Showing posts with label SET HAMIL. Show all posts
Showing posts with label SET HAMIL. Show all posts

May 31, 2019

Suplemen Untuk Wanita Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

Alhamdulillah dapat berkongsi lagi di alam maya ni.

Semasa hamil anak pertama dulu, tak pandai sangat dan tak cukup ilmu. Kak Feni terlalu percayakan cakap-cakap orang dan akhirnya terpaksa masuk wad sebab badan dehidrat. Nak cerita pengalaman hamil anak pertama memang banyak ceritanya.

Vitamin yang Nurse bagi dari Klinik tak makan sebab takut anak besar dan susah nak bersalin. Betapa ceteknya masa tu. Last-last badan jadi lemah dan mudah jatuh sakit sebab tak cukup nutrisi. Kak Feni kena tahan wad selama 3 hari 2 malam sebab badan tak cukup air dan boleh memudaratkan anak dalam kandungan. Bila dah warded, 21 botol air kena drip masuk dalam tubuh. Satu pengalaman yang sangat tak best untuk diingat.

Lepas keluar wad terus tekad nak makan semua vitamin yang nurse bagi. Minum air kosong banyak-banyak sebab takut kena tahan wad lagi. Alhamdulillah lepas tu tak masuk wad hinggalah hari bersalin. Ada hikmah bila kita kena sakit ni.

Hamil anak kedua macam dah cerdik sikit. Mula pandai cari ilmu dan baca pelbagai buku untuk ibu bapa dan bayi. Alhamdulillah hamil anak kedua Kak Feni boleh kerja macam biasa. Naik motor dengan suami pergi dan balik kerja. Anak pun membesar dengan sihat dalam perut. 

Semua vitamin yang nurse klinik bagi cuma iberet folic tu je Kak Feni tak boleh nak makan sebab lepas makan mesti muntah balik. Doktor di klinik tukarkan kepada obimin. Yang ni okey sikit dan boleh telan berbanding dengan iberet folic. 

Masa ni tak kenal lagi suplemen Shaklee jadi makan jela vitamin yang nurse bagi. Percuma pulak tu. Rugi tak makan. Hahaha

Jom kita tengok apa yang Dr Zubaidi Hj Ahmad share di fb beliau.



SET HAMIL SHAKLEE




Bila lepas pantang anak kedua ada masalah susu kurang. Google punya google banyak juga produk yang Kak Feni cuba untuk milk booster. Banyak juga produk milk booster yang pernah Kak Feni amalkan untuk banyakkan susu badan. Akhirnya bertemu dengan MILK BOOSTER SHAKLEE dan terus amalkan suplemen hingga kini.

Jadi bagi ibu-ibu yang sedang mencari suplemen untuk ibu hamil boleh cuba SET HAMIL SHAKLEE yang sangat bagus untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jangan risau rugi sebab suplemen ni boleh makan hingga menyusu. 

Kalau ada yang minat untuk order Produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni. 


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






November 12, 2018

VITAMIN IBU HAMIL YANG MESTI DIAMALKAN OLEH IBU SEMASA HAMIL

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ibu hamil juga memerlukan vitamin bagi memerlukan keperluan nutrisi bagi ibu dan juga janin yang dikandung oleh ibu hamil.

VITAMIN IBU HAMIL TRIMESTER 1

Untuk trimester pertama iaitu dari bulan pertama hingga bulan ketiga kehamilan. Ibu digalakkan untuk mengamalkan vitamin seperti Vitalea, Vitamin C, ESP dan juga B-complex.


Vitalea adalah multivitamin yang sangat penting untuk ibu hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalami kekurangan nutrisi diawal kehamilan disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan ibu mengalami muntah-muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan. Jadi sebaiknya ibu mengambil suplemen Vitalea untuk membantu dalam mengekalkan nutrisi untuk ibu dan juga bayi.

ESP adalah serbuk soya yang dihasilkan daripada soya non-GMO iaitu soya yang tidak diubah genetiknya. Ianya membantu dalam memberikan tenaga berpanjangan untuk ibu. Hilang selera makan boleh menyebabkan ibu kurang bertenaga untuk menjalankan tugas harian. ESP membantu dalam membekalkan tenaga.

Vitamin C ialah vitamin yang sangat-sangat membantu ibu untuk mengurangkan masalah 'morning sickness". Mengurangan perasaan ingin muntah kerana rasanya yang masam boleh mengelakkan loya tekak. Selain itu vitamin C juga membantu dalam mengimunkan ibu dan bayi dari mudah terkena jangkitan seperti selsema, demam dan batuk.

B-Complex sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Pengambilan B-complex sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%.


VITAMIN IBU HAMIL TRIMESTER 2 DAN 3



Trimester kedua iaitu bulan keempat hingga bulan keenam kandungan. Ketika ini pertumbuhan bayi sangat pesat. Sistem otot dan tulang rangka terus berkembang. Bulan kelima, tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang. Pada bulan keenam, otak dan paru-paru bayi sedang berkembang dengan pesat. Berat badan bayi akan terus bertambah sehingga lahir.

Trimester Ketiga iaitu 3 bulan terakhir kehamilan. Bulan ketujuh, kelapan dan kesembilan. Berat otak berkembang 400-500% sehingga lahir. Lemaknya semakin bertambah dan kulit menjadi kurang berkedut. Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Bayi memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang. Pengerasan tulang rangka berterusan, dan bayi akan melalui banyak perkembangan otak. Bayi masih terus berkembang. Otak membina beribu-ribu sambungan saraf.

Vitamin yang patut diamalkan ialah ESP, Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard.

ESP - Protein dalam ESP penting untuk membekalkan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu. Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Pengambilan ESP secara berterusan menjadikan ibu lebih sihat dan betenaga sepanjang kehamilan.

Vitalea - Membekalkan zat besi kerana isipadu darah bertambah 2 kali ganda ketika ini. 1 tablet vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Jadi pengambilan vitalea sebagai multivitamin bukan sahaja untuk ibu malah anak yang bakal lahir juga menjadi lebih sihat dan cukup nutrisi.

Ostematrix - Membantu dalam membekalkan kalsium untuk menyokong perkembangan tulang. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki masalah kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi untuk ibu hamil. Kalsium dan protein untuk perkembangan tulang.


Vitamin C - Membantu untuk penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.  Ibu hamil yang tidak cukup vitamin akan mudah penat. Pengambilan 120mg vitamin C sehari bersamaan 2 tablet sehari sesuai untuk keperluan ibu hamil.

Omega Guard - Membantu dalam perkembangan otak bayi. Omega 3 untuk menyokong perkembangan otak. Lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit.

B-Complex - Mengelakkan masalah kecacatan tiub neuron. Vitamin B untuk menyokong perkembangan otak. Mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. Asid Folic, B6, dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah. Vitamin ini bertindak pada tahap maksima apabila deberikan secara serentak. Namun kebanyakkan ibu-ibu hamil tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempoh hamil.

VITAMIN IBU HAMIL

Kebanyakan vitamin yang diamalkan semasa trimester 1 boleh diteruskan sehingga waktu berpantang dan menyusu. Memang sangat berbaloi mengamalkan vitamin Shaklee berbanding dengan jamu yang hanya terhad semasa dalam pantang dan selepas pantang sahaja. Vitamin hanyalah suplemen yang mencukupkan keperluan nutrisi.

Untuk mendapatkan VITAMIN IBU HAMIL ini bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


September 27, 2018

KEHAMILAN - NUTRISI TERBAIK UNTUK IBU DAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Disahkan hamil, memang teruja dan seronok. Namun bagaimana kita nak kekalkan nutrisi yang baik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan ?

Bulan Pertama

Jantung mula terbentuk. Bayi mula untuk membentuk tiub neural.

Tips Nutrisi :

Amalkan asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural. Kalau di KKIA, doktor selalu bekalkan vitamin yang warna kuning tu. Boleh juga amalkan B-Complex Shaklee untuk suplemen harian.

Bulan Kedua

Ratusan sel otak sedang dibentuk setiap minit oleh bayi kita. Tualng rangkanya mula terbentuk.

Tips Nutrisi:

Amalkan protein untuk menyokong perkembangan bayi yang pesat. Lemak sihat menjadi asas kepada tisu baru. Kalsium pula untuk menyokong pertumbuhan tulang rangka.

Bulan Ketiga

Sebahagian besar organ dan sistem sudah terbentuk, termasuk mata.

Tips Nutrisi :

Vitamin B6 untuk melegakan mabuk ketika hamil. Asid lemak Omega 3 untuk perkembangan mata dan otak. Kalsium untuk melegakan sembelit.

Bulan Keempat

Ini adalah peringkat pertumbuhan yang pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.

Tips Nutrisi :

Protein untuk membekalkan kalori tambahan yang diperlukan oleh ibu. Zat besi kerana isipadu darah bertambah 2 kali ganda ketika ini.

Bulan Kelima

Tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.

Tips Nutrisi :

Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang. Vitamin C untuk penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun dan tisu penghubung.

Bulan Keenam

Otak dan paru-paru bayi sedang berkembang dengan pesat. Berat badan bayi akan terus bertambah sehingga lahir.

Tips Nutrisi :

Omega 3 untuk menyokong perkembangan otak. Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Bulan Ketujuh

Berat otak berkembang 400-500% sehingga lahir. Lemaknya semakin bertambah dan kulit menjadi kurang berkedut.

Tips Nutrisi :

Lemak sihat untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit.

Bulan Kelapan

Otak semakin berkedut untuk sambungan saraf. Bayi memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang.

Tips Nutrisi :

Asid Lemak Omega 3 untuk membantu perkembangan otak. Kalsium dan protein untuk perkembangan tulang.

Bulan Kesembilan

Pengerasan tulang rangka berterusan, dan bayi akan melalui banyak perkembangan otak.

Tips Nutrisi :

Proetin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dan kesihatan imun. Omega 3 dan vitamin B untuk menyokong perkembangan otak.

Bulan kesepuluh

Bayi masih terus berkembang. Otak membina beribu-ribu sambungan saraf.

Tips Nutrisi :

Protein untuk pertumbuhan dan perkembangan. Omega 3 dan vitamin B untuk menyokong perkembangan otak.



MASALAH KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL


Biasa berlaku pada waktu malam dan lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan berlebihan yang perlu ditampung oleh ibu, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.



CABARAN BERAT BADAN BERLEBIHAN



CABARAN KEGUGURAN RAMBUT


CABARAN PERUBAHAN EMOSI


CABARAN JISIM TULANG BERKURANGAN


CABARAN MABUK HAMIL

MANFAAT KALSIUM UNTUK IBU HAMIL







BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN KALSIUM IBU HAMIL





Semestinya nutrisi ketika hamil perlu dicukupkan bagi menyokong perkembangan bayi dan juga kesihatan ibu. Bila ibu sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. Bayi yang bakal lahir juga akan mendapat manfaatnya.

Amalkan gaya hidup yang sihat serta ambil suplemen sebagai makanan tambahan untuk kesihatan ibu dan bayi. Dapatkan SET HAMIL SHAKLEE dengan menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



April 18, 2018

Vitamin Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Amalkan Ketika Hamil

Dalam SET Shaklee kami sebagai SID perlu tahu juga tentang ilmu pasal vitamin ni. Bukan main hentam keromo je asal dapat untung. No no no ! Tidak boleh begitu. Nak dapat untung pun jangan sampai membahayakan orang lain. Alhamdulillah Feni berada dalam group yang sentiasa ingat mengingati.

Antara Suplemen Shaklee yang tidak boleh di amalkan oleh ibu hamil ialah :-

1) Vivix
2) Vit E
3) Alfalfa
4) Herb-Lax
5) GLA Complex
6) Cinch
7) Carotomax
8) Lecithin
9) Nutriferon
* supplemen diatas tinggi anti-oksidan.Tidak sesuai untuk ibu hamil

Dapatkan nasihat yang betul berkenaan dengan suplemen yang anda amalkan supaya mendapat kesan kebaikan yang maksimum. 

Pengambilan suplemen yang betul dan konsisten sangat-sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk ibu hamil.

Suplemen yang terbaik untuk ibu hamil ialah :

ESP
Vitalea
B-Complex
Omega Guard
Vitamin C
Ostematrix



Untuk mendapatkan  SET KEHAMILAN SHAKLEE ni boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 13, 2017

5 TIPS UNTUK IBU HAMIL KEKAL CANTIK DAN BERTENAGA SEPANJANG KEHAMILAN



Selalunya ibu hamil akan mengalami perubahan hormon sehingga menyebabkan badan letih dan tidak bermaya. Penjagaan diri dan kesihatan sangat penting bagi ibu yang sedang hamil. Mengambil makanan yang berkhasiat membantu dalam meningkatkan kecergasan para ibu.


TIPS UNTUK IBU HAMIL KEKAL CANTIK DAN BERTENAGA SEPANJANG KEHAMILAN


1. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Ibu hamil disaran supaya mengamalkan diet yang sihat untuk kekalkan kesihatan ibu dan bayi. Makan ikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian.

2. Banyak Minum Air Kosong

Air sangat penting bukan sahaja untuk ibu hamil, malam orang biasa juga sangat memerlukan air untuk badan. Kekurangan air boleh menyebabkan ibu cepat letih dan tidak bermaya. Air yang cukup juga mampu mengelakkan ibu mengalami dehidrasi.

3. Lakukan Senaman

Siapa kata ibu hamil tidak boleh bersenam ? Ibu hamil sangat digalakkan untuk melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan diri yang sedang hamil. Antara senaman ringan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil ialah berjalan, yoga dan juga melakukan kerja-kerja rumah yang tidak terlalu berat bebanannya. Senaman membantu ibu untuk kekal cergas dan mengelakkan badan menjadi lemah.

4. Jauhi Tabiat Kurang Sihat

Amalan yang kurang sihat seperti merokok dan minum alkohol harus dielakkan sepanjang kehamilan. Pengambilan alkohol dan merokok ketika hamil bukan sahaja menyebabkan kesan buruk kepada ibu malah anak dalam kandungan juga boleh terkena akibatnya.

5. Pengambilan Suplemen

Ibu hamil disarankan supaya mengambil makanan tambahan yang sesuai. Suplemen ini bukan sahaja membantu ibu mengekalkan kecergasan malah anak yang bakal lahir juga akan mendapat kesan yang positif dari pemakanan ibu.


SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL IALAH 



B-COMPLEX

✿ Memberikan tenaga 
✿ Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan dan terencat akal kepada bayi dalam kandungan


VITAMIN C

✿ Mengimunkan sistem tubuh untuk ibu dan bayi
✿ Mengelakkan jangkitan virus seperti batuk, demam dan selsema
✿ Dos yang tinggi diambil sebelum bersalin membantu dalam mengurangkan kesakitan bersalin


OSTEMATRIX

✿ Kalsium sangat penting untuk pembentukkan tulang
✿ Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan
✿ Melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis

ESP

✿ Memberikan tenaga kepada ibu 
✿ Sumber protien terbaik
✿ Kekurangan protein dikaitkan dengan kecacatan pada bayi


VITALEA

✿ Mengimbangi nutrien
✿ Mengandungi asid folik
✿ Multivitamin lengkap sangat sesuai untuk ibu hamil
✿ Mencegah anemia

OMEGA GUARD

✿ DHA dalam omega sangat penting dalam perkembangan otak bayi

Untuk pesanan/maklumat lanjut boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau



June 15, 2017

SET BERPANTANG SHAKLEE UNTUK BERPANTANG LEPAS PEMBEDAHAN

Rezeki bersalin setiap orang tak sama. Ada yang nak bersalin normal tapi sampai masa kena operate.

Orang kata luka bersalin normal dengan czer tak sama. Terpulang pada pandangan masing-masing. Namun kita sebagai wanita harus pantang betul-betul ketika pantang.

Penting sangat pantang ni sebab badan nak guna lama. Masa muda tak terasa takut bila dah berumur mulalah sakit itu sakit ini. Jadi berpantangla betul-betul.

Istimewanya Set Berpantang Shaklee ni boleh diamalkan bermula dari awal kehamilan lagi sehinggalah ke berpantang menyusu. Namun hendaklah mendapatkan nasihat yang betul untuk setiap produk. Ada produk yang tidak boleh di amalkan ketika hamil seperti alfalfa. 

Alfalfa ni boleh dianggap sebagai jamu kerana mampu mengecutkan rahim. Tidak sesuai untuk ibu hamil. Vitamin lain seperti ESP, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea memang digalakkan amalkan bermula dari awal kehamilan lagi.

Vitamin ini boleh menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk ibu dan janin. Ibu dan anak sihat semasa hamil, berpantang dan menyusu. Suplemen ini sikit sebanyak membantu ibu-ibu untuk kekal cergas sepanjang tempoh berpantang. Susu badan juga meriah.

Jom tengok testimoni SET BERPANTANG SHAKLEE.




Sekiranya ingin mencuba set berpantang shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 21, 2017

[MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.
.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.
.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.
.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.
.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.
.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.
.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.
.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.
.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.
.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.

Kredit to : Supermom Shaklee Story


Sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee yang ditawarkan. Jangan malu-malu untuk menghubungi Feni melalui medium di bawah :-



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 20, 2017

[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.
.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.
.

Sya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.
.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.



Berminat untuk mendapatkan SET HAMIL SHAKLEE ? Hubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 16, 2017

Ibu Hamil Perlu Mengambil Vitamin Untuk Kekal Sihat dan Cergas Sepanjang Tempoh Kehamilan

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- 

1.  Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
2.  Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
3. Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
4. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan merapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :


Iron 

Untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

Folic Acid 

Untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

Kalsium

Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.


Omega 3 

penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

Vitalea 

Multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

B Complex 

Lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

Ostematrix

Tablet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

Omega Guard

Sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
Vitamin C 
ESP



Tak Digalakkan :

Alfalfa

alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

Vitamin A 

Vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 


Vitamin E

Sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih.

Hubungi Feni untuk mendapatkan SET KEHAMILAN ANDA.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



May 13, 2017

SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG


Hai semua. Assalamualaikum! 


Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee. 

.
Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi. 

.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak. 

.
Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM! 

.
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu. 

.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa. 

.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!

.
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O. 

.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak. 
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga! 

.
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi. 

.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

.
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang. 

.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

.
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon! 

.
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 8, 2017

Kenapa Wanita Perlu Ambil Suplemen Untuk Kesihatan ?

Wanita sering terdedah dengan pelbagai masalah ketika hamil. Jangan abaikan vitamin yang klinik bekalkan ketika hamil. Jangan takut untuk makan vitamin sebab ianya sangat membantu untuk ibu dan anak lebih sihat.

Jom tengok video kenapa ibu hamil lebih perlukan suplemen.


Dapatkan suplemen yang betul ketika hamil untuk mengelakkan komplikasi semasa hamil dan melahirkan nanti.

Hubungi Feni untuk dapatkan produk Shaklee pilihan anda.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 6, 2017

SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENAMBAHKAN SUSU ibu


Assalamualaikum..


Nama saya Nor Zarita Binti Mat Saleh berumur 31 tahun.... sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 ...masa mula mengandungkan anak sulung.Bila anak sulung..kita excited nak bg yang terbaik kan.... saya hanya cari info kt google je masa tu n cari seller shaklee pun kt google. Seller tu suggest esp utk ibu mengandung Tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan esp sebab alahan yang teruk.
.

Akhirnya esp tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah..Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengann shaklee. Kali ni kawan pula yg suggest sebab masa tu saya nak bnyakkn susu. Tp saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya esp kan soya,mak tak bagi sbb tkut sejuk. Saya pun ikutkan jela. 
.

Habis pantang saya minun esp tp tak konsisten. Ikut suka je sbb mcm tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makn bukan-bukan lepas bersalin. Saya dapat susukan anak sulung smpai 8 blan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan stok pun tak bnyak. Puas usaha buat power pumping tp tak berhasil. Kecewa sudah tentu, kerana saya mmg berhajat nak breastfeed anak smpai 2 tahun.
.

Penghujung blan 10 2014, saya disahkan mengandung lagi. Masa mula pregy anak ke dua, saya hanya makan vitamin dari kliniik sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah masuk 7 blan rasanya. 
.

Saya mengadu pada kakak kecik molek kak Suhaila Abdul dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic..mmg tak sakit da .boleh tdo lenaaaa habaq hang....hihihiMasa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut kena czer. Baby songsang. 
.

Akhirnya pada 30 mei jam 12 tgh malam saya dimasukkan ke wad sbb dah leaking dan masa tu genap 36 minggu.Baby masih songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kt rest bay . Jam 6 pg baru dipindahkan ke wad. Tp kena baring smpai jam 12 tghari dan bila dah boleh bgun saya mulakan operasi utk breastfeed baby. 
.

Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang , saya pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vit c..Masa dalam wad saya curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak..Niat saya satu je, nak bnyakkan susu dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah...sebelum minum esp (lepas bersalin) saya pam dpt sebnyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya jadi stress. 
.

Tapi lepas minum esp, beberapa jam lepas tu alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz....bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak sebelum ni baby nangis, sekarang baby tdo kekenyangan.... nurse yg buat routine check puji je baik baby tdo. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas sehari bersalin susu dah bnyak. Malam sblm tu nurse asyik jenguk sebab baby nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu..
.
Owh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa makanan orang pantang (saya mmg xda spare makanan dan makanan dalam wad tak makan sebabbnya kebnyakannya xsesuai) jadinya saya minum je ESP Suami datang dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat saya takda langsung sakit perut.
.

Lepas keluar wad, saya masih lg minum ESP...kali ni saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tp bila pam susu berbotol- botol dapat. Akhirnya dia diam je bila tgk saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun takda , jadi dia tak kisah dahEmpat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba saya kena bengkak susu. Sakit sgt. 
.
Saya terus message kak suhaila dan dia suggest lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar lecithin dan suruh stop dulu minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je lecithin terus makan dan try pam lagi beberapa jam lepas tu . Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam pantang saya dah mula buat stok EBM . Masa anak sulung dlu tak macam ni dan stok susu saya hnya disimpan dalam freezer biasa. 
.

Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam. Nurse yang datang check tnya saya ada ambil apa-apasuplement ke? Saya jawab saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua atau tiga jam sekali saya mesti kena pam..
.

Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun penuhl smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya buat stok EBM tu .Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu untuk anak berlebih-lebih. 
.
Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya yang sulung, anak kedua dan anak susuan. Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah tiada ruang. 
.

Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60 oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi nagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah.. inilah pengalaman saya menggunakan produk ESP dari shaklee... 

Sekian wassalam

Kredit to Page Supermom Shaklee Story



Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



May 4, 2017

5 Langkah Mencegah Strecthmark Ketika Hamil


Strecthmark sering berlaku di kalangan ibu hamil. Strecthmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil.

Rekahan ini sering terjadi di bahagian perut, payudara, punggung, pinggul, paha dan ada juga di bahagian lengan. 90% wanita mengalami kesan regangan semasa hamil. 

Antara langkah untuk mencegah strecthmark ialah :

1. Sapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera di bahagian yang mengalami kerekahan.

2. Waktu paling sesuai untuk menyapu losyen ialah selepas mandi supaya kulit sentiasa segar dan lembab.

3. Banyakkan minum air kosong untuk membantu melembabkan kulit. Elakkan minuman yang berkafein dan beralkohol yang menyebabkan kulit menjadi kering.

4. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt, susu segar dan sayur-sayuran supaya kulit mendapat khasiat untuk kekal sihat.

5. Melakukan senaman untuk membantu melancarkan peredaran darah dan membantu mengekalkan peredaran tersebut dalam keadaan stabil. Antara senaman yang disarankan ialah berjalan atau berenang.

Ibu yang sangat prihatin dan pentingkan kecantikan diri tidak mengambil mudah tentang rekahan ini perlu memulakan langkah awal supaya kesan strecthmark dapat dikurangkan. 

Tanpa langkah awal berkemungkinan ibu akan kekal dengan kesan rekahan sepanjang hidup.






April 23, 2017

4 CARA MENGATASI KEJANG BETIS ATAU SIMPUL MENGKARUNG KETIKA HAMIL


Simpul mengkarung atau kejang betis selalu dialami oleh wanita hamil terutamanya pada trimester ketiga. Punca kejang betis ini masih belum diketahui namun ibu boleh melakukan beberapa cara untuk mengelakkan kejang betis berlaku.

Cara mengatasi masalah kejang betis atau simpul mengkarung ialah :-

1. Melakukan Senaman 
Senaman regangan otot betis elok dilakukan sebelum tidur. Ini membantu ibu mengatasi masalah kejang betis. Lakukan senaman regangan selama 5 hingga 10 minit sebelum tidur. Ini juga membuatkan ibu dapat tidur dengan lena.

2. Minum air yang mencukupi
Mengambil minuman air kosong secara teratur membantu melancarkan perjalanan darah. Air yang cukup juga mengelakkan badan daripada mengalami dehidrasi.

3. Kekal Aktif
Melakukan aktiviti harian dengan aktif seperti berjalan dan mengemas rumah. Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

4.  Vitamin dan Mineral Tambahan
Pengambilan vitamin dan mineral tambahan seperti Vitamin C, Magnesium, Potassium dan Kalsium. Makan makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Sangat penting untuk mengambil susu dan pil kalsium seperti OSTEMATRIX SHAKLEE untuk memenuhi keperluan kalsium ketika hamil.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780

Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...