Pejam celik pejam celik dah 21 Syawal hari ni. Tahniah kepada yang dah menyambut hari raya 6. Tahun ni Kak Feni tak puasa 6 lagi sebab kesihatan tak mengizinkan. Tahun lepas berjaya puasa 6. Tahun ni masih belum berjaya.
Kesihatan ni kejap-kejap demam. Kejap-kejap batuk selsema. Maklumlah cuaca pun tak menentu. Balik kerja kena hujan. Badan pun jadi lemau. Tambah pula dengan faktor usia. Usia pun bukan makin muda. Tahun ni Kak Feni dah masuk 40-an. Jadinya biasa lah kalau kesihatan pun on off.
Apapun Alhamdulillah untuk segalanya. Yang manis yang pahit semuanya rezeki yang Allah bagi. Kita syukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak hadap bila mana rasa susah tapi kita tak ada pilihan. Nak tak nak kena hadap jugak. Suka ke tak suka ke kena hadap jugak. Huhu
Dalam keadaan anak-anak yang tengah remaja dan memberontak ni. Sabar tu kena banyak. Kalau tak sabar macam-macam boleh jadi. Dunia hari ini memang mencabar. Kadang Allah bagi lebih tang ni kurang tak tu. Kita ni sama je. Janganlah kita nak sombong. Tak kemana pun sombong tu.
Kadang-kadang rasa nak marah tapi kena sabar...
Sabar boleh menurunkan stress
ReplyDeleteSabar itu memang payah tapi hasilnya indah
ReplyDelete