Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

April 21, 2022

Bersyukur Adalah Nikmat Yang Tidak Ternilai Harganya

 Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi untuk nikmat hidup sampai hari ini. Terima kasih Ya Allah. 


Pejam celik pejam celik dah 19 hari dah berpuasa. Malam ni dah masuk malam yang ke 20. Dah masuk 10 malam terakhir. Allah kenapa lah mood nak menulis ni macam tenggelam timbul. Sedangkan banyak je masa terluang. Nilah bila hati taknak buat sungguh-sungguh kan.


Impian tu besar, nak beli laptop lah nak update hari-hari. Laptop lama dah kena banjir. Dok plan nak beli baru ni tapi masih hati-hati dalam berbelanja sebab takut urusan repair rumah terlebih pulak. Satu-satu benda nak buat ni. Allah dah atur cantik-cantik. 


Kita tinggal nak nikmati jer prosesnya. Nak beli itu nak beli ini, nafsu duniawi tu banyak. Hahaha banyak benda nak kejar. Bulan-bulan puasa ni datang juga insaf. Nak bayar hutang. Nak banyak-banyak bersedekah. InshaAllah. Sedekah yang paling afdal ialah kepada keluarga terdekat. InshaAllah berkat hidup.


Kita ni tak sempurna. Banyak khilaf. Kadang-kadang kita tak sedar yang perbuatan kita ni menyakitkan dan melukai hati orang lain. Nama pun manusia kan. Nak hidup tenang, kita kena sentiasa sedar diri yang kita ni hamba Allah. Allah hantar ujian tanda sayang. Orang kaya dengan ujian sebagai orang kaya. Orang susah dengan ujian sebagai orang susah. Masing-masing ada bahagian.


Allah tu Maha Adil. Kita kena bersangka baik dengan Allah. Kak Feni masa kena banjir. 90% barang dalam rumah rosak teruk tak boleh guna. Hati tu menangis hanya Allah saja yang tahu. Barang yang kita beli dengan hasil titik peluh kita musnah sekelip mata. Kereta yang dah nak habis bayar pun habis. Macam mana ?


Nak ubat duka, kita kena redha. Allah sedang merancang yang lebih baik untuk kita. Selalunya perancangan Allah adalah yang terbaik. Siapa kita nak melawan takdir kan ?




Sekarang ni dalam proses nak bina hidup balik. Nak besarkan anak-anak sampai berjaya dunia akhirat. itu je impian Kak Feni. Entahlah mungkin dah meningkat umur ni. Malas nak berlawan dengan orang dah. Nak nikmati jer hidup ini dengan penuh kesyukuran. Rezeki Allah itu luas. Dia nak bagi bila-bila masa boleh bagi.


Alhamdulillah syukur pada Allah.💓


March 15, 2022

Memberi Bukan Hanya Ketika Kita Ada

Jadilah insan yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun sekecil zarah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Selalulah mengingatkan diri yang apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah nak ambil, dia akan ambil.


Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Suka ke tak suka ke kita kena nikmati dan bersyukur. Kadang-kadang yang kita tak suka itu barangkali adalah yang terbaik untuk kita. Allahuakbar. 


Perjalanan pahit manis sepanjang hampir 36 tahun ni banyak mengajar erti susah senang. Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami.


Kadang-kadang diri ini rasa kosong dan rasa juga putus asa. Namun bila kenangkan yang aku hidup bukan untuk aku saja. Ada anak-anak yang perlu disuap. Ada family yang perlu dijaga. Hati tu kuat juga. Siapa kata kita ni sentiasa di atas ? Roda kehidupan sentiasa berputar.


Cuma ada masalah takkan kita nak share semua dengan semua orang. Di zaman serba moden dan semua di hujung jari ni. Kalau kita bijak menggunakan media sosial maka akan terhasilah kebaikan. Jika kita salah guna pun boleh mendatangkan keburukan. Begitulah ceritanya.


Jadi marilah kita bersama-sama menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Selalu ingatkan diri yang kita ni tak sempurna. Bersihkan hati, jangan cemburu dengan kejayaan orang lain, jangan sakit hati dengan kelebihan orang lain. Kita buat apa yang kita mampu. InshaAllah akan ada rezeki kita.

 

Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati, tetapkan iman untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Jalani hidup ini dengan bahagia dengan cara kita sendiri.

 

Kak Feni menulis sebenarnya adalah untuk menasihati diri sendiri agar jangan lupa asal usul. Jangan lupa apa yang telah dilalui dan sentiasa muhasabah diri yang apa yang kita miliki hari ini bukanlah selamanya milik kita.

 

Ajari hati untuk sentiasa bersabar dan tidak sombong dengan nikmat yang Allah beri.


Alhamdulillah.

January 28, 2022

3 Simple Rules In Life

Bulan ni tak start meniaga apa. Hanya jadi personal shoper yang pendapatannya ikut nasib haha. nasib baik ada kerja hakiki. Tapi tulah soal rezeki ni. Kita serahkan pada Allah saja. InshaAllah akan baik-baik saja.


Nak cerita pasal hilang arah hilang punca. Hari-hari hilang arah hilang punca. Tapi teruskan lah dengan apa yang ada. Rezeki serahkan pada Allah. Kita tak cari pun kadang-kadang dia datang sendiri. Dan rezeki ni bukan hanya pada duit.


Kalau kita muhasabah diri kita ni. Kita ni nak macam-macam sampai lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang ni. Kita nak tu kita nak ni. Kita pulun kejar apa yang kita nak. Sedangkan nikmat yang kita ada sekarang ni yang perlu kita syukuri. Allah pun dah janji, kalau kita bersyukur nescaya Dia akan tambahkan nikmatnya. InshaAllah.


Nak jadi orang yang tenang buat je apa yang Allah suruh. Ujian tanda Allah sayang. Allah tahu kita mampu. Kita hamba perlu bersyukur dan nikmati apa yang kita ada hari ini. 


3 Simple Rules In Life


1. If you don't go far after what you want, you'll never have it.

2. If you don't ask, the answer is always no.

3. If you don't step forward, you're always in the same place.


Nak berjaya kena usaha. Kena buat dan teruskan sampai masanya. Kalau kita putus asa hari ni. Sampai bila-bila pun kita takkan berjaya. Kadang-kadang benda kecil yang kita lakukan hari ni akan jadi lebih besar suatu hari nanti.


Selagi kita diberikan peluang dan waktu. Sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan semuanya.

 

Jangan lupa untuk jadi hamba yang bertakwa untuk ke syurga Allah.

June 26, 2021

Kelebihan Memberi Lebih Baik Dari Menerima

 Alhamdulillah hari ni walaupun banyak duit keluar sebab belanja barang rumah dan dapur. Rezeki Allah tak pernah putus. Duit keluar dan ada jer duit masuk. Terima kasih ya Allah.



Diberikan nikmat dapat bernafas dengan baik, masih hidup, sihat, ada keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh dan lain-lain. Alhamdulillah tidak terhitung nikmat yang Allah bagi. 

Setiap hamba itu akan diuji dengan kemampuannya. Kak Feni selalu ingatkan diri agar jangan berkira dengan adik beradik dan ahli keluarga. InshaAllah akan ada je rezeki yang Allah lorongkan untuk kita.



Nak bersedekah ni tak perlu tunggu kita kaya dengan duit berjuta-juta. Sedekah dari segi berkongsi makan, mengajar ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Banyak cara untuk kita bersedekah. Sesungguhnya sedekah itu menolak bala.



Terima kasih ya Allah sebab sedarkan Kak Feni tentang sedekah. Bila kita selalu bersedekah ni, hati lebih tenang dan senang. Kembali pada Allah. Sentiasa ingat apa yang kita ada hari ni bukan milik kita selamanya. Semuanya pinjaman semata-mata. Persiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan istiqamah ke jalan Allah.

Sesungguhnya masih banyak yang perlu Kak Feni belajar dan belajar selagi bernama manusia.

Kadang-kadang bersyukur juga sebab anak-anak ada PDPR. Secara tak langsung ummi pun sama-sama belajar. Maklumlah dah lama tak belajar kan. Hahah kadang-kadang datang juga stress ni bila kita sendiri pun tak boleh nak ajar anak-anak. Namun apa pun semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. InshaAllah.



November 26, 2020

Depress, down, sedih, kecewa dan ...

Pernah tak korang rasa down gila sampai rasa macam hidup ini dah takde makna? Rasa down, stress, depress, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Semua orang ada fasa macam tu. Rasa kecewa sangat dengan sekeliling kita. Nak duduk sorang-sorang nak layan feeling.


Allah sumpah sedih gila rasa sampai rasa macam dah tak guna hidup lagi. Tapi sebagai seorang muslim yang ada iman. Kita masih ada Allah tempat mengadu. Kalau rasa nak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika itu dapat mengurangkan rasa beban dalam dada dan kepala.


Sakit itu hanya kita yang rasa. Allah sentiasa menguji kita ikut kemampuan hambaNya. Selalu pujuk hati yang ujian ini hanyalah sementara. Sampai masa ianya akan berlalu pergi.


Sebenarnya orang yang paling banyak melukakan hati kita adalah orang yang paling rapat dengan kita. Betul tak? Memang betul pun. Bila dah semakin meningkat umur ni. Pemikiran pun makin matang dan rasional. Boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Dulu remaja, tahu enjoy jer tak fikirkan pasal masalah susah-susah sampai sakit jiwa ni. Buat hal sendiri jer. Kalau jadi apa-apa pun aku sorang je yang tanggung. Bila dah meningkat umur, dah kahwin bersuami lepas tu dah beranak ni. Banyak benda yang kita belajar.


Belajar jadi isteri, ibu, jadi anak dan menantu, jadi adik beradik yang bertanggungjawab. Jaga hati semua orang. Allah sesungguhnya hidup ini perjuangan. Bila nak marah kena belajar bersabar. Jadi isteri dan ibu ni lagi parah rasanya sebab nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kita semua tak sempurna.


Belajar jadi muslim yang baik. Belajar bersabar dan tenang dalam setiap ujian. Nak jadi orang yang baik-baik ni memang susah. Nak istiqamah ke jalan Allah ni memang tak mudah tapi kalau kita cari Allah dulu, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Segala ujian yang datang ni semuanya dari Allah. Nak tengok kita ni sabar ke tak. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi ikutlah segala ajaran Allah.


Kalau rasa kecewa, carilah Allah. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. 



Jadilah insan yang kuat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bantu diri sendiri dulu baru boleh bantu orang lain. Usaha untuk diri sendiri dulu dan kita pun boleh bantu orang lain.


Bukan selfish tapi untuk meningkatkan motivasi sendiri. Bukan senang nak lawan nafsu sendiri kan ? Jadi kuatlah untuk hidup lebih bahagia. Kita sihat, kita okey, kita stabil, dalam masa yang sama kita boleh membantu orang lain yang berada di sisi kita. 


Keluarga dan anak-anak adalah sumber kekuatan. Buat yang terbaik untuk mereka. InshaAllah yang baik-baik saja akan datang kepada kita.

October 9, 2020

Tabung Sedekah Kak Feni

Siapa dah ada tabung sedekah ? Tahniah alhamdulillah sebab dah berjaya untuk kumpul pahala di akhirat. Banyak manfaat bersedekah ini termasuklah membersihkan hati kita sendiri.


Dulu masa jahil. Kak Feni takut sungguh nak bersedekah hatta RM1 atau sen-sen sekalipun. Masa tu memang jahil dan tak yakin dengan janji Allah. Akibat kurang ilmu agama. Sebab tu Allah suruh kita berkawan dan mencari guru untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah sempat menerima hidayah berkenaan dengan sedekah ini.


Sedekah itu Sesuatu Yang Ajaib


"Rasulullah S.A.W. akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifani, Bilal dan Abu Dhamdan.

Kerana terlalu ingin tahu,Abu Dzar pernah bertanya "Wahai Nabi Allah, Engaku selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"

Rasulullah S.A.W. menjawab dengan satu kalimat yang diulangnya 3 kali berturut-turut.

"Sedekah itu sesuatu yang ajaib!"

 




Jadi Kak Feni pun sediakanlah satu tabung kecil sesuai dengan diri ini. Nak beli tabung yang cantik-cantik kat kedai RM2 atau mana-mana pun tak kisahlah. Janji niat kita nak bersedekah.


Kak Feni memang niat nak sedekah RM1 setiap hari tanpa lupa. Kalau semalam lupa kena ganti balik. InshaAllah ikut kemampuan kita. Ikhlas itu hanya Allah yang mampu menilainya. Selalunya Kak bawa sampul yang bernilai RM 1 ni kemana-mana kalau jalan. Bila nampak orang susah atau orang minta sedekah bolehlah bagi duit dari tabung sedekah ni.


Kadang-kadang Kak Feni transfer secara online. Jadi duit dalam tabung ni Kak Feni ambil sebagai ganti. 




Sekarang ni kan ramai orang buat secara online. Jadi kalau ternampak orang susah atau persatuan atau badan-badan NGO yang memohon bantuan kita bolehlah hulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu. Tak susah nak kumpul pahala.


Yang ni lah bahagian untuk kita nanti. Semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini mendapat pahala dan keberkatan untuk kita menuju ke akhirat sana.


Tangan yang memberi lebih jauh dari yang menerima. Sesungguhnya bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin. Syurga itu bukan percuma. Dunia ini tempat untuk kita mengumpul pahala. Semoga perkongsian Kak Feni ini menjadi salah satu asbab untuk ke syurgaMu Ya Allah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

September 22, 2020

Cari Bahagia Kita Sendiri Dengan Cara Kita


Nak bahagia tak perlu bersaing dengan siapa-siapa. Hanya senyum dan teruskan sahaja. Dugaan ini bukan kita sahaja yang kena rasa. Semua orang ada ujian masing-masing. 


Teruskan melangkah dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Kita kalau nak fikirkan apa yang orang tak suka dengan kita sampai bila-bila pun kita takkan rasa bahagia dengan cara kita. Jadi buang segala apa yang membebankan fikiran dan nikmatilah hidup ini seadanya.


Ingat !


Perkara kecil yang kita lakukan hari ini akan menjadikan kita lebih bernilai dan bermakna di kemudian hari. Contoh Kak Feni nak share.


Aku nak duit RM10K dalam akaun aku.


Jika hari ini aku tak menyimpan sikit-sikit. Sampai bila pun kita takkan capai RM10K dalam akaun aku. Jadi... Jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Masa kecil kan mak-mak kita selalu cakap. "sikit-sikit lama jadi bukit". InshaAllah yang kecil itulah yang menjadikannya lebih besar.


Begitu juga amalan kita. Jika sebelum ini rasa malas nak berzikir. Malas nak solat. Malas nak memotivasikan diri sendiri. Cuba buat sikit-sikit setiap hari. InshaAllah akan ada manisnya nanti. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu nikmatnya.


Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberikan nikmat untuk berkongsi ini. "Sebarkan kebaikan walau hanya dengan satu ayat".


Mana tahu dalam ramai-ramai yang mendapat manfaat dari kita dan mendoakan kita, Allah makbulkan doanya. Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah S.W.T.


InshaAllah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

August 26, 2020

Selesai Bayar Bil Guaman Untuk Belian Rumah

Hari ni Kak Feni dah selesai bayar duit lawyer fee untuk bank punya. Nak beli rumah ni memang kena banyak guna duit. Nasib baik lah ada duit KWSP. 

Terima kasih ya Allah permudahkanlah segalanya. Kak Feni share sini supaya dapat memotivasikan orang lain juga. Bukan nak tunjuk atau riak (keikhlasan kita hanya Allah yang tahu). Jadi jumlah lawyer fee untuk belian rumah Kak Feni lebih kurang RM9,000.00. 

Masa Kak Feni dengan husband pergi sign agreement di pejabat lawyer hari tu. Lawyer dah maklumkan yang tempoh nak buat pindah milik ni ambil masa 4 bulan dan tarikhnya bukan di kira dari tarikh kita sign SPA. Tarikh bermula dari kita hantar permohonan ke pejabat tanah.

Okey Kak Feni faham sebab Kak Feni pun dalam bidang ni. Jadi taklah pening nganga sangat. Dalam tempoh 4 bulan ni baru boleh dapat kunci. Bulan 8, 9, 10 dan 11. Kalau selesai pun dalam bulan 11 atau bulan 12. Jadinya boleh masuk rumah dalam bulan 1 tahun baru nanti.

Semoga semuanya berjalan dengan baik-baik saja nanti. Dalam setahun juga urusan nak beli rumah ni. Daripada sewa baik beli sebab Kak Feni pun dah 5 tahun menyewa. Bayaran pun lebih kurang dengan sewa. Keluarkan modal buat bayar deposit dapat rumah sendiri. Takpelah rumah flat pun.

Haiii tak sabar rasanya nak masuk rumah baru. Nak deko-dekolah kononnya. Haha.

Kredit photo : mr Google.

Ni mulalah berangan tak sudah. Nak pasang kabinet macam dalam gambar tu. Harap-harap cukuplah modal. Table top tu dah ada cuma nak pasang kabinet je. Ewah ! 

Duit baki ada lah lebih sikit untuk buat repair apa yang patut. Kalau cukup nak terus buat kabinet ni. Kalau tak cukup marilah kita menabung kemudian pula. 

Tak sangka impian dah jadi nyata. Alhamdulillah tak sangka Allah mengabulkan segala impian Kak Feni yang pernah Kak Feni tulis dulu. Nak beli rumah sendiri. Tak sangka tahun ni 2020 banyak nikmat dan rahmat yang Allah bagi.

Bukan senang nak senang. Allah uji macam-macam ujian. Nak capai satu-satu kejayaan itu bukan senang. Menangis tu takyah cerita. Biarlah duka kita, kita kongsi je benda yang baik-baik.

Manusia kan. Tak pernah lari dari membuat salah dan dosa. Kak Feni pun gitu juga. Kadang-kadang rasa nak kongsi tapi biasalah bila kita nak buat baik mesti ada halangan. Serahkan semuanya pada Allah. Biar Allah saja buat urusan dia. Dan kita hamba buat urusan kita hamba.

Kak Feni mohon kepada semua agar doakan semua urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah. Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Love,
Kak Feni.

February 25, 2020

Salam 1 Rejab 1441 Hijrah


Image may contain: 1 person, text

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tiba juga kita di bulan Rejab untuk tahun 1441 Hijrah ni. Hari ni patutnya Kak Feni puasa sunat tapi banyak sangat alasan jadi Kak Feni tak puasa. Huhu rugi satu hari ni.

Semalam beria tanya sahabat-sahabat di opis siapa nak puasa ? Last-last Kak Feni yang tak puasa. Takpelah inshaAllah masih ada peluang lagi.

Hari ni datang kerja sendiri lagi sebab husband Kak Feni dah kena pergi outstation lagi.

Semalam dah punggah segala barang ke rumah mentua. Kalau dok rumah sendiri susah dengan anak-anak. Nak bangun pagi bersiap pergi sekolah. Macam ni la bia suami kena keluar kerja jauh. Ummi kena urusakan anak-anak. Mujur ada mentua dekat.

Image may contain: ‎text that says '‎LAFAZ NIAT PUASA BULAN REJAB سُنَةَ رَجبِ شَهرٍ فِي غَدِ صَوْحمَ نَوَيْتُ تَعَالَى للهِ NAWAITU SHOUMA GHODIN FII SYAHRI RAJABI SUNNATAN LILLAAHI TA'AALAA #JOMPUASA Quotes Creator‎'‎

Sempena bulan Rejab yang indah ini. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dengan menambah ilmu dah amalan kepada Allah S.W. T. Semoga segala apa yang kita amalkan menjadi penolong di akhirat sana. Amin Ya Rabbal Alamin.

September 10, 2019

6 Perkara Yang Perlu Kita Lakukan Bila Rasa Lemah

Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk berkongsi di ruangan blog kesayangan ini. Tentang rasa lemah atau paling senang bila kita rasa "down" dengan keadaan sekeliling kita. Kak Feni menulis pun untuk rujukan diri sendiri juga sebab kita semua tak sempurna. Selagi ada waktu dan peluang yang Allah bagi, mari kita sama-sama berkongsi benda yang baik untuk kita amalkan.



1. Memupuk Diri Sendiri


Minum secawan teh panas.
Pakai pakaian yang lembut dan selesa.
Mandi buih.
Mandi yang lebih lama.
Pergi berurut.
Pergi buat rawatan cantikkan kuku.
Baca majalah.
Cuci rambut.
Selimutkan diri dengan baju panas untuk musim sejuk.
Buat rawatan pembersihan muka.
Mewarna buku warna.
Bermain dengan "Play Doh".
Meniup belon.
Menyalakan lilin.
Membaca buku kanak-kanak.
Membuat makanan ringan.
Bernafas.
Menyanyi atau mendengar muzik.
Duduk dibawah sinaran matahari.
Tonton video yang lucu.
Tonton cerita yang bagus.
Baca buku-buku kelakar.
Bermain dengan haiwan peliharaan.
Memandu dalam keadaan tingkap terbuka.
Ikat tocang rambut.

2. Buat Perkara Yang Melibatkan Otak


Bermain teka-teki.
Buat penyelidikan tentang suatu topik.
Main permainan perkataan.
Menyusun sesuatu.
Mendengar ceramah motivasi.
Tulis cerita.
Belajar kemahiran baru.
Mengunjungi kedai buku atau perpustakaan.
Merancang sesuatu.
Membaca buku yang bagus.
Buat jurnal.

3. Bergerak


Berjalan.
Membasuh pinggan mangkuk.
Melukis.
Menari di dalam bilik.
Menggosok pakaian.
Menanam pokok.
Memasak sesutu yang sedap.
Bersihkan habuk dalam bilik.
Beli bunga.
Memandu ke bandar yang baru.
Buat senaman hula hoop.
Buat latihan lompat setempat.
Bermain bola keranjang.
Buat video senaman.
Jogging di sekitar blok.
Memotong rumput.
Mengubah suai susun atur dalam rumah.
Berenang.
Buat senaman dalam air.
Berjalan-jalan di dalam pasaraya.
Basuh kaki.
Mengayuh basikal.
Belajar seni mempertahankan diri seperti karate.
Berjalan di taman.
Pergi bermain bowling.

4. Bersosial


Menghubungi rakan-rakan.
Berikan hadiah untuk seseorang.
Menulis kad ucapan terima kasih.
Menulis surat atau nota.
Jumpa kawan untuk makan tengahari.
Melawat hospital.
Memberi nasihat kepada orang lain.
Memberi sedekah.
Menyusun permainan kad.
Mengajak seseorang untuk berbelanja.
Membuat kek untuk jiran tetangga.
Menghantar emel kepada rakan-rakan.

5. Jadi Lebih Kreatif


Melukis /mengecat.
Bermain dengan alat muzik.
Buat video.
Lukis kartun.
Buat kelainan dalam pemakaian harian.
Melawat muzium kesenian.
Buat projek kraftangan.
Tulis lagu atau puisi.
Masak resepi baru.
Dekorasi rumah.


6. Buat Amalan Rohani


Solat awal waktu.
Solat fardu 5 kali sehari.
Baca Al-quran dan fahami maksudnya.
Berdoa.
Berzikir.
Bermuhasabah diri selepas solat.
Mengunjungi surau atau masjid.
Berjemaah di surau atau masjid.

Bagi kita umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Perasaan lemah itu adalah ujian untuk kita supaya sabar dan tabah dalam menghadapinya. Pasti akan ada hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan. Lebih utama untuk kita tahu adalah Ujian itu tanda Allah rindu dengan hambaNya.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah S.W.T selalu. InshaAllah.

April 16, 2019

Motivasi Hari Ini. Semoga Kau dan Aku Kuat !

Tiada siapa di dunia ini yang tidak mempunyai masalah selagi kita masih punya nafas untuk bernyawa. Dugaan itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujian hidup ini.

Bak kata bos Kak Feni, kita selalu inginkan nak itu nak ini. Contohnya nak pergi travel ke luar negara sebab dia selalu pergi travel ke luar negara. Bila dah sampai ke tempat yang di tuju tersebut, terasa macam "dream comes true". Ini adalah antara kata-kata bos Kak Feni pada 2 tahun lepas tak silapnya.
Masa tu dia baru balik dari pergi Amerika.

Kak Feni yang sesungguhnya buku merah pun tak pernah ada ni sangat teruja nak dengar cerita dia pergi oversea. Dia pun tak kedekut nak share pengalaman. Borak-borak masa makan tengahari. Kak Feni masa kerja memang kena buat kerja betul-betul. Masa lepas kita share pengalaman.

Alhamdulillah dikelilingi dengan orang yang baik-baik walaupun kami berlainan agama. Di Malaysia ni kita hidup aman damai berbilang kaum. Kalau kita saling hormat menghormati, inshaAllah baik-baik saja.

Nak didik hati suruh sabar bukan senang. Kadang-kadang mari juga perasaan cemburu dan sakit hati dengan apa yang berlaku. Padahal Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. Jangan cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada sebab kita pun ada kelebihan sendiri. Jangan biarkan emosi menguasai diri.

Nak jadi baik tak susah namun tak mudah. Kena kuatkan semangat. Nak twist balik negatif ke arah positif pun ambil masa. Kadang-kadang nak merawat hati sendiri pun ambil masa. Nak jadi lebih baik perlukan kekuatan mental dan fizikal. Sokongan orang-orang terdekat dan banyak faktor lagi. Namun diri sendiri yang perlu kuat. 

Macam tu juga nak positif. Kena senitasa positif dan ceria-ceria selalu. Kalau salah minta maaf dan cuba perbaiki kesalahan itu. Kalau hari-hari kau dengar dan sebut perkataan yang negatif dan buruk. Secara tak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan juga. Jadi hiduplah dengan cara kita supaya Allah redha dan berkati kehidupan ini.


March 14, 2019

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH | 

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) 


Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w ?
Ikuti resepi berikut : 

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 


Rasulullah S.A.W 
sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih) 


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 


5. TIDAK PEMARAH 


Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 
"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 


Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T.
Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam


Kak Feni copy paste dari emel. Terima kasih kepada pengirim.

March 13, 2019

14 PUNCA ATAU PENYEBAB KEMISKINAN

Bismillahirahmanirahim.

Dalam menjalani kehidupan harian, kita tidak sedar yang perkara-perkara yang kecil yang sering kita amalkan sebenarnya menjadi punca kenapa kita tak maju dan masih berada dalam takuk yang sama. Jom kita tengok 14 punca atau penyebab kita tak kaya-kaya.

1. TIDAK MENJAGA SOLAT

Kita seringkali melalaikan solat terutamanya solat 5 waktu. Nak kata tambah dengan solat sunat. Solat wajib 5 waktu pun kita susah nak buat. Macam mana kekayaan nak dekat. Jaga solat dan jaga aurat terutama ketika solat. Pastikan solat kita sempurna.

2. TERBURU-BURU KELUAR DARI SOLAT SUBUH

Contohnya lepas jer solat subuh terus keluar untuk pergi lepak kedai mamak, minum. Kalau saja-saja tak boleh kecuali ada urusan yang penting. Seeloknya lepas solat subuh duduk dulu berwirid dan berdoa.

3. TIDAK MEMBERSIHKAN SAWANG DALAM RUMAH

Islam sangat menjaga kebersihan. Salah satu cara untuk membersihkan rumah adalah dengan membersihkan sawang dalam rumah. 

4. MENGERINGKAN AIR YANG TERDAPAT DI WAJAH DENGAN KAIN BAJU YANG DIPAKAI

Contohnya, selepas ambil wuduk, lap dengan lengan baju. Sunat untuk kita bawa sapu tangan.

5. MAKAN DAN MINUM DALAM KEADAAN JUNUB/HADAS BESAR CEPAT UNDANG KEMISKINAN

Sebaiknya lepas bersama terus mandi hadas.

6. ISTERI YANG SUKA MEMARAHI SUAMI

Jangan selalu marah-marah atau mencaci suami. Sebaiknya berdoa untuk kebahagiaan suami.

7. BERDIRI TELANJANG TANPA MENUTUP AURAT

Berada dalam rumah dalam keadaan telanjang dan tidak menutup aurat. 

8. TIDUR DALAM KEADAAN TELANJANG

Jangan tidur dalam keadaan telanjang.

9. SUKA MELAKUKAN MAKSIAT

Contohnya suka menghisap rokok. Rokok adalah haram dan berdosa. Ini adalah salah satu bentuk maksiat. Jadi berhentilah.

10. SUKA MEMBERSIHKAN SAMPAH PADA WAKTU MALAM

Ibu-ibu yang selalu membersihkan rumah seeloknya bersihkan rumah pada waktu siang. Kalau makan malam nak bersihkan tempat makan. Hanya sapu tempat makan itu ataupun lap atau kutip. Sapu sampah pada pagi hari.

11. TERLALU BANYAK TIDUR

Banyak tidur pun boleh jadi cepat miskin. Waktu terbaik untuk tidur adalah selepas i'sya dan sebelum zuhur.

12. DUDUK DI DEPAN PINTU

Orang dulu-dulu suka duduk depan pintu rumah sebab nak cari uban dan sebagainya. Sebaiknya jangan duduk depan pintu.

13. MEMAKAI SIKAT YANG ROSAK

Jangan pakai sikat yang rosak. Kalau sikat yang dah rongak segera buang dan beli baru.

14. MEMBIARKAN PINGGAN MANGKUK YANG KOTOR DI SINGKI

Jangan biarkan sisa pinggan kotor di singki. Sebaiknya terus mencuci selepas digunakan atau sebelum masuk tidur.


December 26, 2018

FUTURE LIFE DESIGN

FUTURE LIFE DESIGN | 

1. CAREER LIFE

Pilihan kerjaya kita ? Contohnya, kita buat bisnes. Adakah pilihan bisnes yang menguntungkan ? Ada sistem atau tak ? Kita kena ada simpanan 6 bulan sebagai pelindung (back up plan). Contohnya, kalau tiba-tiba kita kena buang kerja atau diberhentikan kerja oleh majikan. Bolehkah kita teruskan kehidupan kita macam biasa ?

2. FINANCIAL LIFE

Berapa simpanan kita ? Bagaimana kita uruskan kewangan kita ? Pelaburan untuk masa depan kita ?

3. PERSONAL LIFE

Apa itu impian ? 
Apa Pencapaian kita selama kita hidup ?

4. FAMILY LIFE

Pendidikan anak-anak.
Rumah
Melancong
Kecemasan

5. COMMUNITY LIFE

Bagaimana kita menambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Berapa ramai yang sudah dibantu ?

6. SPIRITUAL LIFE

Ending kita berapa ?
Beribadat
Haji
Umrah

KEJAYAAN BERMULA DENGAN IMPIAN

1. Apakah BIG WHY kita ?
2. Apakah Matlamat kita ? (Goal Setting)
- Jelas + Tepat + Logik 
3. Boleh dicapai tak dengan usaha atau kerja yang kita sedang lakukan sekarang ?

Contoh :-

Nak jual 7 set tupperware dalam seminggu. Jadi sehari kena jual 1 set tupperware.

Matlamat kena jelas.

Ramai yang terperangkap dalam "rat race".


Jalan keluar dari "rate race" ialah lari dari "rat race".


Bagaimana nak lari ?

1. Tukar kitaran. Tukar persekitaran tempat kerja. 
2. Cuba sesuatu yang baru.
3. Melancong
4. Ubah diri kita dulu sebelum kita ubah orang lain.


Untuk marketing ONLINE, belajar SEND OUT SHIP
Contohnya, 3 post sehari untuk setiap page dan juga personal post.

Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil. Kita hantar banyak-banyak kapal. Kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil.


KENAPA KITA GAGAL ?

1. MATLAMAT yang kita setting itu tidak jelas. Gagal kita cuba lagi dan lagi.

2. Mudah puas hati dengan apa yang kita buat.

3. Tiada TEAMWORK.

4. Penghalang KEJAYAAN.


Kak Feni buat nota sikit tentang kehidupan kita ni. Buat bisnes tapi tak tahu kemana hala tuju. Buat step by step. Bila kita dah ada matlamat, secara tak langsung. Kita akan tetapkan fokus kita.

Berkali-kali kita gagal bukan bermakna selamanya kita gagal. Teruslah berjalan. Akan ada sesuatu yang indah di hadapan.

November 22, 2018

2019 SEMAKIN HAMPIR



Alhamdulillah 2019 semakin hampir hampir dan  2018 akan melabuhkan tirainya. Apa perancangan tahun depan ?

Semakin hari semakin tua. Hahaha dan anak-anak pun semakin membesar. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni. Nikmat yang tidak boleh disangkal lagi.

Zaman kanak-kanak. Zaman remaja. Zaman dewasa dan sekarang menuju ke zaman tua. InshaAllah semuanya dengan izin Allah. Terima kasih untuk segalanya.

Azam tahun depan, sama macam tahun-tahun sebelum ni tapi lebih kepada untuk membesarkan anak-anak. Abang Aus akan masuk darjah 1 dan Adik Rayyan masuk tabika tahun depan.

Tahun depan nak kumpul duit banyak-banyak.
Nak selesaikan semua hutang.
Nak travel seluruh dunia dengan keluarga.
Nak bawa mek menunaikan haji.

Tu jela yang boleh Kak Feni share sini. Yang lain tu biarlah Kak Feni simpan untuk diri sendiri. Haha.

Penting juga buat azam setiap tahun. Bila hujung tahun tengok balik azam yang kita tulis sebelum tahun baru. Bila tengok balik, banyak juga azam yang kita tulis tu terlaksana. Contohnya, macam dulu Kak Feni sangat-sangat meringankan tentang solat 5 waktu. Selalu ambil remeh dan buat tak kisah. Bila kita tulis azam nak solat 5 waktu tak tinggal. Secara tak langsung kita bagi isyarat dekat otak supaya set dekat minda yang "aku kena solat, macam-macam mana pun aku kena solat". Alhamdulillah hari-hari yang berlalu. Kalau tak solat akan jadi tak senang duduk. Lagipun solat tu kan tiang agama. Memang wajib kita tunaikannya.

Alhamdulillah daripada buat tak kisah tentang azam, hari ni hari-hari tulis azam atau nota atau "things to do". Lebih teratur dan lebih tenang. Kalau tak jadi huru hara.

Kadang-kadang kita ni kena selalu positif dengan hidup kita. Kalau asyik fikir negatif, secara tak langsung mempengaruhi hidup kita. Jadi chill-chill saja dan nikmati hidup ini dengan adanya.

Setiap orang diuji mengikut kemampuan hambanya. Sebelum nak capai sesuatu kejayaan itu banyak sangat onak dan duri kena hadap. Bila dah berjaya kita akan ingat yang kejayaan yang kita dapat itu bukan mudah dan sentiasa menghargai.

Alhamdulillah.

Dah siap ke tulis AZAM 2019 korang ?

October 17, 2018

Just Be Yourself And Love YourSelf

Dalam hidup ini, kalau kita terlalu mengambil pusing dengan kata-kata orang, kita takkan mampu untuk terus maju. Kalau kita ikut je kata-kata orang yang nak menjatuhkan kita. Sampai bila pun kita akan macam tu juga.

Sebaiknya kita jalan je terus. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Sememangnya kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang. Jadilah diri sendiri. Tak perlu nak berusaha sungguh-sungguh untuk memuaskan hati orang. Hati kita yang sakit.

Nak berjaya kena hati kering. Benda remeh temeh ni abaikan jela. Bukan dema yang nak bagi kita makan. Contohnya, kalau kita asyik layan apa yang orang nak kata. Kita jadi kemurungan sampai sakit. Bila sakit kena ambil cuti untuk berehat. Cuti pulak kena potong gaji. Siapa nak tanggung kita dan family kita.

Jadi diri sendiri. Orang putih kata "just be yourself". Tak suka tak payah tunjuk muka. Hidup je dengan apa yang kita mampu. Jangan buat hal dengan orang lain. Jangan cari pasal. Jangan buat gaduh. Buat mudah je. Kita tahu orang tak suka kita, kita diam je.

Dalam hidup ini, belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Nikmat syukur itu lebih mendekatkan diri kita dengan Allah. Allah bagi semua ujian ni sebab dia sayangkan kita. Alhamdulillah sebab Allah nak jauhkan kita dari orang-orang yang taguna. Haha

Menjadi diri sendiri buka lesen untuk kita bangga diri tapi untuk mencari kekuatan diri. Biarlah kita hidup dengan cara kita. Tak perlu try hard untuk menjadi terbaik di mata orang. Cukup membanggakan bila keluarga dan orang tersayang ada disisi. Jatuh ke bangun ke, mereka tetap ada bersama kita. Itu yang penting.

Satu lagi, bila musibah datang. Ambil masa untuk muhasabah diri. Mungkin aku kurang itu ini. Jadi sementara peluang ada untuk mengubahnya. Kita berusaha untuk baiki apa yang kurang.

Love yourself and just be yourself.


October 8, 2018

JADUAL QADHA SOLAT

Kak Feni taktahu mana Kak Feni dapat poster ni kat mana. Kak Feni doakan orang yang buat poster ni sentiasa diberikan pahala yang berganda-ganda. Terima kasih kerana berkongsi kebaikan.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua. 





September 7, 2018

8 Cara Mudahnya Menjemput Rezeki

Semalam Kak Feni buka-buka youtube untuk dengar ceramah agama. Maklum sajalah Kak Feni ni kan jarang sangat boleh keluar. Boleh tengok online jela untuk menambah ilmu. Kak Feni kongsikan disini supaya sama-sama kita amalkan.

Menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Macam kita nak tangkap rama-rama, jenuh kita berlari sana sini. Tak dapat-dapat. Kalau kita tahu cara yang betul. InshaAllah rama-rama itu sendiri akan datang. Bagaimana ? Buat apa yang rama-rama suka. Apa yang rama-rama suka ? Bunga. Ya bunga. Tanamlah bunga banyak-banyak. Hias cantik-cantik. Dengan sendirinya rama-rama akan datang ke tempat kita. Begitulah ibaratnya cara kita menjemput rezeki.

Antara cara mudahnya menjemput rezeki ialah :-


1. Betulkan niat.

Perbetulkan niat kita untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya kalau kita nak banyak duit. Duit tu untuk apa ? Kita kena niat untuk buat Allah sayang dengan kita. Macam dapat duit banyak supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan. Nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Bukan nak dapat duit banyak sebab nak bermegah di dunia ini.

2. Banyakkan Bersedekah

Sedekahlah dengan ikhlas hati untuk mendapat kasih sayang Allah. Ikhlaskan hati dan percaya bahawa Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya "tidak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah". Malah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah.

3. Solat awal waktu

Jaga solat kita. Bila kita jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga kita. Kita akan rasa keberkatan waktu dengan solat awal. Terasa masa itu berlalu dengan perkara yang bermanfaat.

4. Amalkan Surah Al-Waqiah

Ajari diri untuk amalkan surah Al-Waqiah setiap malam. Anak-anak pun harus diajar untuk mengamalkan surah ini. Banyak kelebihan bila kita amalkan surah Al-Waqiah ini. Antaranya ialah memberi kekayaan bukan sahaja dunia malah akhirat.

5. Solat Dhuha

Lakukan solat sunat Dhuha 4 rakaat atau lebih setiap hari. Minimum 2 rakaat sehari, inshaAllah Allah akan cukupkan keperluan kita untuk hari itu.

6. Solat Tahajud

Bangun pada 2/3 malam untuk bersujud dan meminta agar Allah mengabulkan segala permintaan kita. Bangun solat 2 rakaat dan berdoa memohon diberikan kebaikan atas segala apa yang kita inginkan. Berbicaralah dengan Allah apa sahaja permintaan atau masalah yang kita hadapi.

7. Solat Sunat Hajat

Selepas solat tahajud lakukan solat sunat hajat untuk memohon bantuan dari Allah. Lagi banyak kita memohon kepada Allah lagi Allah suka. Allah suka kepada hambanya yang merayu dan memohon bantuan dariNya. Kita hamba dan DIA adalah tuhan kita.

8. Bertaubat

Kadang-kadang rezeki kita tersekat disebabkan oleh dosa-dosa kita yang lalu. Jadi bertaubatlah kepada Allah untuk memohon petunjuk dan hidayah dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambanya. Lakukan solat sunat taubat dan bertaubat nasuha untuk terus berubah menjadi insan yang lebih baik. Buat sesuatu kerana ingin mendapat cinta dan kasih sayang Allah.

Percayalah bila kita dekatkan diri dengan Allah. Buat apa yang Allah suka, inshaAllah akan terbuka banyak pintu rezeki dari sumber-sumber yang kita tidak sangka-sangka. Yakin dengan kasih sayang Allah melebihi dari kasih sayang sesama makhluk.




August 10, 2018

MOTIVASI HARI INI : 5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


Bangun pagi, gosok gigi dan mulakan tugas harian dengan sempurna. Kadang-kadang ada juga suara jahat yang menyeru supaya jangan buat baik. Jangan solat subuh. Jangan pergi kerja. Duduk je di rumah. Rehat-rehatkan badan dan otak. Hahaha memang selalu sangat perkara jahat itu bermain di kepala.

Kita ni kalau nak buat benda baik memang rasa susah sangat. Payah bebenor nak konsisten dan terus buat baik. Kalau buat benda yang tak elok tu mudah je. Macam tu lah hidup ni. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak kontrol apa yang kepala kita fikir memang mudahlah gagal hidup kita ni.

Macam mana kita nak kontrol diri dan minda kita ? Mudah je bersihkan fikiran dengan apa benda yang semak-semak di kepala. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Ulang sehingga betul-betul tenang. Kepala serabut memang tak boleh nak bertenang tapi kalau kita bijak mengawal, inshaAllah semuanya akan baik-baik saja.


Orang yang bijak mengawal perasaan dan hawa nafsu sendiri adalah orang yang berjaya. Bila dia yang kontrol emosi dia maknanya dia berjaya kontrol hidup dia.

5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


1. Prinsip PMA (Positive Mental Attitude)

Kegagalan adalah satu proses kejayaan, tetapi yang paling penting adalah bagaimana dan berapa cepat kita bangkit dari kegagalan atau cabaran. Your respond matters.

2. Passion atau Enthusiasm

Bersemangat dan ghairah dengan apa yang dilakukan.

3. Tidak ada perkataan "TIDAK BOLEH" di dalam kamus hidup anda

Hendak seribu daya. TIDAK BOLEH bermaksud salah satu daripada 4 perkara di bawah :-
i) Saya tidak mahu melakukannya.
ii) Saya malas atau dah biasa malas.
iii) Tidak kisah (sikap -ve)
iv) Bukan masa yang sesuai (alasan)

4. Jika tidak ada tindakan, mana mungkin ada perubahan

Hanya dengan action (tindakan) maka akan ada equal reaction (tindak balas yang sama), itu kata Einstein. Tindakan kecil, hasilnya kecil. Tindakan BESAR ? Hasilnya BESAR !

5. Stickativity

Ia adalah daripada "Stick" + "Activity". Buat sesuatu sehingga habis. Orang yang buat sesuatu separuh jalan tidak akan nampak hasilnya.






August 8, 2018

7 KELEBIHAN KENAPA KITA PERLU MENGERJAKAN UMRAH



Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.

Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH 


Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN 

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH 

Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN 

Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU) 

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : "Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)

7. PENGHAPUSAN DOSA 

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...