Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

April 20, 2026

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]


Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampang Mall. 


Kami sampai dalam pukul 3.00 petang. Masa sampai tu hujan lebat jadi kami naik parking kat tingkat atas. Masuk masih ramai yang baru sampai. Dr. Asyraf Wajdi tengah berucap. Kami dengar dia cakap teruja sebab ramai yang hadir. Tak sangka ramai yang datang majlis ni.


Daripada 400 ditambah ke 700 jemputan. Meja pun bertambah. Boleh tengok video yang Dr share di IG beliau



 

Dalam ramai-ramai yang hadir tu terselit kawan lama masa sekolah dulu. Hihi ingatkan takde sape yang kenal. Seronok juga dapat jumpa kawan yang dah bertahun tak jumpa. Bagus majlis macam ni. Rezeki boleh jumpa kawan lama.






Galaxy Ampang ni tempat yang kami selalu pergi untuk buat medicure & pedicure. Kalau nak massage pun okey. Banyak kedai-kedai kat situ. Kalau musim raya memang penuh orang sebab nak manjakan diri nak berhias untuk raya. 

Kak Feni pun baru beberapa kali pergi nak buat kuku dengan massage kaki. Harga kat sini lebih murah banding dengan tempat lain. Sesekali nak manjakan diri. Kerja penat-penat, sekali sekala manjakan diri apa salahnya.


Sempat bergambar dengan Dr. Asyraf sebagai tanda kenangan. Alhamdulillah semoga tahun depan dapat hadir lagi. Katanya nak buat lebih baik baik dan jemputan lebih ramai. InshaAllah kita sama-sama doakan. Semoga yang baik-baik mendatang untuk kita semua.

Warga Gerik mendonia. InshaAllah. Walaupun tak menang pilihanraya tapi tanggungjawab kepada rakyat Gerik tetap dilaksana. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya. 

January 22, 2020

Makan-Makan Di PakDin Ikan Bakar Tangling

Hari ni dapat makan di Pakdin Ikan Bakar di Tang Ling lagi. Hehe bos belanja sempena hari terakhir Mr Jeffry. Lepas ni dah tak tahu bila boleh lepak sekali.

Lepas satu satu pergi dan kita kena terima segalanya.


Kak Feni, Kak Diana, Mr James dan Mr Jeffry berempat naik kereta Mr James. Abang Din pergi dengan motor sebab lepas makan dia ada urusan lain.

Mr James dengan Abang Din tak pernah datang sini. Kami dah banyak kali datang makan sini. Kak Diana yang rekemen. First time datang dengan Nadia sebab dia yang ada kereta. Masa tu Nadia masih kerja di Auction Plaza Permata.

Hari ni kami pergi berlima.






Gambar sebelum makan lupa nak ambil sebab semua dah lapar sangat. Jadi kita take photo lepas makan sebab semua baru boleh senyum. Hahaha

Kami ambil macam biasa je. Ikan dan sotong bakar. Sayur kami ambil sayur kobis tumis air dengan rebung masak lemak cili api. Berpeluh-peluh makan tapi sedap. Mr James dari tak makan pedas dapat makan pedas sampai meleleh peluh. Hahaha dia mana pernah lepak makan bawah pokok. Nahhh amik dia rasa.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Mr James yang belanja. Esok Mr Jeffry dah tak masuk. Tak tahu bila lagi boleh jumpa. Ada rezeki panjang umur, harap dapat jumpa lagi.

July 19, 2019

Makan-Makan Di Restoran Lorong Seratus Tahun - Sunway Putra Mall


Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk makan tengahari di Sunway Putra Mall. Walaupun tempat ni tak jauh mana dengan opis tapi bukan selalu dapat datang. Haha kalau dulu ada Mek Nadia yang boleh layan apa yang Kak Feni nak makan. Setelah beliau pergi meninggalkan daku, makanya tiadalah lagi geng yang nak layan tekak ni. Huhu

Nadia ! Bila ko nak datang sini ? Aku rinduu. 

Okey berbalik kembali kepada makan-makan kali ni. Sunway Putra Mall memang meriah dengan tempat makan yang sedap-sedap. Pilih jer nak makan apa, boleh dikatakan semua ada.

Nak makan makanan Melayu, Western, Arab, semuanya ada. Kak Feni pergi dengan Elly dan juga Dee hari ni. Mula-mula buat pilihan makanan nak makan nasi atau makan lain. Kak Feni awal-awal dah potong cakap taknak makan nasi sebab pagi tadi dah membelasah nasi ayam penyet.

Jadi kami pun pilih nak makan laksa di Restoran Lorong Seratus Tahun. Kak Feni pilih asam laksa sebab Kak Feni memang hantu laksa. Tak pernah cuba lagi laksa di sini. 

Harganya berbaloi untuk Kak Feni yang sekali sekali pergi makan mewah macam ni. Hahaha. Kami pergi masa rehat, jadinya agak terkejar-kejar masa. Nak makan pun agak kurang menikmati sebab nak cepat masuk opis. Lain kali kena pergi lepas balik kerja baru boleh lepak santai lama sikit.

Untuk asam laksa yang Kak Feni makan, memang best dan sedap. Kuahnya yang pekat dan tak manis sangat. Bagi Kak Feni rasanya cukup dengan masam, manis, masin, dan pedas. Kena dengan tekak Kak Feni dan pastinya akan diRepeat lagi untuk makan asam laksa. Tak sempat nak snap photo sebab kalut kejar masa.

Jumlah harga yang kami makan untuk 3 orang ialah RM53.85. Haha okeylah kan. Sekali sekali. Berpatutan untuk kami yang golongan marheam ni.



Nak tambah sikit. Oleh kerana kami menunggu makan agak lama. Kak feni dengan Mek Ili turun balik ke tingkat 1 untuk bungkus oden di Family Mart. Ini untuk mereka yang berada di opis. Yang taknak keluar.

Berapa jumlahnya seperti dalam resit di bawah. Makan memang tak kan pernah puas. Haha


Sekali sekala terlepas ke Sunway Putra. Bukan selalu boleh terlepas ke sana. Kalau tak nasi campur, roti canai, bihun sup. Lepas tu ulang balik. Macam tu la kalau dah kerja dekat Plaza Permata ni. Sekarang ni pulak dah tinggal 2 3 kedai je yang beroperasi. Jadi tak banyak pilihan. Bila dah terlepas macam ni. Memang heaven sangat 😅😇.

April 8, 2019

Makan-Makan Di Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL - Thai Restaurant

Dua minggu berturut-turut dapat makan free. Minggu sebelum ni kami makan di Restoran Ikan Bakar Sri Nikat Sungai Lui, Hulu Langat untuk memenuhi permintaan pengantin baru. Yang ni kami tak sempat nak bergambar bagai sebabnya sibuk dok berborak bergosip mak jemah.

Next restoran kami pergi makan ialah Restaurant D'lala Seafood Kampung Baru KL. Makan kat sini agak selesa sikit sebab tempah awal. Kalau walk in memang berjanggut lah menunggu sebab memang pilihan orang ramai.


D'lala Seafood ni dekat dengan tempat kerja abah, jadinya dia lah yang kena pergi awal untuk buat pesanan. Seronok sebab kami sampai, tak perlu tunggu lama. Maklumlah perut dah masing-masing lapar. Sampai terus nak ngap je. Hihi

Antara menu yang kami order ialah siakap stim limau, siakap 3 rasa, tomyam, kerang bakar, kerabu mangga dan untuk anak-anak telur dadar dan sup kosong. Kalau makan kedai Thai memang ni lah yang pasti kami order. Cukup untuk 11 orang makan. 






Semua makanan ini sedap-sedap belaka.  Kami tak ambil banyak sebab perut semuanya kecil-kecil. Kalau order banyak-banyak pun mesti tak habis. Nasi satu bekas tak habis. Lauk pauk alhamdulillah semuanya licin.

Untuk dessert pulak, kami order pulut mangga dan juga bubur ubi kayu. Pulut mangga yang lemak dan manis memang sedap dengan tekak ni.



Untuk #review makanan di sini. So far so good. Sedap makanannya. Service dia untuk masakan panas kena order awal sebab kalau walk-in memang lambat. Kami kena tunggu agak lama untuk dapatkan sup kosong sampai Abang Aus mengamuk. Berkali-kali kami minta tapi tak sampai-sampai. Mungkin kami sampai peak hour dan terlalu ramai customer, jadi kami pun okay saja. Untuk dessert dan stall itu agak pantas. Order jer terus sampai. Apapun Kak Feni bagi 3 bintang. 

Sebenarnya, Mak yang belanja kami semua ni. Alhamdulillah murah rezeki mak dan kami semua. Berkumpul ramai-ramai anak beranak untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama. Disamping mengeratkan hubungan silaturahim. Tak cukup corum juga sebab ayah dengan adik bongsu tak ada sebab urusan lain. Jadi makan-makan dengan yang mana ada jela.



Kami bergambar kenangan di depan kedai untuk memori akan datang walaupun ini adalah kali yang ke-3 Kak Feni makan di sini.


Lepas makan, perut dah kenyang kami semua beramai-ramai ke Dataran Merdeka untuk menikmati pandangan malam di ibu kota. Anak-anak suka sangat macam burung terlepas dari sarang bila dapat keluar. Kadang-kadang aktiviti macam ni pun dah boleh menghilangkan stress bukan sekadar untuk anak-anak, malah kita orang dewasa juga.



December 20, 2018

Makan-Makan Di Little Rara Di Jalan Kia Peng. Kuala Lumpur

Semalam kami satu family ke Jalan Kia Peng untuk makan mee ala-ala Thai di Little Rara. Sebenarnya dah lama dah Kak Feni dengan Kak La plan nak ke sini sebab Kak La asyik cakap sedap-sedap. Nak pergi sendiri asyik tertangguh je.

Kebetulan Pakjang ada kerja di KL ni, dia ajak la kami semua makan. Kak La suggest di sini sebab Pakjang suka makan sup. Hari kerja jadi kami keluar agak lambat. Pukul 10 malam baru keluar dari rumah. Lepas tu jalan punya la jem semalam sebab terowong Jalan Tun Razak di tutup. 

Sampai di Little Rara dah dekat pukul 11.00 malam. Haha sebenarnya kami tak tahu pun nak makan apa. Makan jela untuk rasa sebab sebelum keluar tu, kami dah makan nasi dah. 

Bila dah ramai ni, biasalah nak tunggu makanan pun memerlukan masa. 



Sebelum balik bergambar kenangan dulu. Adakah ini makan-makan terakhir untuk 2018 ? Hihi rasanya sebab masih ada masa lagi kan.




Entah bila adik dengan abah pergi enterframe di kereta kodok ni ntah sebab masa makan, ummi duduk dengan abang. Adik dengan abah. Abang makan nasi habis separuh pinggan. Adik, abah cakap makan la 2 3 suap. Adoiii.

Perut kenyang, kami pun bertolak balik. Masing-masing naik kereta masing-masing. Adik nak ikut angah. Depa pergi ronda Dataran dulu. Kami terus balik. Sampai rumah pun dah pukul 1.00 pagi.

December 12, 2018

Jalan-jalan Makan Oden Di Sunway Putra Mall

Semalam Selangor cuti sempena hari Keputeraan Sultan Selangor. Jadi Nadia dapat luangkan masa untuk datang opis Kak Feni. Hampir setahun tak jumpa seba opis dia kena pindah ke Selangor. Last jumpa dia masa awal tahun hari tu. Tu pun lepas di opis je.

Kami rehat di Sunway Putra Mall. Luangkan masa lunch di Boat Noodle. Kami beli oden siap-siap di Family Mart. Kat sini tak ada tempat lepak macam Family Mart di One Stop Residence. Kak Feni ingat ada tempat lepak, rupanya tak ada. Jadinya kami pun ke foodcourt di atas untuk mencari tempat yang sesuai. Nadia ajak lepak di Boat Noodle. Kak Feni okey saja.


Dapat makan oden tersenteng habis lengan baju. Kita tutup dengan emoji lah. Hahaha. Tak tengok kiri kanan sebab sedap sangat. Dah lama dah teringin nak makan oden tapi tak berkesempatan. Bila Nadia datang, boleh la ngatur macam-macam. Kata BFF khennn. Kihkih.

Sebenarnya dia nak pi travel lama lepas ni. Sebelum terbang datang jumpa Kak Feni dulu. Seronok benor bila dapat tengok kawan boleh pi overseas. Kita tak tahulah bila boleh pi. InshaAllah tahun depan kita buat buku merah untuk semua. Dapat pergi Indonesia dengan Thailand pun dah ok.

Oden ni tak boleh makan selalu. Sekali sekala nak makan boleh la. Nak-nak pula time hujan. Lepas lepas Sunway Putra Mall, Nadia hantar Kak Feni balik opis dan dia terus gerak balik rumah. Nak packing beg. Huhu entah bila boleh jumpa lagi kan.

Semoga baik-baik jela pergi tempat orang tu.


 

Kami berwefie untuk kenangan akan datang. Nak tahun 2019 dah kan. Harapnya tahun depan lebih indah dan lebih bahagia.

October 8, 2018

POKLI MEE CELOP & COCONUT SHAKES

https://lobakmerah.com/7-mee-celup-terbaik-di-sekitar-lembah-klang/


Semalam kami berkesempatan untuk menjamu selera dengan makan bihun celup dan mee celup di kedai Pokli Mee Celup. Lama dah abah cakap nak bawa kami anak beranak ke sini.

Alhamdulillah memang berbaloi kami jalan jauh dari Hulu Langat. Ummi pilih bihun celup special (ada teluk gedik) dan teh vanilla. Abah pula minta megi celup special (ada telur gedik) dan coconut shakes. Anak-anak taknak order makan sebab masih kenyang makan nasi goreng yang ummi masak pagi tu. Mereka hanya minta air merah (air sirap).

Bila dah sampai makanan yang kami pesan. Ummi memang tak sabar nak rasa. Maklumlah memang sangat-sangat sukakan makanan yang bersup-sup ni. Bila dah rasa memang sedap sangat. Ditambah dengan bahan-bahan yang ada di atas meja seperti cili jeruk, serbuk cili dan juga cili kisar.

Oleh kerana ummi share je dengan adik rayyan. Ummi hanya letak cili jeruk je. Adik mula-mula taknak makan bila dah rasa sekali memang nak lagi. Abang aus pun sama. Kongsi megi celup dengan abahnya. Air pun sedap dan harganya murah.



Jumlah semua sekali apa yang kami makan semalam ialah RM16.00 sahaja. Lain kali boleh datang lagi. Owner pun baik dan peramah. 

Masa kami sampai tu, kedai baru nak beroperasi sebab nasi pun belum masak lagi. Yang siap hanya bahagian mee. Masa kami nak balik dah penuh dengan orang yang datang untuk menikmati makanan di sini.

Lepas makan, kami mula bergerak tanpa arah tujuan. Mulanya plan nak pergi UTC sebab nak renew SSM dan juga lesen memandu dan GDL abah, tak jadi sebab dokumen tak lengkap. Kami pun menuju ke MyTown untuk jalan-jalan sambil cuci mata.



July 26, 2018

ALHAMDULILLAH REZEKI HARI INI - RAKUZEN @ SUNWAY PUTRA MALL

Benda yang paling best di dunia ialah bila Kak Feni dijemput makan-makan dan makanannya sedap-sedap semunya. Bagaimana lagi hendakku dustakan nikmatmu wahai tuhanku. Syukur alhamdulillah.

Ke manakah Kak Feni kali ini ?

Hari ni Kak Feni dijemput makan di RakuZen di Sunway Putra Mall.


Dari pejabat ke Sunway Putra Mall tak lama. Dalam 5 ke 10 minit je sampai. Alhamdulillah hari ni kami pergi dengan kereta. Kadang-kadang kami suka datang ke Sunway Putra Mall ni dengan LRT je sebab malas nak parking. Satu stesen je kalau dari Titiwangsa.


Sebenarnya ini adalah kali pertama Kak Feni makan di RakuZen. Sebelum ni pernah juga makan makanan Jepun tapi bukan di RakuZen. Makanan dia boleh tahan dan sedap. Kena dengan tekak Kak Feni. Yang penting ada nasi. Keh keh keh (macam mana nak kurus ni ?)

Bila menu sampai (tak sempat nak snap photo). Kak Feni pilih set BENTO sebab senang. Satu set dah ada macam-macam. Ada nasi serta sup. Memang best. Bento yang Kak Feni pilih ialah "Kaki no Spicy Moso Nabe Zen" atau Oyster Hot Pot with Miso Soup - Base Set. 



Yang lain-lain order macam-macam lah. Tak sempat nak snap photo sebab semua dah kelaparan. Kat sini ada bento dan ada juga ala-cart. So kita boleh je choose. Macam Kak Feni yang malas nak ambik ala-cart ni senang ambil bento. Yang ni pun belum tentu habis sebabnya portion dia sangat besar. Kalau makan dengan family memang share 4 beranak. 

Kami juga order salad. Salad dia memang best sebab rasa sos dia lain dari yang lain. Lagi ada mee sejuk, sushi dan banyaklaaa. Yang ni kami share pakat rasa sikit seorang. Sushi seriously Kak Feni tak pernah makan. Haha sekali makan macam best pulak. Dulu dok pikir sushi tu macam hanyir (memang jahat sungguhlah otak ni memikir yang bukan-bukan).

Masa kami pergi ni memang ramai customer. Maklumlah musim gaji kan. Sekali sekala nak rasa bolehlah. Kalau macam gaji macam Kak Feni memang sekali sebulan bolehlah nak merasa kan. Hukhukhuk sadis.

Nak sambung sikit pasal makan-makan di Sunway Putra Mall ni. Kat sini memang banyak tempat makan yang best-best. Hari tu Kak Feni ada tulis entry pasal DUBOYO juga. Dubuyo ialah makanan Korea. Haiii bila lah boleh pergi Korea ke Jepun ni ? Asyik makan makanan dema je ni.

Ada rezeki Kak Feni share pasal makan-makan tempat lain pulak okey.

May 22, 2018

KARI KEPALA IKAN JALAN LUMUT

Bulan puasa ni memang seronok sangat kalau bercerita pasal makan kan. Sebab apa sebab teruja tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Macam kanak-kanak ribena pulak kan.

Ceritanya begini, semalam sahabat sebelah tempat duduk Feni ni dapat wasap dari sahabatnya untuk meminta tolong. Minta tolong belikan kari kepala ikan di Jalan Lumut. Tempatnya berdekatan dengan pejabat kami. Beliau bekerja di KLCC jadi agak jauh nak sampai ke kawasan kami.

Permintaan itu disampaikan oleh Kak Diana kawan Feni. Semalam lagi dah cakap nak pergi beli. Jadi hari ini waktu rehat kami berdua keluar ke Restoran Ahamed di Jalan Lumut. Tak pernah lagi kami sampai ke kawasan ni, hari ni kami sampai. 

Kawasan sini agak sunyi mungkin bulan puasa kot. Perjalanan kami dalam 10 minit je dari pejabat. Kami jalan kaki je. Sambil jalan sambil berborak tak terasa macam jauh. Pusing-pusing sekitar baru nampak kedai Ahamed ni. 

Bagi Feni agak bahaya kalau jalan seorang diri di kawasan ni sebab nampak macam sunyi. Kalau beramai-ramai mungkin okey. Apapun kena hati-hati.

Masuk ke dalam kedai, kami nampak keadaan restoran agak lengang tak ramai orang. Mungkin menghormati bulan puasa kan. Jadi kami pun membuat pesanan. Tanya tentang harga kari kepala ikan. Dia cakap RM60 ada, yang besar sikit RM70. Jadi kami pilih untuk order yang besar iaitu RM70.

Di sini, bila kita order baru dia masakkan. Bukan macam sesetengah kedai mamak yang dah masak siap-siap tunggu cedok je. Jadi kami terpaksalah menunggu tukang masak memasak. Kami menunggu dalam setengah jam untuk dia siap masak. 


Taraaaa inilah rupa kari kepala ikan yang berharga RM70 ni. Haha sekali sekala boleh lah kan. Ummi tak gaji lagi nakkk. Kalau tak ummi pun order sekali untuk anak-anak. Bau dia menumis nak masak kari ni memang menggoda betul. Perut pun berdondang sayang. Nasib baik bulan puasa kan. Iman kena kuat. Hihi

Dalam banyak-banyak kari kepala ikan di Kuala Lumpur ni. Di sini yang dia nak mungkin ada keistimewaannya. InshaAllah ada rezeki, kami pula yang cuba sendiri. Hari ni kami beli untuk orang lain dulu.




December 8, 2017

MAKAN SEDAP DI LOKMY

Semalam my bos, Datin Khoo bawak kami makan di LOKMY yang lokasinya di Jalan Mega Kecil, Taman United, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Korang boleh je google tempat tu. My bos selalu pergi tapi disebabkan dari pejabat dia macam confuse sikit jalannya. Jadi guna pakcik WAZE. Nasib baik ada pakcik WAZE yang memudahkan perjalanan kami.

Kami sampai sana dalam pukul 12.30 sebab terlepas jalan di sana. Tau jelan jalan kat KL ni. Salah sikit mesti sesat, tapi tak sesat pun sebab ada bantuan pakcik WAZE ni.

Sampai, kami disambut mesra oleh Tauke kedai. Lupa tanya nama (eh!). 

Cuaca di luar memang sangat-sangat hot. Jadi terus masuk. Tau tak ? Kedai ni dibuat hanya menggunakan kontena. So korang bayangkan sendiri macam mana luasnya kedai tu. Ala nak senang korang boleh je google LOKMY. Dalam fb pun hadow okey.

Kami pergi berlima. Datin, Abang Din, Kak Nor, Kak Diana and me ! So, memang tak tahu nak hoder apa la kan. Ikut jela ape yang Datin suggest.




Untuk kali ni Datin pilih fish & seafood dan flavornya Broth Soup. 


Macam ni lah rupe nye bila sampai. Nampak sedap kan ? memang sedap pun. Bila bukak je api dan tunggu semua mendidih. Masa pergi perut dah memang berdondang sayang mintak di isi dengan segera. Rasa nak ngap masa tu jugak. Namun kena sabar sebab lauk semua tak masak lagi.

Bila dah mendidih, kami semua apa lagi terus capai sudip dan masukkan dalam mangkuk masing-masing. Rasanya wahhhh memang sedap. Sesuai untuk anak kecil yang tak makan pedas. Kami ni suka pedas jadi mintak cili potong. Tambah cili dengan kicap lagi marbelessss. 

Bila semua dah bercampur, nyum nyum makan sampai tak toleh kiri kanan. Hehehe maklumlah perut tengah lapar kan.

Next, order lagi ayam apa ntah nama dia. Tapi memang best. 



Rasa ayam ni best. Ada rasa halia dan kicap serta herba-herba macam halia, serai dan lagi apa ntah. Korang kena cuba sendiri baru tau rasa dia macam mana.

Next Bihun goreng. Lupa nak ambik gambor sebab semua sedang excited menjamu selera. 



Ini namanya BLACK AND WHITE FUNGUS. Rasanya kenyal-kenyal dan masam-masam manis. Feni memang suka benda ni. Datin cakap benda bagus untuk kesihatan. Nyum nyum nyum.



Ni dia minuman yang kami berempat order. Kami order jus yang pior. Memang best. 100% jus dari buah dan sayur. Yang Abang Din dia mintak sayur bayam sebab dia memang suka.



Air Abang Din - Spinach & Green Apple


Air Kak Diana - Watermelon & Flaxseed



Air Kak Noor - Manggo & Pineapple. Yang paling sedap !


Air Feni - Carrot & Ginger. namun dalam tu macam-macam hado. Lemongrass, red apple, lemon and Chia Seed. So yang rasa macam banyak angin macam Feni. Memang elok sangat try.


Ini air for our boss. So healthy. Warm water. Ahaksss nak jage body letewww!


Last sebelum kami berangkat meninggalkan LOKMY. Kami cuba pula dessert dia. Nama dessert ni Durian Double Skin Milk. Walaweh so yummy ! Walaupun susu tapi tak bau susu sangat. Rasa macam dadih gitew. Sejuk je tekak. Kena pulak dengan durian yang rasa lemak-lemak manis. Aummm peminat durian mesti nangisss tengok ni. Confirm satu mangkuk tak cukup. Kekekekeke.


Muka senang hati sebab kekenyangan. Alhamdulillah rezeki. Owner LOKMY yang sangat friendly. Okey next time kami datang lagi. Hihi.


Ni rupa kedai bila lalu ikut depan. Sempat ambik masa dalam kereta je. Cantik dan selesa tempat ni. Kat depan ada special parking untuk customer mereka. Kami parking kat belakang sebab senang dan banyak parking.


Okey tu saja review makanan dan restoran untuk kali ni. Next time ada tempat best boleh jemput Feni buat review ya ? Hihi okey sekian. Review tulus ikhlas dari Feni AKA Mak Jemah.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...