March 11, 2025

Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport

 


Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport dan pengeksport produk halal kena ambil cakna dengan apa yang kerajaan buat sekarang.


Walaupun agak pening kepala dan ada benda yang memang tak masuk langsung dalam kepala ni, alhamdulillah berjaya juga habiskan program sehari hari ini. Alhamdulillah syukur.


Kami join webinar je untuk bulan Mac dan di pejabat sahaja. Bulan April inshaAllah akan pergi secara face to face dengan tenaga pengajar. Jadinya kena pergi training 2 hari. Entah masuk ke tidak la otak aku yang dah tak berapa nak muda ni. Haha harapnya berjaya bawa balik ilmu dan share dengan orang lain la.


Training ni bukan murah. Bayaran per pax dan harga boleh tahan. Mujur office bayarkan. Kalau harapkan diri sendiri bayar lambert lagi lah.


By the way hari ni dah 10 Ramadhan dah. Maknanya lagi 20 hari je nak sambut raya. Baju raya dah beli ke belum. Kak Feni habuk pun takdak lagi. Ingat nak beli yang murah-murah je kat tiktok atau shopee. Shopee boleh spay later. Hihi. Bulan depan baru bayar.


March 10, 2025

Pejam Celik Pejam Celik Dah 2025

Alhamdulillah masih diberikan nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup ini. Syukur kepada Allah. Pejam celik pejam celik dah 9 Ramadhan hari ni. Tiba-tiba puasa, tiba-tiba raya. Begitulah hidup ini.


Anak-anak pun makin membesar dan semakin meningkat remaja. Masa kecil kita yang jaga belai. Bila dah meningkat usia. Kadang-kadang cakap kita pun tak berapa nak dengar. Begitulah. Namun sebagai ibu, jangan pernah putus doa untuk anak-anak sebab doa ibu ini tiada hijabnya.


Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak. Berjaya dunia akhirat. Syurga itu bukan percuma jadi nak capai syurga tu bukan senang. Allah akan uji kita dengan macam-macam ujian. Kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya tapi Allah dah janji yang Dia takkan menguji hambanya diluar kemampuannya.



Kita ni selalu leka dengan duniawi sampai lupa tujuan hidup yang sebenar. 


UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.

Apabila Allah SWT mengasihi hamba-Nya, maka pasti Allah SWT akan mengujinya. Ujian Allah SWT hendaklah diambil sebagai satu tanda kecintaan Allah SWT kepada kita.


Kalau tanpa ujian, kita akan leka dengan nikmat duniawi. Lupa bersyukur dan sentiasa mencari apa yang kurang dan salah. Kalau kita redha dengan ujian yang Allah bagi, inshaAllah hati akan tenang.

 Sekian, bulan Mac baru start menulis supaya otak ini tidak tumpul. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...