April 20, 2026

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]


Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampang Mall. 


Kami sampai dalam pukul 3.00 petang. Masa sampai tu hujan lebat jadi kami naik parking kat tingkat atas. Masuk masih ramai yang baru sampai. Dr. Asyraf Wajdi tengah berucap. Kami dengar dia cakap teruja sebab ramai yang hadir. Tak sangka ramai yang datang majlis ni.


Daripada 400 ditambah ke 700 jemputan. Meja pun bertambah. Boleh tengok video yang Dr share di IG beliau



 

Dalam ramai-ramai yang hadir tu terselit kawan lama masa sekolah dulu. Hihi ingatkan takde sape yang kenal. Seronok juga dapat jumpa kawan yang dah bertahun tak jumpa. Bagus majlis macam ni. Rezeki boleh jumpa kawan lama.






Galaxy Ampang ni tempat yang kami selalu pergi untuk buat medicure & pedicure. Kalau nak massage pun okey. Banyak kedai-kedai kat situ. Kalau musim raya memang penuh orang sebab nak manjakan diri nak berhias untuk raya. 

Kak Feni pun baru beberapa kali pergi nak buat kuku dengan massage kaki. Harga kat sini lebih murah banding dengan tempat lain. Sesekali nak manjakan diri. Kerja penat-penat, sekali sekala manjakan diri apa salahnya.


Sempat bergambar dengan Dr. Asyraf sebagai tanda kenangan. Alhamdulillah semoga tahun depan dapat hadir lagi. Katanya nak buat lebih baik baik dan jemputan lebih ramai. InshaAllah kita sama-sama doakan. Semoga yang baik-baik mendatang untuk kita semua.

Warga Gerik mendonia. InshaAllah. Walaupun tak menang pilihanraya tapi tanggungjawab kepada rakyat Gerik tetap dilaksana. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya. 

April 15, 2026

Beraya Rumah Officemate Sekitar Kuala Lumpur

Semalam Allah bagi rezeki untuk beraya bersama kawan-kawan office. Alhamdulillah dapat juga beraya di hujung-hujung Syawal ni.


Rumah pertama rumah Mira. Kami berkumpul lepas balik kerja. Kalau buat hari minggu semua sibuk jadi buat hari kerja. Oleh kerana Kakak Adizah puasa kami tunggu makan sekali teman dia berbuka.






Lepas maghrib kami ke rumah kedua iaitu rumah Abang Din. Hehe sambil melawat isteri Abang Din.






Next rumah Kakak Adizah.









Kami ni tinggal berapa kerat ni je yang ada. 2 dah kena pindah tempat kerja. Sekali boleh jumpa seronok tak hingga. Semoga ikatan persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Kita simpan sini untuk kenangan masa depan.

By the way nak join affiliate shopee boleh tekat di poster di bawah dan masukkan referral code 8Y2A679.








April 10, 2026

Kerana Sabar itu Indah

Pejam celik pejam celik dah 21 Syawal hari ni. Tahniah kepada yang dah menyambut hari raya 6. Tahun ni Kak Feni tak puasa 6 lagi sebab kesihatan tak mengizinkan. Tahun lepas berjaya puasa 6. Tahun ni masih belum berjaya.


Kesihatan ni kejap-kejap demam. Kejap-kejap batuk selsema. Maklumlah cuaca pun tak menentu. Balik kerja kena hujan. Badan pun jadi lemau. Tambah pula dengan faktor usia. Usia pun bukan makin muda. Tahun ni Kak Feni dah masuk 40-an. Jadinya biasa lah kalau kesihatan pun on off.


Apapun Alhamdulillah untuk segalanya. Yang manis yang pahit semuanya rezeki yang Allah bagi. Kita syukur dengan nikmat yang Allah bagi. 


Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak hadap bila mana rasa susah tapi kita tak ada pilihan. Nak tak nak kena hadap jugak. Suka ke tak suka ke kena hadap jugak. Huhu


Dalam keadaan anak-anak yang tengah  remaja dan memberontak ni. Sabar tu kena banyak. Kalau tak sabar macam-macam boleh jadi. Dunia hari ini memang mencabar. Kadang Allah bagi lebih tang ni kurang tak tu. Kita ni sama je. Janganlah kita nak sombong. Tak kemana pun sombong tu.


Kadang-kadang rasa nak marah tapi kena sabar...


March 12, 2026

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT


 
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- 
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
 Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua
:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga
:- 
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga
:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
 Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:- 
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.

 


Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat 
 
semoga dengan memahami bacaan 
 
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.  

Allah Maha Besar
    
(
Takbiratulihram)

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

A l lah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"Wahai Tuhan,  aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"


AKAN KU SAMPAI KAN WALAU  SEBARIS AYAT

Kak Feni jumpa benda ni dalam emel yang lama-lama jadi share sini untuk ingatan bersama. Terima kasih kepada penulis yang berkongsi. Pahala mengalir takkan pernah putus. InshaAllah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...