November 29, 2019

Terima Kasih Ya Allah

Hari ni rasa taktahu nak share pasal apa. Kita share pasal aib lah. Semoga Allah tutup aib kita.

Image may contain: 1 person, text

Bersihkan hati. Kita semua tak sempurna.

Kak Feni rasa macam dah buat semua untuk dapatkan apa yang Kak Feni nak. Namun hakikatnya bila fikir-fikir balik banyak lagi yang Kak Feni tak buat.

Bila fikir macam tu hati kembali tenang dan bersemangat.

Allah itu kalau dia nak bagi Dia bagi jer. Berbalik pada Allah.

Kak Feni ni jenis seorang yang clumsy sikit. Semua nak cepat. Kelam kabut nak cepat siap nak cepat setel. Haha runsing tak kena tempat. Bila dah semakin berumur ni. Banyak benda yang Kak Feni belajar.

Dulu sibuk nak kaya cepat. Nak duit banyak. Nak nampak gah dimata orang. Hurmmm dunia semua tu.

Bila kita tenang dan positif semua tu akan datang kepada kita.

Yakin 500% kepada Allah. 

Formulanya ialah YAKIN, YAKIN dan YAKIN.

Kak Feni pun banyak kekurangan dan terima dengan hati yang terbuka. Bila ada ahli keluarga, sahabat atau customer cerita masalah mereka. Kita kena bertenang dan bersabar. Allah hantar mereka bersebab.

Untuk menguji kita ni. Sabar ke tak.

Kadang-kadang kita ni tamak dan lupa diri. Allah dah bagi semua tapi kita ni rasa tak cukup. Tak cukup dan sentiasa dahagakan kekayaan. Allahuakbar.

Pernah tak, ada kawan atau sahabat yang mendatangi kita untuk meminta tolong ?

Mesti pernah. Kalau ada lapangkan hati. Mesti ada sesuatu Allah nak bagi ni. Sabar.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita.

Carilah hikmah disebalik ujian dan cabaran yang kita sedang lalui. InshaAllah hati tenang dan dipermudahkan segala urusan.

November 27, 2019

5 Nutrien Untuk Meningkatkan Metabolisme

Metabolisme adalah proses tubuh untuk menukar makanan dan nutrien kepada tenaga dan untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh. Metabolisma yang tinggi membakar kalori lebih cepat menjadikan seserorang tidak mudah untuk mengalami pertambahan berat badan. Manakala metabolisma yang rendah bermakna proses pembakaran kalori yang lebih perlahan. Berikut adalah beberapa nutrien yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menyokong pengawalan berat badan yang lebih baik.



1. Zink


Kalenjar tiroid memerlukan zink untuk menghasilkan hormon tiroid, yang membantu mengekalkan metabolisma dan tenaga. Diet yang kurang zink boleh mengurangkan keupayaan kalenjar tiroid untuk menghasilkan jumlah hormon yang mencukupi dan ia merendahkan metabolisma.

2. Vitamin B


Fungsi utama vitamin B adalah membantu tubuh mencerna karbohidrat, protein, serta lemak, dan seterusnya menggunakan tenga yang tersimpan dalam makanan. Metabolisma yang sihat memastikan tubuh menggunakan nutrien ini untuk tenaga dan bukan menyimpannya sebagai lemak.

3. Zat Besi


Zat besi bertanggungjawab untuk mengankut oksigen ke dalam sel badan, termasuk otot yang membantu membakar lebih banyak lemak. Diet yang kurang zat besi boleh mengakibatkan anemia kekurangan zat besi yang boleh membuatkan kita jadi tidak bermaya dan melambatkan metabolisma badan.

4. Asid Lemak Omega-3


Asid Lemak Omega-3 dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma dan proses pembakaran lemak kerana ia mempengaruhi leptin, hormon yang mengawal kadar metabolisma dan memberitahu otak bahawa kita kenyang, yang membawa kepada peningkatan rasa kenyang.

5. Protein Tanpa Lemak


Mengambil jumlah protein tanpa lemak yang mencukupi bukan sahaja membantu kita merasa kenyang, tetapi juga meningkatkan termogenesis, proses yang mana tubuh kita menukar kalori untuk mengjhasilkan haba. Pertama, badan membakar tenaga tambahan dengan mencerna protein tanpa lemak dan kedua protein membantu mengekalkan jisim otot, kalori badan dan mesin pembakar lemak.

Berminat untuk dapatkan Suplemen Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

 Safeni Feni

Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Bila Tiba Musim Gaji - Order Masuk Bertubi-tubi

Alhamdulillah rezeki bisnes online Kak Feni tak putus-putus. Begitulah hendaknya.

Hasil rajin menulis dan share di fb, instagram dan blog. Yang ni jer selalu Kak Feni update. Selebihnya Kak Feni serahkan pada Allah. Rezeki Allah yang bagi.







Syukur alhamdulillah sebab dah nampak hasil usaha. Mula-mula buat bisnes dulu memang sedih dan mudah sentap dengan keadaan sekeliling. Orang tak sapot itu biasa. Lama-lama dah tak kisah pun apa orang nak cakap sebab bukan diorang pun yang nak bayar segala bil kita. Jadikan itu motivasi untuk kita terus bangkit dan majukan diri sendiri.

Kalau kita tak tolong diri kita sendiri siapa lagi ?

Kak Feni selalu ingatkan diri. Biarlah kita susah-susah dulu senang kemudian. Setiap kesusahan yang kita lalui hari ini menjadikan kita lebih kuat dan kental dikemudian hari. Pengalaman jatuh bangun dalam hidup dalam bisnes menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi.

Perbetulkan niat. Aku nak bangkit bantu diri sendiri dan bantu orang lain. InshaAllah tuhan mesti tolong.

Mulakan dengan bangkit diri sendiri. Jaga emosi sendiri dan rapatkan diri sendiri dengan Allah pasti Allah tunjuk jalan. Hidup ini jangan sombong(pesanan untuk diri sendiri).

Setinggi mana pun kita berada, jangan lupa tunduk kebawah. Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Berbuat baiklah selagi mampu. InshaAllah Allah akan sentiasa ada dengan kita.

November 25, 2019

10 Manfaat Zink Untuk Wanita dan Lelaki

Zink adalah mineral surih yang penting kepada tubuh dalam pelbagai cara.

Manfaat Zink untuk Wanita



1. Menghalang Pertumbuhan Jerawat

Zink menghalang pertumbuhan bakteria penyebab jerawat, menyekat aktiviti kelenjar minyak dan mengurangkan simptom jerawat untuk kulit yang lebih bersih.

2. Menyembuh Dan Meremajakan Kulit

Zink menggalakkan penghasilan sel kulit baru dan fungsi sel membran untuk kulit yang sihat dan sempurna. Apabila kulit rosak, zink membantu menghasilkan protein dan kolagen untuk menggalakkan penyembuhan luka.

3. Menjadikan Rambut yang Kuat dan Bekilau


Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mempercepat pertumbuhan semula folikel rambut.

4. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Zink terlibat dalam pelbagai aktiviti tindak balas enzim, membantu mengatasi tekanan oksidatif yang merupakan salah satu punca kegagalan jantung. Zink juga mempunyai sifat antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas bagi melindungi jantung.

5. Permulaan Yang Sihat

Zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikular yang betul, yang membantu telur untuk pergi ke rahim untuk persenyawaan.



Manfaat Zink untuk Lelaki


1. Menggalakkan Tidur yang Lebih Baik

Zink dapat membantu menggalakkan dan mengawalatur corak tidur yang lebih sihat, agar kita dapat tidur yang lena, tampil lebih segar dan lebih aktif setiap hari.


2. Melambatkan Kemerosotan Makular Mata

Zink membantu vitamin A menghasilkan melanin, yang melindungi mta. Apabila dimakan bersama dengan vitamin antioksidan lain, zink melambatkan kemerosotan makula mata yang berlaku kerana faktor penuaan.


3. Meningkatkan Kesihatan Imun

Zink membantu memendekkan tempoh selesema sehingga 40%. Ia juga memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka bekerja secara optimum.


4. Boleh Menggalakkan Kawalan Gula Darah


Zink dapat membantu mengurangkan rintangan insulin, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menggunakan insulin dengan cekap bagi mengekalkan paras gula darah yang sihat.


5. Meningkatkan Kesihatan Prostat

Memastikan sperma bergerak ke hadapan dengan arah yang betul untuk menembusi telur bagi persenyawaan yang berjaya dan menyokong fungsi prostat dan hormon lelaki.



Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Zinc Plus untuk meningkatkan kesihatan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 22, 2019

Tahniah Abang Aus! Ummi dan Abah Bangga Dengan Abang

Bangun pagi ucap syukur sebab masih diberi nikmat dan terus diberi nikmat. Walau apa pun yang berlaku hari semalam, sedih ke gembira ke. Syukur. Bila kita bersyukur Allah akan bagi lebih lagi dan lagi.

Hari ni Kak Feni nak throwback awal tahun kes Abang Aus taknak pergi sekolah Agama. Awal-awal tahun dulu sedih, stress, nak marah, moody semua ada. Namun berbalik kembali kepada Allah. Minta tolong Allah. Alhamdulillah hari ni Allah bagi kejayaan untuk Abang Aus.

Ummi tahu panjang lagi Abang Aus nak kena hadap tapi ummi hanya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat lain. Kalau ada yang kena macam ummi, ummi harap kita tetap usaha dan tak mudah putus asa.


Ustazah dah inform awal tentang jemputan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2019. Semalam harinya. Ummi tak dapat nak pergi. Kebetulan Angahnya cuti, ummi minta tolong Angah wakilkan ummi dengan abah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Abang Aus suruh ummi cuti tapi ummi tak boleh nak cuti selalu. Nanti Abang Aus nak bersunat, ummi kena cuti lama. Ummi cakap baik-baik dengan abang. Kalau ummi selalu cuti nanti gaji kena potong and what so ever. Alhamdulillah lagi sebab Abang Aus faham. "ummi minta maaf abang".

Angah dan adik yang pergi dihantar oleh Tokyah.


Adik excited sebab boleh tengok Abang Aus naik pentas. Bila dah masuk dewan sibuk ajak Angah balik sebab nak tidur. Haishhh dia ni kan? Banyak akai sungguh. Nasib Angah suka layan.



Ummi tak tahu nak cakap macam mana. Ummi happy sangat sebab Abang dan boleh bawa diri. Pandai baca al-Quran dan dapat Mumtaz tahun ni. Siapa sangka kan ? Awal dulu drama swasta di setiap pagi. Ummi pukul dan marah abang sebab taknak sekolah. Macam-macam ummi buat untuk lembutkan hati abang.

Panggil orang baca doa. Ummi buat solat hajat. Doa hari-hari supaya Abang lembut hati nak pergi sekolah. Dapat terima ilmu akhirat tu penting. Ummi taknak anak ummi tak pandai al-Quran. Ummi ni nak mengajar pun tak berapa pandai jadi ummi harap anak-anak lebih pandai dari ummi.

Salah satu amalan yang ummi buat untuk anak-anak adalah seperti dalam poster di bawah. Ummi jumpa di facebook.


Semalam Abang dapat hadiah MUMTAZ.




Bila dapat hadiah ni. Yang kecil tu pun sibuk nak juga. Lepas ni ummi dengan abah kena beli satu untuk dia. Emosi anak-anak ni kena jaga juga. Tak boleh nak beza-bezakan. Dulu ummi tak tahu juga bab keibubapaan ni. Dengar nasihat orang-orang berpengalaman. Kalau ada anak 2 beli sama rata. Kalau ada anak 3, 4, 5 atau seterusnya pun sama. Jangan beza-bezakan anak.

Pagi tadi ada juga majlis tandatangan buku rekod murid di sekolah Agama. Ummi dengan abah macam biasa pergi awal sebab nak masuk pejabat pulak. Majlis bermula pukul 8.00 jadi sempatlah ummi pergi.

Alhamdulillah ustazah pun puas hati dengan prestasi Abang Aus. Kami sama-sama gelak bila teringat peristiwa awal tahun ustazah pegang abang sampai macam nak tercabut tudung-tudung.

Ummi dengan abah tak boleh mudah putus asa dan ummi kena terus usaha dan berdoa agar anak-anak terus dibimbing supaya menjadi orang-orang yang soleh berjaya dunia dan akhirat. InshaAllah. Ummi sayang abang dan adik sampai syurga.

7th Anniversary Giveaway By Atul Hamid



Jom join GA dari Atul ni. Hadiah pun menarik. Klik banner dan baca syarat-syaratnya untuk join. Mudah  jer. Jom jom.

Kak Feni nak tag Annur Syuhadah dan Dana lah.

November 20, 2019

Pengalaman Pertama Tengok Bola Secara Live Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Semalam Kak Feni berpeluang untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Ya Allah this is my first time masuk stadium setelah berumur 33 tahun. Sebelum ni hanya tengok dekat tv jer. Kak feni ni tak minat sangat bola walaupun hakikatnya dikelilingi dengan semua orang yang minat bola.

Anak-anak sibuk nak ikut PakNgah dan PakSu dia pergi tengok bola. Angah dia pula kena outstation ke Johor. Jadi ummi memang takkan harapkan orang lain untuk jaga anak-anakku di tempat yang ramai orang macam tu. Macam-macam Kak Feni fikir. Allahuakbar mak-mak sangat kan.

Kak Feni minta untuk keluar awal dengan boss dan nasib baik boss bagi keizinan. Semangat nak tengok bola. Maklumlah tak pernah masuk stadium. Kak Feni naik LRT dari Titiwangsa terus ke SNBJ. Perjalanan dari sini ke sana mengambil masa sejam juga. Kak Feni naik dari Titiwangsa pukul 4.00 petang dan sampai ke sana dalam pukul 5.00 petang.

Sampai sana terus call husband dan lain-lain. Masalahnya line internet semua tak boleh nak go thru. Nasib baik boleh call tu pun putus-putus. Cakap yang tunggu dekat kaunter topup Touch & Go. Masa menunggu ni tengok keadaan sekeliling yang penuh dengan ramai manusia. Betul-betul meriah.

Banyak gerai dan orang persendirian sibuk berniaga. Kak Feni tengok macam-macam perniagaan kat sini. Ada terpekik terlolong berniaga untuk menjana pendapatan. Haha seronok. Baju dan makanan banyak dijual. Jadi tak perlu risau kalau takde jersi nak pakai. Bawa duit beli settle.








Sementara tunggu nak masuk stadium, kami lepak di sebelah busker layan lagu dulu. Anak-anak memang suka sangat sebab memang kami selalu bawa diorang pergi tengok busker ni. Nak masuk ke tempat duduk pun ada masa tak boleh main redah. Kebetulan pula tiket kami tempat duduknya sekali dengan Ultras Malaya jadi kami kena pergi dekat free seat. Diorang tak bagi masuk sebab kami bawa anak-anak. Haduii macam-macam hal. Bagus juga untuk keselamatan eloklah kami pergi tempat yang selamat.


Pergi tempat ni kalau tak shopping tak sah. Kami pun beli lah yang lilit kepala tu 2 RM5. Satu untuk abang Aus dan satu untuk Adik Rayyan.





Aiman dengan Muaz masuk dulu sebab nak tengok kat dalam. Kami tunggu tiket dari Paksu sebab tak semua tiket beli sekali. Nak dapat tiket melalui wasap pun susah. Takde line langsung kat sini sebab terlalu padat dengan manusia. Hurmm bagi yang suka havoc-havoc bolehlah selalu pergi. Kak Feni rasa "aku dah semakin tua". Haha

Sementara tunggu tu kami makan siap-siap di luar sebab tak boleh bawa makanan dari luar tapi Kak Feni tengok ada je yang selamber bawak. Bila dah ramai dah tak terkawal. Botol air, air tin, makanan, lighter dan rokok semua tak boleh bawa masuk tapi ada juga yang lepas.


Pengalaman bersesak nak masuk stadium takkan ku lupa. Bila sama pintu dengan Ultras Malaya. Orang muda remaja okey. Single okey. Bagi yang ada family macam Kak Feni ni hurmmm tarik nafas panjang-panjang.






Kami masuk awal jadi stadium masih banyak kosong. Alhamdulillah boleh duduk sekali 1 baris. Anak-anak paling seronok sebab boleh tengok bola secara live. Ummi pun sama setelah 33 tahun hidup baru first time masuk. Ummi orang susah nak, nak pergi tempat-tempat macam ni rasa macam tak perlu. Ni rezeki bila anak-anak nak pergi. Ummi pun tumpang sekali. Sebab tu rezeki ni sesuatu yang ajaib.




Kat dalam stadium ni kami hanya stay jer duduk setempat. Anak-anak ada juga minta nak makan nak minum. Bila tengok terlalu ramai orang dengan baju kuning baju Malaysia sama je nampak. Tak jadi nak pergi beli. Makan dan minum jela apa yang ada. Mujur Pakngahnya dah beli 3 bungkus roti kebab dan 2 air milo bungkus. Dalam tu kami dok makan minum tulah sikit sorang.

Beza sangat suasana tengok langsung dan tengok dalam tv. Kak Feni tak pandai nak ulas pasal bola sebab tak tahu pun. Dok meralit tengok budak-budak Ultras dok nyanyi-nyanyi buat sokongan. Apapun tahniah Harimau Malaya sebab menang 2-0 dengan Indonesia.

Ada juga lah nampak segelintir penyokong yang bersikap tidak profesional dengan membaling objek ke arah penyokong Indonesia dan Malaysia tapi tak berlarutan. Masih dalam keadaan terkawal. Ni lah salah satu sebab kenapa Kak Feni taknak bawa dan pergi ke stadium. Takut berlaku rusuhan dan sebagainya. Kita bawa anak-anak kecil jadi memang sangat risau tentang keselamatan diri dan anak-anak.

Kami keluar dari stadium pukul 11.30 malam. Terus beratur berarak untuk naik LRT. Mujur kami awal. Kami sampai rumah dalam pukul 12.30 pagi. Beli bungkus makanan dan terus balik. Esoknya kami kena masuk kerja. Rabak mata wei layan bola punya pasal.

Pengalaman pertama masuk stadium untuk kami semua. Hihi apa pengalaman korang ? Kalau sudi sharelah dengan Kak Feni di ruangan komen ye.


November 18, 2019

Jalan-jalan KLIA2 Hantar Angah


Semalam bangun awal pagi sebab nak pergi jalan KLIA2 nak hantar Angah pergi JB je pun. Nak berjalan punya pasal mesti bersemangat waja.

Angah naik flight pukul 12.30 tengahari. Jadi nak kena ada di sana 2 jam sebelum untuk check-in luggage. Kami keluar dari Langat dalam pukul 9.15 pagi macam tu. Perjalanan dari Langat nak sampai ke KLIA2 mengambil masa dalam sejam kalau tak jem. Kalau jem akan bertambah-tambahlah masanya.

Kami sampai di KLIA2 dalam pukul 10.30 pagi. Kami masuk parking di Block A sebabnya nampak yang tu dulu. Haha kalau tanya Kak Feni. 10 kali pergi 10 kali Kak Feni lupa macam nak tuju. Mau aku berpusing-pusing 2 3 kali macam pergi TBS. Tapi sekarang TBS dah terror sebab tunggu jer di bawah tak payah naik atas.

Pukul 11.30 pagi Angah kena masuk tempat check-in tu. Jadi kami pun beramai-ramai gerak pulang tapi sempat singgah di Mitsui Premium Outlet. Cuci mata dan makan-makan.

Kalau ada banyak duit boleh shopping sini. Oleh kerana kami pergi di tengah bulan dan semuanya hanya nak cuci mata. Makanya kami just window shopping dan makan-makan jelah sambil berangan-rangan kalau aku ada duit aku nak ni aku nak tu. Hahaha.

Di Mitsui Premium Outlet ni, kami habiskan waktu selama 2 jam jugaklah. Lepas jalan-jalan dan makan-makan kami gerak balik. Sebelum sampai rumah kami singgah lagi makan cendol di Batu 10, Cheras. Lama dah tak layan cendol kat sini.



Macam ni lah kalau anak-beranak ramai. Sekali keluar penuh meja. Kalau lepak mamak, suka mamak sebab banyak untung. Kami ni perut dah kenyang, jadi layan cendol jelah. Anak-anak sedikit moody sebab baru bangun tidur. Semuanya masih mamai.


November 15, 2019

Belajar Niaga Guna Platform E-Dagang Shopee

Semalam Kak Feni cuba menjual produk FFD di laman e-dagang Shopee tapi tak tahu mana salahnya terus kena sekat. Hehe nilah akibatnya buat bisnes tanpa ilmu. Hari ni cuba lagi dan nampaknya lepas dan semoga Kak Feni dapatlah jana sales melalui shopee. Selalu dok beli barang jer dengan shopee.



Shopee berhantu tau, kalau buka mesti ada jer yang nak beli.

Kak Feni dah mula menjual dengan nama kedai JomBeli2019. Ingat nak tukar nama lagi hari ni tapi tak boleh sebab dia kata kena tunggu 30 hari baru boleh tukar. Jadi kita guna jelah apa yang hado.

Korang kalau nak beli produk FFD iaitu Aura Cinta yang tengah hot sekarang ni bolehlah klik Shopee.

Nanti Kak Feni update banyak lagi produk FFD kat situ. Baru upgrade jadi stokis sejak awal November hari tu. Banyak benda yang nak kena belajar dan mengajar. InshaAllah ada rezeki kelapangan masa boleh share di blog.

Hehe semalam dapat Degree oleh ministry of shopee.


Mula-mula tak faham pun ape benda semua tu. Bila ada kawan explain baru faram. Yang selalu buat belian di shopee dapat benda tu. Kehkehkeh Kak Feni pun sebagai personal shopper jer. Tunggu coin banyak baru shopping untuk diri sendiri.

New Years Giveaway By Eikin Sofi


Jom join GA ni. Mana tahu rezeki kita. Nak join just klik banner ye dan ikut syarat-syaratnya itu.

Kak Feni nak tag Elly, Ibu AnnurSyuhadah & Dana lah. Semoga u ols pun join juga ye.

November 14, 2019

Simple Birthday Celebration Untuk Boss

Haha aku simpan sinilah supaya jadi kenangan. Mana tahu kot-kot tahun depan aku dah resign dari tempat kerja ni ada jugak kenangan kan.

Happy birthday boss. Semoga dapat projek bilion-bilion agar dapat naikkan gaji aku dan bonus aku tahun depan lebat selebatnya. Ewahhh.. tadi kata nak resign kan.

Tahulah aku ni, nak cari kerja lain pun kalau dapat yang serabut kepala susah jugak. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni sukar untuk aku buat keputusan. Semoga yang datang kepada kita baik-baik jer.







Semalam aku belajar sesuatu yang membuatkan aku lebih sedar supaya terus berusaha dan jangan mengharapkan orang lain. Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita ni bukan nak membantu kita pun. Istilah lain tak boleh nak tumpang.

Aku dah nampak hati masing-masing. Allahuakbar, semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha agar dapat membesarkan anak-anak dan menjadi orang yang berguna. Hidup ni ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Jadi bersiap sedialah mental dan fizikal. Jangan sesekali kita pandang rendah pada orang lain.

Semoga keluargaku dijauhkan dari sifat hasad dengki. Amin.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...