Semalam dapat berita sedih dari boss Kak Feni. Sebenarnya dia cakap pun slow-slow jer dengan Kak Feni. Dia cakap akan cuti terus lepas Tahun Baru Cina ni. Jadinya lepas tu dah tak masuk dah.
Perasaan Kak Feni masa tu ? Agak sedih jugak sebab dia yang interview Kak Feni masa Kak Feni nak masuk kerja dulu. Kak feni bawah dia. Banyak yang Kak Feni belajar dengan dia. Sedih wei bila boss yang boleh lepak makan sekali nak retired. Adussss sob sob sob.
Macam-macam yang berputar di kepala ni. Lepas ni siapa aku nak refer bila ada masalah ? Siapa nak take over kerja dia ? I'm still shocking. Takpelah mesti ada hikmah apa yang berlaku.
Kak Feni mula masuk CSSB tahun 2013, jadi dah nak masuk 8 tahun kerja sini. Dan dialah superior Kak Feni. Daripada kosong tak tahu apa-apa pasal property dengan dia dan company nilah Kak feni belajar.
Apapun hidup mesti diteruskan. Kalau jumpa dimana-mana inshaAllah akan terus bertegur sapa. Dia seorang boss yang baik dan mudah untuk dibawa berbincang. Walaupun kita berlainan agama, semoga boss terus sihat dan bahagia dengan keluarga.
Scroll Fesbuk jumpa gambar lama kami tahun 2017. Masa ni Nadia ada sini lagi. Kami pergi jalan kaki makan di kedai bawah pokok. Lama dah tak pergi sana. Huhuhu
Sejak Nadia pindah tempat kerja. Kami betul-betul jarang keluar makan. Kalau tak ada jer port nak melepak. Haha semuanya tinggal kenangan.
Ni small celebration for my boss birthday awal tahun hari tu. Tahun depan dah takde celebration besday untuk Mr. Jeffry dah. Hehe terlalu banyak yang manis kalau nak share tapi takpelah biarlah dekat dalam ingatan saja.
Hargailah apa yang ada didepanmu. Hiduplah dengan bahagia. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...


berapa umur boss kak feni ni? nampak muda je
ReplyDeleteHaha dah lebih 50 tahun tu. Tapi awet muda sungguh. Dia selalu marah kak feni kalau makan banyak. Suruh exercise lah. Naik tangga turun tangga. Kenangan semua tu.
DeleteSemoga tak put us hubungan.
ReplyDeleteHarap macam tulah. Bila dah jauh susahlah.
Deletehai , salam perkenalan , datang singgah dan follow , jom follow sys balik https://bondayana393.blogspot.com/
ReplyDeleteOk nanti kak feni pasti akan jejak dan follow
DeleteSemoga dapat bos baru yg baik spt Mr Jeffry..
ReplyDeleteHarapnya macam tu lah. Nak survey kerja baru pun macam samar-sama je ni.
Deletenampak muda lagi boss kak feni nih, dia ada nk buka bisnes lain ke camne? mula-mula ingatkan yang mana satu nk bersara nampka muda semuanya
ReplyDeleteYa awet muda kan dia ? haha selalu makan sayur dan buah jer. Kalau kami makan nasi dia terkejut sebab boleh makan nasi di pagi hari. Haha
DeleteMesranya bos dengan anak buah
ReplyDeleteYe boss baik sangat. Macam kawan-kawan je.
Delete