December 28, 2015

Diary bisnes



Saya budak baru belajar. Buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Pergi keje balik keje.

Balik kampung bercuti semua saya bawak buku ni..

Mase kene ragut tempoh hari nasib baik buku ni takde dalam beg..alhamdulillah..

Segala benda saya catat dlm ni..
Orang order
Perancangan saya
Tentang aktiviti bisnes saya
Semua saya catat dalam ni

Bila ada order saya pasti akan belek dan catat dalam ni..Bila ada ilmu2 penting yang saya dapat saya mesti catat dalam ni.

Biar ianya lunyai namun apa yang ada dalamnya hanya saya yang tahu betapa bernilainya ia..

Muka surat yang kosong dah tinggal beberapa helai saja..nampaknya tahun baru kene ada buku baru.haha..

Sejak berbisnes online ni buku ni lah saya bawak ke hulu ke hilir. Semua benda saya catat dalam ni.

Sempena tahun baru 2016 saya kene beli buku baru lah gamaknya sebab banyak lagi benda saya nak buat. Nak plan betul-betul bisnes ni. Cita-cita setinggi langit. Tapi tanpa perancangan yang betul takkan kemana. Hidup ini try and error. Aku tak boleh lagi berputus asa dengan hidup banyak benda aku nak buat. 

Ya Allah. Kuatkan aku dan berikan lah aku kekuatan untuk mencapai segala cita-citaku amin.

December 16, 2015

8 Tips Untuk Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Semulajadi

Alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk kuruskan badan secara sihat. Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk  mendapatkan bentuk badan yang ideal.





Tips Untuk Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Semulajadi

1) Setkan Target Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Yang Diinginkan

Pertama sekali anda perlu setkan target berapa kilogram anda ingin turunkan berat badan anda. Contohnya berat sekarang 80kg. Setkan untuk turun sebanyak 30kg bagi mendapatkan berat yang ideal iaitu 50kg.

Setelah anda setkan target untuk kurus jadi anda harus melakukan dengan bersunguh-sungguh. Anda harus melakukannya tanpa tanguh-tangguh lagi. Sikap kita yang akan menentukan hasil yang kita akan dapat.

2) Memahami Kadar Kalori Dalam Setiap Makanan 

Setiap set makanan yang kita ambil setiap hari mempunyai kadar kalori yang berbeza. Jadi kita harus ambil tahu tentang apa yang kita makan setiap hari supaya kita dapat membakar segala kalori yang berlebihan untuk kekal langsing dan kurus.


3) Makanlah Sedikit-sedikit

Jangan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu waktu. Amalkan makan dengan jumlah yang sikit tapi berterusan.

4) Hindari Waktu Makan Malam

Waktu yang sesuai untuk makan malam adalah sebelum maghrib iaitu dalam pukul 6.00 patang.

5) Hindari Makanan Yang Bergula

Kurangkan makanan yang manis dan kadar gula yang banyak. Makanan yang manis boleh menyebabkan pelbagai penyakit.


6) Tukarkan Makanan dengan Makanan Yang Rendah Lemak

Ambil makanan yang kurang lemak. Sekiranya suka makan makanan yang bergoreng dan berminyak tukar kepada makanan yang lebih sihat iaitu masak secara stim atau bakar. Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

7) Amalkan Senaman 

Setiap hari amalkan senaman ringan untuk kekal sihat. Tahukan anda bahawa kita perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari untuk membakar kalori.


8) Memberi Sepenuh Komitmen


Untuk mendapatkan hasil yang terbaik kita haruslah berdisiplin dan komitmen. Kita harus memberi sepenuh komitmen untuk kekal kurus dan langsing.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...