May 31, 2018

10 Step For Charging Your Life

Hari ni rasa macam down sangat sebab kurang motivasi kot. Lebih-lebih lagi badan rasa cepat penat. Stress dengan kerja yang menimbun dan alasan paling tak best puasa. Huhu.

Bila puasa ni badan memang macam lemah je. Nak-nak pulak lepas berbuka memang hentam makanan banyak-banyak. Bila makan banyak badan jadi letih dan lemau. Nak buat amal ibadat pun penat. Adeiii.

Sempena bulan Ramadhan yang dah tinggal setengah bulan je lagi ni belum terlambat untuk mulakan hidup baru.



Sebenarnya motivasi ni kita sendiri yang kena cari. Buat dan terus buat. Nak melawan perasaan malas tu memang susah sangat. Lebih baik letih dengan buat kerja daripada letih dari tak buat apa-apa. Contohnya macam kalau cuti. Kerja membongkang je. Rumah bersepah. Kain baju tak berlipat dan akhirnya aku yang sesak sendiri. Haha

Jadi lebih baik lah aku buat kerja. Bila dah penat betol-betol baru tidur. Tidur pun boleh lena dan nyenyak. Rasa masa tu berlalu dengan pelbagai kerja yang berfaedah. Paling best aku takde masa nak membawang pasal orang lain. Membawang benda yang baik okey lah. Kalau membawang buat ketupat memang dapat dosa free.

Memanglah hidup ni bukan tentang kita saja tapi kalau diri sendiri pun tak boleh nak jaga macam mana kita nak jaga orang lain. Adeiii ni sekadar pandangan sendiri saja okey. Sekarang ni bukan boleh main tulis je. Salah tulis kena kecam. Apapun teruskan berbuat baik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara.


May 30, 2018

BERBUKA PUASA DI HOTEL SHANGRI LA

Alhamdulillah Ahad 27/05/2018, aku berpeluang memenuhi jemputan untuk menghadiri Majlis Iftar bersama keluarga besar NRSB di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Berbuka puasa bersama keluarga besar kami memang seronok. Salah satu tanda bos nak ucapkan terima kasih dan mengeratkan hubungan antara bos dan majikan.

Feni sampai agak lewat dalam pukul 7.00 malam baru sampai. Masa masuk dekat lobby hotel dah nampak dah semua staff NRSB tengah bersantai menunggu yang lain-lain sampai. Alhamdulillah aku tak sampai awal. Kalau tak mesti tercongok sorang-sorang di situ.

Sampai terus kami ke dewan makan. Register nama dan di tunjukkan tempat khas untuk kami. Ambil tempat dan kami pun survey makanan yang nak dijamah sementara menunggu waktu berbuka. Mula-mula ambil makanan untuk berbuka sahaja sebab kami nak solat maghrib dulu.

Terdapat banyak hidangan yan disediakan di sini tapi lebih kepada masakan Timur Tengah.




Tak sempat nak berphoto banyak-banyak sebab masa memang terhad. Sibuk dok punggah makanan. Haha. Kali ni makan sampai kenyang. Perut padat dengan semua makanan tapi nasi sebutir pun tak masuk perut.

Hidangan secara buffet ni jadi kita bebas nak pilih nak makan apa. Kami siap plan awal-awal taknak minum air banyak sebab nak rasa semua makanan kat sini. Bukan senang bos nak bayor. Kita belasah habis-habisan. Keh keh keh.

Bos tengok pun puas hati sebab cakap kat kami tak rugi bawak u all makan. Haha. Kami ambil semua tapi dalam kuantiti yang sikit. Rasa semua makanan yang tak pernah rasa.

Mula-mula masuk dewan terdapat ruangan dessert di sebelah kiri. Terdapat berbagai jenis dessert di sini. Ada kek, kuih muih, puding, ais kacang dan juga ais krim. Di sepanjang ruangan ada sup-sup. Ada makanana Timur tengah. 

Untuk bahagian bakar pulak di luar dewan makan. Ada macam-macam jenis makanan yang digrill seperti daging, ayam, udang, tiram dll.

Memang puas hati lah kalau jenis yang memang hantu makan. Kami ni sebab berbuka puasa rasa sikit-sikit pun dah okey. Makan banyak-banyak kang tak boleh jalan balik pulak.

Pukul 9.00 malam, aku dah bersedia untuk pulang. Walaupun majlis sampai pukul 10.00 malam. Minta izin dengan bos dan maklumkan nak pulang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


May 24, 2018

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan




Assalamualaikum. 

Sejak mula berjinak-jinak dengan GA ni macam best je. Klik pada banner untuk bersama-sama join GA ni. Mana tahu ada rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018

JOM KURUS SEBELUM RAYA


Bulan puasa ni adalah salah satu peluang yang terbaik untuk kita turunkan berat badan. Maklumlah boleh makan pada waktu malam saja. Namun tak semua badan kita sama. Ada yang mengadu bulan puasa ni bulan yang menggemukkan.

Apapun amalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan sihat.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

✿ Cinch


  • Menimbangi nutrien dengan leucine dan sangat rendah kalori. 
  • Cinch Shake meningkatkan jisim otot untuk membakar lemak. 
  • Cinch Shake membantu untuk meningkatkan metabolisme badan, penukaran makanan kepada tenaga lebih efisen 
  • Cinch Shake memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana kandungan 16gm protin bg setiap hidangan 
  • Cinch Shake mengekalkan otot semasa proses menurunkan berat badan kerana kaya dengan kandungan leucine 
  • Cinch Shake memberi tenaga kepada badan walaupun anda sedang diet

✿ ESP

  • Sumber protein yang terbaik untuk membina otot badan. 


✿Meal Shakes


  • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. 
  • Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  •  Ia turut mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.



✿ Vitalea


  • Vitalea adalah pelengkap nutrisi. 
  • Kekurangan vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya bagi mereka yang mengamalkan sayuran(vegetarian) dan anemia.
  • Membantu memenuhi keperluan nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon.
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.


✿ Alfalfa


  • Alfalfa sangat bagus dalam proses menurunkan berat badan. 
  • Ia bukan saja membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol malah sangat sesuai untuk proses detox tubuh. 
  • Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. 
  • Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponim iaitu seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. 
  • Selain menyingkirkan lemak dan kolesterol dalam badan. Alfalfa juga membantu mengurangkan keletihan. 
  • Melegakan keletihan serta alternatif kepada pelbagai masalah penyakit.


✿ Herb-Lax


  • Herb-lax adalah produk yang berasaskan herba kombinasi antara tradisi dan teknologi Barat. 
  • Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flover, buckkhorn bark, lirorice root, rhubarb root, fennel sedd dan culver's root
  • Kesemua herba ini yang sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. 
  • Herb-lax sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah sembelit dan sukar untuk membuang. 


✿ Lecithin

  • Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan_GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin, dan 48mg inositol. 
  • Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghalang acetyl-kolin, inositol, forforus dan lemak tepu. 
  • Fungsi Lecithin adalah memecahkan lemak dan kolesterol. 
  • Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengelmulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Meringankan sembelit, lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

✿ GLA-Complex

  • GLA-Complex mengawal selia estrogen dan testosteron.
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom pms seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat)
  • Menghalang penambahan berat badan dengan berkesan.
  • Memberi tona sekata untuk kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat bagi mencapai bentuk badan yang cantik.
  • Perlu diambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  • GLA bukan sahaja untuk wanita. Sesuai untuk semua golongan lelaki dan wanita kerana GLA asid linoleik sama penting seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan hanya boleh diperolehi melalui makanan.
Terlalu banyak suplemen yang perlu diamalkan ? Jangan risau, awak boleh saja hubungi Feni untuk info yang sesuai dengan bajet awak. Feni akan akan bagi suggestion terbaik ikut keadaan. Di atas hanyalah cadangan suplemen untuk membantu awak kurus. Semuanya bergantung atas usaha sendiri juga.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 23, 2018

KENAPA KEBANYAKAN DIET GAGAL ?


"Aku nak kurus dan sihat tapi selera makan aku makin bertambah. Perut asyik lapar saja. Nak-nak pulak kawan-kawan asyik ajak pergi makan dekat kedai yang sedap-sedap."
Pernah tak alami situasi di atas ? Feni selalu sangat kena macam ni. Bila dah berumur masuk 30-an ni lagi lah. Berat badan semakin bertambah-tambah tapi masih normal. Feni paling takut kalau berat berlebihan.

Keinginan :-

✿ Diet segera
✿ Produk pelangsingan
✿ Diet tinggi protein
✿ Diet rendah kalori
✿ Diet karbohidrat
✿ Diet sup
✿ Pusat pelangsingan badan
✿ Rawatan pembedahan

Kenapa kebanyakan diet gagal ? Ini adalah antara sebabnya :-

✿ Kekurangan Nutrisi
✿ Sukar untuk mengikuti peraturan
✿ Hasil yang lambat
✿ Kandungan bahan yang tidak selamat
✿ Merendahkan kadar metabolisme

Kitaran diet yang ditakuti
Dalam kebanyak diet, kita banyak kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma. Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti yang kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya berat badan akan menjadi lebih berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali kita meneruskan diet. Macam kesan yo-yo.

Jom diet secara sihat dengan Cinch Shake Mix


KEBAIKAN CINCH SHAKE MIX

✿ Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
✿ Hilang berat badan tanpa lemak
✿ Terbukti secara klinikal
✿ Diperkasa dengan Leucine
✿ Dirumus khas untuk membantu memecahkan kitaran diet

PERBEZAAN SHAKLEE

Dalam setiap hidangan Cinch ini, kita akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat lanjut. (cadangan diambil bersama 1 sudu ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.



MANFAAT CINCH SHAKE MIX

✿ Indeks glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis.
Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
✿ 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu berasa puas dan kenyang
✿ Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
✿ Glysemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
✿ Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
✿ Penggunaan soya bebas GMO
✿ Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis




TESTOMONI SET KURUS SHAKLEE




Untuk mendapatkan berat badan yang seimbang kita juga perlu amalkan gaya hidup yang sihat bukan hanya bergantung kepada produk sahaja. Produk ini hanyalah makanan tambahan yang membantu dalam meningkatkan nutrisi dalam badan kita.

Amalkan 5 Tips mudah seperti di bawah :-


Untuk mendapatkan CINCH SHAKE MIX ini bolehlah menghubungi Feni atau dengan belian melalui kad kredit atau debit terus KLIK SINI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 22, 2018

KARI KEPALA IKAN JALAN LUMUT

Bulan puasa ni memang seronok sangat kalau bercerita pasal makan kan. Sebab apa sebab teruja tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Macam kanak-kanak ribena pulak kan.

Ceritanya begini, semalam sahabat sebelah tempat duduk Feni ni dapat wasap dari sahabatnya untuk meminta tolong. Minta tolong belikan kari kepala ikan di Jalan Lumut. Tempatnya berdekatan dengan pejabat kami. Beliau bekerja di KLCC jadi agak jauh nak sampai ke kawasan kami.

Permintaan itu disampaikan oleh Kak Diana kawan Feni. Semalam lagi dah cakap nak pergi beli. Jadi hari ini waktu rehat kami berdua keluar ke Restoran Ahamed di Jalan Lumut. Tak pernah lagi kami sampai ke kawasan ni, hari ni kami sampai. 

Kawasan sini agak sunyi mungkin bulan puasa kot. Perjalanan kami dalam 10 minit je dari pejabat. Kami jalan kaki je. Sambil jalan sambil berborak tak terasa macam jauh. Pusing-pusing sekitar baru nampak kedai Ahamed ni. 

Bagi Feni agak bahaya kalau jalan seorang diri di kawasan ni sebab nampak macam sunyi. Kalau beramai-ramai mungkin okey. Apapun kena hati-hati.

Masuk ke dalam kedai, kami nampak keadaan restoran agak lengang tak ramai orang. Mungkin menghormati bulan puasa kan. Jadi kami pun membuat pesanan. Tanya tentang harga kari kepala ikan. Dia cakap RM60 ada, yang besar sikit RM70. Jadi kami pilih untuk order yang besar iaitu RM70.

Di sini, bila kita order baru dia masakkan. Bukan macam sesetengah kedai mamak yang dah masak siap-siap tunggu cedok je. Jadi kami terpaksalah menunggu tukang masak memasak. Kami menunggu dalam setengah jam untuk dia siap masak. 


Taraaaa inilah rupa kari kepala ikan yang berharga RM70 ni. Haha sekali sekala boleh lah kan. Ummi tak gaji lagi nakkk. Kalau tak ummi pun order sekali untuk anak-anak. Bau dia menumis nak masak kari ni memang menggoda betul. Perut pun berdondang sayang. Nasib baik bulan puasa kan. Iman kena kuat. Hihi

Dalam banyak-banyak kari kepala ikan di Kuala Lumpur ni. Di sini yang dia nak mungkin ada keistimewaannya. InshaAllah ada rezeki, kami pula yang cuba sendiri. Hari ni kami beli untuk orang lain dulu.




May 21, 2018

PROMOSI SHAKLEE 21 JUN SEHINGGA 31 JUN 2018

Wahhh Shaklee kembali dengan promosi yang memang hebat-hebat semuanya. Pagi tadi sampai kena sakit kepala sebab terkejut dengan promosi ni. Jenuh blast promo dekat group wasap.

Nak tahu apa yang best sangat ? Jom tengok poster di bawah :-


Promosi ini hanya sah untuk 11 hari sahaja sempena bulan Ramadhan ni. Jadi jom kita kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadhan ni dengan mengamalkan CoQ-Trol ni. Vitamin C pula boleh buat kulit kita jadi cantik dan gebu.

Nak tahu kebaikan setiap vitamin tersebut boleh klik di bawah :-


Nak share dengan kawan-kawan pun boleh. Untuk simpanan stok sendiri pun boleh. Jangan malu untuk kontek Feni kalau nak order ya ?

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


May 18, 2018

Rasa Lega Dapat Tukar Template Baru

Alhamdulillah setelah sekian lama nak tukar template blog akhirnya berjaya hari ni. Puas rasanya bila dapat buat sendiri. Sekarang ni fokus untuk tulis entry je.

Hujung bulan ni inshaAllah akan diupgrade naik dot com pulak. Pening pulak nak letak nama domain apa. Semuanya buat sendiri je dengan bantuan blogger-blogger lain. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga semuanya berjalan dengan baik lepas ni.

Bukan senang nak senang. Apapun tetap rasa sangat syukur sebab dah selesai satu bab.











Esok ada masa kita adjust yang mana tak puas hati.


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.


Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. annursyuhadah best parenting bloggerparenting blogger malaysia

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?

              
  • Jawapan : Ulangtahun yang ke Enam.


Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^


May 17, 2018

#REVIEW NIVEA CREAM TIN BIRU YANG OHSEM

Hari ni baru dapat beli #niveacreme yang dalam tin biru tu. Beli dekat farmasi di bawah ni je ha. Apa-apapun kalau nak apa-apa kena usaha sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain. Bukan susah pun nak dapatkan apa yang kita nak kan.


Sebenarnya Feni dah buat sedikit #review di insta tengahari tadi tapi disebabkan oleh handphone hang dan terus jam. Makanya Feni retype balik di blog ni. Lagi puas hati sebab boleh taip panjang-panjang lebar.

#safenireview


1. 3 Jenis Saiz Tin Biru

Terdapat 3 jenis saiz tin. Small 60ml, medium 150ml dan large 250ml. Feni pilih tin yang medium sebab harganya lebih berbaloi berbanding beli yang saiz small tu. Nak beli yang large tu rasa macam susah pulak nak letak dalam beg. Hehe... Untuk memuaskan hati sendiri makanya Feni pilih saja yang medium. Tak kecil tak besar.

2. Bau Wangi

Sebelum ni Feni agak jarang membeli krim yang mempunyai bau. Kali ni tak sangka boleh ngam pulak dengan jiwa. Ewahhh. Bau dia wangi dan menenangkan. Boleh pakai selalu nak-nak pulak kalau terhidu bau-bau yang kurang menyenangkan boleh hidu bau tangan yang disapu nivea creme ni.

3. Krim yang padat dan tidak melekat

Krimnya yang padat tapi tidak melekat. Senang nak sapu kat bahagian muka dan kulit yang kering. Feni suka sapu dekat muka dan tangan serta tumit kaki. Kaki dah macam kaki ayam dah rasa ni haa. Kasar dan merekah. Harapnya dengan nivea cream ni dapatlah membantu mancantikkan kembali kulit kaki yang keras ni

4. Pelembab Kulit

Krim ni sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Feni ni kerja 8 jam dalam aircond jadi amat sesuai sapu krim nivea ni. Nak-nak pula sekarang ni bulan puasa. Tak boleh minum untuk lembabkan kulit. Jadi kita lembabkan kulit dengan Nivea Creme.

5. Sesuai untuk rambut juga

Hihi yang ni belum cuba. Nanti balik rumah kita try. Dulu masa tak tahu apa fungsi Nivea Cream ni memang pandang sebelah mata jela kan. Memang teringin nak beli tapi tak beli sebab tak tahu pun apa kegunaannya. Sekarang bila dah tahu memang kena cuba.


6. Boleh buat Masker

Salah satu tips yang dikongsikan oleh page Nivea di facebook ialah boleh dijadikan masker wajah. Wajah kusam dan tak bermaya boleh cuba buat masker wajah. Video korang boleh tengok dekat Sini.

So untuk hari ni just ini dulu #safenireview untuk produk #niveacreme ni. Feedback selepas beberapa hari sapu nivea cream ni akan di update kemudian.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Maaf zahir dan batin.


6 KEBAIKAN ESP UNTUK MEREKA YANG BERPUASA


Alhamdulillah bertemu kembali dengan Ramadhan yang mulia untuk tahun ni. Hari ni Feni nak share tentang kebaikan ESP untuk mereka yang berpuasa. 

ESP ni adalah serbuk soya yang padat dengan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Feni mula kenal ESP ni sejak menyusukan adik Rayyan. Masa tu dalam bulan 5 tahun 2015. Menyusukan anak dan berpuasa memang sangat-sangat mencabar. Stress dan emosi yang tidak menentu boleh membuatkan susu badan merudum masa tu. Bertemu dengan ESP sebagai minuman harian memang sangat-sangat membantu dalam mengurangkan masalah Feni.

Jom kita tengok apa KEBAIKAN ESP UNTUK MEREKA YANG BERPUASA :-


1.  Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Bulan puasa ni kita sedia maklum yang tak boleh makan atau minum di siang hari. Jadi ambillah segelas ESP ketika bersahur sebagai hidangan sahur yang lebih sihat dan berkhasiat. Ia membantu dalam mengekalkan kecergasan sehingga sampai waktu berbuka. 


2. Hidangan Yang Mengenyangkan

ESP membantu dalam membuatkan perut berasa kenyang dan menahan rasa lapar. ESP sangat disarankan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana mengurangkan rasa lapar ketika berdiet. 


3. Mencantikkan Kulit

Antara kesan sampingan setelah mengamalkan ESP ialah kulit menjadi lebih cantik dan gebu. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan secara kerap boleh menjadikan kulit lebih awet muda.

4. Menguatkan Memori

Jangan lemah-lemah semasa berpuasa. Pengambilan ESP secara konsisten juga membantu dalam menguatkan memori serta merangsang otak. 

5. Sangat Baik Untuk Hormon

Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

6. Baik Untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

#TESTIMONI ESP









Jadi jom kita bersama-sama sihat dan cantik dengan ESP. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh terus kontek Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 16, 2018

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah bertemu kembali tahun ini dengan Ramadhan yang mulia. Malam ni kita akan mula bertarawih. Feni hanya melakukan terawih di rumha sahaja. Balik dari kerja pun dah maghrib.

Hari ni ada sambutan hari guru di sekolah Abang Aus. Ummi bekalkan abang dengan sebiji kek dan sebekas bahulu saja untuk jamuan abang hari ni. Alhamdulillah pagi tadi masa hantar abang ke sekolah nampak macam banyak sangat barang makanan di kantin sekolah. Rezeki anak-anak syurga yang tidak pernah putus.

Tahun ni tahun kedua Abang Aus sambut Hari Guru. Tahun lepas Abang bagi hadiah 3 set cawan yang warna warni tu dekat cikgu. Tahun ni, ummi tak sempat nak belikan hadiah untuk hari guru abang. Semalam balik kerja ingat nak beli buah epal untuk jamuan hari ni. Pergi-pergi pasar, pasar dah pun tutup. Mujur dalam perjalanan balik tu nampak ada kedai kek. Jadi ummi belikan kek dan bahulu saja untuk majlis abang.

Cikgu jemput ibu bapa datang bersama bagi memeriahkan majlis, tapi ummi dengan abah tak dapat nak join sebab nak masuk kerja. Hari Isnin hari tu ummi dah cuti. Nanti bos marah pula sebab asyik ambil cuti. Macam ni lah nasib ibu yang bekerja. Maafkan ummi ya Abang.

InshaAllah dalam beberapa tahun akan datang ni. Hidup kita akan lebih baik. Ummi kalau boleh nak duduk rumah, jaga anak-anak sendiri tapi keadaan ekonomi keluarga belum mengizinkan. Kereta belum habis bayar lagi. Sewa rumah pun separuh dah gaji ummi. Nak harapkan gaji abah seorang memang kita tak mampu lah nak duduk sendiri.

Apapun bersyukur dengan rezeki Allah bagi.

Sementara yang ada kerja dengan gaji sendiri pun orang tak pandang. Inikan pula kalau tak bekerja. Apapun nak wish juga SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru di seluruh dunia dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1439 Hijrah.

Semoga amalan kita diterima Allah.


May 15, 2018

PENGALAMAN MENGUNDI PRU14



Ewah macam lah sebelum tak pernah kerja. Bos bagi cuti lama ditambah pulak dengan kerajaan baru umumkan cuti 2 hari. Isnin semalam pula terpaksa mengambil emergency leave sebab sakit perut yang teramat sangat. Muntah-muntah dan ceri beri. Adei mungkin kesan makan malam di Ampang.

Itulah kan, jangan terlalu gopoh nak makan. Disebabkan orang nak belanja kita pun pulun. Masa nak sampai kedai tu pun dah macam-macam cobaan dan dugaan dah tapi akhirnya sampai jugak. Setelah 4 kali berpusing-pusing tempat yang sama sambil terpaksa redah jem. Dengan anak-anak yang dok bergaduh dalam kereta sampai rasa putus angin nak makan. Series boleh mendatangkan mood yang kurang baik tapi berlapang dada jelah.

Sampai tempat makan pun dah takde mood nak makan. Satunya dah lewat makan, dua orang lain dah siap makan kita baru sampai memang spoil mood la. Kesian kat anak-anak sebab lapar nak makan. Jadi ummi dengan abah kena bertabahlah.

Kira macam hari ni hari pertama masuk kerja sejak kerajaan baru memerintah. Bak kata kawan aku, kita tetap macam ni jugak kan Feni. Kerja tetap kerja. Itulah kita golongan marheam.

Macam mana pun kalau tak kerja macam mana nak dapat sumber kewangan nak sara diri sendiri dan keluarga. Hidup perlu diteruskan dengan usaha yang lebih gigih.

TUJUH HARI BERCUTI


Apa yang aku buat selama 7 hari bercuti ?

Selasa : 08/05/2018

Hari ni masa berehat-rehat dengan anak-anak. Bos bagi cuti awal sehari sebab sangat bersemangat nak memangkah sempena PRU14. Suami kena kerja jadi tinggallah ummi dengan anak-anak duduk di rumah. Ummi siap-siap kemas beg dan siapkan diri serta anak-anak untuk pulang ke kampung. Oh ya kami mengudi di Gerik, Perak. Feni di ADUN Gerik dan suami di ADUN Lenggong.

Lepas maghrib baru en. suami sampai rumah. Masa tu kami anak beranak dah siap sedia untuk bertolak pulang. Tinggal abah saja untuk bersiap. Masa ni perut lapar sebab belum makan malam. Ingat nak makan dulu sebelum bertolak pulang.

Dalam pukul 9.00 kami bergerak dari Hulu Langat. Perjalanan dari Langat ke Tol Jalan Duta agak lancar, lepas je tol terus jam. Tak tahan rasanya bila kena jam ni. Sempat jugak buat live video di fb.



Masa ni memang sesak betul sebab ramai yang balik untuk mengundi. Meriah betul jalan raya. Nak sampai Rawang pun hampir 2 jam. Berhenti di R&R Rawang pukul 11.40 malam.



Sampai sini baru jumpa makanan. Menyesal pulak tak makan siap-siap sebelum bertolak tadi. Di R&R Rawang ni pulak kedai makan belum beroperasi lagi. Mujur ada lah beberapa food truck yang meniaga masa ni. Dapatlah kami makan ayam gunting dengan air teh tarik. Tu pun dah tinggal yang akhir-akhir sebab terlalu ramai orang beratur nak beli benda tu. Kami berhenti dalam setengah jam di sini. Cakap dengan En. Husban rugi pulak rasanya kita gerak awal. Dia cakap tak mengapalah kita jalan je.

Okey dalam pukul 12.15 kami meneruskan perjalanan. Sampai Slim River kami ambil keputusan untuk ikut jalan lama. Masa ni nak keluar pun memang padat dengan kenderaan. Perjalanan ikut jalan lama agak lancar walaupun banyak kenderaan. Kami masuk highway kembali setelah sampai di Simpang Pulai. Perjalanan masa ni dah semakin lancar hinggalah ke kampung.

Kami selamat sampai dalam pukul 5.00 pagi. Masa ni masjid dah mula pasang mengaji. Rindunya dengan suasana kampung. Semoga suatu hari nanti kami berpeluang menikmati nikmat kampung.


Rabu : 09/05/2018


Hari ni hari mengundi. Waktu mengundi adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Feni ambil keputusan untuk pergi tengahari sebab masa tu mungkin tak ramai orang. Namun anggapan Feni silap sebab masa pergi tu saluran 4, ramai sangat anak muda.


Ummi dengan abah berpecah sebab kami mengundi di pusat mengundi yang berlainan. Ummi di Sekolah Kebangsaan Adika Raja manakala En. Husban di Sekolah Kebangsaan Tawai. Ummi bawak anak-anak sebab nak ambik Cikni di Gerik.


Dakwat biru ni mula-mula nampak macam cair je. Bila lama-lama menjadi semakin hitam. Jenuh nak tonyoh bagi hilang.

Petang tu kami hanya lepak-lepak saja lah di rumah opah setelah habis mengundi sambil makan mempelam nyicah. Memang merecik habis.

Kami bertolak dari kampung selepas waktu maghrib. Sampai di rumah pukul 10.00. Perjalanan balik agak lengang sebab ramai yang belum balik agaknya.

Khamis : 10/05/2018


Kami bangun lambat hari ni sebab malam berjaga nak tahu keputusan PRU. Hahaha tunggu punya tunggu sampailah pukul 3.30 pagi. Masa ni baru rasa mengantuk. 

Bangun pagi dapat tahu keputusan PRU14 dan kerajaan baru istiharkan cuti umum dua hari. Makanya kami pun bergembira menikmati hari cuti.

Aktiviti hari ni dok melepak saja di rumah sambil layan anak-anak.

Jumaat : 11/05/2018


Hari ni ummi rajin memasak, hihi sebab Abang Aus request nak makan gulai ayam. Ummi masakkan gulai ayam versi Kelantan. Menu ringkas kami empat beranak hari ni ialah gulai ayam, ayam goreng, sambal hitam ikan bilis dan kicap. Takdak sayur sebab tak beli. Habis nasi satu periuk untuk hari ini.

Petang barulah keluar pergi rumah opah mereka. Lepak-lepak sana dan malam baru balik.

Sabtu : 12/05/2018


Hari ini abahnya kerja jadi tinggalkan kami tiga beranak. Aktiviti macam biasa, masak, mengemas, basuh baju, lipat baju. Rutin paling best ialah boleh tidur. Haha tapi cuaca agak panas sehingga tidur pun terganggu. 

Abah balik rumah selepas maghrib. Tayar motor pancit jadi ummi kena bawak kereta pergi rumah opah. 

Ahad : 13/05/2018


Aktiviti bergotong royong di rumah opah. Kemas-kemas belakang rumah hingga bersih dan simen baru. Mujur ada anak lelaki ramai. Boleh minta tolong. Kena kerah dulu baru jalan kerjanya.

Malam keluar makan beramai-ramai sampai aku sakit perut dibuatnya.

Isnin : 14/05/2018


Terpaksa ambik cuti kecemasan sebab tak tahan sakit perut. Dah bangun awal pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Bila fikir-fikir buatnya sakit perut atas motor, dahlah jauh pulak satu ke satu petrol pump. Jadi makanya bertambahlah satu hari lagi cuti. Ruginya sebab kena tolak cuti. Nak berjimat cermat cuti ni. Kalau tak nanti kena unpaid leave macam tahun lepas.

Hari ini kembali bertugas sebagai pekerja yang paling berdedikasi. Huk huk huk.

Sekian cerita pengalaman mengundi PRU14 kali ni. Suka duka ini aku catatkan hanya untuk mengenangkan kembali memori di kemudian hari.


May 8, 2018

Kesan Berfikiran Positif Dalam Kehidupan


Siapa yang tak pernah ditimpa dugaan dalam hidup ni ? Semua orang pernah laluinya. Apa yang penting teruskan usaha. Jangan putus asa.

Banyak faedah berfikiran positif berbanding negatif. Kadang-kadang kita ni terlalu mengikut nafsu sehinggakan tak dapat nak bezakan yang baik dan yang buruk. Tambah-tambah pula hari-hari dok hadap benda yang sama. Sama juga pemikiran kita. Kalau asyik dok berkawan dengan orang yang negatif. Asyik cakap benda yang tak baik, kita pun secara tak langsung akan terikut-ikut.

Sebab tu dalam memilih kawan ni kita kena cari orang yang positif yang selalu tegur kita untuk kebaikan. Kalau kita pilih kawan yang jual minyak wangi, secara tak langsung kita pun akan jadi wangi. Jadi kena bijak memilih kawan.

Berkawanlah dengan ikhlas kerana Allah Taala. Setiap yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Janganlah kita sempitkan fikiran kita dengan berfikiran nagatif sehinngga merosakkan diri sendiri. Tambah lagi bila kita dah ada tanggungjawab ni. Hidup pun bukan untuk diri sendiri.

Jadilah insan yang lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa.

Bersyukur sekiranya kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang positif. Kadang-kadang teguran itu pahit untuk diterima. Ambillah masa untuk pulihkan keadaan. Kebenaran itu pahit untuk diterima namun masa boleh mengubahnya. Suatu hari nanti ia adalah kenangan yang indah untuk dikenang.

Sahabat ni kadang-kadang menegur untuk menjadikan kita lebih baik. Jadi berlapang dada. Yang menegur pula janganlah sampai menghina. Kita tak tahu apa perasaan dalaman orang. Nampak okey diluar tapi di dalamnya tak okey. Jadi berhati-hati dalam segala tindakan.

Update pakai handphone hari ni sebab bercuti. Sambil menunggu solat asar. Esok mengundi. Selamat mengundi semua. Jangan lupa bekalkan vitamin yang sesuai untuk perjalanan pulang.

May 7, 2018

ESOK BALIK KAMPUNG LAGI


Esok kami akan bertolak pulang ke kampung pada sebelah malam kerana suamiku masih bekerja di siang hari. Jadi selepas dia pulang kerja malam esok baru kami bertolak pulang.

Bos kami bagi cuti sempena PRU ni, bolehlah ummi bersiap-siap awal utnuk pulang ke kampung. Teringat minggu sudah masal balik kampung. Dah nak dekat pukul 12 malam baru gerak. Punyalah stress suami mak jemah sebab jalan jem dan kena siapkan kerja. Maklumlah nak cuti lama kan jadi kenalah siapkan kerja dulu.

Baju-baju pun pakai ambik dan sumbat-sumbat je dalam beg. Masa tu Abang Aus je yang tinggal. Adik dah selamat ikut angah dia balik dulu. Abang Aus pulak masa tulah dia nak suruh ummi bacakan buku cerita. Adeii ummi ni nak cakap pun dah tak larat.

Sebenarnya dia nak perhatian tu yang dia buat macam-macam. Adik pulak tak de. Selalunya dia main je dengan adik dia. Ni adik gerak balik dulu. Siap-siap baju untuk 4 hari pakai sumbat-sumbat je sebab takut lambat. Esok dah kenduri. Kotak goodies ada dengan kami sebab kereta kami besar. Jadi kami lah yang bawa balik. Kena sampai awal jugak sebab majlis akan bermula pukul 10 pagi. Majlis marhaban.

Malam tu jalan agak jam sebab mungkin ramai orang balik kampung nak sambut puasa. Angah sampai kampung dah pukul 3.30 pagi. Kami pun sampai lambat dalam pukul 5.30 pagi. Mata sangatlah mengantuk. Tak teman pun abah bawak kereta sebab penat sangat. Selalu tahan jugak mata, kali ni memang tak boleh.

Harap perjalanan balik kampung esok dipermudahkan. Janganlah jam sangat-sangat. Kami nak balik mengundi ni. Ummi rasa kena spare makanan siap-siap takut lapar. Anak-anak mungkin akan tidur je sebab balik malam kan. Best jalan malam sebab sejuk. Kalau siang panas dan mengantuk. Malam pun mengantuk juga tapi agak sejuk dan tenang. Tengok perjalanan kalau ramai yang balik malam esok maknanya jam lah.

Okey nanti kita sambung story lagi.

May 4, 2018

KESAN KEKURANGAN PROTEIN DALAM TUBUH BADAN



Mari kita sama-sama periksa adakah cukup protein dalam tubuh kita. Adakah kita mengalami masalah di bawah :-

✿ Kulit, rambut, kuku yang kering dan rapuh
✿ Imuniti yang lemah
✿ Penuaan kulit
✿ Penambahan berat badan
✿ Cepat letih
✿ Tulang yang lemah

Di atas adalah beberapa faktor yang menunjukkan badan kita kekurangan protein dalam tubuh.

SIAPA YANG PERLUKAN PROTEIN ?


1. MEREKA YANG KERAP BERSENAM

Protein yang mencukupi dapat membina semula dan memperbaiki otot kita.

2. GOLONGAN PERTENGAHAN USIA

Apabila kita memasuki usia pertengah, kadar pembentukan otot menjadi semakin rendah dan akan kehilangan otot yang sedia ada.

3. BAKAL IBU (WANITA HAMIL)

Ia adalah nutrien utama yang diperlukan untuk pembentukan sel badan untuk ibu dan bayi.

4. IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Mengambil jumlah protein yang mencukupi membantu mengekalkan kesihatan badan dan pengeluaran susu ibu.

5. PENGGEMAR MANISAN

Diet yang tinggi dengan protein menunjukkan bahawa ia dapat membantu untuk menstabilkan tahap gula dalam darah.

6. MEREKA YANG MENJAGA BERAT BADAN

Mengambil protein membantu merasa kenyang yang lebih lama dan mengawal jumlah makanan yang di ambil.


KENAPA ESP SANGAT BAGUS UNTUK DIAMALKAN




Jadi cukupkan keperluan protein harian dengan mengamalkan ESP setiap hari. Hubungi Feni untuk dapatkan ESP anda hari ini.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 3, 2018

6 TIPS UNTUK MEMILIH SERBUK PROTEIN YANG TERBAIK

Minum ESP sebagai minuman yang sihat kerana lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

KEBAIKAN ESP :-


✿ Membekalkan 9 asid amino perlu.
✿ Membekalkan 14g protein soya setiap sajian.
✿ Mengandungi 5 jenis vitamin B.
✿ Kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi yang kut.
✿ Tanpa kolesterol.
✿ Protein soya dengan indeks glisemik yang rendah untuk tenaga yang berkekalan.

Amalkan ESP untuk sarapan pagi.

Rasa lemah dan tidak bertenga untuk memulakan hari. Tingkatkan tenaga dengan ESP. Memberikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari.

Minum Petang yang sihat

Elakkan amalkan snek yang berminyak, manis dan banyak garam. Pilih ESP sebagai minuman yang berprotein tinggi yang lebih sihat.

Makan Malam

Selalunya makan malam yang di ambil awal menyebabkan perut cepat lapar. Jadi boleh amalkan ESp untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Sebelum dan selepas senaman

Ambil ESP sebelum dan selepas melakukan senaman. 
Tips : Untuk hasil yang lebih baik, ambil ESP 20 minit sebelum latihan atau 2 jam sebelum latihan berakhir untuk mempercepatkan proses pemulihan otot.


6 TIPS UNTUK MEMILIH SERBUK PROTEIN YANG TERBAIK

1. DAPATKAN SOYA

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.
✿ Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
✿Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom monopos seperti kepanasan badan.
✿ 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.


2. TIADA GULA PASIR TAMBAHAN

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan.
✿ Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
✿ Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu :
✿ Mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat.
✿ Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
✿ Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

4. LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk :
✿ Fungsi badan yang optimum.
✿ Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
✿ Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

5. BUKAN GMO

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber GMO memastikan :-
✿ Nutrien kekal dalam sumber makanan.
✿ Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.

6. RENDAH LEMAK

Akhirnya, ESP adalah serbuk protein yang sihat dan rendah lemak.
✿ Membantu mengekalkan jisim otot.
✿ Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
✿ Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

Untuk dapat ESP dan produk Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

PROMOSI SHAKLEE MEI 2018

Lama dah tak update Promo Shaklee. Kali ni memang best giler promo kaw-kaw sebab sempena bulan puasa ni kan. Tak boleh lemau-lemau sebab puasa. Kena kuatkan diri untuk beramal ibadah di bulan yang mulia. Jadi sempena bulan ramadhan yang akan tiba ni jom kita prepare siap-siap vitamin dan suplemen yang boleh membantu dalam memberikan tenaga.


Jom kita kekalkan kecergasan sepanjang bulan ramadhan ni dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan kombo twin pack produk shaklee di bawah dengan diskaun sebanyak 10%. Pembelian twin pack ini juga layak mendapat Go Green back yang cantik itu PERCUMA.




Jom hadiahkan suplemen untuk yang tersayang.


Jom buat pesanan dengan menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...