Showing posts with label DETOX. Show all posts
Showing posts with label DETOX. Show all posts

July 29, 2019

Sembelit - Salah Satu Tanda Badan Banyak Toksin

SEMBELIT merupakan salah satu tanda badan banyak toksin. Bila banyak toksin dalam badan, mulalah prestasi kerja dan juga kesihatan menurun. Antara kesan buruk disebabkan oleh masalah sembelit ialah badan banyak angin, banyak jerawat tumbuh, mengantuk, selera makan bertambah dan sebagainya.

Antara Punca Badan berToksin ialah udara, air, makanan, gaya hidup dan juga badan kita sendiri.

Alhamdulillah hari ni closed order SET SEMBELIT untuk customer tersayang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.



Kenapa orang tetap pilih Shaklee ?

Shaklee ini istimewa sebab diuji secara klinikal untuk kebaikan tahap maksimum. Setiap produk yang dihasilkan diuji secara klinikal untuk membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Orang kata bukan produk timbang kilo yang banyak dijual di pasaran.


Ramai yang pilih Shaklee sebab produknya yang terbukti berkesan untuk membantu masalah kesihatan. 


Antara produk Shaklee yang membantu masalah sembelit ialah Alfalfa, Lecithin dan juga Herb-lax. Alfalfa dan lecithin boleh diamalkan setiap hari manakala herba-lax 2 ke 3 kali seminggu. Untuk info lanjut boleh hubungi Kak Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






March 8, 2019

6 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan berlakunya osteoporosis atau tulang poros. Osteoporosis bukanlah penyakit yang boleh disembuhkan namun ianya boleh dicegah dengan pengambilan kalsium yang cukup. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Dengan mengambil 2 gelas susu sehari masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan kalsium harian kita.  Ostematrix adalah satu pil kalsium yang membantu dalam mencukupkan keperluan kalsium dalam tubuh. 


Kandungan OSTEMATRIX boleh rujuk sini.

KEBAIKAN OSTEMATRIX bukan sahaja untuk ibu hamil, malah lelaki dan remaja juga boleh amalkan ostematrix untuk mencukupkan keperluan kalsium harian bagi menjaga kesihatan. 


1. MEMBANTU IBU HAMIL



Ibu hamil yang kurang kalsium disarankan mengambil Ostematrix bagi mencukupkan keperluan kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kekejangan kaki (cramp) di waktu malam. Ostematrix bukan sahaja untuk ibu malah untuk menguatkan tulang bayi dalam kandungan.

2. MEMBANTU IBU MENYUSU


Ibu menyusukan anak dengan susu ibu lebih memerlukan kalsium untuk membekalkan susu yang lebih pekat dan sihat untuk anak. Pengambilan makanan seimbang membantu untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Disamping itu, ostematrix juga boleh menjadi penggalak susu yang sihat untuk ibu dan anak.

3. MEMBANTU MASALAH SENGGUGUT

Bagi anak remaja atau wanita yang selalu mengalami masalah senggugut yang teruk, Ostematrix membantu mengurangkan rasa sakit. Pengambilan yang berterusan boleh menghilangkan sakit senggugut. 

4. MEMBANTU MASALAH SEMBELIT 

Faktor pemakanan dan persekitaran kita hari ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul. Sembelit adalah satu tanda bahawa badan kita tidak berfungsi dengan betul. Bayangkan kalau susah nak membuang atau tidak membuang dalam masa berhari-hari. Ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul seperti jerawat batu dan usus tidak sihat. Ostematrix adalah salah satu suplemen yang terdapat dalam SET SEMBELIT.  

5. MEMBANTU MASALAH IMSOMNIA

Imsomnia atau masalah tak boleh tidur malam boleh menyebabkan tugas harian terganggu kerana tidak cukup rehat yang sempurna. Masalah ini boleh menganggu prestasi kerja jika berterusan. Pengambilan suplemen ostematrix membantu dalam masalah imsomnia dan memberikan tidur yang lebih lena.

6. MEMBANTU MENGUATKAN TULANG


Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang rapuh dan untuk orang tua boleh mengalami masalah osteoporosis. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan satu gelas susu. Orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas disarankan mengambil 4 tablet Ostematrix setiap hari untuk keperluan kalsium harian. Pengambilan yang berterusan membantu menguatkan tulang, gigi dan kuku.

Untuk mendapatkan Ostematrix bolehlah menghubungi Kak Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 15, 2017

PRODUK BUANG ANGIN DALAM BADAN

Saya selalu mengalami masalah angin dalam badan. Paling tak tahan bila angin naik sampai kepala. Rasa macam meloya sampai nak muntah.

12 Tanda badan banyak angin ialah

✿ Rasa lesu / Letih / Tidak Bertenaga
✿ Selalu rasa Kebas-kebas / Sengal /Lenguh
✿ Tapak tangan / kaki berasa sejuk
✿ Selalu Menguap/ mudah mengantuk
✿ Sukar bernafas / nafas pendek
✿ Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
✿ Kulit kering
✿ Perut Berangin
✿ Sakit kepala / Migraine
✿ Hilang Selera Makan
✿ Kurang/ hilang nafsu seks
✿ Dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan

Sejak amalkan Peppermint Ginger Plus dengan Garlic Complex ni, badan rasa segar dan kurang kena masalah angin.


Garlic 

Selain mengeluarkan angin dari badan, ia juga memang terkenal sejak turun temurun sebagai antibiotik semulajadi.

Peppermint Ginger Plus

Rasa halia bersama mint yang menyegarkan. Membantu membuang angin dalam badan dengan mudah. 

Lega bila angin dalam badan dapat dikeluarkan. Sakit kepala hilang dan boleh buat aktiviti harian dengan senang hati.

Sekiranya ada yang ingin mencuba 2 produk hot ni bolehlah buat belian di SET BUANG ANGIN  atau menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 14, 2017

BUANG TOKSIN JAHAT SECARA SEMULAJADI

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

Sembelit
Pening Kepala
Perut Kembung
Nafas Berbau
Berasa letih dan tidak bertenaga
Sentiasa hendak makan
Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Banyakkan Minum Air

Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari.

Bersenam Selalu

Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang.

Berpuasa

Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu.

Buah-Buahan

Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi.

Buah Citrus

Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan.

Bawang Putih

Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu.

Spirulina

Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan.

Alfalfa

Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan.

Teh Hijau

Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida.


Pengambilan Detox dalam set Kurus juga boleh membantu dalam menyingkirkan toksin jahat. Alfalfa dan Herb-Lax lebih mudah dan senang kerana dihasilkan dalam bentuk pil.

Hubungi Feni untuk dapatkan suplemen anda.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 3, 2017

SET KURUS SHAKLEE YANG BOLEH DIPILIH IKUT KEMAMPUAN

Alhamdulillah kembali bersiaran untuk menulis entri setelah lama bercuti untuk hari raya. Dugaan teruk bulan Ramadhan yang lepas. Tahun ni kena banjir bermula pada 22 Ramadhan 1438H. Sampai hari ni mengemas rumah tak habis lagi.

Raya tahun ni tetap pulang ke kampung walaupun mood beraya dah hancus lebur. Tapi rezeki Allah bagi mencurah-curah. Alhamdulillah.

Bila dah balik kampung kan, semua makanan memang sedap-sedap belaka. Jadi memang sangat rugi tak makan. Untuk mengelakkan badan menjadi bam-bam teruk. Ramai yang kontek Feni untuk bertanyakan tentang suplemen untuk membantu jadi kurus.

Ini adalah cadangan suplemen yang boleh diamalkan bagi membantu menguruskan badan. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Kalau nak ambil semua pun boleh.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 28, 2017

8 Manfaat Detoks Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Seperti yang anda sedia maklum detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan?

KESAN POSITIF DETOKS 

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:


1. PENGURANGAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.


2. MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT) 

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.



3. MEMBERI TENAGA 

Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!



4. MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).



5. KULIT LEBIH CANTIK 

Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya.




6. MENGURANGKAN TEKANAN 

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya: apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutruen juga akan menurun dan tubuh badan anda semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini – ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika telah mengeluarkan toksin, anda boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh anda untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tiduk yang lebih berkualiti.



7. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI 

Radikal secara percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya.



8. TIDUR LEBIH LENA 

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormone tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

February 13, 2017

Singkirkan Toksin Dalam Badan Dengan Set Detox Shaklee


Antara Suplimen untuk Detox ialah :

Vivix
Herba-lax
Alfalfa
Peppermint Ginger Plus
Garlic

Semua suplimen ini membantu dalam menyingkirkan toksin dalam badan. 
DTX Complex membantu meningkatkan kesihatan hati. Ia juga membantu dalam meningkatkan sistem imun badan.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






October 25, 2016

ShakleeDetox Untuk Kesihatan Dalaman dan Kecantikan Luaran

Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee menggunakan gabungan pelbagai herba dan nutrien semula jadi bagi menyokong proses detoksifikasi semula jadi anda. Mari kita lihat produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar!



Herb-Lax™



Campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan daun sena, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif semula jadi, Herb-LaxTM berkebolehan membantu ketidakaturan yang berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus untuk memperbaiki proses pembuangan semula jadi tubuh.


DTX™ Complex




Formulasi khusus bersama ekstrak benih milk thistle, cendawan reishi, skizandra cinensis, dandelion, kekunyit, dan articok DTXTM kompleks adalah tonik yang direka untuk membekalkan sokongan nutrisi untuk fungsi hati yang sihat dengan cara melindungi dan memastikan kebolehan tubuh manusia secara normal dalam mengekalkan hati yang sihat.

Peppermint Ginger Plus



Membekalkan herba semula jadi dari pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melega serta meredakan sistem penghadaman anda.

Alfalfa Complex



Perumah kepada pelbagai nutrien, Alfalfa mempunyai akar panjang yang masuk sedalam 6 meter ke tanah bagi mencari nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya pula mengumpul sejumlah besar klorofil melalui proses fotosintesis. Ia mempunyai rangkaian nutrien yang sangat luas, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium, termasuklah klorofil, bioflavonoids, mineral dan vitamin.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



October 17, 2016

TESTIMONI SET DETOX SHAKLEE


Testimoni Set Detoks Shaklee. Badan makin kurus malah warna kulit pun makin sekata.

Pernah tak terasa badan macam belon ? Bam-bam dan tak larat nak buat kerja ? Ini adalah salah satu faktor banyak toksin dalam badan. Apabila toksin tidak keluar dari badan, banyak penakit akan mula singgah. Obesiti, kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit yang berpunca dari makanan yang kita makan.

Kebanyakan makanan yang kita makan hari ini mengandungi banyak sangat bahan-bahan yang tidak baik terutamanya yang sering makan di luar. Jarang masak sendiri. Antara kandungan bahan perisa MSG. MSG ini sering terdapat dalam makanan segera seperti mee, bihun, makanan dalam tin dan sebagainya.

Jadi untuk melakukan detoks secara sihat. Kita perlu mengamalkan makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk proses detoks ialah Vivix, Herba-lax, Garlic Complex, Alfalfa dan Peppermint Ginger plus. 

Amalan detoks yang sempurna membantu bukan sahaja menurunkan berat badan malah bonus apabila warna kulit menjadi sekata. Kulit kusam dan tidak bermaya dapat diatasi sekiranya mengamalkan makanan yang sihat serta melakukan gaya hidup yang sihat seperti bersenam setiap hari.

Lakukan aktiviti kegemaran setiap hari mampu menghasilkan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Untuk dapatkan set detoks terlajak laris dalam pasaran ini boleh hubungi Feni untuk maklumat lanjut.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




July 20, 2016

Penangan Produk Shaklee Menjadi Lebih Cantik

Menakutkan bila dok pakai produk-produk skin care yang belambak di pasaran sekarang ni. Kebanyakan harga memang boleh tahan berbanding beli produk di drug store. Bagi Mak Jemah yang memang mudah terpedaya dengan promosi muka glow glowing dan flawless ni, akan beli dan cuba. Nasib baik awal-awal lagi , muka dah tunjukkan kesan dengan cepat jadi cepat-cepat stopkan produk-produk yang tengah gunakan tu. Nampak sangat tak sesuai kot.

Benda macam ni tak berani nak ambil risiko. Alhamdulillah sejak dok amalkan produk Shaklee sebagai suplemen harian. Memang banyak beza. Dari zaman anak dara yang macam-macam masalah. Jerawat nak tumbuh tak ikut waktu. Sekarang nampak semakin baik. Bukan tak tumbuh langsung. Ada jugak waktu-waktu dia tumbuh tapi tak lama. Parut pun tak ambil masa yang lama untuk pudar. 

Orang kata nak cantik ni kena banyakkan minum air kosong banyak-banyak. Memang betul tapi ikut bodi juga. Kalau terlebih pun tak boleh juga. Apa pun kena refer doktor sebab doktor yang lebih arif.

Penggunaan suplemen yang betul hanya membantu dalam menjadikan kualiti kesihatan lebih baik. Kalau amalkan suplemen badan jadi makin teruk tak boleh juga sebab tu Feni lebih suka pilih Shaklee sebab ianya ada Land Mark Study dan diuji secara klinikal. 

Jom tengok testimoni pengguna Shaklee








Ternyata produk s boleh mengubah hidup lebih ceria dan lebih cantik. Cantik bukan saja untuk pandangan manusia tapi juga pandangan yang pencipta. Bila dah sihat, cantik dan kurus jadi mudahlah untuk buat amal ibadat. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

June 13, 2016

MANFAAT DETOKS BADAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

KONSEP KECANTIKAN

✔ Berat badan yang sihat
✔ Bentuk badan yang ideal
✔ Kesihatan mental iaitu emosi dan semangat

Bentuk badan yang mana anda impikan ?



Risiko dan Masalah Kesihatan Sekiranya Obses

✿ Strok
✿ Dyslipidemia
✿ Hipertensi
✿ Osteoarthritis
✿ Jenis 2 diabetis
✿ Penyakit pundi hempedu
✿ Penyakit jantung
✿ Masalah respiratori dan berdengkur
✿ Sesetengah jenis kanser (endometrial, payudara, dan usus)

Pemakanan yang tidak sihat adalah punca terjadinya obesiti

Bagaimana produk Shaklee membantu untuk mengatasi masalah obesiti dan mengekalkan bentuk badan yang ideal dan sihat ?

Cinch Shake Mix

✿ Dihasilkan dengan campuran tertentu dengan leusina
✿ Mengandungi 24 gram protein
✿ 6 gram serat dan indeks glisemik yang rendah
✿ Tidak mengandungi bahan tiruan untuk perasa, pewarna, pemekat dan juga pemanis

Faedah Protein dalam Program Menurunkan Berat Badan

✿ Mengekalkan tisu otot
✿ Meninggalkan "Thermogenesis"
✿ Memberikan rasa yang kenyang

Mengapa anda perlu memilih ESP Shaklee ?

✿ Ianya Non-GMO iaitu tidak diubah secara genetik
✿ Indek glisemiknya sangat rendah
✿ Sumber protein yang berkualiti tinggi iaitu sebanyak 14g protein untuk setiap sajian
✿ Tanpa laktosa secara semula jadi
✿ Tanpa kolestrol secara semula jadi
✿ Mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ianya hanya boleh didapai dalam makanan
✿ ESP bagus untuk mengawal paras gula dalam darah sangat sesuai untuk pesakit diabetis

Phytocol-ST

✿ Membekalkan 2,000mg Fitosterol sehari untuk mencegah penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL ('jahat')
✿ Fitosterol mempunyai struktur yang hampir sama dengan koletrol dan bersaing untuk mendapatkan tapak penyerapan

Lecithin

✿ Berfungsi untuk memecahkan lemak badan
✿ Mengurangkan berat badan
✿ Menghalang akumulasi lemak dan kolestrol yang tidak baik

Omega Guard


✿ Mengekalkan LDL kolestrol dan meningkatkan HDL kolestrol
✿ Mengurangkan paras tekanan darah Triiglyceride
✿ Mengurangkan risiko sakit jantung

Alfalfa Complex

✿ Kaya dengan 300 jenis vitamin dan mineral
✿ Penyahtoksin badan
✿ Meneutralkan asid badan
✿ Lebih bertenaga dan berasa segar

Herbalax

✿ Dihasilkan dengan campuran proprietari daun Senna
✿ Untuk mengatasi masalah sembelit
✿ Penyahtoxin badan
✿ Mengurangkan berat badan

Kebaikan yang akan diperolehi apabila melakukan detoks

✔ Lebih fokus dan bertenaga
✔ Berat badan yang lebih sihat
✔ Nafas yang lebih segar
✔ Kulit yang sihat dan cantik

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan ingin membuat pesanan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni

SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


April 24, 2016

TESTIMONI DETOX PARASIT


Salah satu penyebab yang menyebabkan jerawat tumbuh dengan jayanya di muka kita yang cantik itu ialah terlalu banyak toksin dalam badan. Bila badan kita banyak toksin, badan mula menunjukkan perubahan kearah negatif.

Badan menjadi lemau dan tidak bermaya malah tidak bersemangat untuk bekerja. Kita akan sentiasa nak makan makanan yang manis-manis dan penuh dengan perasa tambahan. Kita akan mengamalkan makanan yang kurang sihat seperti jajan dan fast food. Makanan-makanan ini selalunya mengandungi bahan perisa MSG.

Testimoni peserta program detoks telah berjaya membuktikan bahawa dengan pemakanan yang sihat mampu menjadikan diri lebih sihat dan ceria malah lebih bertenaga setiap hari untuk melakukan tugas harian.

Nak bangun pagi-pagi pun senang sebab badan dah sihat dan terasa ringan. Kepala yang selalu sakit sebab migrain juga semakin pulih. Alhamdulillah.

Berikut adalah produk detoks parasit yang telah diamalkan oleh peserta detoks dan hasilnya sungguh menakjubkan.





Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 18, 2016

8 TANDA BADAN ANDA PENUH DENGAN TOKSIN


1) SEMBELIT

Anda perlu membuang air besar  2 kali sehari bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair toksin tidak disimpan lama dalam badan dan membawa penyakit.

2) KEMBUNG PERUT

Usus yang tidak bersih dan penuh dengan toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.


3) SAKIT KEPALA

Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda setiap hari.


4) LETIH DAN LESU

Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

5) MULUT BERBAU

Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.

6) PERUT BUNCIT

Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masin normal.

7) KULIT KUSAM

Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu.

8) KEMARUK MAKAN

Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik malah menyebabkan badan sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program detoks boleh menghubungi saya dan khidmat rundingan secara percuma.


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...