Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

December 7, 2021

Rak Baru Sempena Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum. 


Nak masuk tahun baru ni nak ambil mood nak naikkan semangat baru. Rak meja lama pun dah mereput setelah 6 tahun berkhidmt untuk Kak Feni. Beli di DIY je. Pegang pun dah mereput macam keropok. Haha


Jadinya Kak Feni order baru di Shopee.


Taraaaa...




Kak Feni order yang lain sebenarnya. Lagi panjang tapi seller wasap Kak Feni boleh tak tukar yang ni. Okey je la kan sebab yang Kak Feni nak tu dah habis stok. Jadinya nak cepat kita proceed je la. Sampai rupanya dia flexible boleh panjangkan dan pendek. Sesuai lah dengan meja Kak Feni yang kecil ni.


Nak buat macam mana. Harta benda banyak. Takde kita gi cari beli. Lepas tu mulalah tak muat tempat nak letak. Alhamdulillah rezeki Allah tak pernah putus.


Rak ni sampai di rumah sebab Kak feni buat alamat rumah. Bila sampai kena pasang sendiri. Dengan bantuan en suami maka siaplah rak ini. Alhamdulillah hari ni datang kerja dengan van jadinya bolehlah bawa ke opis.




Benda senang buat apa nak susah kan ? Nak jimat buat sendiri. Bila beli online ni pandai-pandailah pilih. Senang sebab dia sediakan siap-siap skru dan skru driver. Pasang je ikut aturan. Nanti rumah baru nak plan beli macam-macam lagi. Haha impian kena besar kan tu.


Nak beli rak cantik macam Kak Feni beli boleh Klik Sini. Tapi yang Kak Feni pilih dah habis jadi ushar jela kat situ ya. Tak lama pun tunggu.


Tahun depan inshaAllah nak sentiasa bersemangat dan taknak lemau-lemau dah. Ewah azam setiap hujung tahun dan nak masuk tahun baru. Selagi diberikan waktu untuk nikmat hidup ini.


Kadang-kadang kita ni plan macam-macam, namun Allah juga is the best planner. 


December 19, 2018

BUKA BUKU BARU HARI NI

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni Kak Feni buka buku baru sebab buku lama dah habis. Ewah ! Awal sangat Kak Feni buka buku baru kan.

Cerita pasal buku baru ni, memang takkan habis sampai bila-bila. Sebabnya setiap hari kita akan lalui banyak benda yang baru walaupun kita rasa asyik benda yang sama je yang kita buat. Contohnya, macam Kak Feni ni haaa. Bangun pagi. Mandi siap-siap solat subuh dan kemudian bersiap untuk datang kerja.

Lepas tu datang kerja dan seterusnya buat kerja pejabat macam biasa. Kadang-kadang kita rasa "ala boringnya asyik buat benda yang sama". Hakikatnya kita telah melalui hari yang berbeza. Masa takkan menunggu kita dan akan terus berjalan hingga la hari  terakhir dunia ini.


Ni haa cover buku nota yang Kak Feni buat guna apps CANVA. Cantik dan puas hati sendiri sudeh !

Bila dah tampal di buku jadi macam ni.


Nampaklah cantik sikit dari sebelum ni khen. Kalau sebelum ni Kak Feni tulis je pakai maker pen. Well! Walaupun tulisan Kak Feni ni agak not bad tapi rasa kalau buat guna komputer lagi so much better. So kita proceed dengan yang guna printer jela.

Bila print tak sama kaler dengan yang buat sebab printer yang baru ni kaler dia lebih gelap. Tak macam yang dulu. Kaler pun sharp je. Eh ! tiber cerita pasal printer pulak. Tak kisahlah janji kita boleh DIY khenn.

Yang lama sebelum di upgrade menjadi lebih cantik. 



Awal bulan lagi dah siap buku nota ni sebab buku lama dah tinggal beberapa helai je. Hari ni baru sempat buat cover sebab nak buka buku baru ni kena lah semangat sikit.

Kak Feni ada juga survey diary 2019 di kedai buku dan kedai DIY tapi tak berkenan di hati. Buat jela sendiri. Cantik ke tak cantik, okey je sebab sendiri buat dan sendiri puas hati. 



April 27, 2016

DIY ~ BUKU NOTA HARIAN

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat buku nota harian sendiri. Hanya gunakan bahan-bahan terbuang yang diguna semula (recycle).

Apa yang diperlukan ialah :

1) Kertas terpakai


2) Binding Ring


3) Mesin Binding




Langkah-langkahnya :

 1) Tebuk lubang pada kertas


2) Masukkan binding ring pada lubang yang ditebuk tadi cantik-cantik.


3) Gunting lebihan binding ring pada kertas dan kemaskan. Lebihan yang ada dan jangan buang sebab boleh digunakan untuk nota yang lebih kecil. 

Siap !!!


Sangat mudah dan menjimatkan. Saya selalu buat benda ni kalau ada kertas terpakai kat pejabat dan tak perlu beli buku yang mahal-mahal. Hanya Do It Myself. Hehe. Kadang-kadang buat buku ni cantik-cantik letak gambar kartun untuk anak-anak. 

Selamat Mencuba.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...