December 31, 2019

Bila Blogger Update Baru !

Sebenarnya semalam dah perasan bila buka blogger guna handphone. Eh dah baru macam mana nak update entry baru nih ? Maklumlah benda baru kan.

Hari ni buka guna pc.



Nampak macam ni. Hehe pastu cari macam mana nak buat new entry. Rupanya hanya klik je tempat warna oren lambang tambah tu. Benda baru kann. Agak jakun di situ.

Fb, ig segala media sosial banyak yang update jadi blogger pun taknak ketinggalan. Kalau asyik benda yang sama kena tinggal la. Hurmm macam tula kita ni. Kena ikut perkembangan namun bagi Kak Feni yang semakin hari semakin tua ni nak fokus satu satu benda pon pening. 😹


Ni pulak untuk pandangan entry yang kita tulis macam listing view gitu. Ikut suka hangpa lah nak tengok macam mana. Kak Feni suka dua-dua. Baru nak test tengok kan. Hahaha.

Masa mula-mula tulis blog dulu pernah juga cuba wordpress tapi tak lama. Lebih suka blogger sebab dia link terus dengan Google + masa tu, jadi bila dah siap publish terus boleh share dekat group Google +. Sekarang Google + dah takde kena lah bertabah tambah view sendiri.

Bagi Kak Feni takde cara lain. Guna cara manual dengan bertegur sapa dengan blogger lain di blog depa. Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah view.

Semoga 2020 ni. Blog Kak Feni boleh jadi kedai maya Kak Feni yang mampu jana pendapatan lebih banyak lagi dari tahun 2019. InshaAllah.

December 30, 2019

Semoga 2020 Lebih Indah Lebih Bahagia

Wah lama jugak tak update blog ni ye. Kak Feni betul-betul sibuk dengan urusan rumah tangga. Abang Aus dengan Adik Rayyan nak sekolah. Harap-harapnya semua baik-baik saja.

Lega bila abah dah balik dan dapat tolong ummi buat kerja. Hilang rasa beban.

Bulan ni rezeki banyak masuk. Alhamdulillah Kak Feni kena buat akaun. Rezeki bisnes online ni tetap ada. Gaji hanya untuk setelkan komitmen bulan.

Akhir dan awal tahun ni biasalah nak guna duit yang banyak. Nak sediakan keperluan sekolah anak-anak. Banyak duit yang nak kena sediakan. Tarik nafas dan hembus. Doa semoga Allah permudahkan segala urusan.

Kak Feni sekarang ni rasa macam serabut je. Rasa stress dan cepat penat. Namun bila kita buat apa yang kita suka, inshaAllah hilang segala stress. Alhamdulillah Allah itu ada. Dia hantar ujian tu supaya kita sentiasa sabar dan meminta padaNya. Semua dari Dia.

Menulis di blog juga rezeki. Kadang-kadang Kak feni tak menulis di blog pon rasa stress. Stress pasal apa pun tak tahu.

2020 ni memang banyak cabaran.

Kak Feni ada juga listkan beberapa impian baru. Orang kata kena upgrade la dreams. InshaAllah semoga segala dream Kak Feni tercapai. Kita kalau bersyukur dengan benda yang kecil, inshaAllah kita akan lebih bersyukur dengan benda yang lebih besar. InshaAllah.

Kak Feni ni banyak sangat impian tapi bila stuck rasa macam taknak buat apa-apa. Down gila sampai rasa taknak jumpa orang. Rasa bodo dan taktahu nak habaq. Tapi mengenangkan hidup ini bukan untuk aku saja. Kena bangkit dan kuatkan semangat. Anak-anak dan keluarga masih perlukan aku. Kalau aku give up hari ini dengan hidup ini. Bagaimana aku nak bantu anak-anak dan keluarga aku.

Bermonolog sendiri dalam diam. Takde sapa nak tolong aku melainkan aku sendiri. Allah ada takpe.

Bercakap janganlah sombong dan takbur. InshaAllah yang datang semuanya baik-baik saja.


December 16, 2019

Kembali Kerja Setelah 5 Hari Cuti Abang Aus Sunat

Lama jari jemari ni tak menari di keyboard pc. Hari ni kembali depan pc sebab masuk kerja. Kat rumah mak mertua ada je pc adik ipar. Boleh jer guna tapi bila dah duduk rumah rasa macam tak cukup masa.

Kita sorang uruskan anak-anak sebab suami kena outstation Kota Bharu. Lambat lagi nak balik. Huhu nasib baik ramai yang bantu. Allah bantu dengan cara macam tu. Apapun tetap bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan.

Hari ni dah mula kerja. Bingung rasa sebab 5 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Cuti sebab jaga Abang Aus bersunat. Abahnya balik kejap je untuk urusan sunat lepas tu terus pergi balik Kota Bharu. Tinggal ummi dan anak-anak untuk uruskan anak. Takpelah ada mak ayah mertua dan adik beradik ipar duai banyak tolong. Ummi tak keseorangan. Alhamdulillah.

Kalau ummi sorang, pening jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Hari ni dah hari yang ke 6 Abang Aus berpantang. Ummi tinggalkan tadi dia belum bangun. Call rumah tanya opah dia semua okey.




December 8, 2019

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder antara yang paling laris sekali di pasaran!



  • Menyokong penghasilan kolagen dalam tubuh secara semulajadi
  • Kulit lebih berseri dan licin
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan garisan halus
  • Mengurangkan kulit kering & menggelupas, kulit lebih lembap & halus
  • Menjadikan kulit lebih anjal, lembut dan tegang (termasuk payudara & pinggul)
  • Rambut & kuku lebih kuat, tebal dan bersinar
  • Menghilangkan pigmentasi penyebab utama jeragat
  • Mengurangkan tompokan bulat bawah mata
  • Menjaga kesihatan sendi (pergerakkan lebih aktif)
  • Melegakan ketidakselesaan mata
  • Membekal nutrisi & penghidratan
  • Meningkatkan prestasi tenaga
  • Memulihkan saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Membantu pola tidur
  • Mengurangkan keradangan


 Shaklee Collagen Powder telah diperharui dengan wajah baru sejak 15 April 2015. Tak ada lagi kotak lama. Kira macam pakaging baru lebih cantik.




Testimoni Shaklee Collagen Powder



Sempena nak sambut tahun baru 2020. Promosi Shaklee Collagen Powder sedang berlangsung selama sebulan. Beli 2 kotak Shaklee Collagen Powder dapat diskaun sebanyak 5%. Manakala beli 7 kotak Shaklee Collagen Powder dengan harga 6 kotak. Sangat jimat kan ?



Berminat untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com 



December 5, 2019

Bagaimana Untuk Memilih Suplemen Kolagen Terbaik

Sempena bulan 12 ni, promosi Shaklee ialah Shaklee Collagen Powder. Jadi sesuai sangatlah untuk yang berazam nak cantik tahun 2020 dan seterusnya.



Kita ambil kolagen ni bukan sahaja untuk kulit malah membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan kita juga. Pengambilan kolagen yang konsisten dan mencukupi boleh membantu pelbagai masalah kesihatan seperti di bawah.


Kita akan kehilangan kolagen seiring dengan peningkatan usia. Kolagen tidak dapat dihasilkan sendiri kecuali dengan mengambilnya dari makanan.




Bagaimana memilih suplemen kolagen terbaik ?

1. Kenal Pasti Sumber Kolagen




2. Periksa Kepekatan 



3. Saiz Molekul



4. Bahan Yang Diperkaya



5. Terbukti Berksesan








Shaklee Collagen Powder adalah suplemen kolagen terbaik yang boleh membantu untuk dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.


Sempena promosi kaw-kaw ni mesti ramai yang taknak lepaskan peluang. Jadi jom dapatkan Suplemen Kolagen dengan Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


December 4, 2019

Happy Birthday Adik Rayyan

Hari Ahad lepas Kak Feni adalah buat makan-makan sikit sempena Abang Aus nak khatan nanti. Cari-cari masa yang sesuai sebab ummi tak boleh cuti. Biasalah hujung tahun macam ni ramai yang cuti. Jadi kena gili-gilir jaga opis.

Kak Feni hanya boleh cuti minggu depan. dok plan-plan cari tarikh yang sesuai untuk buat makan. Adik beradik dengan saudara ramai. Jadi kena confirm betul-betul. Bila dah plan macam-macam hal jadi tapi jemputan dah jemput jadi kena buat juga lah. 

Tokmek dan ayahNgah takleh datang sebab takde orang nak ambil di kampung. Achik Manjung dan Pakcik Radhi pun tak datang sebab Achik kena pergi Brunei last minute. Ummi dah risau dah siapa nak tolong ummi masak. Maklumlah tak pernah buat kat rumah sendiri. Haha

Nasib baik CikNi datang dari Gerik. Tu pun dia baru balik dari Chiang Mai. Tukang masak import dari Perak.

Ummi dengan CikNi masak bihun sup, pulut kuning, ayam masak merah dan juga mee goreng je. Yang lain-lain tu semua mak-mak sedara dan adik beradik lain bawak. Alhamdulillah penuh meja dengan makanan. Opah buat puding kastard, nasi himpit dan kuah kacang.




 Kami buat majlis pada 01/12/2019 sehari sebelum birthday Adik Rayyan yang ke 5 tahun. Jadi Angahnya pun belilah sebiji kek untuk tiup lilin. Seronok sangatlah Adik Rayyan konon tu besday party dia. Haha buat sekalilah kongsi kek makan ramai-ramai.



Pulut kuning tu ummi dah rendam semalaman dengan serbuk kunyit. Resepi macam biasa kena google dulu. Tunggu CikNi sampai confirm tak sempat. Dia naik bas Sabtu malam jadi Ahad pagi baru sampai. Dia tidur kejap jer sebab takut tak sempat nak masak.

Bangun-bangun terus kena arung pulut dengan santan. Mujur menjadi dan sedap. Letak pulak telur yang kaler-kaler kat atas tu. Pulut kuning makan dengan sambal ayam. Mula nak buat rendang ayam. Pastu fikir-fikir tak reti dan ambil masa lama. Kita buat sambal ayam jela.

Majlis berlangsung lepas asar dimulai dengan bacaan doa selamat dan tahlil untuk arawah-arwah yang telah pergi. Alhamdulillah selesai dah majlis.

Kak Feni dan suami buat majlis kecil-kecil jer. Jemput adik beradik dan mak-mak saudara yang dekat jer. Untuk anak sulung nak bersunat kan. InshaAllah ada rezeki Adik Rayyan nak sunat nanti kita buat lagi.

Terima kasih kepada adik beradik yang banyak membantu datang kemas rumah. Tolong rewang walaupun hanya nak masak bihun sup. Mak-mak sedara yang bawa makanan sampai penuh meja. Hahaha tapi letihnya sampai hari ni tak hilang lagi.

InshaAllah malam 10/12/2019 ni, Abang Aus akan berkhatan di klinik. Harapnya semua baik-baik saja sebab masa tu abah kena outstation. Harapnya ummi kuat untuk jaga Abang Aus dalam pantang. InshaAllah.

Selamat hari lahir Adik. Semoga jadi anak yang soleh untuk ummi, abah dan abang. Semua orang sayang adik. Berjaya dunia dan akhirat. Doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...