March 29, 2019

UJIAN TANDA KASIH SAYANG

Bersyukurlah ketika ujian Allah itu datang. Allah mendatangkan rahmat yang tidak ternilai melangkaui apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita ni terlalu memikirkan tentang apa yang kita tidak tahu.

Tidak yakin dengan diri sendiri menyebabkan kita tidak tahu apa yang kita perlu buat seterusnya. Perjalanan kita yang berbeza-beza. Kadang-kadang masa ni, kita tengah bahagia tapi dalam masa yang sama ada sahabat-sahabat kita yang sedang berduka. Pelbagai cerita dalam satu masa.

Allah menghantar ujian itu untuk kita sentiasa mengingati DIA. Dia rindu dengan kita supaya kita sentiasa ingat dia. Dalam mencari  ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak perlu pun bersusah payah dengan pergi sini sana atau menghabiskan wang berjuta, dengan hanya menundukkan diri pada yang Maha Esa, inshaAllah hati akan menjadi tenang.

Pelbagai cara untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga. Cara bahagia sendiri. Kadang-kadang kita ni terlalu try hard untuk mengambil hati orang lain sampai lupa untuk mengambil hati sendiri. Menjaga hubungan itu memang baik, namun kalau orang tidak menghargai untuk apa ? Last kita juga yang makan hati.

Hiduplah dengan seadanya. Bersyukur dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang kita tiada. Kita ni kalau nak kira beruntung dengan tidak kena tengok orang yang lebih kurang dari kita. Ini menimbulkan keinsafan dan mewujudkan tanda kesyukuran dalam hati.

Merendah diri itu lebih mulia. Bukan sahaja untuk pandangan manusia malah pandangan Allah. Kita ni selalu merungut itu ini. Sedangkan masih ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Sedang kita sedang memikirkan nak makan apa ? Dekat mana ? Masih ramai insan lain yang terpaksa mengikat perut untuk sesuap nasi. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang tiada tandingan ini. 

Sedang kita seronok-seronok dengan anak-anak, masih ramai yang menunggu tuhan mengabulkan doa-doa mereka untuk dikurniakan anak. 

Allahuakbar ! Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri. Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini.

BAGAIMANA TANDA KITA BERSYUKUR ?

1. Melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Menjadi hamba Allah itu bukan susah namun tak mudah. Untuk menjadi muslim yang baik seharusnya melakukan suruhanNya. Menjadi manusia yang baik dan berguna untuk agama dan bangsa. Jangan melakukan kerosakan di dunia ini.

2. Sabar dengan setiap ujian

Bila ditimpa ujian, kita sabar dan berusaha untuk mengatasi segala ujian itu. Bergantung harap dan yakin dengan bantuan Allah akan tiba. 

3. Mengajak ke arah kebaikan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah yang akan membimbing generasi akan datang supaya menjadi insan yang lebih baik. Kalau kita sendiri melakukan keburukan atau kerosakan, macam mana dengan generasi akan datang. Menjadi contoh yang baik kepada orang lain termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

ISLAM ITU INDAH

Sesungguhnya Islam itu adalah agama Allah. Bersyukur menjadi muslim dan sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang baik. Berusaha mencari redha Ilahi. Amar Makruf Nasi Mungkar. 

Allahuakbar. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Wallahualam.

March 28, 2019

Selamat Pengantin Baru Untuk Pak Su

Sibuk 2 3 minggu ni. Sekarang ni baru boleh tarik nafas lega. Majlis pun dah selesai. Bermula hari Jumaat lepas sampai lah ke hari Ahad. 3 hari berturut-turut majlis perkahwinan Paksu. Jumaat majlis akad nikah di Semenyih, Sabtu majlis sebelah pihak perempuan dan hari Ahad majlis di pihak lelaki.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. 

Jumaat 22/03/2019.

Kami betolak awal ke Semenyih untuk majlis akad nikah. Majlis ni hanya adik beradik dan Mak Ude je yang hadir sebab semua orang masih kerja. Malam baru ramai yang sampai.




Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Majlis akad nikah dimulakan di surau berdekatan pada pukul 3.00 petang selepas selesai orang solat Jumaat. Sementara menunggu orang lelaki solat Jumaat, geng wanita dan mak-mak ni bertanggak di homestay yang telah disediakan oleh pihak keluarga pengantin perempuan. Selesai sahaja majlis akad nikah, kami dijemput ke rumah pengantin untuk menjamu selera.

Selesai majlis, kami bertolak balik ke rumah mak. Malam ni ada majlis makan-makan untuk ahli keluarga. Makan malam biasa-biasa je. Kami pula dah tempah untuk berinai, mengalahkan pengantin. Biasalah semua nak melawo kan. Kihkihkih.



Ramai yang berinai tapi tak sempat nak ambik semua. Yang ni jer sempat ambil gambar nak buat kenangan. Jumaat malam, kami agak bersantai jer dengan family sebab aktiviti malam ni hanya makan-makan dan berinai untuk wanita. Memeriahkan suasana. Ramai yang ambik turn nak berinai sebab yang menconteng inai hanya seorang je. Import jauh dari Ampang.

Masa ni, Kak feni dah sakit kepala sangat-sangat sebab penat dan cuaca pun hangat sangat. Sementara menunggu inai di tangan kering, sempat jugalah berbaring di tikar untuk melelapkan mata yang letih.

Sabtu, 23/03/2019.

Majlis perkahwinan di sebelah pengantin perempuan. Masa ni sanak saudara ramai dah sampai untuk sama-sama memeriahkan majlis.






Alhamdulillah selesai majlis di sebelah pengantin perempuan. Kami balik ke rumah untuk persiapan kenduri esok hari pula. Nasib baik lah Hulu Langat dengan Semenyih tak jauh mana. Dalam 30 km kalau ikut jalan belakang. Kalau ikut highway pun lebih kurang macam tu juga.

Ahad, 24/04/2019.

Majlis menyambut menantu sebelah pihak lelaki yang berlangsung di Dewan Taman Sri Nanding. Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami ahli keluarga bersiap awal untuk menyambut kehadiran para tetamu.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang di ambil tapi semuanya guna handphone orang lain. Hahaha Handphone Kak Feni habis bateri sebab dibuat main games oleh Abang Aus. Sabor jela. Jadi tumpang jela ambik gambo dengan handphone orang lain. Bila dah majlis ni, kadang-kadang tak sempat nak berOOTD. Kihkih.

Apapun nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru untuk Paksu dan Acu, semoga bahagia sampai syurga". Welcome to the club.

Tu jela nak update kot, mana tahu esok fb dengan ig jeng ke, ada jugak bekap di blog Kak Feni ni. Satu dunia boleh tengok. Haha perasan tak sudah !


March 18, 2019

VITALEA SHAKLEE MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KESIHATAN

Badan selalu rasa letih dan tidak bermaya ? Mudah mengantuk dan kurang mood untuk melakukan tugas harian. Badan pulak rasa lemau dan kurang motivasi hingga menjejaskan aktiviti harian. Cuba amalkan Vitalea sebagai makanan tambahan untuk memberikan tenaga bagi menjalankan tugas harian dengan cergas dan sihat.

Multivitamin dan mineral pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1915. Dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu pengasas Shaklee.

Asalnya dikenali sebagai "Vitaliza-mineral' dan disingkatkan nama jadi "vita-min'. Perkataan vitamin yang disebut sekarang asalnya dari Shaklee. Bentuk asalnya ialah cecair dan diolah menjadi tablet. Tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina sebab tu warnya hijau.

1 Tablet vitalea bersamaa 28 nutrisi lengkap iaitu ekstrak sayur, buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral. Vitalea adalah multivitamin yang paling pantas dan paling larut dalam air. Ianya memudahkan tubuh untuk menyerap segala nutrisi.



Antara vitamin penting yang terdapat dalam Vitalea ialah :

Biotin - Membantu badan dalam menghasilkan tenaga daripada protein dan lemak.
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
Beta Karotena - meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus, dan fungsi imunisasi.
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran darah urat saraf dan otot.
Boron - Membantu dalam metabolisme vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot, dan membantu kekalkan tekanan darah dan denyutan nadi jantung


KENAPA PERLU AMBIL VITALEA SEBAGAI SUPLEMEN TAMBAHAN ?


Kita ni makan pun kadang-kadang tidak cukup seimbang disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya bila kita terlalu sibuk dengan kerja sampai makan pun tidak ikut waktu. Terpaksa tinggalkan makan sarapan pagi atau makan tengahari. Makan pula makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera dalam tin dan juga banyak bahan pengawet yang dah tentu tidak bagus untuk kesihatan. 

Dari segi seimbang memang tidak seimbang kerana tidak cukup dengan sayur dan buah-buahan. Makan sekadar makan untuk mengisi perut yang lapar. Sebab tu kita kena ambil suplemen untuk membantu dalam mencukupkan nutrisi yang kurang dalam tubuh.



Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VITALEA SHAKLEE selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


MANFAAT VITALEA SHAKLEE 


Penambah Tenaga Segera - Memberikan tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.

Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan sistem Produktif - Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertubuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga tirod.

Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




TESTIMONI VITALEA SHAKLEE




Berminat untuk mendapatkan Vitalea boleh menghubungi Kak Feni :-


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 15, 2019

BERAPA LITER AIR YANG KITA PERLU MINUM DALAM SEHARI ?

Alhamdulillah nak berkongsi pasal berapa liter air yang perlu kita minum setaip hari untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal.

Bagi Kak Feni yang selalu amalkan suplemen ni mesti kena minum air kosong banyak-banyak supaya suplemen yang Kak Feni amalkan tu berfungsi dengan baik dalam tubuh. Taknaklah makan suplemen yang beli mahal-mahal tapi tak berkesan pun untuk tubuh.



Jumlah air yang perlu diminum oleh setiap orang adalah berbeza bergantung kepada berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. 

Jadi macam mana nak kira berapa liter air yang kita perlu minum sehari seringkas mungkin?

Kita perlu minum air sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Contohnya, macam berat Kak Feni sekarang ni 67kg bahagi dengan 25kg. Jadi kena minum air kosong sebanyak 2.68 liter sehari. Dekat 3 liter. 

Kalau ikutkan tinggi dengan berat Kak Feni dah overweight tapi masih belum tahap obesiti. Jadi memang kena jaga kesihatan. Tambah-tambah lagi umur dah semakin meningkat ni dah sudah melebih 30 tahun.

Kelebihan minum air kosong untuk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya untuk menjaga berat badan yang ideal. Bila badan dah cantik senang untuk bergerak buat kerja.


Dulu orang tua-tua sangat menjaga pantang terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin. Mereka belajar melalui pengalaman dan diturunkan kepada anak cucu. Zaman berubah mengikut peredaran masa. Kadang-kadang amalan pantang ni bagus untuk ibu dan bayi namun ada juga yang tidak boleh kita ikut sepenuhnya.

Ibu berpantang dilarang minum air banyak semasa dalam pantang dikhuatiri badan menjadi gemuk dan susah nak turun. Sedangkan itu hanyalah mitos. Air kosong hendaklah diminum secukupnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan juga memperbanyak susu ibu. Kalau air tak cukup, badan pun susah nak proses susu. Air ni macam pengangkutan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi ibu berpantang seharusnya minum air secukupnya untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti dehidrasi, sembelit, susu badan merudum dan sebagainya.

Kepentingan minum air secukupnya membantu menyihatkan tubuh badan serta melancarkan proses perkumuhan badan. Senang nak membuang dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. 

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Jagalah kesihatan kita supaya dapat nikmati hidup ini dengan lebih bahagia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

March 14, 2019

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH | 

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) 


Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w ?
Ikuti resepi berikut : 

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 


Rasulullah S.A.W 
sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih) 


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 


5. TIDAK PEMARAH 


Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 
"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 


Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T.
Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam


Kak Feni copy paste dari emel. Terima kasih kepada pengirim.

March 13, 2019

14 PUNCA ATAU PENYEBAB KEMISKINAN

Bismillahirahmanirahim.

Dalam menjalani kehidupan harian, kita tidak sedar yang perkara-perkara yang kecil yang sering kita amalkan sebenarnya menjadi punca kenapa kita tak maju dan masih berada dalam takuk yang sama. Jom kita tengok 14 punca atau penyebab kita tak kaya-kaya.

1. TIDAK MENJAGA SOLAT

Kita seringkali melalaikan solat terutamanya solat 5 waktu. Nak kata tambah dengan solat sunat. Solat wajib 5 waktu pun kita susah nak buat. Macam mana kekayaan nak dekat. Jaga solat dan jaga aurat terutama ketika solat. Pastikan solat kita sempurna.

2. TERBURU-BURU KELUAR DARI SOLAT SUBUH

Contohnya lepas jer solat subuh terus keluar untuk pergi lepak kedai mamak, minum. Kalau saja-saja tak boleh kecuali ada urusan yang penting. Seeloknya lepas solat subuh duduk dulu berwirid dan berdoa.

3. TIDAK MEMBERSIHKAN SAWANG DALAM RUMAH

Islam sangat menjaga kebersihan. Salah satu cara untuk membersihkan rumah adalah dengan membersihkan sawang dalam rumah. 

4. MENGERINGKAN AIR YANG TERDAPAT DI WAJAH DENGAN KAIN BAJU YANG DIPAKAI

Contohnya, selepas ambil wuduk, lap dengan lengan baju. Sunat untuk kita bawa sapu tangan.

5. MAKAN DAN MINUM DALAM KEADAAN JUNUB/HADAS BESAR CEPAT UNDANG KEMISKINAN

Sebaiknya lepas bersama terus mandi hadas.

6. ISTERI YANG SUKA MEMARAHI SUAMI

Jangan selalu marah-marah atau mencaci suami. Sebaiknya berdoa untuk kebahagiaan suami.

7. BERDIRI TELANJANG TANPA MENUTUP AURAT

Berada dalam rumah dalam keadaan telanjang dan tidak menutup aurat. 

8. TIDUR DALAM KEADAAN TELANJANG

Jangan tidur dalam keadaan telanjang.

9. SUKA MELAKUKAN MAKSIAT

Contohnya suka menghisap rokok. Rokok adalah haram dan berdosa. Ini adalah salah satu bentuk maksiat. Jadi berhentilah.

10. SUKA MEMBERSIHKAN SAMPAH PADA WAKTU MALAM

Ibu-ibu yang selalu membersihkan rumah seeloknya bersihkan rumah pada waktu siang. Kalau makan malam nak bersihkan tempat makan. Hanya sapu tempat makan itu ataupun lap atau kutip. Sapu sampah pada pagi hari.

11. TERLALU BANYAK TIDUR

Banyak tidur pun boleh jadi cepat miskin. Waktu terbaik untuk tidur adalah selepas i'sya dan sebelum zuhur.

12. DUDUK DI DEPAN PINTU

Orang dulu-dulu suka duduk depan pintu rumah sebab nak cari uban dan sebagainya. Sebaiknya jangan duduk depan pintu.

13. MEMAKAI SIKAT YANG ROSAK

Jangan pakai sikat yang rosak. Kalau sikat yang dah rongak segera buang dan beli baru.

14. MEMBIARKAN PINGGAN MANGKUK YANG KOTOR DI SINGKI

Jangan biarkan sisa pinggan kotor di singki. Sebaiknya terus mencuci selepas digunakan atau sebelum masuk tidur.


March 12, 2019

Alhamdulillah Repeat Order Shaklee !!!

Alhamdulillah bisnes Shaklee tak pernah mengecewakan. Walaupun ramai SID yang buat bisnes Shaklee tapi Kak Feni tetap ada customer tetap dan repeat order setiap bulan. Kak Feni buat bisnes ni sebab nak bantu orang lain.

Alangkah bahagianya hidup ini bila dapat membantu orang lain. Selain membantu orang lain menjalani hidup yang lebih sihat dan menjana pendapatan sampingan. Maklum sajalah sekarang ni semua benda mahal. Jadi kena buat dua tiga kerja untuk menampung keperluan hidup.

Tambah-tambah lagi kalau hidup di bandar besar macam Kuala Lumpur ni. Semuanya nak kena duit. Tak dinafikan kalau duduk kampung tu kos pun sama tinggi tapi tidak tertekan macam di bandar ni. Kalau di kampung, hidupnya tenang dan aman. Nak makan pun boleh tanam sayur di tepi rumah kalau rajin. 

Hari ni Kak Feni dapat repeat order untuk B-Complex, Ostematrix dan juga ESP. Jual dengan harga runcit dan dapat keuntungan hampir RM60 dah untuk 3 produk ni. Sebab tu ramai yang ambil keputusan untuk join ahli.

Ramai orang salah anggap dengan menjadi ahli kena menjadi seller. Salah tu. Menjadi ahli boleh beli dengan harga ahli. Tak perlu pun menjual. Menjual ni hanya untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan atau benar-benar ingin buat bisnes. Jangan disangka bisnes Shaklee ni bisnes cikai sebab ramai yang dah berjaya membina empayar sendiri hanya dengan buat bisnes Shaklee.

Jadi untuk yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghubungi Kak Feni. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 11, 2019

Aku Anak Yang Tiada Kasih Sayang Ayah

Aku dilahirkan ketika kedua ibu bapaku sudah berpisah. Dengan kata lain bercerai hidup. Sewaktu aku masih dalam kandungan. Entah kenapa hari ni aku rasa aku nak menulis tentang kisahku. Mungkin faktor umurku yang sudah semakin meningkat.

Dilahirkan dalam keluarga yang susah menjadikan aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun zaman kanak-kanak aku tidak seindah orang lain tapi aku tetap bahagia sebagai kanak-kanak.

Aku membesar tanpa seorang ayah. Masa kecil ada juga la dua, tiga kali pergi jumpa ayah. Mak aku tidak pernah sekali pun menghalang aku untuk jumpa ayah. Aku sangat sayangkan mak aku sampai bila-bila pun. Dulu kecil-kecil nak pergi jumpa ayah jauh. Kena naik keretapi.

Bila pergi jumpa ayah pun. Aku tak duduk di rumah ayah sebaliknya aku duduk di rumah MakNgah aku. Alhamdulillah Makngah dan PakNgah aku baik orangnya. Di situlah aku berlonggok dengan kakak aku. Aku, kalau kakak aku tak pergi, aku pun takkan pergi sana. Budak-budak tahu nak seronok jer. Seronok boleh jalan dan naik keretapi. Tak tahu apa masalah orang tua-tua.


Aku sampai hari ni tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana kedua ibu bapaku berpisah. Bila ada yang tanya macam mana atau apa-apa pasal ni. Sungguh aku tak suka dan tak mampu nak cerita. Korang nak tahu tanya diorang sendiri.

Mak aku, sampai hari ni single. Hahaha jadi ibu tunggal lagi bahagia katanya. 

Bagi aku, soal kasih sayang ayah tak ada. Aku tak kisah pun. Selama ni aku okey jer hidup dengan mak dan adik beradik aku. Ayah aku pun dah 3 tahun lebih meninggal. Aku tak pernah salahkan sesiapa pun atas takdir aku macam ni. Aku lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kesusahan aku yang lalu mengajar aku tentang erti hidup.

Aku pun dah hampir 9 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Berbeza dengan aku sebab abah anak-anak aku ni sangat sayang dan prihatin terhadap anak-anaknya. Aku fikir balik setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Allah sentiasa gantikan dengan lebih baik.

Aku lebih suka anak-anak aku dapat kasih sayang yang aku tak pernah dapat masa aku kecil. Sungguh ! Aku tidak pernah berdendam dengan ayah aku. Aku redha dengan ketentuanNya bahawa hidup aku tak dapat kasih sayang ayah. Aku lapangkan hati aku bahawa ini semua adalah takdir yang Allah bagi untuk aku supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Bila teringat kenangan pahit manis kehidupan aku masa kecil aku bersyukur sebab menjadikan aku insan yang hari ni. Menjadi lebih baik dan terus berbuat baik. Walaupun kadang-kadang rasa diri ini banyak kurangnya namun aku sudah menjadi lebih baik dari dulu. Semoga kebaikan ini akan berterusan hingga akhir hayatku.

Aku maafkan semua orang yang pernah melukakan hati aku supaya aku dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Aku lupakan segala kesakitan dalam hati, dada dan kepala supaya aku dapat nikmati rahmat yang Allah bagi. Aku ingin bahagia dengan hidup aku hari ini dan seterusnya.


March 8, 2019

6 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan berlakunya osteoporosis atau tulang poros. Osteoporosis bukanlah penyakit yang boleh disembuhkan namun ianya boleh dicegah dengan pengambilan kalsium yang cukup. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Dengan mengambil 2 gelas susu sehari masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan kalsium harian kita.  Ostematrix adalah satu pil kalsium yang membantu dalam mencukupkan keperluan kalsium dalam tubuh. 


Kandungan OSTEMATRIX boleh rujuk sini.

KEBAIKAN OSTEMATRIX bukan sahaja untuk ibu hamil, malah lelaki dan remaja juga boleh amalkan ostematrix untuk mencukupkan keperluan kalsium harian bagi menjaga kesihatan. 


1. MEMBANTU IBU HAMIL



Ibu hamil yang kurang kalsium disarankan mengambil Ostematrix bagi mencukupkan keperluan kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kekejangan kaki (cramp) di waktu malam. Ostematrix bukan sahaja untuk ibu malah untuk menguatkan tulang bayi dalam kandungan.

2. MEMBANTU IBU MENYUSU


Ibu menyusukan anak dengan susu ibu lebih memerlukan kalsium untuk membekalkan susu yang lebih pekat dan sihat untuk anak. Pengambilan makanan seimbang membantu untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Disamping itu, ostematrix juga boleh menjadi penggalak susu yang sihat untuk ibu dan anak.

3. MEMBANTU MASALAH SENGGUGUT

Bagi anak remaja atau wanita yang selalu mengalami masalah senggugut yang teruk, Ostematrix membantu mengurangkan rasa sakit. Pengambilan yang berterusan boleh menghilangkan sakit senggugut. 

4. MEMBANTU MASALAH SEMBELIT 

Faktor pemakanan dan persekitaran kita hari ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul. Sembelit adalah satu tanda bahawa badan kita tidak berfungsi dengan betul. Bayangkan kalau susah nak membuang atau tidak membuang dalam masa berhari-hari. Ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul seperti jerawat batu dan usus tidak sihat. Ostematrix adalah salah satu suplemen yang terdapat dalam SET SEMBELIT.  

5. MEMBANTU MASALAH IMSOMNIA

Imsomnia atau masalah tak boleh tidur malam boleh menyebabkan tugas harian terganggu kerana tidak cukup rehat yang sempurna. Masalah ini boleh menganggu prestasi kerja jika berterusan. Pengambilan suplemen ostematrix membantu dalam masalah imsomnia dan memberikan tidur yang lebih lena.

6. MEMBANTU MENGUATKAN TULANG


Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang rapuh dan untuk orang tua boleh mengalami masalah osteoporosis. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan satu gelas susu. Orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas disarankan mengambil 4 tablet Ostematrix setiap hari untuk keperluan kalsium harian. Pengambilan yang berterusan membantu menguatkan tulang, gigi dan kuku.

Untuk mendapatkan Ostematrix bolehlah menghubungi Kak Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 7, 2019

7 KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE YANG PATUT DIAMALKAN OLEH WANITA

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primerose Oil (EPO). GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berksean dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shakleeguard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

KEBAIKAN GLA-COMPLEX SHAKLEE


1. MENGHILANGKAN SENGGUGUT



Masalah senggugut seringkali menyerang golongan remaja dan wanita ketika datang bulan. Senggugut yang teruk boleh menjejaskan tugas harian wanita sehinggakan terpaksa menganbil cuti untuk berehat di rumah. Antara sebab senggugut adalah hormon yang tidak stabil. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawalselia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

2. MENSTABILKAN HORMON 




GLA Complex juga membantu menstabilkan hormon dan secara tak langsung menghilang senggugut seperti di nombor 1 di atas. 

3. MELEMBABKAN KULIT


Pengambilan GLA-Complex yang berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih cantik dan lembab. Ia mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan juga kurap. Ia juga membantu mengurangkan sakit dan bengkak akibat rheumatisma, artritis.

4. MEMUDARKAN KESAN JERAGAT



Jeragat adalah salah satu penyakit kulit yang menganggu penampilan. Tidak kira untuk lelaki atau pun perempuan. Bila jeragat dah mula naik, ia mengambil masa yang lama untuk pulihkan kembali kulit. Kadang-kadang penggunaan produk penjagaan muka sahaja tidak cukup kerana hanya membaik secara luaran sahaja. Amalkan GLA-Complex Shaklee untuk membantu dalam menghilangkan jeragat secara dalaman.

5. MENGAWAL TAHAP GULA DALAM DARAH

 

GLA-complex juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah diabetis. Ia membantu merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi. 

6. MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA



Bagi mereka yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat boleh mencuba dengan mengamalkan GLA-Complex kerana GLA-Complex terdapat dalam set kesuburan. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Untuk wanita, ianya membantu dalam menstabilkan hormon dan potensi untuk hamil pun meningkat. Manakala bagi lelaki pula, GLA membantu dalam memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing. Ia juga membantu dalam meningkatkan kualiti sperma.

7. MEMBANTU MENGAWAL KITARAN HAID LEBIH TERATUR



Bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur, kadang-kadang datang dan kadang-kadang tak datang berbulan-bulan, boleh cuba amalkan GLA-Complex kerana ianya akan membantu mengawal kitaran haid supaya lebih teratur. 


Untuk bulan Mac 2019 ni, promosi hebat untuk anda sekiranya membeli GLA-Complex. Belian 4 botol GLA-Complex dengan harga RM365.00 dan dapat e-voucher RM30.00 untuk belian seterusnya yang melebihi RM100.




Untuk pesanan atau pertanyaan berkenaan dengan produk boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


March 6, 2019

Sesi Reply Komen Dan Blogwalking


Lama tak buka blog sebab sibuk dengan urusan rumah tangga. Hari Isnin lepas terpaksa emergency leave sebab sakit gigi. Buka blog tapi tak de masa nak reply. Semalam pulak kena bawak mak tersayang pergi hospital. Batuk lama sangat. Emergency Leave sekali lagi.

Hari ni nampak macam free and easy walaupun pagi tadi hidup agak huru hara dengan kerja opis. Biasala tu kan. Jadi petang ni kita luangkan masa untuk reply komen-komen sahabat blogger yang baik hati sudi menurunkan komen.

Dulu tak pandai pun nak blogwalking, tinggalkan komen or what so ever. Bila dah ada ilmu sikit-sikit ni kena la apply. Kalau tak apply jadi tumpul dan lupa. Bagi blogger picisan macam Kak Feni yang mengharapkan blog untuk mendapatkan sales dan jana pendapatan ni memang kena aktif lah.

Kalau tak aktif, berwasang dah blog, income pun susah nak masuk. Jadi marilah kita mengaktifkan diri dengan mengupdate dan mengushar blog-blog sahabat blogger yang lain.

March 4, 2019

Sakit Gigi

Bila dah sakit ni. Macam-macam penyakit datang. Lepas satu satu datang. Kita sabar dan anggap ini ujian. Redha dengan ujian ini.

Ni kena pula sakit gigi. Berdenyut nyut nyut rasa. Efek dia sampai berdengung telinga dan sakit kepala. Memang betul sakit gigi antara sakit yang paling seksa di dunia selain sakit nak bersalin dan sakit nak menghadapi sakratul maut.

Bagi kita yang muslim ni kena ingat, sakit itu penghapus dosa. Kita ni pendosa dan banyak dosa. Salah satu cara Allah nak bersihkan dosa kita ialah dengan menurunkan penyakit. Biasalah kita ni, bila dah sakit baru nak ingat Allah. Alhamdulillah dengan cara ini Allah bagi hidayah.

Biasalah kita ni, kalau diberi nikmat selalu susah nak bersyukur. Leka dan lalai dalam nikmat yang Allah bagi. Cuba nikmat itu ditarik sementara. Menggelumpur macam orang hilang punca. Padahal ujian itu tanda Allah sayang. Dia nak kita kembali pada Dia.

Berbalik kepada sakit gigi. Kalau pergi hospital kerajaan bayarannya memang murah berbanding dengan hospital swasta. Tapi perlukan pengorbanan dari segi masa. Kena tunggu lama. Kalau swasta ni tak la menunggu lama. Service pun okey. Orang pun tak ramai.

Sekarang ni nak cabut gigi pun dah RM120. 00. Ingat dulu, masa husband dok ngadu sakit gigi, sekali cabut RM90.00 je. Itu masa Abang Aus kecik lagi. Ni dah darjah 1. Beberapa tahun yang lalu. Sekarang ni semua benda dah mahal.

Apapun semoga dipermudahkan segala urusan. Jaga gigi sebab kalau sakit gigi hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya dia.

#kakfenistory #safenifenidotcom


March 3, 2019

Kita Semua Tak Sempurna

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur pada Allah. Disebalik ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Ajari hati untuk redha dan sabar dengan ujian Allah.

Sesungguhnya sebesar besar ujian, Allah lagi BESAR. Alhamdulillah yakin dengan Allah sebagai pembantu ketika kita dalam kesusahan. Bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi.

Sentiasa ingatkan diri tentang yang kita ni hamba Allah. Bukan siapa-siapa. Tak rugi merendah diri malah lebih dihormati.

Hidup di dunia ini, selagi kita bernafas sentiasa akan diuji. Diuji dengan kesenangan, kesusahan, sakit, gembira dan sebagainya. Kita hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Dekatkan diri dengan Allah menjadikan kita lebih tenang dan bahagia.

Kadang-kadang kita selalu fikir susahnya nak dapat. Sedangkan Allah dah janji, kalau kau buat apa yang Allah suka pasti ada ganjarannya. InshaAllah.

Kalau tak di dunia, di akhirat Allah balas. Jangan putus asa untuk terus berbuat baik. Ikhlaskan hati untuk buat lebih baik dan menjadi baik.

Kadang-kadang kita selalu dengar bisikan syaitan untuk membolak balikkan hati kita sehinggakan berlaku pertelingkahan sesama manusia. Dengki mendengki dengan kejayaan orang lain hinggakan ada yang sanggup menggunakan cara yang kotor untuk menjatuhkan orang lain.

Minta ampun dengan tuhan. Bertaubatlah untuk ketenangan hati. Tulislah yang baik-baik untuk nasihatkan diri sendiri. Kita semua tak sempurna. Maafkan semua orang dan bersihkan hati.

Tegur menegur dan terima kekurangan diri. InshaAllah kita akan cuba muhasabah diri dan memperbaiki diri. Sesungguhnya orang yang tidak dapat menerima teguran itu adalah orang yang sombong.

Alhamdulillah sekadar untuk mengingatkan dan pesanan untuk diri sendiri.

#kakfenistory #safenifenidotcom

March 1, 2019

PROMOSI SHAKLEE MAC 2019

Mac dah pun bermula. Alhamdulillah syukur sebab diberikan nikmat untuk teruskan hidup ini dengan indah.

Kak Feni nak kongsikan dengan sahabat semua tentang promosi Shaklee untuk bulan ni.



Bulan Mac bulan untuk wanita. Istimewa untuk wanita namun suplemen dan juga produk skin care ni boleh di amalkan dan dipakaikan oleh semua golongan termasuk lelaki.

Jadi jom dapatkan promosi hebat ni. Dapatkan voucher untuk belian seterusnya. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2019. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati diskaun hebat ni.

Boleh hubungi Kak Feni untuk order.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Welcome March 2019



Di hari Jumaat yang mulia ini. Permulaan bulan Mac 2019, Kak Feni doakan Allah mengampunkan segala dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga hari-hari yang kita lalui lebih indah dan lebih bahagia.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Dalam mengejar dunia ni jangan lupa tentang akhirat. Sama-sama kita seimbangkan. InshaAllah selamat semuanya.

Maafkan semua orang dan maafkan diri sendiri untuk hidup dengan aman. Jangan ada sikit pun perasaan iri hati dengan kelebihan orang lain kerana hidup kita ada masing-masing kelebihan. Bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Doa Kak Feni, semoga bulan Mac ni lebih indah lebih bahagia dan lebih kaya dengan kasih sayang.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...