Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts
Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts

August 31, 2018

6 CARA MELEGAKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT

Pernah tak kena serangan sakit kepala yang teramat sangat sampai ketap gigi ? Kak Feni selalu kena macam ni. Nak-nak pula kalau keadaan cuaca yang sangat panas, maklumlah cuaca di Malaysia ni tak menentu. Kadang-kadang sangat panas dan kadang-kadang hujan di tengahari tak kira waktu. Kak Feni memang tak tahan panas, bila kena panas memang kepala ni macam nak pecah rasanya. Antara cara melegakan sakit kepala tanpa ubat yang penah Kak Feni cuba dan buat memang berkesan untuk Kak Feni ialah :-

1. Minum Air Berkarbonat

Antara minuman berkarbonat yang serasi dengan Kak Feni ialah air 100plus. Kadang-kadang panas ni buat sakit kepala disebabkan angin naik ke kepala. Bila minum air berkarbonat atau air gas ni. Secara tak langsung dia membantu dalam mengeluarkan angin jahat dalam badan. Bila angin dah keluar, kepala pun semakin kurang sakit kepala. Namun harus diingatkan jangan selalu mengambil minuman bergas ini kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Sekali sekala bila perlu bolehlah.

2. Banyakkan Minum Air Kosong

Bila sakit kepala, banyakkan minum air kosong/suam untuk membantu dalam melancarkan pengaliran darah. Air kan membantu dalam mencairkan darah. Darah pun dalam bentuk cecair jadi memang memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik.

3. Sejukkan Badan Dengan Berada di Tempat Yang Selesa

Berada di tengah panas lagi memburukkan keadaan. Jadi cari tempat yang lebih selesa seperti ke tempat yang ada penghawa dingin atau pun ada kipas angin untuk menyejukkan badan. Kalau cuaca panas, cuba elakkan diri dari melakukan aktivti luar rumah. Untuk melegakan sakit kepala boleh juga menggunakan air batu yang di tuam ke kepala bagi melegakan sakit kepala.

4. Amalkan Doa 

Doa untuk menghilangkan sakit kepala.

Kredit to : Blog Ummi Iman

Kena yakin dan percaya dengan kuasa doa. Penyakit itu datang dari Allah dan Dia juga yang Maha menyembuhkan. Jadi dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-quran, kita pun semakin dekat dengan tuhan.

5. Minum Air Halia Suam

Yang ni antara paling sedap untuk badan bila terkena serangan sakit kepala. Minum air halia suam. Selain melegakan sakit kepala, ia juga sangat membantu dalam membuang angin dalam badan. Paling senang ambil 3 biji Peppermint Ginger Plus, kemudian di hancurkan dalam air suam kemudian minum. Sangat-sangat membantu dalam mengurangkan dan melegakan sakit kepala.

6. Minum Sedikit Kafein

Tahu tak kopi pun boleh menghilangkan sakit kepala dengan pantas. Ini kerana kafein dalam kopi berupaya untuk membantu melegakan sakit kepala. Jadi ambil sedikit kopi panas bagi melegakan sakit kepala. Harus diingatkan kafein juga boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara banyak dan berterusan. Ini adalah kerana kafein dalam kopi menganggu penyerapan nutrien yang terdapat dalam ubat-ubatan atau suplemen.

Cara ini digunakan untuk mengelakkan dari selalu bergantung kepada ubat-ubatan pil penahan sakit yang bukan selalu boleh amalkan. Kalau nak ambil pun kena dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah dulu. Ubat tahan sakit bukan boleh sebarangan ambil kerana banyak kesan sampingannya.

Apapun sakit kepala ni bukan boleh dibuat main. Kalau berlarutan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 


March 13, 2018

MINUMAN HALIA YANG MENENANGKAN DAN MEMBANTU BUANG ANGIN DALAM BADAN


Secawan teh halia yang ditambah sedikit madu menjadikannya lebih berperisa untuk dinikmati. Keadaan stress yang sungguh menegangkan otak dapat dilegakan dengan menikmati secawan teh halia.

Kadang-kadang sebu di perut sebab aktiviti makan yang tidak menentu. Bila perut sebu pon boleh amalkan teh halia sebagai rawatan remedi bagi membantu melegakan perut yang sebu.

Masa pergi beli goreng pisang dibawah pun terpaksa pilih pisang yang tak angin sebab bila kena angin memang masalah. Dahla kita ni datang balik kerja dengan motor. Buatnya sakit kepala masa tengah jalan mahu tak haru biru jadinya.

Bila cakap dengan pakcik tu, saya tak boleh makan pisang abu pakcik sebab nanti kena angin. Terus dia cakap nak buang angin dalam badan senang je. Balik rumah nak ambil halia, ketuk-ketuk dan panaskan hingga mendidih. Sejukkan air halia hingga suam, kemudian campur madu sikit. Minum dengan bahagia.

Masalahnya kita ni takde masa nak buat. Bila ada masa lapang bolehla buat. Sampai rumah sendiri pun dekat pukul 10 malam. Awal pagi dah nak keluar hantar anak sekolah kemudian terus ke pejabat. Bila masa nak buatnya hari-hari. Jadi kena tunggu hujung minggu baru boleh buat benda-benda macam ni dengan bahagia.

Alternatif nak senang dan mudah, Feni akan telan saja PEPPERMINT GINGER PLUS dari Shaklee ataupun kalau nak mudah Feni hanya bancuhkan dalam air suam dan minum. Kesan minum air halia ni memang best. Sakit kepala dan kembung perut mudah lega. Angin dalam badan pun tak segan-segan nak keluar. 

Antara khasiat halia untuk kesihatan

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
6. Mencegah Barah Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
9. Rawatan Kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
11. Mengurangkan Morning Sickness. 


Nak mudah nak senang buang angin dalam badan boleh dapatkan stok Peppermint Ginger Plus sebagai alternatif untuk buang angin dalam badan.

Boleh hubungi Feni untuk buat pesanan dan pertanyaan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 22, 2018

TIPS BUANG ANGIN DALAM BADAN SELEPAS BERSALIN



Masalah angin ni selalu menyerang dan boleh menyebabkan segala kerja terganggu. Rasanya semua orang ada masalah angin ni.

Antara punca daripada masalah angin dalam badan ni adalah:

1. Pemakanan
2. Masalah penghadaman

Bila ada masalah angin boleh membuatkan badan rasa tidak selesa. Jadi macam mana cara nak keluarkan angin ni ? Ada 2 cara iaitu sendawa dan juga kentut. 

Antara kesan daripada masalah angin berlebihan adalah : 
1. Rasa senak atau kembung
2. Badan rasa sakit
3. Tidak selesa dan lesu
4. Boleh menyebabkan sakit kepala

4 tips atau petua hilangkan angin dalam badan ni :

1. Halia
Halia adalah ejen terbaik untuk buang angin berlebihan dalam badan.
Campurkan halia dalam minuman seperti teh, limau suam. Boleh juga pelbagaikan masakan yg berasaskan halia

Layurkan 3 ulas bawang putih di atas api dan makan begitu sahaja untuk membantu anda mengeluarkan angin dengan cepat dan berkesan.

Vitamin C juga dapat membantu membuang angin dalam badan. Ini kerana ia meningkatkan daya tahan dan imunisasi badan

4. Air rebusan betik
Daun betik bukan sahaja terkenal dengan untuk merawat penyakit denggi dan mengawal kencing manis, malah ia membantu menyingkirkan angin berlebihan juga

Rebus 4-5 helai daun betik dengan lebih kurang 1 liter air. Minum air rebusan tadi dengan air suam.

Pernah tak cuba antara petua di atas ? Mesti ada rasa kurang atau lega dengan masalah angin ini. Menggunakan petua ni memang bagus sebab secara semulajadi, namun keadaan hari ini yang semua nak cepat dan pantas, Feni nak share satu produk yang sangat-sangat membantu dalam mengeluarkan angin dalam badan ni. 

Produk ini juga sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang mengalami masalan angin selepas bersalin iaitu Peppermint Ginger Plus.



Antara manfaat Peppermint Ginger Plus ni adalah:

* Membantu melegakan otot perut 
* Membantu mengurangkan simptom-simptom demam 
* Melancarkan sistem penghadaman 
* Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik 
* Meningkatkan fokus 
* Menghalang muntah selepas pembedahan 
* Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut 
* Melegakan haba pada musim sejuk / panas 
* Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness 
* Melegakan senak perut

Untuk mencuba produk Peppermint Ginger Plus ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 11, 2017

10 Langkah Mengatasi Mabuk Ketika Awal Kehamilan



Alahan mabuk atau morning sickness sering terjadi kepada wanita hamil. Alahan ini tidak terjadi pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita mengalami morning sickness pada waktu petang atau malam atau terpaksa mengalaminya sepanjang hari.

Biasanya masalah mabuk ini akan beransur pulih setelah kandungan masuk ke trimester kedua. Tetapi ada juga yang mengalami masalah mabuk sehinggalah waktu melahirkan. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab masalah ini.

Perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau menimbulkan rasa mual dan loya. 

Berikut adalah langkah untuk mengatasi masalah mabuk ketika hamil yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah alahan ini.

1. Jangan terburu-buru bangun tidur.

Seeloknya untuk ibu hamil perlu mengambil masa untuk bangun dari tidur. Cuba duduk dahulu kemudian barulah bangun dan berdiri. Sediakan makanan ringan seperti biskut berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut kraker membantu mengurangkan rasa loya.

2. Makan 300-500 kalori sehari

Wanita hamil memerlukan 300-500 kalori sehari. Ibu digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap untuk memenuhi kepeluan nutrisi. Tidak digalakkan mengambil makanan yang banyak dalam satu masa kerana ini boleh membuatkan ibu berasa mual dan loya.

3. Tidak mengambil makanan yang meloyakan

Makanan yang berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid boleh menyebabkan ibu hamil cepat loya.

4. Ambil Peppermint Ginger Plus

Pengambilan Peppermint Ginger Plus membantu mengurangkan gejala morning sickness. Cairkan Peppermint Ginger Plus sebagai minuman herba mampu menaikkan mood ibu dan melegakan loya ketika hamil.


5. Banyakkan minum air

Ibu hamil perlu minum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi. Elakkan minum minuman yang berkafein dan berkarbonat.

6. Ambil protein

Mengambil makanan atau minuman yang tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual. Boleh amalkan ESP sebagai suplemen untuk ibu hamil.


7. Jangan makan dan minum serentak

Makanan dan minuman yang bercampur dalam perut secara tak langsung akan menyebabkan rasa loya.

8. Elakkan stress

Stress boleh menambahkan masalah loya. Sebaiknya ambil masa untuk rehat dan bertenang.

9. Mengambil vitamin B6

Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada menjadi lebih teruk. Boleh rujuk B-Complex untuk info lanjut tentang vitamin B.



10. Ubahsuai pengaliran udara

Aliran udara yang bagus membantu ibu hamil daripada terbau bau-bauan yang kurang enak seperti masakan. Jadi pastikan aliran udara semasa memasak dapat dikeluarkan dengan baik.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee dengan khidmat nasihat percuma ?

Boleh menghubungi Feni sebagai SID anda. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 3, 2017

Produk Kurus Yang Selamat


Anda sedang mencari produk kurus yang selamat ?

Shaklee ada jawapannya.

Antara produk yang boleh diamalkan ialah :-

1) Alfalfa
Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan konormalan badan yang berasid. Berupaya menghilangkan toksin dalam badan serta membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Jadi jangan hairan kenapa orang yang mengamalkan Alfalfa secara tak langsung kulit mereka cantik dan bebas toksin.

2) Herba-Lax
Herba-lax ni membantu masalah sembelit. Merangsang usus untuk proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Herba-lax hanya boleh diambil 2 kali seminggu untuk kesihatan berpanjangan. 

3) Lecithin
Bertindak sebgai pembersih salur darah. Pengambilan tambahan membantu mengelmusi dan metabolisma lemak, koletsrol dan trigliserid di dalam tubuh. Menghalang obesiti serta  pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan perlangsingan yang seimbang.

4) Peppermint Ginger Plus
Membantu membuang angin dalam badan. Campuran 3 biji peppermint Ginger Plus bersama 10 biji Alfalfa membantu proses pembuangan najis dengan mudah. Mengatasi masalah loya, mabuk, gastrik, sendawa dan penghadaman.

5) ESP
ESP sangat bagus untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Mengambil ESP sebagai sarapan pagi dan hidangan petang membantu mengurangkan rasa lapar. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



November 22, 2016

Darah Haid Lebih 15 Hari. Apa Ikhtiar ?

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?
Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut
Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.
Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.
Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.
Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.
Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.
Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.
Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.
Syukur alhamdulillah. Syukur.
Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.


Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 19, 2016

7 KELEBIHAN HALIA UNTUK KESIHATAN



Halia memang terkenal dengan kelebihannya dalam merawat masalah kesihatan. Halia sangat mudah di dapati di pasaraya atau kedai-kedai biasa. Ianya sangat penting sebagai bahan utama dalam masakan. 

Halia dikenali sebagai tanaman herba yang sangat penting dalam perubatan dan berupaya merawat masalah penghadaman, loya, mabuk dan pening-pening disebabkan oleh angin. Kajian moden juga mendapati bahawa halia mampu merawat seperti loya, muntah, melindungi mukasa perut dan memperbaiki radang.

Halia meningkatkan penyerapan nutirien makanan dan meningkatkan ketidaksediaan bahan-bahan aktif dalam tisu badan. Rasa dan aroma halia segar tidak dianggap sebagai toksik dan ianya selamat untuk kegunaan harian.

7 KELEBIHAN HALIA UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN ANDA

1) MELEGAKAN SISTEM PENGHADAMAN

Halia mampu memperbaiki sistem percernaan, merangsang, membantu dalam penyerapan nutrien, menyerap gas dan toksin dan membantu kulit untuk membebaskan toksin. Ini adalah salah satu herba untuk meningkatkan penghadaman.

2) MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH

Kajian menunjukkan bahawa halia amat berkesan dalam mencegah loya terutamanya mabuk laut. Halia mempunyai kesan yang besar yang terbukti sangat berkesan dalam mencegah muntah semasa mengandung. Berbanding dengan ubat-ubat yang boleh membahayakan janin. Halia adalah selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan dan anda memerlukan jumlah yang agak kecil.

3) ANTI RADANG

Jika anda mengalami sakit artiris pada lutut, memakan halia setiap hari pasti dapat membantu. Hali mengandungi bahan-bahan anti-radang yang kuat dipanggil gingerols. Hal ini telah diuji dalam pelbagai penyelidikan untuk pesakit osteoartritis atau artitis reumatoid. 

4) MELINDUNGI DARI KANSER KOLON

Bahan utama ialah gingerols yang sangat aktif dalam halia boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus besar. Kajian juga menunjukkan bahawa halia adalah berkesan dalam mencegah dan merawat kanser kolon.

5) MEMBUNUH SEL-SEL KANSER OVARI

Bahan-bahan halia terbukti mempunyai antioksida dan anti kanser. Halia mempunyai keupayaan untuk merawat keradangan dan mengurangkan komponen sel yang dikaitkan dengan perkembangan kanser ovari.

6) MERANGSANG SISTEM IMUN

Halia boleh memanaskan badan dan membantu dalam mengeluarkan peluh yang sihat. Ia juga boleh mengurangkan demam dan selesema. Berpeluh boleh merangsang sistem imun dan membantu tubuh mengatasi pelbagai penyakit. 


7) MEMBANTU DALAM PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN

Makan dan minum akar halia boleh menjaga berat badan. Dengan mengamalkan teh halia setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan ke paras yang lebih normal. 

Untuk melegakan loya ambil 1-2 inci halia segar dicampur dengan teh atau air panas


Sekarang ni tak susah untuk dapatkan halia sebab dah banyak yang diproses dan dibotolkan untuk kegunaan kesihatan. Paling penting ianya selamat untuk digunakan dan diproses secara semulajadi.






Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


August 10, 2015

Peppermint-Ginger Plus Dan Manfaatnya

*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Peppermint-Ginger Plus dihasilkan daripada bahan-bahan herba semulajadi seperti daun pudina, halia, adas dan cekur manis. Bahan utama dalam produk ini adalah halia yang memang terkenal dan berfungsi untuk membuang angin dalam badan disamping melegakan perut yang berangin (kembung). Kombinasi herba dari Barat dan Timur ini dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Ianya diuji secara klinikal untuk membantu merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Mari kita lihat manfaat utama bahan-bahan herba yang terdapat dalam Peppermint-Ginger Plus ni

Manfaat utama

Halia 

Melegakan ketidakselasaan perut dan usus, sakit haid, loya, dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan. Manakala penyelidik di Swidzeland mendapati bahawa halia dapat merawat remedi lain seperti mabuk laut.

✿ Biji Adas (Fennal)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu. Biji adas juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

✿ Pudina

Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Bagi pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi, pudina ini sesuai untuk melegakan kesan sampingan daripada rawatan kimoterapi tersebut. Pudina juga merangsang pengeluaran peluh untuk merawat demam apabila dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

✿ Cekur Manis (Anise)

Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

Cara makan yang disyorkan


Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan
Mencuci usus dan perut              : Larutkan 3 biji Peppermint-Ginter dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum
Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea batuk : 3 - 5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
Kelegaan tekak, batuk, dan sendawa : Hisap 2 biji

Jom dapatkan Peppermint-Ginger Plus untuk melegakan perut anda, hubungi Feni melalui salah satu medium di bawah : -


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...