Showing posts with label B-COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label B-COMPLEX. Show all posts

January 29, 2019

BILA SUAMI MENGADU MASALAH RAMBUT BERUBAN

Masalah rambut beruban ni bukan masalah biasa-biasa. Kadang-kadang boleh menghilangkan keyakinan diri. Nak-nak pula kalau lelaki macam suami Kak Feni. Kak Feni perasan dah semakin banyak pula uban di kepalanya. Padahal umur lambat lagi nak capai 40-an.



 5 FAKTOR YANG MENYEBABKAN RAMBUT BERUBAN

#1 Gaya Hidup


Gaya hidup yang kurang sihat seperti suka merokok dan suka makan makanan ringan dapat mempercepatkan proses rambut beruban. Menurut kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban berbanding dengan manusia yang tidak merokok. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin dengan lebih cepat. Pengambilan makanan ringan yang tidak berkhasiat juga boleh menganggu proses penghasilan melanin.

#2 Diet Tidak Seimbang


Pengambilan diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan tubuh badan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Hal ini bukan sahaja akan menyebabkan rambut cepat beruban malahan, tubuh badan juga mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin B12 akan mengakibatkan kekurangan pembentukan melanin.

#3 Cara Penjagaan Rambut yang Salah


Penggunaan alat pengering rambut dan pewarna rambut dengan kerap juga akan menyebabkan masalah pada melanin rambut sekaligus mempercepatkan proses rambut beruban. Hal ini bukan sahaja mengakibatkan rambut beruban malahan, akan membuatkan rambut menjadi cepat rosak. Terlalu kerap mencuci rambut juga tidak bagus kerana akan menyebabkan rambut cepat kering. Gunalah syampu yang sesuai agar rambut sentiasa sihat dan cantik.

#4 Tekanan Hidup


Menurut Ralf Paus, ahli Dermatologi di Jerman, hormon stress akan menghasilkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel. Radikal bebas yang terhasil akan menyebabkan berlakunya pengurangan melanin. Oleh itu, tidak mustahil tekanan hidup atau stress akan mengakibatkan rambut lebih cepat beruban.

#5 Faktor Genetik


Jika ibu bapa anda atau ahli keluarga yang lain pernah mengalami rambut beruban sebelum waktunya, tidak mustahil anda juga akan turut mengalaminya. Menurut Dr. Micheal Eidelman, ahli Dermatologi di Mount Sinai, genetik bukan sahaja memainkan peranan sebagai kayu ukur waktu pertumbuhan uban,malahan ia berperanan menetukan warna uban dan tahap intensiti uban tersebut.


Dari segi pemakanan, memang perlu jaga pemakanan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah rambut gugur ni. Kadang-kadang gaya hidup juga sangat mempengaruhi. Penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan kesihatan disamping itu boleh menjadikan kita sentiasa awet muda.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENGATASI MASALAH RAMBUT BERUBAN 


Suplemen yang membantu dalam mengatasi masalah rambut beruban ialah B-Complex.


Antara KEBAIKAN B-COMPLEX SHAKLEE ialah melambatkan proses uban di rambut. Ia juga membantu dalam melebatkan rambut dan membaiki tekstur rambut. B-complex juga sangat membantu dalam menyerap iron dan mengelakkan keguguran rambut.

Stress juga menjadi punca rambut beruban, jadi bolehlah amalkan B-Complex sebagai suplemen harian yang terkenal dengan kebaikannya sebagai vitamin anti-tekanan.

B-complex juga sesuai diamalkan oleh semua golongan. Boleh rujuk gambar di bawah;-

Lepas ni Kak Feni pun kena paksa suami makan B-Complex dengan konsisten supaya masalah rambut dia yang beruban itu dapat dikurangkan ataupun hilang terus. Makan suplemen ni  memang kena sabar sebab kesan dia bukan sehari dua.

Untuk mendapatkan B-Complex sebagai suplemen harian bolehlah hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 24, 2018

MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Siapa yang memerlukan B-Complex ?

✿ Wanita hamil
✿ Ibu yang menyusukan anak
✿ Ibu yang sedang berpantang
✿ Mereka yang mementingkan kecantikan kulit
✿ Mereka yang mahukan zuriat
✿ Mereka yang mengalami masalah migrain
✿ Mereka yang mengalami masalah eczema atau alahan
✿ Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B

✿ Lemah sistem saraf
✿ Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi penyakit jantung
✿ Boleh mengakibatkan anemia
✿ Masalah depresi(tekanan perasaan)
✿ Kehilangan daya memori
✿ Cepat letih
✿ Sesak nafas
✿ Insomnia
✿ Kurang fokus dan konsentrasi
✿ Mudah tersinggung

MANFAAT B-COMPLEX SHAKLEE

1. Mengurangkan Risiko Kecacatan Otak atau Tulang Belakang Janin Dalam Kandungan


Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

2. Meredakan Senggugut Dan Simprom Sebelum Datang Bulan



B-Complex boleh dianggap sebagai vitamin anti-stress. Bagi wanita yang selalu mengalami masalah PMS atau senggugut boleh amalkan B-Complex beberapa minggu sebelum datang bulan. Ia membantu melegakan masalah senggugut dan menstabilkan hormon.

3. Mencegah Perlcche atau Kerekahan Mulut, Jangkitan Lidah (glossitis) dan Nafas Berbau


Bagi yang ada masalah mulut berbau, selalu kena ulser dan masalah mulut boleh juga ambil B-complex untuk membantu mengatasi masalah ini. Penyakit mulut boleh menyebabkan masalah hilang keyakinan kepada diri. Nak bercakap dengan orang pun malu kalau mulut berbau. B-Complex boleh bantu.

4. Baik untuk Mata



B-Complex adalah vitamin yang disarankan untuk mata.  Cukupkan keperluan harian B-Complex  boleh mengurangkan keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan daya ingatan dan daya pemerhatian (fokus).

5. Membantu Pembentukan Sel Darah Merah dan Antibodi yang Sihat Serta Mencegah Anemia


B-Complex membantu menguatkan anti-bodi. Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah HB low, elok amalkan B-Complex. Kalau pergi klinik, doktor akan bekalkan asid folik untuk ibu bagi tujuan meningkatkan HB. 

6. Melawan Tekanan, Meredekan Sakit Kepala, Kemurungan, dan Insomnia serta Memastikan Fungsi Saraf




B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagi mereka yang selalu berada dalam keadaan tertekan, stress dan kemurungan boleh ambil b-complex sebagai suplemen harian. 


7. Membantu Masalah Rambut




Keguguran rambut selalu terjadi kepada mereka yang sudah berumur. Namun hari ni sudah tak kira umur disebabkan oleh gaya hidup kita. Makan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, tak bersenam dan sebagainya. Rambut mudah gugur dan risiko untuk botak.

8. Memberikan Tenaga


B-Complex adalah antara suplemen yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE. Ini adalah kerana ia berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu dalam memberikan tenaga berpanjangan.

9. PERBEZAAN SHAKLEE


B-Complex Shaklee berbeza dengan vitamin B dalam pasaran kerana ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan diuji selamat untuk diamalkan. Pengambilan secara berterusan menjadikan kualiti kehidupan lebih baik.

Jangan lupa dapatkan B-Complex hari ini dengan menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


November 30, 2017

Produk Untuk Mengatasi Rasa Letih dan Lesu Badan

Cabaran untuk wanita hari ini ialah terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa. Tidak kiralah wanita yang bekerjaya ataupun suri rumah. 

Antara penyebab terjadinya letih dan lesu ialah :


1) Kurangnya minum air kosong/ putih

Kita disarankan supaya minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari untuk melancarkan sistem tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita berasa cepat letih.

2) Kurang bersenam

Bersenam membantu dalam melancarkan peeredaran darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan. Kurang bersenam boleh menyebabkan badan cepat penat dan tidak bermaya.

3) Kekurangan Zat Besi

Kurang zat besi boleh menyebabkan badan cepat letih dan lesu. Selalunya dialami oleh wanita yang melalui proses menstruasi, ibu hamil dan menyusu. Zat besi boleh didapati melalui makanan iaitu daging, makanan laut dan sayur-sayuran. Paling mudah amalkan saja Vitalea Shaklee. 

4) Tidak bersarapan

Sarapan adalah sangat penting. Meninggalkan makan pagi boleh menyebabkan badan akan menjadi letih sepanjang hari.

5) Makanan Ringan

Makanan ringan dan makanan segera yang banyak mengandungi perasa MSG sangat tidak digalakkan untuk makan. Makanan ini mengandugi banyak gula, kolestrol dan masin. Ini boleh menyebabkan menggemukkan dan obesiti.

6) Kafein yang berlebihan

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gelisah dan mengganggu proses pencernaan serta boleh menyebabkan insomnia. Imsomnia atau susah tidur boleh menyebabkan kita kurang tidur dan mengganggu kualiti kerja pada esok hari. Ini akan menyebabkan badan berasa letih dan tidak bermaya.

7) Terlalu memaksa diri

Bidang kerja yang memaksa kita bekerja lebih masa menyebabkan kita memaksa diri untuk siapkan sesuatu kerja. Paksa diri boleh menyebabkan kita letih.

Boleh amalkan SET TAMBAH TENAGA untuk mengatasi masalah letih dan lesu badan.


Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

June 13, 2017

SET KEPERLUAN HARIAN

Sejak dok jual suplemen ni kan. Ramai yang pm dan tanya pasal suplemen untuk keperluan harian. Maklumlah bila selalu makan makanan dalam tin, makan kat luar, dan makanan segera ni banyak sangat zat yang dah hilang. Jadi cuba untuk tambah nutrisi dengan pengambilan suplemen. 

Suplemen ni penting untuk menambah nutrisi yang diperlukan. Namun pengambilan makanan seimbang, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat sangatlah perlu. Suplemen hanya membantu untuk sihat dan cergas.

Cadangan suplemen untuk keperluan harian adalah seperti berikut :-



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee sebagai suplemen harian anda bolehlah menghubungi Feni melalui salah medium di bawah :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 14, 2017

SET KESIHATAN HARIAN SHAKLEE



Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder, Vita-Lea®, OmegaGuard™ dan Sustained Release Vita-C PlusTM. Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak omega-3, 14g protein setiap hidangan, dan 500mg Vitamin C semula jadi setiap hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang ia perlukan untuk menyokong kesihatan yang optimum.

VITAMIN C

Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita

OMEGA GUARD

Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

VITALEA

Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

B-COMPLEX

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.


ESP 

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Hubungi Feni untuk mendapatkan Set Kesihatan Harian anda. Khidmat nasihat adalah percuma.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 11, 2017

10 Langkah Mengatasi Mabuk Ketika Awal Kehamilan



Alahan mabuk atau morning sickness sering terjadi kepada wanita hamil. Alahan ini tidak terjadi pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita mengalami morning sickness pada waktu petang atau malam atau terpaksa mengalaminya sepanjang hari.

Biasanya masalah mabuk ini akan beransur pulih setelah kandungan masuk ke trimester kedua. Tetapi ada juga yang mengalami masalah mabuk sehinggalah waktu melahirkan. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab masalah ini.

Perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau menimbulkan rasa mual dan loya. 

Berikut adalah langkah untuk mengatasi masalah mabuk ketika hamil yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah alahan ini.

1. Jangan terburu-buru bangun tidur.

Seeloknya untuk ibu hamil perlu mengambil masa untuk bangun dari tidur. Cuba duduk dahulu kemudian barulah bangun dan berdiri. Sediakan makanan ringan seperti biskut berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut kraker membantu mengurangkan rasa loya.

2. Makan 300-500 kalori sehari

Wanita hamil memerlukan 300-500 kalori sehari. Ibu digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap untuk memenuhi kepeluan nutrisi. Tidak digalakkan mengambil makanan yang banyak dalam satu masa kerana ini boleh membuatkan ibu berasa mual dan loya.

3. Tidak mengambil makanan yang meloyakan

Makanan yang berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid boleh menyebabkan ibu hamil cepat loya.

4. Ambil Peppermint Ginger Plus

Pengambilan Peppermint Ginger Plus membantu mengurangkan gejala morning sickness. Cairkan Peppermint Ginger Plus sebagai minuman herba mampu menaikkan mood ibu dan melegakan loya ketika hamil.


5. Banyakkan minum air

Ibu hamil perlu minum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi. Elakkan minum minuman yang berkafein dan berkarbonat.

6. Ambil protein

Mengambil makanan atau minuman yang tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual. Boleh amalkan ESP sebagai suplemen untuk ibu hamil.


7. Jangan makan dan minum serentak

Makanan dan minuman yang bercampur dalam perut secara tak langsung akan menyebabkan rasa loya.

8. Elakkan stress

Stress boleh menambahkan masalah loya. Sebaiknya ambil masa untuk rehat dan bertenang.

9. Mengambil vitamin B6

Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada menjadi lebih teruk. Boleh rujuk B-Complex untuk info lanjut tentang vitamin B.



10. Ubahsuai pengaliran udara

Aliran udara yang bagus membantu ibu hamil daripada terbau bau-bauan yang kurang enak seperti masakan. Jadi pastikan aliran udara semasa memasak dapat dikeluarkan dengan baik.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee dengan khidmat nasihat percuma ?

Boleh menghubungi Feni sebagai SID anda. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 17, 2017

Vitamin Anti Stress

Pernah tak korang mencari Vitamin untuk mengatasi masalah stress ?

Maklum sajalah hari ini ramai sangat hidup dalam tekanan. Kos sara hidup yang tinggi. Gaji pulak rendah tak naik-naik.

Bila memikirkan masa depan rasa takut sangat sampai stress. Kena buat 2 3 kerja untuk menampung kehidupan. Tambah-tambah lagi yang mempunyai anak-anak yang ramai serta keluarga yang besar.

Nak kerja kena ada tenaga. Jadi pastikan ambil makanan yang berkhasiat untuk kekal cergas sepanjang hari.


Jangan biarkan stress menguasai diri sampai sakit boleh singgah. Amalkan vitamin B-Complex setiap hari untuk membantu mengatasi masalah stress.

Feni ambil 2 biji setiap hari lepas makan pagi. Untuk kesihatan dan khasiat maksimum.

Antara kebaikan Vitamin B-Complex ini ialah :

✔ Menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penghadaman.
✔ Melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala.
✔ Membantu tumbesaran, sangat sesuai untuk ibu hamil.
✔ Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur.
✔ Sangat baik untuk mata.Mengurangkan masalah keletihan mata.
✔ Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
✔ Meredakan masalah senggugut. 

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B-Complex adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu sangat penting untuk kita mengambil B-complex setiap hari.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 14, 2016

Masalah Senggugut Macam Nak Patah Pinggang Selesai

Saya masa anak dara memang tiap-tiap bulan akan menghadapi masalah yang sama. Setiap kali datang bulan mesti terpaksa ambil cuti ataupun kena hantar balik oleh cikgu. Bila datang bulan saya akan mengalami masalah sakit kepala, muntah dan kadang-kadang kena macam cirit birit. Duduk berjam-jam dalam toilet. Teruknya sakit hanya tuhan yang tahu.

Dah kahwin pun masih alami masalah yang sama walaupun dah bersalin anak pertama. Bila sakit senggugut datang saya akan makan pain killer atau panadol untuk kurangkan rasa sakit. 

Tapi sekarang masalah senggugut dah beransur pulih bila saya kenal produk shaklee. Saya amalkan alfalfa sebagai jamu untuk atasi masalah milk booster untuk anak saya. Tapi tak sangka alfalfa juga membantu dalam mengatasi masalah sengugut.

Selain itu saya juga amalkan beberapa vitamin lain untuk kulit dan kesihatan. Antara suplimen yang saya konsisten amalkan ialah ESP, Vitamin C, Vitamin E, B-Complex, dan beberapa vitamin lain sebagai suplimen harian. 





Sekiranya anda mengalami masalah yang sama seperti saya dan ingin mencuba produk Shaklee boleh menghubungi saya untuk khidmat rundingan secara percuma.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 14, 2016

Cerita Anis Dan Ikhtiar Untuk Hamil

Jangan lupa hubungi Feni untuk dapatkan suplemen Shaklee anda.
Khidmat nasihat secara percuma.

Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com


September 13, 2016

Bagaimana Ingin Hamil Semula Setelah Berhenti Makan Pil Perancang ?

Pil perancang adalah salah satu langkah yang boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mencegah kehamilan. Ada pasangan terpaksa menangguhkan kehamilan disebabkan masalah tertentu seperti masih belajar atau mengikuti aktiviti-aktiviti yang tidak dibolehkan untuk hamil.

Langkah-langkah persediaan untuk hamil yang boleh anda amalkan setelah merancang melalui pil perancang.

1) Berhenti Mengambil Pil Perancang
Perkara pertama yang perlu dibuat setelah keputusan untuk hamil ialah berhenti makan pil perancang. Merancang kehamilan akan datang dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat supaya dapat menyihatkan tubuh badan serta menstabilkan kembali hormon dalam badan.

2) Stabilkan Hormon Dalam Badan
Sistem endokrin berfungsi untuk mengawal hormon. Perancang kehamilan jenis hormon akan menyebabkan kecelaruan apabila pil perancang dihentikan. Kecelaruan ini sebenarnya adalah bersifat lazim kerana badan nak baiki semula hormon kepada seimbang dan normal. Berikan masa untuk tubuh badan kembali normal sebelum merancang untuk hamil.

3) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Kuruskan Badan
Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi tiga kali seminggu. Ini adalah untuk mengekalkan kesihatan dan juga membantu dalam menurunkan berat badan. Lemak yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. 

4) Hidup Bertuhan
Berserah dan tawakal kepada Tuhan. Berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan untuk hamil. Segala perancangan adalah dengan izinNya.

Produk Shaklee Yang Boleh Diamalkan Untuk Menstabilkan Hormon Ialah :

1) B-Complex
Mengandungi gabunagn 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik untuk membina saraf tunjang bayi. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan tumbesaran bayi menjadi cacat. Membantu dalam proses kesuburan lelaki dan wanita. Suami dan isteri disarankan supaya mengamalkan B-Complex dalam tempoh kesuburan.

2) GLA Complex
GLA atau Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon. Dihasilkan daripada minyak borage iaitu sumber GLA yang paling pekat dan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin E yang bertindak membantu penyerapannya. 

GLA ini digalakkan diambil oleh wanita dan gadis remaja yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, sakit buah dada, sakit pinggang dan perubahan mood atau mood swing. Apabila hormon prostaglandin diseimbangkan terhasilah kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat dan cantik.

3) ESP
ESP terkenal dengan soya NON GMO iatu soya yang tidak diubah genetiknya. Merupakan sumber protein penting  dalam membekalkan nutrisi kepada tubuh badan. Mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalan hormon-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. 

4) Omega Guard
Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Membantu dalam pembentukan otak yang lebih bijak untuk bayi dalam kandungan. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Safeni Feni
Sms/Telegram/Whatsapp : 011-15672780
Email : feni8683@gmail.com




September 9, 2016

Asid Folik Dan Kehamilan

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-

400 mcg – Perancangan untuk hamil
400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
500 mcg – Semasa menyusukan

Mengapakah wanita hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 


B-Complex Shaklee

✔  Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
✔ Kesemua 8 komponen ini perlu ada  pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan  keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
✔Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.
✔ Vitamin B adalah larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan dan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 5, 2016

Rahsia Awet Muda Terbongkar Hanya Dengan Amalkan Set Cantik Shaklee


Teruja bila ramai duta-duta produk Shaklee buat sharing tentang #shakleeeffect mereka. Salah seorangnya akak cantik gojes ni. Saya kenal dia melalai FB je.

Sejak beliau mengamalkan SET CANTIK iaitu ESP, Vitamin C dan B- Complex kulit bertambah cantik dan gebu. Masalah bekas-bekas jerawat dan jeragat kat muka bertambah hilang dan pulih. Malah kulit pulak menjadi semakin sekata.

Paling best bertambah awet muda. 

Nak jadi macam akak ni boleh cuba set cantik gojes ni. 

Hubungi Feni untuk khidmat nasihat secara percuma.

Safeni FeniSMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780Email: feni8683@gmail.com


July 26, 2016

Kenali Warna Urin Kita

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee, saya sering ditanya oleh pelanggan saya berkenaan dengan warna air kencing atau urin selepas mengambil vitamin terutamanya B-Complex. Jadi jom kita kenali warna urin kita.

Jom kita kenali warna urin


Jernih - Menunjukkan kita terlebih air dan biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrat. Dari segi ujian dadah, ianya boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam darah melalui lebih-hidrat.

Kuning atau kuning cair - Menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperty rifampin dan pyridium boleh menukarkan air kencing menjadi kuning kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Air kencing gelap atau perang - Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing kemerahan atau berwarna gelap - Dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu - Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow - Mungkin disebabkan oleh pemakanan vitamin tambahan terutamanya vitamin B.

Warna air kencing gelap - Biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration).

B-Complex adalah tergolong dalam kumpulan vitamin yang larut air. Riboflamin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam B-Complex. Jadi lebihan yang tak dapat diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab tu warna urin menjadi kuning cerah.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


July 25, 2016

PMS Mengganggu Emosi Wanita

Premenstrual Syndrom (PMS) adalah sindrom yang sering dialami oleh wanita dan remaja wanita beberapa hari sebelum datang haid. Sindrom ini menyebabkan perasaan seseorang tidak keruan. Ini menyebabkan keadaan seseorang itu lebih sensitif ketika sedang mengalami PMS. 

Tidak semua wanita mengalami simptom PMS. Kebanyakan wanita dan remaja yang mengalami perubahan badan dan sikap atau perasaan beberapa hari sebelum kedatang haid. Simpton ini akan hilang setelah datang haid. Ketika ini mereka akan mengalami perubahan perasaan menjadi seorang pemarah dan sangat sensitif dengan perkara yang lebih kecil.

Ada juga wanita yang mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan iaitu di otot dan payudara apabila disentuh. Ada juga mengalami keadaan "mengidam' untuk makan makanan yang diingini.

Salah satu faktor yang menyebabkan PMS adalah ketidakseimbangan hormon. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan PMS.

Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian boleh membantu mengurangkan gejala PMS. Mengambil vitamin B tambahan seperti B-Complex sepanjang tempoh PMS. Wanita juga disarankan supaya melakukan senaman semasa proses PMS seperti berjalan, berlari atau berenang untuk mengurangkan gejala PMS.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 30, 2015

Kebaikan B-Complex Shaklee

Assalamualikum w.b.t.

Hari ni saya ingin share dengan semua orang pasal kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee.

Kebaikan B-Complex Shaklee
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Mengelakkan penyakit beri-beri
  • Meransang pertumbuhan kanak-kanak
  • Amat diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Penting untuk fungsi normal sistem saraf
  • Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh
  • Amat Penting untuk aktivti sel genetik
  • Diperlukan untuk memproses dan pembaikan sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia dan penting untuk proses pembaikan sel darah merah
  • Meningkatkan kemampuan berfikir
Siapa yang memerlukan B-Complex ?
  • Wanita hamil
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang mementingkan kecantikan kulit
  • Mereka yang mahukan zuriat
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami masalah eczema atau alahan
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol
Tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi penyakit jantung
  • Boleh mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi(tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung
Love to share

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...