January 22, 2020

Makan-Makan Di PakDin Ikan Bakar Tangling

Hari ni dapat makan di Pakdin Ikan Bakar di Tang Ling lagi. Hehe bos belanja sempena hari terakhir Mr Jeffry. Lepas ni dah tak tahu bila boleh lepak sekali.

Lepas satu satu pergi dan kita kena terima segalanya.


Kak Feni, Kak Diana, Mr James dan Mr Jeffry berempat naik kereta Mr James. Abang Din pergi dengan motor sebab lepas makan dia ada urusan lain.

Mr James dengan Abang Din tak pernah datang sini. Kami dah banyak kali datang makan sini. Kak Diana yang rekemen. First time datang dengan Nadia sebab dia yang ada kereta. Masa tu Nadia masih kerja di Auction Plaza Permata.

Hari ni kami pergi berlima.






Gambar sebelum makan lupa nak ambil sebab semua dah lapar sangat. Jadi kita take photo lepas makan sebab semua baru boleh senyum. Hahaha

Kami ambil macam biasa je. Ikan dan sotong bakar. Sayur kami ambil sayur kobis tumis air dengan rebung masak lemak cili api. Berpeluh-peluh makan tapi sedap. Mr James dari tak makan pedas dapat makan pedas sampai meleleh peluh. Hahaha dia mana pernah lepak makan bawah pokok. Nahhh amik dia rasa.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Mr James yang belanja. Esok Mr Jeffry dah tak masuk. Tak tahu bila lagi boleh jumpa. Ada rezeki panjang umur, harap dapat jumpa lagi.

January 21, 2020

Yeah Order Shopee Dah Pecah Telur !

Tahun ni awal hari tu best gila rasa macam wah tahun ni tahun Ong untuk aku. Sebabnya awal lagi dah masuk 22 pax untuk ke Bali bulan Mac nanti. Bayangkan hampir 20K masuk akaun Kak Feni. Happy yakmat masa tu. Syukur sebab mungkin ni rezeki anak-anak nak sekolah juga.

Lepas seminggu kosong dan sekosongnya. Sales bisnes takde langsung. Ada kawan ank minta pinjam dan macam-macam lagi hal. Alhamdulillah dan inshaAllah harapnya depa bayar nanti sebab Kak Feni pun banyak hutang nak pusing modal.

Sales produk FFD pun sendu sesendunya. Stress juga bila tengok sales orang lain laju sangat. Stress sampai taknak buka group. Cari masa untuk tenangkan diri. Mesti ada sebab kenapa aku sales tak laju.

Hari ni ada wasap masuk nak order Shopee. Alhamdulillah setelah 21 hari kosong telur ayam weh ! Harapkan kumpul shopee yang kena klik tu. "Daily Coins Reward" tu lah. Kadang-kadang lupa nak klik dah rugi. Huhu


Akhirnya akaun Shopee Kak Feni bergerak juga. Alhamdulillah rezeki itu kadang-kadang kita tak sangka. Boleh kumpul coin banyak lagi dan boleh redeem lagi.

Korang kalau yang baru nak download Shopee apps tu boleh masukkan referral Code "SAFEN222" untuk nikmati diskaun dari Shopee. 


Kembali berbalik kepada rezeki Allah. Dia tak bagi kat sini Dia buka pintu kat tempat lain. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dan berdoa. Kalau Dia tak bagi hari ini, inshaAllah esok lusa dia bagi. Sabar, mesti ada hikmah Allah nak bagi.




Table For Two

Ewah hari ni terlepas sarang lagi. Lunch di Restoran Haslam dengan Nadia lagi. Hehe.

Tak jauh pun dengan opis Kak Feni tapi kalau jalan kaki memang peluh ketiak. Kami pergi dengan kereta. Jadi tak berpeluhlah ketiak Kak Feni sebab jadi mem duduk di sebelah driver.

Rambang mata kalau sampai sini. Semua benda nak makan. Pergi pulak time perut sedang berdondang sayang sebab lapar. Hari ni kami bernasib baik sebab dapat keluar awal.

Sampai nampak dah ramai tapi turn kami tak lama untuk dapat nasi. Lepas jer kami dapat tempat duduk nak makan. Hahh tudia beratur panjang orang nak makan.



Ni la makanan yang kami ambil. Pusing-pusing sampai tak tahu nak pilih makanan apa. Last Kak Feni ambil gulai lemak perut dengan nangka muda, sayur campur, ikan bilis goreng garing dan juga sambal belacan.

Nadia pulak awal-awal dah terkam asam pedas ikan pari. Memang favourite dia pun ikan pari tu. Sayur pak choi dengan lala masak sambal. Kami share berdua lala tu.

Macam berdating pulak kami ye. Sekali sekala terlepas sarang apa salahnya.

2020 ni baru bulan Januari tapi cabarannya dah awal-awal lagi Allah bagi. Namun disebalik kekurangan dan ujian yang Allah bagi, Dia bagi juga kelebihan dan nikmat yang sememangnya kita tak boleh nak dustakan.

Sabar dan hadap jelah apa pun yang datang lepas ni.

January 20, 2020

BIDARA HERBAL PRODUK DARI FARFADELIGATE

🥦 Bidara Herbal

Kandungan 👇
🌹Daun bidara
🌹Garam bukit
🌹Air mawar
🌹Daun limau purut
🌹Minyak aroma

💞Daun bidara
🌺Mempercepatkan penyembuhan luka
🌺Mengatasi kulit kering
🌺Menghindari dari gangguan jin/sihir
🌺 Menghilangkn jerawat
🌺 Membuang sel2 kulit mati

💞Garam bukit
🌺Menyegarkan kaki dari kebas dan lenguh
🌺 Melancarkan peredaran darah
🌺 Mengurangkan toksik dalam darah
🌺 Mengurangkan kolesterol dalam darah

💞 Air mawar
🌺Baik utk kulit berjerawat
🌺Mencerahkan kulit
🌺Anti penuaan
🌺Melembutkan kulit/Menyegarkan kulit
🌺Sebagai pelembap

💞 Daun limau purut
🌺Buang toksin dalam badan
🌺 Menghilangkn bau badan
🌺 Melembutkan kulit
🌺Mengekalkan kelembapan kulit
🌺 Menyegarkan badan

💞 Minyak aroma
🌺 Menghilangkn stress
🌺 Menyegarkan dan wangi
🌺Membangkitkan keyakinan diri


Sabun Bidara RM35.90 / 60gram

Berminat boleh hubungi Kak Feni.
+601115672780 (whatsapps and telegram only)

January 17, 2020

Nadia Datang Opis lagi


Hargailah setiap masa yang ada kerana kita takkan mampu untuk putarkan masa yang dah berlalu. Yang pergi takkan kembali.

Selagi ada peluang untuk berbuat kebaikan, buatlah kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi esok hari.

Hari ini kita gembira dan bahagia. Esok kita tak tahu apa yang akan kita jumpa. Inilah perjalanan hidup. Suka dan duka kita tetap perlu teruskan melangkah dan melangkah sampai masa kita akan kembali kepada Sang Pencipta.

Semoga segala amalan kebaikan kita diterima Allah.

Dugaan dan cabaran yang kita lalui sebenarnya mematangkan kita. Doa, sabar dan terus berusaha untuk mendapat redha dari Allah.

Benar, untuk menjadi insan yang lebih baik perlukan banyak pengorbanan dan air mata. Kadang-kadang rasa macam dunia ni tak adil dengan kita tapi itulah perjalanan yang kita kena lalui sebab ujian setiap insan itu berbeza.

Persahabatan kita yang Kak Feni harap sampai ke syurga. InshaAllah. Kak Feni sentiasa doakan Nadia dapat apa yang Nadia impikan. Walaupun jauh selalu datang tengok Kak Feni di sini.

Masa kita dekat dulu, suka lepak sama-sama. Bila dah jauh ada rezeki baru jumpa. Maklumlah masing-masing ada komitmen masing-masing.

Semoga tahun ni tahun yang baik untuk kita semua.

January 16, 2020

Dilantik Menjadi Stokis Produk FFD

Hari ni dah 16 haribulan Januari 2020. Apa pencapaian yang dah aku capai?

Tertanya pada diri sendiri. Mula mengambil buku nota dan mula mencatat apa yang telah aku lakukan setakat hari ini.

Kak Feni baru sahaja sign up member dengan FFD. Mula-mula jadi dropship jer dengan leader Kak Feni. Lepas tu bila promot-promot dan share dekat wasap status ramai yang nak try. 



Kebetulan bulan November 2019 yang lepas HQ FFd open untuk jadi stokis dengan belian RM250 keatas. Kak Feni masa tu macam blur-blur jugak sebab malas nak fikir pasal bisnes baru kan. Haha

Bila dah repeat order dengan banyak macam tu secara tak langsung terus jadi stokis. Alhamdulillah rezeki Kak Feni. Daripada dropship. Jadi ejen dan kemudian stokis. Rezeki Allah siapa tahu kan?


Terharu bila dapat surat ni.

Kita berniaga itu satu sunnah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi jangan berbuat sesuatu yang tidak mematuhi Syariah.

InshaAllah Kalau kita berniaga kerana Allah. Pasti akan ada jalannya.

FFD ni produk baru lagi dalam pasaran tapi permintaannya sangat memberangsangkan.

Antara produk FFD yang telah dipasarkan ialah :-

1. Aura Cinta

2. Gegar Cinta

3. D'Montok

4. Kopi Aura Dara


Kak Feni akan share dengan korang kegunaan dan kebaikan setiap produk FFD ni supaya dapat membantu masalah korang. Hihi

1. Aura Cinta

Apa benda Aura cinta ni ?

Aura Cinta adalah sabun untuk miss v. Lebih kurang feminine wash lah.

KELEBIHAN AURA CINTA


Bahan2 utama :

🍁Manjakani Extract,
🍀 Daun Sireh Extract,
🍁Pearl Powder,
🍀Limau Kasturi,
🍁Tea Tree Oil
🍀Black Cumin Seed Oil (Habatusauda)
🍁 Virgin Olive Oil
🍀Daun Pudina
🍁 Vitamin E
🍀 Aura Aromatic Oil.

——- ❤ ——-
🍃Kebaikan/Manfaat🍃

🌿 Manjakani Extract mampu menegang dan memerahkan semula bibir virgin yang kendur & lebam . Ia juga membantu mengetatkan otot faraj yang terbuka menjadi ketat semula.

🌿Daun Sireh Extract membantu mengurangkan kegatalan dan bauan yg kurang enak di bahagian virgin ketika perubahan hormon berlaku.

🌿Limau Kasturi & Daun Pudina membantu memberi kesegaran berpanjangan di bahagian virginia. Rasa selesa sepanjang hari.

🌿Pearl Powder & Dauh Sireh membantu memperbaharui kulit mati & sekaligus mencerahkan bahagian virgin yang gelap jika diamalkan secara rutin.

🌿 Tea Tree Oil sebagai anti bakteria / anti septik semulajadi, mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat di bahagian virginia

🌿Minyak Habatusauda membantu melembutkan & mengurangkan iritasi / kering atau melecet di celahan virgin dan peha
🌺——- ❤ ——-🌺

Cara Penggunaan*

Cuci dibahagian Virgin 1-2x sehari.

Caranya dengan buihkan sabun di tapak tangan kemudian cuci di bahagian virgin. Tunggu 1-2 minit kemudian bilas bersih.

Kegunaan untuk luaran sahaja.

🌹——- ❤ ——-🌹

Perhatian !!!

Berhenti penggunaan jika berlaku iritasi atau kemerah merahan selepas mencuci. Kemungkinan kulit anda tidak sesuai dgn bahan2 yang ada didalam ramuan sabun ini.


2. Gegar Cinta

Gegar Cinta pula sabun untuk lelaki. Haii jangan perempuan jer ada sabun lelaki pun nak jugak.

KANDUNGAN SABUN GEGAR CINTA

Kandungan utama:

+ Aloevera Extract
+ Pati Minyak Lintah & Ikan Belacak
+ Pati Lendir ikan Linang
+ Gambir Sarawak
+ Super Butea Extract
+ Minyak Habatusauda
+ Minyak Kelapa Dara
+ Tea Tree Oil (Anti Septik)

Selain dari mencuci & menyegarkan

SABUN GEGAR CINTA ni....

👍 BAGUS UTK MEMBERSIHKAN ALAT SULIT LELAKI.
👍 BERKHASIAT UTK KELEMBAPAN KULIT ZAKAR.
👍 MENEGANGKAN OTOT ZAKAR SAAT MENCUCI DGN TEKNIK URUTAN ZAKAR.
👍 BAGUS DALAM MENAMBAH BESAR SAIZ ZAKAR.
👍 MEBGAKTIFKAN SEL2 SARAF PD ZAKAR.
👍 MEMBERI KESAN LEBIH MANTAP SAAT BERSAMA


🛁CARA PENGGUNAAN GEGAR CINTA


1. Buihkan sabun.
2. Buat urutan dr pangkal telo hingga hujung kepala utk beberapa minit.
3. Bilas dgn air bersih & keringkan...


100% Selamat Tanpa Bahan Kimia Berbahaya.

3. D'Montok

Haha nama pun mengancam dah. Kalau guna lagi lah mantap kan ?


❤ kandungan D'MONTOX


💞 Distillated water 👉air suling
💞 Fragrance lemongrass👉serai
💞 Black seed👉 habatussauda
💞 Collagen herbs👉 herba collagen
💞 Betel leaves👉 sireh
💞 Pearl white powder👉 serbuk mutiara putih

💞PRODUK BARU FFD D'MONTOX😍

Mengawal/mencegah awalan kanser pada breast
Menaikkan breast kendur dan jatuh
Mencantikkan, Memadatkan dan Memontokkan breast
Mengurangkan tanda parut, strechmark & selulit
Menghilangkn garis halus @ kedut pada breast
Mencerahkan & menggebukan kulit sekitar breast
Mengatasi masalah puting breast yang gelap kepada warna lebih pinkish
Memberikan hasil berkekalan sekiranya rajin di amalkan
Untuk keberkesanannya urut pada breast dengan betul



4. Kopi Aura Dara

Aura Dara Lady Top Coffee

🌸Rasa yg sangat sedap
🌸Campuran 23 herba semulajadi yg baik utk wanita
🌸Original FOrmula-since 2007
🌸mencantikkan kulit secara semulajadi
🌸Berkhasiat lagi menyihatkan

RAMUAN:


>> Herba Aura Dara 
>> Kacip Fatimah
>> Pueraria Mirifica
>> Manjakani
>> Derhaka Mertua
>> Lobata
>> Ubi Bit Merah
>> Serapat
>> Perisa Asli – Biji Kopi Arabica - tiada kafien tambahan - Kopi memiliki kandungan PH yang paling hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astrigent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanafaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.


ORIGINAL FORMULA

Coffee Aura Dara (Since 2007)

Produk berperisa kopi ini ternyata telah terbukti berkesan merawat masalah berkaitan kesihatan dalaman dan luaran wanita. 

Jadi, tidak hairanlah, hanya dengan sekali pengambilan, pengguna telah memberikan reaksi yang positif terhadap Coffee Aura Dara ini.

KANDUNGAN BERKHASIAT LAGI MENYIHATKAN...

~Mengatasi masalah senggugut,
melancarkan haid serta mengatasi/merawat masalah 
~keputihan
~Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid
~Membuang angin dalam badan
~Membuang lemak dan menurunkan berat badan
~Menaikkan seri wajah
~Memulihkan saluran peranakan wanita
~Mengatasi masalah buasir
~Mengecut dan mengetatkan rahim
~Menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin
~Membersihkan darah kotor
~Melicin, menegang dan mencantikkan kulit
~Sebagai astrogen berkesan membaiki tisu faraj
~Membantu menegangkan payudara
~Menguatkan otot sendi
~Menetapkan batu merian
~Menambah keintiman suami isteri
~Melancarkan peredaran darah
~Mengimbangi hormon-hormon dalam badan
~Mencegah kanser

CARA PENGAMBILAN..

Minum 1 paket, sekurang2nya 2 kali sehari.

KESAN SAMPINGAN..

Tiada

TAHAP UMUR..

Berumur 15 tahun ke atas (dari mula datang haid) sehinggalah MENOPOUSE 



Ada banyak Produk lagi yang bakal FFD keluarkan. Kak Feni akan share kemudian. Nak cuba produk FFD jangan malu nak kontek Kak Feni ye?


Dropship dan ejen masih dibuka untuk yang berminat. 

Kak Feni +601115672780 (Whatsapp & Telegram)



January 15, 2020

Master Checklist Harian Kak Feni



Kak Feni baru sudah print master checklist untuk diri sendiri. Yang tahun lepas masih boleh guna sampai bulan April nanti. Saja Kak Feni buat lebih.

Seronoknya bila buat master cheklist ni. Kadang-kadang kita buntu, apa yang aku tak buat lagi eh ? Bila tengok master checklist ni kita akan usahakan untuk penuhkan. Nak istiqamah ke jalan yang benar ini perlukan banyak pengorbanan.

Alhamdulillah sejak Kak Feni usahakan untuk penuhkan master checklist ni banyak benda yang selesai terutama dalam bisnes. Bukan senang nak naik kalau takde modal besar. Semuanya kena usaha sendiri dengan apa yang ada. Jadi kena kerja keras dari awal.

Kalau buat ni kadang-kadang culas juga. Tak complete tapi sekurang-kurangnya dapat tahu. Ooo aku tak sedekah lagi hari ni. Kak Feni mula bersedekah RM1 setiap hari. Masukkan dalam tabung. Hujung minggu bagi dekat masjid/surau atau sesiapa yang memerlukan. Sedekah yang paling baik adalah keluarga kita sendiri.

Keikhlasan kita biarlah kita dengan Allah saja yang tahu. Mula-mula rasa susah. lama-lama bila tak buat rasa resah dan gelisah.

Yakin dengan janji Allah.

"Takkan Miskin Bagi Mereka Yang Bersedekah".

Mana tahu dengan asbab kita bersedekah, hidup kita lebih berkat.

Kak Feni akan mula rasa down dan blurr bila mood swing nak datang bulan. Masa tu rasa macam malas gila nak buat apa-apa. Bila tengok master checklist eh banyak lagi yang aku tak buat hari ni.

Kak Feni akan habiskan zikir harian diwaktu pagi masa on the way ke opis. Yang lain-lain tu pandai-pandailah cari masa.


January 14, 2020

Bila Boss Kami Dah Nak Bersara

Semalam dapat berita sedih dari boss Kak Feni. Sebenarnya dia cakap pun slow-slow jer dengan Kak Feni. Dia cakap akan cuti terus lepas Tahun Baru Cina ni. Jadinya lepas tu dah tak masuk dah.

Perasaan Kak Feni masa tu ? Agak sedih jugak sebab dia yang interview Kak Feni masa Kak Feni nak masuk kerja dulu. Kak feni bawah dia. Banyak yang Kak Feni belajar dengan dia. Sedih wei bila boss yang boleh lepak makan sekali nak retired. Adussss sob sob sob.

Macam-macam yang berputar di kepala ni. Lepas ni siapa aku nak refer bila ada masalah ? Siapa nak take over kerja dia ? I'm still shocking. Takpelah mesti ada hikmah apa yang berlaku.

Kak Feni mula masuk CSSB tahun 2013, jadi dah nak masuk 8 tahun kerja sini. Dan dialah superior Kak Feni. Daripada kosong tak tahu apa-apa pasal property dengan dia dan company nilah Kak feni belajar.

Apapun hidup mesti diteruskan. Kalau jumpa dimana-mana inshaAllah akan terus bertegur sapa. Dia seorang boss yang baik dan mudah untuk dibawa berbincang. Walaupun kita berlainan agama, semoga boss terus sihat dan bahagia dengan keluarga.


Scroll Fesbuk jumpa gambar lama kami tahun 2017. Masa ni Nadia ada sini lagi. Kami pergi jalan kaki makan di kedai bawah pokok. Lama dah tak pergi sana. Huhuhu

Sejak Nadia pindah tempat kerja. Kami betul-betul jarang keluar makan. Kalau tak ada jer port nak melepak. Haha semuanya tinggal kenangan.


Ni small celebration for my boss birthday awal tahun hari tu. Tahun depan dah takde celebration besday untuk Mr. Jeffry dah. Hehe terlalu banyak yang manis kalau nak share tapi takpelah biarlah dekat dalam ingatan saja.

Hargailah apa yang ada didepanmu. Hiduplah dengan bahagia. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja.

January 13, 2020

Kelebihan Kad BigPay Untuk Traveler

Yeahh nak share jugek dengan korang yang kad BigPay Kak Feni dah sampai hari Sabtu lepas. Cepat betul sampainya. Dia ada mention 5 -7 days working. 8 hb apply 11 hb dah sampai. Kak Feni kira baru 4 hari dah sampai. So, wow pantasnye.

Bingung juga Kak Feni ni apa lagi kelebihan kad ni. Nawaitu utama signup sebab nak beli tiket flight murah. Maklumlah bulan ni Kak Feni dah berhabis hampir 10K untuk tiket flight saja. Rugi sangat sebab baru tahu pasal BigPay ni. Takpelah janji belum terlambat.





Kelebihan Kad BigPay


Kelebihan yang ada pada BigPay antaranya adalah:



  • Anda akan peroleh Big Point Air Asia setiap kali anda berbelanja.
  • BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia.
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika berurusan dengan Air Asia.
  • Anda boleh pantau dan kesan setiap perbelanjaan transaksi anda.
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik disediakan.
  • Pedaftaran adalah percuma.
  • dan banyak lagi kelebihan BigPay.



Dimana Anda Boleh Menggunakan BigPay

Kita sudah tahu kelebihan yang ditawarkan, jadi dimana kita boleh berbelanja menggunak BigPay? Antaranya adalah:


  • Bayar di stesen petrol untuk isi minyak kereta.
  • Bayar Bil.
  • Beli barang di supermarket Tesco, Giant, dan lain-lain.
  • Di kedai McDonald's, KFC, Pizza.
  • Shopping Online (Shopee, Lazada).

Dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja premis yang menerima bayaran kad mastercard. Ianya sama sahaja seperti debit kad bank anda, tetapi anda tidak dapat apa-apa keuntungan atau point seperti yang diboleh diberi oleh BigPay untuk digunakan di Air Asia Big.

Kak Feni baru nak cuba beli tiket flight AirAsia dengan BigPay ni.


Kak Feni dapat reward RM10 sebab masukkan kod referral dari siapa entah. Kak Feni pon dah lupa. Masa sign up dengan menggunakan Google Play Store.

Masa mula-mula signup tu kena transfer duit ke akaun BigPay RM20. Tapi jangan risau dia akan masukkan semula ke dalam akaun BigPay kita. Jadi kita tak rugi apa-apa boleh guna untuk shopping macam yang disenaraikan di atas.

Untuk korang yang nak signup BigPay boleh masukkan referral code FOUSUXL4SX untuk dapat reward RM10. Jangan lupa tau siapa nak bagi kan ?






Sekarang Kak Feni dah ada apps BigPay. Hehe lepas ni kita boleh shopping tiket flight guna BigPay dan kumpul point banyak-banyak. Bila dah banyak boleh dapat harga tiket lebih murah dan lebih jimat.

So, orang bayar lebih untuk travel kita akan dapat untung banyak di situ. 


January 10, 2020

Dah Setel Separuh Booking Tiket Kapal Terbang Ke Bali

Alhamdulillah minggu ni penuh jadual dengan mengejar tiket murah Air Asia. Ke Bali pulak kita.

Awal tahun yang meriah dan alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni.


Daripada tak tahu apa-apa pasal nak booking tiket jadi terer la sikit-sikit. Ewah. Kak Feni banyak google dan tanya dengan travel agensi. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.

Nak booking tiket ni kena hati-hati terutama bab nama. Jenuh jugalah Kak Feni study dan terus apply. Siap buat file khas untuk urusan travel saja. Macam kalau ada yang tak kena boleh rujuk balik nota-nota yang Kak Feni dah tulis.

Yela bukan selalu booking tiket. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang seminggu sekali dan minggu ni hari-hari sebabnya ramai untuk ke Bali.

Mula-mula beli tiket awal, dapatlah harga rendah. Bila dah nampak ramai mulalah naik harga. Ish biasalah meniaga kan.

Kebaikan Aura Dara Lady Top Coffee Dari FFD

Pernah tak rasa teringin nak minum kopi ala-ala starburk dan sedap untuk dinikmati ?

Kini dah ada produk baru dari FFD yang memang sedap dan mesti dicuba.

Photo : Kak Feni ambil dalam group stokis FFD

KELEBIHAN KOPI AURA DARA :


🌸Rasa yg sangat sedap
🌸Campuran 23 herba semulajadi yng baik untuk wanita
🌸Original FOrmula-since 2007
🌸Mencantikkan kulit secara semulajadi
🌸Berkhasiat lagi menyihatkan

RAMUAN:

>> Herba Aura Dara
>> Kacip Fatimah
>> Pueraria Mirifica
>> Manjakani
>> Derhaka Mertua
>> Lobata
>> Ubi Bit Merah
>> Serapat
>> Perisa Asli – Biji Kopi Arabica - tiada kafien tambahan -  Kopi memiliki kandungan PH yang paling hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astrigent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanafaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

ORIGINAL FORMULA 

Coffee Aura Dara (Since  2007)

Produk berperisa kopi ini ternyata telah terbukti berkesan merawat masalah berkaitan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

Jadi, tidak hairanlah, hanya dengan sekali pengambilan, pengguna telah memberikan reaksi yang positif terhadap Coffee Aura Dara ini.

KANDUNGAN BERKHASIAT LAGI MENYIHATKAN...


~Mengatasi masalah senggugut,
melancarkan haid serta mengatasi/merawat masalah
 ~keputihan
~Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid
~Membuang angin dalam badan
~Membuang lemak dan menurunkan berat badan
~Menaikkan seri wajah
~Memulihkan saluran peranakan wanita
~Mengatasi masalah buasir
~Mengecut dan mengetatkan rahim
~Menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin
~Membersihkan darah kotor
~Melicin, menegang dan mencantikkan kulit
~Sebagai astrogen berkesan membaiki tisu faraj
~Membantu menegangkan payudara
~Menguatkan otot sendi
~Menetapkan batu merian
~Menambah keintiman suami isteri
~Melancarkan peredaran darah
~Mengimbangi hormon-hormon dalam badan
~Mencegah kanser

CARA PENGAMBILAN

Minum 1 paket, sekurang2nya 2 kali sehari.

KESAN SAMPINGAN

Tiada

TAHAP UMUR

Berumur 15 tahun ke atas (dari mula datang haid) sehinggalah MENOPOUSE.

Berminat untuk dapatkan Kopi Aura Dara ini boleh hubungi Kak Feni

Tekan sini.




January 9, 2020

Jalan-jalan Cari Makan Di Kampung Baru

Tahun 2020 dah dapat dugaan baru untuk Kak Feni. Pagi ni dapat wasap dari tuan rumah yang Kak Feni sewa tu. Dia nak jual dah rumah tu. Balik ni nak bincang dengan husband. Mampu tak kami nak beli atau cari jer rumah sewa lain.

InshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan. Dugaan datang dan pergi. Nak taknak kena hadap juga.

Pening kepala pula nak cari rumah sewa ni. Dahla sekarang ni susah nak dapat rumah sewa. Nak beli rumah pon harga bukannya murah. Nak beli pun kena beli yang betul-betul. Bukan boleh main hentam jer.

Permudahkanlah segalanya.

Baru setel hal anak sekolah. Yang ni pula datang.


Hidup perlu diteruskan !


Hari ni Nadia datang opis dan kami telah pergi menawaf Kampung Baru kononnya nak makan nasi ulam di MZ. Setelah sampai kedai tutup. Kau rasa ? Kecewanya hati ni. Dahla perut lapar. Kami pun merayaplah di sekitar itu untuk cari makan.


Berwefie dalam monorel. Menapak ke monorel Titiwangsa pun berpeluh ketiak. Namun nak berjalan dan makan sedap punya pasal tu gagahkan jugak. Ghitheww.



Jumpalah kedai makan nasi campur. Makanan biasa je. Sekali bayar rasa macam tak berbaloi. Mahal!

Ingatkan makan sekali dengan air rupanya asing. Memang aku takkan pergi dah kedai tu lepas ni. Confirm ! Haha tapi berbalik pada rezeki. Dah tu rezeki aku dan peniaga tu. Lainkali kita beringat.

Lepas makan kami mula menapak nak jalan-jalan di Chow Kit. Haha masa ni jalan tengah panas. haduii kepala mula sakit. Kami pergi Plaza GM. Konon nak ushar beg.

Sampai Plaza GM perut mula meragam. Buat hal betul tapi sempatlah window shopping. Ingatkan nak juga grab kerongsang yang banyak-banyak tu nak bagi sedekah dekat siapa-siapa kan. Nye mari pulas perut hilang habis kisah nak shopping.

Kami keluar ke jalan besar. Order Grab sebab sakit perut sangat. Mujurlah tunggu grab tak lama. Haha buat hal lah weh. Masa kena sakit perut tu rasa nak je aku terajang siapa yang halang aku sampai opis.


10 minit kemudian aku sampai opis dengan jayanya terus berlari ke tandas dan teruskan solat dan seterusnya sambung kerja.

Pasal rumah what so ever. Nanti aku fikir. Tarik nafas dan hembussss !

January 8, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Ha ghithewww jumpa dah benda yang Kak Feni suka bila berblog walking. Giveaway!!!

Untuk pertama kali bagi tahun 2020. Korang pun kalau nak join klik banner kat bawah ini.



Hadiah pon menarik tu. Mana tahu rezeki kan. 


Dugaan Itu Tanda Allah Sayang !

Sedihnya hari ni. Tak tahu pasal apa. Mood swing betul dan sensitif. Mungkin faktor umur juga. Entahlah sebab tu orang kata susah jadi perempuan. Memang susah pun.

Berbalik pada Allah untuk hati lebih tenang.

Cakap memang senang kan. Bila tanggungjawab diabaikan. Pada siapa kita nak mengadu ?

Perempuan bila dah kahwin 100% bergantung dan berharap pada suami. Dapat pulak suami yang susah nak faham. Ajak berbincang pun macam nak ajak berperang. Last-last menangis dan makan hati sendiri.

Macam tu lah wanita. Nampak kuat nampak hebat hakikatnya hanya dia jer yang tahu. Bagaimana nak kawal emosi.

Sangat beruntung kalau dapat isteri yang tak meminta-minta. Boleh terima kau seadanya. Sanggup susah dan senang dengan kau. Tapi ingatlah jangan sampai isteri terasa jauh hati dan tawar hati.

Kau sebagai suami kalau tak pertahankan isteri sendiri siapa lagi.

Biarlahhh. Kadang-kadang biarlah kita betulkan diri kita sendiri dari sibuk nak betulkan orang lain. Lepas ni nak beli cermin besar nak cermin diri sendiri.

Dalam keluarga sendiri pon ada banyak kurangnya jadi tak payahlah kita nak sibuk nak bangga diri dengan kelebihan yang kita ada.

Aku tidak mengatakan yang aku bagus malah sangat banyak kekurangannya. Aku masih usaha untuk jadi insan yang baik. Allah masih menduga aku selagi aku hidup.

Alhamdulillah untuk nikmat ini. Ujian ini sebenarnya sangat kecil berbanding dengan ujian Allah kepada orang lain.

Cakap sabar tu senang tapi yang hadapnya itu payah. Takpelah biar masa je yang ubahnya. Cepatlah benda sedih ni pergi.

Btw hari ni Kak Feni sempat setelkan booking tiket ke Bali. Penat juga kejar tiket flight ni. Tambah-tambah Air-Asia. Lewat seminit nye buat jem terus naik harga.

Haiii takpelah berbalik pada rezeki. Semua ni rezeki. Allah kalau Dia nak bagi sekejap je Dia bagi.

Dia uji begini Dia bagi begitu.


January 6, 2020

Open Travel To Bali Indonesia

Hari ni pegang lepas pegang lepas handphone. Rasa nak menaip tapi tak tahu nak taip apa.

Tiba-tiba wasap masuk menderu. Ingatkan dari customer rupanya dari kakak Kak Feni. Maklumlah PA yang tak bertauliah ni lah selalu kena setelkan kerja dia. Dia macam slow sikit bab-bab nak booking tiket nak survey tiket flight ni.

Sejak kami berdua join travel agent ni alhamdulillah banyak juga rezeki masuk. Kak Feni uruskan bahagian tiket dan tentative atau itinerary. Dia pulak cari customer.

Kak Ani dah lama join. Kak Feni baru setahun. Masih banyak yang kena belajar tapi bila ada sahabat tanya pasal nak booking tiket, kalau free boleh jer Kak Feni bantu. InshaAllah bila kita mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kita. Anggap ini adalah amal jariah kita.

Pertengahan bulan Mac nanti Kak Ani akan bawa rombongan ke Bali Indonesia. Setakat ni dah ada 20 orang peserta dari Pantai Timur. Alhamdulillah rezeki Kak Ani sebab selalu travel dan dia sendiri akan turun bersama peserta. Jadi orang mudah percaya dengan dia.

Kak Feni pun tak pernah sampai lagi ke Indonesia. InshaAllah tahun ni akan sampai sempena azam 2020. Nak bawa semua kalau boleh.

Jom siapa nak join trip ke Bali Mac 2020.


Status wasap semalam. Hari ni nak cukupkan lagi sampai 22 pax. Jom-jom!

Siapa nak boleh terus direct wasap Kak Honey atau Klik Sini.


January 1, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Semalam kami gigih keluar rumah sebab nak count down new year. Mulanya nak lepak Di atas bukit Ampang. Namun bila sampai atas bukit dah penuh dengan kereta sampai takde tempat nak parking.

Bila dah Jalan turun bukit tu nampak kereta bersusun nak naik ke atas. Kami pun ubah plan tak Jadi lepak atas bukit. Kami terus kan perjalanan ke Tesco Ampang.

Kami pergi 2 buah kereta. Selamat ni tak pernah pun nak layan count down ni. Ni bila dah ramai mula lah menjadi. Mujur hari ni cuti.








Lepak dekat Petronas tempat orang selalu COD dekat Tesco Ampang. Hehe masa kami lepak pun nampak ramai orang dok melakukan COD.

Layan tengok bunga api yang nampak tak berapa nampak. Haha sebab salah tempat. Patut gi lepak dekat parking Tesco tu baru nampak clear. Takpe lain kali ade rezeki lepak situ.

Pukul 12.30 pagi kami gerak pulang. Namun sebelum tu sempat lagi singgah mamak untuk makan santai. Ewahhh pembukaan 2020.

Semoga tahun ni dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Diberkati oleh Allah Dan, sentiasa dalam lindunganNya selalu.

Selamat tahun baru semua. 2020.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...