Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

October 4, 2022

Balik Kampung Anak Saudara Bertunang

Alhamdulillah for today. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia Dia, kita masih diberikan waktu dan peluang untuk perbaiki apa yang kurang. Kita manusia ni tak lari dari membuat kesilapan. Memaafkan dan berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. InshaAllah.


Hari Jumaat yang lepas. Kami sekeluarga balik kampung sebab anak saudara Kak Feni bertunang. Kami bertolak balik lepas maghrib. Bila dah malam ni drive pun mengantuk. Sampai di Gua Musang pukul 12.00 pagi. Suami Kak Feni cakap nak rehat sekejap. Kak Feni memang tak tahan mata dan macam tak confident untuk drive malam. Jadi kami tidur jela  dalam kereta.


Plaza Tol Gombak Jem


Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Bangun cuci muka teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Dari Gua Musang nak sampai rumah mek pun bukan dekat 2 jam lebih juga baru sampai. Lepas subuh 6.30 pagi sampai rumah Tokmek. Dijemput dengan pelbagai bunyi haiwan peliharaan ayahngah. Haha


Mulanya Kak Feni nak sambung tidur sebab mengantuk. Haha macam i ols je yang drive. Husband terus ajak pergi cari makan sarapan. Makanya kami pun beramai-ramai naik kereta baru Cikni untuk cari sarapan di Pasir Puteh. Balik kampung tak boleh nak diet sebab makanan semua sedap-sedap belaka.


Balik rumah siap-siap untuk pergi rumah Abang Long untuk persiapan bertunang. Dah siap semua cuma nak kemaskan sikit-sikit je. Tambah riben susun dalam pahar.






Rombongan meminang bertolak ke destinasi lepas zuhur. Kami bersiap makan tengahari di rumah Abang Long. Sampai sana tak lama dan majlis pun bermula sebelum Asar. Alhamdulillah selesai urusan peminangan anak saudara kami. Dipermudahkan segala urusan. 



Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kami sampai pun dijemput dengan penuh meriah. Rezeki semua. Allah permudahkan semuanya. Yang lain-lain kita doa yang baik-baik dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.


Bila dah balik kampung ni macam-macam nak buat. Tolong tokmek repair singki. Pasang pukat nak buat reban ayam. Haish macam tak cukup masa. Takpelah sekali sekala balik kan. InshaAllah ada masa balik lagi.

March 9, 2022

Mengopi Dengan Husband


Ahad pagi 6/2/2022 kami keluar awal sebab ada bantuan pakaian sekolah untuk anak-anak. Kena pergi ambil di Dewan Komuniti Semenyih. Ummi pergi dengan abah je sebab anak-anak malas bangun awal. Haha taknak bangun apa susah? Kita tinggal jela.


Kami ikut jalan belakang ikut jalan Sungai Tekali sebab tak jem. Kalau ikut jalan luar highway mesti lambat sebab kereta banyak. Kami sampai awal dalam pukul 10.00 pagi. Masa ni belum ramai lagi orang yang datang. Saiz baju pun kami ikut je rasa-rasa muat sebabnya tak bawa anak-anak.



Alhamdulillah dah selesai dapat baju sepasang seorang. Anak lelaki dapat sepasang baju melayu dan sampin. Jenama Canggih. Sebenarnya kami dapat voucher dari Kerajaan Negeri RM100 untuk mangsa banjir. Alhamdulliah tak perlu keluar duit beli baju sekolah agama. Ni pun dinamakan rezeki.


Kami selesai awal sebab sampai awal. Balik kami ikut jalan belakang juga sebab taknak hadap jem. Masa on the way nampak kedai minum. Kami ingat nak singgah gerai biasa je. Tak sangka jumpa pulak kedai hipster. Bolehlah ootd nanti sebab kopi dia sedap.



Kak Feni pilih satu kopi karamel dan coklat. Dua-dua sedap. Coklat nice sebab tak manis sangat. Kopi Karamel masa mula-mula minum sedap sangat sebab tak manis. Bila karamel dan ais cair campur semua jadi manis. 





Cafe ni buka bermula pukul 11.00 pagi. Kami customer pertama hari ni. Owner masih dalam persiapan untuk opening kedai. Kerana cantik dan menarik kami singgah. Sementara tunggu kopi siap, kami selfie dulu ditemani seekor kucing namanya bobby. Owner cafe kata, dia memang suka melayan customer.




Sebenarnya ada seekor lagi yang bulu lebat sambut kami masa kami sampai tapi entah kemana dia masa kami menunggu minuman sampai.


Sebenarnya Kak Feni lupa nama cafe ni tapi kalau ikut jalan ingat sebab cafe ni berhadapan dengan kedai sup gear box. Hehe next time nak lepak-lepak ootd boleh pergi lagi sebab ada kolam yang cantik. Masa ni masih under construction sebab ada orang tengah buat pondok di kawasan cafe.







Cantikkan view dia ?

Semoga ada rezeki boleh mengopi lagi. Lepas minum terus balik sebabnya husband Kak Feni masih ada kerja untuk di selesaikan. Sekali sekala boleh dating kan. Hehe

February 16, 2022

Balik Kampung Tengok Tokmek

Jumaat lepas balik kerja malam terus gerak balik kampung sebab mek Kak Feni kurang sihat. Sakit pinggang ke bawah. Nak bangun pun susah. Balik tolong tengokkan dia. Kami pun tahun ni tak balik lagi. Raya Cina hari tu tak balik sebab husband kerja. Kereta pulak takde masih di bengkel.


Kami minta tolong Kak Ani datang jemput sebab semua nak balik. Abah kena apply leave hari Sabtu dan Isnin. Kak Feni apply hari Isnin je. Balik tak kemana pun duduk rumah tengok dan uruskan Tokmek je. Jadi tak bawa barang banyak. Balik naik viva kami 5 beranak. Janji sampai. Alhamdulillah selamat balik dan kembali.


Cuci porsche dulu sebelum balik


Dah hensem selepas cuci

Kami gerak balik pukul 10 malam dari Hulu Langat. Banyak juga singgah sebab nak rehat dan rawat la, lapar lah, mengantuk la macam-macam lah kalau dah ramai ni. Singgah R&R Gua Musang. Best makanan kat sini sedap-sedap belaka. Haha setiap kali balik mesti singgah sini cari makan.

Balik kampung memang tak boleh nak diet. Makanan sedap-sedap semuanya.

Lepas rehat di Gua Musang kami teruskan perjalanan ke Kuala Krai. Masa dari Gua Musang ke Kuala Krai Kak Feni dah tidur. Mengantuk sangat rasa. Suami seorang je yang drive. Sedar-sedar dah sampai stesyen minyak dekat Kuala Krai. Rehat lagi sebab mengantuk. Balik lepas balik kerja memang banyak singgah sebab penat. Lagipun tak kejar sangat janji selamat sampai. 

Kami sampai di Uitm Machang dalam pukul 8 pagi singgah sarapan di kedai kawan Kak Ani. Nasi berlauk sepinggan RM3 saja. Banyak yang kami borong. Makan di kedai dan bawa balik. Lepas makan kami gerak balik singgah rumah Abang Long Kak Feni bagi sarapan untuk diorang. Bagi juga untuk pekerja Abang Long yang kerja bengkel.

Terus gerak balik rumah Tokmek. Kami sampai dalam pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah selamat sampai walaupun mengambil masa yang lama. Pagi Sabtu baru sampai. Tokmek pun nampak ceria bila tengok anak-anak menantu dan cucu-cucu balik. 

Sabtu petang kami keluar ke Machang untuk belikan Tokmek tongkat supaya senang dia nak bangun dan berjalan. 




Kami panggil tukang urut untuk urutkan Tokmek sebab dia kata sakit pinggang ke bawah. Alhamdulillah hari Ahad pagi tukang urut datang untuk mengurut. Petang Ahad tu kami ajak keluar jalan-jalan ke Pasir Puteh untuk cari bingsu. Mulanya dia taknak keluar sebab tak larat. Cucu-cucu dok pujuk jomlah Tokmek. Jomlah Tokmek. Bangun juga. Masa ni nampak ceria sikit muka lepas urut. Alhamdulillah.



AyahNgah duduk depan. Kami berempat duduk belakang. Ciknie keluar pergi niaga dengan kawan-kawan beliau. Mula nak pergi makan bingsu dekat Jiwa Kopi & Bingsu di Pasir Puteh tapi tutup. Cari lagi tepi-tepi jalan. Dah jumpa tapi takde meja pulak nak duduk. Hanya bungkus. Jadi kami meronda lagi last-last jumpa bingsu depan stesyen Petronas Pasir Puteh kedai nama Wani Tomyam.  Alhamdulillah kalau tak kempunan nak makan bingsu. Hahahaha


Menunggu bingsu dan makanan. Kelantan syurga makan. Harga pun murah dan sangat puas hati. Macam mana rupa bingsu ? Nahhh dalam photo di bawah.




Ni lah rupa bingsu. Kalau di KL ni macam mykori. Tapi mykori kan mahal. Bingsu ni lagi sedap. Hahahaha setakat ni Kak Feni rasa lah kan.  Tak tahulah dia buat macam mana. Kalau dekat jiwa kopi & bingsu ada kek. Keknya sedap. Di kedai ni ada western food. Kami order meat ball dan fries. Adik request nak bingsu coklat. Ummi berkira-kira nak buah-buahan. Tapi takut tak habis order 1 jela sebab yang lain order minum biasa. 1 bingsu share beramai-ramai. Okey jer sebab portion dia banyak. 

Lepas makan kami pulang dengan hati yang senang. Alhamdulillah.

Hari Isnin pagi, tukang urut datang lagi. Sambil urut tokmek, Kak Feni pun urut juga. Baru sedap rasa badan. Sekali sekala manjakan diri kan. Hehe. Lepas tu tengahari kami dah siap-siap nak balik ke lubuk rezeki. Tinggal Tokmek dengan AyahNgah kembali. InshaAllah ada rezeki kami balik lagi. 

Balik kali ni memang takde mood sangat nak berphoto atau bervideo sebab Tokmek kurang sihat kan. Mohon doakan Tokmek kembali sihat macam sediakala. Kita boleh jalan-jalan tengok dunia lagi. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kita semua.

December 17, 2020

HARI APRESIASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL KANAK-KANAK TABIKA KEMAS - ADIK RAYYAN

Alhamdulillah hari  ni selesai urusan ummi dengan abah untuk bawa Adik ke sekolah bagi majlis penyampaian sijil. Tahun depan dah naik darjah 1 dah adik. Cepatnya masa berlalu. 






Ummi pilih sesi paling awal sebab nak masuk kerja lepas tu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Kami sampai pun tak ramai ibu bapa dan pelajar. Hanya ada seorang bapa dan seorang pelajar je. Semua kena ikut SOP. Sepatutnya 2 orang je boleh datang. Tapi sebab tak ramai orang, cikgu bagi abah dengan abang masuk sekali. Alhamdulillah rezeki.

Lepas dapat sijil dan beg sekolah. Cikgu bagi buku yang tak sempat kami ambil masa cuti sekolah hari tu. Adik kena habiskan sebelum naik darjah 1 tahun depan.

Kalau belajar dengan ummi dia banyak hal. Penatlah, letihla, mengantuklah dan macam-macam lagi. ABC pun dia tak ingat lagi rupa macam mana. Sebut pandai. 

Harapnya tahun depan semua baik-baik saja. Bijak macam abang. 

Lepas selesai urusan di sekolah adik. Kami hantar adik dengan abang ke rumah opah. Ummi dengan abah terus ke tempat kerja. Hari ni abah hantar sampai opis. Balik nanti ummi kena naik pengangkutan awam macam biasa. Nanti abah jemput di Stesyen MRT.

Ummi sentiasa doakan kejayaan anak-anak dan menjadi anak yang soleh. Amin.










November 12, 2019

Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah 2019

Hari ni berlangsung Program Majlis Khatam Iqra' Peringkat Sekolah untuk tahun 2019 di sekolah Abang Aus. Alhamdulillah Abang Aus terpilih untuk menyertai majlis tersebut. Hari-hari kena pergi sekolah sebab ada latihan. Semalam jer dia tak dapat hadir sebab sakit perut.

Ustazah mohon supaya anak-anak yang terpilih bawa bunga telur 10 biji seorang. Haha jenuh jugalah ummi dengan abah mencari bunga telur. Kedai pengantin tak banyak di Langat ni. Kebetulan pulak hari Sabtu dengan Ahad lepas memang sibuk dan penuh dengan aktiviti kenduri dan macam-macam.

Mujurlah pagi semalam kami dapat beli bunga telur di kedai serbaneka. Adalah yang jual loose. 1 bunga RM1. Nak beli satu kotak, ingatkan membazir lupa pulak yang nanti nak buat pulut kuning sempena majlis khatan Abang Aus. Takpelah nanti kita beli lain.

Semalam balik kerja, kami kena patah balik ke pejabat abah sebab nak ambil beras. Dok pi mai pi mai sampai rumah dah dekat pukul 11.00 malam. Ummi cepat-cepat siapkan telur untuk direbus. Mujurlah abahnya suruh pergi beli lebih, yang ada kat rumah ngam-ngam 10 biji. Bila rebus ada yang pecah. Nak letak di bunga telur tak cantik kalau pecah.

Makanya, dekat pukul 12.00 baru siap semua. Gosok baju Abang Aus dan masukkan telur dalam bunga telur.



Tadaaa dah siap bunga telurnya. Pagi tadi ummi tengok ramai juga yang bawa bunga telur tapi isinya bukan telur, ada coklat, ada gula-gula dan macam-macam lagi lah. Ummi ikut jer apa yang ustazah nak. Letak telur, hihi.

Pagi tadi Abang Aus dan Adik Rayyan bangun awal dari biasa. Kalau tak nak pergi sekolah baru riuh rendah bangun. Selalunya abah hantar Abang Aus dulu baru balik ambil adik kemudian hantar ke sekolah adik. Hari ni kami semua keluar awal.


Pagi-pagi ummi siapkan cantik dan handsome jer. Abah ambil gambar dulu nak buat kenangan dan share dalam group family. Ummi nak hantar masuk tengok dewan pun tak bagi. Nak pergi sendiri tapi ummi masuk juga konon nak hantar bunga telur.

Ummi tengok ramai ustazah tengah siap-siapkan bunga telur dan barangan untuk majlis. Nampak macam meriah sungguh. Seronoknya anak-anak. Majlis ni hanya murid dan guru sahaja. Jadi ibu bapa tak perlu hadir.



Selesai majlis, ustazah ada share gambar anak-anak dalam group. Alhamdulillah, ummi sangat bangga dengan Abang Aus. Harapnya tahun depan masih kekal dengan prestasi cemerlang macam ni.



Semoga terus menjadi anak yang soleh, bijak dan cemerlang untuk diri sendiri, ummi, abah, adik, keluarga, agama dan bangsa. InshaAllah doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang dan adik.

Tahun depan kita sama-sama usaha supaya lebih baik dan baik. InshaAllah.


October 24, 2019

Jalan-jalan Di Pantai Morib - Banting Selangor

Bila dah start menulis cerita jalan-jalan ni banyak lah kisah berjalannya.

Ahad lepas kami sekeluarga melawat sepupu abah di Dengkil, Selangor. Bila dah sampai sana kami pun lajak lah sikit terus ke Pantai Morib. Bawa anak-anak berjalan dan kami yang tua bangka ni pun tumpang seronok jugak. Biasalah tu kan ?



Alhamdulillah hari yang kami pergi ni cuacanya sangat cantik dan redup. Nak kata panas sangat sampai terik tu tak. Jadi kami bolehlah jalan-jalan dan santai-santai di tepi pantai. Beli makanan ringan macam goreng pisang, apam balik dan minuman untuk bekalan lepak santai. Berkelah tepi pantai lah kononnya.

Anak-anak dah teruja dari awal lagi. Sibuk tanya boleh mandi tak ummi ? Ummi cakap sini tak boleh mandi, boleh tengok laut jer. Lagipun baju tak bawa. Hahaha memang tempat ni bukan tempat mandi. tempat nak lepak dan makan-makan boleh lah.




Macam biasalah kami, kalau berjalan dan tak bergambar kenangan memang tak sah. Mesti nak jugak snap-snap gambar untuk kenangan. Maklumlah mana pernah sampai. Fisrt time sampai sini.

Mula-mula sampai dah nampak orang naik kuda. Anak-anak biasalah teruja nak naik tapi ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kak Feni tengok ada orang yang berbadan besar naik kuda kecik sampai terjelir-jelir lidah dia keluar. Haishhh tak sampai hati nak tengok. Eh sejak bila aku jadi pencinta haiwan ni ?

Kami teruskan berjalan dan cari pondok yang sesuai untuk lepak santai. Ewah !



Adalah satu pondok yang kosong, kebetulan acik yang duduk situ dah nak balik. Dia pun panggil kami suruh duduk situ. Kami main terjah apa pun tak bawak. Melenggang Cik Kiah macam biasa. Kami lepak sini tak lama. Dalam sejam macam tu lah layan anak-anak nak naik basikal moto tu. Ummi yang over sebenarnya. RM20 untuk 20 minit harga sewa motor. Jadi untuk sekelian makhluk manusia, nak berjalan spare-spare lah duit sepatutnya. 

Adik sibuk nak naik kuda dan Kak Feni sempat lah tanya budak yang bawa kuda tu harga berapa ? Sambil-sambil dia bawa orang tu dia cakap untuk kanak-kanak RM15, dewasa RM25. Ummi tak bagi sebab kesian dekat kuda tu. Kuda padi yang kecik tu. Haha sampai hari ni adik mengungkit nape ummi tak bagi dia naik kuda. Sabor jela dengan budak bertuah tu.


Best lepak sini sebab angin laut yang sejuk mendamaikan. Abahnya sampai terlena bila lepak di pondok ni. Suasana petang yang redup dan tak panas sungguh cantik. Pantai ni memang tak sesuai untuk mandi manda. Kak Feni nampak ramai juga orang yang turun untuk cari siput ke apa entah di dalam lumpur kat pantai tu.


Dalam perjalanan sebelum sampai Pantai Morib, Kak Feni nampak ada banyak homestay dan hotel-hotel bajet yang boleh kita tempah kalau nak bermalam. Jadi next time kalau ada rezeki boleh pergi berkelah lagi. InshaAllah kalau ada rezeki.

Nanti kita plan pulak nak gi mana lepas ni. Selalunya yang tak rancang tu yang jadinya. Haha bila dah plan ni macam-macam hal khenn? 



September 3, 2019

Kembali Bertugas Setelah 4 Hari Bercuti

Ewah kau, orang lain 3 hari cuti kau tambah sehari.

Jumaat lepas ada emergency case tu yang kena EL. Urusan anak-anak memang tak boleh nak dielakkan. Hari ni kembali bertugas dengan list kerja yang sangat menimbun.

Cuti kali ni kami tak kemana pun hanya duduk dan lepak di rumah je. Habis baju basuh, sidai dan lipat. Lantai berkali-kali mop. Jadi suri rumah sepenuh masa untuk 3 hari. Jumaat tu duduk rumah mertua tunggu anak-anak sekolah.

Sabtu tu, lepak rumah layan anak-anak. Hari merdeka jatuh hari Sabtu, jadi abah dapat cuti. Anak-anak mula mengamuk nak keluar jalan. Kami tak tahu nak pergi mana sebab dah petang. Kami bawa anak-anak pergi karaoke. Masing-masing suka menyanyi ikut abahnya,





Nak menghilangkan rasa bosan. Anak-anak ni kalau tak bawa keluar mulalah jom kita pergi jalan-jalan. Entahlah tahun ni macam tak ada mood nak pergi bercuti. Tahun lepas puas jalan sana sini. Tahun ni banyak duduk rumah dan lepak dengan family je.

Tahun depan inshaAllah banyak plan nak jalan. InshaAllah jauh sikit. (semoga tercapailah).

Hadoii banyak benda nak kena plan ni. Banyak kerja yang nak kena buat. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

July 3, 2019

Ragam Anak-Anak Sementara Nak Besar

Alhamdulillah hari yang tersangat sibuk untuk Kak Feni hari ni. Pagi-pagi dah mula kelam kabut. Nak kata tak buat rancangan awal dah buat tapi biasalah kita merancang dan Allah yang menentukan. Semalam sakit perut jadinya tidur malam tak berapa nak lena. 2 3 kali jugalah berulang ke toilet.

Pagi ni, dalam kelam kabut pun sempat juga siapkan anak-anak. Abang Aus pergi sekolah dengan jayanya dan Adik Rayyan ishtiharkan yang beliau cuti. Dalam seminggu ada lah sehari dua dia mengelat taknak pergi sekolah. Esok, kalau dia tak pergi sekolah ummi piap peha dia dengan rotan.

Hari Isnin dia cakap dia penat tak sekolah. Semalam okey pergi sekolah. Balik bawa kad yuran untuk ummi bayar yuran bulan Julai. Ummi dah siap-siap letak duit dalam kad nak bayar hari ni. Dia buat akai taknak pergi sekolah.



Semalam balik rumah lambat dari rumah opah. Selalunya dah siap buat kerja sekolah di rumah opah. Semalam masing-masing bawak keluar buku nak buat kerja sekolah masing-masing. Ummi ni walaupun letih dan tak larat balik lambat kena kuatkan semangat layan anak-anak. Buat kerja sekolah sampai selesai. Selalunya Angahnye yang jadi cikgu kalau ummi tak ada.

Adik pulak nye mari angin malas buat kerja. Huruf D pun jadi huruf O. Last-last ummi padam semua dan suruh dia buat semula. Baru nampak cantik sikit. Hahaha nak ngajor ni memang kena sabar banyak-banyak.


Buku tu sampai terkoyak rabak nye padam guna pemadam. Balik rumah sibuk suruh ummi salotape. Pandai pulak nye cari tempat salotape. Salotape pulak kena sorok, kalau tak habis dikerjakannya. Ada je projek dia. Sedar-sedar dah habis. Hurmmm memang kena spare lain lah.

Alat tulis pun sama, kena spare banyak-banyak sebab setiap masa akan ada jer barang hilang. Hari ni pemadam, esok pembaris dan kadang-kadang tu sampai takde apa dalam pencil case anak-anak. Pensil warna tu tak payah cerita. Tak cukup sokmo.

Kalau ada apa-apa event melukis ke, mewarna ke, memang sah kena beli baru. Bila beli kena beli 2 sebab anak ada 2 kan. Kalau beli 1 memang buat gaduh. Hero pulak kan. Nak tak nak kena hadap. 😂😂

Takpelah nak buat macam mana sementara tunggu depa besar. Layan jela ! Esok-esok bila depa dah besar ummi tak tahu berpeluang ke tak nak layan anak-anak macam sekarang ni. Biarlah depa membesar dengan bahagia sebagai kanak-kanak.

Apa yang ummi boleh buat untuk anak-anak, bimbing dan doakan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga menjadi anak yang soleh, berguna, berbakti dan berbuat kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Cabaran menjadi ibu yang bekerja macam Kak Feni ni memang mencabar. Hanya doa dari jauh untuk anak-anak sementara ummi keluar bekerja.

June 28, 2019

Adik Rayyan Sambut Hari Raya Di Sekolah

Hari ni Adik Rayyan ada majlis hari raya di sekolah. Mulanya dia macam malas nak pergi sekolah. Bila ummi cakap hari ni sambut raya dan kena pakai baju raya terus excited nak mandi dan bersiap. Pakai baju raya upin ipin dia yang kami beli dekat Jakel. 

Seronok sangat dapat pakai baju raya sebab dia cakap macam Ipin.



Ummi suruh dia pakai selipar jer sebab di sekolah kena buka kasut tapi dia excited nak pakai jugak kasut sport yang beli sama macam Abang Aus. Ikut jela kehendak beliau janji nak pergi sekolah. Kalau dia buat akai taknak pergi sekolah lagi huru hara.

Cikgu suruh bawa juga juadah untuk port luck. Oleh kerana ummi ni seorang yang sangat pandai memasak, jadinya kita masak jelah di kedai yang berhampiran. Mulanya nak beli kuih bahulu je sebekas, pergi ke kedai semuanya dah sold out 😂😂. Jadinya kami pusing-pusing kedai nampak ada apam polkadot. Beli jelan RM10 untuk dibawa ke sekolah.

Pagi ni, hantar adik dulu sebab ummi dengan abah kena pergi jumpa ustazah di sekolah agama untuk tahu perkembangan anak. 

Sampai di sekolah adik, macam biasa. Kena hantar dia sampai masuk kelas.


Muka monyok je pagi-pagi sebab mood belum mari. Hahaha ummi nak ambil gambar pun taknak. Nak duduk tempat pun kena ikut yang dia mahu. Mujurlah cikgu pun okey. Sekarang dah okey dari mula-mula masuk sekolah dulu. Duduk pun depan cikgu di meja cikgu. Sekarang ni dah boleh duduk dengan kawan-kawan. Alhamdulillah perkembangan yang baik.



Seronok hati ummi bila cikgu hantar gambar dalam group whatsapp, yang dia dah pandai ambil makan sendiri. Bukan apa, sebelum ni dia memang tak makan. Sanggup berlapar sampai balik rumah. Bila balik sampai rumah terus minta makan dengan opahnya. Mujur kamu duduk dengan opah dik oii. Boleh layan kerenah kamu.

Bila tanya kenapa adik tak makan. Dia jawab dia malu sebab dia makan comot 😟. Hurm kalau ada hari-hari yang makan guna sudu macam mee goreng ke, baru dia nak makan. Dahlah susah nak makan. Kalau kena dengan selera dia baru dia nak makan.

Sekarang alhamdulillah dah pandai bergaul dengan rakan-rakan lain. Takpelah syukur sebab kalau ikut umur dia baru nak masuk 5 tahun. Hujung tahun ni, bulan 12 baru cukup umur 5 tahun. Sebagai ibu, ummi bangga dengan perkembangan anak ummi.

Semoga Adik Rayyan terus membesar menjadi anak yang soleh. InshaAllah.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...