Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

October 1, 2025

[Review]GMEELAN COVER CUSHION & LOOSE POWDER


Alhamdulillah lama dah Kak Feni tak menulis di blog ni. Tepu dah rasa otak ini sebab lama tak buat karangan. Ok now im back. Haha sekadar untuk memeriahkan google dan melatih otak ini supaya tidak tepu. 

Sebenarnya bedak compact Kak Feni dah hancur masa balik kampung hari tu. Habis bedebu satu beg. Dengan baju seluar habis kena bedak. Kak Feni ni tak kisah pun nak pakai bedak mahal ke murah. Janji ada. Yang paling mahal pakai bedak Mac. Sekarang rasa nak cuba benda lain pulak. Selalunya beli masa promo je.

Oleh kerana kita ada kedai oren. Makanya kita order jela dengan kedai oren. Kali ni rasa nak cuba bedak dari GMEELAN ni. Kak Feni ni biasala tak boleh tengok offer terus grab. Setakat 2 3 kali pakai ni memang puas hati.


Yang kotak warna pink tu best ada cushion dan bedak compact. Kalau nak gi mana-mana bawak satu ni je. Bubuh dalam beg. Yang Loose Powder dalam kotak hitam tu saja gatai nak beli nak tambah koleksi bedak. 


Okey sekian kisah beli bedak di kedai Oren. By the way nak beli moisturature Aiken boleh tengok SINI. Memang best juga kalau pakai untuk melembabkan kulit.




May 22, 2023

Repeat Order Perfume Yang Kali Ke Berapa Ntah

Alhamdulillah hari ni perfume yang Kak Feni order dah sampai. Tahun lepas order 6 sekali gus. Tahun ni kita bajet sikit order 3 je, sebabnya bulan ni banyak nak pakai duit. Maklumlah lepas raya kan. Gaji pun belum dapat lagi. Hehe




Sedang menghitung hari untuk gaji. Dapat gaji ni banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Kak Feni suka botol yang bulat panjang ni sebabnya spray dia lagi kukuh. Tahun lepas dapat botol yang berbentuk segi empat. Spray dia mudah rosak dan penutup dia mudah pecah. Jadi kalau nak travel mana-mana susah sebabnya botol mudah bocor dan perfume akan tumpah.



Nilah rupanya tanpa kotak. Kak Feni beli yang ni sebabnya bau wangi dan tahan lama. Kadang-kadang lekat kat pakaian. Basuh pun ada lagi. Level-level perfume yang orang have-have pakai. Kita golongan marhaim ni buat cara ukur baju di badan sendiri.


Kak Feni jarang shopping perfume. 6 bulan atau setahun sekali je. Benda boleh pakai lama kan. Buat apa nak membazir. Ikut poket masing-masing lah. Kalau mampu why not kan ? Alhamdulillah setakat ni rezeki nak merasa tu ada lagi. Dulu susah nak beli baju sendiri pun tak mampu. Bila kahwin ada anak sibuk nak besarkan anak-anak.


Ni ada rezeki lebih, alhamdulillah boleh lah merasa. Anak-anak pun dah semakin membesar sikit lagi nak ke alam remaja. Kita pun belum tentu sampai ke tak nak tua. Selagi ada peluang dan ruang buatlah yang terbaik untuk hidup ini. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Alhamdulillah.




July 22, 2022

Barang AMWAY Kak Feni Dah Sampai

Okey hari ni nak share pasal produk Amway yang Kak Feni order dah sampai. Hari tu try deodorant GH dia memang best. Ni nak try losyen Allano pulak. 



Excited bila barang sampai tak sabar nak unboxing. Order 19 haribulan Julai. 22 haribulan baru sampai. Lama juga masa nak sampai ya walaupun office Kak Feni ni tengah bandar Kuala Lumpur. Member Kak Feni yang duduk di Kota Bharu order hari yang sama dah sampai semalam.



Ramai yang suggest untuk Kak Feni try losyen ni. Kebetulan sejak banjir hujung tahun lepas semua skin care dan peralatan kecantikan Kak Feni dah habis kena banjir. Buang semua makanya kita try lah benda baru ni kan.


Mula-mula sampai Kak Feni terkejut sebab macam air. Eh air ke ? haha dasar jakun sebab tak pernah guna kan. Rupanya ia losyen jenis spray. Kena spray dulu baru boleh sapu dekat tangan. Best sebab spray sikit je dah keluar banyak.


Ada bau dan baunya wangi. Kak Feni pakai dekat tangan memang best sebab tak melekit. Yang bestnya losyen Allano ni boleh hilangkan ruam. Ada anak kawan Kak Feni yang ada ekzema teruk memang guna losyen ni je sebab boleh kurangkan ekzema. Losyen lain memang tak boleh guna sebab akan naik gatal dan merah-merah.


Selain dari boleh buat losyen ruam. Ia juga boleh dibuat sunscreen yang membantu menjaga kulit dari perlindungan UV. Patutla bila on sales je asyik sold out je. Ramai yang berebut nak beli. 


By the way Kak Feni dah daftar jadi member untuk AMWAY ni. Setakat ni hanya untuk try dan guna sendiri je tapi kalau korang berminat nak order barang AMWAY ni boleh je wasap Kak Feni +601115672780 untuk pertanyaan.


Next Kak Feni

June 21, 2021

[Review] Try Wardah Skin Care Untuk Kekalkan Kulit Cantik Berseri

 Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah hari ni Kak Feni dah terima parcel yang mengandung Skin Care Wardah. Belum mencubanya lagi.



Nanti dah Cuba kak Feni akan tulis review produk ni ya. Sekarang ni Kak Feni Cuba dulu set basic ni. Ada facial cleanser, toner dan krim siang. 3 produk ni memang sangat penting untuk kekalkan kebersihan dan kelembapan kulit wajah. 


Ni adalah kali pertama Kak Feni nak Cuba produk Wardah ni sebab yang lain banyak dah habis. Musim pkp ni tak boleh nak walkin beli di drugstore. Jadi semuanya kena beli secara online. 


Alhamdulillah sampai jugak walaupun ambil masa yang lama. Tak sabar nak Cuba dan bagi feedback. 


Macam mana boleh nak try Wardah ni? Sebab selalu tengok ig Dayah Bakar, hehe. Dia selalu share produk skincare yang dia pakai. Walaupun duduk di oversea masih bawa produk Wardah. 

February 3, 2021

Barang RM2.10 - Berbaloi Ke Tidak ?

Haha tajuk gempak habis hari ni kan. Bagi golongan marheam yang macam Kak Feni ni memang syurga sangat kalu dapat masuk kedai RM2.10 ni. Dekat Langat ada 2 buah kedai dia. Lain-lain jenama tapi memang selalu jadi tumpuan orang ramai.


Kedai RM2 ni bukan biasa-biasa dah bagi rakyat Malaysia. Memang sentiasa jadi pujaan hati sebab harganya yang murah dan berhantu. Kalau masuk sini memang tak tahu jalan keluar.


Hari ni sempat singgah di kedai RM2.10 ni sebab nak beli baldi abah. Tapi sayang baldi abah nak beli takde jadi ummi pun ambil peluang nak shopping jugak. Tak sempat nak grab banyak sebab kejar masa nak masuk opis.



Hari ni beli plier ni dengan pen untuk kegunaan di pejabat. Plier ni untuk cabut bullet yang besar-besar kat pejabat ni. Selalu guna tangan ya ampun sakitnya. sampai berdarah kena bullet tu. Dah ada benda ni lepas ni memang senang lah kerja nak fotostate ke apa. Hehe.


Berbalik kepada berbaloi ke tidak beli barang RM2.10 ni ? Pada Kak Feni, okey je. alhamdulillah ada juga syurga shopping untuk golongan bawahan macam Kak Feni ni. Maklumlah nak beli yang have-have tu belum mampu lagi. InshaAllah suatu hari nanti kan. (berangan tak pernah sudah).


Ni pergi dengan husband yang nak cepat memang takleh nak shopping banyak-banyak. Kalau tak semua nak di angkutnya. Haha. Nak-nak pulak tengok dalam facebook pasal Kelab Deko dari Kedai Eco RM2. Memang menggoda betul. 


Dapat shopping dekat syurga kedai Eco RM2 pun dah macam seronok sangat. Namum musim PKP ni jagalah SOP dan jaga diri masing-masing. Sama-sama kita doakan agar virus Covid-19 ni cepat berlalu.




February 2, 2021

#Review Skin Care Simple Untuk Kulit Normal

 Alhamdulillah kulit muka Kak Feni tak banyak masalah sebenarnya tapi sejak dah masuk umur 30an ni dan tahun ni Kak Feni akan masuk umur 35 tahun jadi masalah kulit muka ni makin menjadi-jadi. Bila dah berumur ni memang kena jaga kulit sebab semakin menua kan.


Bila duduk di pejabat lama dan dalam keadaan pendingin udara yang kuat menjadikan kulit kering dan kusam. Jadi solusinya Kak Feni cari produk skin care yang boleh kekalkan kelembapan kulit. Survey punya survey maka nak cuba Simple Skin Care ni. Antara yang Kak Feni pakai sekarang ni Simple Moisturising Facial Wash dan Simple Hidrating Light Moisturiser.




Alhamdulillah serasi dengan Kak Feni. Harganya pun mampu milik. Boleh dapatkannya di Watsons atau Guardian. Sekarang ni susah nak beli di kedai kan jadi boleh order di Shopee je. Diorang akan hantar terus ke rumah. Tak payah susah-susah nak keluar.


Kak Feni beli dengan Onestopwellcarepharmacy, boleh klik sini untuk info lanjut. Beli 2 dapat free postage. Pandai-pandai la korang godek dekat shopee tu.


1. Simple Moisturising Facial Wash



Yang ni pencuci muka, lembut dan segar je bau dia. Sebenarnya takdelah bau sangat. Sesuai untuk kulit muka yang normal. Lepas guna muka rasa lembut dan halus je. Yang penting ia bebas bahan kimia. Ia tak mengeringkan kulit macam sesetengah produk pencuci muka.

2. Simple Hidrating Light Moisturiser




Lepas cuci muka kita harusla pakai pelembab kan. Jadi Kak Feni akan kekalkan lembapan kulit muka dengan Simple Hidrating Light Moisturiser. Pelembab muka ni Kak Feni pakai sebelum sapu foundation atau bedak kompak tu. Bila pakai pelembab ni, mekap akan mudah untuk diratakan di muka dan tak bercapuk. Bila kulit sentiasa lembab, mekap akan nampak lebih cantik dan berseri.

Kak Feni pakai 2 produk ni saja sebab sesuai dengan Kak Feni. Tak perlu banyak-banyak produk sebab tak tahu bila nak pakai. Mudah dan senang yang penting kita cantik.

Selain itu Simple ni ada juga produk Micellar Cleansing Water dan Cleansing Wet yang sangat mudah untuk menanggalkan mekap serta membersihkan muka. Yang penting ianya selamat.



Boleh dapatkan produk Simple ni di drugstore ataupun order online macam Kak Feni order guna Shopee dan kita claim free postage. Jimat dan tak perlu susah payah nak keluar rumah.


#kakfenireview

#KakFeniStory

February 12, 2020

#Review Kopi Aura Dara Lady Top Daripada Farfadeligate (FFD)

Minggu lepas Kak Feni terima 2 box Kopi Aura Dara Lady Top iaitu salah satu produk dari FFD. Hari tu ada lah terima 1 sachet kopi ni diberi oleh leader Kak Feni sebagai tester.

Mula-mula minum rasa sedapnye macam kopi yang mahal ala-ala StarBuck tu. Haha memang sedap terus order untuk minum sendiri dan juga buat stok tapi kalau ada sape-sape nak boleh terus jual je sebab Kak Feni pun stokis FFD kan. Nak taknak kena simpan juga stok 2 3 kotak. (ini tips untuk peniaga online supaya sales laju).

Kak Feni ambil 1 sachet setiap hari dan hari hari  yang ke 3 minum. Kak Feni ambil pagi sebagai minum pagi. Maklumlah untuk hilangkan mengantuk dan tambah tenaga nak kerja sepanjang hari.


Leader Kak Feni bagi tips untuk bancuh kopi Aura Dara Lady Top ni supaya gunakan cawan atau gelas yang kecil. Ala macam cawan minum kopi untuk tetamu tu baru sedap. Air panas dalam 150ml lebih kurang macam tu untuk dapatkan rasa yang sedap dan umphh.

Okey Kak Feni Nak Review tentang Kopi Aura Dara Lady Top ni.



1. Memberikan Tenaga


Kak Feni memang sangat penat sejak beberapa hari ni disebabkan kena uruskan training di pejabat dengan pihak JAKIM dan Universiti Malaya. Jadi memang sangat penat dari segi mental dan juga fizikal. Bila minum kopi ni, Kak Feni mampu bertahan sampai petang hingga selesai semua kerja.

2. Membuang Angin Dalam Badan


Yang ni best sebab Kak Feni memang ada masalah angin dan suka sendawa teruk-teruk sampai ada rakan pejabat cakap Kak Feni macam kerbau. Jadi bila ambil kopi ni badan rasa ringan sebab terkentut-kentut (opsss sorry terpaksa share untuk kebaikan bersama).

3. Tak Sakit Kepala


Pernah minum minuman kopi yang berkafein tinggi sehingga menyebabkan sakit sakit kepala. Kak Feni minum kopi ni alhamdulillah tak sakit kepala. Mungkin serasi kot dengan Kak Feni.

4. Mengurangkan Rasa Nak Makan


Kopi ni bukan sahaja memberikan tenaga malah mengurangkan rasa nak makan. Jadi sesiapa yang rasa nak kurus boleh cuba amalkan kopi ni.

5. Melawaskan Pembuangan

Yang ni best sebab melawaskan pembuangan. Yang mana susah nak membuang tu. Yang ada sampai 2 atau 3 hari tak membuang sampai sakit kepala tu eloklah amalkan kopi aura dara ni. Membantu dalam sistem penghadaman.




Banyak lagi kebaikan Kopi Aura Dara Lady Top ni tapi cukup 5 dulu Kak Feni share berdasarkan pengalaman sendiri. Bagi yang nak cuba Kopi Aura Dara Lady Top ni bolehlah menghubungi Kak Feni sebab Kak Feni pun dah jadi stokis FFD. Yang mana dekat dengan Kak Feni, boleh jer COD dan yang mana jauh macam biasa Kak Feni akan pos atau kurier. Semuanya di hujung jari.

Baca Juga : Kebaikan Aura Dara Lady Top Coffee Dari FFD


Kak Feni : +601115672780 atau ORDER SINI.

August 28, 2019

Review Minum Bizzi Boddy Satu Produk Dari AS Legacy

Mula-mula kita dapat free. Bila dah dapat free kita try. Try macam berkesan dekat diri ini. Seriously minum ni tak rasa lapar.

Kita pun grab sebotol. 1 botol ni ada 15 sachet. Harga RM79.90 Sahaja. Sesuai untuk orang yang nak diet. Haha boleh kawal nafsu makan.

Bila dah berumur ni metabolisma menurun. Berat badan mula naik. Nak kontrol makan pun susah. Jadi kita minum ni untuk kurangkan nasfu makan itu.




Produk : Bizzy Boddy
Harga : RM79.90
15 SACHET 1 Botol

Haha kita sambung sinilah. Nak menaip di ig guna hp rasa lenguh jari-jemari mulus Kak Feni ni. Sebenarnya dah lama dapat free tester dari sahabat Kak Feni. Dia bagi satu sachet untuk try lepas tu dia suruh bagi testimoni.

Mula-mula macam takpelah ! nantilah aku try ! Sombong nau sebab takde keinginan nak cuba. Tunggu, tunggu tibalah masa Kak Feni try. Ewah tu pun setelah sahabat lain yang cakap "eh aku minum benda ni tak rasa lapar la".

Masa tu tak percaya lagi. Betul ke ni. Takpelah nanti aku try.

Kak ipar Kak Feni pun ada cerita pasal Bizzi Boddy ni. Dia cakap nanti kalau dah minum Bizzi Boddy ni kita takkan rasa lapar. Masa tu baru teruja nak try. Haha nak kurus kan ?

Ni aku nak kurus tapi makannya ya ampun. Memang tak boleh nak kontrol langsung. Nak-nak pulak tengok makanan yang sedap-sedap. 

Okey, kita back to cerita asal. Isnin lepas, konon taknak makan tengahari. Makan pagi je. Memang ambil sarapan la. Makan nasi berlauk. Selalunya kalau dah ambil sarapan pagi memang akan makan juga tengahari. Hari Isnin tu try minum Bizzi Boddy ni.

Mula-mula rasa juga lapar tengahari tapi Kak Feni banyakkan minum air kosong. Bila dah petang pukul 4.00 petang selalunya masa ni Kak Feni akan bancuh air milo cicah dengan biskut. Hari tu memang tak rasa lapar dan teringin nak minum atau makan sampai kawan pun tegur '"eh mu tak minum petang ke hari ni ?"

Haha baru perasan. Yelah aku tak rasa lapar lah hari ni. Tengahari tadi aku minum Bizzy Boddy yang Elly bagi hari tu.

Memang tak rasa lapar dan bertenaga. Nak kata perut nak minta isi tu takde sangat. Nafsu makan pun macam disekat. Macam tak percaya ku boleh kontrol makan.

Baru satu sachet dah macam tu. Patutlah Fasha Sanda kurus, dia amalkan benda ni.

Baca juga : Kebaikan Bizzy Boddy Yang Membantu Dalam Mendapatkan Bentuk Badan Idaman

Rasa tak rugi Kak Feni cuba produk ni. Mana tahu boleh turunkan berat badan ni. Kak Feni dah overweight dah ni. Kalau tak kontrol awal-awal boleh kena obesiti 😥. Sangat menakutkan kalau badan naik teruk.

Nak kurus bukan nak cantik sahaja. Nak sihat, nak buat amal ibadat pun senang. Nak hidup lebih lama dan lebih sihat. Kalau hidup lama tapi tak sihat pun tak boleh juga. Jadi kena jaga kesihatan.

Nak order Bizzy Boddy boleh kontek no di bawah ya.

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI 

August 5, 2019

Review | MEWANGI BERSAMA LOSYEN BADAN JAMSYIR DAUN BIDARA

Wah meriah betul hari ni. Pagi-pagi dah ada orang hantar Losyen Badan Jamsyir Daun Bidara, satu produk dari AS Legacy yang sedang hot sekarang ni. Memang kena cuba


Baunya yang wangi dan harum memang selesa sangat. Ada sesetengah losyen tu kan tekstur ia macam melekit. Yang ni sesuai sangat dengan Kak Feni. Bau wangi dan tak melekit.

Umum pun tahu khasiat daun bidara ni. Bila dah ditambah nilai jadi losyen memang patut cuba. Tak payah susah-susah nak pergi cabut daun pokok bidara yang berduri tu. Beli produk AS Legacy dah! Selesai masalah.

Boleh rujuk KEBAIKAN LOSYEN JAMSYIR DAUN BIDARA untuk tahu kelebihannya.


Menikmati wangian yang tidak terkata. Hahaha padahal model belum bersedia.

Selain mewangikan dan melembutkan kulit yang kering, losyen ini boleh juga memutihkan kulit yang kusam. Jadi takdelah nampak kulit tu macam tak cukup zat. Nampak berseri-seri gitue.


Kak Feni akan kongsikan testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan losyen badan Jamsyir Daun Bidara ini di entry akan datang.

Untuk mendapatkan Losyen Badan Jamsyir Daun Bidara ni boleh hubungi ejen AS Legacy seperti di bawah :-

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI

July 19, 2019

Makan-Makan Di Restoran Lorong Seratus Tahun - Sunway Putra Mall


Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk makan tengahari di Sunway Putra Mall. Walaupun tempat ni tak jauh mana dengan opis tapi bukan selalu dapat datang. Haha kalau dulu ada Mek Nadia yang boleh layan apa yang Kak Feni nak makan. Setelah beliau pergi meninggalkan daku, makanya tiadalah lagi geng yang nak layan tekak ni. Huhu

Nadia ! Bila ko nak datang sini ? Aku rinduu. 

Okey berbalik kembali kepada makan-makan kali ni. Sunway Putra Mall memang meriah dengan tempat makan yang sedap-sedap. Pilih jer nak makan apa, boleh dikatakan semua ada.

Nak makan makanan Melayu, Western, Arab, semuanya ada. Kak Feni pergi dengan Elly dan juga Dee hari ni. Mula-mula buat pilihan makanan nak makan nasi atau makan lain. Kak Feni awal-awal dah potong cakap taknak makan nasi sebab pagi tadi dah membelasah nasi ayam penyet.

Jadi kami pun pilih nak makan laksa di Restoran Lorong Seratus Tahun. Kak Feni pilih asam laksa sebab Kak Feni memang hantu laksa. Tak pernah cuba lagi laksa di sini. 

Harganya berbaloi untuk Kak Feni yang sekali sekali pergi makan mewah macam ni. Hahaha. Kami pergi masa rehat, jadinya agak terkejar-kejar masa. Nak makan pun agak kurang menikmati sebab nak cepat masuk opis. Lain kali kena pergi lepas balik kerja baru boleh lepak santai lama sikit.

Untuk asam laksa yang Kak Feni makan, memang best dan sedap. Kuahnya yang pekat dan tak manis sangat. Bagi Kak Feni rasanya cukup dengan masam, manis, masin, dan pedas. Kena dengan tekak Kak Feni dan pastinya akan diRepeat lagi untuk makan asam laksa. Tak sempat nak snap photo sebab kalut kejar masa.

Jumlah harga yang kami makan untuk 3 orang ialah RM53.85. Haha okeylah kan. Sekali sekali. Berpatutan untuk kami yang golongan marheam ni.



Nak tambah sikit. Oleh kerana kami menunggu makan agak lama. Kak feni dengan Mek Ili turun balik ke tingkat 1 untuk bungkus oden di Family Mart. Ini untuk mereka yang berada di opis. Yang taknak keluar.

Berapa jumlahnya seperti dalam resit di bawah. Makan memang tak kan pernah puas. Haha


Sekali sekala terlepas ke Sunway Putra. Bukan selalu boleh terlepas ke sana. Kalau tak nasi campur, roti canai, bihun sup. Lepas tu ulang balik. Macam tu la kalau dah kerja dekat Plaza Permata ni. Sekarang ni pulak dah tinggal 2 3 kedai je yang beroperasi. Jadi tak banyak pilihan. Bila dah terlepas macam ni. Memang heaven sangat 😅😇.

July 11, 2019

Review | Hada Labo Skin Care

Setelah hampir 3 minggu mengamalkan produk Lada Habo Skin Care yang Kak Feni beli di Shopee. (untuk dapatkan diskaun di apps Shopee, jangan lupa masukkan code: SAFEN225 untuk enjoy RM8 off). Hari ni Kak Feni tunaikan janji untuk buat review tentang produk ni.

Kenapa Kak Feni pilih Hada Labo ?

Kak Feni kerja dalam pejabat yang penghawa dinginnya boleh tahan kuat. Bila kuat, kulit jadi kering dan menggelupas. Bila pakai bedak jadi bercapuk dan betompok-tompok disebabkan kulit yang kering dan menggelupas.

Ditambah pula Kak Feni datang dan balik kerja menggunakan motor. Jadinya segala habuk dan debu banyak singgah di muka. Bila tak pakai apa-apa. Liang roma jadi besar dan tersumbat. Kulit nampak kusam dan tak berseri.

Kak Feni beli 2 set trial set dulu sebab baru first time nak cuba kan. Kita try yang kecil dulu. Kalau beli yang besar terus, kulit tak serasi tak ke merugikan diri sendiri. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Nama pun nak cuba kan. Beli jela yang kecik dulu. Bila dah ngam serasi boleh teruskan dengan yang botol besar. Ewah !


Dalam satu box ni, terdapat pencuci muka, toner dan juga krim. Cukup lengkap untuk membantu dalam menangani masalah kulit yang Kak Feni sedang alami. Saiznya yang kecil dan kiut miut ni memang senang nak bawa kemana-mana terutama pergi travel.



Kebetulan minggu lepas Kak Feni pergi travel ke Pulau Pangkor. Jadi memang jimat sangat ruang dalam beg. Tak perlu bawak beg yang besar untuk isi barang skin care.

1. Hydrating Face Wash



Yang ni macam pencuci muka. Ada bau tapi tak kuat. Sof-soft jer orang kata. Best sangat bila guna pencuci muka ni. Rasa lebih segar bila lepas guna pencuci muka. Bila lap kering tak terasa kulit jadi kering. Ada sesetengah pencuci muka ni bila lepas guna tak terus pakai krim, kulit jadi kering. Bila bercakap rasa macam merekah jer kulit. Yang ni okey tak kering. Sesuai dengan kulit Kak Feni.

2. Hydrating Lotion



Yang kegunaannya macam toner. Lepas lap kering muka yang telah dicuci dengan Hydrating Face Wash, guna benda ni untuk lembabkan muka. Best sangat benda ni sebab boleh melembabkan muka. Ada tonert yang pernah Kak Feni try menjadikan kulit muka pedih sebab panas. Yang ni tak panas dan selesa je guna. Bila apply dekat muka, rasa sejuk.

3. Hydrating Light Cream



Yang ni krim muka. Lepas apply Hydrating Face Lotion, guna krim untuk melembabkan kulit. Best sapu krim ni sebab kalau nak pakai bedak pun lebih senang dan lembab. Kalau kulit tak lembab, pakai bedak pun nak kulit kering dan merekah. Paling tak best nampak kusam. Jadi untuk lebih cantik dan nampak glowing, apply dulu Hydrating Light Cream ni. Memang berbeza sangat.

Untuk #KakFenirReview kali ni, Kak Feni bagi 5 Bintang di Shopee sebab packaging dia bagus. DI wrap dengan buble wraping dan kemas. Bila kena campak-campak semasa dalam proses penghantaran pun produk masih dalam keadaan baik. Untuk review penggunaan dan keberkesanan produk ke atas kulit sendiri. Alhamdulillah serasi.





July 9, 2019

CUTI-CUTI MALAYSIA | PULAU PANGKOR TEMPAT MENARIK DAN PALING MURAH DI MALAYSIA

Setelah beberapa hari tak sabar menunggu untuk pergi akhirnya tiba juga waktunya. Bercuti ke Pulau Pangkor ! Ikut trip opis abah buat. Teruja dan sengeh sampai ke telinga 😃. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Jom Kak Feni share aktiviti kami di sana.

Pulau Pangkor | Day 1 - 05/07/2019 - Friday


Kami sampai di jeti Marina pukul 12.00 tengah hari. Makan tengahari siap-siap sebelum naik feri. Feri di Marina beroperasi sejam sekali. Oleh kerana masih ada masa kami makan tengahari siap-siap di jeti Marina.

Lepas makan, kami berkumpul di tempat yang disediakan di jeti untuk naik feri. Perjalanan dari jeti Marina ke Pulau Pangkor tak lama. Dalam 15 ke 10 minit sahaja. Tak terasa pun naik bot. Bagi yang nak rasa naik bot lama-lama boleh jer naik di jeti Lumut.

Kami sampai di Pulau Pangkor tepat pukul 1.30 petang. Tunggu teksi pink untuk ke tempat penginapan. Jeti ke tempat penginapan kami di Teluk Nipah sejauh 8 KM sahaja. Kami kena naik 5 buah teksi sebab ramai. Kami satu group dah 48 orang. 

Suami Kak Feni ambil sebuah motor untuk memudahkan pergerakan kami di sini. Rate sebuah motor untuk hari hujung minggu ialah RM40 sehari. Oleh kerana kami ambil ikut pakej adalah diskaun sikit. Kena pandai-pandai bodek 😁.







2.00 petang kami tiba di tempat penginapan. Berkumpul di lobby untuk taklimat. Tempat penginapan kami kali ini ialah Palma Beach Resort.



Setelah selesai mendengar taklimat dan dapat kunci masing-masing, kami terus masuk bilik dan berehat. Aktiviti petang ni santai, free and easy. Pukul 6.30 ada aktiviti bird fiding iaitu memberi makan burung enggang. Tak jauh dari tempat penginapan. Hanya jalan kaki jer.

Lepas aktiviti bird fidding, kami balik bilik masing-masing untuk bersiap bagi majlis makan malam. Majlis makan malam juga disertai dengan sambutan harijadi bagi mereka yang lahir pada bulan Jun. Makan malam telah di add-on dalam pakej. Kalau tak, makan malam tak termasuk dalam pakej.

Lepas makan malam, aktiviti bebas. Boleh jalan-jalan di tepi pantai dan santai di kedai-kedai yang ada di Teluk Nipah. Malam hujung minggu adalah malam yang havoc bagi Teluk Nipah. Ramai pengunjung dan banyak kedai dan gerai yang buka. Kalau hari-hari minggu biasa, kebanyakkan kedai tak buka dan nampak macam sunyi.

Lepas penat jalan-jalan dan lepak santai. Balik bilik untuk tidur.

Pulau Pangkor | Day 2 - 06/07/2019 - Saturday


Sarapan pagi disediakan seawal pukul 7.30 pagi. Kami bersarapan di lobby penginapan sebelum bersiap untuk aktiviti island hopping dan snorkeling.

Kami berkumpul di tepi pantai seawal jam 8.30 pagi bagi aktiviti pantai. Sementara menunggu bot sampai pelbagai aktiviti yang boleh dibuat seperti permainan banana boat dan sofa boat. Harga untuk group besar macam kami, diorang bagi untuk banana boat RM13 per person. Manakala sofa boat RM20 per person. Harga untuk setiap permainan ini lebih murah berbanding di tempat lain seperti PD dan Penang. Jadi kalau rasa nak main sukan air ni, boleh pergi ke Pulau Pangkor.

Riuh rendah bila dah ramai. Diorang enjoy the day. 





Bergambar beramai-ramai sebelum naik bot untuk ke aktiviti snorkeling.

















Kami diberi masa selama 2 jam untuk aktiviti snorkeling. Memang best sangat. Untuk aktiviti snorkeling ni, sediakanlah roti sebab ikan-ikan suka makan roti. Bila kita umpan dengan roti berebut-rebut ikan datang kat tangan kita untuk makan. Memang best sangat. 

Oleh kerana kami saja yang bawa satu buku besar roti, makanya kena berkongsi beramai-ramai. Bolehlah merasa sikit sorang. Dekat pulau tu ada juga nampak kedai yang jual burger dan air. Tapi tak tahu harga berapa sebab tak pergi ushar dekat.

Setelah 2 jam di pulau, kami dijemput kembali dengan bot untuk ke pantai.

Kami tiba di dataran dalam pukul 12.30 tengahari. Balik bilik untuk bersiap makan tengahri dan berehat untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti petang ini ialah sukaneka. Macam-macam permainan yang ada untuk mengeratkan silaturahim.

Aktiviti sukaneka berakhir dalam pukul 5.30 petang. Yang ni Kak Feni tak join sebab anak-anak tidur keletihan. Hanya abahnya yang pergi join. Dah nak habis baru kami sampai.

Aktiviti petang kami dihabiskan mandi kolam di hotel yang Acik menginap iaitu Palm Bay Resort. Dekat jer dengan Palma Beach Resort. Jalan kaki 2 3 langkah orang kata.



Pengipan kami Palma Beach Resort tak ada kolam tapi lebih dekat dengan pantai. Palm Bay Resort agak ke belakang namun tak jauh dari pantai, ada kolam. Kedua-dua resort ni bersih dan selesa. Direkomenkan untuk menginap bila ke Pulau Pangkor. Harga berpatutan.

Kolam di Palm Bay Resort ni mula buka pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Jadinya anak-anak mandi sampai puas. Nak maghrib baru naik. Pagi mandi laut petang mandi kolam. Memang seronok sangat.

Lepas puas mandi manda kolam, balik ke bilik untuk bersiap makan malam. Makan malam ini ada kambing golek yang ditempah khas untuk semua Team HKL. Makan malam juga disertai dengan majlis penyampaian hadiah untuk peserta yang menang sukaneka.









Selesai makan malam, aktiviti bebas dan semua orang bebas nak buat aktiviti apa pun. Ada yang ambil peluang bersiar-siar di gerai-gerai Teluk Nipah. Ada yang sewa pancing untuk memancing. Ada yang lepak santai di bilik. Ikut masing-masing.
Kami ? Kami layan busker di tepi pantai.















Puas santai layan busker tepi pantai, kami round-round dengan motor. Letih balik bilik untuk rehat. Adik Rayyan terus lentok tidur. Kak Feni dengan Abang Aus keluar balik sebab Acik ajak pergi minum. Sakan oiii.



Cantik sungguh suasana malam di sini. Santai-santai lepak sambil menikmati minuman panas sejuk dan juga kentang goreng panas-panas.









Puas melepak dan perut kenyang kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur. Selesai sudah aktiviti kami di hari ke-2.

Pulau Pangkor | Day 3 - 07/07/2019 - Sunday

Hari terakhir kami di Pulau. Bangun awal pagi nak pergi tengok sunrise lah kononnye. Merayap pagi-pagi last-last matahari naik arah lain. Hahahaha 😂.




Kami balik ke tempat menginap untuk sarapan pagi. Sarapan pagi bermula pukul 8.00 pagi. lewat sikit dari hari sebelumnya. Lepas sarapan balik bilik untuk kemas-kemas beg. Acik dan Pakcik datang untuk ajak ronda-ronda pulau dengan motor. Makanya, kami semua dengan tak mandi terus gerak meronda. Hahaha asal boleh ! Apa ada hal kan ?

Ronda naik turun bukit. Hahaha kecut perut. By the way kalau nak sewa motor di pulau ni, better pilih skuter sebab baru syok naik bukit. Kalau pilih motor biasa yang ada gear tu, silap hari bulan semput-semput naik bukit buat naya. Pilih motor yang elok sikit untuk kemudahan sendiri.

Rate sewa motor bagi hujung minggu ialah RM40 sehari. Kalau 3 hari dah RM120. Ala pandai-pandai lah ayat orang yang sewa tu. Kak Feni dapat diskaun sikit sebab ambil dengan ejen yang jadi tour guide kami.

Kami singgah di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan. Satu-satunya kilang milik bumiputera di Pulau Pangkor.



Kat sini kita boleh beli macam-macam hasil laut yang telah diproses seperti sate ikan, sotong kering, ikan masin dan banyak lagi.



Kami teruskan perjalanan ke Kota Belanda untuk bergambar. Kalau datang sini tak pergi Kota Belanda, rugi sebab boleh tengok tempat sejarah. Anak-anak suka pergi sini sebab boleh naik tangga.







Kemudian seterusnya kami ke Masjid Terapong Pulau Pangkor. Haha oleh kerana Kak Feni pakai baju tangan pendek. Kami bergambar di depan masjid jela.


Sebelum sampai Masjid Terapong ni kita akan jumpa Batu Bersurat dulu. Kami tak berhenti pun untuk ambil gambar sebab nak kejar masa. Lepas snap-snap gambar kami balik ke resort untuk bersiap pulang. Kami kena check-out sebelum pukul 12.00 tengahari. Sampai di resort dalam pukul 10.40 pagi. Ada masa lagi untuk anak-anak nak mandi kolam. Jadi depa pergi mandi kolam sementara ummi kemas beg.

Setelah semuanya siap, kami berkumpul beramai-ramai di lobby resort untuk urusan check-out. Berphoto untuk kenangan.


Kami ke jeti dengan teksi pink yang disediakan.




Beratur untuk naik feri di jeti Pulau Pangkor. Masa ni ramai betul orang yang nak kembali ke tanah besar. Habis sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor.

Nanti Kak Feni share pasal pakej yang kami ambil. Berbaloi-baloi sebab murah dan puas hati. Rate 5 star.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...