July 31, 2019

DONE RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP VIA SHAKLEE2U

Monday yang lepas, Kak Feni dah berjaya renew keahlian Shaklee melalui shaklee2u jer. Mudah dan cepat, semuanya di hujung jari. Kalau diikutkan awal bulan 9 nanti baru expired.

Bila buka jer shaklee2u. Dia keluar reminder supaya renew takut expired. Gaji tak dapat lagi nak renew tapi oleh kerana banyak order Kak Feni pun ambil langkah awal untuk renew terus. Mana tahu kan kot-kot banyak hal terlupa pulak.

Yang bestnya jadi member Shaklee ni, keahliannya adalah seumur hidup. Cuma kena renew RM30 untuk setahun. Harga untuk renew RM30 ni kita akan dapat balik untuk belian seterusnya. Jadinya memang tak rugi. 

Kalau macam Kak Feni yang selalu order produk Shaklee melalui shaklee2u ni memang tak rugi. Macam cash back gitu. Kalau dah yang buat bisnes tu lagi tak rugi malah lebih untung. Sebab tu Shaklee ni boleh bertahan lama dalam pasaran. Sentiasa ada permintaan.

Macam Kak Feni, dalam banyak-banyak bisnes yang Kak Feni join. Shaklee memang boleh buat duit sebab boleh start dengan ZERO modal. Tak payah nak ada modal yang banyak sebab kalau ada order. Semuanya boleh buat order di shaklee2u. Tak payah susah-susah nak simpan stok banyak-banyak.

Risiko tak laku pun kurang. Depend on demand. Bila ada order masuk, kita just order di shaklee2u. Masukkan no ahli dan password. Nak shopping ke nak semak GE semuanya dihujung jari. Jadi untuk mereka yang sedang mencari bisnes online apa nak join. Boleh jer SIGN UP MEMBER dengan Kak Feni.

Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli Shaklee. Boleh rujuk Daftar Keahlian .

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan belian produk atau ingin menjadi ahli boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



July 29, 2019

Sembelit - Salah Satu Tanda Badan Banyak Toksin

SEMBELIT merupakan salah satu tanda badan banyak toksin. Bila banyak toksin dalam badan, mulalah prestasi kerja dan juga kesihatan menurun. Antara kesan buruk disebabkan oleh masalah sembelit ialah badan banyak angin, banyak jerawat tumbuh, mengantuk, selera makan bertambah dan sebagainya.

Antara Punca Badan berToksin ialah udara, air, makanan, gaya hidup dan juga badan kita sendiri.

Alhamdulillah hari ni closed order SET SEMBELIT untuk customer tersayang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.



Kenapa orang tetap pilih Shaklee ?

Shaklee ini istimewa sebab diuji secara klinikal untuk kebaikan tahap maksimum. Setiap produk yang dihasilkan diuji secara klinikal untuk membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Orang kata bukan produk timbang kilo yang banyak dijual di pasaran.


Ramai yang pilih Shaklee sebab produknya yang terbukti berkesan untuk membantu masalah kesihatan. 


Antara produk Shaklee yang membantu masalah sembelit ialah Alfalfa, Lecithin dan juga Herb-lax. Alfalfa dan lecithin boleh diamalkan setiap hari manakala herba-lax 2 ke 3 kali seminggu. Untuk info lanjut boleh hubungi Kak Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






July 27, 2019

Kepentingan Omega Guard Untuk Ibu Hamil







Untuk order dan pertanyaan lanjut berkenaan dengan produk Shaklee boleh terus hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 26, 2019

Amalan Murah Rezeki Yang Kita Boleh Amalkan Untuk Mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat

Cuba perhatikan hidup kita hari ni adakah lebih baik dari semalam atau tidak. Kalau masih belum mendapat apa yang kita mahu. Kita cuba lagi dan lagi. Kunci untuk berjaya adalah tidak mudah berputus asa.

Tahu makna rezeki. Rezeki bukan setakat wang ringgit. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Rumah tangga bahagia, kesihatan yang baik, anak-anak yang sihat dan banyak benda lagi kalau nak senaraikan. Ini semua dinamakan rezeki.

Kita amalkan benda yang baik-baik untuk hasil yang baik-baik. 

Dalam bisnes yang kita buat. Kita bergantung 100% kepada Allah selain berusaha. Kita tak tahu siapa yang akan jadi pelanggan kita. Kita serahkan tawakal kepada Allah.

Kak Feni pernah terdengar satu ceramah tentang rezeki. Tak ingat dah bila. Rezeki itu kalau kita kejar, memang kita akan penat. Sebaiknya kita jemputlah rezeki itu. Ibaratnya kita nak tangkap rama-rama. Kalau kita nak tangkap memang penat sebaiknya kita jemput dia datang. Macam mana kita nak jemput dia datang ?

Caranya dengan tanam pokok-pokok bunga di halaman rumah kita. Kita tanam banyak jenis bunga-bungaan dan tambah hiasan untuk cantikkan halaman rumah kita. Rama-rama suka bunga jadi bila halaman rumah kita ada bunga. Dia sendiri akan datang pada kita. Tak perlu kita kejar lagi rama-rama.

Begitulah ibaratnya juga rezeki kita. Tak perlu kejar. Kita jemputnya datang. Macam mana nak jemput rezeki datang dekat kita ? Kita buat apa yang Allah suka. Allah suka kalau kita sebagai hamba yang meminta-minta dan merayu kepadaNya.

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk menjemput rezeki ialah :-

Ada banyak lagi cara yang boleh kita amalkan untuk menjemput rezeki. Cuba satu-satu secara konsisten dan istiqamah setiap hari. InshaAllah kita sendiri akan rasa perubahannya. Yakin dengan janji Allah. Buat apa yang Allah suka. Dia akan bagi apa yang hambaNya perlukan.

Sebarkan kebaikan walau dengan satu ayat.


July 25, 2019

Lawan Selsema Dan Batuk Dengan Manfaat Vitamin C Shaklee

Selsema yang berulang-ulang dan susah nak baik adalah salah satu tanda badan kurang nutrisi. Sistem imun tubuh yang lemah dan kurang beruapaya untuk melawan jangkitan. Selsema yang lama dan berterusan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Amalan gaya hidup yang sihat adalah cara terbaik untuk mencegah jangkitan kepada tubuh badan. Jaga pemakanan dan jauhi gejala yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak bersenam.

Salah satu suplemen yang boleh menguatkan sistem imun ialah VITAMIN C SHAKLEE.


Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sangat kaya dengan kebaikan. Setiap tablet yang diambil mengandungi 500mg vitamin C. Dilepaskan 100mg setiap satu jam. Maknanya satu tablet 500mg. Ia dilepaskan untuk 5 jam.

1. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI






Vitamin C sangat terkenal dengan kebaikannya bukan sahaja untuk meningkatkan sistem imunisasi malah untuk kesihatan juga. Bila sistem imun badan lebih kuat dan mampu untuk melawan jangkitan kuman seperti selesema dan batuk. Badan juga lebih kuat untuk menghadapi keadan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang.


2. MELEGAKAN MASALAH RESDUNG





Siapa yang ada masalah sinus dan selalu bersin di pagi hari sangat bagus untuk amalkan Vitamin C. Pengambilan setiap hari boleh mencegah dan melegakan masalah sinus. Resdung atau gatal hidung juga boleh dicegah dengan pengambilan vitamin C setiap hari.

3. MENJADIKAN KULIT LEBIH CANTIK DAN SIHAT



Semestinya menjadi kesukaan para wanita untuk menjaga kecantikan kulit supaya nampak lebih sihat dan cantik. Mengamalkan Vitamin C sebagai suplemen tambahan bukan sahaja menjadikan kulit cantik malah lebih sihat dalaman dan luaran.

4. SESUAI UNTUK IBU HAMIL



Bagi ibu-ibu hamil yang ingin menguatkan sistem imun diri dan juga bayi dalam kandungan, vitamin C adalah terbaik. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit jaundis yang selalu berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan. Vitamin C adalah salah satu suplemen yang disyorkan dalam SET HAMIL dan SET BERPANTANG serta SET MENYUSU.

5. MENGURANGKAN RASA LOYA IBU HAMIL




Loya dan muntah boleh menyebabkan ibu kurang mendapat nutrisi dari makanan yang diambil oleh ibu tersebut. Jadi untuk mengurangkan rasa loya dan mabuk ketika hamil, boleh kunyah CHEWABLE-C PLUS.

6. LEBIH FOKUS DAN MENGURANGKAN MENGANTUK DI TENGAH HARI




Yang ini sangat bagus untuk mereka yang bekerja di siang hari. Kadang-kadang lepas makan tengahari, mata mula rasa letih dan mengantuk. Vitamin C boleh membuatkan diri kita sentiasa fokus dan tidak mengantuk.

Jadi pilihlah Vitamin C yang selamat untuk diamalkan. Semestinya Halal dan bebas bahan kimia merbahaya.


Promosi ini hanya untuk bulan Julai 2019 sahaja. Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



July 24, 2019

Belajar Guna PicArt untuk Edit Photo


Hari ni belajar edit photo guna picart. Selalu tengok orang jer. Hari ni cuba buat sendiri. Guna handphone jer. Kalau guna pc Kak Feni lebih selesa guna CANVA. 

Budak-budak sekarang memang bijak-bijak dan kretif. Kita yang semakin berumur ni semakin hari semakin tak terkejar dengan teknologi. Jadi hiduplah dengan apa adanya. Nak berjaya kena usaha. Kena belajar juga walaupun dengan anak-anak kecil.

Zaman kita muda remaja dah semakin berlalu. Masih menggunakan cara OLD SCHOOL. Tak mengapalah janji orang tahu. Best juga belajar guna app PicArt ni. Selalu kalau poster nak post dekat IG, Kak feni hanya masukkan watermark dengan menggunakan apps PhotoGrid je. 

Bila guna PicArt ni nampaknya otak lebih kretif dan kena lebih rajin. Jari-jari pulak kena buat senaman selalu. Haha sebab banyak menggunakan jari jemari.

Bila tengok tutorial guna PicArt di Youtube nampak senang je. Bila kita buat, eh ! susah juga ye ? Mungkin Kak Feni yang kena banyak prektis. Hahaha semoga Kak Feni begitu banyak masa untuk layan benda-benda macam ni lepas ni. Nak edit mengedit photo banyak-banyak. Nak post di Ig.

Hopefully...😍😍😍


July 23, 2019

Doaku Hari Ini


Related image

Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah. Pemilik segala langit dan bumi.

Terima kasih Ya Allah untuk hidup ini. Terima kasih untuk peluang ini. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah. Jadikan aku hamba yang baik.

Matikanlah aku dalam keadaan penuh keredhaanMu ya Allah. Jauhkan aku dari sifat hasad dengki sesama manusia. Kurniakan aku hati yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujianMu.

Kurniakan aku hati yang tulus ikhlas dalam memaafkan mereka yang telah melukakan hatiku. Aku ingin mencari redhamu ya Allah. Aku tahu aku tidak layak untuk ke syurgaMu disebabkan segala perbuatanku yang lalu. Namun aku mohon padaMu, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya.

Berikan aku hati yang kuat untuk tetap teguh dengan agamaMu. Istiqamah dalam melakukan kebaikan. Jauhi segala kemaksiatan. 

Kuatkan hatiku untuk terus beriman dan bertakwa kepadaMu. 

Aku tak tahu sampai bila perjalanan hidup aku akan berakhir. Selagi aku hidup, aku mahu lakukan yang terbaik untuk kehidupanku, bekalanku untuk di alam sana.

Amin Ya Rabbal Alamin.

July 21, 2019

Makan Kenduri

Semalam memenuhi 2 jemputan untuk kenduri. Pertama di RRIM Sungai Buloh dan kedua di Putrajaya. Seharian dalam kereta sebab macam biasa kalau hari Sabtu memang jalan jem teruk.

Untuk kenduri pertama, kami agak terkejar-kejar masa sebab nak pergi kenduri yang kedua. Jarak antara keduanya agak jauh ditambah dengan keadaan jalan raya yang sentiasa sibuk. Kami bergerak dengan 2 kereta sebab ramai. Yang mana suami kerja macam suami Kak Feni kena tumpang orang. Kebetulan pula kereta kami, abahnya yang guna.


Kenduri yang kedua baru sempat bergambar sebab yang pertama kalut nak kejar masa. Kalut-kalut tak seronok pula. Jadi kita santai-santai jela. 

Lepas kenduri di Putrajaya, kami pulang ke rumah. Lepak di rumah sebab masing-masing dah keletihan. Bersiap awal pagi lagi untuk ke tempat kenduri. Malamnya nak ke rumah Mak Ude pula sebab nak makan durian datang dari kampung.




July 19, 2019

Makan-Makan Di Restoran Lorong Seratus Tahun - Sunway Putra Mall


Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk makan tengahari di Sunway Putra Mall. Walaupun tempat ni tak jauh mana dengan opis tapi bukan selalu dapat datang. Haha kalau dulu ada Mek Nadia yang boleh layan apa yang Kak Feni nak makan. Setelah beliau pergi meninggalkan daku, makanya tiadalah lagi geng yang nak layan tekak ni. Huhu

Nadia ! Bila ko nak datang sini ? Aku rinduu. 

Okey berbalik kembali kepada makan-makan kali ni. Sunway Putra Mall memang meriah dengan tempat makan yang sedap-sedap. Pilih jer nak makan apa, boleh dikatakan semua ada.

Nak makan makanan Melayu, Western, Arab, semuanya ada. Kak Feni pergi dengan Elly dan juga Dee hari ni. Mula-mula buat pilihan makanan nak makan nasi atau makan lain. Kak Feni awal-awal dah potong cakap taknak makan nasi sebab pagi tadi dah membelasah nasi ayam penyet.

Jadi kami pun pilih nak makan laksa di Restoran Lorong Seratus Tahun. Kak Feni pilih asam laksa sebab Kak Feni memang hantu laksa. Tak pernah cuba lagi laksa di sini. 

Harganya berbaloi untuk Kak Feni yang sekali sekali pergi makan mewah macam ni. Hahaha. Kami pergi masa rehat, jadinya agak terkejar-kejar masa. Nak makan pun agak kurang menikmati sebab nak cepat masuk opis. Lain kali kena pergi lepas balik kerja baru boleh lepak santai lama sikit.

Untuk asam laksa yang Kak Feni makan, memang best dan sedap. Kuahnya yang pekat dan tak manis sangat. Bagi Kak Feni rasanya cukup dengan masam, manis, masin, dan pedas. Kena dengan tekak Kak Feni dan pastinya akan diRepeat lagi untuk makan asam laksa. Tak sempat nak snap photo sebab kalut kejar masa.

Jumlah harga yang kami makan untuk 3 orang ialah RM53.85. Haha okeylah kan. Sekali sekali. Berpatutan untuk kami yang golongan marheam ni.



Nak tambah sikit. Oleh kerana kami menunggu makan agak lama. Kak feni dengan Mek Ili turun balik ke tingkat 1 untuk bungkus oden di Family Mart. Ini untuk mereka yang berada di opis. Yang taknak keluar.

Berapa jumlahnya seperti dalam resit di bawah. Makan memang tak kan pernah puas. Haha


Sekali sekala terlepas ke Sunway Putra. Bukan selalu boleh terlepas ke sana. Kalau tak nasi campur, roti canai, bihun sup. Lepas tu ulang balik. Macam tu la kalau dah kerja dekat Plaza Permata ni. Sekarang ni pulak dah tinggal 2 3 kedai je yang beroperasi. Jadi tak banyak pilihan. Bila dah terlepas macam ni. Memang heaven sangat 😅😇.

July 18, 2019

Suplemen Terbaik Untuk Kulit Sihat dan Nampak Lebih Muda

Hari ini banyak lambakan produk makanan tambahan yang menawarkan nutrisi bagi mencantikkan kulit. Pilih yang berkualiti dan tiada kesan buruk untuk jangka panjang. Paling penting ianya bersih dan halal.

Selain produk skin care, suplemen juga penting untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Bila nutrisi cukup, secara tak langsung badan menjadi lebih sihat dan cantik.

Jom tengok apa yang sesuai untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan nampak muda.

Dalam SET CANTIK SHAKLEE, antara produk paling digemari oleh pengguna adalah Vitamin C, ESP dan juga Shaklee Collagen Powder.

1. VITAMIN C


Sustained Release Vita-C Plus adalah tablet vitamin C yang sangat bagus untuk kulit. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang diuji secara klinikal. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 180 tablet dan penggunaannya boleh tahan sehingga 6 bulan. Kita jangan berkira sangat untuk cantik dan sihat.






2. ESP - Energizing Soy Protein

ESP adalah serbuk protein yang sangat bagus untuk kulit. Membantu pembentukan sel-sel baru yang menjadikan kulit nampak lebih cantik dan bersih. Bagi mereka yang sangat menjaga penampilan diri, protein ESP adalah terbaik untuk diamalkan.




3. Shaklee Collagen Powder

Kolagen tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Jadi untuk mendapatkan kolagen perlu diambil melalui tumbuhan ataupun haiwan. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu dalam melawan tanda penuaan.





Kombinasi yang hebat apabila mengamalkan ketiga-tiga produk ini serentak dan boleh lihat hasilnya. Dapatkan produk hebat ini dengan menghubungi Kak Feni di bawah : -

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 17, 2019

First Giveaway by Anis & Beeha


Again ! GA yang ke-2 Kak Feni join for today. Wahhh banyak GA kali ni. Maklumlah lama tak join kan. Hopefully ada rezeki untuk ke semua GA yang Kak feni join ni. Hahaha siapa tahu kan ?

U ols kalau nak join juga, klik banner dan follow syarat yang disertakan.

Good Luck and selamat berGiveaway !

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah


Alhamdulillah terbuka hati nak join GA kali ni. Lama nau rasanya tak ber Giveaway ni. Untuk korang yang rasa nak join GA ni bolehlah klik banner dan follow syarat-syaratnya.

Selamat berGiveaway !


July 16, 2019

Bila Akaun Instagram Nak Kena Hijack Dengan Orang Tak Dikenali

Pagi ni masuk pejabat dengan gembiranya sebab semalam MC. Kak Feni kena demam urat. habis sakit segala sendi dan badan. Kepala pun macam berat sangat, sampai rasa nak baring tidur je. Lepas makan pagi dengan kawan-kawan di pejabat dapat beberapa SMS dari instagram untuk minta security code.



Gelabah juga Kak Feni. Eh apa hal ni ? Siapa yang nak login akaun aku ? Mujur ada di pejabat dan terus Kak Feni semak email. Aduii boleh kemurungan kalau akaun kena hack macam ni. Nak buat balik dari awal bukan senang tau.


Tengok memang ada cubaan untuk login akaun instagram Kak Feni. Cepat-cepat Kak Feni tukar password. Dia takkan berjaya login akaun Kak Feni sebab security code akan dihantar ke nombor handphone Kak Feni. 

Penting sangat kita masukkan nombor handphone untuk masalah macam ni lah. Orang lain tak boleh senang-senang nak login akaun kita. Macam-macam dia boleh guna dengan akaun ig kita ni. Dia jadi scammer mengaku sebagai kita (Kak Feni) dan minta pinjam duit atau sebagainya. Jadi hati-hati dengan orang tak guna macam ni. Dia boleh buat apa saja.

Allahuakbar, nasib masih menyebelahi Kak Feni. Akaun instagram Kak Feni masih selamat. Nak mulakan kembali sesuatu itu bukan mudah. Akaun itu Kak Feni guna untuk share personal life dan juga banyak kumpul customer. Akaun bisnes untuk kumpul duit. Huhu.

Semoga kita semua selamat dari segala fitnah duniawi. 




July 12, 2019

Pulau Pangkor Destinasi Menarik Di Malaysia Yang Perlu Dikunjungi


Pulau Pangkor sebuah pulau kecil yang terletak di Negeri Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur dalam 3 jam lebih dah sampai. Kak Feni dan keluarga pernah guna jalan lama konon-konon nak lalu kampung-kampung. Last-last sesat entah ke mana. Naik bukit turun bukit sampai sesat. Suami Kak Feni sampai muntah sebab sakit kepala. Sejak tu kami tak pernah lagi lalu jalan lama. Kalau ke Pulau Pangkor mesti ikut higway Plus dan keluar ikut Bidor.

Untuk orang yang dah biasa mungkin takde masalah. Bagi kami yang sekali sekala ni memang akan ikut highway je. Untuk keselamatan jugak. Kalau apa-apa jadi kami pun dah tahu jalan yang biasa kami lalu.

Selalunya tiap-tiap tahun, setiap kali cuti panjang Raya Cina. Kami akan ke Pulau Pangkor. Tahun ni kami tak ke Pulau pada raya lepas sebab nak pergi ikut trip abahnya di sana. Banyak aktiviti menarik yang berlangsung. Semua ambil Pakej dengan Cuti-cuti Murah Kak Honey. Dengan Pakej RM218 seorang dewasa.

Budget Family Packages
PANGKOR ISLAND
Viral Packages😍😍😍

🏄‍♂🏄‍♀🏄‍♂🏄‍♀🏄‍♂🏄‍♀🏄‍♂🏄‍♀

( Palma Beach Resort )
3 DAYS 2 NIGHT
RM218.00 perpax adult
RM140.00 perpax child

2 DAYS 1 NIGHT
RM168.00 perpax adult
RM118.00 perpax adult

Without swimming pool

Minimum 6 person

Packages included :

#Island ( van ) transportation to & fro to resort from jetty pangkor
#2 @ 1 night accomodation at teluk nipah
*sharing 3 person per/room
*1 queen bed @ 2 single bed + mattress
*aircond
*wifi
*tv
*hot water
*2-5 minutes walk to the beach
#2 × Set / buffet breakfast
#1 × Set / buffet dinner
#1 × Pack Lunch ( for 3days 2night stay only )
#Island hopping with speedboat
*whale rock
*crocodile rock
*foot rock
*turtle rock
*monkey bay
*giam island
#Complimentary Fish fidding
#Complimentary Snorkling at Giam Island
#Complimentary mask gear / life jacket
#Tour guide as reference

Noted : *Add on surcharges RM25.00 perpax for peak season & public holiday.
* 4 - 11 years old ( child ).

Kami ambil pakej 3 hari 2 malam sebab alang-alang dah pergi baik ambil yang puas hati. Bukan selalu dapat bercuti kan. Ni pulak pergi beramai-ramai. Ada juga pakej yang lebih murah serendah RM198 untuk seorang bergantung kepada tempat dan pakej.

Image may contain: outdoor and text

Boleh ushar CUTI-CUTI MALAYSIA | PULAU PANGKOR TEMPAT MENARIK DAN PALING MURAH DI MALAYSIA untuk aktiviti yang telah Kak Feni rasai di sana.

Dalam banyak-banyak tempat yang berpantai di Malaysia. Pulau Pangkor adalah satu-satunya tempat yang menawarkan permainan sukan air paling murah. Antara sukan air yang disedaiakn di sini ialah banana boat, sofa boat, berkayak dan banyak lagi. Kalau nak naik bot nak melawat pulau atau nak buat aktiviti snorkeling, di sini ada semuanya. Harganya jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Jangan lupa masukkan aktiviti snorkeling dalam tentative program sekiranya ke Pulau Pangkor, sebab keadaan pulaunya yang cantik dan banyak ikan memang seronok untuk dinikmati.

Bagi mereka yang rindukan kedamaian boleh lari ke Pulau Pangkor sebab suasananya yang indah dan cantik patut dinikmati. Nak feeling ala-ala Maldives pun boleh. Haha kena pandai-pandai cari port.

Untuk dapatkan harga Pakej terbaru boleh klik link di bawah :-

http://kakhoneytravel.wasap.my/
http://fenitravel.wasap.my/

www.wasap.my/601137834482

July 11, 2019

Review | Hada Labo Skin Care

Setelah hampir 3 minggu mengamalkan produk Lada Habo Skin Care yang Kak Feni beli di Shopee. (untuk dapatkan diskaun di apps Shopee, jangan lupa masukkan code: SAFEN225 untuk enjoy RM8 off). Hari ni Kak Feni tunaikan janji untuk buat review tentang produk ni.

Kenapa Kak Feni pilih Hada Labo ?

Kak Feni kerja dalam pejabat yang penghawa dinginnya boleh tahan kuat. Bila kuat, kulit jadi kering dan menggelupas. Bila pakai bedak jadi bercapuk dan betompok-tompok disebabkan kulit yang kering dan menggelupas.

Ditambah pula Kak Feni datang dan balik kerja menggunakan motor. Jadinya segala habuk dan debu banyak singgah di muka. Bila tak pakai apa-apa. Liang roma jadi besar dan tersumbat. Kulit nampak kusam dan tak berseri.

Kak Feni beli 2 set trial set dulu sebab baru first time nak cuba kan. Kita try yang kecil dulu. Kalau beli yang besar terus, kulit tak serasi tak ke merugikan diri sendiri. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Nama pun nak cuba kan. Beli jela yang kecik dulu. Bila dah ngam serasi boleh teruskan dengan yang botol besar. Ewah !


Dalam satu box ni, terdapat pencuci muka, toner dan juga krim. Cukup lengkap untuk membantu dalam menangani masalah kulit yang Kak Feni sedang alami. Saiznya yang kecil dan kiut miut ni memang senang nak bawa kemana-mana terutama pergi travel.



Kebetulan minggu lepas Kak Feni pergi travel ke Pulau Pangkor. Jadi memang jimat sangat ruang dalam beg. Tak perlu bawak beg yang besar untuk isi barang skin care.

1. Hydrating Face Wash



Yang ni macam pencuci muka. Ada bau tapi tak kuat. Sof-soft jer orang kata. Best sangat bila guna pencuci muka ni. Rasa lebih segar bila lepas guna pencuci muka. Bila lap kering tak terasa kulit jadi kering. Ada sesetengah pencuci muka ni bila lepas guna tak terus pakai krim, kulit jadi kering. Bila bercakap rasa macam merekah jer kulit. Yang ni okey tak kering. Sesuai dengan kulit Kak Feni.

2. Hydrating Lotion



Yang kegunaannya macam toner. Lepas lap kering muka yang telah dicuci dengan Hydrating Face Wash, guna benda ni untuk lembabkan muka. Best sangat benda ni sebab boleh melembabkan muka. Ada tonert yang pernah Kak Feni try menjadikan kulit muka pedih sebab panas. Yang ni tak panas dan selesa je guna. Bila apply dekat muka, rasa sejuk.

3. Hydrating Light Cream



Yang ni krim muka. Lepas apply Hydrating Face Lotion, guna krim untuk melembabkan kulit. Best sapu krim ni sebab kalau nak pakai bedak pun lebih senang dan lembab. Kalau kulit tak lembab, pakai bedak pun nak kulit kering dan merekah. Paling tak best nampak kusam. Jadi untuk lebih cantik dan nampak glowing, apply dulu Hydrating Light Cream ni. Memang berbeza sangat.

Untuk #KakFenirReview kali ni, Kak Feni bagi 5 Bintang di Shopee sebab packaging dia bagus. DI wrap dengan buble wraping dan kemas. Bila kena campak-campak semasa dalam proses penghantaran pun produk masih dalam keadaan baik. Untuk review penggunaan dan keberkesanan produk ke atas kulit sendiri. Alhamdulillah serasi.





July 9, 2019

CUTI-CUTI MALAYSIA | PULAU PANGKOR TEMPAT MENARIK DAN PALING MURAH DI MALAYSIA

Setelah beberapa hari tak sabar menunggu untuk pergi akhirnya tiba juga waktunya. Bercuti ke Pulau Pangkor ! Ikut trip opis abah buat. Teruja dan sengeh sampai ke telinga 😃. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Jom Kak Feni share aktiviti kami di sana.

Pulau Pangkor | Day 1 - 05/07/2019 - Friday


Kami sampai di jeti Marina pukul 12.00 tengah hari. Makan tengahari siap-siap sebelum naik feri. Feri di Marina beroperasi sejam sekali. Oleh kerana masih ada masa kami makan tengahari siap-siap di jeti Marina.

Lepas makan, kami berkumpul di tempat yang disediakan di jeti untuk naik feri. Perjalanan dari jeti Marina ke Pulau Pangkor tak lama. Dalam 15 ke 10 minit sahaja. Tak terasa pun naik bot. Bagi yang nak rasa naik bot lama-lama boleh jer naik di jeti Lumut.

Kami sampai di Pulau Pangkor tepat pukul 1.30 petang. Tunggu teksi pink untuk ke tempat penginapan. Jeti ke tempat penginapan kami di Teluk Nipah sejauh 8 KM sahaja. Kami kena naik 5 buah teksi sebab ramai. Kami satu group dah 48 orang. 

Suami Kak Feni ambil sebuah motor untuk memudahkan pergerakan kami di sini. Rate sebuah motor untuk hari hujung minggu ialah RM40 sehari. Oleh kerana kami ambil ikut pakej adalah diskaun sikit. Kena pandai-pandai bodek 😁.







2.00 petang kami tiba di tempat penginapan. Berkumpul di lobby untuk taklimat. Tempat penginapan kami kali ini ialah Palma Beach Resort.



Setelah selesai mendengar taklimat dan dapat kunci masing-masing, kami terus masuk bilik dan berehat. Aktiviti petang ni santai, free and easy. Pukul 6.30 ada aktiviti bird fiding iaitu memberi makan burung enggang. Tak jauh dari tempat penginapan. Hanya jalan kaki jer.

Lepas aktiviti bird fidding, kami balik bilik masing-masing untuk bersiap bagi majlis makan malam. Majlis makan malam juga disertai dengan sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan Jun. Makan malam telah di add-on dalam pakej. Kalau tak, makan malam tak termasuk dalam pakej.

Lepas makan malam, aktiviti bebas. Boleh jalan-jalan di tepi pantai dan santai di kedai-kedai yang ada di Teluk Nipah. Malam hujung minggu adalah malam yang havoc bagi Teluk Nipah. Ramai pengunjung dan banyak kedai dan gerai yang buka. Kalau hari-hari minggu biasa, kebanyakkan kedai tak buka dan nampak macam sunyi.

Lepas penat jalan-jalan dan lepak santai. Balik bilik untuk tidur.

Pulau Pangkor | Day 2 - 06/07/2019 - Saturday


Sarapan pagi disediakan seawal pukul 7.30 pagi. Kami bersarapan di lobby penginapan sebelum bersiap untuk aktiviti island hopping dan snorkeling.

Kami berkumpul di tepi pantai seawal jam 8.30 pagi bagi aktiviti pantai. Sementara menunggu bot sampai pelbagai aktiviti yang boleh dibuat seperti permainan banana boat dan sofa boat. Harga untuk group besar macam kami, diorang bagi untuk banana boat RM13 per person. Manakala sofa boat RM20 per person. Harga untuk setiap permainan ini lebih murah berbanding di tempat lain seperti PD dan Penang. Jadi kalau rasa nak main sukan air ni, boleh pergi ke Pulau Pangkor.

Riuh rendah bila dah ramai. Diorang enjoy the day. 





Bergambar beramai-ramai sebelum naik bot untuk ke aktiviti snorkeling.

















Kami diberi masa selama 2 jam untuk aktiviti snorkeling. Memang best sangat. Untuk aktiviti snorkeling ni, sediakanlah roti sebab ikan-ikan suka makan roti. Bila kita umpan dengan roti berebut-rebut ikan datang kat tangan kita untuk makan. Memang best sangat. 

Oleh kerana kami saja yang bawa satu buku besar roti, makanya kena berkongsi beramai-ramai. Bolehlah merasa sikit sorang. Dekat pulau tu ada juga nampak kedai yang jual burger dan air. Tapi tak tahu harga berapa sebab tak pergi ushar dekat.

Setelah 2 jam di pulau, kami dijemput kembali dengan bot untuk ke pantai.

Kami tiba di dataran dalam pukul 12.30 tengahari. Balik bilik untuk bersiap makan tengahri dan berehat untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti petang ini ialah sukaneka. Macam-macam permainan yang ada untuk mengeratkan silaturahim.

Aktiviti sukaneka berakhir dalam pukul 5.30 petang. Yang ni Kak Feni tak join sebab anak-anak tidur keletihan. Hanya abahnya yang pergi join. Dah nak habis baru kami sampai.

Aktiviti petang kami dihabiskan mandi kolam di hotel yang Acik menginap iaitu Palm Bay Resort. Dekat jer dengan Palma Beach Resort. Jalan kaki 2 3 langkah orang kata.



Pengipan kami Palma Beach Resort tak ada kolam tapi lebih dekat dengan pantai. Palm Bay Resort agak ke belakang namun tak jauh dari pantai, ada kolam. Kedua-dua resort ni bersih dan selesa. Direkomenkan untuk menginap bila ke Pulau Pangkor. Harga berpatutan.

Kolam di Palm Bay Resort ni mula buka pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Jadinya anak-anak mandi sampai puas. Nak maghrib baru naik. Pagi mandi laut petang mandi kolam. Memang seronok sangat.

Lepas puas mandi manda kolam, balik ke bilik untuk bersiap makan malam. Makan malam ini ada kambing golek yang ditempah khas untuk semua Team HKL. Makan malam juga disertai dengan majlis penyampaian hadiah untuk peserta yang menang sukaneka.









Selesai makan malam, aktiviti bebas dan semua orang bebas nak buat aktiviti apa pun. Ada yang ambil peluang bersiar-siar di gerai-gerai Teluk Nipah. Ada yang sewa pancing untuk memancing. Ada yang lepak santai di bilik. Ikut masing-masing.
Kami ? Kami layan busker di tepi pantai.















Puas santai layan busker tepi pantai, kami round-round dengan motor. Letih balik bilik untuk rehat. Adik Rayyan terus lentok tidur. Kak Feni dengan Abang Aus keluar balik sebab Acik ajak pergi minum. Sakan oiii.



Cantik sungguh suasana malam di sini. Santai-santai lepak sambil menikmati minuman panas sejuk dan juga kentang goreng panas-panas.









Puas melepak dan perut kenyang kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur. Selesai sudah aktiviti kami di hari ke-2.

Pulau Pangkor | Day 3 - 07/07/2019 - Sunday

Hari terakhir kami di Pulau. Bangun awal pagi nak pergi tengok sunrise lah kononnye. Merayap pagi-pagi last-last matahari naik arah lain. Hahahaha 😂.




Kami balik ke tempat menginap untuk sarapan pagi. Sarapan pagi bermula pukul 8.00 pagi. lewat sikit dari hari sebelumnya. Lepas sarapan balik bilik untuk kemas-kemas beg. Acik dan Pakcik datang untuk ajak ronda-ronda pulau dengan motor. Makanya, kami semua dengan tak mandi terus gerak meronda. Hahaha asal boleh ! Apa ada hal kan ?

Ronda naik turun bukit. Hahaha kecut perut. By the way kalau nak sewa motor di pulau ni, better pilih skuter sebab baru syok naik bukit. Kalau pilih motor biasa yang ada gear tu, silap hari bulan semput-semput naik bukit buat naya. Pilih motor yang elok sikit untuk kemudahan sendiri.

Rate sewa motor bagi hujung minggu ialah RM40 sehari. Kalau 3 hari dah RM120. Ala pandai-pandai lah ayat orang yang sewa tu. Kak Feni dapat diskaun sikit sebab ambil dengan ejen yang jadi tour guide kami.

Kami singgah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan. Satu-satunya kilang milik bumiputera di Pulau Pangkor.



Kat sini kita boleh beli macam-macam hasil laut yang telah diproses seperti sate ikan, sotong kering, ikan masin dan banyak lagi.



Kami teruskan perjalanan ke Kota Belanda untuk bergambar. Kalau datang sini tak pergi Kota Belanda, rugi sebab boleh tengok tempat sejarah. Anak-anak suka pergi sini sebab boleh naik tangga.







Kemudian seterusnya kami ke Masjid Terapong Pulau Pangkor. Haha oleh kerana Kak Feni pakai baju tangan pendek. Kami bergambar di depan masjid jela.


Sebelum sampai Masjid Terapong ni kita akan jumpa Batu Bersurat dulu. Kami tak berhenti pun untuk ambil gambar sebab nak kejar masa. Lepas snap-snap gambar kami balik ke resort untuk bersiap pulang. Kami kena check-out sebelum pukul 12.00 tengahari. Sampai di resort dalam pukul 10.40 pagi. Ada masa lagi untuk anak-anak nak mandi kolam. Jadi depa pergi mandi kolam sementara ummi kemas beg.

Setelah semuanya siap, kami berkumpul beramai-ramai di lobby resort untuk urusan check-out. Berphoto untuk kenangan.


Kami ke jeti dengan teksi pink yang disediakan.




Beratur untuk naik feri di jeti Pulau Pangkor. Masa ni ramai betul orang yang nak kembali ke tanah besar. Habis sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor.

Nanti Kak Feni share pasal pakej yang kami ambil. Berbaloi-baloi sebab murah dan puas hati. Rate 5 star.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...