Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts
Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts

October 29, 2019

4 Golongan Yang Memerlukan Lebih Dari Kalsium

Kita perlukan kalsium untuk pembentukan dan kesihatan tulang. Untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, kita memerlukan lebih dari kalsium. Dalam memilih suplemen kalsium pilihlah yang ada 7 nutrisi pembina tulang seperti kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zn, Cu, Mn, B untuk kesihatan tulang yang menyeluruh.

4 Golongan Yang Memerlukan Lebih Dari Kalsium

1. Individu Aktif




Aktiviti fizikal bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan tulang. Walau bagaimanapun, semasa kita menjalani gaya hidup seharian secara aktif , kekurangan atau tidak mengambil kalsium dan nutrien pembentukan tulang, akan meningkatkan risiko osteoporosis dan patah tulang dengan setiap pergerakan yang kita lakukan.
  • Setiap pergerakan otot memerlukan mineral seperti kalsium, magnesium dan klorida. Kekurangan nutrien sedemikian akan menyebabkan tubuh kita menarik nutrien dari tulang seta mengurangkan simpanan nutrien kita.

2. Ibu Mengandung



Tulang dan gigi bayi anda tumbuh semasa kehamilan. Oleh itu, bekalan kalsium dan nutrien pembentukan tulang yang berterusan memberikan asas tulang yang lebih kukuh untuk bayi.

  • Bayi dalam rahim menerima pemakanan dari ibu. Sekiranya ibu tidak mempunyai kalsium dan nutrien pembentukan tulang, ia akan diambil dari tulang simpanan ibu, dan menyebabkan simpanan nutrien berkurangan.
  • Proses pengeluaran ini meletakkan ibu berisiko kerana nutrien boleh dilepaskan ke dalam darah, membawa kepada toksik yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

3. Ibu Menyusu



Banyak kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu kehilangan sekitar 3-5% ketumpatan tulang mereka semasa tempoh penyusuan.

  • Kehilangan tulang yang tidak dapat dielakkan ini adalah disebabkan peningkatan permintaan kalsium dan nutrien pembentukan tulang yang lain untuk menyokong perkembangan bayi.
  • Ibu menyusu juga mengalami penurunan kadar estrogen, hormon yang mengekalkan kepadatan tulang, meningkatkan kadar kehilangan tulang ibu.

4. Orang-orang Tua



Apabila anda semakin tua, anda kehilangan ketumpatan tulang dengan cepat kerana kadar pembentukan tulang merosot, menjadikan anda berisiko tinggi patah tulang dan osteoporosis.
  • Wanita menopaus berisiko tinggi mendapat tulang yang lemah dan rapuh apabila tahap estrogen, hormon yang mengekalkan ketumpatan tulang mereka menurun.

Dapatkan dos harian kalsium dan nutrien pembentukan tulang dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Pil Kalsium yang sangat kaya dengan Kalsium dan Magnesium untuk mengekalkan kesihatan tulang.

Baca juga : KEBAIKAN OSTEMATRIX KEPADA PENGAMALNYA


Sebotol Ostematrix mengandungi 120 Caplets. Maksimum pengambilan 4 caplets sehari. Harga untuk sebotol Ostematrix RM61.25 (boleh dapat harga ahli setelah menjadi ahli). Nak tahu cara macam mana nak jadi AHLI SHAKLEE atau pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




October 25, 2019

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung memerlukan lebih banyak kalsium berbanding ibu yang tidak mengandung. Kalsium yang tidak mencukupi menyebabkan kalsium dari dalam tulang dan gigi ibu akan diserap untuk perkembangan janin.


Tanda-tanda Badan Kurang Kalsium :-



  • Sakit pinggang, tumit dan segala tempat yang ada tulang.
  • Gigi cepat rapuh.
  • Sakit otot.
  • Kekejangan.
  • Lenguh badan.
  • Gusi berdarah.
  • Sakit kaki.
  • Sakit gigi - paling teruk fasa menyusu.
  • Sukar tidur (imsomnia).
  • Tarik mengkarung atau "cramp".
  • Keletihan
  • Sukar untuk membuang air besar.

Ibu-ibu perlu mengambil kalsium yang secukupnya untuk memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh serta membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Pilih suplemen kalsium yang membantu melancarkan proses kehamilan.



Suplemen kalsium ini sebaiknya diteruskan sehingga proses bersalin dan menyusukan anak kerana ianya bukan sahaja membekalkan kalsium yang cukup malah melancarkan proses penyusuan.


Apa yang mengganggu penyerapan Kalsium ?


1. PHYTIC ACID - diet yg tinggi phytic acid menyebabkan kalsium tak dapat diserap dengan baik.

2. GARAM - pengambilan garam yang tinggi juga mengganggu penyerapan kalsium

3. KAFEIN - kafein & minuman diuretik yang tinggi menyebabkan kalsium disingkirkan sebelum dapat diserap.

4. KURANG VITAMIN D - vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium. Kekurangan vitamin D menyebabkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik.


Ibu mengandung sebaiknya jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Sebaiknya elakkan makan makanan yang boleh menganggu penyerapan kalsium seperti senarai di atas.

Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ianya membantu perkembangan tulang bayi dalam kandungan. 


Kenapa ibu mengandung disarankan supaya mengambil Ostematrix sebagai Suplemen Kalsium ?




Ostematrix adalah suplemen kalsium yang diperkaya sesuai untuk keperluan tubuh bukan sahaja untuk ibu mengandung hingga menyusu malah semua golongan juga digalakkan ambil pil kalsium Ostematrix ini kerana kelebihannya dicipta khas untuk meningkatkan kesihatan.



Selain membantu memberikan nutrisi yang terbaik untuk ibu mengandung, Ostematrix sangat membantu dalam memulihkan atau meningkatkan tenaga si ibu dalam menjalani urusan harian. Ada ibu-ibu mengandung mengalami masalah cepat letih dan lemau semasa tempoh kehamilan. Pengambilan makanan seimbang ditambah dengan makanan tambahan membantu meningkatkan kualiti kesihatan.

Bayangkan kalau badan ibu tak cukup nutrisi, bagaimana anak dalam kandungan nak dapat zat atau nutrisi yang secukupnya. Jadi ibu-ibu pilihlah untuk amalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan seimbang yang sihat serta jauhi yang tidak sihat seperti merokok. Senaman juga penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh ibu mengandung.



Untuk mendapatkan Ostematrix sebagai suplemen Kalsium boleh menghubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




October 24, 2019

KEBAIKAN OSTEMATRIX KEPADA PENGAMALNYA

Semalam Kak Feni ada share tentang KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK TUBUH, hari ni Kak Feni nak share tentang KESAN atau  KEBAIKAN OSTEMATRIX kepada pengamalnya.

Rata-rata ahli atau SID atau hanya pengamal/pengguna yang mengamalkan Ostematrix pasti akan memberikan maklum balas (feedback) yang memberangsangkan. Jadi Kak Feni kongsikan disini untuk rujukan bersama.

Kebaikan ini perlu dikongsikan agar sesiapa yang mempunyai masalah yang sama boleh cuba Ostemarix.








Bagi mereka yang bermasalah untuk minum susu, Ostematrix adalah suplemen yang sesuai sangat bagi menggantikan susu. Kalsium selalu dikaitkan dengan susu namun kalsium juga boleh kita dapat melalui makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti tulang rapuh, kuku terserpih atau cepat rapu dan juga gigi mudah rosak. Anak-anak kecil sangat digalakkan untuk ambil kalsium secukupnya untuk membantu dalam perkembangan tubuh badan.

Ibu-ibu digalakkan mengambil kalsium seawal kandungan kerana ibu hamil lebih memerlukan kalsium berbanding wanita tidak hamil. Kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan badan mudah letih. Baca juga : Kesan Kekurangan Kalsium dalam badan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com











October 17, 2019

Kepentingan Kalsium Dalam Badan

Sempena promosi OSTEMATRIX bulan Oktober 2019 ni, Kak Feni nak kongsikan tentang kepentingan kalsium dalam badan supaya kita dapat cukupkan keperluan kalsium harian kita.

Apa itu Kalsium?


Kalsium adalah mineral penting untuk tubuh. Ia berperanan untuk mengawal tekanan darah, membina kekuatan tulang dan gigi. Kalau kalsium tak cukup boleh membuatkan badan menjadi lemah.


Tanda-tanda badan kurang kalsium

  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi dalam darah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan perkara berikut :-

  • Penyakit osteoporosis
  • Pembentukan struktur normal sel
  • Masalah sistem saraf
  • Pembekuan dan tekanan darah
  • Fungsi otot dan untuk tekanan jantung yang normal
Manusia banyak kehilangan kalsium sebanyak 600gram setiap hari. Jadi kalau kita tak ambil kalsium yang secukupnya, kalsium dari gigi dan tulang akan diambil untuk kegunaan tubuh.

Kesan kekurangan kalsium 


  • Mudah mengalami cramp atau kekejangan - sering berlaku kepada ibu hamil
  • Sukar tidur (masalah imsomnia)
  • Masalah usus menjadi lemah dan sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka lambat sembuh dan darah lambat beku
  • Menurunkan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan masalah jantung
  • Rambut gugur untuk ibu-ibu selepas bersalin

Kita boleh dapatkan kalsium dari makanan seperti dalam poster di bawah :- 


Bagi mereka yang perlukan kalsium tapi susah nak minum susu, makan buah, ikan dan sayur-sayuran macam dalam poster tu bolehlah cuba ambil pil kalsium + magnesium OSTEMATRIX sebabnya 1 tablet OSTEMATRIX bersamaan dengan segelas susu (276 mg kalsium).



BAGAIMANA OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBANTU??


Mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium. Pengambilan Kalsium dan Magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Bagaimana nak memilih kalsium terbaik untuk anda?


i. Pastikan produk tersebut mengandungi Vitamin D dan Magnesium.
ii. Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
iii. Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.



Shaklee menawarkan Ostematrix Shaklee dengan kandungan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.




Jadi boleh ambil OSTEMATIX sebagai suplemen Kalsium. Sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.



Untuk mendapatkan Ostematrix bolehlah menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 15, 2019

Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin/Suplemen Untuk Lebih Sihat dan Cergas ?

Kadang-kadang rutin harian yang sangat sibuk dan mencabar membuatkan kita kurang mendapatkan nutrisi yang seimbang. Macam Kak Feni ni, seorang isteri, ibu, anak, adik dan pekerja. Bila terlalu banyak beban di bahu rasa macam tak terdaya nak hadap. Tambah-tambah lagi dengan aktiviti yang padat.

Terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi Kak Feni suplemen/vitamin ni sangat membantu.



Kenapa kita perlu ambil Vitamin / Suplemen ?


1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan.


* Macam Kak Feni sendiri. 5 hari seminggu ulang alik dari rumah ke pejabat dan pejabat ke rumah dengan motosikal bukan kereta. Hari-hari memang kena habuk dan debu. Kalau tengahari pula kena panas matahari. Masa  perjalanan pula dalam 45 minit hingga sejam. Bayangkan bagaimana kulit dan badan Kak Feni terdedah pada radikal bebas. Kalau kena hujan pula, kepala dan badan mesti sakit-sakit. Dulu selalu ambil ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit. Sejak amalkan vitamin/suplemen ni dan jarang sangat ambil ubat tahan sakit.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.


* Maklum saja makanan hari ni. Lebih banyak nak segera dan cepat. Terutama yang kerja macam Kak Feni. Keluar pagi balik malam. Kadang-kadang masa nak memasak/menyediakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti tu sangat terhad. Jadi terpaksa beli je makanan di kedai takpun makan makanan segera. Paling best sekarang boleh order jer ONLINE.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.


* Yang ni memang banyak didedahkan untuk kita. Kadang-kadang makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lebih sihat tapi sebaliknya. Jadi macam mana nak dapat khasiat, Kak Feni pilih ambil suplemen.

4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan atau merokok.


* Ini memang dah jadi tabiat kebanyakan orang kita termasuk Kak Feni. Bila dah banyak duduk di kerusi buat kerja mula malas nak bersenam dan bersukan. Gaya hidup yang tak sihat ni perlu diubah.

5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.


* Budaya orang kita yang suka makan sedap-sedap. Bermacam-macam jenis makanan yang timbul menggoda fikiran. Bila tengok orang makan cheese (keju) kita pun nak makan. Semua benda kita nak cuba.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.


* Penyakit banyak berpunca dari makanan, jadi untuk lebih sihat lebih baik kita tukar makanan yang tak sihat kepada makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang sangat bagus dibantu dengan pengambilan vitamin/suplemen meningkatkan lagi kualiti kesihatan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya makan di kedai makan, restoran makanan segera kerana bahan masakan dimasak terlalu lama dan sebagainya.


* Sebaaiknya carilah makanan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan. Jaga makan untuk membantu meningkatkan kesihatan.

 

Pengalaman Kak Feni sendiri,


2 minggu sudah Kak Feni dan keluarga ada majlis konvo anak buah di Politeknik Behrang. Bila dah ada majlis macam ni dan semua ahli keluarga terlibat. Macam-macam agenda kami nak buat sama-sama.

Nak buat agenda yang macam-macam ni memang perlukan tenaga berpanjangan. Kak Feni ni pulak jenis yang cepat letih dan penat. Sakit kepala, angin segala bagai memang tak boleh lari. Jadi Kak Feni memang spare sebotol Ostematrix sebagai pengganti ubat tahan sakit.

Sebelum keluar, lepas breakfast hari konvo 5 haribulan Oktober 2019 Kak Feni telan siap-siap 2 tablet Ostematrix sebab mesti nak kena jalan jauh ni di majlis tu.

Bila dah sampai tempat majlis tu, parking memang jauh gila nak menapak. Siap majlis kami balik KL. Sampai di rumah pun dah senja nak masuk maghrib. Kalau tak larat macam mana nak hadap hari tu. Malam sebelum tidur telan lagi 2 biji ostematrix.

Esoknya 06/10/2019 - Bangun awal pagi untuk sediakan sarapan. Lepas sarapan kami terus ke Taman Botani Putrajaya bagi sesi fotoshoot jubah konvo (ewah). Masa ni Kak Feni ambil 2biji juga Ostematrix. Alhamdulillah perjalanan aktiviti fotoshoot gambar konvo di sini selesai dengan jayanya dan Kak Feni tak pancit. Haha

Lepas selesai sesi fotoshoot, kami pergi makan di Alamanda, Putrajaya. Masuk sini tak tawaf mall tak sah. Selesai makan dengan keluarga, kami ke Tanjung Malim untuk hantar kakak Kak Feni. Diorang parking kereta di Tanjung Malim. 

Lepas maghrib gerak balik Kuala Lumpur. Alhamdulillah hari berjalan dengan lancar dengan bantuan vitamin/suplemen yang Kak Feni ambil tu. (Semuanya dengan izin Allah).

Kak Feni rasa kalau tak ambil Ostematrix sebelum tu, belum tentu Kak Feni boleh jalan jauh direct seharian hari tu.

Oh ya tadi pun ada Kak Maria share pasal kenduri dia Sabtu lepas. Dia cakap "aku tak sempat makan pun lauk kenduri, penat dan tak lalu nak makan nasib baik pagi tu aku sarapan dan telan siap-siap multivitamin". Ha nampak tak disitu vitamin sangat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup kita.

Kalau letih, lemau dan tak larat macam mana kita nak hadapi hari-hari kita yang padat dan penuh aktiviti ni?

Jadi ambillah suplemen yang sesuai untuk tubuh badan sendiri. Ia sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kesihatan serta memberikan tenaga.

Bulan Oktober ni ada promosi OSTEMATRIX. Boleh order dengan menghubungi nombor di bawah.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com







October 8, 2019

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Grab Promo Ostematrix Shaklee Oktober 2019

Alhamdulillah harini dah banyak yang order Ostematrix bagi memenuhi keperluan kalsium harian. Bulan ni promosi 3 botol dapat diskaun sebanyak 5%.



Harga Asal untuk 3 Botol  : RM183.75
Harga Promosi untuk 3 botol : RM174.56 (diskaun 5%)

Jimat : RM9.19.

Jom kita tengok tanda badan kurang kalsium

Jadi bagi mereka yang ada tanda atau simptom seperti di atas, boleh cuba amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan bagi mencukupkan keperluan kalsium harian.

Untuk info lanjut boleh rujuk : KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK KESIHATAN





Bagi mereka yang ada masalah untuk minum susu atau tak suka dengan susu sebab tak boleh nak telan, boleh amalkan Ostematrix sebagai suplemen tambahan. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Dalam sehari disarankan untuk mengambil 4 tablet untuk mencukupkan keperluan kalsium harian.

Kalsium sangat penting untuk menguatkan tulang, gigi dan kuku. Ibu hamil memerlukan lebih banyak kalsium berbanding wanita yang tak hamil.

Jadi untuk mendapatkan suplemen Ostematrix boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 1, 2019

Promosi Shaklee Oktober 2019

Alhamdulillah Oktober dah pun memulakan harinya hari ini.


Promosi Shaklee untuk bulan Oktober ialah Ostematrix. Beli 3 botol dapat diskaun 5%.


Selain Ostematrix, SkinCare Youth juga masih meneruskan promosinya untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan muda.

Program DETOX Shaklee pun dimulakan bagi mendapatkan badan yang sihat dan cantik.

Jom Vivix Set pun taknak ketinggalan bagi memberikan kesihatan dan tenaga yang lebih baik.







Untuk order dan pertanyaan berkenaan dengan produk Shaklee boleh terus hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

March 8, 2019

6 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan berlakunya osteoporosis atau tulang poros. Osteoporosis bukanlah penyakit yang boleh disembuhkan namun ianya boleh dicegah dengan pengambilan kalsium yang cukup. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Dengan mengambil 2 gelas susu sehari masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan kalsium harian kita.  Ostematrix adalah satu pil kalsium yang membantu dalam mencukupkan keperluan kalsium dalam tubuh. 


Kandungan OSTEMATRIX boleh rujuk sini.

KEBAIKAN OSTEMATRIX bukan sahaja untuk ibu hamil, malah lelaki dan remaja juga boleh amalkan ostematrix untuk mencukupkan keperluan kalsium harian bagi menjaga kesihatan. 


1. MEMBANTU IBU HAMIL



Ibu hamil yang kurang kalsium disarankan mengambil Ostematrix bagi mencukupkan keperluan kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kekejangan kaki (cramp) di waktu malam. Ostematrix bukan sahaja untuk ibu malah untuk menguatkan tulang bayi dalam kandungan.

2. MEMBANTU IBU MENYUSU


Ibu menyusukan anak dengan susu ibu lebih memerlukan kalsium untuk membekalkan susu yang lebih pekat dan sihat untuk anak. Pengambilan makanan seimbang membantu untuk menghasilkan susu yang berkualiti. Disamping itu, ostematrix juga boleh menjadi penggalak susu yang sihat untuk ibu dan anak.

3. MEMBANTU MASALAH SENGGUGUT

Bagi anak remaja atau wanita yang selalu mengalami masalah senggugut yang teruk, Ostematrix membantu mengurangkan rasa sakit. Pengambilan yang berterusan boleh menghilangkan sakit senggugut. 

4. MEMBANTU MASALAH SEMBELIT 

Faktor pemakanan dan persekitaran kita hari ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul. Sembelit adalah satu tanda bahawa badan kita tidak berfungsi dengan betul. Bayangkan kalau susah nak membuang atau tidak membuang dalam masa berhari-hari. Ini menyebabkan banyak penyakit yang timbul seperti jerawat batu dan usus tidak sihat. Ostematrix adalah salah satu suplemen yang terdapat dalam SET SEMBELIT.  

5. MEMBANTU MASALAH IMSOMNIA

Imsomnia atau masalah tak boleh tidur malam boleh menyebabkan tugas harian terganggu kerana tidak cukup rehat yang sempurna. Masalah ini boleh menganggu prestasi kerja jika berterusan. Pengambilan suplemen ostematrix membantu dalam masalah imsomnia dan memberikan tidur yang lebih lena.

6. MEMBANTU MENGUATKAN TULANG


Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang rapuh dan untuk orang tua boleh mengalami masalah osteoporosis. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan satu gelas susu. Orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas disarankan mengambil 4 tablet Ostematrix setiap hari untuk keperluan kalsium harian. Pengambilan yang berterusan membantu menguatkan tulang, gigi dan kuku.

Untuk mendapatkan Ostematrix bolehlah menghubungi Kak Feni.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 21, 2018

KEBAS-KEBAS TANGAN DAN KAKI HILANG SETELAH MENGAMALKAN OSTEMATRIX

Minggu lepas Kak Nab (cleaner di pejabat Kak Feni) mengadu.

Feni, aku ni sakit sangat badan. Habis kebas-kebas tangan dan kaki aku ni. Nak buat macam mana ? Kalau pergi doktor di ceknya berapa kena ?

Kak Feni yang sedang sibuk di meja kerja pun berhenti dan fokus kepada masalah beliau. Macam doktor pulak Kak Feni ni kan. Kebetulan di meja Kak Feni ada Ostematrix. Kak feni pun bagi la sedikit untuk Kak Nab.

Kak Feni ambil ostematrix ni sejak kena kebas-kebas tangan 2 bulan sudah. Pergi jumpa doktor dan doktor cakap " kalau nak ambil suplemen, ambil suplemen kalsium. Ia boleh membantu dalam masalah kebas-kebas ni."

Alhamdulillah sejak Kak Feni amalkan Ostematrix ni, masalah kebas-kebas ni dah kurang. Lepas tu bila tidur malam pun dah jarang kena "tangkap mengkarung".



Boleh rujuk KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix adalah suplemen kalsium yang sesuai diamalkan oleh mereka yang kurang minum susu bagi mencukupkan keperluan kalsium setiap hari. Satu tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam.

KEPERLUAN KALSIUM DALAM BADAN




KENAPA KITA PERLU AMALKAN OSTEMATRIX ?












TESTIMONI OSTEMATRIX 







Dipetik dari Harvard Health Publication

Jika anda sedang mencari supplement Kalsium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

1. Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh.

2. Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di
dalam tubuh.

3. Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yang kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan).

4. Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem cardiovascular anda.

5. Magnesium dan kalcium bergambung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena.

6. Jangan lupa, lengkapilah kalcium supplemen anda dengan vitamin D! Kenapa?
>>Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
>>Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

7. Carilah kalsium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!


Untuk mendapatkan SUPLEMEN KALSIUM atau produk Shaklee yang lain boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...