May 26, 2016

BUDAK DULU VS BUDAK SEKARANG

Dulu masa kecik-kecik selalu main dengan kawan-kawan. Main sampai tak ingat dunia. Dunia masa tu hanya nak main. Mainan pulak tak payah beli seperti teng-teng, lompat getah, congkak yang digali lubang pada tanah dan macam-macam lagi. Paling best boleh pergi terjun sungai ramai-ramai. Tak perlu nak keluar duit langsung.

Sekarang majoriti budak-budak semuanya ada ipad sendiri termasukla anakku. Diorang dah pandai tengok kartun kat youtube sendiri. Kadang-kadang pasal handphone die yang lebih tahu daripada umminya.

Kita dulu lepas sekolah baru dapat pegang handphone. Tu pon yang second hand. Orang bagi. Sampai sekarang pun guna yang murah-murah. Anak-anak zaman sekarang demand nak yang macam ni macam tu. Kadang-kadang sampai pening kepala mak ayah nak cari duit nak beli handphone canggih untuk diorang.

Sekarang ni dahla barang semuanya mahal sampai mak ayah terpaksa buat dua tiga kerja untuk tampung belanja harian. Bukan senang nak cari duit. Sedih bila anak-anak pula tak hargai mak ayah. 

Kita dulu  nak pergi belajar dekat asrama atau kolej semuanya berdikari. Tawakal kepada Allah dan jalan. Naik bas turun bas pastu tukar bas lagi untuk sampai ke kolej. Budak sekarang manja tapi bukan semuanyalah. Dihantar dan diambil sampai depan pintu. Alhamdulillah rezeki diorang. Kita dulu susah takkan nak harapkan orang. Sendiri nak belajar sendiri usaha. 

Pada saya tak belajar tinggi pun tak mengapa asalkan tahu menjadi manusia dan tidak menyusahkan orang lain.

Jadi hargai apa yang kita ada sekarang. Budak dulu Vs budak sekarang.


TUHAN AMPUNKAN AKU

Aku sangat jarang dalam beremosi untuk berkongsi cerita. Tapi hari ini aku rasa sedih sangat. Terasa banyak sangat kekurangan diri. Banyak dosa dan terlalu leka dengan masalah dunia hingga lupa dengan yang maha pengasih dan penyayang.

Tuhan, aku rindu. Walau kadang-kadang aku seringkali tersasar dari landasan mu. Kau  cepat-cepat sedarkan aku dengan pelbagai ujian dan dugaan. Kau berikan aku kasih sayang yang tidak berbelah bagi mengatasi apa yang manusia fikirkan. Sesungguhnya aku tau kau rindukan rintihan aku.

Ya Allah, 
Ampunkan segala dosa dan kesilapan aku. Aku masih belum mampu untuk menjadi khalifahmu yang baik. Sedangkan ramai orang berusaha untuk menjadi hambamu yang baik. Doaku semoga kau tetapkan imanku sehingga hujung nyawa.

Sesungguhnya masih jauh perjalananku untuk menghadapi alam-alam ciptaanMu ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu. Dekatkan aku untuk terus bersamaMu. Jangan Kau jauhkan aku dariMu. Sesungguhnya aku insan hina.

Aku tak sanggup untuk ke nerakaMu ya Allah kerana aku tahu betapa peritnya sakitnya seperti yang digambarkan dalam kitab al-quran. Berikanlah aku kekuatan untuk terus bertahan dalam menghadapi hidup ini. Kuatkan aku untuk terus beriman kepadamu. Berikan aku kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaMu sebagai hamba. Berikan aku peluang untuk berbakti kepada orang lain.

Ya Allah, Ampunkan juga semua dosa-dosa kedua ibubapaku, ibubapa mertua, suami, anak-anak, adik-beradik, ipar duai, sanak saudara, guru-guru, sahabat-sahabat dan semua yang aku sayang. Berikan kami kekuatan untuk terus berjuang ke jalanMu ya Allah. Tabahkan hati-hati kami dalam menghadapi segala ujian dan dugaanMu.

Ampunkan aku dan kami semua ya Allah. Dunia akhir zaman ni macam-macam dugaan yang datang dan semoga kami sentiasa dalam limpah rahmatMu ya Allah.

May 25, 2016

CADANGAN SUPLEMEN PENYUSUAN MENGIKUT BAJET ANDA


Kini anda boleh pilih yang pakej set menyusu yang terbaik sesuai dengan bajet anda. Pilih ikut kesesuaian anda. Yang penting matlamat untuk memperbanyakkan susu ibu tercapai.



Alfalfa

Sangat-sangat penting untuk dijadikan milk booter. Ianya bukan sekadar jamu bagi menguatkan rahim ibu yang baru lepas bersalin malah memberi tenaga. Mengurangkan keputihan dan menyihatkan rahim.

ESP

Sesuai untuk ibu-ibu yang selalu berasa lapar ketika menyusukan anak atau waktu mengepam. ESP boleh membantu mendapatkan susu yang lebih berkualiti serta mengenyangkan si ibu dan juga anak. Jangan tak tahu ESP juga boleh mencantikkan kulit.

Vitalea


Ini adalah suplemen super penting untuk ibu-ibu yang memerlukan tenaga tambahan bagi menguruskan kerja rumah tangga dan anak-anak. Vitalea ni mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan kecergasan.

B-Complex

Membantu menstabilkan emosi. Membuatkan si ibu berasa tenang dan selesa dalam proses menyusukan anak. Tahu tak, stress atau tekanan boleh mengurangkan susu badan. Jadi semasa menyusu atau mengepam pastikan diri berada dalam keadaan rileks dan bayangkan perkara yang indah-indah.

Vitamin C

Membantu menguatkan sistem imun untuk ibu dan bayi anda. Mengelakkan jangkitan virus dan mengekalkan kesihatan. Selalunya bayi mudah terkena jangkitan terutamanya selsema dan batuk. Jadi ibu boleh amalkan vitamin c ini bagi menambahkan sistem imun selain menghasilkan susu yang berkualiti untuk si manja.

Ostematrix

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu. Proses menyusu adalah proses dimana si ibu memerlukan banyak nutrisi penting untuk di salurkan kepada bayi melalui susu ibu. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan si ibu mengalami kebas dan lenguh terutamanya bahu dan kaki. Pengambilan ostematrix membantu menambah kalsium yang diperlukan oleh si ibu.


Selain itu anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memperbanyakkan susu ibu. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat dalam diet harian anda.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 23, 2016

PETUA MERAWAT SELSEMA TANPA UBAT

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema dan berbeza-beza setiap tahun. Jangkitan-jangkitan ini akan hilang dengan sendirinya kecuali terjadinya jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar melalui bercakap, batuk, bersin atau melalui sentuhan langsung.

Petua untuk hilangkan selsema dengan cepat


1) BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG ATAU SUAM

Air kosong yang suam sangat baik untuk tubuh badan kita. Kita perlu mengamalkan 8 gelas air sehari untuk waktu-waktu biasa. Bila kita mengalami selsema disarankan supaya minum lebih lagi air untuk membersihkan sistem tubuh badan daripada kuman penyebab selsema. Air juga boleh mengelakkan badan dari mengalami dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

2) LEBIHKAN MINUMAN PANAS

Minuman panas boleh mengurangkan masalah hidung tersumbat dan dapat melegakan kerongkong. Ini kerana wap yang dihasilkan daripada air panas  boleh mencairkan kahak. Elakkan meminum air yang sejuk atau berais kerana boleh menambahkan lagi sakit tekak dan boleh menyesakkan nafas.

3) AMBIL WAKTU UNTUK BEREHAT

Kurang rehat boleh menyebabkan ketahanan tubuh menjadi lemah. Kuman dan bakteria jahat mudah menyerang menyebabkan selsema dan batuk. Jadi untuk memastikan badan cukup tenaga dan mengekalkan kesihatan anda perlukan rehat yang secukupnya. Ambil waktu rehat secukupnya dan elakkan aktiviti luar rumah yang boleh memudaratkan lagi kesihatan.

4) TERAPI WAP

Cara untuk membuat terapi wap sangat mudah dengan menyediakan sebesen air panas. Kemudian ambil sehelai tuala besar untuk menutup kepala dan muka di ruangan atas tengah-tengah besen yang berisi air panas tersebut. Proses ini boleh melegakan hidung yang tersumbat.

5) GUNAKAN HERBA-HERBA YANG TERDAPAT DI DAPUR

Campurkan sedikit madu dan air lemon atau teh limau untuk memberikan kelegakan pada tekak. Ia juga boleh merawat batuk dan mencairkan kahak. Air rebusan halia yang ditambah sedikit madu juga boleh melegakan selsema.


6) AMALKAN VITAMIN C SETIAP HARI

Mengamalkan vitamin C setiap hari sebagai langkah untuk mengatasi simptom selsema. Pengambilan secara berterusan membantu mengurangkan sakit tekak, batuk dan selsema. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 19, 2016

7 KELEBIHAN HALIA UNTUK KESIHATAN



Halia memang terkenal dengan kelebihannya dalam merawat masalah kesihatan. Halia sangat mudah di dapati di pasaraya atau kedai-kedai biasa. Ianya sangat penting sebagai bahan utama dalam masakan. 

Halia dikenali sebagai tanaman herba yang sangat penting dalam perubatan dan berupaya merawat masalah penghadaman, loya, mabuk dan pening-pening disebabkan oleh angin. Kajian moden juga mendapati bahawa halia mampu merawat seperti loya, muntah, melindungi mukasa perut dan memperbaiki radang.

Halia meningkatkan penyerapan nutirien makanan dan meningkatkan ketidaksediaan bahan-bahan aktif dalam tisu badan. Rasa dan aroma halia segar tidak dianggap sebagai toksik dan ianya selamat untuk kegunaan harian.

7 KELEBIHAN HALIA UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN ANDA

1) MELEGAKAN SISTEM PENGHADAMAN

Halia mampu memperbaiki sistem percernaan, merangsang, membantu dalam penyerapan nutrien, menyerap gas dan toksin dan membantu kulit untuk membebaskan toksin. Ini adalah salah satu herba untuk meningkatkan penghadaman.

2) MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH

Kajian menunjukkan bahawa halia amat berkesan dalam mencegah loya terutamanya mabuk laut. Halia mempunyai kesan yang besar yang terbukti sangat berkesan dalam mencegah muntah semasa mengandung. Berbanding dengan ubat-ubat yang boleh membahayakan janin. Halia adalah selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan dan anda memerlukan jumlah yang agak kecil.

3) ANTI RADANG

Jika anda mengalami sakit artiris pada lutut, memakan halia setiap hari pasti dapat membantu. Hali mengandungi bahan-bahan anti-radang yang kuat dipanggil gingerols. Hal ini telah diuji dalam pelbagai penyelidikan untuk pesakit osteoartritis atau artitis reumatoid. 

4) MELINDUNGI DARI KANSER KOLON

Bahan utama ialah gingerols yang sangat aktif dalam halia boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus besar. Kajian juga menunjukkan bahawa halia adalah berkesan dalam mencegah dan merawat kanser kolon.

5) MEMBUNUH SEL-SEL KANSER OVARI

Bahan-bahan halia terbukti mempunyai antioksida dan anti kanser. Halia mempunyai keupayaan untuk merawat keradangan dan mengurangkan komponen sel yang dikaitkan dengan perkembangan kanser ovari.

6) MERANGSANG SISTEM IMUN

Halia boleh memanaskan badan dan membantu dalam mengeluarkan peluh yang sihat. Ia juga boleh mengurangkan demam dan selesema. Berpeluh boleh merangsang sistem imun dan membantu tubuh mengatasi pelbagai penyakit. 


7) MEMBANTU DALAM PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN

Makan dan minum akar halia boleh menjaga berat badan. Dengan mengamalkan teh halia setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan ke paras yang lebih normal. 

Untuk melegakan loya ambil 1-2 inci halia segar dicampur dengan teh atau air panas


Sekarang ni tak susah untuk dapatkan halia sebab dah banyak yang diproses dan dibotolkan untuk kegunaan kesihatan. Paling penting ianya selamat untuk digunakan dan diproses secara semulajadi.






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU DI SELURUH DUNIA



Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Kerana kesibukkan hari ini. Hanya sempat buat satu post je untuk wish happy Teachers Day untuk semua guru-guru di dunia ini.

Bila sambut hari guru mesti teringat kenangan yang indah-indah masa sekolah dulu. Masa tu ada banyak sangat program-program yang dirancang dan yang paling best tak payah belajar. Haha. Sebab tu jadi gini hari ni sebab malas sangat  nak belajar. kehkehkeh.

Perkara paling seronok ialah dapat kumpul duit nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu feveret. Wa rindunya nak balik ke sekolah maklumlah dah berbelas tahun meninggalkan alam persekolahan. Banyak kenangan manis yang tak boleh lupa.

Kenangan bersama cikgu-cikgu yang tak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak didiknya. Sekarang bila dah berumur rasa nak sangat kembali ke alam persekolahan. Rindu sangat-sangat.

Bila dah masuk alam bekerja dan berumah tangga. Sudah banyak yang berubah. Kita pulak yang jadi guru untuk anak-anak. Menjadi contoh kepada anak-anak supaya menjadi insan berguna dan berjaya dunia akhirat.

By the way saya sayang cikgu-cikgu saya. Kalau cikgu-cikgu saya terbaca entry ni. Saya mohon maaf andai terkasar bahasa semasa menjadi pelajar dulu. Saya ucapkan terima kasih kerana tidak pernah jemu mengajar dan memberi ilmu kepada saya sehingga berada pada tahap ini.

Buat rakan-rakan saya yang bergelar cikgu dan kakak saya yang pernah menjadi cikgu. Saya ucapkan selamat hari guru. 

May 14, 2016

CARA CEGAH DAN KAWAL DIABETIS









Laporan kesihatan menunjukkan bahawa diabetis telah menjejaskan kesihatan 3.6 juta rakyat Malaysia. 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetis.

Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 40% dalam 10 tahun bermula dari tahun 1960 hingga 2012.

APAKAH ITU DIABETIS ?


DIABETIS ialah keadaan bacaan gula dalam darah (glukosa) yang terlalu tinggi.

✖ Paras Gula Dalam Darah (puasa) - Dalam julat 4.0 - 6.0 mmol/l

✖ Selepas Makan - Tidak lebih daripada 8.0 mmol/l

Terdapat 3 jenis Diabetis

JENIS 1
Pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Perlukan suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.

JENIS 2
Badan tidak menghasilkan insulin mencukupi atau sel badan tidak bertindakbalas dengan insulin sebaiknya

JENIS 3
Diabetis Gertasi berlaku kepada wanita hamil

KENAPA RAMAI MENGHIDAP DIABETIS ?


❎ OBESITI
❎ FAKTOR PEMAKANAN
❎ GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
❎ PENUAAN


ADAKAH ANDA BERISIKO ?


Gejala pesakit diabetis ialah 
 Kerap buang air kecil
 Kerap berasa haus
 Sentiasa lapar
 Cepat letih
 Kekejangan di tangan atau kaki
 Luka lambat sembuh
 Penglihatan menjadi kabur

KOMPILASI UTAMA DISEBABKAN OLEH DIABETIS 

❎ Kerosakan saraf dan salur darah
❎ Dua hingga empat kali berisiko untuk menghidap penyakit jantung
❎ BUTA
❎ Kegagalan fungsi buah pinggang
❎ Kaki diabetik (masalah kaki)
❎ Mati pucuk

BAGAIMANA NAK CEGAH DAN KAWAL DIABETIS ?


VIVIX



 


~ Memberikan kesan positif ke atas 4 mekanisme utama penuaan selular
~ Bertindak untuk mencegah penghasilan AGE PROTEIN
* AGE PROTEIN : Gula berlebihan + protein
Yang boleh menyebabkan diabetis, atherosclerosis dan sel mati
~ 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja

ESP



~ SOYA non GMO : Tidak diubah secara genetik
~ Rendah index glisemik
~ Sumber protein berkualiti tinggi : 14g protein setiap sajian
~ Mengandungi 9 amink asid perlu
~ Tanpa laktosa secara semulajadi
~ Tanpa kolestrol secara semulajadi
~ Mengawal paras gula dalam darah
~ Menyokong paras LDL kolestrol sihat

GLA COMPLEX



~ Kajian menunjukkan bahawa GLA memberi kesan yang baik terhadap pesakit diabetis
~ Merupakan agen anti keradangan
~ Membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf yang di alami oleh pesakit diabetis

SUSTAINED RELEASE VITA-C



~ 100% semulajadi
~ Kandungan vitamin c pekat - 500mg
~ Sistem penyerapan berterusan
~ Ditambah dengan 120mg comolex citrus bioglavonoids
~ Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan melawan jangkitan
~ Mencegah gula dalam sel daripada bertukar kepada sorbitol
~ Membantu mengurangkan risiko kerosakan mata dan buah pinggang
~ Menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kekakuan arteri bagi pesakit diabetis jenis 2


OMEGA GUARD

~ Meningkatkan pengaliran darah
~ Mengurangkan risiko penyakit jantung
~ Mengelakkan jangkitan


NUTRIEN LAIN YANG DIPERLUKAN OLEH PESAKIT DIABETIS 


VITALEA

~ Kekurangan kromium adalah perkara biasa di kalangan pesakit diabetis jenis 2 dan menyebabkan penyerapan gula ke dalam sel

ALFALFA


~ Mineral yang tinggi membantu untuk detoksifikasi dalam badan

ZINC COMPLEX


~ Zinc adalah nutrien yang penting untuk penyembuhan luka terutama diabetis dwngan ulser atau amputasi

Safeni Feni
Whatapps/Telegram : 01115672780
Email : feni8683@gmail.com

May 13, 2016

1001 KHASIAT ALFALFA SHAKLEE


Tahukah anda yang Alfalfa mempunyai 1001 khasiat dan sebab itu ianya digelar sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses sintesis semulajadi. Alfalfa kaya dengan Vitamin A, C, dan E serta kalsium, potasium, forforus dan zat besi.

KANDUNGAN ALFALFA

VITAMIN A

✿ Untuk penglihatan
✿ Membina ketahanan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan
✿ Menggalakkan pertumbuhan sel 
✿ Menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting untuk kehamilan

VITAMIN E

✿ Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara
✿ Menjaga kesihatan jantung
✿ Memperbaiki fungsi imun 
✿ Menguatkan otot di dalam badan
✿ Membantu membawa nutrien ke dalam sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah
✿ Membantu mata untuk lebih fokus

VITAMIN 6

✿ Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
✿ Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit
✿ Membantu mengurangkan loya

VITAMIN K

✿ Penting bagi pembekuan darah
✿ Penting dalam fungsi hati
✿ Menyumbang kepada kecerdasan dan panjang umur

VITAMIN D

✿ Mengawal penggunaan kalsium dan forforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa

KALSIUM

✿ Untuk membina dan mengekalkan tulang dan gigi
✿ Membantu darah membeku
✿ Membantu dalam kecergasan dan daya tahan
✿ Mengawal rentak jantung
✿ Melegakan saraf

ZAT BESI

✿ Diperlukan bagi pembinaan hemoglobin
✿ Membantu pengankutan oksigen di dalam darah

KALIUM

✿ Perlu untuk saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim juga untuk digests lemak

FORFORUS

✿ Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

KLORIN (KLORIDA)

✿ Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan
✿ Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji

SODIUM

✿ Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan
✿ Meneutralkan asid
✿ Menghalang pembekuan darah
✿ Mengaktifkan limpa, usu dan fungsi perut

SILIKON MAGNESIUM

✿ Membantu badan untuk menangani sembelit
✿ Ketahanan saraf
✿ Melindungi kulit dan badan 
✿ Merangsang fungsi otak

KHASIAT ALFALFA



SIAPA YANG PERLUKAN ALFALFA COMPLEX ?

✔ Individu yang mengalami ekzema
✔ Individu yang mengalami gout
✔ Ibu menyusu yang ingin memperbanyakkan susu badan
✔ Individu yang mengalami masalah sembelit
✔ Individu yang mengalami masalah keintiman
✔ Individu yang mengalami masalah keputihan
✔ Individu yang mengalami masalah kolestrol yang tinggi

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 12, 2016

9 TEKNIK MENGEPAM UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU SEHINGGA PENUH DEEP FREEZER

Susu ibu boleh diibaratkan sebagai titisan emas untuk si manja. Terdapat 1001 khasiat yang terdapat dalam susu ibu untuk si manja. Namun hari ini ramai ibu bekerja yang mengalami masalah susu merudum dan ini boleh mendatangkan tekanan kepada si ibu.

Terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu bagi membantu dalam mengumpulkan stok EBM untuk si manja.

1) LAKUKAN IKUT RUTIN BIASA ANDA

Pastikan segala peralatan dan tempat mengepam berada dalam kedudukan yang sama setiap hari. Pastikan keadaan diri berada dalam keadaan selesa dan jangan melakukan proses mengepam dalam keadaan terkejar-kejar. Keadaan ini akan membantu anda mengepam dalam keadaan tenang dan susu ibu dapat keluar dengan banyak.

2) MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN URUTAN

Baca doa. Mulakan dari bahagian ketiak, gunakan jari dari tangan yang bertentangan untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara dan buat secara berulang-ulang kali. Buat urutan di bahagian areola juga. Setelah itu lakukan urutan yang sama pada payudara sebelah. 

3) MINUM AIR MASAK

Minum air kosong sebelum dan selepas mengepam. Sediakan air yang secukupnya ketika mengepam.

4) BAWA BERSAMA GAMBAR ANAK

Kalau ada bilik sendiri boleh gantung gambar anak anda. Pandanglah gambar anak sambil mengepam. Boleh juga bawa baju atau selimut yang ada bau baby supaya anda merasakan dia dekat seperti sedang menyusukannya. Amalkan zikir sebanyak mungkin semasa mengepam.

5) KURANGKAN KETIDAKSELESAAN

Mulakan dengan level yang lebih rendah sebelum di tingkatkan dengan level yang lebih tinggi untuk pam elektrik. 

6) PAM SEKERAP MUNGKIN

Pam setiap 2-3 jam mengikut keperluan anak. Pam lebih kerap membantu menambahkan lagi kuantiti susu. 

7) MULAKAN SESI MENGEPAM SEAWAL PAGI

Ini kerana pada waktu pagi, payudara lebih banyak susu kerana badan lebih aktif menghasilkan susu sepanjang malam kerana hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi di waktu malam dengan syarat anda rajin menyusukan anak sepanjang malam. Ini sangat membantu terutama untuk ibu yang sedang berusaha menambahkan stok susu.

8) PILIH PAM YANG SESUAI

Pilih pam yang sesuai mengikut keselesaan anda. Keselesaan sangat penting untuk emosi ibu menyusu.

9) LAKUKAN TANDEM PUMPING

Pam ketika anak sedang menyusu  di sebelah. Anak anda merupakan penghantar signal yang paling hebat kepada otak melalui gaya hisapannya. 

Tips tambahan

Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Pengambilan makanan yang penuh khasiat mampu memperbanyakkan susu ibu.


May 10, 2016

3 MAKANAN SUNAH SEMASA RAMADAN

Mengikut perkiraan saya sudah tak sampai sebulan lagi Ramadan nak tiba. Jadi nak share tentang makanan sunah semasa ramadan.

1) TAMAR



Buah ini dikenali sebagai kurma di kalangan warga Malaysia dan disebut sebagai superfood kerana di sebut sebanyak 21 kali dalam al-quran. Buah kurma memang sinonim dengan bulan mulia ramadan. Rasulullah SAW melabelkan kurma adalah makan terbaik dan sunat diambil ketika berbuka puasa.

Kandungan gula yang mudah diserap oleh tubuh dan membantu memberi tenaga dalam kadar segera apabila berbuka puasa. Ia juga mudah hadam dan tidak membebankan perut individu ketika berbuka puasa.

Kurma juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang mampu mencegah sembelit ketika berpuasa yang disebabkan oleh pertukaran waktu makan dan diet rendah serat ketika dalam bulan puasa.

Ia juga tinggi kandungan zat besi yang boleh yang boleh membantu mengekalkan kesihatan semasa berpuasa selain kaya dengan vitamin B2, B3 dan C yang dapat memberi tenaga yang berpanjangan dan meningkatkan sistem imun individu.

2) TEMBIKAI


Tembikai adalah hidangan buah-buahan pilihan semasa dalam bulan puasa. Ia sungguh menyegarkan dan tinggi kandungan air. Ia juga kaya dengan sumber  antioksidan (vitamin A dan C) yang baik. Vitamin A dapat membantu menyokong kesihatan mata manakala vitamin C boleh meningkatkan sistem imunisasi individu dalam bulan puasa.

Tembikai juga mengandungi sumber likopena, iaitu sumber antioksidan yang dapat membantu melawan penyakit kanser. Selain dimakan begitu sahaja ketika berbuka puasa ia juga boleh dijadikan jus kerana mampu bertindak sebagai penghilang dahaga yang baik.

Sepotong tembikai bersamaan dengan satu sajian buah. Buah-buahan adalah sebahagian daripada  sajian lengkap yang disarankan. Perlu diambil 2 kali sehari.

3) MADU



Madu adalah penawar terbaik dan ianya merupakan salah satu jenis minuman yang terdapat di dalam syurga. Kajian perubatan moden juga menunjukkan bahawa kandungan madu mempunyai manfaat kesihatan yang tinggi dalam menjaga stamina ketika berpuasa. Madu mempunyai kandungan vitamin B yang tinggi dan dapat membantu masalah kelesuan semasa berpuasa, mencegah gangguan saraf dan membangkitkan selera makan.

Madu boleh dimakan terus atau dicampurkan dengan makanan atau minuman semasa berbuka atau bersahur.


May 9, 2016

SHAKLEE BISNES PENIPU ? Eh Betul Ke Ni ? Macam Tak Percaya Pulak

Bila tengok video ni macam kena je dengan diri sendiri. Mula-mula join hanya untuk suka-suka tapi mendatangkan pendapatan sampingan pulak untuk saya. 





Tugas kita hanya share kebaikan dan niatkan dalam hati supaya dapat menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Mula-mula amalkan suplemen untuk kurus dan cantik sebab memang sangat obses dengan cantik. Bila Mak Bintang offer nak join tak ? Terus tak melepaskan peluang dan alhamdulillah dah merasa pun bonus dari pihak Shaklee.

Tak kenal maka tak cinta dan kenal bercinta pulak. Hihi.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 6, 2016

SUKA DUKA IBU BERPANTANG

Hari ini ada masa lebih sikit konon. Kuikuikui. Macam ya tak ya jer sebab kerja atas meja belambak wei. Maklumlah cuti panjang. Start Friday sampai Wednesday. Haha hamek kau aku cuti kalah PM. Khamis semalam baru masuk keje.

Bila dah lama tak masuk ofis kepala pun macam dah ting tong kejap. Tadi curi-curi masa sikit pm kawan yang ambil suplemen alfalfa. Dia baru saja lepas bersalin dan dalam pantang. Dia contact saya sebab nak tau tentang alfalfa. Boleh ke alfalfa menurunkan kadar kuning anak ?

Saya cakap apa kata cuba dulu sebab banyak juga ibu-ibu yang lepas bersalin memang amalkan alfalfa sebagai suplemen untuk kesihatan dan kuning anak pun turun. 

Dan hari ini. Saya dapat feedback baik dari beliau. Dalam pantang masalah sembelit memang mengganggu emosi. Kadang-kadang sampai takut nak buang. Ini lagi bahaya.




Alfalfa adalah suplemen yang penting untuk ibu yang baru bersalin. Dianggap sebagai jamu moden untuk mengecutkan rahim dan mengurangkan keputihan untuk wanita.

Bagi ibu menyusu pula alfalfa sangat bagus untuk menggalakkan susu badan (milk booster).


KEBAIKAN ALFALFA UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSU

Kajian klinikal menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang boleh menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebgai serat yang menyerap kolestrol. Ia juga melegakan keletihan yang ibu dalam pantang.

Alfalfa juga membantu dalam mengembalikan bentuk badan yang ideal.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...