Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
October 31, 2019
Briefing FireDrill 2019 - Plaza Permata Kuala Lumpur
Today briefing firedrill. Macam biasa setelah bertahun naik pangkat Chief Floor. Haha bukan nak bangga pun jadi Chief Floor ni sebab dah takde orang nak jadi aku kenalah amik tugas ni. Alah bukan susah pun. Pergi dengar pegawai bomba cakap-cakap lepas tu balik opis. Senang je tak susah pun.
Walaupun hakikatnya banyak kerja di pejabat. Tinggal sekejap bolehlah kan. Aku pun dah lupa tentang briefing ni pagi ni. Haha nasib baik mama (hr tempat aku kerja) bagitahu hari ni jangan lupa ada meeting pukul 10. Aku yang pada mulanya konon taknak makan sarapan nak makan tengahari, cepat-cepat aku makan nasi berlauk yang aku beli pagi tadi. Kot-kot sibuk di tengahari sekurang-kurangnya perut aku dah terisi dan tak lapar.
Tahu jelah aku kan, boleh datang murung kalau kerja dalam keadaan perut yang lapar. Hanya aku tahu keadaan diri aku. Kebetulan pulak hari ni macam ada banyak meeting je sebab semua bos masuk awal.
Majlis briefing ni selesai dalam pukul 12.15 tengahari. Jadi aku boleh masuk opis dengan seronoknya untuk setelkan kerja-kerja opis yang banyak tak setel lagi.
Start 2015 aku dah jadi Chief Floor. Macam-macam perkara dah jadi. Yang seronoknya bila hari fire drill ialah sibuk dok berkumpul di bawah. Kerja kena tinggal sekejap dalam setengah hari. Bila dah setel baru boleh naik opis. Aku pulak lepas firedrill kena masuk meeting dengan pihak pengurusan bangunan. Bincang apa yang patut. Yang kurang kena tambah baik. Maklumlah bangunan dah lama, sama umur dengan umur aku dah bangunan ni.
Aku suka kerja sini sebab dekat dengan tempat kerja suamiku. Datang dan balik kerja sekali naik motor. Kalau drive bawak kereta tak tahu pukul berapa nak sampai rumah. Sampai rumah anak-anak dah tidur. Masa dengan anak-anak pun kurang. Harapnya rezeki aku sebagai pekerja disini berpanjanganlah.
October 29, 2019
4 Golongan Yang Memerlukan Lebih Dari Kalsium
Kita perlukan kalsium untuk pembentukan dan kesihatan tulang. Untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, kita memerlukan lebih dari kalsium. Dalam memilih suplemen kalsium pilihlah yang ada 7 nutrisi pembina tulang seperti kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zn, Cu, Mn, B untuk kesihatan tulang yang menyeluruh.
Aktiviti fizikal bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan tulang. Walau bagaimanapun, semasa kita menjalani gaya hidup seharian secara aktif , kekurangan atau tidak mengambil kalsium dan nutrien pembentukan tulang, akan meningkatkan risiko osteoporosis dan patah tulang dengan setiap pergerakan yang kita lakukan.
Tulang dan gigi bayi anda tumbuh semasa kehamilan. Oleh itu, bekalan kalsium dan nutrien pembentukan tulang yang berterusan memberikan asas tulang yang lebih kukuh untuk bayi.
Banyak kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu kehilangan sekitar 3-5% ketumpatan tulang mereka semasa tempoh penyusuan.
Apabila anda semakin tua, anda kehilangan ketumpatan tulang dengan cepat kerana kadar pembentukan tulang merosot, menjadikan anda berisiko tinggi patah tulang dan osteoporosis.
Baca juga : KEBAIKAN OSTEMATRIX KEPADA PENGAMALNYA
4 Golongan Yang Memerlukan Lebih Dari Kalsium
1. Individu Aktif
Aktiviti fizikal bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan tulang. Walau bagaimanapun, semasa kita menjalani gaya hidup seharian secara aktif , kekurangan atau tidak mengambil kalsium dan nutrien pembentukan tulang, akan meningkatkan risiko osteoporosis dan patah tulang dengan setiap pergerakan yang kita lakukan.
- Setiap pergerakan otot memerlukan mineral seperti kalsium, magnesium dan klorida. Kekurangan nutrien sedemikian akan menyebabkan tubuh kita menarik nutrien dari tulang seta mengurangkan simpanan nutrien kita.
2. Ibu Mengandung
- Bayi dalam rahim menerima pemakanan dari ibu. Sekiranya ibu tidak mempunyai kalsium dan nutrien pembentukan tulang, ia akan diambil dari tulang simpanan ibu, dan menyebabkan simpanan nutrien berkurangan.
- Proses pengeluaran ini meletakkan ibu berisiko kerana nutrien boleh dilepaskan ke dalam darah, membawa kepada toksik yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
Baca juga : Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Mengandung
3. Ibu Menyusu
- Kehilangan tulang yang tidak dapat dielakkan ini adalah disebabkan peningkatan permintaan kalsium dan nutrien pembentukan tulang yang lain untuk menyokong perkembangan bayi.
- Ibu menyusu juga mengalami penurunan kadar estrogen, hormon yang mengekalkan kepadatan tulang, meningkatkan kadar kehilangan tulang ibu.
4. Orang-orang Tua
- Wanita menopaus berisiko tinggi mendapat tulang yang lemah dan rapuh apabila tahap estrogen, hormon yang mengekalkan ketumpatan tulang mereka menurun.
Dapatkan dos harian kalsium dan nutrien pembentukan tulang dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Pil Kalsium yang sangat kaya dengan Kalsium dan Magnesium untuk mengekalkan kesihatan tulang.
Sebotol Ostematrix mengandungi 120 Caplets. Maksimum pengambilan 4 caplets sehari. Harga untuk sebotol Ostematrix RM61.25 (boleh dapat harga ahli setelah menjadi ahli). Nak tahu cara macam mana nak jadi AHLI SHAKLEE atau pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
10 Testimoni Cinch Energy Tea Shaklee Yang Membantu Meningkatkan Tenaga Untuk Bekerja
Pernah tak rasa mengantuk sangat lepas makan tengahari sehingga nak buat kerja pun tak boleh ? Kak Feni selalu kena macam tu nak-nak pula lepas makan tengahari. Rasa nak baring dan tidur jer. Disebabkan Kak Feni kerja mana boleh suka hati nak tidur kan. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos.
Sejak kenal produk Cinch Energy Tea Shaklee ni, dah jarang ambil kafein yang banyak untuk menahan mata dari mengantuk. Umum pun tahu kesan buruk kafein, jadi Cinch Energy Tea Shaklee adalah salah satu alternatif untuk kekal cergas sepanjang hari.
Jom kita tengok apa kata pengamal yang telah mengamalkan Cinch Energy Tea Shaklee :-
Bagi Kak Feni, ianya sedap kerana rasanya yang seakan-akan Tea Cina memang sedap dan mudah untuk ditelan. Nak lagi sedap Kak Feni akan campurkan dengan lemon dan hirup ketika panas. Hurmmm terasa nikmatnya. Bila rasa penat, ambil 1 sachet Cinch Energy Tea Mix dan bancuh. Minum panas-panas memang rasa segar jer mata.
Baca Juga : Bahan-bahan Dalam Cinch Energy Tea Mix Serta Manfaatnya
1 box Cinch Energy Tea Mix ni mengandungi 28 sachet yang bernilai RM131.25. (Boleh dapatkan harga yang lebih murah dengan menjadi ahli). Nak tahu lanjut berkenaan dengan produk Shaklee serta nak jadi ahli boleh hubungi Kak Feni.

Jalan-jalan Mandi Manda Di Kolam Renang Presint 16 Putrajaya
Semalam cuti sempena Deepavali. Abahnya macam biasa kena kerja dan kami apa lagi berjalan dengan orang yang dapat cuti. Hehe
Ayah Chik dengan Cik Ina datang ambil kami bawa pergi jalan-jalan. Seronok sangat adik. Bangun pagi dah tanya bila Abang Afan nak datang ? Ummi cakap tunggulah Abang Afan call. Nanti kita siap-siaplah.
Tak lama lepas tu dapat call suruh siap-siap. Haha apa lagi terus mandi dan bersiap untuk pergi jalan-jalan. Motif utama nak mandi kolam.
Tak lama lepas tu Ayah Chik sampai. Terus gerak ke Putrajaya. Sebelum tu kami singgah makan tengahari di Nasi Dulang Daun Pisang Bangi. Kat sini Kak Feni suruh Ayah Chik (abang Kak Feni) ambik gambar, nye kate kedia "malu Kokre". Huhu jadinya takdelah gambar.
Masa kami pergi sini ramai betul orang beratur nak makan. Maklumlah cuti mesti ramai yang keluar jalan-jalan dengan family termasuklah kami.
Kak Feni dengan Cik Ina beratur panjang nak hantar order. Kat sini kena baratur untuk order dan terus bayar di kaunter. Hampir setengah jam jugaklah kami beratur tunggu nak sampai turn kami. Anak-anak biasalah dah yuya-yuya menjerit lapor. Lain kali kalau nak pergi kena pergi awal.
Kami pusing-pusing Putrajaya semalam sebab nak cari kolam mandi anak-anak. Kolam mandi pertama kami pergi tak boleh mandi sebab ada "construction". Adik dah frust dah siap marah-marah kenapa tak boleh mandi. Kami pergi satu lagi kolam yang ada foodcourt tu, Kat situ pun tutup juga. Sekali lagi adik frust dan muka dah start nak moody. Siap nak nangis dah. Ummi cakap sabarlah nanti kita cari kolam lain. Ayah Chik pun pusing-pusing lagi pergi Alamanda. The last one, kalau tak nak pergi cari kolam tak mana taktahu.
Kami sampai pukul 3 petang. Ngam-ngam kolam tutup dan akan dibuka semula pukul 5.00 petang. Sementara nak tunggu kolam buka semula pukul 5.00 petang. Cik Ina pergilah shopping barang dapur di Mydin.
4.30 petang kami sampai tempat mandi. Adik macam biasa tak sabar nak mandi kolam. Sementara nak tunggu buka tu kami solat asar siap-siap. Tepat pukul 5.00 kami dah masuk dalam kawasan kolam.
Seronok sangat dapat mandi kolam. Kat sini best sebab ada gelongsor. Sebelum ni pergi kolam yang takde gelongsor. Masing-masing nak naik gelongsor. Sejam setengah jugaklah berendam dalam air. Kebetulan cuaca semalam redup tak panas seronok sangat anak-anak main sampait kecut tangan.
Bila dah penat diorang sendiri yang naik nak mandi nak siap-siap sebab perut lapar. Lepas mandi air bersih di bilik air, pakai baju lawa-lawa terus gi makan di gerai makan di sekitar tempat tu. Kak Feni tengok seronok tempat ni sebab semua ada. Kolam mandi ada, tempat makan ada dan surau yang selesa untuk solat. Jadi semua dah ada tak perlu pergi jauh-jauh tinggalkan anak.
Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi. Bawa anak-anak mandi kolam. Kalau nak pergi mandi sungai dengan keadaan cuaca sekarang ni memang kurang yakin. Dapat bawa mandi kolam macam ni pun dah okey. Bayaran tiket masuk hanya RM2.00 sahaja. Berbaloi sangat setakat nak happykan anak-anak tu kan.

October 25, 2019
Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Mengandung
Ibu mengandung memerlukan lebih banyak kalsium berbanding ibu yang tidak mengandung. Kalsium yang tidak mencukupi menyebabkan kalsium dari dalam tulang dan gigi ibu akan diserap untuk perkembangan janin.
1. PHYTIC ACID - diet yg tinggi phytic acid menyebabkan kalsium tak dapat diserap dengan baik.
2. GARAM - pengambilan garam yang tinggi juga mengganggu penyerapan kalsium
3. KAFEIN - kafein & minuman diuretik yang tinggi menyebabkan kalsium disingkirkan sebelum dapat diserap.
4. KURANG VITAMIN D - vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium. Kekurangan vitamin D menyebabkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik.
Tanda-tanda Badan Kurang Kalsium :-
- Sakit pinggang, tumit dan segala tempat yang ada tulang.
- Gigi cepat rapuh.
- Sakit otot.
- Kekejangan.
- Lenguh badan.
- Gusi berdarah.
- Sakit kaki.
- Sakit gigi - paling teruk fasa menyusu.
- Sukar tidur (imsomnia).
- Tarik mengkarung atau "cramp".
- Keletihan
- Sukar untuk membuang air besar.
Ibu-ibu perlu mengambil kalsium yang secukupnya untuk memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh serta membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Pilih suplemen kalsium yang membantu melancarkan proses kehamilan.
Suplemen kalsium ini sebaiknya diteruskan sehingga proses bersalin dan menyusukan anak kerana ianya bukan sahaja membekalkan kalsium yang cukup malah melancarkan proses penyusuan.
Apa yang mengganggu penyerapan Kalsium ?
2. GARAM - pengambilan garam yang tinggi juga mengganggu penyerapan kalsium
3. KAFEIN - kafein & minuman diuretik yang tinggi menyebabkan kalsium disingkirkan sebelum dapat diserap.
4. KURANG VITAMIN D - vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium. Kekurangan vitamin D menyebabkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik.
Ibu mengandung sebaiknya jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Sebaiknya elakkan makan makanan yang boleh menganggu penyerapan kalsium seperti senarai di atas.
Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ianya membantu perkembangan tulang bayi dalam kandungan.
Kenapa ibu mengandung disarankan supaya mengambil Ostematrix sebagai Suplemen Kalsium ?
Ostematrix adalah suplemen kalsium yang diperkaya sesuai untuk keperluan tubuh bukan sahaja untuk ibu mengandung hingga menyusu malah semua golongan juga digalakkan ambil pil kalsium Ostematrix ini kerana kelebihannya dicipta khas untuk meningkatkan kesihatan.
Selain membantu memberikan nutrisi yang terbaik untuk ibu mengandung, Ostematrix sangat membantu dalam memulihkan atau meningkatkan tenaga si ibu dalam menjalani urusan harian. Ada ibu-ibu mengandung mengalami masalah cepat letih dan lemau semasa tempoh kehamilan. Pengambilan makanan seimbang ditambah dengan makanan tambahan membantu meningkatkan kualiti kesihatan.
Bayangkan kalau badan ibu tak cukup nutrisi, bagaimana anak dalam kandungan nak dapat zat atau nutrisi yang secukupnya. Jadi ibu-ibu pilihlah untuk amalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan seimbang yang sihat serta jauhi yang tidak sihat seperti merokok. Senaman juga penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh ibu mengandung.
Untuk mendapatkan Ostematrix sebagai suplemen Kalsium boleh menghubungi Kak Feni :-
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
Pengalaman Cuci Gigi Di Klinik Gigi Swasta - Proheal Suntex
Haha nak cuci gigi adalah salah satu impian Kak Feni. Dah lama nak pergi buat tapi takde masa dan macam-macam masalah yang timbul. Hari tu dah pergi sekali tapi doktor nak tutup awal. Rasanya hari tu public holiday ke apa entah dah lupa.
Semalam bila en husband call suruh siap-siap kemas beg awal sebab nak pergi klinik gigi terkejut juga lah Kak Feni. Eh dah kenapa nak siap awal ni ? Selalunya pukul 7 baru habis kerja dan Kak Feni solat maghrib siap-siap di opis sebelum gerak balik. Maklumlah maghrib sekarang ni awal. Pukul 7.00 malam dah masuk waktu.
Untuk mengelakkan terbabas tinggal solat, Kak Feni setelkan awal di opis. Siap solat maghrib baru gerak pulang. Dah sampai rumah dah penat tak terkejar-kejar nak solat maghrib yang waktunya sangat singkat itu.
Okey berbalik kepada cerita cuci gigi. Kami sampai di Klinik Pergigian Proheal Suntex pukul 7.10 malam. Kak Feni masuk tanya boleh buat rawatan lagi ke ? Staff kat situ kata boleh, jadi Kak Feni pun daftar nak cuci gigi.
Lama nau-nau dah tak pergi klinik gigi. Seingat Kak Feni last pergi cabut gigi masa form 3. Tu adalah last Kak Feni pergi klinik gigi sebab gigi sakit berlubang kena cabut. Bila dah cabut hilang segala sakit gigi sampai hari ni masalah gigi tak seberat sakit gigi masa kecik-kecik dulu.
Bayangnya berapa lama karang atau plak gigi bertahun tak cuci. (korang jangan ikut Kak Feni pulak ye). Doktor gigi tanya pernah datang tak. Kak Feni kata lama dah tak pergi. Huhu jujur betul kan disitu.
Bila doktor mulakan proses nak buang plak gigi ni. Kak Feni rasa takut jugak. Eh sakit ke ? Haduiii macam-macam lah mari memikir yang bukan-bukan. Relax dan biar saja doktor buat kerja dia. Dalam setengah jam jugaklah mengerjakan gigi Kak Feni yang banyak karang tu. Huhu. Memang banyak pun.
Nak kata rasa sakit sangat kena cuci tu memang tak sakit pun. Nyilu-nyilu gitu biasalah, kena tahan sikit. Nak cantik kan ? hihi
Setelah semuanya selesai Doktor caj perkhidmatan dia RM100.00. Caj dia dari RM90 hingga RM150 bergantung kepada keadaan gigi. Alhamdulillah Kak Feni bajet RM140.00 jimat duit aku RM40.00. Boleh buat beli benda lain.
Bila dah buat scaling buang plak jahat yang melekat kat gigi ni, gigi rasa bersih jer. Nak makan pun takut-takut. So lepas ni nak kumpul duit nak tampal gigi pulak. Doktor kata ada satu gigi bawah dah berlubang tapi tak teruk. Kena tampal. Kak Feni cakap tunggu dululah doktor, i nak kumpul duit dulu. Banyak benda nak guna duit ni. Hahahaha dia gelak bila Kak Feni cakap macam tu.
Bila dah siap, pesanan penaja yang paling best doktor pesan. Jaga kebersihan mulut. Huhu okeylah okeylah lepas ni aku jaga kebersihan mulut. (dia nak kata mulut aku busuk ke tu). Hahaha jahatnya aku mikir.
October 24, 2019
KEBAIKAN OSTEMATRIX KEPADA PENGAMALNYA
Semalam Kak Feni ada share tentang KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK TUBUH, hari ni Kak Feni nak share tentang KESAN atau KEBAIKAN OSTEMATRIX kepada pengamalnya.
Rata-rata ahli atau SID atau hanya pengamal/pengguna yang mengamalkan Ostematrix pasti akan memberikan maklum balas (feedback) yang memberangsangkan. Jadi Kak Feni kongsikan disini untuk rujukan bersama.
Kebaikan ini perlu dikongsikan agar sesiapa yang mempunyai masalah yang sama boleh cuba Ostemarix.

Bagi mereka yang bermasalah untuk minum susu, Ostematrix adalah suplemen yang sesuai sangat bagi menggantikan susu. Kalsium selalu dikaitkan dengan susu namun kalsium juga boleh kita dapat melalui makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti tulang rapuh, kuku terserpih atau cepat rapu dan juga gigi mudah rosak. Anak-anak kecil sangat digalakkan untuk ambil kalsium secukupnya untuk membantu dalam perkembangan tubuh badan.
Ibu-ibu digalakkan mengambil kalsium seawal kandungan kerana ibu hamil lebih memerlukan kalsium berbanding wanita tidak hamil. Kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan badan mudah letih. Baca juga : Kesan Kekurangan Kalsium dalam badan.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee bolehlah menghubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
Jalan-jalan Di Pantai Morib - Banting Selangor
Bila dah start menulis cerita jalan-jalan ni banyak lah kisah berjalannya.
Ahad lepas kami sekeluarga melawat sepupu abah di Dengkil, Selangor. Bila dah sampai sana kami pun lajak lah sikit terus ke Pantai Morib. Bawa anak-anak berjalan dan kami yang tua bangka ni pun tumpang seronok jugak. Biasalah tu kan ?
Alhamdulillah hari yang kami pergi ni cuacanya sangat cantik dan redup. Nak kata panas sangat sampai terik tu tak. Jadi kami bolehlah jalan-jalan dan santai-santai di tepi pantai. Beli makanan ringan macam goreng pisang, apam balik dan minuman untuk bekalan lepak santai. Berkelah tepi pantai lah kononnya.
Anak-anak dah teruja dari awal lagi. Sibuk tanya boleh mandi tak ummi ? Ummi cakap sini tak boleh mandi, boleh tengok laut jer. Lagipun baju tak bawa. Hahaha memang tempat ni bukan tempat mandi. tempat nak lepak dan makan-makan boleh lah.

Macam biasalah kami, kalau berjalan dan tak bergambar kenangan memang tak sah. Mesti nak jugak snap-snap gambar untuk kenangan. Maklumlah mana pernah sampai. Fisrt time sampai sini.
Mula-mula sampai dah nampak orang naik kuda. Anak-anak biasalah teruja nak naik tapi ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kak Feni tengok ada orang yang berbadan besar naik kuda kecik sampai terjelir-jelir lidah dia keluar. Haishhh tak sampai hati nak tengok. Eh sejak bila aku jadi pencinta haiwan ni ?
Kami teruskan berjalan dan cari pondok yang sesuai untuk lepak santai. Ewah !
Adalah satu pondok yang kosong, kebetulan acik yang duduk situ dah nak balik. Dia pun panggil kami suruh duduk situ. Kami main terjah apa pun tak bawak. Melenggang Cik Kiah macam biasa. Kami lepak sini tak lama. Dalam sejam macam tu lah layan anak-anak nak naik basikal moto tu. Ummi yang over sebenarnya. RM20 untuk 20 minit harga sewa motor. Jadi untuk sekelian makhluk manusia, nak berjalan spare-spare lah duit sepatutnya.
Adik sibuk nak naik kuda dan Kak Feni sempat lah tanya budak yang bawa kuda tu harga berapa ? Sambil-sambil dia bawa orang tu dia cakap untuk kanak-kanak RM15, dewasa RM25. Ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kuda padi yang kecik tu. Haha sampai hari ni adik mengungkit nape ummi tak bagi dia naik kuda. Sabor jela dengan budak bertuah tu.
Best lepak sini sebab angin laut yang sejuk mendamaikan. Abahnya sampai terlena bila lepak di pondok ni. Suasana petang yang redup dan tak panas sungguh cantik. Pantai ni memang tak sesuai untuk mandi manda. Kak Feni nampak ramai juga orang yang turun untuk cari siput ke apa entah di dalam lumpur kat pantai tu.
Dalam perjalanan sebelum sampai Pantai Morib, Kak Feni nampak ada banyak homestay dan hotel-hotel bajet yang boleh kita tempah kalau nak bermalam. Jadi next time kalau ada rezeki boleh pergi berkelah lagi. InshaAllah kalau ada rezeki.
Nanti kita plan pulak nak gi mana lepas ni. Selalunya yang tak rancang tu yang jadinya. Haha bila dah plan ni macam-macam hal khenn?
October 23, 2019
Jalan-Jalan Ikut Anak Tabika Ke Zoo Sunway & Kilang Coklat Beryl's
Semalam Kak Feni ikut Adik Rayyan pergi lawatan sekolah Tabika Kemas ke Zoo Sunway dan Kilang Coklat di Balakong. Bukan saja anak-anak yang seronok, mak-mak yang join ikut pun seronok sekali. Kak Feni dah apply leave lama dah sebelum tu sebab lawatan kali ni pada hari kerja.
Ummi dengan Adik Rayyan dah sampai awal kat tempat berkumpul untuk naik bas. Semangat sangat nak pergi lawatan.
Ummi dengan Adik Rayyan dah sampai awal kat tempat berkumpul untuk naik bas. Semangat sangat nak pergi lawatan.
Adik tak pernah ikut lawatan sekolah. Ummi tak harap sangat macam abang Aus dulu. Abang dulu, ummi lepaskan dengan cikgu jer sebab ummi tak banyak cuti. Abang ikut jer cikgu. Yang adik ni ummi tak harap sangat sebab memang dia tak tahu apa-apa. Nak pergi tandas ke nak makan pun tak pandai. Haiii baiklah ummi ikut.
Kami tiba di zoo Sunway pada pukul 9.30 pagi.
Biasalah kalau dah pergi rombongan dengan anak-anak ni memang kena jaga keselamatan anak. Guru, mak-mak dan penjaga kena sentiasa berjaga-jaga sebab macam-macam boleh berlaku. Kena utamakan keselamatan.
Kami beratur untuk masuk ke dalam zoo. Kena pakai tiket dulu sebelum masuk.
Anak-anak seronok dan teruja sangat bila dapat masuk sini.
Kami tengok banyak haiwan kat sini. Yang best bila ikut rombongan anak-anak ni, akan ada renjer yang akan bawa pergi kepada setiap haiwan yang ada. Bila dah sampai tempat haiwan ini akan diberi penerangan tentang haiwan tersebut. Kalau kita pergi sendiri kena explore sendiri dan belajar sendiri.
Kami keluar dari zoo Sunway dalam pukul 12.30 untuk makan tengahari di KFC yang dijadualkan.
Lepas makan kami meneruskan lagi perjalanan ke kilang coklat Beryl's di Balakong. Oh ya Zoo Sunway tu di Sunway Pyramid sekali dengan Sunway Lagoon.
Ini adalah lokasi terakhir kami untuk lawatan kali ni.
Masuk kilang coklat, kita tambah ilmu mengenai coklat. Jangan tahu makan je. Hihi.
Terdapat 3 jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat hitam. Yang paling sedap coklat susu, dan coklat yang sihat ialah coklat hitam. Ikut selera masing-masing yang mana nak sedap.
Sebelum balik kena shopping coklat dulu untuk guru-guru dan ibu/penjaga yang nak memborong coklat.
Di kilang ni, anak-anak dapat merasa coklat percuma. Kak Feni nampak ramai anak-anak dari sekolah lain yang datang untuk melawat kilang coklat hari ni.
Kami bertolak pulang pukul 4.00 petang dan sampai di tempat berkumpul pukul 4.30 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...