Showing posts with label ADIK RAYYAN. Show all posts
Showing posts with label ADIK RAYYAN. Show all posts

November 11, 2019

Sambutan Hari Sukan Sekolah Adik Rayyan 2019

Semalam kamu semua bangun awal untuk bersiap ke sekolah Adik sebab ada samputan hari sukan sekolah. Seronok sangat bila dapat sertai sambutan kali ni. Kebetulan buat hari Ahad, jadi abahnya boleh join lah.




Cuaca agak panas semalam jadi kami balik semua sakit kepala. Nasib baiklah berbaloi sebab adik dapat banyak hadiah walaupun sekadar nombor 3. Jadilah kenangan tabika 5 tahun.

Tahun lepas sambutan hari sukan abang tak pakai kasut. Garisan untuk acara tu pun buat dengan tepung. Jadi ummi pun ingatkan sama dengan tahun lepas. Tak bawa lah kasutnya. Bila sampai tengok semua orang pakai kasut. Jadi ummi cepat-cepat suruh abah balik ambik kasut. Kesian kat adik.


Hihi abahnye kena jadi pemegang tali garisan penamat. Bukan selalu kan. Untuk anak-anak juga.





Majlis penyampaian hadiah sempena akhir tahun pun disekalikan. Jadi lepas penat bersukan, anak-anak bersiap pakai jubah untuk sesi terima hadiah.



Ummi jauh duduk belakang. Jadi tak boleh nak ambil gambar dengan clear. Huh nak harapkan abahnye yang dah sakit kepala. Hilang entah kemana. (hangin jugeklah rasanya).

Lepas majlis dapat hadiah 5 tahun dengan berpakaian jubah konvo. Majlis penyampaian hadiah untuk acara sukan.


Alhamdulillah hasil lari bawa bola pimpong dengan sudu. Adik dapatlah Tupperware. Hihi kalau nak beli mahal jugak tu. Rezeki anak ummi. Bila dapat join majlis macam ni, ummi pun tumpang seronok. Kalau buat hari kerja, ummi dengan abah susah nak dapat cuti.

Majlis berakhir pukul 12.30 tengahari selepas jamuan makan. Sempatlah kami makan sebelum balik. Alhamdulillah rezeki dan kami seronok sangat.





October 23, 2019

Jalan-Jalan Ikut Anak Tabika Ke Zoo Sunway & Kilang Coklat Beryl's

Semalam Kak Feni ikut Adik Rayyan pergi lawatan sekolah Tabika Kemas ke Zoo Sunway dan Kilang Coklat di Balakong. Bukan saja anak-anak yang seronok, mak-mak yang join ikut pun seronok sekali. Kak Feni dah apply leave lama dah sebelum tu sebab lawatan kali ni pada hari kerja.


Ummi dengan Adik Rayyan dah sampai awal kat tempat berkumpul untuk naik bas. Semangat sangat nak pergi lawatan.

Adik tak pernah ikut lawatan sekolah. Ummi tak harap sangat macam abang Aus dulu. Abang dulu, ummi lepaskan dengan cikgu jer sebab ummi tak banyak cuti. Abang ikut jer cikgu. Yang adik ni ummi tak harap sangat sebab memang dia tak tahu apa-apa. Nak pergi tandas ke nak makan pun tak pandai. Haiii baiklah ummi ikut.

Kami tiba di zoo Sunway pada pukul 9.30 pagi.





Biasalah kalau dah pergi rombongan dengan anak-anak ni memang kena jaga keselamatan anak. Guru, mak-mak dan penjaga kena sentiasa berjaga-jaga sebab macam-macam boleh berlaku. Kena utamakan keselamatan.

Kami beratur untuk masuk ke dalam zoo. Kena pakai tiket dulu sebelum masuk.



Anak-anak seronok dan teruja sangat bila dapat masuk sini. 




Kami tengok banyak haiwan kat sini. Yang best bila ikut rombongan anak-anak ni, akan ada renjer yang akan bawa pergi kepada setiap haiwan yang ada. Bila dah sampai tempat haiwan ini akan diberi penerangan tentang haiwan tersebut. Kalau kita pergi sendiri kena explore sendiri dan belajar sendiri.

Kami keluar dari zoo Sunway dalam pukul 12.30 untuk makan tengahari di KFC yang dijadualkan. 


Lepas makan kami meneruskan lagi perjalanan ke kilang coklat Beryl's di Balakong. Oh ya Zoo Sunway tu di Sunway Pyramid sekali dengan Sunway Lagoon.






Ini adalah lokasi terakhir kami untuk lawatan kali ni.

Masuk kilang coklat, kita tambah ilmu mengenai coklat. Jangan tahu makan je. Hihi.
Terdapat 3 jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat hitam. Yang paling sedap coklat susu, dan coklat yang sihat ialah coklat hitam. Ikut selera masing-masing yang mana nak sedap.

Sebelum balik kena shopping coklat dulu untuk guru-guru dan ibu/penjaga yang nak memborong coklat.


Di kilang ni, anak-anak dapat merasa coklat percuma. Kak Feni nampak ramai anak-anak dari sekolah lain yang datang untuk melawat kilang coklat hari ni. 

Kami bertolak pulang pukul 4.00 petang dan sampai di tempat berkumpul pukul 4.30 petang.



June 28, 2019

Adik Rayyan Sambut Hari Raya Di Sekolah

Hari ni Adik Rayyan ada majlis hari raya di sekolah. Mulanya dia macam malas nak pergi sekolah. Bila ummi cakap hari ni sambut raya dan kena pakai baju raya terus excited nak mandi dan bersiap. Pakai baju raya upin ipin dia yang kami beli dekat Jakel. 

Seronok sangat dapat pakai baju raya sebab dia cakap macam Ipin.



Ummi suruh dia pakai selipar jer sebab di sekolah kena buka kasut tapi dia excited nak pakai jugak kasut sport yang beli sama macam Abang Aus. Ikut jela kehendak beliau janji nak pergi sekolah. Kalau dia buat akai taknak pergi sekolah lagi huru hara.

Cikgu suruh bawa juga juadah untuk port luck. Oleh kerana ummi ni seorang yang sangat pandai memasak, jadinya kita masak jelah di kedai yang berhampiran. Mulanya nak beli kuih bahulu je sebekas, pergi ke kedai semuanya dah sold out 😂😂. Jadinya kami pusing-pusing kedai nampak ada apam polkadot. Beli jelan RM10 untuk dibawa ke sekolah.

Pagi ni, hantar adik dulu sebab ummi dengan abah kena pergi jumpa ustazah di sekolah agama untuk tahu perkembangan anak. 

Sampai di sekolah adik, macam biasa. Kena hantar dia sampai masuk kelas.


Muka monyok je pagi-pagi sebab mood belum mari. Hahaha ummi nak ambil gambar pun taknak. Nak duduk tempat pun kena ikut yang dia mahu. Mujurlah cikgu pun okey. Sekarang dah okey dari mula-mula masuk sekolah dulu. Duduk pun depan cikgu di meja cikgu. Sekarang ni dah boleh duduk dengan kawan-kawan. Alhamdulillah perkembangan yang baik.



Seronok hati ummi bila cikgu hantar gambar dalam group whatsapp, yang dia dah pandai ambil makan sendiri. Bukan apa, sebelum ni dia memang tak makan. Sanggup berlapar sampai balik rumah. Bila balik sampai rumah terus minta makan dengan opahnya. Mujur kamu duduk dengan opah dik oii. Boleh layan kerenah kamu.

Bila tanya kenapa adik tak makan. Dia jawab dia malu sebab dia makan comot 😟. Hurm kalau ada hari-hari yang makan guna sudu macam mee goreng ke, baru dia nak makan. Dahlah susah nak makan. Kalau kena dengan selera dia baru dia nak makan.

Sekarang alhamdulillah dah pandai bergaul dengan rakan-rakan lain. Takpelah syukur sebab kalau ikut umur dia baru nak masuk 5 tahun. Hujung tahun ni, bulan 12 baru cukup umur 5 tahun. Sebagai ibu, ummi bangga dengan perkembangan anak ummi.

Semoga Adik Rayyan terus membesar menjadi anak yang soleh. InshaAllah.


December 4, 2018

CHECKUP ADIK RAYYAN DI KKIA - 4 TAHUN

Semalam sepatutnya kami bawa Adik Rayyan ke KKIA untuk checkup 4 tahun. Adik cukup umur 4 tahun pada 02/12/2018. Birthday Adik Rayyan yang ke-4. Jadi Nurse buat appointment semalam. Oleh kerana abah ada misi khas semalam, kami terpaksa tunda ke tarikh hari ni.

Semalam abah bawa orang nak berhijrah masuk Islam ke JAWI. Alhamdulillah secara tak langsung, abah pun dapat pahala. InshaAllah harapnya. Mulanya abah nak bawa je Adik Rayyan ke klinik semalam, ummi cakap pentingkan yang penting dulu. Nak checkup adik, bila-bila pun boleh. Jadinya pagi semalam awal-awal pagi kami dah terpacak di klinik nak tukar appointment.

Alhamdulillah terus jumpa nurse yang attend Adik Rayyan. Bagitahu yang ada urusan lebih penting. Dia pun okey tukar tarikh hari ni. Jadinya kami pun ke klinik hari ni.

Ummi kena masuk lambat la ke pejabat. Minta time slip dengan nurse. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Pukul 12 tengahari baru selesai segala urusan di klinik hari ni. Mujur ummi bawa bekal kuih dan air siap-siap ke klinik. Kalau tak mesti anak-anak menjerit lapar.

Kak Feni akan pastikan bawa bekal sebab anak-anak ni akan cepat bosan. Bila diorang bosan, mula buat akal ditambah pula dengan perut lapar akan bertambahlah panjang akal depa. Merengek nak balik dah tentu. Jadi sediakan makanan dan minuman secukupnya.

Masa di klinik tadi memang ramai ibu bapa bawa anak-anak untuk checkup. Kebanyakannya baby lagi. Alhamdulillah klinik kesihatan kita terbaik. Walaupun ada sedikit kekurangan tu kira okey lah kalau nak dibandingkan dengan negera luar yang jauh lebih susah. Bayaran pun hanya RM1 je untuk yang kerja swasta macam Kak Feni. Kalau ibu bapa kerja kerajaan, tak perlu bayar sebab ada GL.

Apapun Kak Feni bersyukur sangat dengan perkembangan adik Rayyan. Terus membesar dengan sihat. Walaupun berat badannya tak naik banyak tapi berat dia tetap naik. Tahun depan bulan 12 masa umur adik 5 tahun pula kita datang jumpa nurse.

Lepas ni kena pergi klinik gigi untuk cek gigi adik. Abang Aus dah cek di sekolah. Nanti ummi nak pergi klinik gigi buat pemeriksaan untuk adik dengan abang sekali.

Hari ni, Kak Feni berkenalan dengan seorang ibu muda yang beranak 3. Alhamdulillah peramah orangnya. Datang ke klinik sebab anak bongsunya berdarah hidung sebab terjatuh main dengan abangnya yang berumur 3 tahun. Masa sampai tu darah dah kering. Alhamdulillah. Tanya datang dengan apa, dia jawab naik grab. Macam mana order grab ? Dia jawab saya jalan kaki keluar. Masa tengah tunggu teksi, grab lalu dan berhenti. Allah permudahkan urusan dia.

Allahuakbar, timbul keinsafan untuk kak Feni supaya terus bersyukur sebab selalu Allah mudahkan urusan Kak Feni. Pergi ke klinik pun dengan kereta sendiri. Tak perlu susah-susah tunggu dan naik turun teksi. Dia seorang dengan 3 orang anak, semuanya di uruskan sendiri. Tahniah untuk awak !

Masa menunggu agak lama, jadi kami pun berkenalan. Dia berniaga sambal ikan bilis hitam. Ramah mulutnya bercerita yang dia berniaga sambal ikan bilis. RM10 untuk 200gram. InshaAllah semoga murah rezeki awak dik.

Kak Feni berlalu pergi setelah urusan pemeriksaan adik Rayyan siap. Bergegas nak masuk pejabat. Tengahari baru siap checkup Rayyan. Semoga Adik terus sihat dan kuat selalu. Ummi sayang adik sangat-sangat.




October 2, 2018

Done Daftar Sekolah TABIKA Untuk Adik Rayyan


Hari ni macam biasa bangun awal tapi Adik terlebih excited sebab nak daftar dia masuk tabika tahun depan. Dia cakap dia taknak sekolah sebab nak jaga baby Abang Par (adik Abang Par). Bila dah sampai sekolah dia senyum je.

Alhamdulillah selesai sudah pendaftaran sekolah adik hari ni. Ummi dah ambil borang minggu lepas lagi. Semalam baru complete semua cuma gambar passport je belum ambil lagi. Minggu ni kena pergi ambil gambar di kedai gambar. Tak tahulah macam mana gaya nanti. 

Cikgu cakap kena order baju saiz S sebab nampak adik kecik je. Cakap juga dengan cikgu, kalau tak sekolah rugi pulak sebab abang dulu dah sekolah 5 tahun. 6 tahun dah boleh membaca dan mengira. Cikgu cakap tak mengapa sebab 5 tahun hanya untuk ajar anak-anak tentang disiplin dan berkawan. 

Terima kasih cikgu sebab memahami. 

Tahun depan, adik akan mulakan sesuatu yang baru. 2 tahun ni dia hantar je abang ke sekolah. Tahun depan dia pulak. Yang pastinya dia tak mengamuk nak bangun pagi. Hari pertama tak tahulah macam mana dengan sekolahnya. Adakah ummi kena ambil cuti ? Harus dah sebab abang pun baru pertama kali sekolah rendah dan sekolah agama.

Harapnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.




September 5, 2018

PERTAMA KALI KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR


Hari ni Kak Feni ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar untuk Adik Rayyan. Ni adalah pertama kali ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Sebelum ni kami ke HKL atau pun Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. 

Oleh kerana abah terpaksa masuk kerja sekejap, kami pun terus ke HKL. Selesai kerja kami terus ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak di  JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,53200 KUALA LUMPUR. Klinik ni mula beroperasi sejak April 2017. Dah setahun lebih dah pun.

Kami buat pendaftaran pukul 11.00 pagi dan selesai pukul 12.20 tengahari. Memang cepat dan mudah sangat. Ubat-ubatan pun bagus .Oleh kerana Kak Feni dan suami tak berkerja di sektor awam, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Kalau orang kerja kerajaan tiada cas dikenakan. 

Keadaan di sini sangat luas dan selesa. Banyak tempat dan khas untuk tujuan masing-masing. Kak Feni tengok ada klinik ibu dan anak, klinik pesakit luar dan macam-macam lagi tak sempat nak pusing habis sebab anak kurang sihat kan.

Di tengah-tengah ada taman permainan untuk anak-anak. Anak-anak Kak Feni pun apa lagi tak lepaskan peluang untuk bermain di situ. Larang pun tak guna sebab diorang ni memang pantang jumpa taman permainan, mesti nak main. Kak Feni dan suami pun kasi can la. Bukan apa Kak Feni risau dengan virus yang macam-macam sekarang ni. HFMD la, demam la, selesema la. Takut sangat. Lepas main Kak Feni pastikan diorang cuci tangan bersih-bersih. Nak keluar di pintu masuk tu ada guard yang jaga dan letakkan sanitizer. Jadi kami pasti sapu tangan sendiri dan anak-anak dengan sanitizer ni sebelum keluar.

Parking di sini banyak dan selesa. Lebih efisyen macam hospital swasta. Bayaran pun jauh lebih murah berbanding kita pergi klinik swasta. Alhamdulillah anak-anak Kak Feni serasi dengan klinik kerajaan ni. Kadang-kadang je terpaksa pergi swasta sebab kekangan waktu kerja. 

Klinik ni buka sampai pukul 9.30 malam. Jadi memang sangat-sangat membantu meringankan rakyat yang berpendapatan sederhana macam Kak Feni ni. 


June 6, 2018

Adik Rayyan 3 Tahun 6 Bulan


Alhamdulillah hari ni pergi klinik sebab nak check up kesihatan Adik Rayyan. Adik Rayyan dah 3 tahun 6 bulan. Check up seterusnya bulan 12 nanti. Masa tu chekup untuk umur 4 tahun. Sehari selepas birthday Adik.

Hari ni ada masalah sikit dengan berat badan adik. Graf berat semakin menurun. Tak tahu dah ummi ni nak buat macam mana dik. Badan pun kecik je. Susu tak berapa nak minum. Dia nak susu yang ada coklat je. Ummi taknak bagi sangat sebab takut gula banyak dalam darah. Dia suka sangat minum air manis macam air kotak tu.


Tadi masa chekup, doktor hanya bagi ubat cacing. Nak kata dia tak makan, dia makan banyak. Nasi pun dah selera makan. Setakat ni hanya ikut jelah apa yang doktor cakap.

Lepas ni mungkin ummi kena buat sesuatu supaya berat badan adik kembali normal sesuai dengan umur dan tinggi dia. Sebelum ni ada jugak doktor bagi multivitamin supaya dia selera makan.

June 15, 2017

20 Ramadhan 1438H

Waaa kenapa tetiba jadi blur tak tau nak tulis apa ni. Allahuakbar. Banyak benda nak capai ni tapi tak tahu nak buat apa. MasyaAllah. Apa dah jadi ni kan.

Pernah tak bila kita dok jalan-jalan macam-macam idea datang. Bercabang-cabang dalam kepala. Bila duduk je depan pc. Harem satu habuk tak keluar. Sabarrr. Itu namanya dugaan untuk orang yang beriman. Allahuakbar.

Ni tulis je apa yang tangan nak tulis. Pagi tadi bangun siap-siap anak pergi sekolah. Abang Aus bawak towel kecil sebab cikgu tegur dia batuk. Tak boleh batuk dekat kawan-kawan. Jadi hari ni ummi bekalkan abang aus dengan towel kecil supaya bila rasa nak batuk cepat-cepat tekup muka dengan towel.

Anak ummi tu manja orangnya. Kalau orang tegur sikit mula la dia buat muka. Huhuhu. Manja dengan ummi dan abah. Tapi kalau ummi dengan abah takde pandai pulak dia bawak diri. huhu.

Abang aus sayang adik rayyan. Tapi bila di rumah selalu gaduh. Abang kadang-kadang takmo mengalah. Tapi bila ummi selalu pujuk cakap abang kan abang kenalah mengalah dengan adik sebab adik kecik lagi. Kadang-kadang dia paham. Kadang-kadang dia buat jugak adik dia. Hahaha ummi kena banyak-banyak sabar naaa.

Seorang ibu harus menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. Ummi kalau boleh nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak. Ibu mana yang taknak tengok anak-anak bahagia dunia akhirat kan. Ummi sentiasa doakan anak-anak ummi jadi anak yang soleh.

Bila ummi dengan abah takde nanti. Abang dengan adik jangan lupa doakan kami. Ajar anak-anak cucu supaya terus berdoa untuk umat Islam di dunia ni. Pahala berganda-ganda Allah bagi. InshaAllah.


May 16, 2017

Kisah Adik Rayyan Yang Terkena Demam Denggi

Langit tak selalu cerah. 26/2/17 Adik Rayyan dimasukkan ke wad kerana suspek denggi. Huhu Sedih betul la. Hari-hari adik nangis sebab takut dengan doktor. Doktor paksa dia ambil darah. Ummi yang sensitif lebih. Tapi ummi kena kuat untuk Adik Rayyan.

4 hari Adik Rayyan kena tahan wad. Tak makan tak minum. Kalau makan pun sikit jer. Dia banyak mengempeng je. Nasib baik susu badan banyak. Ummi yang kena struggle minum air kosong banyak-banyak supaya susu badan banyak.






Entry sebenarnya dah lama nak sambung tulis dan publish tapi banyak sangat halangan. Takut pun ada. 

Semoga Adik Rayyan sihat walafiat sentiasa. Ummi sayang Adik Rayyan dan Abang Aus sampai syurga.

April 19, 2017

My Handsome Boys - Tak Pernah Tak Sayang


Bila rindu ku tatap gambarmu anak-anakku. Rindu seorang ummi yang tiada tandingannya. Namun demi tugas untuk mencari rezeki membesarkan kamu berdua ummi terpaksa tinggalkan kamu untuk sementara waktu.

Terasa jam begitu lambat sementara menunggu waktu pulang dari kerja. Hanya doa ummi kirimkan supaya kamu sentiasa sihat, selamat, bahagia dan ceria.

Beruntung kamu wahai anak kerana masih punya Opah yang sudi menjaga kamu ketika ummi kerja. Bersyukurlah dengan dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. 

Ummi sayang Abang Aus dan Adik Rayyan sampai syurga.

April 6, 2017

Kesayangan Ummi Sampai Syurga


Hari ni belek-belek gambar lama terjumpa la gambar ni. Abang Aus kecik lagi masa ni. Sekarang kasut tu dah tak muat. Membesar dengan jayanya.

Adik pun dah boleh pakai kasut Abang Aus. Gambar ni diambil masa main bowling di IOI Mall.

Rindunya kat Abang Aus masa ni. Abang Aus akan sentiasa comel dan manja untuk ummi. Ummi sayang Abang Aus. Walaupun kadang-kadang menguji kesabaran tapi Abang Aus tetap menjadi penawar dalam hidup ummi.

Ummi sayang semua anak-anak ummi. Bila ummi cakap ummi sayang abang. Adik pun "sayang adik". Mestilah ummi sayang semua anak-anak ummi. Melahirkan dan membesarkan kamu berdua adalah perkara yang terindah dalam hidup ini.

Setiap hari ummi berdoa agar Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita orang susah dan perlu berusaha kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Tiada siapa boleh tolong diri kita melainkan kita sendiri.

Setinggi mana pun kita berada jangan lupa diri. Sentiasa tunduk pada yang maha ESA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Berdoalah memohon dan meminta pada yang ESA. Kerana Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga masih ada esok untuk kita terus bahagia.

Love, 

Ummi Abang Aus & Adik Rayyan


December 28, 2016

Adik Rayyan Dah 2 tahun dan Abang Aus Nak Masuk 5 Tahun


Alhamdulillah bulan 12 tahun ni Adik Rayyan dah 2 tahun. Semoga membesar dengan sihat dan kuat. Menjadi anak yang soleh untuk ummi dan abah. Menjadi adik yang baik untuk Abang Aus.

Adik Rayyan dilahirkan di negeri Selangor. Tempat ummi dan abah tinggal sekarang. Masa melahirkan Adik Rayyan tak susah sangat sebab memang ummi sentiasa berjaga-jaga. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.

Dalam labour room tak lama untuk Adik Rayyan keluar dari rahim ummi. Lepas azan subuh pukul 6.15 pagi nurse tolak masuk labour room. Pukul 6.20 dah keluar baby. 5 minit je ummi push sampai abah nak tengok pun tak sempat. Tau-tau dah selamat. 

Proses bersalin yang sangat dipermudahkan oleh Allah. Mungkin Allah tahu, ummi susah dan taknak menyusahkan sesiapa. Masa untuk jahit luka pun tak lama. Dalam pukul 7 dah siap cuma ummi kena tunggu sampai ada katil untuk dipindahkan ke dalam ward.

Dalam pukul 11.30 baru nurse tolak  ummi ke wad. Masa tu abah dah balik sebab nak uruskan uri Adik Rayyan dan nak tengok Abang Aus. 

Masa pindah ke wad, selipar ummi hilang. Ummi kena jalan kaki ayam untuk ke bilik air untuk mandi dan tukar pad. Masa tu memang buat sendiri. Sedih sangat sebab ummi rasa macam 'alone' tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh sensitif bila lepas bersalin sebab boleh gila meroyan. Beg pakaian ummi dan Adik Rayyan pun ada Aci India yang tolong bagi. Bila tanya mana selipar saya. Dia kata hilang. So, para suami tolong jaga isteri korang baik-baik masa ni sebab emosi isteri sangat-sangat sensitif. Kalau boleh tolong selesaikan apa yang perlu dulu sebelum nak tinggalkan dia di wad. 

Ummi dah start sakit pukul 3.00 pagi tapi tak teruk sangat. Biasa la dalam setengah jam baby mengeras. Ummi demam dan batuk masa tu. Disebabkan ummi batuk tak henti-henti. Pukul 3.30 pagi rasa macam air ketuban meletop dan air pun meleleh keluar.

Apa lagi terus bersiap-siap nak pergi hospital. Bawak semua keperluan untuk bersalin. Tinggal Abang Aus tidur sorang-sorang. Masa tu sedih sangat sebab Abang Aus dah nak jadi Abang. 2 tahun nak masuk 3 tahun ummi ada Abang Aus sorang je.

Pengalaman bersalin Abang Aus tak sama dengan bersalin dengan Adik Rayyan. Bersalin Adik Rayyan semua nurse dan doktor berjaga-jaga sebab ummi memang ada kes lekat uri. Masa bersalinkan Abang Aus, Ummi kena korek uri sebab uri tak keluar. Naik ambulance 2 jam ke Hospital Besar Ipoh. 

Ummi start sakit nak bersalin Abang Aus dari pukul 1.00 pagi 28/01/2012 tapi sakit macam biasa. Pukul 7.00 pagi baru pergi Hospital Gerik. Pukul 11.30 masuk labour room tapi nurse cakap lambat lagi. Bukaan belum boleh bersalin. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Pengalaman bersalin Abang Aus memang ngeri. Nak cerita sini tak boleh sebab boleh mengaibkan pihak lain. Biarlah kami saja yang tahu.

Pukul 1.50 petang, Abang Aus selamat keluar tapi uri tak keluar. Berkali-kali nurse yang jaga tu selok dan cuba untuk tarik uri. Nurse 3 orang dan seorang doktor. Bukan sekali diorang buat. Datang sorang nurse korek, datang lagi nurse lain korek, doktor korek. Ingat-ingat balik waktu tu. Redha je la.

Bila dah berkali-kali nurse dan doktor cuba korek dan tarik uri tak berjaya. Tu yang kena hantar ke Ipoh. Naik ambulance 2 jam dengan baby Aus.

Dalam masa 2 jam dalam ambulance hanya zikir dan doa je semoga Allah permudah segala urusan. Sampai Hospital Ipoh pukul 6.30 petang terus doktor pakar cek dan tengok.  Macam bahan uji kaji pulak bila ramai budak-budak medical masuk untuk tengok. Perasan macam semua perempuan. Alhamdulillah. (dah sakit tak ingat apa dah)

Dalam sakit-sakit tu doktor selok bawah, dia cakap kalau uri hancur kena buat operation. Allahuakbar hanya tuhan saja yang tahu masa tu. Hati hanya serahkan semuanya pada Allah. Tapi alhamdulillah dalam sejam macam tu la uri selamat dikeluarkan tanpa pecah. 

Ummi duduk dalam bilik bersalin tu sampai pukul 9.30 malam rasanya. Barulah ummi ditolak masuk ke dalam wad. Masa tu ramai saudara mara datang melawat tapi tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat.

Duduk dalam wad semalam di Hospital Ipoh. Esoknya baru boleh keluar dan berpantang macam biasa.



Sekarang anak-anak ummi dah besar. Abang Aus pun dah nak sekolah. Lagi berapa hari je lagi. Hari-hari tanya esok Abang sekolah ke ummi ?

Harap-harap bila sekolah nanti semuanya baik-baik saja. InshaAllah ummi sentiasa doakan Abang Aus jadi orang yang soleh dan baik-baik. Amin.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...