November 26, 2020

Depress, down, sedih, kecewa dan ...

Pernah tak korang rasa down gila sampai rasa macam hidup ini dah takde makna? Rasa down, stress, depress, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Semua orang ada fasa macam tu. Rasa kecewa sangat dengan sekeliling kita. Nak duduk sorang-sorang nak layan feeling.


Allah sumpah sedih gila rasa sampai rasa macam dah tak guna hidup lagi. Tapi sebagai seorang muslim yang ada iman. Kita masih ada Allah tempat mengadu. Kalau rasa nak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika itu dapat mengurangkan rasa beban dalam dada dan kepala.


Sakit itu hanya kita yang rasa. Allah sentiasa menguji kita ikut kemampuan hambaNya. Selalu pujuk hati yang ujian ini hanyalah sementara. Sampai masa ianya akan berlalu pergi.


Sebenarnya orang yang paling banyak melukakan hati kita adalah orang yang paling rapat dengan kita. Betul tak? Memang betul pun. Bila dah semakin meningkat umur ni. Pemikiran pun makin matang dan rasional. Boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Dulu remaja, tahu enjoy jer tak fikirkan pasal masalah susah-susah sampai sakit jiwa ni. Buat hal sendiri jer. Kalau jadi apa-apa pun aku sorang je yang tanggung. Bila dah meningkat umur, dah kahwin bersuami lepas tu dah beranak ni. Banyak benda yang kita belajar.


Belajar jadi isteri, ibu, jadi anak dan menantu, jadi adik beradik yang bertanggungjawab. Jaga hati semua orang. Allah sesungguhnya hidup ini perjuangan. Bila nak marah kena belajar bersabar. Jadi isteri dan ibu ni lagi parah rasanya sebab nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kita semua tak sempurna.


Belajar jadi muslim yang baik. Belajar bersabar dan tenang dalam setiap ujian. Nak jadi orang yang baik-baik ni memang susah. Nak istiqamah ke jalan Allah ni memang tak mudah tapi kalau kita cari Allah dulu, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Segala ujian yang datang ni semuanya dari Allah. Nak tengok kita ni sabar ke tak. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi ikutlah segala ajaran Allah.


Kalau rasa kecewa, carilah Allah. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. 



Jadilah insan yang kuat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bantu diri sendiri dulu baru boleh bantu orang lain. Usaha untuk diri sendiri dulu dan kita pun boleh bantu orang lain.


Bukan selfish tapi untuk meningkatkan motivasi sendiri. Bukan senang nak lawan nafsu sendiri kan ? Jadi kuatlah untuk hidup lebih bahagia. Kita sihat, kita okey, kita stabil, dalam masa yang sama kita boleh membantu orang lain yang berada di sisi kita. 


Keluarga dan anak-anak adalah sumber kekuatan. Buat yang terbaik untuk mereka. InshaAllah yang baik-baik saja akan datang kepada kita.

November 25, 2020

Pengalaman Motor Rosak Masa Jalan Balik Rumah


 

Semalam kami balik agak awal sebab husband Kak Feni setel urusan dia awal. Jadi kami gerak dalam pukul 5.30 macam tu dari opis Kak Feni. Naik motor jadi taklah lama sangat masa perjalanan kami untuk sampai di rumah. Kalau dengan kereta memang akan ambil masa lama.


Dalam perjalanan tu dahla kami di lorong laju. Tiba-tiba rantai motor tercabut dari gigi dia tu. Stop terus motor. Nasib baik sempat ke tepi sebelah kanan. Lorong 4 masa tu. Jadi Kak Feni kena naik atas divider jalan sebab kereta laju. Husband Kak Feni try masukkan balik rantai tu kat gigi dia pakai kain lap. Nasib baik boleh masuk. Kami teruskan perjalanan.


Kak Feni tak putus-putus doa agar kami sempat sampai di bengkel. Nak tukar rantai ni. Allah kesianlah kat kami ni Allah. Sampailah kami ke bengkel dengan selamat. Allah !.


Sampai je di bawah flyover nak ke Leasure Mall, ada polis tengah jaga lalu lintas. Masa tu lah rantai tercabut lagi. Ngam depan abang polis. Sekali lagi ambil masa untuk masukkan rantai ke gigi dia. Masa tengah repair tu ada 2 lagi polis sampai. Depa lah yang tolong kami jaga jalan dan repair rantai tu. Lama juga nak boleh masukkan rantai ke gigi. 


Dah setel semua, polis tu eskot kami ke bengkel. Alhamdulillah mujur lah tak jauh mana dan kami selamat sampai bengkel motor walaupun dah senja. Mujur kedai tak tutup lagi. Terima kasih untuk polis-polis yang tolong kami semalam. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Amin.


Nak repair rantai pun macam lama juga sebab apa entah. Tak boleh pasang. Ada benda bengkok. Tapi semuanya selesai dekat pukul 8.00 malam. Lepas setel tukar rantai dan repair apa yang patut kami gerak balik. Anak-anak dah riuh rendah video call kenapa tak sampai-sampai lagi. Alhamdulillah selamat semuanya.


Kenapa aku perlu fikirkan 1001 alasan untuk tidak bersyukur pada hari ini kerana aku ada 1001 nikmat dan rahmat dari Allah ?


Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa bahagia dalam menikmati nikmat dan rahmat Allah. Alhamdulillah.

November 17, 2020

Semua Orang Struggle Nak Teruskan Hidup

Tahun ni tahun yang sangat mencabar untuk semua orang. Ujian demi ujian Allah uji supaya kita ni tetap sabar dan tabah menghadapi semua ujian ini.


Semalam Isnin. Kak Feni tak masuk office. Duduk rumah dengan anak-anak je. Dapat wasap dari seorang sahabat. "Feni aku dekat Ar-Rahnu ni, letak barang kemas aku yang last ni". Allah sebaknya rasa. Kak Feni tanya nak buat apa. Nak buat modal berniaga.


Allah ! Tengok betapa ramainya insan yang terkesan akibat krisis yang melanda dunia ni. Dia pun dah lama berhenti kerja. Anak ada 2 orang. Sepatutnya tahun ni ambil UPSR tapi dibatalkan. Tahun depan dah naik tingkatan. Jadi belanja persekolahan pun makin meningkat.


Kak Feni sebagai seorang hanya mampu memberikan telinga untuk mendengar luahan hati beliau. Memberikan sedikit kata-kata semangat dan hanya mampu mendoakan agar segala kesulitan ini dipermudahkan. Dia tanya Kak Feni KWSP akaun 1 boleh keluar ke ? Kak feni pun tak tahu lagi sebab belum study betul-betul pasal KWSP ni.


Tak tahu lagi macam mana. Tahun depan lagi tak tahu macam mana. Kak Feni yang kerja ni pun rasa macam tak cukup jugak. Nak membeli pun rasa takut sebab tak tahu apa yang akan jadi kedepan hari. Anak-anak pulak makin membesar. Tahun depan nak masuk sekolah mesti nak guna duit lagi.


Tunggu pengumuman macam mana. Kalau krisis ni masih berlarutan sekolah dibuka atau tak, tunggu pihak berkuasa umumkan macam mana. Hidup mesti diteruskan walaupun seribu dugaan mendatang. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian ini. Allah tempat mengadu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.








November 14, 2020

Masak-masak Hari Ni



Hari ni duduk rumah masak biasa je. Haha memang ni la masakannya. Berpeluh la jugak nak penyet sambal penyet tu. 

Bahan basah ada ayam je. Jadi goreng jela ayam. Buat ayam goreng kunyit. Goreng bawang dan cili pastu penyet buat sambal. Letak belacan sikit dan tambah garam dan gula. Setel makan tengahari. 

Bancuh pulak air teh o seteko. Celur terung 2 biji. Makan nasi panas-panas dengan ayam goreng cicah sambal penyet dengan terung. Uhhh nikmatnya hanya tuhan je tahu.

Abang Aus dah 3 hari bibir pecah. Jadi takleh nak makan sangat. Buat benda yang dia suka. Ummi buatkan lempeng cicah susu dengan gula untuk dia. Tu je dia boleh makan. Bibir depan yang pecah sebab jatuh basikal.

Dia suka makan. Bila mulut sakit mulalah mengamuk sebab tak boleh nak makan. 

November 13, 2020

Purse Beli Di Shopee Dah Sampai Semalam

Yeahhh dah sampai tapi yang sampai berbeza dengan yang Kak Feni post semalam. Haha adakah aku yang tersalah pilih atau habis stock. Aku malas nak fikir yang penting dan sampai. Cantik dan aku puas hati. Alhamdulillah.



Lebih kurang yang semalam juga tapi corak je lain sikit. Takpelah janji cantik. Dalamnya takde tempat nak letak kad-kad bank tapi boleh bubuh beg kecil. Jadinya Kak Feni letakkan banyak angpau untuk asingkan segala duit dalam beg.

1 angpau sedekah

2 angpau duit kereta

3 angpau duit belanja

4 angpau duit modal

5 angpau duit untung

6 angpau duit abah

7 dll

haa berapa banyak angpau dalam beg duit aku. Tu tak termasuk segala resit-resit aku membeli. Haha semuanya aku sumbat dalam satu beg.


Teringat tahun 2015 handbag kena ragut. Habis segala duit cash dan suku dinar dalam beg duit dalam tu. Memang menangis tak berlagu kan. Tapi nak buat macam mana kena redha jelah kalau bukan rezeki kita tetap takkan jadi hak kita.


Nah belanja bahagian dalam dia. Senang nak gi jalan-jalan bawa yang ni jela. Hehe nampak class kan tu ? Eh tiberr.



Hari ni dapat update yang barang kak feni order untuk customer pun dah sampai. Dia order 4 periuk dessini tu. Kak feni buat 2 kali order. 2x2 sebab hari tu ada buat order banyak-banyak. Seller hantar barang tak complete. Leceh betul. Bila kita suruh send semula dia tak hantar. Nak refund pun satu hal. Nak print la nak gi pejabat pos la. Memang susah. Nak-nak pulak kalau customer duduk kampung. Tak ke haru. Tu lah risiko jadi personal shopper ni.


Upah tak banyak pun tapi rugi kita pulak yang kena tanggung. Takpelah bukan nak merungut tapi sekadar meluahkan perasaan. Dah rezeki kak feni macam ni kan. Sabar jela. Ingat Allah menguji ikut kemampuan hambanNya.


Baru perasan yang tahun ni Kak Feni tak banyak update blog ni ya. Blog yang satu lagi tak aktif tapi view banyak pulak. Ni namanya rezeki. Alhamdulillah.



November 12, 2020

Penangan Shopee 11.11. Apa Yang Korang Dah Terjebak ?

Haha gelak dulu la kan? Ada yang terjebak ke masih menten cool ? Kalau cool baguslah sebab anda memang kuat.

Kak Feni ni berada dalam dilema. Bila mengenangkan keadaan rumah yang kena banjir dan habis segala barang kena buang. Makanya biar jela dulu hal rumah tu. Kemas mana yang patut jela.

Untuk mengubati hati yang sedikit duka ni Kak Feni pun usharlah shopee sambil buat personal shopper untuk customer. Seminggu banjir. Kadang-kadang wasap pun tak sempat nak reply sebab sibuk dok mengemas rumah sampai sakit badan.

2 hari Kak Feni kena ambil pain killer sebab sakit sangat sampai tak boleh nak tidur. Nak angkat tangan pun tak boleh. Lama dah tak buat kerja berat tiba-tiba kena banjir. Nahhh ambik ! Habis badan terkejut sebab terpaksa bekerja keras.

Okey berbalik kepada penangan Shopee 11.11. Korang dapat grab apa ?

Kak Feni dapat beli purse Carlo Rino dengan harga RM59.90. Hehe harag asal RM119.00 jadi dapat 50% off jadilah. Alhamdulillah.


 

Belum sampai lagi. Tadi tengok dekat status macam dah sampai. Hari ni Kak Feni kerja. Jadi balik nanti baru boleh tengok okey ke idok. Rasa macam beli hadiah untuk diri sendiri. Penat kerja kan. Takkan nak beli purse pun nak berkira kan.


Selama ni pun dah banyak sangat berjimat cermat sebab takut duit tak cukup sokmo. Ni ada rezeki sekali sekala hiburkan hati apa salahnya.


Share lah apa yang korang dah terjebak dengan penangan Shopee 11.11 tu ?

November 11, 2020

Banjir Hulu Langat 4 November 2020

Okey baru ada mood nak bercerita dan menceritakan kejadian. Seminggu yang lalu. 4 November 2020 sekali lagi rumah kena landa banjir.


Meh la nak share sikit kedukaan hati ini. Rumah Kak Feni dah macam rumah bersamamu dah. Hehe tapi takpela sesusah mana pun kita masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Takpe rezeki Allah yang aturkan.


Sampai situ jela hayat segala perabot dalam rumah Kak Feni. Habis Kak Feni buang sebab tak boleh guna. Bengkak habis. Maklum sajalah barang rumah sekarang ni kan banyak dihasilkan daripada serbuk kayu yang dimampatkan. Jadi bila kena air semuanya akan jadi kembang dan tak boleh guna.









Sejak duduk di sini, dah 3kali dah kena banjir. Masa kena yang pertama tu pun teruk juga. Habis air masuk rumah. Baru lepas tukar tikar getah baru. Sedihnya la hai. Kali kedua air naik tak banyak jadi selamat juga lah barang. Ni kali ke 3 rasa macam nak pindah terus.

Semoga rumah baru Kak Feni cepatlah setel. Nak pindah ni. Cuaca sekarang ni tak menentu. Jadi risau sungguh air naik. Allah permudahkanlah segala urusan ni. Amin.





Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...