Showing posts with label SAFENI FENI. Show all posts
Showing posts with label SAFENI FENI. Show all posts

October 17, 2018

Just Be Yourself And Love YourSelf

Dalam hidup ini, kalau kita terlalu mengambil pusing dengan kata-kata orang, kita takkan mampu untuk terus maju. Kalau kita ikut je kata-kata orang yang nak menjatuhkan kita. Sampai bila pun kita akan macam tu juga.

Sebaiknya kita jalan je terus. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Sememangnya kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang. Jadilah diri sendiri. Tak perlu nak berusaha sungguh-sungguh untuk memuaskan hati orang. Hati kita yang sakit.

Nak berjaya kena hati kering. Benda remeh temeh ni abaikan jela. Bukan dema yang nak bagi kita makan. Contohnya, kalau kita asyik layan apa yang orang nak kata. Kita jadi kemurungan sampai sakit. Bila sakit kena ambil cuti untuk berehat. Cuti pulak kena potong gaji. Siapa nak tanggung kita dan family kita.

Jadi diri sendiri. Orang putih kata "just be yourself". Tak suka tak payah tunjuk muka. Hidup je dengan apa yang kita mampu. Jangan buat hal dengan orang lain. Jangan cari pasal. Jangan buat gaduh. Buat mudah je. Kita tahu orang tak suka kita, kita diam je.

Dalam hidup ini, belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Nikmat syukur itu lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Allah bagi semua ujian ni sebab dia sayangkan kita. Alhamdulillah sebab Allah nak jauhkan kita dari orang-orang yang taguna. Haha

Menjadi diri sendiri buka lesen untuk kita bangga diri tapi untuk mencari kekuatan diri. Biarlah kita hidup dengan cara kita. Tak perlu try hard untuk menjadi terbaik di mata orang. Cukup membanggakan bila keluarga dan orang tersayang ada disisi. Jatuh ke bangun ke, mereka tetap ada bersama kita. Itu yang penting.

Satu lagi, bila musibah datang. Ambil masa untuk muhasabah diri. Mungkin aku kurang itu ini. Jadi sementara peluang ada untuk mengubahnya. Kita berusaha untuk baiki apa yang kurang.

Love yourself and just be yourself.


October 10, 2018

TEKANAN DARAH RENDAH MENYERANG LAGI


Semalam Kak Feni terpaksa ambik mc sebab kepala pening dan berpusing. Mula terasa sejak hari Ahad lagi. Isnin tu Kak Feni balik kena hujan pula. Tak larat sangat nak datang kerja.

Pergi jumpa doktor untuk ambil ubat dan sakit yang sama. Kalau doktor refer dengan sakit yang lama pun mesti masalah sama. Bila cek tekanan darah memang rendah sangat. 70/90. Doktor tanya juga dada berdebar-debar tak ? Kak Feni jawab tak ada. Kalau dada berdebar, doktor nak bagi iron sebab bila darah tak cukup. Jantung akan letih dan tak dapat mengepam dengan baik. 

Dia tanya lagi, kalau berak najis macam mana ? Kalau najis keras memang ada masalah. Sebabnya kadang-kadang darah keluar melalui najis. Kita takkan nampak dengan mata kasar. Kena guna mikroskop.

Macam tulah bila dah sakit kan. Kene jumpa doktor. Walaupun Kak Feni amalkan suplemen. Nasihat doktor memang Kak Feni tak tinggal. Ikut juga nasihat doktor. Dia suruh banyakkan makan daging merah, kerang, dan ikan bilis. Makanan yang banyak iron untuk membantu menambah darah. Dia cakap lagi, iron ni tak ada dalam sayur. Kena ambil makanan seperti yang dia sebut tadi.

BACAAN TEKANAN DARAH NORMAL

Dah siap jumpa doktor, dia bagi 2 jenis ubat. 1 jenis ubat pening dan satu lagi ubat sakit kepala. Kak Feni bagitahu doktor yang paling teruk bila keluar dari lif  memang pening sangat. Rasa macam nak pitam. Kak Feni ambil ubat panadol 2 biji untuk legakan pening ni. Rupanya tak jalan pun. Mungkin ubat tak sesuai.


Jadi hari ni hari kedua Kak Feni ambil ubat ni. Pening ni kadang-kadang dia datang. Kadang-kadang dia hilang. 

Doktor cakap simptom biasa lepas datang bulan ialah pening, rasa nak pitam dan badan rasa sangat letih. Kebanyakan simptom ini akan terjadi dalam seminggu atau 2 minggu lepas datang bulan. 

So wanita kena jaga. Kalau rasa pening-pening sampai tak tertahan tu lebih baik lah jumpa doktor untuk mendapat nasihat yang sepatutnya. 

Sakit ni ujian sebenarnya. Untuk kita lebih dekat dengan Allah. Kalau tak sakit kita akan sombong dengan kesihatan kita. Alhamdulillah Kak Feni tetap bersyukur dengan nikmat sakit ni. Ramai orang yang lebih teruk sakitnya dari Kak Feni.

Hari ni dah kembalik kerja macam biasa.

October 4, 2018

5 TAHUN 6 BULAN 4 HARI SUDAH AKU DI SINI

Alhamdulillah pejam celik sudah 5 tahun aku kerja di sini. Suasana kerja yang best bagi aku sebab flexible. Bos pun okay-okay sahaja. Bab gaji memang tak boleh nak cakap sebab P&C.

Kadang-kadang teringin juga nak cuba sesuatu yang baru tapi mengenangkan aku kena pergi interview balik. Lepastu  nak dapat benefit macam sekarang ni memang susahlah. Mungkin rezeki aku di sini. 

Azam aku nanti. Nak kerja sampai umur 40 tahun je dengan orang. Lepas umur 40 tahun aku nak berhenti kerja dan fokus dengan bisnes sendiri. Sekarang ni enjoy dulu dengan pengalaman menjadi seorang pekerja.

Kalau sebelum ni, aku sering bertukar-tukar kerja sebab selalu berpindah. Lepas tu, masa tu tak kahwin lagi jadi komitmen pun memang tak banyak. Hanya untuk diri sendiri je. Jadi memang tak kisah pun apa nak jadi esok hari.

Bila dah kahwin dan beranak pinak ni, mula berfikir ke depan untuk masa depan anak-anak. Kerja kuat untuk masa depan anak-anak. 


Antara tugasan awal Kak Feni masa mula-mula masuk company ni. Terkejut sebab pejabat memang huru hara. Tak tahu nak mula dari mana. Filing pun memang hancur. Hari kedua Kak Feni kena cucuk di kedua belah tangan untuk masuk ubat sebab kena muntah-muntah dan cirit birit. Haha terkejut dengan keadaan opis. Mula-mula memang teruk sangat rasa. Banyak benda nak kena buat. Sekarang alhamdulillah semua dah "under control".

Tahun 2013 Kak Feni tak banyak share di media sosial. Kunun nak private. Sebenarnya tak reti pun. Kehkehkeh.


[FIREDRILL 2013] 
Ni adalah kali pertama Kak Feni kena turun ke bawah melalui tangga dari tingkat 13. Rasa nak tercabut kaki. 2 minggu tak hilang sakit urat disebabkan firedrill ni. Serik dah rasa nak turun ke bawah guna tangga. Merasa jugalah turun dengan tangga. Sampai bawah kaki dah tak rasa apa dah.


Ni masa tahun 2015. Kerja semakin bertambah dan bertambah. Kak Feni mula faham tentang kerja-kerja sebagai pemaju seperti progress billing, kira loan dan sebagainya. Alhamdulillah untuk ilmu ini.

Kini dah 5 tahun lebih masih kerja disini. Daripada badan kurus keding, comel lote. Sekarang ni dah semakin comel dan lotenya. Hahahaha


Dalam 5 tahun ni, banyak suka duka yang telah dilalui. Banyak benda yang best berlaku sebab boss dan sahabat semuanya baik-baik. Kami bekerja dengan ikhlas hati untuk sama-sama menjemput rezeki.

Semoga ada sinar di kedepan hari. Boss naikkan gaji ke. Dapat bonus berkodi-kodi ke. Bawak kami pergi travel ke. Best kan ? 


October 3, 2018

Alhamdulillah Untuk Hari Ini.



Alhamdulillah selesai dah meeting dengan ustaz yang datang jauh dari Kota Bharu. Kalau minggu lepas kami yang terpaksa turun ke Kota Bharu, hari ni ustaz pula yang datang ke KL. Siapa ustaz ni ? Ustaz adalah salah seorang ejen untuk mempromosikan shoplot kami di Kota Bharu.

Kak Feni tak boleh nak mention lebih-lebih pasal hal-hal syarikat sebab P&C kan. Kang tak pasai-pasai kena saman dengan company. Just nak share tentang kedudukan diri je.

Apa tugas Kak Feni sebenarnya ?

Sediakan paperwork dan buat sedikit penerangan. Sebenarnya paperwork ni tak boleh buat sorang-sorang. Kena duduk dan berbincang dengan boss sebab segala keputusan kita staff tak boleh nak memandai. Apa pun boss yang kena buat keputusan. 

Kak Feni cuma dengar dan buat kertas kerja saja. Apa yang boss putuskan. Kami yang mengikut arahan. Kadang-kadang stress juga dengan kerja ni sebab rasa macam tak boleh nak buat. Nak marah dan geram pun ada. Tapi dah nama pun staff kan. Nak tak nak kena hadap jugak la.

Harapnya lepas ni selesailah semua ni. Sakit kepala dah nak mikir. Haha sebab dari tahun ke tahun tak selesai lg. Masalah takkan selesai selagi nyawa dikandung badan. Jadi bersabarlah dengan segala ujian yang Allah bagi ni.

Selesai meeting untuk hari ini. Esok kita sambung kerja lagi.

October 2, 2018

Done Daftar Sekolah TABIKA Untuk Adik Rayyan


Hari ni macam biasa bangun awal tapi Adik terlebih excited sebab nak daftar dia masuk tabika tahun depan. Dia cakap dia taknak sekolah sebab nak jaga baby Abang Par (adik Abang Par). Bila dah sampai sekolah dia senyum je.

Alhamdulillah selesai sudah pendaftaran sekolah adik hari ni. Ummi dah ambil borang minggu lepas lagi. Semalam baru complete semua cuma gambar passport je belum ambil lagi. Minggu ni kena pergi ambil gambar di kedai gambar. Tak tahulah macam mana gaya nanti. 

Cikgu cakap kena order baju saiz S sebab nampak adik kecik je. Cakap juga dengan cikgu, kalau tak sekolah rugi pulak sebab abang dulu dah sekolah 5 tahun. 6 tahun dah boleh membaca dan mengira. Cikgu cakap tak mengapa sebab 5 tahun hanya untuk ajar anak-anak tentang disiplin dan berkawan. 

Terima kasih cikgu sebab memahami. 

Tahun depan, adik akan mulakan sesuatu yang baru. 2 tahun ni dia hantar je abang ke sekolah. Tahun depan dia pulak. Yang pastinya dia tak mengamuk nak bangun pagi. Hari pertama tak tahulah macam mana dengan sekolahnya. Adakah ummi kena ambil cuti ? Harus dah sebab abang pun baru pertama kali sekolah rendah dan sekolah agama.

Harapnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.




October 1, 2018

WELCOME OCTOBER !


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober dah hari ni. Semoga baik-baik sahaja untuk bulan ni. Jom bangkit berlari. Selagi belum capai apa yang di impikan. Teruskan berusaha. Abaikan kata-kata negatif yang selalu menghantui diri dan fikiran.

Doa dan terus berdoa. Allah Maha Mendengar cuma kita yang belum bersedia untuk menghadapinya.  Lagi 3 bulan je lagi nak sambut tahun baru. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar sekali.

OCTOBER, please be nice for me.

September 28, 2018

Selamat Tinggal September 2018

Melihat ke kalendar yang berada di hadapanku ini. Mengimbau kembali apa yang telah terjadi. Banyak perkara yang berlaku dalam bulan ini. Berjalan dengan lancar dan baik sekali. Ada benda yang sudah terlalu awal dirancang dan ada juga secara tiba-tiba.



Minggu depan dah bermula bulan baru iaitu Oktober. Apa yang akan jadi dengan Oktober kali ni ? Yang pastinya bulan Oktober ni takde cuti. Jadi kena kerja setiap hari sampai habis bulan Oktober. Hopefully aku sentiasa sihat walafiat untuk kerja dengan penuh semangat. Cuti tahunan pun dah tinggal ciput je ni. Tak boleh nak bersuka ria sangat.

Masa cuti raya hari raya haji bulan lepas memang cuti sungguh-sungguh. Balik kampung start ke Manjung, lepas tu Gerik lepas tu Kelantan. Balik dari Kelantan terus pergi ke Ipoh sebab join abang cik ke MAPS dan Lost World.

Apa nak jadi dengan Oktober nanti ?


Tak banyak lagi yang dah tanda sebab belum buat lagi. Yang pastinya minggu depan akan ada meeting dengan boss dan juga outsider. Nasib baik sebab tak payah fly ke Kota Bharu. Bukan apa, tak seronok nak fly ke sana. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni memang stress lepas tu kan tak nak tinggal anak-anak.

Kalau dah kerja dan terpaksa tu nak buat macam mana kan. Nak tak nak kena hadap juga la. Semoga Oktober ni lebih baik dari hari sebelum ni. 

Nak wish awal-awal sebab takut esok dengan lusa takdak masa nak wish. Maklumlah hari coti kan. Masa untuk anak-anak. Family time. Kerja kuat macam mana pun masa dengan anak, jangan sia-siakan sebab masa yang berlalu takkan boleh dapat balik. 

So... Welcome OCTOBER 2018 !!! My husband birthday. Excited sebab nak wish kat dia "selamat hari tua'' dan bahadia sampai syurga.

September 26, 2018

Kerja Sambil Makan-makan di Kota Bharu

Masa dalam perjalanan ke Cameron Highland minggu lepas, adalah sembang-sembang dengan Mak Ude dan husband pasal cerita "first time naik kapal terbang". Hahaha Kak Feni memang tak pernah naik kapal terbang seumur hidup sepanjang umur 31 tahun. Tahun lepas kami plan nak bercuti ke Langkawi. Jadi itulah kali pertama Kak Feni dan keluarga naik kapal terbang. 

Bulan Oktober tahun lepas kami pun dengan teruja dapat naik kapal terbang. Flight pukul 12 tengahari tapi kami keluar awal pagi sebab takut jam. Maklum sajalah jalan di Hulu Langat dan otw ke KLIA tu memang sesak. 

Cerita punya cerita sampai la Kak Feni cakap. Emm entah bila la boleh naik kapal terbang. Nak pergi mana pulak lepas ni ? 

Tak lama lepas tu, dapat wasap dari boss tentang kena turun meeting di Kota Bharu pada sekian sekian tarikh. Mulanya Kak Feni cakap. Alaa tak bestnya kena pergi KB. Kena tinggal anak-anak. Sedih ! Bab anak-anak memang lemah betul kan. Tapi oleh kerana kerja kena kuatkan hati. Kena keluar dari comfort zone. Ingat senang ke nak tinggalkan anak ?

Makanya kelmarin Isnin, kami ke Kota Bharu dengan menaiki kapal terbang Firefly. Terpaksa bermalam di Kota Bharu sebab ada 2 meeting yang kena hadir. 

Hari pertama, flight pukul 9.40 pagi. Kami sampai di Subang Airport awal lagi sebab takut jalan sesak.



Kami sampai di Kota Bharu pada pukul 11.00 pagi. Mr. Chow jemput kami dengan kereta "porsche" beliau di airport. Bawa kami ke pejabat di Bandar Baru Tunjung. Sebelum tu dia bawa kami pergi tengok stesyen ECRL yang telah dibatalkan oleh kerajaan. Memang besar dan cantik tempatnya. Dekat sangat dengan pejabat kami. Kami tak turun pun kereta just tengok dari dalam kereta.

Seterusnya kami ke site untuk melihat keadaan sekeliling sambil berbincang tentang perancangan yang akan dibuat nanti. 




Bersiap-siap untuk meeting yang pertama. Tengahari kami pergi lunch di Sakinah. Kak Feni memang taktahu nak makan apa. Betul orang kata Kota Bharu adalah syurga makanan. Memang HEAVEN sangat-sangat.



Kami bermalam di rumah Kak Amy sebab taknak bermalam di apartment opis. Haha alasannya nak bergosip mosip mak jemah laaa. Kami dijamu makan mee celop Kak Noli (kakak Kak Amy). Memang terbaik di Kota Bharu.


Makan kenyang-kenyang, balik rehat. Pukul 8.00 malam keluar untuk dinner di JL Fara Crab.








































Selesai makan malam. Ingat nak jalan-jalan di Wakaf Che Yeh. Oleh kerana kepenatan dan kami perlu keluar esok pagi. Kami terus balik rumah dan tidur.

Pagi Selasa 25/09/2018, 5 orang sahaja yang perlu attend meeting. Yang lain kena masuk pejabat. Jadi kami bersarapan di Kopitiam Kita.


Di sini tak sempat nak ambik gambar sebab fokus dengan perbincangan untuk meeting pukul 11.30 pagi. Kat sini pun heaven juga, sebab makanan dia memang banyak dan sedap-sedap semuanya. Habis bersarapan kami terus ke urusan seterusnya. Meeting bermula pukul 11.30 hingga pukul 1.00 tengahari. Kami kembali ke pejabat untuk makan tengahari.

Lepas makan tengahari kami teruskan dengan internal meeting bersama #teamKB dan #teamKL untuk perkara selanjutnya.




Pukul 3.30 petang masa untuk kami ke airport Kota Bharu. Masa untuk pulang. 2 hari di Kota Bharu atas urusan kerja. Memang seronok sangat sebab boleh selesai hal kerja. Bila ingat anak-anak, sedih pulak nak tinggal lama-lama.




Kami touch down di Subang Airport pukul 6.15 petang. Terus ambil teksi untuk balik. Sampai rumah dalam pukul 9.00 malam. tengok anak-anak depan mata memang hilang habis penat lelah kerja.








Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...