September 29, 2020

Bila Gaji Dah Masuk !


Rasa semput jugak hari ni sebab nak siapkan tugasan yang boss bagi. Datin warning jangan panggil boss sebab dia selalu nangis. Haishhh macam-macam lah. Layan jela.


Macam ni lah bila kerja. Ada masa kita happy sangat. Ada masa kita stress nak layan kepala orang lain. Bertabahlah sebab nak hidup ni macam-macam dugaan yang kita kena hadap. Jadi hiduplah dengan bahagia dengan cara kita sendiri.


Bila hujung bulan macam biasa tugas Kak Feni adalah pergi bank dan bank in kan segala cek gaji untuk staff office. 


Bila gaji dah masuk apa nak buat ?


Pertama sekali setelkan segala komitmen yang kita pandai-pandai buat. Itu Kak Feni lah. Bayar segala hutang yang pandai buat. Bagi mak dan mentua serta lain-lain. Kalau listkan malu nak tunjuk. Haha kalau tak hutang tak merasa. InshaAllah selagi ada hayat ni cuba nak setelkan segala hutang dan selesaikan komitmen bulanan ni.



Apapun teruslah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan dalam hidup ini. Kalau kita hutang dengan orang ke dengan bank ke atau dengan sesiapapun. Cuba untuk selesaikan segala hutang ni sebelum kita mati. Kita tak tahu bila Allah nak jemput kita. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.



September 28, 2020

Bawa Mangkuk Tingkat Vitamin Ke Opis Hari Ni


Hari ni Kak Feni bawa bekalan vitamin ke opis. Dah lupa bila beli mangkuk tingkat ni. Sesuai sangat untuk letak segala suplemen. Jadi tak payahlah nak angkut botol-botol vitamin tu ke hulu ke hilir. 


Letak je semua vitamin dalam mangkuk tingkat ni. Nak balik kampung nak travel senang sangat benda ni. Kak Feni kalau travel memang kena bawa bekal vitamin sebab nak kuatkan imun badan dan nak kekal cergas sepanjang perjalanan.


Kalau melancong dan jalan-jalan badan kita tak sihat memang tak seronok nak berjalan. Hilang segala mood nak berphoto dan menikmati segala keindahan alam semesta ini.


Ada orang makan jamu untuk kekal bertenaga. Tak kisahlah janji kita sihat dan boleh nikmati hidup ini seadanya. Kak feni pun sebelum kenal dengan Shaklee memang ambil jamu je untuk kekal cergas.


Bila bersalin dan menyusukan Adik Rayyan baru kenal Shaklee. Lama-lama dok amalkan Shaklee memang jatuh cinta sebab memang sangat-sangat membantu dalam kesihatan Kak Feni.


Zaman anak dara memang kena senggugut teruk bila datang bulan. Kalau kat sekolah kena balik sebab tak tahan sakit. Muka sampai pucat lesi. Masa tu tak tahu nak habaq. Lepas kahwin pun masih lagi kena senggugut. Bila kena senggugut memang akan kena pakai baju panas dan stoking untuk legakan sakit. Tuam perut dengan tungku atau minum air panas.


Sejak dok amalkan Alfalfa Shaklee. Masalah senggugut dah hilang. Period pun lancar je setiap bulan. Datang pun alhamdulillah ikut jadual. Kalau sesekali lewat tu biasalah. Jumpa doktor, doktor kata masalah hormon. Janji dia datang setiap bulan.


Saja Kak Feni nak share kelebihan amalkan suplemen berbanding tak ambil suplemen. 



September 24, 2020

Moratorium Dah Berakhir Bulan Ni

Masa bulan 4 hari tu seronok sangat sebab PM kita umumkan yang semua bank beri moratorium selama 6 bulan. Jadi tak payah segala pinjaman. Kak Feni pun tumpang seronok jugak sebab tak payah bayar duit kereta selama 6 bulan.



Banyak hutang yang sebelum ni tak terbayar bolehlah bayar dengan senang hati dengan duit moratorium ini. Bukan senang nak senang. Bermula bulan 10 ni semua loan dah kena bayar macam biasa. Kerajaan bagi kelonggaran kepada mereka yang terjejas teruk macam mereka yang kena berhenti kerja dan sebagainya. Ini pun ikut  terma dan syarat bank masing-masing.


Kak Feni dan husband tak sambung dah moratorium ni sebab nak cepat-cepat selesaikan segala hutang yang ada. Tak sakit kepala. Kereta pun tinggal berapa tahun je lagi. Jadi cepatlah habis semuanya.


Kami suami isteri ni gaji bukanlah lebat macam orang lain tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada duit masuk sokmo setiap bulan. Lepas makan minum, bayar sewa rumah, loan kereta dan belanja anak-anak setiap bulan pun dah okey. Alhamdulillah.


Ramai juga sahabat kak Feni yang mengadu yang terjejas teruk dengan keadaan sekarang ni. Hilang kerja dan sangat struggle nak hidup. Semalam PM umumkan lagi bantuan untuk rakyat Malaysia. Bantuan Prihati 2.0. 



Bantuan ni akan disalurkan kepada rakyat akhir bulan Oktober nanti. Sama-sama kita dengar info dari pihak kerajaan.


Terima kasih PM sebab sentiasa ambil cakna tentang kesusahan yang rakyat sedang hadapi. Sama-sama kita bersatu hati mencegah covid-19 ni. 


Berbalik kembali kepada moratorium ni, makanya bulan depan dah kena bayar semua loan dah. Semoga kita semua dikayakan rezeki yang melimpah ruah untuk selesaikan segala hutang yang ada di dunia ini. 

September 23, 2020

Stok Vitamin C Shaklee Masih Ada !

Alhamdulillah bulan lepas sales Shaklee agak kencang juga sampai boleh dapat bonus selain dapat untung runcit. Terima kasih ya Allah. Upline Kak Feni yang tak pernah lupakan Kak Feni kalau ada apa-apa info tentang Shaklee.


Dengan keadaan stok Shaklee yang tersangat limited ni, dapat upline yang baik alhamdulillah. Sesak-sesak tengah bulan tiba-tiba duit masuk akaun. Haaa sape yang taknak kan ?


Dalam dok merapu saja-saja scrol ig dan fb tu lebih baik kita buat bisnes online. So masa berjalan tu bolehlah kita isi dengan benda-benda yang bermanfaat. Sambil-sambil dok saja duit masuk gitu.



Okey alhamdulillah Vitamin C masih lagi ada beberapa botol yang boleh diorder oleh customer Kak Feni. Selalunya Vitamin C ni depa ambil dengan Vitamin E dan ESP. Dalam SET CANTIK SHAKLEE memang Kak Feni akan suggest ambil 3 benda ni. 


Kalau taknak ambil full set 3 benda ni pun boleh. Ambil Vitamin C sahaja pun boleh. Sebotol ni mengandungi 180 tablet. Maksimum 4 tablet sehari. Kalau dah konsisten makan 1 tablet sehari pun dah cukup. Jadi kalau ambil sebiji sehari, sebotol vitamin C ni boleh tahan sehingga 6 bulan.


Sangat jimat kan ?


Jimat sangat-sangat. Kenapa nak bayar lebih kalau kita boleh dapatkan yang lebih jimat. Lebihan tu boleh buat beli apa-apa. 


Untuk tahu lebih banyak tentang kebaikan Vitamin C Shaklee boleh rujuk klik sini.


Untuk order boleh klik link di bawah :




ATAU


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 22, 2020

Cari Bahagia Kita Sendiri Dengan Cara Kita


Nak bahagia tak perlu bersaing dengan siapa-siapa. Hanya senyum dan teruskan sahaja. Dugaan ini bukan kita sahaja yang kena rasa. Semua orang ada ujian masing-masing. 


Teruskan melangkah dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Kita kalau nak fikirkan apa yang orang tak suka dengan kita sampai bila-bila pun kita takkan rasa bahagia dengan cara kita. Jadi buang segala apa yang membebankan fikiran dan nikmatilah hidup ini seadanya.


Ingat !


Perkara kecil yang kita lakukan hari ini akan menjadikan kita lebih bernilai dan bermakna di kemudian hari. Contoh Kak Feni nak share.


Aku nak duit RM10K dalam akaun aku.


Jika hari ini aku tak menyimpan sikit-sikit. Sampai bila pun kita takkan capai RM10K dalam akaun aku. Jadi... Jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Masa kecil kan mak-mak kita selalu cakap. "sikit-sikit lama jadi bukit". InshaAllah yang kecil itulah yang menjadikannya lebih besar.


Begitu juga amalan kita. Jika sebelum ini rasa malas nak berzikir. Malas nak solat. Malas nak memotivasikan diri sendiri. Cuba buat sikit-sikit setiap hari. InshaAllah akan ada manisnya nanti. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu nikmatnya.


Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberikan nikmat untuk berkongsi ini. "Sebarkan kebaikan walau hanya dengan satu ayat".


Mana tahu dalam ramai-ramai yang mendapat manfaat dari kita dan mendoakan kita, Allah makbulkan doanya. Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah S.W.T.


InshaAllah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

September 21, 2020

Cuti Balik Kampung 4 Malam 4 Hari

 Assalamualaikum. Hari ni Kak Feni dah kembali masuk opis setelah bercuti mula dari hari Sabtu lepas. Mari kita mulakan perjalanan cuti Kak Feni.

Sabtu -12/09/2020


Kami bertolak dari Langat pukul 9.00 malam sebab husband Kak Feni masih kerja pada hari Sabtu tersebut. Kita pun ikut jelah driver kan. Kami makan malam siap-siap di rumah mertua Kak Feni sebab kami tak masak. Hehe semangat nak balik kampung kan.

Jalanraya kali ni lengang dan santai saja sebab bukan musim perayaan kan. Kami pun santai-santai je. Tak laju nak rushing sangat. Memandu pun tak laju macam formula one.

Sebelum jalan tu dah singgah beli macam-macam makanan untuk bekalan anak-anak dalam kereta. Kami sampai di Gua Musang pukul 1.00 pagi. Husband cakap nak rehat kat sini je. Suruh Kak Feni google hotel. Haha aku dah tak ingat hotel nama apa. Semalam RM70 untuk 2 single bed. Hotel ni dekat atas bank BSN Gua Musang. 

Malas nak buat review. 

Okey setel bab tempat tidur. Kami bermalam di Gua Musang sampai subuh. 


Ahad - 13/09/2020

Kami bangun awal siap-siap nak cari sarapan di Gua Musang. Husband Kak Feni bawa kami pergi makan roti canai di Stesyen Keretapi Lama Gua Musang.




Kami makan roti canai kuah kari dan minum minuman biasa masing-masing. Kat sini best jer dan sejuk sebab dekat dengan gua. Sambil tunggu roti canai siap kami anak beranak merayap ambil gambar kenangan.

























Mengimbau kenangan lama. Masa kecil dulu kami selalu naik keretapi untuk ke Pahang. Stesyen yang kami naik ialah Kuala Krai. Masa kat atas keretapi tu banyaklah pit stopnya. Gua Musang mesti riuh rendah sebab ada gua. 

Lepas makan sarapan dekat sini. Kami teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Jauh lagi perjalanan. Gua Musang ke Pasir Puteh ambil masa 2 jam setengah juga sebab lebih kurang 170km. Kami akan lalui Kuala Krai dan Machang. 

Sampai di rumah Tokmek pun dah nak masuk zuhur. Terus call tokmek bersiap nak gi makan nasi air di Pasir Puteh.



Seronok sangat Tokmek bila anak menantu balik. Kami bawa makan nasi air di Pasir Puteh. Lepas gi shopping apa barang yang dia nak kami balik. Rehat kat rumah tokmek.



Anak-anak paling seronok sebab boleh jadi orang kampung. Kebetulan bunga api lebihan raya tahun lepas masih ada. Beraya sakan lah 2 beradik tu.

Isnin - 14/09/2020

Pagi-pagi kami dah bersiap untuk bawa Tokmek pergi ambil darah di Klinik Kesihatan. Kami pergi dekat dengan rumah Abe Long sebab senang nak ambil keputusan nanti. 

Lepas siap urusan klinik Tokmek kami terus berjalan ke Rantau Panjang untuk shopping toto dan cari makan. 





Haha beli makan saja pun habis berpuluh-puluh ringgit. Makanlah kami sampai lebam. Kak Feni shopping lah toto satu, tiffin yang tengah viral tu dan ada lah sikit-sikit kain batik. Rasa nak beli macam-macam tapi macam membazir pulak. Haha jadi beli jela ikut bajet yang hado ni.

Lepas kami ke Rantau Panjang, kami teruskan perjalanan ke Kota Bahru. Singgah kejap di Opis CSSB di Tunjung. Jumpa kawan-kawan opis. Lepas tu kami terus ke Pantai D'Aur dekat Bachok Kelantan.

Cantik sangat pantainya.


























































































Balik dari D'Aur kami teruskan perjalanan ke Tok Bali untuk tengok jeti dan beli ikan segar. Sampai rumah Tokmek dah azan maghrib. Kami siap-siap dan masak untuk makan malam. Malam ni hujan turun tak berhenti. Syok je rehat sebab hujan dan sejuk.

Selasa - 15/09/2020

Bangun pagi lepak dekat rumah. Ayah Long dah berkali-kali call suruh pergi ambil buah di kebun. Haha dia dah nak balik baru kami sampai.











Dekat kebun ayah long ni dekat dengan sawah padi. Masa kecik-kecik tokmek tanam padi kat sinilah. Kami dok berkubang tanam padi sambil main. Lelahnya rasa masa tu tapi seronoknya ada. Haha.






Sekali sekala balik kampung posing dalam kebun dan sawah. Haha mengimbau kenangan lama.

Balik dari kebun kami bersiap nak pergi Bukit Keluang di Besut, Terengganu. Tak jauh pun dengan rumah Tokmek. Perjalanan dalam setengah jam macam tu. 













Kami sampai di Bukit Keluang dalam pukul 3.00 petang. Mula janji dengan Cikni. Ingatkan dia and the gang sampai dulu. Rupanya kami yang sampai dulu. Sambut besday di dalam gua dekat Bukit Keluang. Haha makcik-makcik diva belaka.




Lepas posing mak-mak diva kami gerak balik. Depa bawa haluan depa dan kami terus balik rumah. Cuaca panas sangat sampai sakit kepala.

Malam rasa penat sangat tapi nak bawa anak-anak sedara gi makan dekat kedai pula.





Gambar ramai-ramai dalam handphone Cikni. Nanti kita update kemudian. Masa sampai kat Nasken Coffee ni hujan lebat. Kedai dia tepi jalan lepas flyover Tanah Merah. Kami parking dekat kedai sederet dengan Nasken tu, tuan kedai Siam tu nye marah kami parking depan kedai dia. Sabar jela. Malas nak panjang cerita kami alih jela kereta tunggu orang lain keluar.

Dengan hujan-hujan lebat ni memang spoil mood nak makan tapi aku bedal jugak. Hahaha dah lapar kan.

Balik dari makan, hantar kakak ipar dan anak-anak buah kami terus balik rumah tokmek untuk rehat dan tidur.

Rabu - 16/09/2020


Selamat hari Malaysia. Kami masih lagi di Kelantan. Petang baru gerak balik. Kami balik ikut Gerik sebab Wawan anak buah Kak feni buat nana pergi balik cari mama dia di Gerik. Mama dia balik kampung.

Mula plan nak balik dengan kereta masing-masing. Kak Ani drive pajero beliau sampai Gerik. Kami dengan kereta kami. Wawan tunggu di Gerik. 




Kami lalu ikut Jeli. Sebelum naik bukit Jeli - Gerik akan nampak satu gunung. Nama apa entah gunung ni. Lawa sangat.

Kami singgah rehat di R&R Banjaran Titiwangsa.





Cantik view kat sini. Ramai orang singgah untuk makan dan rehat serta berphoto.
 

Kami teruskan perjalanan ke Gerik. Singgah di Gerik kejap sebab nak makan laksa tapi laksa pulak habis. Order jela me bandung. Share ramai-ramai. Tak lama singgah di Gerik. Terus jumpa Wawan dan terus ke KL.

Singgah lagi di Hentian Sungai Perak untuk makan. Bekalan makanan yang Kak Feni bekalkan dari kampung. Mek masak gulai lemak putih petola. Kak Feni goreng ikan dan ayam. Bawa bekas budu dan timun potong. Haha berkelah di R&R best lah. Jimat belanja sebab duit banyak dah perabih masa balik kampung. 

Kami teruskan perjalanan dan sampai di Langat pukul 12.00 malam. Tamatlah percutian kami balik kampung kali ni. Semoga banyak rezeki sokmo-sokmo boleh balik kampung selalu.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...