July 29, 2020

Main Kutu ? Bahaya Ke Tak ?



Assalamualaikum semua.

Sempena nak raya Aidil Adha ni Kak Feni terfikirkan sesuatu. Salahkah kami kumpul kawan-kawan dan main kutu atau undi atau sebagainya?

Jadi Kak Feni google beberapa pendapat mengenai main kutu untuk merungkaikan kemusykilan di hati.

Boleh rujuk sini  untuk mendapat info lebih lanjut.

Dalam konsep Islam permainan kutu boleh dianggap sebagai hutang yang merupakan sesuatu yang diharuskan. Allah S.W.T. sendiri telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti apabila seseorang itu menjalankan muamalat hutang seperti permainan kutu. Terdapat ayat al-Quran yang menyentuh tentang hutang ini contohnya:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. (Surah al-Hadid ayat 11)

Alhamdulillah boleh main kutu sebab ianya diharuskan. Sepanjang Kak feni dok main kutu dengan kawan-kawan dan pernah juga jadi ibu kutu ni semuanya baik-baik saja. Rezeki Allah bagi.

Masalah lambat bayar itu biasalah kadang-kadang kita faham sebabnya gaji lambat dan sebagainya. Kita sebagai ibu kutu kena bertanggungjawab untuk maklumkan kepada pemain dan berbincang cara terbaik untuk selesaikan masalah.

Yang penting bincang elok-elok. Kalau macam Kak Feni pulak selalunya memang akan dahulukan duit sendiri dulu untuk cukupkan corum. Kemudian yang lambat bayar tu kita pm tepi supaya dia bayar kemudian. Hal ni sebenarnya untuk elakkan masalah dan pergaduhan dalam kumpulan kutu.

Kadang-kadang kita ni kalau bincang elok-elok, semuanya akan selesai dengan baik. 

Sebab apa kutu selalu menjadi pilihan terutamanya wanita ?

1. Mudah dan tak ada "interest". Haha kalau pinjam dengan bank kena bayar interest.

2. Boleh tukar-tukar giliran sama-sama suka. Contohnya, Vivy nak pakai duit bulan Julai untuk bayar roadtax kereta. Jadi boleh tukar dengan orang yang bulan Julai.

3. Sistem undi atau pun ikut bulan. Selalunya cabut undi. Lepas tu tukar sama suka. Macam yang nombor 2 di atas tu.

4. Tak perlukan dokumen yang remeh temeh. Asal yakin dan percaya terus "ON".

5. Selalunya dibuat oleh ahli keluarga dan juga rakan-rakan terdekat. Namun sekarang dah banyak "open kutu" secara online. Yang ni kena betul-betul verify sebab kita tak tahu boleh percaya atau tidak. 

Apapun niat kita. Semoga kalau kita main kutu ni jadilah orang yang bertanggungjawab. Kalau dapat giliran awal. Jangan lupa bayar balik sampai habis. Jangan dapat duit terus lari. Kesian kepada orang yang kemudian.

Mungkin di dunia ini kita lepas. Di akhirat tentunya merangkak nak cari balik orang yang kita hutang tersebut.

Okeylah sekian bebelan Kak Feni berkenaan dengan main kutu. Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa nak main kutu. Main dengan hati lapang dan disiplin. Kalau taknak main pula, jangan dikecam orang yang main kutu sebabnya rezeki dan jalan hidup kita tak sama.




July 28, 2020

Balik Kampung Raya - Jangan Lupa Kita Jaga Kita

Lagi 2 hari kita nak sambut Hari Raya Aidil Adha. Korang nak balik kampung ke ?


Kak Feni tak balik kampung untuk raya tahun ni. Raya Aidil Fitri hari tu tak boleh balik sebab PKP. Husband pulak kena kerja. Raya pun kena kerja.


Ni Raya Aidil Adha tak balik juga sebab husband standby kerja juga. Maklumlah back liner (dia yang cakap). Haha


Bukan taknak balik nak sangat balik kampung. Jumpa mek. Nasib baik baik masa dapat kelulusan boleh rentas negeri hari tu kami balik lama. Puas la bawa mek jalan-jalan. Ni tunggu lega-lega sikit baru balik. Bukan apa, kalau balik musim raya ni memang dok atas jalan jela. Tak ke buang masa tu.


Bukan taknak rasa meriah di atas jalan tapi takpelah bagi lah chan kepada yang tak balik sebelum ni. InshaAllah lepas raya ni, abahnya dapat cuti panjang. Kita balik kampung lama sikit.


Dengan keadaan gelombang covid-19 yang ke-3 ni. Risau pulak rasa. Dengan anak-anak masih kecil dan nak balik jumpa orang tua yang berumur ni. Rasa macam risiko pulak. Kalau ada benda penting tu kita takleh nak kata apa lah kan.


Nak raya ni. Sama-sama kita jaga kita. Jaga kebersihan dan jaga SOP. Cuci tangan selalu. Pakai mask.


Kalau kita tak jaga kita siapa lagi nak jaga.


Kak Feni doakan semua yang balik kampung happy-happy dan bergembira bersama keluarga tersayang. Doakan kami yang raya di sini pun bahagia juga.


Love.


July 21, 2020

5 Tips Bagaimana Menyusun Atur Bilik Untuk Dapatkan Tidur Yang Lebih Baik ?

Beberapa minggu lepas Kak Feni menghadapi satu masalah iaitu susah nak tidur malam. Badan dan otak penat sebenarnya namun bila nak lena tak boleh nak lena dengan baik. Bila tak dapat tidur yang berkualiti, rutin harian pun macam terganggu dan tak produktif.

Jadi Kak Feni google cara macam mana nak dapatkan tidur yang baik. Jom Kak Feni kongsikan semula agar sesiapa yang ada masalah macam Kak Feni boleh cuba tips yang sama ni.

Photo kredit to : Sirap Limau


1. Kemaskan Segala Benda Yang Bersepah 


Biasalah bilik kan. Ada banyak sangat barang yang kita guna hari-hari. Nak-nak pula rumah yang kecil macam rumah Kak Feni. Buang segala benda yang bersepah dan serabut mata memandang. Susun dalam kotak atau simpan di tempat yang sesuai.

2. Biarkan Ruang Terbuka


Kalau ada tingkap, buka tingkap agar pengaliran udara dapat keluar masuk dengan sempurna. Kadang-kadang udara dalam bilik pun tercemar disebabkan oleh bau-bauan yang kurang enak.

3. Sentiasa Kering Dan Sejuk


Pengaliran udara yang baik sangat membantu. Ada rumah dipasangkan dengan pendingin udara untuk menyejukkan bilik. Ada yang hanya menggunakan kipas. Tak kisahlah janji boleh menyejukkan udara yang hangat.

4. Dapatkan Penutup Mata dan Telinga (jika perlu)


Yang ni memang penting tambah-tambah lagi macam Kak Feni yang ada 2 anak kecil. Kak Feni sakit kepala sangat jadi terpaksa guna bantal untuk tutup mata sebab cahaya lampu. Kita nak tidur anak-anak sibuk nak main.

5. Buangkan Segala Gangguan


Buang benda-benda yang tak diperlukan dalam bilik. Barang-barang mekap yang dah tamat tempoh ataupun pakaian yang tak boleh dipakai eloklah dibuang ataupun diberikan kepada orang yang mahu (sekiranya masih elok). Ikut kesesuaian sendiri.


Setelah Kak Feni ikuti beberapa tips di atas, Kak Feni dapat tidur dengan lena dan tenang. Jadi rutin harian pun dapat dijalankan dengan tenang dan bahagia. Alhamdulillah.

July 20, 2020

Tengah Survey Kabinet Dapur



Photo : kredit Google & facebook

Kak Feni tengah Survey Kabinet dapur untuk rumah baru. Nak yang bajet-bajet dan mampu milik.

Nak buat yang macam dalam gambar kat atas tu. Bergantung kepada bajet yang mampu. 

Table top dah ada. 

Tunggu dapat kunci boleh masuk rumah dah boleh start buat renovation dan apa yang patut. Setakat ni nak kena repair syiling, dinding, bilik air dan paip singki. 

Kak feni taknak cat nak pasang wallpaper je. Hehe dah ushar wallpaper apa nak tapi tak boleh beli lagi sebab nak ukur dulu keluasan. Yang ni nak buat sendiri jer sebab rumah mak mentua pun kami buat beramai-ramai dengan Adik beradik suami. 

Alhamdulillah Semoga segala urusan dipermudahkan. Paling lewat pun bulan 10 ni nak selesai segala urusan. Harapnya Allah permudahkanlah segalanya. 

July 17, 2020

Sebenarnya Allah Dah Pun Beri Apa Yang Kita Perlukan

Pejam celik pejam celik dah 17 haribulan ye hari ni. Bulan ni rasa down sangat sebab Kak Feni tak tahu nak buat apa. Just go with the flow. 

Kak Feni banyak baca kisah-kisah orang yang dulunya gagal namun kemudian bangkit menggegarkan dunia. Alhamdulillah rezeki Allah itu besar dan luas cumanya kita saja yang tak nampak.

Duduk dan renungi diri sendiri. Sebenarnya tulisan ini untuk menasihati diri sendiri juga.

Kita kaya itu ujian. Ujian untuk kita gunakan kekayaan kita kepada jalan yang diredhai oleh Allah. Kalau kita kaya tapi kita sombong, bongkak dan riak dengan kekayaan kita tak dapat apa juga. Di dunia ini mungkin kita nampak bahagia namun di akhirat kita mengemis. Allahuakbar semoga kita tak miskin di sana.

Impian nak kaya, bahagia dunia dan akhirat. Dunia kita bahagia, akhirat pun kita bahagia. Begitulah hendaknya impian kita.

Di dunia ini, selagi ada nafas selagi itu kita akan terus diuji dan uji. Ujian yang bagaimana? Terpulang pada Allah macam mana nak uji kita.

Tugas kita kena sabar dan redha dengan ujian serta berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. 

Allah suruh kita bersangka baik dengan Allah.


Kita selalu minta macam-macam dengan Allah namun kita jarang buat apa yang Allah suka. Ingat syurga Allah itu percuma ke?

Nak istiqamah ke jalan Allah itu bukan susah namun bukan juga mudah. Jika kita ni jenis tak sabar mesti nak cepat je sedangkan Allah dah cakap sabarlah, nanti aku beri. Sampai masa yang sesuai aku beri.

Hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Jadi selagi nama manusia. Sentiasalah berbuat baik dengan semua makhluk. Kalau rasa buat salah minta maaf dan minta ampun.

Hidup ini tak lama. Nama pun manusia, semua tak sempurna. 



July 15, 2020

Spek Baru Lagi - Macam Kaya Sangat Kan ?



Okey gaiss. Spek baru lagi. Bukan masalah kaya nak habaq pi kat hampa. Sebabnya bingkai yang baru beli bulan 2 hari tu dah ngokngek-ngokngek macam nak pecah. Kesnya sebab terlalu halus.

Dah kita ni ngan sikap yang ganas memang tak tahan lama la. Nasib la kan. Lepas dok survey-survey eh survey ke? Sebenarnya tergoda dengan artis yang dapat spek tukar-tukar warna tu. Terus suruh seller dm kita. Sekali tengok harga boleh tahan. Satu set RM150 uols. Telan jugaklah air liur Kak Feni ni.

Biasalah la instagram kalau kita dok love-love tu nanti benda tu la yang akan timbul dekat wall kita. So kak Feni nampaklah yang sponsored tu 5+1 = RM60 sahaja. Haaa masa tu dalam akaun ada lah RM100 lebih. Terus grab la. Walaupun hakikatnya lepas ni aku kena ketaq kepala pula nak kumpul duit.

Ahhhh rezeki inshaAllah ada sokmo. Yakin ! Ewahh kalau bab nak habiskan duit bagi kat aku takpe.

Cermin yang berpower tu kak feni gi tukar dekat kedai spek mata dengan kos RM180 sebabnya power mata naik lagi dan buat yang tahan silau tu. Contoh bila drive malam-malam, cahaya lampu kereta depan tu tak menyilaukan mata kita. Haaa gitu.

So, total semua kos spek baru Kak Feni ni ialah RM180 + RM60 = RM240. Lebih murah berbanding dengan buat cermin mata dekat kedai cermin mata biasa. Selalunya untuk power mata kak Feni yang dah cecah 5.00 ni memang lebih RM500.


Orang rabun macam Kak Feni kalau takde spek makanya gelaplah dunia ini. Esok-esok kalau kaya ada rezeki boleh buat pembedahan lasik tu. Hehe koya pah ceroh lagi.

July 13, 2020

JOM TUKAR LINK BLOG



Jom tukar link blog. Sama-sama kita sapot sahabat baru kita. Nak join klik je banner kat atas tu.

July 10, 2020

Kembali Bertugas Setelah 5 Hari Bercuti Balik Kampung

Alhamdulillah Kak Feni dah kembali gaiss. Penat balik kampung masih terasa tapi tetap kena masuk kerja.

Okey mari kita flashback kejadian balik kampung.

26/06/2020 - Jumaat

Pagi Kak Feni dan husband masih kerja sampai petang. Kak Feni balik awal konon nak bersiap nak gerak awal. Lepas isya' baru kami gerak. Lebih kurang pukul 10.00 baru bertolak dari Langat ke Manjung, Perak.

Tengok waze estimate sampai dalam pukul 2 pagi macam tu. Jalan di KL banyak tutup jadi kami terpaksa pusing jauh entah kemana pusing dalam KL dah dekat setengah jam. Entah pukul berapa masuk highway PLUS entah sebab Kak Feni mengantuk gila(haha).

Sepanjang jalan Kak Feni tidur sebab mengantuk tak teman pun husband drive. Dia balik kerja sempat tidur kejap jadi ada la tenaga nak drive kan.

Kami singgah di Petron Teluk Intan on the way ke Manjung sebab husband Kak Feni mengantuk sangat tak boleh nak drive. Kita kat sebelah pun. Abah rehatlah dulu. Ewah nak drive nye tak bagi sebab kurang keyakinan dengan kemampuan kita. Lagipun jalan situ banyak lori treler besar-besar, jadi kami tidur kat situ sampai pukul 6.00 pagi. Sedar-sedar dah subuh. Haha mengantuk dan penat sangat sampai tak sedar tidur dalam kereta.

27/06/2020 - Sabtu

Kami sampai di rumah Acik pukul 7.00 pagi. Lepas masuk rumah, terus lena sampai tengahari. Haha penatnya rasa. Pagi ni PakCik kerja lagi jadi kami tunggu dia habis kerja baru gerak balik Gerik.

Lepas zuhur kami sama-sama gerak. Abah gerak balik KL dan kami ke Gerik.

Kami sampai di Lawin Utara, rumah mak ayah Pakcik dalam pukul 5 petang. Ada majlis makan-makan di rumah dia. Buat doa selamat. Kak Feni dengan anak-anak pun menyibuk la sekali.

Pukul 10 malam kami gerak pergi ke kedai CikNi di Gerik. Dia buka kedai walaupun orang pesan supaya jangan buka kedai. Dia kata tak boleh nak kutip duit nak shopping. Sabar jela.

Kami tunggu sampai Cikni siap meniaga dan tutup kedai.

28/06/2020 - Ahad

Lepas tutup kedai Cikni dalam pukul 2.00 pagi baru kami bertolak balik Kelantan. Kami lalu ikut lebuh raya Gerik-Jeli. Macam biasa perjalanan Kak Feni akan tidur walaupun tidur-tidur ayam.

Sampai di rumah TokMek pukul 5.00 pagi sebelum subuh. 

Tengahari kami keluar ke Pasir Puteh untuk beli laptop AyahNgah. Sibuk nak beli laptop. Kita layankan jela.

Kami makan nasi air (sejenis bubur nasi) di kedai biasa kami makan tu. Sedap yakmat. Lepas makan kami pergi kedai komputer untuk beli laptop AyahNgah.

 
Dah dapat apa yang dia nak kami jalan-jalan cari TV baru Tokmek. Semua mahal-mahal makanya kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Kami pergi ke Aeon KB sebab tak pernah sampai lagi.



Kami beli yang ni sebabnya besar dan murah. Warranty 2 tahun. Beli dekat Seng Heng Aeon Kota Bharu. Staff pun okey layan kita baik-baik.

Lepas beli tv TokMek, kami pun merayaplah shopping. Beli seluar anak-anak dan baju anak-anak. Baju CikNi bayar- hehe. 

Lepas puas dan letih jalan di Aeon KB kami balik singgah di Tanah Merah. Makan-makan dengan family. Abang Long sefamily pun ada.



Lepas makan malam kami gerak balik tapi sempat lagi singgah beli durian. Lepas tu kami balik rumah dan tidur. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Haha.

29/06/2020 - Ahad

Kami bersiap awal pagi masak sebab ada family Pakcik Radhi nak datang dari Gerik. Depa nak jalan-jalan ke Rantau Panjang. Tengahari sampai di Rantau Panjang. Makanya tak jadi makan tengahari di rumah.

Kami pun gerak ke Rantau Panjang. Sebelum tu singgah di Tanah Merah untuk beli keropok keping yang sedap. Kedai Kak Nik rasanya nama dia.

Lepas beli keropok kami terus ke Rantau Panjang. Sampai Rantau Panjang, shopping barang sikit teruskan perjalanan ke Pantai Senok, Bachok sebab viral ada pokok rhu yang cantik tersusun macam oversea.

Dalam perjalanan kami nampak ada Rumah Dodol. Berhenti sekejap untuk beli dodol. Anak-anak Kak Feni suka makan dodol. Lepas beli dodol terus ke Pantai Senok. Kami orang Kelantan pun tak pernah sampai.



















Lepas puas jalan dan berphoto di Pantai Senok kami balik rumah makan malam. 

30/06/2020 - Isnin

Awal pagi dah bersiap nak pergi Pasir Puteh nak makan nasi air dan beli barang yang tak sempat beli hari tu. Kami beli beras nasi dagang, budu dan juga nisan (gula melaka). 

Lepas selesai semua urusan di Pasir Puteh kami balik rumah Mek semula. Kemas-kemas barang masuk kereta dan terus gerak balik. Kali ni kami lalu ikut Terengganu kononnya nak jalan round the world.

Sementara kemas tu orang yang hantar dan pasang tempat letak tv tu sampai untuk pasang bracet tv tu.



Tv tokmek dah siap pasang dan boleh tengok dah. Kami gerak dan singgah rumah Abang Long. Lepas jumpa dia terus ke Machang sebab kak ada order barang dengan kawan dia. Jadi kena gi ambil. Sampai di Machang sempat repair lampu sport light kereta Kak Feni yang padam. Bila pasang lampu rendah macam tak nampak je.

Dah selesai urusan di Machang, kami patah balik lalu jalan rumah Abang Long sebab nak lalu ikut Terengganu kan. Kami bertolak pun dah petang.

Sampai di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu dalam pukul 5 macam tu. 






Sampai sini kami order makan udang, ikan dan sotong celup tepung. Ala udang viral 20 ekor RM10 tu. Bagi Kak Feni okeylah tempat lepak jalan-jalan dan ambil gambar.








Lepas lepak dan ambil gambar sini, kami jalan lagi ke depan konon nak sampai Terengganu awal. Jalan depan lagi jumpa tempat lagi lawa. Berhenti lagi.





































Lepas puas berphoto di sini kami teruskan perjalanan dan sampai di Kuala Terengganu sebelum manghrib.









-update guna hp-Kami sempat ambil beberapa gambar berlatar belakangkan Jambatan Angkat yang femes di Kuala Terengganu. Dah lama betul tak sampai Terengganu. 

Kami gerak dari Kuala Terengganu dalam pukul 8.30 malam macam tu. Banyak singgah rnr sebab nak makan, solat dan rehat. 

First time lalu ikut LPT. Tak pernah lalu kan. Teringin nak lalu. Sekali lalu rasa taknak dah. Haha rela lalu ikut Gua Musang atau ikut Gerik. 

Sebab kami tak biasa kan. Dah masuk Negeri Pahang Jalan dah okey sikit. 

Oleh kerana minyak kereta kami tinggal 3 bar dan jauh lagi Perjalanan. Kami keluar ke Chukai untuk isi minyak. Perjalanan dari highway ke petrol pump terdekat pun dam 10km. Nak patah balik masuk highway dah 20km. Kalau ikut kan ada je petrol pump Di highway tu, sebab kami ni first time lalu Jadi tak confident. 

Takpela boleh merasa tengok Chukai macam mana kan. Haha pengalaman. 

Kami sampai di Hulu Langat pukul 5.00 pagi setelah sehari an berjalan. 

Next day kami Jalan-Jalan Di IOI Mall Putrajaya. 

Nanti ada masa kak feni update lagi. Seronoknya cuti... 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...