Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
December 26, 2025
Siapa Yang Tak Gila Kedai Eco ?
December 24, 2025
2025 Bakal Melabuhkan Tirai Dan 2026 Akan Membuka Tirai Baru
December 21, 2025
[Personal] Jalan-jalan Cari Makan Suka Dessert Selayang
Okey aktiviti hari ini ialah mengemas rumah. Basuh baju Dan lipat baju. Vaqum keseluruhan rumah. Buang sampah dan sental bilik air. Bilik air takleh nak pulun sangat sebab nak keluar cari makan.
Hari ni alhamdulillah abah bawak kami anak branak pergi ke Suka Dessert di Selayang. Kami sampai dalam pukul 1.45 petang. Kelihatan memang ramai orang tengah beratur. Dah datang Dari jauh nak tak nak kita join jela beratur.
Setelah sejam beratur akhirkan giliran kami sampai. Alhamdulillah dapat beli 2 bucket je untuk sekali order. Jadi Kak Feni bucket saiz besar dan medium. Nak makan ramai-ramai kan. lepas tu terus balik rumah opah. Petang ni ada makan-makan.
Ini adalah kali kedua Kak Feni ke Suka Dessert Sebelum ni memang tak kuasa nak beratur tapi sekali dah terkena. Beratur panjang kak Feni hari ni. Sejam beratur sebab hari ni ramai orang maklumlah hari minggu kan.
Masa tengah beratur ni ada guard yang akan bagi katalog untuk memudahkan kita pilih apa kita nak beli. Kak Feni snap gambar siap-siap apa nak beli. Mudah bila sampai di kaunter. Tak perlu ambil masa untuk pilih.
Kak Feni pilih yang nak je. Nak beli yang banyak-banyak tak cukup modal. Hihi
Selesai setelah sejam beratur. Terpulang kepada masing-masing. Kak Feni rasa berbaloi sebab tu Kak Feni sanggup pergi jauh-jauh dan dengan harga yang okeyla sekali sekala nak merasa. huhu
December 20, 2025
[PERSONAL] Seharian Di KLIA1 HARI NI
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...
