January 14, 2021

PKP-Day 2 Rezeki Mencurah-curah

Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab sentiasa memberikan aku dan keluargaku rezeki yang melimpah ruah. Mengalir tanpa henti. Benarlah di setiap kesulitan itu ada hikmahnya. 


Berhari-hari Kak Feni berasa sedih dan murung dengan hidup ini namun alhamdulillah berjaya keluar dari masalah dan biarkan ia berlalu. Setiap dugaan yang kita kena hadap itu mesti ada hikmahnya. Cari kebaikan dalam segalanya. InshaAllah pasti yang baik-baik saja datang.


Ya memang senang nak nasihatkan orang untuk buat itu dan ini. Dan bila ujian itu menimpa diri kita baru kita sedar yang setiap manusia itu ujian dia berbeza-beza ikut kemampuan hambaNya.


Hari ni order shopee masuk. Emel untuk produk review pun masuk. Duit orang bayar hutang pun masuk. Allah kalau nak cerita tentang Ajaibnya hidup ni. Tak tahu nak mula dari mana.


Sebab tu kalau rasa sedih ke, susah hati ke, penat ke , down ke, stress ke, jangan sesekali lupa Allah. Semuanya datang dari Allah. Doa agar kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan cabaran dari Allah.


Sentiasa tetapkan hati agar ditetapkan iman agar sampai ke akhir hayat. Dipertemukan dengan Allah dalam keadaan husnul khotimah. InshaAllah.




January 13, 2021

PKP Day 1 - Kerja Macam Biasa

Apa khabar hari ni ? Kak Feni kerja macam biasa kena bawa surat nak masuk pejabat. Work as ussual. Selagi boleh kerja kita kerja jela. Rezeki kita macam ni. Apa pun alhamdulillah.


Anak-anak macam biasa Kak Feni hantar ke rumah opah depa. Tak tahu nak ucap syukur macam mana sebab Allah sentiasa permudahkan segala urusan Kak Feni. Jadi nak merungut sangat pun tak boleh.


PKP ni semua orang ada masalah masing-masing. Ada yang hilang kerja, hilang pendapatan dan macam-macam lagi. Macam husband Kak Feni kena kerja cover pusat kuarantin. Masa tak menentu. Kadang-kadang nak makan dan tidur pun tak tentu. Kami anak-anak beranak lah kena faham walaupun kadang-kadang mari perasaan sedih.


Anak-anak pun macam faham walaupun marah. Nak buat macam mana. Nak tak nak kena hadap juga. Doa semoga dipermudahkan segala urusan.


Hari ni hari pertama PKP di KL, Selangor dan beberapa buah negeri di Semenanjung. Yang ada surat je boleh jalan. Yang lain kena duduk rumah. Kak Feni pun 3 hari je kena masuk pejabat sebab pejabat tak ramai orang.


Baju sekolah anak-anak dah siap beli tapi PM umumkan kena PKP lagi. Jadi kena tunggu jela dulu. Kasut abang yang tak beli hari tu pun kita postpone jela. Tunggu pengumuman baru dari pihak Kementerian Pelajaran macam mana.




Semoga yang datang kepada kita baik-baik saja. Alhamdulillah sentiasa bersyukur dan teruskan hidup ini kerana dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata. 

January 7, 2021

Selamat Tahun Baru 2021

Ya sudah 7 haribulan Januari hari ini. Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana masih memberikan aku peluang nikmati hidup yang indah ini. 


My first entry in 2021. Semoga yang baik-baik saja datang kepadaku. Alhamdulillah.


Nak cerita perkara baik-baik saja. Malas nak ambil pusing hal-hal negatif. Allah terima kasih. Kerana aku sentiasa diberikan nikmat yang tidak aku mampu untuk membalasnya. 


2020 dah meninggalkan kita dengan penuh keinsafan. Kasih sayang dan juga kesedaran. 


Awal tahun ni Kak Feni diawali dengan benda yang baik-baik saja. Bercuti dan luangkan masa dengan family tersayang. Anak-anak sihat walafiat. Dapat beli baju sekolah dengan tenang. 




Baju Abang ummi tak beli sebab baju tahun lepas masih okey. Pakai pun sekejap je. Cuma seluar je beli baru sebab dah senteng. Baju sekolah agama, ummi beli baru 2 pasang sorang.

Yang mana kita boleh jimat kita jimat. Hari tu dapat bantuan bank rakyat untuk baju anak-anak. Yang adik je boleh pakai sebab adik je baju biasa. Yang abang salah saiz jadi ummi kena panjangkan sedekah kepada orang lain.

Barang yang takde sekarang ni cuma kasut abang dan songkok adik abang. Yang lain alhamdulillah dah ada. Yang mana boleh pakai kita pakai je. Jangan membazir. Yang 2 orang ni pun banyak belanja. Barang mahal sekarang ni. Syukur juga Bank Rakyat bagi bantuan zakat baju sekolah. Kami kena banjir hari tu jadi tersenarai dan layak menerima bantuan. Alhamdulillah.


Lepas settle hal baju sekolah anak-anak. Ummi pulak keluar dengan Angah gi beli kasut untuk reward diri sendiri. Penat kerja. Nak masuk kerja kena semangat baru. Cari mood orang kata.




Beli yang mampu milik je awak. Yang gantung-gantung tu je. 2 pair RM79.00. Beli dekat Vincci Mytown. Selipar tu yang lama dah tercabut tapak masa gi beli makan dekat opis. Jalan pun heret kaki sebab tapak tercabut. Boleh gam lagi tapi beli la baru satu. Hehe.

Bolehla melaram di opis. 

Yang kotak-kotak tu boleh pakai gi opis dengan gi jalan-jalan. Beli yang senang boleh pakai semua. Kan jimat tu.





First day kerja 5/1/2021. Pakai kasut baru. Semangat kan tu ?

20/01/2021 ni anak-anak mula sekolah. Makanya Kak Feni kena apply cuti untuk hantar anak-anak ke sekolah. Adik baru nak masuk sekolah rendah. Ummi yang sensitif lebih bila tengok anak-anak dah besar. Dah besar dah anak-anak ummi.




Semoga tahun ni semuanya baik-baik saja. Kita semua sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa. Menjadi hamba Allah yang redha dan semoga pengakhiran kita adalah yang baik. InshaAllah.






Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...