August 30, 2016

Kenapa Masih Ramai Orang Suka Kutuk Shaklee ?


Dulu saya pun takut nak beli Shaklee. Tapi semuanya berubah bila dah jadi ahli dan selalu menerima maklumat yang tepat berkenaan dengan produk Shaklee. Orang takut sebab tak pernah cuba. Bila dah cuba jatuh cinta macam saya.

Produk shaklee banyak. Jadi saya hanya amalkan apa yang saya suka. Mula cuba set kurus bajet iaitu Lecithin dan Alfalfa. Alhamdulillah masalah badan yang bambam selesai. Lepas tu bila dah bersalin susu badan merudum cuba Set MilkBooster. Alfalfa dan ESP. Hasilnya memang terbaik.

Beli secara online je dengan Shaklee Independent Distributor. Masa tu tak tahu sangat pasal nak jadi ahli. Hanya beli jela dengan SID yang jual online. Bila Nadzaim offer jadi ahli terus grab. Tapi masa tu tak gaji lagi. Jadi kena tunggu gaji. Haha

Bila dah jadi ahli tak sangka pulak boleh dapat income ribu riban hasil daripada meniaga produk shaklee.

Sekarang saya dah merasa banyak sangat benefit dari produk ni. Bila dapat bonus saya buat beli stok vitamin saya. Saya paling suka Set Cantik iaitu ESP, Vitamin C, Vitamin E. Ini adalah produk shaklee yang paling laris untuk saya.

Bila saya konsisten makan Set cantik ni kulit saya bertambah cantik dan parut-parut lama yang degil tu makin pudar dan menghilang.

Untuk anak-anak saya bekalkan Omega dan Mealshakes. Mereka ni selalu kena demam dan batuk. Abang Aus pun suka sangat minum Mealshakes. Kalau habis cepat-cepat bagitahu Mealshakes dia dah habis. 

Jadi untuk orang yang tak suka shaklee tu apa kata cuba dulu baru tau. Mana tau terjatuh cinta macam saya. 


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com





August 29, 2016

5 Tips Bantu Tenangkan Anak Yang Marah

Anak-anak syurga untuk ibu bapa. Emosi memainkan peranan penting untuk memujuk anak-anak yang sedang marah. 

Ikuti 5 tips yang membantu tenangkan anak yang sedang marah.

1) Peluk anak dari arah belakang.

2) Bisikkan kata-kata sayang dan faham dengan situasi perasaannya.

3) Tenangkan anak dengan kata-kata kasih.

4) Jangan sesekali menjerit dan memarahi anak-anak untuk tujuan mendisiplinkannya. Ini akan membuatkan dia menjadi pengecut atau lebih suka memberontak.

5) Bacakan ayat-ayat suci al-quran untuk yang beragama Islam. Ini untuk menenangkan fikiran anak-anak yang sedang kacau.

Adik Rayyan



Kesayangan ummi, abah dan abang Aus sampai bila-bila. Semoga menjadi anak yang soleh untuk semua. 

Sentiasa sayang dan rindu Adik Rayyan. 

MINI KARNIVAL ANAK MUDA HULU LANGAT & PELANCARAN MAOC DIVISION HULU LANGAT

Assalamualaikum..
Jemputan ke :-

*MINI KARNIVAL ANAK MUDA HULU LANGAT & PELANCARAN MAOC DIVISION HULU LANGAT*

*TARIKH* : 4/9/2016 (Ahad)
*MASA* : 7.30am - 3.00pm.
*TEMPAT*: IKBN Dusun Tua, Hulu Langat.
*Anjuran* : NGO's Parlimen Hulu Langat & MAOC.
*Pakaian*: Baju Official MAOC.

*Aturcara Program :-*

*7.30 Pagi :- Pendaftaran.*
- Rakan MAOC.
- Rakan Auto Show MAOC.
- Rakan CBS MAOC.
- Agensi Kerajaan.

_★ Cendramata Zone Terawal Hadir._
_★ Cendramata Zone Teramai Hadir._
_★ Cendramata State Teramai Hadir._

*8.00 Pagi :- Program Bermula.*
- Senamrobik / Zumba.
- Sukan Rakyat.
- Pertandingan Karaoke- (Bertemakan Ketuhanan/Kemerdekaan).
- Auto Show MAOC.
- CBS MAOC.
- Pameran Agensi DLL.

_★ Semua Ahli MAOC dialu-alukan untuk hadir awal bagi memeriahkan dan melancarkan lagi acara program yang telah diatur._

*1.30 Petang :- Perasmian Program*
- Ucapan Aluan Mr. P MAOC.
*» Sdr. Rusmaini Vta.*

- Ucapan Aluan Pengerusi SRCC.
*» Sdr. Mohd Halim Wahab.*

- Ucapan Perasmian.
*» Sdr. Mohd Irwan Bin Zulkifli- Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan.*

*1.45 Petang :-*
- Gimik Perasmian MAOC Division Hulu Langat.
- Lawatan VIP ke tapak pameran.

*2.00 Petang :-*
- Penyampaian Sijil Penyertaan.
- Penyampaian Cendrahati.
- Cabutan Bertuah.

*3.00 Petang :- Tamat*
- Bersurai.

*Disarankan :-*
- Bawa pakai lebih untuk bersukan dan beriadah.
- Bawa tikar untuk keselesaan keluarga.
- Sediakan payung sebelum hujan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Wakil Div Hulu Langat :-
AK Div : 
DannyGold 0133390615
AAK Div : ManCastrol 0172811027
SU Div : CikguAzwa 0134474940
SUK Div : MatNor Froza 0125137781
Ketua Komunikasi Div : DausFalken 0175292484

August 25, 2016

Soalan Dan Jawapan Tentang ESP Yang Perlu Anda Tahu




1. Apa yang dimaksudkan Soya Non-GMO ?
Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermaksud, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormone tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan sempurna.

2. Bagaimana Isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas/kerja yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

3. Bagaimana soya esp berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
Kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
Kerana kandungan protein yang berkualiti tinggi. Protein diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (spt: hormone untuk kesuburan & sel-sel system pembiakan)

5. Soya Tidak elok untuk Lelaki Fakta Atau Auta?
Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki

6. Bagaimana nak kenal pasti pelanggan yang alergik kekacang sebab ader sesetengahnya x pernah tahu yang dia alergik soya?Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.

7. Dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dlm kekacang. Fakta atau auta?
Auta. Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

8. Berapa sudu yg sepatutnya di ambil dlm sehari? ada yg kata 3 sudu, ada kata 6 sudu. kalau melebihi kuantiti ESP yg di ambil, adakah ia memudaratkan ?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dgn ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa amik esp boleh jadi naik berat badan dan kenapa ader yang amik sembelit dan jadi sampai buasir ?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dgn kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dgn pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurus nya dan menyebabkan berat naik. Perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik

10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast.
Boleh diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal)

11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen2 Shaklee yang lain?
-> Boleh, tiada masalah

12. Ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif. Apa komen nutritionist ?
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan. Sama juga untuk kulit bayi sensitive.

13. Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel2 kanser (makanan sel2 kanser). Fakta atau auta?
Soya Non GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dgn air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam

14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doctor pakar dahulu.

15. Adakah ESP penyebab baby ruam? (Baby dah 4bulan) fully bf.
 Tidak

16. Adakah soya / Esp Menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium.disarankn untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium

17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh.. apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengmbil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yg menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? ada apa2 kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doctor.

19. Org gout boleh ambil esp tak ?
Boleh

20. Ibu menyusu yang minum esp...adakah ia memberi kesan ke atas berat bdn bayi?Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak

21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
Kerana ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh bedan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kanaikan otot akan mempengaruhi berat badan.

22. Bagaimana cara makan ESP yg betul untuk elak berat badan naik?
-> Rujuk jawapan 10

23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP Kerana Boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
= Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormone.

24. Adakah esp boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan @ bila dah xambik...(sebab ade cust ne dia sibuk dok ckp sebab esp la ne dia gemuk skrg....dia ambik utk susu huhuu)
-> Tidak. rujuk jawapan 9

25. Apa kaitan minum esp boleh putihkan kulit?
-> ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem turut sihat.jadi pabila sel kulit sihat, maka organ sihat dan kesan sihat itu adalah putih, gebu
- ini kerana sumber protein yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan lengkap dengan kandungan asid amino. Protein diperlukan dalam membina sel-sel kulit yang baru, jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, pengambilan protein yang berkualiti tinggi adalah penting.

26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai utk kanak?
-> tidak digalakkan.sebaiknya ambillah Mealshake

27. Berapa sukatan pengambilan esp untuk pesakit diabeties?
- pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.

28. Apakah bukti yg soya esp adalah non-gmo?
- kerana Shaklee ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.

29. Pengambilan Esp dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar?adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
-> Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal).proses penyerapan protein setiap individu berbeza.sekitar 5-9g setiap jam.jadi dlm masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata2x..Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dgn ESP

30. Esp dikatakan bagus untuk pesakit gastrik.. kenapa? Adakah ia disebabkan esp mempunyai unsur kalsium ?
- Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

31. Bagaimana soya dikatakan membantu wanita yang menopause.
- wanita menopos adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons (hanya soya yang dibasuh melalui air sahaja) dapat membantu dalam mengawal penurunan hormone ini.

32. ESP expired coz jarang ambik still boleh consume? Ade effect x?
-> Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date

33. Esp salah satu produk dicadangkan bg ibu menyusu untuk kurus. Tapi kesannya, selera makan ibu bertambah dan berat badan naik. Bagaimana pengambilan yang betul untuk kurus?
-> Rujuk jawapan no 9

34.Betulkah kesesuain pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
- Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan.

35. Bagaimana esp mengekalkan kesegaran?contoh banyak esp produced on 2014, tapi expired lama sehingga 2016. Ada certain esp bau pun kadang2 lain dah. Kdg2 customer tanya kenapa bau esp tak sama untuk semua tin? Mohon pencerahan.tq
- kerana pemprosesan yang dibuat adalah dengan menggunakan air untuk dibasuh, jadi ia dapat mengekalkan kesegaran soya tersebut. Rasa yang tidak sama kerana proses penuaian soya adalah berbeza, jadi rasanya berbeza ikut cuaca/iklim penuaian soya pada ketika itu.

36. Betul ke ESP x boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan SOYA di dalam ESP?
-Soya bukan penyebab kepada penyakit cyst, tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doctor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.

37. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana? (Sbb ada y kata nak naik pon amik esp nak turun pon amik esp macam menipu je)
-> Kene faham konsep pengambilan ESP.Bukan salah ESP.rujuk jawapan soalan no 9 dan 10

38. Ibu yg (xde eczema) masih BF bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil esp. betul ke?
- Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

39. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dlm badan wanita?
-Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormone original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormone.

40. Macam mana pula fungsi ESP untuk naikkan berat dan Untuk turunkan berat..adakah perbezaan cara pengambilan atau macam mana? (Sbb ada yg kata nak naik pon amik esp nak turun pon amik esp macam menipu je)
-> Rujuk no 37

41. Ibu yg hamil (xde eczema) ambil ESP semasa kehamilan akan menyebabkan bayinya itu eczema. betul ke?
-rujuk pada jawapan 38

42. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
- kerosakan buah pinggang bukan disebabakan oleh faktor pengmbilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.

43. Siapa yang memang tak boleh ambil esp?
Mereka yang asid urik tinggi boleh consume esp?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doctor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

44. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang nak kurus dan yang nak jaga kesihatan?
-> saranan 3 sudu besar satu hari
-disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.

45. Ada kah gatal2 badan selepas consume esp sbg healing crisis?atau alahan kpd kacang soya?brapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna esp
-> kemungkinan. observe untuk 2-3 minggu.banyakkan minum air
-sebaiknya buat pemerikasaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosng secukupnya setiap hari

46. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama consume boleh gebus gabas. Ada yg dah consume lama, belum cerah2.
-> ESP bukan ubat tapi supplement.ia bertindak untuk bina sel.pabila sel sihat, maka organ dan sistem turut sihat.selain itu, untuk vitamin kulit.boleh ikhtiar dgn vitamin C, E dan Collagen.

47. Kenapa ada ESP pahit? Belum expired pun
-> ESP tidak pahit.sila report jika ada keraguan.

48. Adakah esp boleh menyebabkan loya , muntah , cirit birit dan demam panas?
-> bergantung pada individu.tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961

49. Bolehkah esp diambil oleh pesakit yang disyaki denggi ?
-Boleh.. tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukup2nya.

50. Bagaimana esp membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita
-ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein penting dalam penghasilan hormone, secara tidak langsung membantu dalam kesuburan.

51. Bagaimana esp bantu untuk diet.
-> Rujuk jawapan 9

52. Pesakit psiorisis perlukah ambil esp dan apa kebaikannya
-> Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.mengikut pengalaman.propose untuk ACE dan antioksidan produk.ESP boleh diberi juga untuk bantu bina sel badan

53. Kenapa selepas minum esp, ada yang membuatkan org rasa bloated dan naik angin.
-> Dikhuatiri kurang makan dan kurang air
-banyak factor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

54. Sekiranya ibu hamil mmg consume esp dr sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum esp lagi, adakah suggestion cara minum esp yang boleh dikongsikan?
-> Minum ESP dgn mencampurkan dgn minuman lain seperti jus, milo

55. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum esp? Cadangan pengambilan? Apakah kesan sampingannya?
-Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

56. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang.Adakah selamat sekiranya saya minum esp ?
-> Boleh observe healing crisisnya. Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang

56. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma. Sama hal dgn lecithin. Sbb 2 2 tu based on soy. Perlukan juga penjelasan.
-> digalakkan pengambilan produk antioksidan seperti ACE dan vivix serta omega jika mempunyai masalah alahan. Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doctor dahulu.

Sudah jelas dan nyata bahawa ESP sangat selamat untuk diamalkan dengan selamat.


August 24, 2016

Pil Box Ajaib



Benda ni saya panggil pil box ajaib.

Kenapa saya panggil ajaib ?
Ia membantu memudahkan saya untuk ambil suplemen tepat pada waktunya.


Kalau nak bawak semua botol-botol vitamin ke hulu ke hilir. Jenuhla.

Jadi prepare siap-siap vitamin untuk seminggu.

Letak dalam handbag. Bila time breakfast ke lunch ke saya bawak keluar dan letak sebelah makanan.

Jadi lepas makan terus ngap!

Hihi.. Makan vitamin dengan konsisten. Barulah cantik dan sihat kan ?

Masalah nak makan suplemen dengan konsisten selesai.

August 23, 2016

Nak Turunkan Berat Badan ? Omega Boleh Bantu


Nak turunkan berat badan tapi belum jumpa produk yang sesuai ?

Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk kita perlu mengambilnya melalui makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. 

DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, melancarkan saluran darah dan peredaran darah. Omega juga mampu mengakalkan tekanan darah dan merendahkan kolestrol. Jadi secara tak langsung mengawal berat badan supaya lebih sihat dan juga menurunkan berat badan.

Ia merupakan minyak ikan terbaik dunia yang membantu mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.



TESTIMONI OMEGA GUARD YANG BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 22, 2016

ESP (Energizing Soy Protein)





ESP adalah sesuai untuk semua golongan. Samaada untuk wanita, wanita menyusu, remaja, lelaki, warga emas (kanak-kanak tidak digalakkan). Kanak-kanak disaran supaya amalkan Meal Shakes.


Perbezaan Shaklee:

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah mem buktikan hahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein)dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.



Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. 


Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistefn badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dandaidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama: 

✔ Awet Muda 
Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. 

✔ Baik untuk Hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 

✔ Baik Untuk Prostat 
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat balk dalam p emulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

✔ Kulit Remaja
Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 

✔ Pembekal Tenaga 
Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

✔ Membaiki Pigmentasi 
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 

✔ Membaiki Memori 
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.



Kepentingan Protein :
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity PreserVed Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Rekomendasi:
2 - 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink)

Testimoni ESP yang berjaya dikumpul  :

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Vitamin C Paling Laris Dalam Pasaran



Vitamin C paling jimat dalam pasaran.

Kenapa saya cakap paling jimat ?

Sebab tak perlu beli tiap-tiap bulan. Kalau sorang makan. Setengah tahun baru habis. Kalau ambil sebiji sehari la. Kalau ambil 2 biji sehari pun masih tahan sehingga 3 bulan. Kalau share 2 orang dapat tahan sebulan setengah. Jadi buat pilihan yang bijak.

Kalau nak tahu suplemen shaklee ada landmark study tau. Yang pastinya selamat untuk dimakan. Mengambil suplemen secara berterusan membantu kita lebih sihat dan cergas.

Memang berbaloi dengan suplemen s ni.

Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan suplemen anda.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 19, 2016

ESP Boleh Buat Perut Kenyang


Ibu muda ini hubungi saya untuk cari suplemen bagi menambahkan susu badan. Biasalah masalah yang sering ibu menyusu dan bekerja alami. Jadi setelah berbincang dengan beliau. Dia decide nak ambil ESP.

Bila saya followup balik dia bagitahu susu memang meriah la sampai takut nak minum ESP. Dia minum ESP dicampur dengan milo 2 kali sehari. Pagi dan malam. Satu can ESP boleh tahan 2 bulan jadi memang berbaloi la kan.

Menyusukan anak kadang-kadang membuatkan kita rasa lapar. Jadi dia ambil ESP sebagai sarapan dan rasa kenyang boleh tahan sampai petang. Tengok testimoni dibawah.



Harga pun sangat mampu milik. Sama dengan produk-produk milk booster yang ada dalam pasaran. Tapi rasanya ESP lagi best dan murah kot. Hihi


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




New Cover Photo Untuk FB 18/9/2016


Cantik tak ? Cover Photo untuk Fb personal.


Ini pulak untuk page Safeni Feni.

Semua ni Feni belajar buat sendiri je. Hihi. Selalunya bila stress dengan masalah ofis. Inilah terapinya.

August 17, 2016

5 Kunci Perkara Ghaib



5 Kunci Perkara Ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu :
====================================================

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.

5) Tiada yang mengetahui bila KIAMAT akan terjadi melainkan ALLAH.

(Riwayat Bukhari)

Bila Sel-sel Otak Tak dapat Berhubung

Hari ni kan sungguh tak menarik nak cerita tapi nak cerita jugak. Pagi tadi datang ofis lif rosak. Begitu ramai manusia memenuhi ruangan lobby ofis. Jadi menapak naik tangga sehingga tingkat satu. Letih jugak la tapi tak sempat penat pun sebab ada banyak stamina. kehkehkeh.

Sampai tingkat satu pergi kat ruangan lif. Tekan butang turun. Ting lif terbuka. Tengok ramai orang tapi aku menyelit jugak masuk sebab aku rasa aku muat. Aku kan kecik je. Apa ada hal? 

Bila dah selamat masuk lif dan lif pun turun ke bawah. Sampai level G, yang penuh kat dalam lif keluar. Manusia yang kat luar lif pon berebut nak masuk. Fuh aku selamat dah ada kat dalam. Tekan butang 12A. Bijak tak aku ?

Bila sampai ofis riuh rendah settle kerja yang  menimbun. Nak tau bos plak jap helo-helo jap wassap. Pastu kan ekon plak tak berfungsi dengan baik hari ni. Tak berfungsi pon. Jadi jom lah aku berhuhu.

Bila dah hot macam ni aku pon feeling malas nak buat kerja. kohkohkoh.

Tapi tak boleh nak layan malas sangat sebab kena cari 7 fail purchaser yang phase 1 yang aku belum masuk kerja nun.

huhu k lah bai. 

August 16, 2016

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh





Banyak kelebihan bila kita bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk solat subuh.

1) Melancarkan Peredaran darah
Peredaran darah yang lancar menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga. Kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2) Kulit lebih Lembut dan Halus
Elakkan memasang pemanas air sewaktu mandi pagi kerana mandi dengan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Ia juga menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh. Kulit pula menjadi lebih lembut dan rapuh.

3) Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

4) Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Mandi awal pagi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Jika diamalkan selalu penyakit akan pulih dengan izinNya.

5) Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

6) Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Untuk yang mengalami depresi, ini adalah satu cara terbaik untuk menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.


Pencuci Muka Paling Jimat Dalam Pasaran


Hari ni nak share pasal pencuci muka paling best dan paling jimat dalam pasaran. Pencuci muka ni nama dia Gentle Deep Foaming Cleanser. Dikeluarkan oleh Shaklee. 

Ianya berfungsi untuk membersihkan dan menyegarkan kulit. Membersih hingga ke dalam untuk menghapuskan kotoran degil serta melembabkan kulit. 

Paling penting pencuci muka ni tiada bahan kimia terlarang dan selamat untuk digunakan. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah kulit alergik dengan bahan kimia memang disarankan supaya menggunakan pencuci muka hebat ni.

Ia tidak menggalakkan kulit kering dan tidak menyebabkan kulit menggelupas. Membersih dan membuang sel-sel kulit mati untuk menjadikan kulit lebih segar dan tidak nampak kusam.

Satu tiub ni boleh tahan sehingga enam bulan (ikut penggunaan). Boleh share dengan suami supaya sama-sama nampak segar dan berseri. 

Cara guna hanya picitkan sedikit di tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Kemudian urut dengan lembut pada wajah. Elakkan kawasan mata. Bilas dengan air bersih. Gunakan dua kali sehari sebagai rutin untuk hasil yang lebih baik.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 15, 2016

Testimoni ESP Sebagai Milk Booster Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Ibu-ibu yang menyusu dan bekerja selalu sangat merungut tentang masalah susu merudum. Bila banyak kerja badan kita akan penat dan stress. Stress ni boleh menyebabkan susu badan merudum dan anak pun kurang dapat susu. Bila susu dan drop ibu-ibu mulalah gelisah dan sedih. Macam-macam dah cuba tapi tak berkesan. 

Langkah terbaik untuk menambah susu badan adalah berfikiran positif dan elakkan stress. Lapangkan minda serta amalkan gaya hidup yang sihat.

Ambil makanan yang berkhasiat dan sihat sesuai untuk menambah susu badan. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan penggalak susu semulajadi. Antara sayur-sayuran penggalak susu ialah kobis, pegaga, lobak putih, serta jantung pisang. Buah-buahan pula elok amalkan kurma dan betik muda yang dibuat sup.  

Minum air kosong atau suam yang banyak. Kalau boleh elakkan minum ais sebab boleh mengurangkan susu badan tapi terpulang pada diri masing-masing. Kalau rasa ok boleh aje teruskan.

Nak paling senang amalkan saja Set Milk Booster hebat ni. (ESP + Alfalfa). 




Testimoni ESP yang membantu ibu muda ini menambahkan susu badan. Ini testimoni hot from oven tau.



Hasil daripada asbab minum ESP, susu menjadi meriah dan pekat. Anak pun cepat kenyang. Dia bagitau sampai takut nak minum ESP sebab tak larat nak pam. Hihi. Jangan u ols plak jadi macam ibu muda ni dah la lepas minum ESP.

Jangan takut nak order ESP pulak tau.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




August 12, 2016

6 Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup


1. Tenang – Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Pandai Merancang – Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

3. Sentiasa Ingin Belajar – Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bila pun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

4. Suka Memberi – Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

5. Tidak Berlengah – Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

6. Personaliti Cemerlang – Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah Cina,” Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tetapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun.”


Pencuci Serbaguna Yang Selamat Digunakan


Saya suka guna dish wash ni untuk mencuci pinggan mangkuk dan juga mencuci botol susu anak-anak. Ianya selamat dan sungguh menjimatkan.

Kalau dulu guna pencuci pinggan mangkuk biasa tangan akan jadi kasar dan kering lepas guna. Sekarang dah takde masalah tu. Kalau sesiapa yang ada masalah alergik kulit terhadap bahan-bahan kimia memang sesuai guna dish wash ni. Sangat memelihara tangan.

Dish wash ni sangat selamat untuk digunakan sebab ianya dibuat daripada sumber semulajadi iaitu kelapa dan jagung. 

Paling penting dish wash ni tidak mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh merosakkan kulit kita dan pastinya selamat.

Penggunaannya juga sangat ekonomi dan sungguh menjimatkan. Sebotol boleh tahan dua ke tiga bulan. Jadi tak perlu beli tiap-taip bulan. Berbaloi-baloi.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




August 11, 2016

ALFALFA UNTUK CUCI DARAH



Alfalfa boleh buat cuci darah.

Kalau rasa badan banyakkkkkkk sangat toksin memang patut cuba amalkan alfalfa.

Bila dah mula amalkan alfalfa jangan terkejut bila tiba-tiba terjadinya demam, selsema, batuk, bersin, berpeluh, jerawat keluar banyak dll.

Ini adalah proses pemulihan atau healing crisis.

Ianya untuk memulihkan dan membuang segala benda yang tak elok dalam badan tu.

Apa perlu buat bila kena healing crisis?

Jangan stop makan suplemen tapi kurangkan dos dan palinggggg penting minum air kosong banyak-banyak. Minimum 3 liter sehari.

Ada yang stop makan suplemen bila terjadinya healing crisis. Hubungi la pengedar anda. Tanya apa yang patut.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 10, 2016

Cara Memilih SPF Kosmetik Yang Sesuai Kulit Anda

Gambar sekadar hiasan

Rehat tadi keluar makan jauh sikit dari ofis. Pergi Sunway Putra sebab terasa nak makan spageti aglio olio. yumyum. Ditemani BFF tersayang Qibienad Syahirah . Tq lalink.

Bila dah jalan tu kan, alang-alang masuk la Guardian. Bila dah masuk tu ada je la benda yang di grabnye.

Jalan-jalan mak jemah pun pilihlah bedak, lipstik dan berus untuk kaki. Maklumla nama pun pompuan kan. Nak jaga kecantikan diri konon. Bukan untuk orang lain. Untuk kepuasan diri sendiri dan juga en somi. Ahakss..

Apa itu SPF ?

SPF ialah singkatan kepada Sun Protection Factor. Jumlah SPF ini menunjukkan berapa lama anda boleh berada di bawah sinaran matahari tanpa terbakar. 

Berapa keperluan SPF yang diperlukan bergantung kepada kulit masing-masing. Orang yang berkulit cerah atau putih mengambil masa 10 minit untuk menjadi merah bila berada di bawah cahaya matahari yang panas tanpa pelindung atau sunblock. Orang yang berkulit kuning langsat mengambil masa 15 minit dan yang berkulit coklat hingga gelap mengambil masa 20 minit.

 Contoh :

1) Berkulit cerah : SPF 20
20 x 10 = 200 minit. Ini bermakna selama 200 minit atau 3 jam 30 minit krim pelindung ini boleh bertahan pada kulit.

2) Berkulit kuning langsat : SPF 20
20 x 15 = 300 minit. Jadi selama 5 jam mereka yang berkulit kuning langsat boleh bertahan dengan krim SPF 20.

3) Berkulit coklat gelap hingga gelap : SPF 20
20 x 20 = 400 minit. Selama 7 jam krim SPF 20 mampu bertahan pada kulit mereka. Orang yang berkulit gelap lebih tahan lama kerana mempunyai lebih banyak pigmen melanin kulit.

Pemilihan kosmetik yang sesuai untuk kulit mampu mencegah kulit dari terkena penyakit kulit seperti jeragat, jerawat, tompok gelap, tona kulit tidak sekata dan paling menakutkan kanser kulit.




August 9, 2016

SET KESIHATAN WANITA


Kerana wanita itu sungguh berharga. Ewah macam moto pulak kan. Tapi memang betul pun. Sempena meraikan wanita di seluruh dunia. Pihak Shaklee telah menawarkan Set Kesihatan Wanita untuk membantu memberikan nutrisi yang penting untuk keperluan wanita.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set-set kesihatan wanita ni. Anda layak untuk mendapatkan 2 beg kertas #liveAmazing secara percuma dan Beg Jute dengan separuh harga iaitu RM12 sahaja. Harga asal bernilai RM24. Berbaloi-baloi. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Jangan lupa dapatkan Set Kesihatan Wanita anda hari ini. Untuk suami yang sayangkan isteri, apa kata belikan satu set untuk isteri kesayangan anda sebagai hadiah kerana kesihatan itu sungguh bermakna.

Set ini hanya boleh didapati untuk bulan Julai sehingga September 2016 selagi stok masih ada.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 5, 2016

Testimoni Set Cantik Gojes


Teruja !

Itu perkara yang paling best untuk share. Bila customer kita contek kita dan bagitau pasal efek makan vitamin c dan vitamin e ni. Kulit muka pun makin gebu gebas. Nak mekap pun senang. Paling best bila dia cakap tak mekap pun nampak cantik. kehkehkeh.

Vitamin c dan vitamin e ni memang best sebab ianya sangat anti oksidan dan membantu untuk menegangkan kulit. Bukan saja untuk kulit muka malah seluruh tubuh turut terkesan dengan suplemen ni.

Kulit bertambah cerah. Kesan parut jerawat dan jeragat makin berkurangan. Muka pun nampak cerah berseri. Serta banyak lagi efeknya.

Suka juga saya ingatkan customer-customer saya supaya minum air kosong banyak-banyak ketika sedang amalkan makan suplemen ni. Sebabnya untuk membuang segala toksin dalam badan. Sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari atau lebih.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...