Batu Di Muka Semakin Kecut Dan Hilang


3. Menghilangkan Jerawat


4. Kulit Semakin Sihat dan berseri



Boleh menghubungi Feni untuk maklumat lanjut berkenaan dengan produk dan membuat pesanan :-


Safeni FeniShaklee ID : 1193591SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780Email: feni8683@gmail.com




October 27, 2015

Aku Sedang Mencari Kekuatan Diri


24/10/2015 adalah tarikh yang mungkin aku ingat sampai bila-bila. Allahuakbar. Beg tangan aku diragut oleh peragut yang mencari peluang untuk senang dengan mudah. Masih terbayang-bayang lagi macam mana si peragut tu datang dan tarik beg aku. Adegan tarik menarik ada juga tapi tenaga lelaki dan aku tak mampu nak menarik balik beg aku. Allahuakbar. Sakit peha-peha sebab konon nak kejar peragut tu. Last2 dia broom bawak motor laju2.

 Bila fikir2 balik biarlah biarlah. Nanti mesti ada rezeki lain yang datang. Allah sedang menguji kesabaran aku. Aku harus tabah dan sabar. Asalkan aku dengan anak selamat cukuplah. Duit dan barang-barang lain tu boleh cari. Anak aku ...ohoho.tak dapat nak bayangkanlah.. Syukur alhamdulillah walau aku kehilangan duit tap anak dan beberapa dokumen penting tapi keselamatan kami berdua lebih penting.

Berlapang dada walau kadang2 datang juga perasaan sakit hati. Cepat2 istighfar ingat Allah. Sebab semua kejadian yang berlaku dengan izin Allah juga. Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah kata jadi maka jadilah. Kita hamba kene redha. Berserah dengan sepenuh hati bahawa Allah lebih tahu. 

Hari ini aku mengumpul kekuatan untuk kembali berjuang meneruskan kehidupan untuk mencapai segala cita-cita yang dirancang. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


October 21, 2015

Jerebu oh jerebu

Allah Allah Allah

Alhamdulillah hari ni baru ada kekuatan untuk menulis. Aku cuba kuatkan semangat sebab x brapa nak sihat 2 3 hari ni. Maklumlah keadaan cuaca yang sangat tidak baik. Kuning warna. Ya Allah aku takut dengan kuasaMu. Ampunkan aku ya Allah.

Udara sekarang ni dah beracun dan bacaan IPU sangat tinggi. Banyak sekolah ditutup sebab kualiti udara sangat tidak elok untuk kesihatan. Ya Allah ampunkanlah hambaMu ni. Kuatkan kami dalam menghadapi semua dugaan mu.

Anak-anak pun banyak yang kene selesema dan sesak nafas. Aku bersyukur sebab anak-anakku tak berapa teruk dan keadaan masih terkawal. Segala aktiviti luar rumah dikurangkan sebab cuaca yang tak elok ini. Aku terpaksa tinggalkan anak-anak dirumah demi tuntutan kerja. huhuhu..sedih weh..

Banyakkan minum air masak untuk atasi sakit tekak dan makanlah suplemen untuk mengimunkan badan. Walau kadang-kadang kita sakit juga namun sekurang-kurangnya kita cuba untuk sihat. Musim-musim jerebu ni kurangkan aktiviti luar

October 16, 2015

Pengalaman Pertama Nak Pegi Kelas Offline Sendiri

Haha. Tengok tajuk pun dah nak gelak besar weh.. That my first time i drive sendiri nak pergi kelas Offline anjuran Master Haji Roslan dekat Sri Rampai Branch. Ini adalah program kali kedua aku join dalam bisnes Shaklee ni. Macam-macam aku fikir. Macam-macam benda aku nak buat dalam bisnes ni. Aku nak berjaya jadi aku kene join orang yang berjaya.

Ohoo..mula-mula mase Master NadZaim wassap aku pasal program ni. Aku huru hara jugak lah. Maklumlah anak kecik lagi. Macam mane ni wei ?? Sape nak jage adik Rayyan..?? Nak bawak aku xde baby seat dalam kete. huhu. So plan A B C kene ada. Otak bergeliga mencari idea macam mane aku nak pegi. Aku rojer kakak ipar aku Kak La tanya mintak tolong boleh tak jage adik Rayyan. Dia kata ok Alhamdulillah selesai satu bab. 

Kedua aku rojer my BFF Dayang ajak dia join skali. Dayang ni adalah anak shaklee aku so aku ajak dia skali dan dia okay. Haha. Kami pun buat perancangan macam mana nak pergi tempat tu sedangkan aku memang tak tahu tempat dan tak tahu jalan. Maklumlah selama ni semua en suami yang bawak. Kita jage anak je kat sebelah. huhu..

Tiba hari yang ditunggu-tunggu aku keluar awal pagi bersama anak sulungku Abang Aus untuk mengambil Dayang dan Aisar di Kajang. Dari Kajang kononya nak pasang waze tapi entah mana-mana jalan yang dia tunjuk. Rasa nak menangis oiii. Huhu.. dan kami sesat oooh tidakkkk... Col orang tu col orang ni tanya jalan. haha.. Mase kekalutan berlaku macam2 wassap dapat. Terima kasih kepada yang banyak membantu.

Kami sampai di Shaklee Sri Rampai tepat pukul 11.00 pagi sedangkan kelas bermula pukul 10.00 pagi. Kami terlewat sejam tapi takpelah. Hentam jela labuuuu. Memandangkan ni kami pegi sendiri so pandai-pandai la bawak diri. Kami masuk buat muka selamba walau kerusi dah tak banyak..hoho

Dalam kelas ni macam-macam sharing diorang buat. Bestttt dapat banyak ilmu... Rugi sape yang tak pegi kelas-kelas ilmu free ni..

Nahhn belanje gambar sepukul untuk tatapan u olss...


Bersama Dayang, Neesa, Master Salwa Ashbul Jannah dan anak-anak

Bersama orang-orang yang hebat kita pun rasa hebat... hahaha.. Amik auraaaaa...

Thanks to Dayang sebab sudi susah payah dengan aku..Haha lawak weh... Huru hara dunia bila si nana jumpe si nana demi menuntut ilmu. Huwaaaa... Sesat berkilo-kilo, minyak kereta hampir habis dan bateri handphone out of service.. Memang Terbaekkk !!!

Okay daaaa... Jumpe lagi di entry akan datang bila ada masa free ada mood nak menulis dan ade idea mencurah2...keke..

Salam sayang...
Safeni Feni

October 15, 2015

Bahaya GLA untuk Wanita



GLA atau nama panjangnya gamma linolenic asid adalah lemak omega 6 yang paling terkenal. GLA boleh didapati di dalam susu badan ibu, dalam biji primrose dan buah blackcurrents. GLA sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan manusia, namun badan tidak boleh menghasilkan GLA. Jadi kita perlu mendapatkan GLA dari sumber makanan. 

Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa fibroid atau cyst telah wujud dalam badan kita namun jika ia aktif dan semakin membesar boleh dikesan dengan terjadinya simpton-simpton seperti dibawah.

Antara simptom-simptom fibroid atau cyst:-
  • Haid yang tidak teratur atau berpanjangan
  • Sakit perut
  • Sakit ketika bersama suami (hubungan kelamin)
  • Perut membuncit
  • Pendarahan abnormal

Kebaikan GLA COMPLEX

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS
  • Membantu dalam menangani menopouse
  • Melegakan simptom akibat rhematoid arthritis
  • Mengandungi Vita E untuk menguatkan dinding arteri
  • Mengurangkan "blood cloth' yang menyebabkan serangan jantung

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU MENGECUTKAN SEL FIBROID DAN CYST ?

  • GLA berfungsi untuk menstabilkan hormon dalam badan. Pertumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen.
  • GLA akan membantu untuk menstabilkan hormon supaya ianya cukup-cukup je mengikut keperluan kita. Jadi sel cyst dan fibroid akan jadi tidak aktif.
  • Ini kerana kebiasaannya sel ini aktif apabila hormon estrogen dan progesteron ini tinggi. GLA juga dilengkapi dengan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan untuk menyingkirkan radikal bebas atau sel kanser yang menyebabkan sel kanser yang menyebabkan fibroid dan cyst itu.
  • Bagi kes wanita yang tidak subur atau sukar hamil pun sama. Mereka tidak boleh hamil disebabkan oleh kepekatan estrogen dan progestrogen yang sedikit di dalam badan. Dengan mengambil GLA dapat membantu mengembalikan hormon ke tahap normal.
  • Jika hormon dalam keadaan normal atau stabil, peluang untuk hamil juga adalah tinggi.

Jom kita lihat testimoni pengguna ni yang berjaya hamil dengan ikhtiar GLA COMPLEX :-











Nota Kaki : Kalau anda rasa tidak selesa selepas makan GLA seperti sakit perut atau simptom-simptom nak ada cyst atau fibroid. Cepat-cepat rujuk doktor terus takut ada masalah dalaman lain. Bila makan GLA baru dapat kesan. Shaklee bukan ubat tapi supplement (makanan tambahan).

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 13, 2015

Menjadi Ahli Shaklee Dan Nikmati Kelebihan Sebagai Ahli

Waaaa mahalnya shaklee tu... itulah perasaan aku masa mula-mula nak guna produk Shaklee dulu. Oh tidak... Tapi aku ni seorang yang suka memikir dan buat kira-kira. Aku ambik contoh Vitamin C Shaklee la kan. Dalam sebotol vitamin C Shaklee ada 180 biji. Penggunaan sebiji sehari. So, 180 biji bahagi dengan 30 hari untuk sebulan jadi dapat 6 bulan. Ermmm. not bad. so tak payahlah aku beli tiap-tiap bulan kan.

180 biji / 30 hari
= 6 bulan

Fikir punya fikir aku decide la nak amik Vitamin C tu.hehe. Okey.. Ada lah seorang kawan agen shaklee offer vitamin C ni. Apa lagi aku cuba lah. Vitamin c ni memang dihasilkan dari sumber semulajadi yang disahkan selamat. Makan lebih-lebih pun okey sebab vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan 100mg untuk setiap jam. 

Bila dah serasi tiap-tiap bulan rasa macam nak cuba semua produk shaklee. Pastu try set kurus budget konon nak kurus iaitu alfalfa dengan lecithin. haha.. Memang berkesan malah badan rasa ringan jer.  

Sebelum try produk shaklee ni banyak makan jamu. Tapi jamu panas sangat sampai kulit jadi kering dan selalu kene ulser dalam mulut(telaga buruk). Ohoooo pedih tak hengat. Sejak tu stop dulu makan jamu. Tukar kepada produk yang lebih moden. hehe.

Dan sekarang dah jatuh cinta dengan produk Shaklee yang memang dah terbukti berkesan dan bebas bahan kimia. Harga dah jadi nombor dua dah sebab nak sihat dan cantik. Malah orang sekarang ni sanggup berhabis untuk cantik dan sihat termasuklah aku. kikiki 

Beli lipstik dengan baju sampai beratus boleh takkan nak beli supplement untuk kesihatan dan kecantikkan diri pon tak boleh. Aku dah ubah pemikiran aku. Kalau sakit lagi banyak duit nak keluar. Baik aku jaga diri dengan amalkan makanan tambahan yang sihat ni. 

Sekarang dah jadi ahli Shaklee dan keahliannya adalah seumur hidup. Tak perlu nak perbaharui tiap-tiap tahun. Haaa... nak dapat keahlian percuma pun boleh tapi mengikut terma dan syarat la.


Nak dapatkan harga yang lebih murah kenalah join ahli dulu barulah dapat harga ahli. Pendaftaran sebagai ahli hanyalah RM79.50 sahaja atau dengan pembelian yang melebihi 200UV.

Setiap produk Shaklee ada UV masing-masing. Contohnya sebotol vitamin C bersamaan dengan 22UV. Jadi nak cukupkan 200UV . Belian lebih kurang 10 botol vitamin C. Selalunya sebagai pengedar Shaklee 200UV adalah satu angka yang kecil sahaja. Belian produk Shaklee yang melebihi 150UV dah layak menerima bonus bulanan. Bonus ini akan dimasukkan ke dalam akaun pada 14 haribulan untuk bulan akan datang.

UV nilah yang menentukan jumlah bonus yang bakal diterima oleh pengedar Shaklee padan tengah bulan akan datang. Dalam orang lain berasa sesak menunggu gaji. Pengedar-pengedar Shaklee menerima bonus masuk akaun. Bonus ini bolehlah digunakan untuk menampung perbelanjaan harian atau buat simpanan.

Kelebihan menjadi ahli Shaklee 


1. Dapat membeli produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
2. Dapat menikmati bonus melalui jumlah belian (sekiranya layak)
3. Peluang naik pangkat
4. Menghadiri kelas-kelas ilmu yang dianjurkan oleh pihak Shaklee
5. Menjana pendapatan sampingan atau secara sepenuh masa.
6. Setelah mendapat ID setelah mendaftar, boleh terus buat belian melalui shaklee2u.
7. Ada 3C yang Shaklee tawarkan sebagai imbuhan kepada para pengedarnya yang berdedikasi :-

Cash – bonus tunai bulanan. Bergantung berapa banyak yang telah kita usahakan. Bermula dari 5%, 8% hinggalah ke 21% tahap bonus. Bukan itu saja, bagi yang sudah mencapai rank tertentu, ada lagi bonus kepimpinan yang akan diberikan.

Car Bonus – bonus kereta. Bukan kereta sebiji. Ala-ala elaun kereta. Kita boleh pilih untuk beli kereta baru, bayar kereta sedia ada, nak simpan atau berbelanja joli katak

Convention – percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100% oleh Shaklee. Kita datang bawak badan sahaja. Macam tahun ini, siapa yang mendapat 990 points akan layak mendapat tiket ke percutian di Italy atau Umrah (pilihan bagi yang muslim) ! Semuanya PERCUMA dan boleh bawa sesiapa saja yang anda suka!

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan produk Shaklee atau membuat pesanan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





October 12, 2015

Testimoni Vitamin E Yang Membantu Wanita Untuk Kelihatan Lebih Cantik Dan Muda

Hari ni saya nak kongsikan dengan semua tentang kebaikan Vita E Shaklee yang terbaik dalam pasaran. Saya mula mengamalkan Vita E Shaklee adalah sebab untuk cantik. Ahakss.. Nama pun perempuan kan. Mestilah nak jage kesihatan dan yang paling penting nak kelihatan cantik dan gojes.. Aumm.. 

Kita ni orang perempuan walau dah berkahwin dan berumah tangga harus sangat pandai jaga diri. Malumlah orang lelaki ni bukan boleh tengok wanita cantik kan. Kikiki. So pandai-pandailah bawak diri. Yang tak suka bersiap tu haruslah ambil langkah berjaga-jaga. Umur makin meningkat kita tak semestinya tak boleh bergaya kan kan?

Sejak amalkan vita E ni saya rasakan kulit bertambah cantik dan halus. Kesan-kesan parut yang ada pun nampak makin pudar. Malah kulit muka pun nampak berseri-seri. hihi.

Nak makan supplement ni bukan untuk sehari dua tau. Adakalanya makan berbulan-bulan untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Jadi janganlah cepat berputus asa. Terus amalkan dan jangan lupa minum air kosong banyak-banyak.


Kebaikan Vitamin E 

✿ Melambatkan proses penuaan
✿ Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen
✿ Membantu dalam penyerapan oksigen
✿ Mencegah kanser
✿ Mencegah kemusnahan Vitamin A dan C
✿ Terkenal sebagai vitamin anti-oksidan
✿ Vitamin penting untuk mengekalkan kecantikan kulit
✿ Sangat baik untuk menghasilkan sperma yang lebih sihat

Antara testimoni lain berkenaan dengan Vita E Shaklee yang memang superbbb ni.


Kulit menggelupas bertambah baik dan menjadi lebih cerah




Jerawat semakin malu nak tumbuh dan semakin berkurang




Kombinasi Vita E bersama dengan ESP 




Muka bertambah baik dengan mengamalkan Vita E secara konsisten




Vita E juga boleh dibuat masker untuk mencantikkan kulit muka





Kulit muka bertambah cantik dan gebu



Menjadikan kulit lebih sihat dan cerah


Untuk pertanyaan berkenaan dengan vitamin E atau produk kesihatan Shaklee yang lain boleh hubungi Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 11, 2015

Krim Ajaib Yang Memang Memuaskan Hati

Herbal Blend

Kami satu keluarga memang gemarkan krim herbal blend ni sebab rasanya yang tidak melekit dan mudah disapukan pada kulit. Abang Aus suka sangat kalau dapat herbal blend ni. Kadang-kadang dia buat macam losyen dan habis disapunya ke badan. Terpaksalah ummi ambik dan sorok. huhu. Kalau tak habislah dia kerjakan.

Mula-mula saya beli herbal blend ni sebab anak saya naik ruam-ruam jadi saya belilah herbal blend ni untuk disapukan pada kulit anak-anak. Maklumlah kulit baby kan sangat-sangat sensitif. Tak boleh nak sapu sebarang minyak atau krim sebarangan. Kawan saya suggest gunalah krim herbal blend ni. saya pun oklah. Saya cuba. Dengan izin Allah ruam dan gatal-gatal hilang. Alhamdulillah syukur.

Kami panggil krim ni krim ajaib sebab ianya multipurpose. Banyak sangat kegunaan dia. Untuk mengurut badan boleh dan nak sapu pada tempat gatal-gatal pun boleh. Abang Aus paling suka buat losyen kat badan. Dia kata sejuk sangat. Nampaknya memang kene beli banyak la buat stok kat rumah.

Haaa..Jangan tak tahu pulak. Herbal Blend pun boleh mengecutkan jerawat. Wow. Best sangat.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap ekzema memang sesuai sangat disapu pada badan mereka. Krim ini tidak melekit dan mudah diserap oleh kulit. Malah ianya selamat digunakan. Krim ini dihasilkan daripada sumber semulajadi dan diuji secara klinikal dan terbukti selamat.

Apa fungsi Herbal Blend Multi-Purpose ini?

✿ Melembutkan kulit/tumit kasar
✿ Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / ruam di muka atau kepala
✿ Menghilangkan luka dan sesuai untuk ekzema
✿ Melegakan gigitan serangga/nyamuk
✿ Merawat kulit gatal
✿ Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
✿ Losyen harian untuk kulit kering
✿ Krim urut badan lenguh
✿ Merawat kesan luka melecur
✿ Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat

Mari kita lihat testimoni Herbal Blend yang memang terbukti berkesan.








Untuk mendapatkan krim ajaib ni atau untuk maklumat lanjut berkenaan produk shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



October 9, 2015

Peluang Berbisnes Dimana Jua



Hari ni nak buka kedai kena ada banyak sangat modal. Contohnya nak buka kedai makan nak kene ada tunai di tangan sekurang-kurangnya RM50,000.00 paling sikit sebab nak sewa kedai, nak beli peralatan memasak, kerusi meja dan sebagainya. Ini adalah pengalaman kakak saya yang berjaya membuka sebuah restoran. Itu hanyalah permulaan bila dah beroperasi perlukan tunai lagi untuk membeli barang-barang memasak dan juga upah untuk beberapa orang pekerja.

Jadi hari ni saya nak kongsikan macam mana saya memulakan bisnes online saya. Saya seorang pekerja yang masih bekerja dengan bos dan pada masa yang sama saya buat bisnes online secara santai. Saya anggap ni adalah rezeki kedua saya untuk menampung hidup yang semakin mencabar ni. Saya tercari-cari apa yang boleh saya lakukan. Saya banyak google tentang bisnes online yang boleh mendatangkan banyak manfaat. Google punye google akhir saya jumpa satu bisnes yang ada masa depan ewah..

Hanya dengan RM69.50 saya berjaya membuka kedai online saya. Alhamdulillah berkat usaha saya selama saya join bisnes Shaklee ni saya tak pernah lagi tak dapat bonus. hehe. Sebab saya dapat tunjuk ajar dari leader-leader yang bersemangat untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Kami saling membantu dalam membuat poster atau sharing tentang produk. Saya tidak keseorangan dalam bisnes ni sebab semua ahli saling membantu.

Kami diajar macam mana cara untuk menjemput rezeki. Mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain. Menjadi lebih positif dalam melakukan kebaikan.

Nak tau lebih lanjut berkenaan produk Shaklee boleh hubungi Feni.
01115672780

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...