Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

August 10, 2022

Alhamdulillah untuk hari ini

Alhamdulillah dapat datang kerja dan anak-anak pergi sekolah pagi ni. Allah susahnya nak lawan penyakit malas ni kan. Nak istiqamah je arah kebaikan. Nak buat baik dan disiplinkan diri. Kita mak-mak ni cuba yang terbaik untuk keluarga.


Kita mak-mak ni kena kuat. Tak boleh lemau-lemau. Kalau rasa malas sekalipun tetap kena kuat untuk suami dan anak-anak. Kekuatan rumah tangga. Kalau kita pun lemah, seluruh isi keluarga akan lemah. Betul tak ?


Suami pun, kalau kita membebel baru nak buat. Ibarat macam anak sulung. Begitulah ceritanya. Setiap rumah tangga tu Allah uji macam-macam kan. Jadi kita hamba ni jangan putus asa untuk sentiasa jadi baik dan buat yang terbaik.


Hari ni Kak Feni terbaca satu kisah dimana tentang aura negatif. Bila kita bersama orang yang sentiasa negatif, kita akan jadi negatif orangnya. Jadi kena cari orang yang sentiasa positif untuk hidup ini. Duduk dalam persekitaran negatif secara tak langsung aura negatif tu akan melekat dekat kita.


Pagi-pagi kena selalu beryukur dengan nikmat yang Allah bagi supaya kita boleh nikmati aura positif yang ada di sekitar kita. Kalau ada peluang bersahabatlah dengan alam sebab alam kita ni penuh dengan aura positif. 



Semoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah bagaikan air yang mengalir tanpa henti. 💓

August 10, 2018

MOTIVASI HARI INI : 5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


Bangun pagi, gosok gigi dan mulakan tugas harian dengan sempurna. Kadang-kadang ada juga suara jahat yang menyeru supaya jangan buat baik. Jangan solat subuh. Jangan pergi kerja. Duduk je di rumah. Rehat-rehatkan badan dan otak. Hahaha memang selalu sangat perkara jahat itu bermain di kepala.

Kita ni kalau nak buat benda baik memang rasa susah sangat. Payah bebenor nak konsisten dan terus buat baik. Kalau buat benda yang tak elok tu mudah je. Macam tu lah hidup ni. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak kontrol apa yang kepala kita fikir memang mudahlah gagal hidup kita ni.

Macam mana kita nak kontrol diri dan minda kita ? Mudah je bersihkan fikiran dengan apa benda yang semak-semak di kepala. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Ulang sehingga betul-betul tenang. Kepala serabut memang tak boleh nak bertenang tapi kalau kita bijak mengawal, inshaAllah semuanya akan baik-baik saja.


Orang yang bijak mengawal perasaan dan hawa nafsu sendiri adalah orang yang berjaya. Bila dia yang kontrol emosi dia maknanya dia berjaya kontrol hidup dia.

5 SIKAP POSITIF UNTUK BERJAYA


1. Prinsip PMA (Positive Mental Attitude)

Kegagalan adalah satu proses kejayaan, tetapi yang paling penting adalah bagaimana dan berapa cepat kita bangkit dari kegagalan atau cabaran. Your respond matters.

2. Passion atau Enthusiasm

Bersemangat dan ghairah dengan apa yang dilakukan.

3. Tidak ada perkataan "TIDAK BOLEH" di dalam kamus hidup anda

Hendak seribu daya. TIDAK BOLEH bermaksud salah satu daripada 4 perkara di bawah :-
i) Saya tidak mahu melakukannya.
ii) Saya malas atau dah biasa malas.
iii) Tidak kisah (sikap -ve)
iv) Bukan masa yang sesuai (alasan)

4. Jika tidak ada tindakan, mana mungkin ada perubahan

Hanya dengan action (tindakan) maka akan ada equal reaction (tindak balas yang sama), itu kata Einstein. Tindakan kecil, hasilnya kecil. Tindakan BESAR ? Hasilnya BESAR !

5. Stickativity

Ia adalah daripada "Stick" + "Activity". Buat sesuatu sehingga habis. Orang yang buat sesuatu separuh jalan tidak akan nampak hasilnya.






Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...