April 29, 2019

Dah Sampai Masa Renew Domain


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun Kak Feni guna domain www.safenifeni.com untuk blog ni. Alhamdulillah terima kasih ya Allah untuk nikmat yang tidak ternilai harganya. 

Menulis adalah satu kepuasan dan satu terapi untuk Kak Feni. Menjadikan blog sebagai salah satu medium berkongsi cerita dan juga salah satu punca pendapatan selain media sosial yang lain seperti ig, fb dan juga twitter.

Ada masa lebih kurang sebulan jer lagi untuk Kak Feni renew domain blog ni. Jadi sempatlah Kak Feni kumpul duit untuk renew nye. Hahaha kalau tak ia akan kembali kepada blogspot yang dulu iaitu www.sweethealthy86.blogspot.com. Kak Feni masih lagi gunakan blogspot sebab senang dan mudah. Nak ajar orang lain guna blogspot pun senang.

Ada juga yang offer Kak Feni untuk menulis menggunakan medium wordpress tapi Kak Feni rasa lebih baik hanya teruskan saja guna blogspot ni. Entahlah ikut pendapat masing-masing. Terpulang kalau tak fokus dan tak konsisten menulis pun tak guna jugekk  khenn ?

Lebih baik teruskan apa yang kita ada. Ni akibat suka tengok cerita #keretasewa si Ramli di TV3 la ni, dia suruh sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Hahahaha layan.

Blog ni lebih mudah untuk Encik Google cari berbanding fb dan intagram. Mungkin ! Backup juga sekiranya suatu hari nanti fb dan ig tiba-tiba ditutup macam hari tu. Seluruh dunia ig dan fb tergendala. At least ada jugaklah backup dengan blog. Maklumlah Kak Feni berniaga suplemen dan pakej travel ni. 

Bukan nak kata, kebanyakkan customer Kak Feni yang baru kenal ni jumpa contact number Kak Feni melalui blog. Bila Kak feni tanya mana dapat nombor Kak Feni ? Dia akan cakap" saya google dan jumpa blog akak". Alhamdulillah kan bagus begitu. Tak update hari-hari pun dapat customer. Apapun berbalik pada rezeki.

Mungkin juga doa-doa Kak Feni yang dulu supaya dapat customer melalui blog dah dimakbul tuhan. Alhamdulillah syukur. Rasa berbaloi sebab belajar buat blog dan tulis blog dengan sepenuh hati. Ewahhhh. 

April 26, 2019

Road To 20K


Ewah. Entri santai hari ni. Dah nak balik baru dapt idea. Dok menung jer dari tadi. Hahaha. Road to 20K. InshaAllah dengan izin Allah. Bismilllahirahmanirahim.

Semoga berjaya Kak Feni. Kalau kau tak support dan sokong diri kau sendiri, tak ada siapa yang boleh tolong. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hahaha banyak benor tabung nye. Kadang-kadang nak makan pun berkira tapi alhamdulillah rezeki tu tetap ada.

Yang penting inshaAllah cash 20K akan tercapai. Semoga Allah permudahkan. Ya Allah ya mujib. 

#kakfenistory.

April 25, 2019

Bila Masalah Air Melanda Kawasan Pejabat

Hari ni hari yang ke 2 ketiadaan air bagi kawasan Sentul ni. Alhamdulillah bekalan air tangki untuk pejabat kami masih ada. Semua pemilik dan penyewa menggunakan air secara berhemah. Semalam memang sakit kepala sebab terlalu panas. Rasa macam duduk dalam sauna.

Kak Feni pulak puasa semalam sempena bulan Syaaban. Ada hikmah semuanya. Bila puasa ni, kuranglah minum air dan kurang nak ke tandas. Balik rumah lepas makan berbuka puasa terus telan panadol sebab tak tahan sakit kepala.

Tak boleh nak sakit kepala sebab semalam ada kematian. Jadi kami kena bergerak ke Kajang untuk menziarah. Dua tiga minggu ni ramai yang dah pergi meninggalkan kita. Sedih je rasa nak-nak pula Ramadhan nak dekat. Mereka dah tentu dah pergi, kita yang tinggal ni tak tahu macam mana.

Hari ni, alhamdulillah bertambah ok. Dengarnya, air dah ada. Jadi "air cond" pun macam dah dipasang dan suasana di opis ni macam terkawal. Alhamdulillah syukur. Panas dunia pun rasa tak tahan, panas akhirat tak tahu macam mana.

  

 



Persediaan untuk menghadapi masalah kekurangan air. Habis satu level bersama-sama bertungkus lumus menyimpan bekalan air masing-masing. Masing-masing simpan air ikut pejabat masing-masing. 

Masalah air ni bukan hanya kawasan Sentul jer. Banyak tempat lagi. Rumah Kak Feni di Hulu Langat, nasib baik tak terlibat dengan masalah kekurangan air ni. Alhamdulillah. Kalau pejabat tak ada air, rumah tak ada air lagi huru hara. Nak-nak pulak ada anak kecil macam Kak Feni ni.

Kat pejabat ni bila air tak ada, air cond stak ada. Tak tahu la apa hal nye. Hahaha. Oleh kerana tak tahan panas hari ni, makanya kami telah membeli sebuah kipas kecil untuk setiap seorang di pejabat ni.




Harga kipas ni pun boleh tahan juge. Nasib baik berkualiti dan menyejukkan. Siap ada tempat untuk letak essential oil di tengah tu. Apa lagi minta essential oil yang Datin punya. Wangi je bau. Hilang sakit kepala.

#KakFeniStory

April 23, 2019

PROMOSI RAMADHAN 2019



Masih belum terlambat untuk Kak Feni kongsikan tentang promosi 15 hari sempena nak sambut Ramdhan Al-Mubarak yang bakal tiba nanti. Twin pack Cinch Shake dan juga mealshake untuk anak-anak.

Semalam Kak Feni baru sudah order twin pack Cinch Shake perisa Chocolate. Untuk bekalan puasa katanya. Nak kekal bertenaga sepanjang hari.

Bagi yang ada masalah gastrik, elok amalkan cinch shake ni sebab ia membantu dalam mengurangkan rasa angin dalam badan.

CINCH SHAKE MIX

9 Manfaat Cinch Shake :


1. Indeks glisemik - 22, sesuai untuk penghidap kencing manis

2. Dengan cinch pro, campuran ekslusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino.

3. Powered by leucine untuk memelihara otot semasa kita menurunkan berat badan.

4. 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu kita berasa puas dan kenyang.

5. Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan.

6. Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

7. Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

8. Penggunaan soya bebas GMO.

9. Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis.

Kita akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut apabila mengambil Cinch Shake (dicadangkan mengambil bersama dengan 1 sudu ESP) Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga makanan. 

MEAL SHAKES SHAKLEE



Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan-bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobin, lactofrrin, bacteriolysin dan sebagainya. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan iaitu bayi, pelajar, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. 

7 Manfaat Meal Shakes Shaklee :

1. Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain-lain.

3. Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, xink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan chopper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kopleksi wajah atau kulit yang cantik.

6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan rasanya - minuman yang lazat diambil bersama fruktos semulajadi, pengambilan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.



Sempena promosi hebat 15 hari ni bolehlah grab stok untuk bulan puasa ni. Belian 2 can setiap produk layak mendapat diskaun sebanyak 10%. Jadi untuk apa bayar lebih ?







Berminat bolehlah menghubungi Kak Feni seperti di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



April 22, 2019

Suasana Pagi Kampung Suamiku

Hari Khamis minggu lepas kami tergesa-gesa balik kampung setelah mendapat perkhabaran duka tentang Pakjang telah kembali ke rahmatullah. Pada pagi Khamis tu kami dapat berita yang Pakjang dikejarkan ke Hospital Gerik akibat tidak sedarkan diri.

Niat hati memang nak balik tengok Pakjang sebab dia memang rapat dengan kami. Petang Khamis, kami semua dikejutkan dengan berita kematian Pakjang. Balik kerja masing-masing terus bergegas balik kampung.

Perjalanan kami mengambil masa 5 jam untuk sampai jadi kami tak sempat pun nak tengok arwah untuk kali terakhir. Hanya doa dari jauh untuk arwah dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Arwah pun sangat baik orangnya. Semoga segala kebaikannya diangkat Allah.

Mohon sahabat yang baik hati, sedekahkan al-fatihah untuk beliau agar rohnya bahagia di sana.


Kak Feni nak kongsikan tentang suasana kampung suami Kak Feni. Dulu Kak Feni duduk sinilah masa lepas kahwin sampailah melahirkan anak sulung Kak Feni, Abang aus. Lepas pantang kepada Abang Aus, dapat rezeki pindah ke Kuala Lumpur. Rezeki anak-anak. Tahun ni dah hampir 8 tahun dah duduk di bandar. Balik kampung pun bila ada masa lapang. Ni anak-anak dah masuk sekolah memang lagi susah nak balik kampung.



Suasana pagi hari Jumaat 19.04.2019. Masa ni kami beramai-ramai nak keluar cari sarapan pagi. Kabusnya sejuk sangat. Terasa macam berada di Cameron Highland. Hahaha lepas ni rasa nak pergi Cameron boleh tukar plan balik kampung jelah.



Depan rumah opah, ada sebuah homestay. Sebelum ni homestay ni memang sangat laris sebab ada orang yang berubat kanser dekat Kg Batu 4 tu. Namanya Arwah Pakdak. Rumah Arwah Pakdak ni tak jauh mana dengan rumah opah. Kak Feni pun pernah berubat dengan dia untuk masalah senggugut yang teruk. Baik sangat orangnya. Tular juga la beliau dalam mengubati masalah penyakit-penyakit kronik ni. Apapun dengan izin Allah.




Apa lagi yang seronok di sini, ada gerai makan minum petang. Laksa, bihun sup, ais kacang dan cendol sedap sangat. Balik kampung memang tak boleh nak diet sebab makan banyak. Hahaha kalau diet sangat merugikan sebab tak boleh makan makanan yang sedap-sedap.

Hari Sabtu petang kami pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidup ni. Yang pergi tetap akan pergi, kita yang tinggal perlu teruskan hidup dan buatlah yang terbaik untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya syurga itu bukan percuma dan bukan murah. Banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan untuk memilikinya.

Dunia ini hanya sementara, buatlah baik selagi mampu.

#ceritakakfeni

April 17, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway


Kak Feni join GiveAway sempena birthday Abam Kie ni. Kalau berminat, u all boleh jer just klik banner kat atas dan ikut syarat yang disertakan.

Dengan ucapan "Selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberkati Allah selalu, sentiasa memberikan yang terbaik untuk keberkatan dunia dan akhirat, semoga segala impian akan tercapai, inshaAllah.". Allahumma amin.




April 16, 2019

Motivasi Hari Ini. Semoga Kau dan Aku Kuat !

Tiada siapa di dunia ini yang tidak mempunyai masalah selagi kita masih punya nafas untuk bernyawa. Dugaan itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujian hidup ini.

Bak kata bos Kak Feni, kita selalu inginkan nak itu nak ini. Contohnya nak pergi travel ke luar negara sebab dia selalu pergi travel ke luar negara. Bila dah sampai ke tempat yang di tuju tersebut, terasa macam "dream comes true". Ini adalah antara kata-kata bos Kak Feni pada 2 tahun lepas tak silapnya.
Masa tu dia baru balik dari pergi Amerika.

Kak Feni yang sesungguhnya buku merah pun tak pernah ada ni sangat teruja nak dengar cerita dia pergi oversea. Dia pun tak kedekut nak share pengalaman. Borak-borak masa makan tengahari. Kak Feni masa kerja memang kena buat kerja betul-betul. Masa lepas kita share pengalaman.

Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik-baik walaupun kami berlainan agama. Di Malaysia ni kita hidup aman damai berbilang kaum. Kalau kita saling hormat menghormati, inshaAllah baik-baik saja.

Nak didik hati suruh sabar bukan senang. Kadang-kadang mari juga perasaan cemburu dan sakit hati dengan apa yang berlaku. Padahal Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. Jangan cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada sebab kita pun ada kelebihan sendiri. Jangan biarkan emosi menguasai diri.

Nak jadi baik tak susah namun tak mudah. Kena kuatkan semangat. Nak twist balik negatif ke arah positif pun ambil masa. Kadang-kadang nak merawat hati sendiri pun ambil masa. Nak jadi lebih baik perlukan kekuatan mental dan fizikal. Sokongan orang-orang terdekat dan banyak faktor lagi. Namun diri sendiri yang perlu kuat. 

Macam tu juga nak positif. Kena senitasa positif dan ceria-ceria selalu. Kalau salah minta maaf dan cuba perbaiki kesalahan itu. Kalau hari-hari kau dengar dan sebut perkataan yang negatif dan buruk. Secara tak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan juga. Jadi hiduplah dengan cara kita supaya Allah redha dan berkati kehidupan ini.


April 12, 2019

Pecah Tabung Syiling


Semalam tabung duit syiling di kira. Setahun lebih menyimpan. Hari ni mula kumpul yang baru. Macam ni lah hidup ni. Bila dah berjaya satu tahap. Kita mula hidup baru. 

Kalau tak berjaya pun, kita mula lagi sekali. Bukan senang nak senang. Jangan pandang remeh dengan duit syiling. Nampak kecil tapi bila dikumpul banyak-banyak memang banyaklah hasilnya. 



Jumlah kali ni ialah RM125.00 sahaja. Hahaha banyak tu. Anak-anak dah riuh rendah suruh ummi belikan mainan. Memang tak lah. Ummi nak masuk dalam bank. 

Simpanan untuk masa depan anak-anak. 

April 11, 2019

Giveaway Road to 8 Million Pageview



Giveaway ke 2 untuk bulan April. Semoga ada rezeki Kak Feni. Klik banner untuk join.

Apa Perlu Aku Buat Untuk Masalah Tekanan Darah Rendah ?

Semalam aku skip menulis di blog. Kenapa dan sebab apa memang banyak sangat alasannya. Salah satunya aku balik awal sebab husband aku cuti. Cuti ganti sebab dia outstation ke Johor Bahru pada Isnin lepas. Jadinya aku kena balik naik MRT.

Jadi isteri dan ibu ni bukan senang. Apa-apa pun kena mintak restu suami sebab syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami. Itu pun kalau dia buat ikut suruhan Allah la kan. Sama-sama mencari redha Ilahi. Bila dah kahwin ni memang kena banyak sabar dan bertenang. Kalau tak lama dah hancur rumah tangga. Kesian dekat anak-anak macam aku. Jadi aku taknaklah benda yang sama berulang terjadi pada anak-anak aku.

Hidup ini bukanlah tentang aku saja walaupun kadang-kadang aku rasa nak sangat jadi selfish. Taknak pedulikan orang lain dan hidup sendiri tapi aku tak boleh. Banyak benda yang aku kena buat untuk hidup ini. Aku tak boleh nak putus asa dengan segala apa yang orang dah buat pada aku. Biarlah, yang tak suka kita tak boleh paksa tapi kita boleh cari bahagia dengan cara kita sendiri. 

Sebenarnya aku ni dah dua tiga hari asyik pening dan sakit kepala. Bila pergi jumpa doktor, jawapan tekanan darah rendah. Selalu jadi sebelum dan selepas datang bulan. Kalau lambat datang bulan lagi la macam-macam simptom ada. Sakit kepala, pening, sakit pinggang, mual-mual angin dan banyak lagilah kalau aku nak senaraikan.

Aku perasan yang aku tak ambil suplemen dengan konsisten. Jadi hari ni aku tekad nak makan suplemen dengan konsisten. Nak makan ikut waktu supaya kesihatan aku bertambah baik.


Bila umur dah semakin hari semakin bertambah ni, aku memang kena jaga kesihatan. Makanan yang aku makan kena jaga dan juga aku kena banyak bersenam. Sejak akhir-akhir ni, aku malas betul nak bersenam. Sebelum ni aku aktif dan rajin juga layan zumba petang-petang masa bos dah tak ada kat opis.

Ni bila tak aktif, memang rasa mudah penat dan cepat mengah. Naik tangga sikit pun dah mengah, semput. Macam mana kalau tiba-tiba kena hiking ke, berlari ke , naik basikal aku ni. Maunye cepat jer pancit.

Okey back to suplemen ni, kenapa aku pilih Vitalea ?

Ianya adalah multivitamin yang pertama di dunia ni. Jadi untuk yang rasa malas macam aku nak telan banyak-banyak vitamin ni boleh ambil Vitalea sebagai suplemen harian.  Dekat belakang botol Vitalea ni ada arahan pemakanan. Take 2 tablets daily maksudnya dalam bahasa Melayu ambil 2 biji sehari. Dah cukup untuk keperluan harian badan kita.


Untuk orang yang susah nak makan sayur dan buah macam aku ni memang elok sangat sebab setiap tablet vitalea ni mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 

Tablet Vitalea ni disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal juga telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak  65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Lagi aku nak share tentang kebaikan Vitalea ni ianya berbaloi untuk diamalkan dan harganya memang sangat mampu milik dan berpatutan untuk orang macam aku. Sebotol Vitalea mengandungi 120 tablet, jadi kalau aku konsisten ambil 2 tablet sehari. Tahan sehingga 2 bulan. Memang jimat sangat. Harganya pun tak sampai pun RM100. Jadi aku tak perlu spend duit tiap-tiap bulan untuk beli vitamin ni.

Aku ni kadang-kadang memang kedekut kalau bab-bab menghabiskan duit. Tapi kalau bab vitamin ni aku akan pastikan aku alah membeli dan menang memakai.



    

April 9, 2019

Kisah Aku Hari Ni


Menikmati jus avocado yang lemak manis ketika tekak terasa inginkan benda manis memang nikmat terasa. alhamdulillah aku ni memang kaya dengan rezeki makan minum. Tak pernah kurang dan syukur sangat. Kiri kanan ada sahabat yang sentiasa murah untuk memberi bukan sahaja dari segi makan minum malah kadang-kadang pertolongan dari segi doa.

Syukur sangat pada Allah. 

Aku lebih sayangkan orang yang sayangkan aku dan aku tidak mahu ambil pusing tentang apa yang orang tak suka aku. Hidup ini hanya sekali jadi aku mahu lakukan yang terbaik untuk hidup aku.

Mungkin dulu, aku terlalu takut untuk menonjolkan diri. Takut untuk ke depan dan terlalu takut untuk mencuba. Sebenarnya persekitaran kita yang menjadikan kita begitu.

Bila dah semakin dewasa dan semakin matang. Aku semakin boleh berfikir tentang yang mana baik dan buruk. Sesungguhnya aku memang degil dan tegas dalam apa yang aku buat. Aku tidak mahu sekali-kali pun biarkan orang lain menentukan hidup aku.

Jadi untuk segala risiko yang aku ambil, aku sendiri yang tanggung. Menjadi isteri dan ibu kadang-kadang menjadi kekangan untuk aku buat lebih namun aku tetap cuba dan mencuba. Tiada siapa yang boleh tolong aku melain aku sendiri.

Aku pernah hidup susah dan pernah tidak punya apa-apa. Masa kecil-kecil ku tak seindah orang lain tapi aku tak kisah. Kalau nak kenang yang duka-duka itu semua boleh melemahkan aku melainkan aku kena bangkit melawan apa yang aku tak mampu nak lakukan. Aku yakin yang aku takkan selamanya hidup susah.

Setakat hari ini, alhamdulillah hidup bertambah baik dan tidak meminta-minta dengan orang. Apa yang aku nak akan aku usahakan sendiri. InshaAllah dengan bantuan dan izin Allah. Kalau tak kerana izinnya aku takkan berjaya macam hari ini.

Aku harus berbangga dengan pencapaian aku hari ini. Boleh membesarkan anak-anak dengan kudrat aku dan suami. Membantu dan menyara hidup ini dengan sendirinya. Bantuan ahli keluarga itu ada lah. Sekurang-kurangnya kami usaha dengan cara kami.

Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini. Susah aku yang dulu menjadikan aku insan yang lebih kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan hari ini. Memaafkan itu mudah namun untuk melupakan itu susah.

Bagi aku, tak suka lebih baik menjauh daripada hipokrit di depan mata. Buat menambah dosa. Apa pun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi hari ini.




Book Giveaway by JJM & Friends



Klik Banner untuk join GA ni. Menarik.

April 8, 2019

Makan-Makan Di Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL - Thai Restaurant

Dua minggu berturut-turut dapat makan free. Minggu sebelum ni kami makan di Restoran Ikan Bakar Sri Nikat Sungai Lui, Hulu Langat untuk memenuhi permintaan pengantin baru. Yang ni kami tak sempat nak bergambar bagai sebabnya sibuk dok berborak bergosip mak jemah.

Next restoran kami pergi makan ialah Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL. Makan kat sini agak selesa sikit sebab tempah awal. Kalau walk in memang berjanggut lah menunggu sebab memang pilihan orang ramai.


D'lala Seafood ni dekat dengan tempat kerja abah, jadinya dia lah yang kena pergi awal untuk buat pesanan. Seronok sebab kami sampai, tak perlu tunggu lama. Maklumlah perut dah masing-masing lapar. Sampai terus nak ngap je. Hihi

Antara menu yang kami order ialah siakap stim limau, siakap 3 rasa, tomyam, kerang bakar, kerabu mangga dan untuk anak-anak telur dadar dan sup kosong. Kalau makan kedai Thai memang ni lah yang pasti kami order. Cukup untuk 11 orang makan. 






Semua makanan ini sedap-sedap belaka.  Kami tak ambil banyak sebab perut semuanya kecil-kecil. Kalau order banyak-banyak pun mesti tak habis. Nasi satu bekas tak habis. Lauk pauk alhamdulillah semuanya licin.

Untuk dessert pulak, kami order pulut mangga dan juga bubur ubi kayu. Pulut mangga yang lemak dan manis memang sedap dengan tekak ni.



Untuk #review makanan di sini. So far so good. Sedap makanannya. Service dia untuk masakan panas kena order awal sebab kalau walk-in memang lambat. Kami kena tunggu agak lama untuk dapatkan sup kosong sampai Abang Aus mengamuk. Berkali-kali kami minta tapi tak sampai-sampai. Mungkin kami sampai peak hour dan terlalu ramai customer, jadi kami pun okay saja. Untuk dessert dan stall itu agak pantas. Order jer terus sampai. Apapun Kak Feni bagi 3 bintang. 

Sebenarnya, Mak yang belanja kami semua ni. Alhamdulillah murah rezeki mak dan kami semua. Berkumpul ramai-ramai anak beranak untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama. Disamping mengeratkan hubungan silaturahim. Tak cukup corum juga sebab ayah dengan adik bongsu tak ada sebab urusan lain. Jadi makan-makan dengan yang mana ada jela.



Kami bergambar kenangan di depan kedai untuk memori akan datang walaupun ini adalah kali yang ke-3 Kak Feni makan di sini.


Lepas makan, perut dah kenyang kami semua beramai-ramai ke Dataran Merdeka untuk menikmati pandangan malam di ibu kota. Anak-anak suka sangat macam burung terlepas dari sarang bila dapat keluar. Kadang-kadang aktiviti macam ni pun dah boleh menghilangkan stress bukan sekadar untuk anak-anak, malah kita orang dewasa juga.



April 5, 2019

PRODUK HILANGKAN JERAGAT TERBAIK

Jeragat ni biasanya akan dihadapi oleh mereka yang berumur 30-an dan ke atas. Bila umur dah masuk 30-an ni memang kena jaga makan dan kesihatan sebab badan kita sudah tidak boleh menghasilkan kolagen dengan sendirinya.

SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN

Semakin meningkat usia, kolagen dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan seperti:

1. Jeragat
2. Kulit berkedut, kering dan melayut
3. Kuku rapuh dan tidak kukuh
4. Rambut halus dan gugur

Kemerosotan semulajdi ini bolh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dalam menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit yang sihat, mengurangkan kemunculan jeragat, garis-garis halus dan juga kedutan serta menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Antara produk hilangkan jeragat dengan cepat ialah Shaklee Collagen Powder.



Apa itu kolagen ?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit paling sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS(Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


7 bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan  kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.




Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan untuk menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER UNTUK HILANGKAN JERAGAT



Berminat boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...