May 31, 2022

Singgah Victoria Bridge Sebelum Balik Kuala Lumpur

Wah banyak tempat yang Kak Feni dan family pergi bila balik raya kali ni. Alhamdulillah nikmat Allah bagi. Seminggu cuti rasa macam tak cukup masa dan badan rasa penat sangat tapi enjoy.




Kami bertolak balik dari Gerik hari Jumaat petang dari rumah opah di Tg. Rambai. Mulanya plan nak pergi Manjung, rumah Acik Manjung. Disebabkan Pak Cik Radhi tak sihat sakit perut cirit birit sampai lemah badan. Kami ubah plan, dari Kuala Kangsar terus balik KL.



Kami 3 buah kereta ke Kuala Kangsar. Victoria Bridge. haha first time sampai sini. Kami dari Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar. Dari Lenggong sampai Kampung Kati kami ikut jalan lama sebab Victoria Bridge ni dekat jalan lama. Apa lagi Waze je lah. Haha sampai-sampai bukan ikut depan tapi belakang.



Korang kalau tak tahu boleh jer waze Victoria Bridge. Kami sampai yang belakang tapi best jugak sebab masa kami sampai tak ramai orang. Kami je kat situ so boleh la ootd. Kak feni tengok sebelah depan punya ramai orang yang datang untuk bergambar.


Anak-anak ajak meniti jambatan sampai depan tapi oleh kerana Kak Feni ni gayat dan penakut nak mampos, duduk jela di pinggir jambatan. Cantik gila view kat sini. Tempat ni jugalah orang selalu shooting filem. Arwah Mamat Khalid selalu shooting filem dia kat sini. Antara filem yang di shoot di sini ialah Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.


Dah cantik tempat ni dan memang disenaraikan antara tempat menarik yang perlu dilawati di Negeri Perak. Jadi kalau berpeluang untuk ke Kuala Kangsar, Victoria Bridge hendaklah dimasukkan dalam list.



May 24, 2022

Daytrip to Gua Musang - Kerja !!!

 Haha tak senang duduk bila bos kata semua kena turun Gua Musang. Masuk hutan. 18/5/2022 hari Rabu. 


Seawal 4.00 pagi Kak Feni dah bangun untuk bersiap. 5.30 pagi dah turun dari rumah. 6.20 pagi sampai opis. Ingatkan orang lain tak sampai lagi. Nak ajak husband dah naik opis untuk solat subuh. 10 minit solat kat atas ditemani oleh Kak Nor. Alhamdulullah selesai. 


Tepat 6.30 pagi turun bawah, transport ke Gua Musang dah sampai di bawah. Terus naik dan terus gerak. Kami bertolak dari Office tepat 6.30 pagi. Perjalanan ke Gua Musang ambil masa 3 jam setengah. Pukul 10.00 pagi kami sampai ke destinasi pertama iaitu Kesedar Inn. 


Sampai sini, kami bersarapan sebelum berbincang dengan team untuk masuk hutan. 



Ada beberapa team akan masuk iaitu pejabat, peguam, penanam dan penunjuk arah. Sebanyak 4 buah hilux dan 1 buah pajero akan masuk ke hutan untuk tujuan plot tempat. Ini adalah pengalaman pertama Kak Feni masuk hutan untuk tujuan ni.


Tepat pukul 11.30 pagi kami bergerak masuk ke hutan. Masa ni rasa berdebar jugak lah sebab tak pernah kan. 


Keadaan hutan yang basah dan licin sebab semalam sebelumnya hujan turun. Nampak air sungai pun keruh macam teh pekat. Kebanyakan kami hanya duduk dalam hilux je. Hanya bila boleh turun baru turun. 


Perjalanan masuk dan keluar ambil masa 2 jam lebih. Mulanya ada 2 jalan. Keluar dan nak masuk tapi oleh kerana kesuntukan masa hanya 1 jalan je boleh masuk. Hehe jadi selamatlah Kak Jemah takpayah masuk lagi. 







Alhamdulillah selesai urusan ambil gambar dan plot tempat. Kami pun keluar. Lega rasa sebab dah boleh keluar. 





View dari atas bukit dalam hutan. Cantiknya Subahanallah.



Keluar dari hutan, next destination ialah tengok pejabat baru. Alhamdulillah dah dapat tempat untuk pejabat baru. Selesai urusan di Gua Musang. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.




Bergambar kenangan sebelum masing-masing berpecah. Team office KB dan KL. Ada rezeki kita jumpa lagi. InshaAllah.



May 12, 2022

Pengalaman Pertama Bawa ATV Di Denai Kabus

Sambungan cerita bermalam di Denai Kabus. Boleh BACA SINI

Pagi bangun bersiap sarapan. Ada staff Denai Kabus datang tanya nak naik ATV ke ? Kami pun apa lagi semua nak. Harga untuk naik ATV seorang RM50. Kalau berdua (membonceng) RM75. Kami 8 orang jadi ambil 4 buah ATV RM75x4 = RM300. Disponsor oleh kak ipar dan abang chik Kak Feni. Alhamdulillah semoga murah rezeki sokmo-sokmo. Amin.


Anak-anak nak memancing. Boleh sewa set memancing. Ikan yang dapat, kalau nak bawa balik kena timbang dan bayar. Kalau kita lepaskan balik dalam kolam percuma. Kami suka-suka je jadi lepaskan balik.









Abang Fan dapat 2 ekor ikan besar-besar. Seronok tak hingga orang kata. Abah pun dapat jugak 2 ikan tapi ikan kecik. Hahaha jadilah habuan nak merasa memancing.




Anak-anak seronok sangat sebab boleh naik ATV. Mulanya nak juga main flying fox yang ada kat situ. Harga untuk seorang ialah RM35.00. Masa orang sibuk nak main flying fox anak-anak sibuk memancing jadi tak cukup masa. Kami main ATV jelah.



















 


Sebab kami ada kanak-kanak jadi trek dia bawa santai-santai jelah. Naik bukit, turun bukit dan jalan batu lada je. Sebelum ni ada kes peserta patah tangan, jadi kita yang baru nak belajar ni okeylah. Tak perlu nak lasak sangat.


Haha fisrt time bawa motor tayar empat. Naik benda ni bukan boleh suka-suka nak bawa. Akan ada guider depan dan belakang. Kita akan diberi taklimat sebelum memulakan perjalanan untuk keselamatan semua. Kak Feni tak pernah bawa ingatkan pulas handle macam pulas motor, rupanya dia tekan je minyak. Ada brake tangan dan kaki. Kak Feni banyak main brake tangan je. Sakit ibu jari dok tekan minyak sebab berat.


So lepas ni boleh bawa ATV lagi. Kat mana pulak destinasi next ??? Entahlah nanti lah kita plan kalau ada rezeki. InshaAllah.





May 11, 2022

Bermalam Di Denai Kabus - Keindahan Alam Yang Perlu Dinikmati

Okey baru boleh share sedikit percutian Aidil Fitri Kak Feni dengan family. Walaupun kepala ni sakit sangat masa menulis ni harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Bukan tak biasa duduk di kampung tapi setelah bersalin anak pertama dan kami berhijrah dari Gerik, Perak ke Selangor. Berkerja di Kuala Lumpur. Bukan senang nak nikmati alam semulajadi. balik kampung sekali sekala tu memang la. 


Raya kali ni kami ke Denai Kabus yang terletak di Kg Pahat, Gerik, Perak. Dah lama viral tempat ni tapi kami yang belum sampai walaupun dekat jer dengan kampung. Hehe. Nak masuk ke Denai Kabus dalam 2km dari jalan besar. Masa masuk tengahari tak terasa sangat takut sebab cerah. Kami masuk untuk tengok keadaan. Cottage dah full sebab orang dah booking awal. Yang tinggal hanya khemah. Caj sewa khemah semalam RM80 untuk satu khemah. Kami ambil 3 khemah sebab ramai.


Kami juga order set bbq yang paling kecil berharga RM35.00. Dalam set ni ada set pemanggang, arang, pinggan, cawan, gunting dan penyepit. Ada juga set ayam, daging dan kambing bakar. Yang ni harga lain. Kami ambil semua 1 pek. Lepas booking khemah dan bahan perap, kami keluar ke Lawin Utara untuk mandi sungai. Kak Ani balik kedai dia untuk sediakan bahan-bahan bbq yang lain. Dia buat 3 ekor ayam.


Kami masuk balik ke Denai Kabus dalam pukul 6.00 petang. Masa ni hujan dan nak senja. Suasananya nampak gelap dan takut bagi orang yang tak biasa. Orang kampung sini dah biasa. Jalan kecil jadi satu kenderaan je boleh lalu. Kalau ada kenderaan yang bertentangan kena sama-sama bekerjasama. Sama ada kita yang mengundur atau dia yang undur. Kalau Kak Feni yang drive, aku rasa keras kejung kat situ. Hahaha


Okey sambung. Kami sampai Denai dekat nak maghrib. Jadi boleh prepare untuk solat maghrib. 2 buah kereta dulu. Masa sampai, agak terkejut sebab lampu takde. Dah cuak sebab tak prepare kan. Kekeke call kakak Kak Feni yang masih di luar untuk beli lampu yang pakai usb tu. Beli 3 sebab ada 3 khemah. Korang kalau nak sewa khemah sini prepare siap-siap okey. Lampu usb, kipas usb, ubat nyamuk dsb.


Tak lama tu Kak Ani sampai. Memang hati kering sebab dia drive sorang je masuk. Dia sampai settle masalah. Dia bawa semua peralatan bercamping. Lampu, makanan, kipas, pinggang, mangkuk, cawan, sudu, garfu, kettle dan banyak lagi lah penuh kereta dia. Macam nak duduk sebulan. Haha


So, malam tu kami pun berbbq. Oleh kerana hujan. Nak hidupkan api punyalah susah. Tunggu  Acik sampai baru boleh hidup sebab guna gas butanel (eh betul ke aku?) untuk hidupkan arang. Dekat 2 jam dok hidupkan api. Tak nyala-nyala. Bila dah menyala kejap je selesai.



Kak Ani bawa banyak bahan bbq sebab ingatkan nak ajak ramai datang. Last-last tinggal kami je yang berbbq.







Alhamdulillah segala aktiviti berbbq kami berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun dengan lebat sekali. Masa sampai tu Kak Feni nampak sahabat Kak Feni yang buat servis Nasi Dulang untuk di serve pada penginap Denai Kabus, Piza Zaid. Kami pun jemput dia join makan bbq. Dia pulak sedekah nasi putih, sup dengan ikan masih. Fuh makan pulak dengan bbq. Memang terangkat lah.


Selesai berbbq, kami berborak santai sampai pukul 1 pagi. Biasalah kalau dah ramai mesti banyak cerita. Buat pulak teh dan milo panas. Anak-anak sibuk main saidina yang Wawan beli sebelum masuk petang tadi.















Suasana pagi di Denai Kabus memang best. Sejuk dan nyaman. Alhamdulillah untuk nikmati duniawi ni. Kalau rasa nak lari dari kesibukan kota boleh pilih Denai Kabus untuk healing.


Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada Piza Zaid sebab hantar sarapan pagi nasi lemak tersedap di Gerik. Kenyang kami pagi tu dengan nasi lemak. Tak perlu susah-susah buat sarapan. Ada rezeki boleh datang lagi. Next... Kita tulis pasal tempat lain pulak.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...