Showing posts with label ABANG AUS. Show all posts
Showing posts with label ABANG AUS. Show all posts

November 22, 2019

Tahniah Abang Aus! Ummi dan Abah Bangga Dengan Abang

Bangun pagi ucap syukur sebab masih diberi nikmat dan terus diberi nikmat. Walau apa pun yang berlaku hari semalam, sedih ke gembira ke. Syukur. Bila kita bersyukur Allah akan bagi lebih lagi dan lagi.

Hari ni Kak Feni nak throwback awal tahun kes Abang Aus taknak pergi sekolah Agama. Awal-awal tahun dulu sedih, stress, nak marah, moody semua ada. Namun berbalik kembali kepada Allah. Minta tolong Allah. Alhamdulillah hari ni Allah bagi kejayaan untuk Abang Aus.

Ummi tahu panjang lagi Abang Aus nak kena hadap tapi ummi hanya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat lain. Kalau ada yang kena macam ummi, ummi harap kita tetap usaha dan tak mudah putus asa.


Ustazah dah inform awal tentang jemputan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2019. Semalam harinya. Ummi tak dapat nak pergi. Kebetulan Angahnya cuti, ummi minta tolong Angah wakilkan ummi dengan abah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Abang Aus suruh ummi cuti tapi ummi tak boleh nak cuti selalu. Nanti Abang Aus nak bersunat, ummi kena cuti lama. Ummi cakap baik-baik dengan abang. Kalau ummi selalu cuti nanti gaji kena potong and what so ever. Alhamdulillah lagi sebab Abang Aus faham. "ummi minta maaf abang".

Angah dan adik yang pergi dihantar oleh Tokyah.


Adik excited sebab boleh tengok Abang Aus naik pentas. Bila dah masuk dewan sibuk ajak Angah balik sebab nak tidur. Haishhh dia ni kan? Banyak akai sungguh. Nasib Angah suka layan.



Ummi tak tahu nak cakap macam mana. Ummi happy sangat sebab Abang dan boleh bawa diri. Pandai baca al-Quran dan dapat Mumtaz tahun ni. Siapa sangka kan ? Awal dulu drama swasta di setiap pagi. Ummi pukul dan marah abang sebab taknak sekolah. Macam-macam ummi buat untuk lembutkan hati abang.

Panggil orang baca doa. Ummi buat solat hajat. Doa hari-hari supaya Abang lembut hati nak pergi sekolah. Dapat terima ilmu akhirat tu penting. Ummi taknak anak ummi tak pandai al-Quran. Ummi ni nak mengajar pun tak berapa pandai jadi ummi harap anak-anak lebih pandai dari ummi.

Salah satu amalan yang ummi buat untuk anak-anak adalah seperti dalam poster di bawah. Ummi jumpa di facebook.


Semalam Abang dapat hadiah MUMTAZ.




Bila dapat hadiah ni. Yang kecil tu pun sibuk nak juga. Lepas ni ummi dengan abah kena beli satu untuk dia. Emosi anak-anak ni kena jaga juga. Tak boleh nak beza-bezakan. Dulu ummi tak tahu juga bab keibubapaan ni. Dengar nasihat orang-orang berpengalaman. Kalau ada anak 2 beli sama rata. Kalau ada anak 3, 4, 5 atau seterusnya pun sama. Jangan beza-bezakan anak.

Pagi tadi ada juga majlis tandatangan buku rekod murid di sekolah Agama. Ummi dengan abah macam biasa pergi awal sebab nak masuk pejabat pulak. Majlis bermula pukul 8.00 jadi sempatlah ummi pergi.

Alhamdulillah ustazah pun puas hati dengan prestasi Abang Aus. Kami sama-sama gelak bila teringat peristiwa awal tahun ustazah pegang abang sampai macam nak tercabut tudung-tudung.

Ummi dengan abah tak boleh mudah putus asa dan ummi kena terus usaha dan berdoa agar anak-anak terus dibimbing supaya menjadi orang-orang yang soleh berjaya dunia dan akhirat. InshaAllah. Ummi sayang abang dan adik sampai syurga.

November 12, 2019

Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah 2019

Hari ni berlangsung Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah untuk tahun 2019 di sekolah Abang Aus. Alhamdulillah Abang Aus terpilih untuk menyertai majlis tersebut. Hari-hari kena pergi sekolah sebab ada latihan. Semalam jer dia tak dapat hadir sebab sakit perut.

Ustazah mohon supaya anak-anak yang terpilih bawa bunga telur 10 biji seorang. Haha jenuh jugalah ummi dengan abah mencari bunga telur. Kedai pengantin tak banyak di Langat ni. Kebetulan pulak hari Sabtu dengan Ahad lepas memang sibuk dan penuh dengan aktiviti kenduri dan macam-macam.

Mujurlah pagi semalam kami dapat beli bunga telur di kedai serbaneka. Adalah yang jual loose. 1 bunga RM1. Nak beli satu kotak, ingatkan membazir lupa pulak yang nanti nak buat pulut kuning sempena majlis khatan Abang Aus. Takpelah nanti kita beli lain.

Semalam balik kerja, kami kena patah balik ke pejabat abah sebab nak ambil beras. Dok pi mai pi mai sampai rumah dah dekat pukul 11.00 malam. Ummi cepat-cepat siapkan telur untuk direbus. Mujurlah abahnya suruh pergi beli lebih, yang ada kat rumah ngam-ngam 10 biji. Bila rebus ada yang pecah. Nak letak di bunga telur tak cantik kalau pecah.

Makanya, dekat pukul 12.00 baru siap semua. Gosok baju Abang Aus dan masukkan telur dalam bunga telur.



Tadaaa dah siap bunga telurnya. Pagi tadi ummi tengok ramai juga yang bawa bunga telur tapi isinya bukan telur, ada coklat, ada gula-gula dan macam-macam lagi lah. Ummi ikut jer apa yang ustazah nak. Letak telur, hihi.

Pagi tadi Abang Aus dan Adik Rayyan bangun awal dari biasa. Kalau tak nak pergi sekolah baru riuh rendah bangun. Selalunya abah hantar Abang Aus dulu baru balik ambil adik kemudian hantar ke sekolah adik. Hari ni kami semua keluar awal.


Pagi-pagi ummi siapkan cantik dan handsome jer. Abah ambil gambar dulu nak buat kenangan dan share dalam group family. Ummi nak hantar masuk tengok dewan pun tak bagi. Nak pergi sendiri tapi ummi masuk juga konon nak hantar bunga telur.

Ummi tengok ramai ustazah tengah siap-siapkan bunga telur dan barangan untuk majlis. Nampak macam meriah sungguh. Seronoknya anak-anak. Majlis ni hanya murid dan guru sahaja. Jadi ibu bapa tak perlu hadir.



Selesai majlis, ustazah ada share gambar anak-anak dalam group. Alhamdulillah, ummi sangat bangga dengan Abang Aus. Harapnya tahun depan masih kekal dengan prestasi cemerlang macam ni.



Semoga terus menjadi anak yang soleh, bijak dan cemerlang untuk diri sendiri, ummi, abah, adik, keluarga, agama dan bangsa. InshaAllah doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang dan adik.

Tahun depan kita sama-sama usaha supaya lebih baik dan baik. InshaAllah.


September 12, 2019

Alhamdulillah Dapat Tester Produk AS Legacy Lagi


Rezeki bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hari ni macam-macam rezeki yang Allah bagi. Anak-anak pergi sekolah dengan gembiranya.

Dapat buat bayaran untuk Adik Rayyan (gambar dengan scrol ijazah). Semalam Abang Aus dapat pergi lawatan ke Menara Kuala Lumpur dan juga Muzium TNB. Ummi pun seingatnya masa zaman sekolah dulu jer pergi Menara Kuala Lumpur. Naik atas tengok bawah, nampak kereta macam semut je. Masa tu pun dah gayat gila. Ni dah semakin berumur ni tak tahulah boleh hadap ke tak. Huhu





Seronok sangat bila dapat join kawan-kawan pergi lawatan. Balik rumah excited cerita yang dia naik itu ini. Mula-mula takut juga nak lepaskan dia pergi. Anak sulung kan? Bila kita tak yakin dengan kemampuan dia, sampai bila dia takkan berdikari.

Biarlah dia rasa zaman kanak-kanak dia. Esok dah besar ada kenangan. Adik pulak bila dapat tahu abang nak pergi menara KL. Dia pun sibuk nak pergi. Masalahnya abang pergi dengan rombongan sekolah. Nantilah ada masa, ada rezeki kita pergi sama-sama. Tunggu Tadika buat lawatan ke mana-mana. Dengarnya bulan 10 nanti ada nak buat lawatan. Jadinya ummi kena spare cuti untuk anak-anak. Bawa dia pergi sebab dia selalu cakap abang boleh pergi. Adik tak boleh. Hurmmm baru ada 2 anak. Tak boleh pilih kasih, kena bagi sama rata. Dua-dua ummi sayang.

Petang ni dapat pula tester produk AS Legacy dari Elly. Alhamdulillah rezeki Allah yang tak pernah putus. Mengalir macam air yang tak pernah kering. Syukur.


Ape benda lah yang Mek Elly bagi ni ? 

1. Harumnita Feminine Wash
Fungsi dia menyegarkan bahagian intim, mengatasi bau kurang menyenangkan, dan mencegah jangkitan kuman.

2. Melaleuca Therapy Cream
Berfungsi untuk mengatasi masalah ekzema, kulit kering dan juga memudarkan parut.

Lepas ni kita try. Hari tu ada niat nak buat #review Jus Pucuk Harumnita tapi masih belum berkesempatan. Dok sibuk ke benda lain. Lama-lama esok lupa. Haha maklumlah bulan September 2019 ni kan cuti 3 hari direct selama 3 minggu berturut-turut.

Bila duduk rumah dan line internet macam siput sedut dan juga hp pun asyik berebut dengan anak-anak. Makanya kita enjoy jerla. Haha

#KakFeniStory

June 18, 2019

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Di Sekolah Abang Aus 2019

Meriah tahun ni sebab Abang Aus dah pun sekolah darjah 1. Teruja dan seronok sebab anak membesar depan mata. Alhamdulillah nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan.

Hari Jumaat lepas sekolah rendah tempat Abang Aus belajar buat sambutan hari raya. Seronok sangat tengok anak-anak cantik dengan baju raya masing-masing. Semuanya comel-comel dan bergaya kalah orang dewasa ni ha.

Bila Cikgu hantar gambar dalam group whatsapps memang seronok dan teruja. Mesti tercari-cari wajah anak dalam gambar. Perasan ibu dan bapa kan. Seronok bila tengok anak-anak seronok. Ni ummi kongsikan photo-photo depa yang cikgu hantar. Esok-esok boleh tengok dan ingat kembali memori sambut hari raya di sekolah.

Kita dulu mana ada teknologi macam sekarang. Jadi yang ada hanya dalam ingatan untuk kenangan manis kita.









Ummi dengan abah akan lebih seronok bila anak-anak seronok. Cikgu suruh bawa pinggan dan gelas untuk jamuan makan. Jadinya ummi bekalkan pinggan plastik dan botol air plastik supaya senang Abang Aus nak jaga. Kalau jatuh pun tak mudah pecah, maklum sajalah anak lelaki ni kan.

Teringat ummi dulu masa sekolah rendah, bila ada jamuan makan dan cikgu suruh bawa pinggan. Bawa lah ummi pinggan kaca dan gelas kaca yang dibalut dengan surat khabar sebab takut pecah. Hahaha kalaulah jatuh tengah jalan. Langsung tak boleh makan tapi alhamdulillah segalanya dipemudahkan. 

Pergi sekolah dan balik pun pinggan dalam keadaan baik. Orang susah kan kena belajar hidup susah. Kalau ada apa-apa pun mesti akan guna apa yang ada. Tak macam anak-anak ummi sekarang, kalau tak cukup apa-apa mesti ummi dengan abah akan usaha carikan. 

InshaAllah semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup Abang. Abah,  ummi dan Adik Rayyan akan sentiasa sayang Abang sampai syurga. 

January 29, 2019

Bila Abang Aus Taknak Sekolah

Alhamdulillah nak meluahkan perasaan lagi. Hari ni Abang Aus buat perangai taknak pergi sekolah agama. Macam-macam ummi dengan abah buat. Tanya kenapa dia tak jawab. Dari semalam lagi dia buat perangai taknak pergi sekolah. 

Ummi rasa sakit kepala sampai stress. Nak buat kerja pun moody jer hari ni. Nasib baik kerja di opis ni tak banyak sangat. 

Semalam birthday Abang Aus yang ke 7 tahun. Ummi dengan abah belikan kereta kontrol sebagai hadiah hari lahir. Beli pun kena beli 2 sebab 2 beradik kan. Kena adil tak boleh beli satu. Nanti adik mengamuk. Beli pun yang mampu je, takdelah sampai ratus-ratus tengok poket ummi dengan abah lah.

Janji hari ni nak pergi sekolah macam biasa. Pagi tadi dia buat hal lagi. Taknak bangun awal. Kata letihlah, penatlah, taknak sekolah lah. Macam-macam alasan. Ummi dengan abah sampai putus angin nak pujuk. Jadi ibu bapa ni memang kena banyak sabarrrrr.

Dah lambat hantar Abang ke sekolah agama. Dia mengamuk-ngamuk taknak masuk kelas. Siap buka kasut lari dengan stoking. Kau rasa ? Makanya kami pun balik rumah opah. Mulanya nak hantar adik pergi sekolah. Yang tu pun ambik kesempatan lah sebab tengok abang tak sekolah. Dia pun penat katanya.

Kami pun hantar ke rumah opah. Apa lagi, membebel la opahnya sebab taknak sekolah. Tokyah pun bising sebab tak sekolah. Dah 2 hari tak pergi sekolah. Ape ke heinye ? Nasib baik sekolah kebangsaan dia nak pergi.

Ummi dengan abah dah 2 hari sampai tempat kerja lambat. Allahuakbar stress rasanya. Selalu tak macam ni. 2 3 hari ni dia buat perangai. Sampai opis ummi terus wasap ustazah bagitahu pasal Abang taknak sekolah. Ustazah bagitahu esok bawa jumpa ustazah di kelas. 

Harapnya esok baik-baik jela. Ummi pun tak tahu apa masalahnya sampai taknak pergi sekolah. Kesian dekat dia lah kalau tak belajar agama. Sekolah agama pun bukan lama. Mula 7.45 hingga 10.50 jer. 3 jam jer belajar. Balik Tokyah yang ambik, bukan naik bas. 

Ya Allah permudahkanlah segala urusan pembelajaran anak ummi. Risau betul bila anak taknak sekolah. Sedih sangat sebab kita ni dahlah tak berapa pandai. Hantar sekolah agama dia pulak taknak sekolah. 


Semoga hal ni cepat-cepat lah selesai. Permudahkanlah ya Allah. Mendidik anak ini perlukan kesabaran. Semoga ummi dengan abah kuat untuk menghadapi dugaan ni.

Ummi sayang abang sampai syurga.

November 26, 2018

Orientasi Murid Tahun 1 Abang Aus

Orientasi Murid Tahun 1 Abang Aus | Sabtu lepas, ummi minta Angah teman untuk ke sekolah. Bila bawa adik memang kena bawa teman sebab adik cepat boring. Jumaat malam kami tidur di rumah opah sebab abah tak ada. Kena outstation ke luar daerah. Jadi ummi la yang terpaksa bawa abang pergi sekolah.


Pagi-pagi dah bersiap untuk ke sekolah. Pakaian untuk abang, bebas. Alhamdulillah sebab ummi dengan abah belum prepare apa pun lagi barang sekolah abang. InshaAllah bulan depan dapat peruntukan persekolahan baru nak beli. Maklumlah banyak belanja nak guna. Huhu

Beg sekolah dah ada sebab tadika dah bagi satu dan PakNgah pun dah hadiahkan satu untuk abang. Jadi ummi tak perlu risau dah pasal beg sekolah. Cumanya untuk adik nanti yang kena beli semua baru. Kasut, baju, beg dan juga alat tulis.

Ummi dah bajet dah untuk belanja sekolah anak-anak nanti. Mujurlah juga ummi ada main kutu dengan kawan-kawan. Dapat duit tu boleh la buat belanja sekolah anak-anak. Yuran dan barang sekolah sekarang bukan murah. Jadi memang kena menyimpan.

Abang Aus okey je masa sekolah. Dia kena masuk kelas dan ummi kena masuk dewan dengar taklimat untuk tahun satu 2019 nanti. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. 

Majlis berakhir pukul 11.30 pagi dan kami terus balik rumah opah. Abang cakap ada kawan dalam kelas dia menangis sebab nak ikut mak ayah dia. Alhamdulillah abang tak nangis pun. Dia cakap abang dah besar. Malulah kalau menangis.

Bila anak dah nak masuk darjah satu ni rasa kejap je masa berlalu. Nak sekolah dah abang. Adik pun dah nak masuk tabika. 

Dengar taklimat hari tu, untuk murid tahun satu, dua dan tiga dah tak ada peperiksaan. Mungkin akan ada ujian saringan. So, lepas ni cikgu pesan kalau ada anak-anak bawak balik kertas ujian ke apa ke, jangan terkejut sebab itu hanya saringan. 

Bagi Kak Feni perlu juga ada ujian ni. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang anak kita lemah dan kita boleh sama-sama usaha untuk memperbaiki apa yang dia lemah. Bila tak ada ujian. Kita pun tak tahu apa yang anak-anak kita lemah.

Entahlah bukan bidang Kak Feni nak komen atau hurai lebih-lebih pasal sistem pendidikan kita. Biarlah yang berkenaan jelah yang buat kerja. Kak Feni sebagai ibu kena pantau perkembangan anak-anak agar tidak ketinggalan dengan orang lain. 


November 9, 2018

KONVO ABANG AUS 2018

Ummi ambik cuti awal sebab nak menghadiri majlis konvo Abang Aus. Peluang tak datang banyak kali. Jadi ummi sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak dan family.

Majlis konvo abang sesi 2. Bermula pukul 10.30 pagi. Cikgu mohon untuk hadir awal sebab nak setup-setup baju la apa lah. Jadinya kami tiba awal selepas bersarapan siap-siap sebelum sampai dewan.

Majlis ni melibatkan semua sekolah Tabika di seluruh daerah. Memang ramai anak-anak dan juga ibu bapa. Abah terpaksa parking jauh sebab tak ada parking. 





















Semoga Abang menjadi anak yang soleh untuk ummi dengan abah. Menjadi insan yang berjasa untuk agama, bangsa dan negara. 

August 31, 2018

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-61 RAKYAT MALAYSIA

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menyambut hari Kemerdekaan Yang ke-61 bagi rakyat Malaysia. Bumi bertuah yang penuh dengan nikmat dan rahmat tuhan yang tidak terhingga.

Apa aktiviti kami hari ini ?

Bangun pagi bersiap-siap untuk ke sekolah Abang Aus. Ada majlis sambutan kemerdekaan di sekolahnya. Walaupun hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti umum namun Abang Aus tetap bersemangat untuk menyambutnya. Guru sekolah bagi surat untuk ibu bapa supaya datang untuk memeriahkan majlis.

Ummi dengan abah cuti hari ni, jadi kami pun tak melepaskan peluang untuk bersama dengan Abang Aus. Ada pertandingan mewarna untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Kami jarang dapat bersama dengan Abang Aus kalau ada majils yang dibuat. Bila ada peluang macam ni memang seronok sangat. Abang Aus pun suka kalau ummi dan abah ada bersama.

Majlis dimulakan dengan nyayian lagu-lagu kebangsaan. Kemudian melakukan perarakan anak-anak tabika. Seterusnya pertandingan mewarna bagi anak-anak dan ibu bapa. Ada 2 kategori. 







Pertandingan tamat pada pukul 11.00 tengahari. Sambil-sambil cikgu menilai lukisan yang kami warnakan. Kami dijemput untuk menikmati juadah yang banyak tersedia. Ada yang sekolah sediakan dan juga sumbangan ibu bapa. 

Sambil-sambil makan tu cikgu umumkan pemenang bagi pertandingan mewarna. Ummi dengan abang tak ada nombor pun.Hahaha sekadar dapat saguhati. Okey la kan. Alhamdulillah.

Lepas makan dan majlis penyampaian hadiah berakhir kami semua bersurai. 

Petang ni inshaAllah akan ke Floria Putrajaya pula untuk menikmati keindahan flora dan fauna. Bawa anak-anak berjalan sambil luangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Selamat menyambut hari MERDEKA yang ke-61. Semoga negara kita terus aman dan bahagia selalu.




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...