Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

October 5, 2022

Dunia Tempat Kita Bersusah Kerana Syurga Itu Bukan Percuma

Gaji bulan lepas lambat masuk. Biasalah kalau kerja dengan company swasta macam ni. Tapi tak mengapa sebab dapat juga. Alhamdulillah masuk je gaji terus transfer sana sini selesaikan komitmen bulanan. Maklumlah kita ni kalau tak kerja macam mana nak hidup kan ?


Apapun dunia ni tempat kita bersusah-susah. InshaAllah ada keberkatannya. Kadang-kadang rasa penat dengan urusan dunia. Berehatlah sebentar dan mulakan sekali lagi. Hidup ini penuh dengan ujian. Kalau takde ujian takdelah nikmat hidup ni kan.


Banyak benda nak kena buat bulan ni. Allah rasa macam tak cukup masa dan tak cukup nafas. Haha kalau nak cerita kat orang tapi orang pun taknak tahu. Huhu. Susah kita biarlah kita jela yang tahu. Kita share yang baik-baik jelah.


SSM nama Kak Feni dah nak expired bulan 11 ni. Jadi kena renew sebelum expired. Kak Feni masih belum sempat gi daftar online untuk renew SSM dalam talian. Kena pergi pejabat SSM untuk tumb print. Jadi kena renew di Bank Simpanan Nasional dulu. Entah bila nak pergi SSM tak tahu. Niaga kecil-kecil macam Kak Feni ni, Allah jela yang tahu. Takde SSM susah juga.


Dulu pernah kena denda sebab tak pergi tutup company. Dulu macam-macam company Kak Feni register di SSM. Ada yang personal dan ada yang enterprise. Last-last lingkup macam tu je sebab tak cukup modal nak pusing. Sekarang tenang-tenang je hidup. Rezeki tak kemana. InshaAllah.


Duit ni kalau kita kejar, kita akan jadi hamba duit. Tak tenang kalau tak dapat kejar sales. Sekarang rezeki tu sentiasa ada dan tenang-tenang jela. Nak pulun sampai lupa diri, lupa keluarga. Allah rasanya masa tu dah berlalu. Sekarang hanya nak nikmati je hidup ni. Alhamdulillah. 


Nikmatnya bila kita sentiasa bersyukur. Memberi tanpa mengharapkan balasan. InshaAllah sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Memaafkan saat hati terluka. Berdiam diri saat marah. Ya Allah, kita hamba yang tak sempurna. Selalu terkhilaf dan berdosa. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita untuk sentiasa ikhlas dalam semua perkara. 





Alhamdulillah...

August 10, 2022

Alhamdulillah untuk hari ini

Alhamdulillah dapat datang kerja dan anak-anak pergi sekolah pagi ni. Allah susahnya nak lawan penyakit malas ni kan. Nak istiqamah je arah kebaikan. Nak buat baik dan disiplinkan diri. Kita mak-mak ni cuba yang terbaik untuk keluarga.


Kita mak-mak ni kena kuat. Tak boleh lemau-lemau. Kalau rasa malas sekalipun tetap kena kuat untuk suami dan anak-anak. Kekuatan rumah tangga. Kalau kita pun lemah, seluruh isi keluarga akan lemah. Betul tak ?


Suami pun, kalau kita membebel baru nak buat. Ibarat macam anak sulung. Begitulah ceritanya. Setiap rumah tangga tu Allah uji macam-macam kan. Jadi kita hamba ni jangan putus asa untuk sentiasa jadi baik dan buat yang terbaik.


Hari ni Kak Feni terbaca satu kisah dimana tentang aura negatif. Bila kita bersama orang yang sentiasa negatif, kita akan jadi negatif orangnya. Jadi kena cari orang yang sentiasa positif untuk hidup ini. Duduk dalam persekitaran negatif secara tak langsung aura negatif tu akan melekat dekat kita.


Pagi-pagi kena selalu beryukur dengan nikmat yang Allah bagi supaya kita boleh nikmati aura positif yang ada di sekitar kita. Kalau ada peluang bersahabatlah dengan alam sebab alam kita ni penuh dengan aura positif. 



Semoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah bagaikan air yang mengalir tanpa henti. 💓

August 5, 2022

Salam Jumaat 7 Muharram 1444

Kadang-kadang hidup ni. Apa yang kita inginkan Allah tak tunaikan atau lambat tunaikan bersebab. Dia sedang merancang yang lebih baik untuk kita. Kita merancang dan merancang. Plan itu ini tapi at last tak jadi sebab macam-macam sebab.


Kita renungkan kembali, mesti ada hikmah kenapa ini terjadi. Mungkin Allah sedang beri yang terbaik untuk kita cuma kita yang tak nampak sebab apa ? Sebab kita ni tak sabar.


Allah suruh kita sabar sikit je tapi kita ni kalut. Semua nak cepat. Kalut nak kejar apa tak tahu. Last-last habuk pun takde.


Bila dah berumur 30-an nak masuk 40-an ni. Alhamdulillah Allah bagi hidayah untuk berfikir lebih matang untuk setiap tindakan. Kadang-kadang kita bila nak marah boleh buat tindakan yang akan membinasakan bukan saja diri sendiri malah orang lain.


Jadi tenang. Bertenang dan tarik nafas untuk membuat keputusan. Bila kita bertenang, keputusan yang kita buat pun lebih bijak dan rasional. Biasalah hidup ini. Tak semuanya mudah seperti yang kita mahukan. Allah uji sikit untuk tengok sejauh mana iman kita.



Semoga pengakhiran kita yang baik-baik dan sentiasalah berdoa agar dijagakan hati dan iman oleh Allah. 

July 22, 2022

Serah Semua Pada Yang Esa

Dah setengah tahun bagi tahun 2022 ya kita ni. Kak feni masih sama macam awal tahun. Masih kerja dan terus kerja sehingga sampai bila tak tahu. Selagi diberikan waktu la kan. Kak Feni takut pulak nak tengok segala media sosial sekarang ni. Macam bagi hint supaya jangan itu jangan ini.


Dah tu kita yang kais pagi makan pagi ni macam mana. Malas nak fikir lah. Biarlah yang nak berfikir tu fikir. Tugas kita sebagai hamba ni jalani saja dan usaha sehabis baik. Ada nasihat yang boleh kita guna, kita guna. Ada nasihat yang kita tak boleh pakai, kita abaikan.


Sekarang ni ramai yang kena penyakit kemurungan sebab terlalu banyak fikir benda yang kita tak tahu. Runsing dengan benda yang tak pasti. Kita ni manusia hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah. 


Hati pun kalau nak tenang dengan mengingati Allah. 


June 27, 2021

Sombong Nak Ke Mana ?



Sombong-sombong nak pergi mana? Hidup ni tak perlu nak sombong sangat sebab apa yang ada kat muka bumi ni hanyalah sementara. Semuanya pinjaman semata-mata dan semuanya ujian yang Allah bagi kepada kita. 


Nak sombong sangat sampai kemana ? Entahnya hidup ni kalau rasa boleh mati sendiri buatlah. Haha hanya ingatan untuk diri sendiri je ni. Tak semua orang sukakan kita jadi kita hiduplah dengan cara kita sendiri dan carilah bahagia kita sendiri.


Nak hidup indah tenang dan bahagia ni mudah je. Tak perlukan banyak modal. Asalkan hati bersih dan bersihkan hati inshaAllah semuanya dipermudahkan segala urusan. Berlapang dada dalam segala hal. Dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk jadi insan yang lebih baik.


Biasalah hidup ini kan macam roda. Sentiasa berputar atas ke bawah dan bawah ke atas. Ada masa kita akan rasa lapang dan masa kita rasa sesak. Namun kita laluinya dengan tenang. Semuanya akan kembali baik-baik belaka.


Orang lain nak sombong dia punya hal, yang penting kita yang perbetulkan diri kita. Jangan begitu sebab kita takkan tahu bila ujian Allah nak datang. Dan kadang-kadang ujian tu datang untuk menegur kita supaya jangan sombong dengan Allah, dengan manusia serta dengan makhluk Allah.


Allah tak suka dengan orang yang sombong. Jadi siapa kita nak sombong-sombong sangat ni ?


Satu lagi bab adab sesama manusia. Kalau kita murid atau pelajar haruslah menghormati guru yang menyumbangkan ilmu kepada kita. Kita yang nak timba ilmu dari dia wajib menghormati dia. Tidak kita umurnya masih muda berbanding kita. Adab berguru barulah diberkati.


Soal berkat ni jangan dibuat main sebab kalau tak berkat macam mana nak hidup tenang kan ? Namun apapun serahkan pada Allah semuanya. Segala ujian yang Dia bagi mesti ada hikmahnya. Dia yang menjadikan kita hamba di dunia ni mesti bersebab kerana Dia lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


Kita hamba, dalam mengejar syurgaMu, akan sentiasa diuji dengan berbagai ujian dan cabaran. Namun semoga Allah sentiasa menjaga dan merahmati hidup kita. Syurga itu bukan percuma dan hidayah itu milik Allah. Namun kita haruslah mengejar syurga itu dan sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. InshaAllah. Alhamdulillah.


Sampaikanlah walau satu ayat.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...