May 28, 2020

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin 1441 Hijrah

Salam 5 Aidil Fitri untuk semua. 

Macam mana raya tahun ni ?

Kak Feni alhamdulillah ceria dan gembira walaupun ada juga sebak di dada sebab tak boleh balik kampung.

Pagi Syawal call mek di kampung untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah kedengaran macam baik-baik saja. Tunggu Abang Long dan keluarga datang beraya.

Kami di Hulu Langat, alhamdulillah penuh dengan adik beradik, ipar duai dan mentua. Meriah juga lah. Patuh PKP dengan tidak melebih 20 orang satu rumah dalam satu masa.

Ambil turn untuk datang. Kami pun tak berjalan ke mana hanya duduk rumah. Masak makan sendiri saja.








Pagi syawal kami bermaaf-maaf sesama keluarga. Husband Kak Feni lepas makan terus gerak pergi kerja sebab tak ada orang ganti. Makanya berayalah kami tanpa abahnya. Nak buat macam mana kan?




Kami tetap berhari raya dengan cara PKP walaupun tak dapat nak kumpul ramai-ramai jumpa sanak saudara. Mujur teknologi sekarang canggih boleh buat video call. Terubat lah sikit kerinduan.




Satu-satunya anak buah Kak Feni yang datang beraya sebab kami sama-sama tak boleh balik kampung. Dia kerja dekat Cheras. Dekat jer dengan rumah Kak Feni. Raya pun di rumah boss je.











Kak feni nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua. Andai ada yang tersalah dan terkasar bahasa. Mengguris hati dan perasaan sepanjang Kak Feni hidup ini.

Raya 2020. PKP 2020. Kita pasti menang !







May 15, 2020

Dah Kembali Bekerja Walaupun Masih Dalam Tempoh PKP

Assalamualaikum semua. Haiii rinduu begitulah nak habaqnya.

Hari ni hari ke 3 masuk kerja. Kak Feni drive sendiri ke tempat kerja sebab haluan husband dan wife tak sama. Masing-masing bawa kereta sendiri. 

Kak Feni masuk awal ke opis sebabnya memang banyak kerja yang pending. Masuk kerja jadi bingung sebab tak tahu nak mula yang mana.

Selfie me today


Banyak benda nak share tapi masa macam mencemburui. Kalau leka masa berlalu begitu saja. Jadi kena plan betul-betul nak buat apa.

Semalam sempat renew domain blog ni yang akan expired 27 May ni. Sebelum lupa sebelum expired nak renew banyak hal baiklah kita buat masa ada free ni. Alhamdulillah setel dah tak pening untuk setahun.


Banyak jugak sales dan job masuk sejak rajin update dan share ni. Rezeki anak-anak tu ada. Masa mula-mula kena PKP memang hari-hari update pasal makanan sebab hari-hari kena masak.

Kak Feni drive pagi agak jem juga jalan nak ke pejabat tapi balik laju sebab tak banyak kereta. Balik kerja agak laju dan tak jem sebab Kak Feni keluar awal. Sampai rumah sebelum asar. Terus mandi dan solat asar. Lepas solat rehat kejap dan terus masak untuk berbuka.

Kak Feni masih duduk dengan mentua sementara PKP ni. Senang nak tinggal anak-anak dan tak perlu ulang alik bawa anak keluar. Jadi urusan masak memasak ni buat sama dengan mentua. Lega lah sikit. Kak Feni tolong-tolong masak nasi dengan basuh pinggan jela sejak kerja ni. Haha

Rabu lepas penat gila balik kerja. Sakit kepala sangat sebab panas. Drive pun mujur sampai rumah. 



May 9, 2020

Berita Sedih Hari Ni Sebab Ramai Tak Dapat Bantuan Prihatin Nasional

Hari ni penuh wall dengan rungutan dan rintihan rakyat Malaysia yang ada SSM tak layak dapat BPN. Sedihnya rasa dahlah musim PKP ni pergerakan terhad. Bila PM umukan bantuan untuk rakyat yang pendapatan RM8,000.00 kebawah layak dapat. Memang mengharap sangat duit tu masuk akaun dapat topup yang mana kurang ni.



Allahuakbar ramai yang post kesedihan masing-masing. Betul juga, hari tu suruh peniaga kecil daftarkan peniagaan dengan SSM dengan pendapatan pun kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Tapi jangan risau yang mana ada SSM tu boleh mohon Geran Khas Prihatin dengan Klik Sini.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN


Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:


Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.


KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN


Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Sumber : MyKerjaya

Kak Feni banyak share dengan sahabat-sahabat Kak Feni yang ada SSM tapi tak dapat BPN supaya mohon Dana Khas Prihatin ni supaya dapat meringan beban masing-masing. Maklumlah ramai yang terjejas terus akibat virus covid-19 ni. Ditambah pula dengan arahan kerajaan yang kena duduk rumah tak boleh keluar. 

Ketika kita rasa susahnya hidup ini, masih ramai orang diluar sana yang lebih susah dari kita. InshaAllah pasti ada jalan keluar untuk kita. Bersangka baik dengan Allah. Allah mengatur yang baik-baik untuk kita.


May 6, 2020

Minggu Depan Dah Mula Kerja

Alhamdulillah PKP dah mula dilonggarkan dan ramai nampaknya dah keluar dari gua. Kak Feni sepatutnya masuk kerja hari ni tapi boss kata tak perlu masuk minggu ni. Kita start kerja minggu depan. Alhamdulillah lega sebab ada masa lagi. Kak Feni risau sebab kena drive kereta sendiri pergi kerja. Sebelum ni start bulan Febuari hari tu memang Kak Feni drive sendiri pergi ke  stesyen MRT sebab husband kena kerja jauh. Tak boleh nak hantar dan ambil Kak Feni. Sedih pula rasa sebab kena pergi sendiri. Sebelum ni pergi dan balik dengan husband naik motor. Bila kena pergi sendiri ni rasa sedih pun ada. Kena berdikari lagi lepas tu drive kereta pukul berapa nak sampai opis dan rumah.

Takpelah mula-mula mungkin rasa macam susah. Bila dah lama-lama nanti okeylah tu dah biasa. Macam mula-mula kena PKP hari tu rasa tepu otak sebab kena duduk dalam rumah saja kan. Bila dah hampir 2 bulan duduk rumah rasa seronok pulak sebab dah terer masak. Haha setakat nak masak 2 3 jenis lauk tu senang je. Dulu rasa susah nak masak sebab malas dan tak suka masak. Bila kena mcam ni terus cari aktiviti yang boleh buat hilangkan rasa bosan. Dok rumah rasa lapar, bila lapar mula la nak masak makan macam-macam.

Nak cerita pasal order online ni. Kak Feni sendiri ada lah juga order barang secara online. Barang nak sampai tu sehari lagi ngam sebulan. Sabar jela. Sebab tu bila ada kawan ajak join jual mangga harumanis Kak Feni tak berani nak ambil risiko sebabnya nilah. Kurier servis problem. Buah sampai dah busuk dan buruk. Harga bukan murah. Kesian dekat seller dan juga buyer termasuklah diri sendiri yang jadi orang tengah ni. Kadang-kadang pening kepala nak jawab sampai kena tanggung risiko.


Kak Feni hanya ambil order untuk mereka yang boleh sabar menunggu sebab kurier takde jaminan sekarang. Rezeki dapat awal alhamdulillah. Kalau nasib tak baik kena tunggu lama. Kak Feni post dekat fb supaya semua customer Kak Feni faham. Dugaan semua ni dan bukan kita sahaja yang kena hadap.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...