Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

August 9, 2022

Tukar Duit Syiling - Hasil Menabung Di Pejabat

Alhamdulillah hari ni tukar duit syiling hasil menabung di opis. Haha walau hanya sekadar dapat RM36.00. Rezeki Allah bagi kan. Ingat nak kumpul lagi banyak tapi dah ada orang nak tukar. Kita pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.



Baru hari Ahad lepas suami Kak Feni pergi tukar duit syiling tabung dia di rumah dekat Petronas. Dapatlah RM150.00 untuk sekali tukar. Haa kau jangan pandang rendah dengan duit syiling.



Dapat duit ni boleh je buat topup nak beli apa-apa kan. Haha Kak Feni tulis boleh buat belanja seminggu di opis. Maklumlah belanja mahal sekarang ni. 


Belanja sekolah anak-anak pun banyak sekarang. Tak tahu nak jimat kot mana. Bertabahlah kita. 


Lepas dah tukar ni, kena start kumpul balik tak tahu bila pulak nak penuh. Hehe semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus. InshaAllah. 💓



September 6, 2019

30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini

Hidup tanpa peraturan ibaratkan hidup tanpa tujuan. Mari kita lihat 30 Peraturan Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Hidup Ini.

1. Buat Senarai Keutamaan


Tulis perkara-perkara penting dalam hidup. Tulis ikut hati sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa. Gunakan senarai ini untuk rujukan. Bila kita berada dalam keadaan tertekan dan terlalu penuh boleh rujuk balik senarai untuk apa aku buat semua ni.

2. Cari Masa Untuk Kesihatan Mental


Luangkan masa untuk kesihatan mental dengan berdoa, membaca, meditasi, yoga, terapi atau berbual dengan sahabat untuk merangsang minda serta meningkatkan kesejahteraan hidup. Hidup dalam tekanan boleh membuatkan kita hidup dalam depress. Bahaya depsress ni hanya mereka yang pernah alaminya sahaja yang tahu.

3. Buat Perancangan


Tulis segala temujanji, tarikh akhir, majlis dan perkara yang penting adalah cara terbaik untuk menggunakan masa kita. Ini boleh mengurangkan tekanan disebabkan oleh penangguhan atau kelalaian. Jangan lupa juga untuk jadualkan masa untuk diri sendiri.

4. Lakukan 10-Minit Pembersihan Setiap Hari


Bila kita buat pembersihan rumah 10 minit setiap hari, kita akan menjimatkan masa membersih keseluruhannya pada hujung minggu. Jadi masa untuk pembersihan itu kita boleh gunakan untuk aktiviti lain seperti membaca, bersenam atau bersama keluarga di hujung minggu.

5. Tiada Media Sosial Untuk Sejam Sebelum Dan Selepas Tidur


Berikan masa untuk mulakan dan akhiri harian kita dengan tenang tanpa berita, tajuk utama artikel dan juga iklan.

6. 1 Beg Besar Untuk Barang Terpakai


Satu cara cepat untuk memudahkan perkara di rumah ialah dengan bekerjasama dengan diri sendiri untuk dermakan ataupun buang barangan terpakai dalam satu beg besar. Kumpul dan serahkan kepada pihak yang berkenaan.

7. Minta Bantuan


Minta bantuan dengan pihak tertentu untuk membantu dalam hidup. Contohnya kita perlukan rehat yang secukupnya pada hujung minggu setelah penat bekerja keras, kita hantar anak-anak ke pusat jagaan harian untuk dijaga.

8. Berikan Masa Untuk Diri Sendiri 


Beri masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Cari aktiviti yang sesuai dengan diri kita sendiri untuk kita lakukan bagi membuatkan kita rasa ceria dan bahagia.

9. Kemaskan Ruang Kerja Apabila Selesai


Yang ni sangat penting sebab kita akan rasa tenang dan selesa bila nak mulakan sesuatu tugasan baru. Bila ruangan kerja kita nampak lapang dan tenang tanpa gangguan. Kerja dalam keadaan kusut dan serabut boleh menambahkan tekanan di kepala.

10. Luangkan Masa Untuk Alam


Cara terbaik untuk tenang dan damai adalah berhubung dengan alam. Ambillah cuti untuk berehat di tempat yang sunyi dan hijau seperti di resort atau balik kampung yang penuh dengan kehijauan.

11. Memudahkan Dengan Rutin Pagi


Mulakan aktiviti pagi dengan perkara yang lebih produktif dapat membentuk hari yang lebih indah.

12. Bersantai dengan Tenang Sebelum Tidur


Membaca buku, berdoa, tutup lampu, jangan tengok telefon pintar atau minum secawan teh. Tidur malam yang berkualiti adalah cara terbaik untuk meremajakan diri.

13. Baca Bahan Motivasi


Membaca bahan motivasi tidak kisah ianya melalui buku, blog, atau artikel berita. Dengan motivasi dan positif dapat membantu membina hidup yang lebih berkualiti.

14. Lakukan Sedikit Aktiviti Fizikal Setiap Hari


Jika kita rasa aktiviti senaman kita terlalu keras, boleh mudahkannya dengan berjalan-jalan di sekitar taman atau blok perumahan atau lakukan aktiviti regangan selama beberapa minit. Cara lain yang lebih mudah ialah dengan bergerak setiap hari.

15. Meditasi


Bagi yang beragama Buddha, mereka percaya bahawa meditasi dapat membantu meningkatkan kualiti hidup. Bagi umat Islam pula, kita boleh amalkan dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa dan lakukan apa yang Allah suruh dapat menenangkan jiwa.

16. Lakukan Tugas Kegemaran Terlebih Dahulu


Buat sesuatu yang kita suka sebelum kita buat sesuatu yang lebih sukar. Ini tidak membuang masa dengan membuat sesuatu yang sukar.

17. Kurangkan Menonton Televisyen


Kurangkan menonton televisyen dan gantikan dengan aktiviti yang lebih produktif.

18. Buat Belanjawan Dan Bayar Hutang


Hutang merumitkan banyak benda dalam hidup. Membangunkan rancangan dan perbelanjaan mungkin nampak seperti satu kerja namun hakikatnya ia akan menyelamatkan kita dari masa, tekanan dan juga dana untuk masa akan datang. Mengurangkan hutang boleh membuatkan kita hidup lebih tenang.

19. Kurangkan atau Kitar Semula


Bila kita memilik barang yang sikit, jadi kita tidak akan risu untuk menukar atau berbelanja untuk berlebihan. Mengurangkan barang adalah salah satu jalan untuk mengurangkan tekanan dan kerisauan.

20. Katakan Tidak Untuk Berlebihan


Bukan bermaksud tidak bersosial sebaiknya buatlah sesuatu yang mampu kita lakukan ikut kemampuan diri sendiri. Katakan tidak bila kita tidak mampu untuk lakukan semuanya dalam satu masa.

21. Hapuskan Orang Yang Bertoksik Dalam


Tinggalkan mereka yang tidak membantu dalam hidup ini supaya kita dapat hidup lebih tenang dan bahagia. Kalau kita bersama mereka pun bukan membantu malah lebih menjatuhkan kita. Hidup terlalu singkat untuk bersama dengan orang yang beracun.

22. Ambil Masa Rehat


Ambil masa untuk keluar bila berada di tengah ketegangan. Jika terasa macam kepala sudah terlalu sarat dengan masalah, ambil masa untuk rehat. Kembali masuk kerja apabila keadaan kembali tenang dan pandangan yang berbeza.

23. Jadikan Rumah Tempat Ketenangan


Hiasi rumah untuk nampak cantik dan tenang. Pilih susunan yang tenang dan lapang untuk dinikmati bila pulang dari tempat kerja.

24. Kerap Bersama Dalam Kumpulan Yang Kecil


Bersama dengan berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

25. Pilih Hobi Yang Sesuai


Reka cipta, buat kek, menulis atau membaca ada hobi yang boleh di pilih. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai hobi dapat menjadikan mereka lebih bahagia dan juga membantu untuk hidup lebih lama.

26. Sentiasa Menghargai Masa Sendiri dan Juga Orang Lain


Menghargai masa kita bermakna menghargai orang penting di sekeliling kita.

27. Kurangkan Melihat Berita 


Semak berita dunia tidak lebih dari sekali sehari. Ini juga bermaksud kurangkan melihat newsfeed di Facebook, menonton televisyen atau perbualan dengan rakan lain.

28. Mengurangkan Hipotesis


Berurusan dengan fakta dalam keadaan yang tertekan boleh membantu mengurangkan kebimbangan, kemarahan dan kebencian terhadap orang.

29. Pandu Perlahan Atau Keluar Awal


Keluar awal untuk bertenang semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat. Terburu-buru boleh membuatkan kita rasa tertekan dengan keadaan.

30. Jangan Melabur Di Luar Kemampuan


Pilih pelaburan untuk membantu masa depan bukan untuk menambah tekanan. Hidup akan jadi lebih kucar kacir bila jangkaan kita tidak seindah yang diimpikan.

August 23, 2019

Bersyukur Dengan Nikmat Yang Allah Beri

Image may contain: text

Kredit to @PU Amin

Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab masih diberikan waktu untuk nikmati hidup ini. 
Semalam Kak Feni buka youtube dan dengar ceramah dari Ustaz Ahmad Dusuki yang bertajuk "Apa Yang Kita Kejar Dalam Hidup Ini?"

Ya apa sebenarnya yang kita kejar ?

Harta ?
Wang Ringgit ?
Pangkat ?
Darjat ?
Keluarga ?

Tepuk dada tanya selera sendiri. 

Hidup kalau tak ada arah tujuan kita takkan rasa nikmat hidup ini. 

Kalau boleh sebelum kita meninggal (mati). Hafallah dulu 3 surah dalam al-Quran sebelum kita berjumpa dengan Allah.

3 surah Al-Quran yang perlu kita hafal ialah :-

1. Al-Mulk, (30 ayat sahaja) Hafal.

Kalau boleh baca surah al-Mulk sebelum tidur setiap malam. Manfaatnya besar. Kalau kita meninggal ketika tidur, surah al-Mulk akan menolong kita.

2. Surah Al-Kahfi (110 ayat) Hafal.

Surah Al-Kahfi akan menolong kita. Bila kita meninggal jenazah kita akan bersinar. Malaikat pun tahu orang yang beriman telah meninggal. 

3. Surah Al-Baqarah (286 ayat) Hafal.

Surah ni adalah surah yang sangat penting kita baca di rumah. Kalau kita baca dalam rumah, syaitan dan jin tak berani masuk rumah. Kalau macam anak-anak selalu bergaduh, suami isteri pun sering bermasam muka atau ada tanda-tanda gangguan dalam rumah. Bacalah surah Al-Baqarah untuk perlindungan dari Allah.

Setiap masa kita berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa. Jangan tunggu tua sebab kita tak tahu bila Allah nak jemput kita. 

Bangun je pagi terus berdoa : -

"Wahai Tuhanku, Ampunkanlah segala dosa-dosaku". 

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Kenapa solat kita tak rasa nikmat ?

Jawapannya sebab kita terlalu kejar dunia. 

InshaAllah lepas ni kena perlahan-lahan hafal 3 surah ni. Kalau boleh sebelum meninggal. Berilah aku kekuatan untuk menghafalnya. Semoga kita semua istiqamah untuk ke jalan Allah.


August 22, 2019

7 Keburukan Minuman Berkarbonat Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan

Dulu masa zaman remaja Kak Feni suka sangat minum air berkarbonat atau lebih glamer dipanggil air bergas. Kalau di sekolah memang ada pula mesin air tin yang masukkan duit tu. Dahaga ke tulah yang tuju dulu.

Masa tu memang tak fikir pun pasal sihat tak sihat. Tahu nak mudah dan senang je. Bawa air kosong tapi air gas juga yang habis dulu. Air berkarbonat ni lebih sedap dan manis berbanding air kosong.

Cola, Drink, Carbonate, Sodas, Junk, Beverage, Herb

Keburukan Minuman Berkarbonat Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan


1. Menaikkan Berat Badan

Minum air tin satu tin setiap hari selama sebulan boleh menaikkan berat badan sebanyak setengah kilogram bersamaan 500gram.

2. Tiada Ada Nilai Gizi

Ketika besara haus atau berpuasa, tubuh memerlukan cairan yang bernutrisi. Air minuman yang berkarbonat tidak mempunyai nilai gizi di dalamnya.

3. Meningkatkan Risiko Diabetis

Kadar gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat meningkatkan risiko untuk menghidap diabetis.

4. Menyebabkan Osteoporosis

Minuman ini sangat rendah kandungan kalsium yang boleh menyebabkan risiko osteoporosis.

5. Merosakkan Gigi

Lagi keburukan minuman berkarbonat ini ialai kandungan sebatian soda mampu mengikis dan merosakkan lapisan enamel gigi, menyebabkan gigi mudah berlubang dan rosak.

6. Risiko Kerosakkan Buah Pinggang

Orang yang suka minum minuman berkarbonat berisiko lebih besar terkena batu karang serta merosakkan buah pinggang.

7. Menyebabkan Dehidrasi

Kadar kafein yang tinggi dalam minuman berkarbonat menyebabkan tubuh dehidrasi.

Dah tahu banyak sangat keburukan bila amalkan minum minuman berkarbonat ni. Eloklah elakkan mengambilnya selalu. Kurangkan dan tinggalkan terus. Lebih baik gantikan dengan minuman yang lebih sihat iaitu jus buah-buahan dan sayuran ataupun minum jer air kosong. Banyak sangat manfaat air kosong berbanding air manis-manis macam air karbonat ni.

Baca juga : MANFAAT MINUM AIR KOSONG 

Kita perlu minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari minimum bagi mereka yang normal untuk kesihatan dan keperluan tubuh.

Bagi mereka yang ingin bertukar kepada minuman yang lebih sihat namun memberikan tenaga boleh cuba amalkan Performance Drink. Minuman bertenaga yang membantu dalam mengelakkan badan hidrasi terutamanya ketika berpuasa.


Baca juga : 5 Minuman Yang Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan

Untuk dapatkan produk Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

July 26, 2019

Amalan Murah Rezeki Yang Kita Boleh Amalkan Untuk Mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat

Cuba perhatikan hidup kita hari ni adakah lebih baik dari semalam atau tidak. Kalau masih belum mendapat apa yang kita mahu. Kita cuba lagi dan lagi. Kunci untuk berjaya adalah tidak mudah berputus asa.

Tahu makna rezeki. Rezeki bukan setakat wang ringgit. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Rumah tangga bahagia, kesihatan yang baik, anak-anak yang sihat dan banyak benda lagi kalau nak senaraikan. Ini semua dinamakan rezeki.

Kita amalkan benda yang baik-baik untuk hasil yang baik-baik. 

Dalam bisnes yang kita buat. Kita bergantung 100% kepada Allah selain berusaha. Kita tak tahu siapa yang akan jadi pelanggan kita. Kita serahkan tawakal kepada Allah.

Kak Feni pernah terdengar satu ceramah tentang rezeki. Tak ingat dah bila. Rezeki itu kalau kita kejar, memang kita akan penat. Sebaiknya kita jemputlah rezeki itu. Ibaratnya kita nak tangkap rama-rama. Kalau kita nak tangkap memang penat sebaiknya kita jemput dia datang. Macam mana kita nak jemput dia datang ?

Caranya dengan tanam pokok-pokok bunga di halaman rumah kita. Kita tanam banyak jenis bunga-bungaan dan tambah hiasan untuk cantikkan halaman rumah kita. Rama-rama suka bunga jadi bila halaman rumah kita ada bunga. Dia sendiri akan datang pada kita. Tak perlu kita kejar lagi rama-rama.

Begitulah ibaratnya juga rezeki kita. Tak perlu kejar. Kita jemputnya datang. Macam mana nak jemput rezeki datang dekat kita ? Kita buat apa yang Allah suka. Allah suka kalau kita sebagai hamba yang meminta-minta dan merayu kepadaNya.

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk menjemput rezeki ialah :-

Ada banyak lagi cara yang boleh kita amalkan untuk menjemput rezeki. Cuba satu-satu secara konsisten dan istiqamah setiap hari. InshaAllah kita sendiri akan rasa perubahannya. Yakin dengan janji Allah. Buat apa yang Allah suka. Dia akan bagi apa yang hambaNya perlukan.

Sebarkan kebaikan walau dengan satu ayat.


June 21, 2019

13 Cara Alami Yang Boleh Diamalkan untuk Masalah Sakit Kepala

Sakit kepala boleh menyebabkan rutin harian terganggu dan mengganggu emosi. Bila emosi terganggu, masalah lain pun banyak yang akan timbul. 



Jadi jom kita tengok cara alami yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan masalah sakit kepala.


1. Makan Makanan Yang Sihat

Awasi pengambilan makanan harian. Pastikan makan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk diet harian. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan serta mengurangkan masalah sakit kepala.

2. Lakukan Senaman

Senaman memang penting untuk kesihatan. Bersenam setiap hari atau paling kurang 2 hingga 3 kali seminggu dapat mengurangkan tekanan yang kita alami. Kalau rasa tertekan, ada baiknya kita buat senaman ringan bagi mengurangkan tekanan. Bebanan tekanan yang terlalu banyak boleh membuatkan masalah sakit kepala.

3. Dapat Tidur Yang Secukupnya

Tidur yang cukup dapat membantu dalam masalah sakit kepala. Salah satu punca sakit kepala adalah tidak cukup tidur atau tidur yang tak berkualiti. Jadi pastikan masa tidur yang cukup dan selesa bagi mengurangkan rasa sakit kepala.

4. Elakkan Kafein
Kafein adalah salah satu bahan yang membantu dalam meningkatkan motivasi. Namun kalau terlebih kafein boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi bagi mereka yang ingin mengurangkan sakit kepala, eloklah cuba untuk kurangkan/elakkan terus pengambilan kafein dalam diet harian.

5. Berhenti Merokok

Merokok adalah tabiat yang kurang sihat. Tidak merokok dalam sehari boleh menyebabkan pengamal mengalami tekanan dan sakit kepala. Untuk mengatasinya cuba untuk berhenti merokok.

6. Mengawal Tekanan

Kawal tekanan dengan menjaga emosi. Elakkan terlalu stress dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Ambil waktu untuk bertenang.

7. Mudahkan Hidup Ini

Dalam hidup ini, terlalu banyak benda yang kita nak buat. Jadi mudahkan hidup sendiri. Berfikir secara positif. Jangan pening-pening dan stress.

8. Ambil Masa Untuk Berehat

Berehatlah untuk hidup lebih tenang. Bila kita dapat rehat yang cukup, kualiti hidup pun lebih indah. Ambil cuti dan berehatlah untuk menenangkan fikiran yang kusut. Fikiran yang kusut itu membuatkan kita selalu rasa sakit kepala.

9. Hembus Nafas

Kawal pernafasan untuk bertenang. Pernafasan yang betul dapat membantu dalam mengurangkan tekanan.

10. Ubah Sikap

Yang ni penting untuk masa depan. Kalau kita tak ubah sikap kita untuk menjadi lebih baik. Kita takkan berjaya sampai bila-bila pun. Kalau nak sihat, kena selalu amalkan gaya hidup yang sihat seperti makan ikut waktu, bersenam, elakkan merokok dan sebagainya. Segala usaha yang kita buat tak akan berhasil kalau kita tak ubah sikap.

11. Lepaskan (Let Go)

Belajar untuk lepaskan tekanan. Biarkan ianya berlalu. 

12. Regangkan Otot

Sakit kepala ketika berkerja ? Apa kata rehat sebentar sambil regangkan otot untuk seketika. 

13. Catat Masalah Sakit Kepala Harian

Untuk yang selalu mengalami masalah sakit kepala, eloklah mencatat di buku. Bagi masalah yang teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan.


March 15, 2019

BERAPA LITER AIR YANG KITA PERLU MINUM DALAM SEHARI ?

Alhamdulillah nak berkongsi pasal berapa liter air yang perlu kita minum setaip hari untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal.

Bagi Kak Feni yang selalu amalkan suplemen ni mesti kena minum air kosong banyak-banyak supaya suplemen yang Kak Feni amalkan tu berfungsi dengan baik dalam tubuh. Taknaklah makan suplemen yang beli mahal-mahal tapi tak berkesan pun untuk tubuh.



Jumlah air yang perlu diminum oleh setiap orang adalah berbeza bergantung kepada berat badan, tinggi, umur dan juga jantina. 

Jadi macam mana nak kira berapa liter air yang kita perlu minum sehari seringkas mungkin?

Kita perlu minum air sebanyak 1 liter untuk 25kg berat badan. Contohnya, macam berat Kak Feni sekarang ni 67kg bahagi dengan 25kg. Jadi kena minum air kosong sebanyak 2.68 liter sehari. Dekat 3 liter. 

Kalau ikutkan tinggi dengan berat Kak Feni dah overweight tapi masih belum tahap obesiti. Jadi memang kena jaga kesihatan. Tambah-tambah lagi umur dah semakin meningkat ni dah sudah melebih 30 tahun.

Kelebihan minum air kosong untuk kesihatan ni sangat banyak. Salah satunya untuk menjaga berat badan yang ideal. Bila badan dah cantik senang untuk bergerak buat kerja.


Dulu orang tua-tua sangat menjaga pantang terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin. Mereka belajar melalui pengalaman dan diturunkan kepada anak cucu. Zaman berubah mengikut peredaran masa. Kadang-kadang amalan pantang ni bagus untuk ibu dan bayi namun ada juga yang tidak boleh kita ikut sepenuhnya.

Ibu berpantang dilarang minum air banyak semasa dalam pantang dikhuatiri badan menjadi gemuk dan susah nak turun. Sedangkan itu hanyalah mitos. Air kosong hendaklah diminum secukupnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan juga memperbanyak susu ibu. Kalau air tak cukup, badan pun susah nak proses susu. Air ni macam pengangkutan untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Jadi ibu berpantang seharusnya minum air secukupnya untuk mengelakkan pelbagai masalah seperti dehidrasi, sembelit, susu badan merudum dan sebagainya.

Kepentingan minum air secukupnya membantu menyihatkan tubuh badan serta melancarkan proses perkumuhan badan. Senang nak membuang dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. 

Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Jagalah kesihatan kita supaya dapat nikmati hidup ini dengan lebih bahagia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

March 14, 2019

KITA SIHAT ALA RASULULLAH

KITA SIHAT ALA RASULULLAH | 

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) 


Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w ?
Ikuti resepi berikut : 

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 


Rasulullah S.A.W 
sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak
wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih) 


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. 


5. TIDAK PEMARAH 


Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 
"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 


Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T.
Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam


Kak Feni copy paste dari emel. Terima kasih kepada pengirim.

March 13, 2019

14 PUNCA ATAU PENYEBAB KEMISKINAN

Bismillahirahmanirahim.

Dalam menjalani kehidupan harian, kita tidak sedar yang perkara-perkara yang kecil yang sering kita amalkan sebenarnya menjadi punca kenapa kita tak maju dan masih berada dalam takuk yang sama. Jom kita tengok 14 punca atau penyebab kita tak kaya-kaya.

1. TIDAK MENJAGA SOLAT

Kita seringkali melalaikan solat terutamanya solat 5 waktu. Nak kata tambah dengan solat sunat. Solat wajib 5 waktu pun kita susah nak buat. Macam mana kekayaan nak dekat. Jaga solat dan jaga aurat terutama ketika solat. Pastikan solat kita sempurna.

2. TERBURU-BURU KELUAR DARI SOLAT SUBUH

Contohnya lepas jer solat subuh terus keluar untuk pergi lepak kedai mamak, minum. Kalau saja-saja tak boleh kecuali ada urusan yang penting. Seeloknya lepas solat subuh duduk dulu berwirid dan berdoa.

3. TIDAK MEMBERSIHKAN SAWANG DALAM RUMAH

Islam sangat menjaga kebersihan. Salah satu cara untuk membersihkan rumah adalah dengan membersihkan sawang dalam rumah. 

4. MENGERINGKAN AIR YANG TERDAPAT DI WAJAH DENGAN KAIN BAJU YANG DIPAKAI

Contohnya, selepas ambil wuduk, lap dengan lengan baju. Sunat untuk kita bawa sapu tangan.

5. MAKAN DAN MINUM DALAM KEADAAN JUNUB/HADAS BESAR CEPAT UNDANG KEMISKINAN

Sebaiknya lepas bersama terus mandi hadas.

6. ISTERI YANG SUKA MEMARAHI SUAMI

Jangan selalu marah-marah atau mencaci suami. Sebaiknya berdoa untuk kebahagiaan suami.

7. BERDIRI TELANJANG TANPA MENUTUP AURAT

Berada dalam rumah dalam keadaan telanjang dan tidak menutup aurat. 

8. TIDUR DALAM KEADAAN TELANJANG

Jangan tidur dalam keadaan telanjang.

9. SUKA MELAKUKAN MAKSIAT

Contohnya suka menghisap rokok. Rokok adalah haram dan berdosa. Ini adalah salah satu bentuk maksiat. Jadi berhentilah.

10. SUKA MEMBERSIHKAN SAMPAH PADA WAKTU MALAM

Ibu-ibu yang selalu membersihkan rumah seeloknya bersihkan rumah pada waktu siang. Kalau makan malam nak bersihkan tempat makan. Hanya sapu tempat makan itu ataupun lap atau kutip. Sapu sampah pada pagi hari.

11. TERLALU BANYAK TIDUR

Banyak tidur pun boleh jadi cepat miskin. Waktu terbaik untuk tidur adalah selepas i'sya dan sebelum zuhur.

12. DUDUK DI DEPAN PINTU

Orang dulu-dulu suka duduk depan pintu rumah sebab nak cari uban dan sebagainya. Sebaiknya jangan duduk depan pintu.

13. MEMAKAI SIKAT YANG ROSAK

Jangan pakai sikat yang rosak. Kalau sikat yang dah rongak segera buang dan beli baru.

14. MEMBIARKAN PINGGAN MANGKUK YANG KOTOR DI SINGKI

Jangan biarkan sisa pinggan kotor di singki. Sebaiknya terus mencuci selepas digunakan atau sebelum masuk tidur.


January 28, 2019

TEKNIK MENABUNG by Dato Seri Hanni Borhan



Nilah teknik menabung yang ramai jsdians buat.
TEKNIK MENABUNG by Dato Seri Hanni Borhan
#ABC#1#
Apakah tabung A B C yang hani selalu sebut?
🔷A adalah MODAL
🔷B adalah Belanja
🔷C adalah Simpanan
Selalunya bila kita nak mulakan apa2 perniagaan atau bisnes tabung ABC ini memang kosong.
🔷tabung A modal yang hani guna ada 4 cara. ini basic mana2 asas nak berniaga.
orang kata, tak de modal cara ini. kita guna kaedah itu. takde itu guna ini.
🔷tabung B ( belanja )
belanja ni kita ada banyak cara.
kita boleh jadikan tabung ini untuk belanja dapur, shopping peribadi beli prada gucci, channel, pelancongan, sekolah anak, bayar kereta, elektrik, bayar hutang kredit kad, personal loan atau pon apa sahaja yang menjadi keperluan dan impian. Siap boleh sedekah dan bayar zakat pendapatan.
🔷tabung C ( belanja )
yang ini adalah duit simpanan.
ada beberapa kaedah untuk memenuhkan simpanan kita.
simpanan ASB ke, tabung haji, kwsp, SSP, apa2 lah asalkan duit simpanan yang tidak terusik. siap berzakat simpanan.
🔷selalunya kaedah simpanan tabung C
akan balance dengan tabung B.
maksudnya berapa banyak yang anda beli sama nilai dengan apa yang kita simpan. Sesiapa yang ikut kaedah tabung ABC ini. disiplin..
Kita tak akan jumpa masalah xde modal, hilang job, sebaliknya mewah berbelanja,
sama mewah dengan simpanan.
hidup ini akan betol2 enjoy dan hepi.
termasuk saya akan ajar kaedah sedekah dan zakat dalam tabung tu.
macam hani cakap, bisnes ni mudah kalau tahu kaedahnya.
nak uruskan hidup ni pon mudah je.
tapi ramai stress. suka cantas sana sini, buat benda2 tak elok nak hidup senang.
once kita boleh bercakap, boleh berkomunikasi, boleh berjumpa dengan ramai manusia insyaallah kita boleh meniaga. itu hanya basic marketing sahaja. simple kan.
ada orang, ada penawaran, ada yg terima tawaran itu close sales.
utk survive hidup lama..
marketing, sales dan duit kena hidup selari.
urus duit sesimple ABC.
jangan baca je,
Let's Do it ( jom buat Duit )
Bersambung nanti.
(kalau takde tabung cantik, guna je dulu tin biskut atau balang biskut kuih raya aritu tau. Ingat ni.. Bermula dengan apa yang ada. Tak yah nak highclass sangat atau stendet sangat)

KREDIT kepada  : Facebook HANNI BORHAN


December 12, 2018

APA ITU SEO ?

PENGENALAN SEO

Apa itu SEO ?

SEO adalah singkatan kepada SEARCH ENGINE OPITIMIZATION. SEO ini sangat penting untuk menunjukkan blog kita berada pada carian Google teratas. Ia juga mengoptimumkan carian. Ramai orang menulis sekadar untuk mendapat nama domain. Macam blog Kak Feni yang dulu la.

SEO ini penting sebab mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk GOOGLE PAGE RANK.

KELEBIHAN SEO


1. GOOGLE first page ranking
2. Pelawat
3. Kepercayaan. Contohnya bila kita Google, kita akan tengok yang paling atas.
4. Pelaburan - Invesment
5. Iklan (Google Ads).

KEKURANGAN SEO


1. Ia memerlukan masa untuk membina. Bergantung kepada persaingan.
2. Pelaburan wang dan masa. Kena pergi belajar dan kena luangkan masa.
3. SEO ini ada yang dibenarkan dan ada yang tidak dibenarkan.

APA YANG MEMPENGARUHI SEO ?


1. Keyword
2. Platform
3. Design/Theme
4. Gambar/Media
5. Traffic
6. Sub mission
7. Ranking
9. Backlink

Bila dah stabil selepas melalui beberapa fasa iaitu pelaburan dan masa, kita akan dapat banyak faedah seperti :-

1. Ranking
2. Pelawat
3. Pelanggan
5. Income pasif
6. Sales

Untuk menSTABILkan SEO, kita perlu jaga cara menulis.

TIPS :-

Ayat kena 300 atau 700 patah perkataan atau lebih kerana ini lebih mesra SEO.
Konsisten. Hari-hari update blog.
Buat GIVEAWAY
Gambar pun boleh tarik SEO. Kecilkan gambar ikut saiz yang sesuai untuk lebih mesra SEO.

October 26, 2018

5 Manfaat Minum Air Putih Waktu Pagi

5 Manfaat Minum Air Putih Waktu Pagi | 



1. Kulit jadi berseri🌝


Minun air putih setiap pagi setelah bangun tidur membantu membersihkan racun dalam darah sehingga wajah kita berseri dan berkilau.

2. Melangsingkan tubuh💃


Berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi Anda yang ingin menyesuaikan berat badan, maka mulakan amalan minum air putih pada waktu pagi.

3. Membersihkan usus🛌


Usus besar merupakan salah satu organ di sistem pencernan kita. Dengan meminum air dalam keadaan perut kosong, kita membantu membersihkan usus dan badan kita lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk .

4. Melancar proses penghadaman🚽


Bagi seseorang yang mengalami sembelit atau susah buang air besar pada waktu pagi, maka sebaiknya minum air putih setelah bangun tidur yang mana bertujuan untuk membantu melancarkan proses penghadaman.

5. Membuang racun🙅‍♀️ 


Membuang racun melalui peluh dan proses penghadaman yang mengurangkan risiko kepada penyakit merbahaya.






October 8, 2018

JADUAL QADHA SOLAT

Kak Feni taktahu mana Kak Feni dapat poster ni kat mana. Kak Feni doakan orang yang buat poster ni sentiasa diberikan pahala yang berganda-ganda. Terima kasih kerana berkongsi kebaikan.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua. 





September 11, 2018

Khasiat Asam Gelugur atau Asam Keping

Balik kampung raya haji hari tu mek bekalkan banyak asam keping yang dia buat. Sudah tentu prosesnya sangat bersih sebab handmade kan. Dia bagi sikit seorang untuk anak-anak dia. Aku ni yang dulu pun belum habis. Dapat baru pulak. Aku banyak sedekahkan untuk mak mentua dan sahabat di pejabat.

Cuti panjang ni tak tahu nak buat apa. Dok mereput di rumah. Google la nak buat dengan asam keping ni. Rupanya banyak khasiat asam keping ni.

Khasiat Asam Keping :

1. Kempiskan perut.
2. Mengurangkan senggugut.
3. Menurunkan berat badan.
4. Melawaskan pembuangan air besar.
5. Ubat kencing manis.
6. Mencegah penyakit jantung.
7. Anti tumor.
8. Mengurangkan kolesterol jahat.
9. Kulit awet muda.
10. Menurunkan darah tinggi.
Dan banyak lagi.

Aku ni sangat-sangat tertarik dengan yang no 3 tu. Bukan apa, berat badan aku sekarang ni dah sampai 65kg sama macam tengah sarat mengandung. Tunggu masa nak bersalin je. Tak turun-turun, makin naik adalah.



Sejak umur naik 30-an ni, badan memang sihat betul. Nak turun ke angka 5+ kg punya la susah. Jadi aku pun cubalah buat air rebusan asam keping. Kiranya hari ni hari kedua amalkan. Semalam baru start.

Feedback hari kedua ni, memang lawas dan senang membuang dengan bahagia. Semalam aku rebus 5 keping asam keping dalam satu periuk. Secawan minum masa suam. Yang lebihnya sejukkan dan simpan dalam peti.

Malam semalam sebelum tidur dan membuang dengan bahagia. Pagi ni pun membuang jugak. Kalau yang ada masalah untuk membuang  boleh cuba dengan air rebusan asam keping ni.

Khasiat lain yang aku baca setelah menggoogle ialah membantu mengecutkan rahim bagi ibu yang baru lepas bersalin. Kira dalam pantang la. Wahhh memang banyak sangat khasiat asam keping ni.

Ia juga mampu menyekat nafsu makan. Macam aku yang sememangnya kuat makan ni, aku rasa yang ni tak berapa berkesan. Sebab aku ni jenis yang pantang jumpa makanan. Haha.

Asam Gelugur atau nama saintifiknya Garcinia Cambogia.

Apapun ada juga kesan sampingan kalau amalkan asam keping ni. Antaranya ialah pening, mulut kering, kepala pusing, sakit perut dan cirit-birit. Jadi berpada-padalah dalam setiap perkara. Kalau macam serasi boleh je amalkan. Kalau macam memudaratkan diri sendiri lebih baik kita jangan teruskan. Badan masing-masing dan antibodi tak sama.



September 7, 2018

8 Cara Mudahnya Menjemput Rezeki

Semalam Kak Feni buka-buka youtube untuk dengar ceramah agama. Maklum sajalah Kak Feni ni kan jarang sangat boleh keluar. Boleh tengok online jela untuk menambah ilmu. Kak Feni kongsikan disini supaya sama-sama kita amalkan.

Menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Macam kita nak tangkap rama-rama, jenuh kita berlari sana sini. Tak dapat-dapat. Kalau kita tahu cara yang betul. InshaAllah rama-rama itu sendiri akan datang. Bagaimana ? Buat apa yang rama-rama suka. Apa yang rama-rama suka ? Bunga. Ya bunga. Tanamlah bunga banyak-banyak. Hias cantik-cantik. Dengan sendirinya rama-rama akan datang ke tempat kita. Begitulah ibaratnya cara kita menjemput rezeki.

Antara cara mudahnya menjemput rezeki ialah :-


1. Betulkan niat.

Perbetulkan niat kita untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya kalau kita nak banyak duit. Duit tu untuk apa ? Kita kena niat untuk buat Allah sayang dengan kita. Macam dapat duit banyak supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan. Nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Bukan nak dapat duit banyak sebab nak bermegah di dunia ini.

2. Banyakkan Bersedekah

Sedekahlah dengan ikhlas hati untuk mendapat kasih sayang Allah. Ikhlaskan hati dan percaya bahawa Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya "tidak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah". Malah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah.

3. Solat awal waktu

Jaga solat kita. Bila kita jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga kita. Kita akan rasa keberkatan waktu dengan solat awal. Terasa masa itu berlalu dengan perkara yang bermanfaat.

4. Amalkan Surah Al-Waqiah

Ajari diri untuk amalkan surah Al-Waqiah setiap malam. Anak-anak pun harus diajar untuk mengamalkan surah ini. Banyak kelebihan bila kita amalkan surah Al-Waqiah ini. Antaranya ialah memberi kekayaan bukan sahaja dunia malah akhirat.

5. Solat Dhuha

Lakukan solat sunat Dhuha 4 rakaat atau lebih setiap hari. Minimum 2 rakaat sehari, inshaAllah Allah akan cukupkan keperluan kita untuk hari itu.

6. Solat Tahajud

Bangun pada 2/3 malam untuk bersujud dan meminta agar Allah mengabulkan segala permintaan kita. Bangun solat 2 rakaat dan berdoa memohon diberikan kebaikan atas segala apa yang kita inginkan. Berbicaralah dengan Allah apa sahaja permintaan atau masalah yang kita hadapi.

7. Solat Sunat Hajat

Selepas solat tahajud lakukan solat sunat hajat untuk memohon bantuan dari Allah. Lagi banyak kita memohon kepada Allah lagi Allah suka. Allah suka kepada hambanya yang merayu dan memohon bantuan dariNya. Kita hamba dan DIA adalah tuhan kita.

8. Bertaubat

Kadang-kadang rezeki kita tersekat disebabkan oleh dosa-dosa kita yang lalu. Jadi bertaubatlah kepada Allah untuk memohon petunjuk dan hidayah dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambanya. Lakukan solat sunat taubat dan bertaubat nasuha untuk terus berubah menjadi insan yang lebih baik. Buat sesuatu kerana ingin mendapat cinta dan kasih sayang Allah.

Percayalah bila kita dekatkan diri dengan Allah. Buat apa yang Allah suka, inshaAllah akan terbuka banyak pintu rezeki dari sumber-sumber yang kita tidak sangka-sangka. Yakin dengan kasih sayang Allah melebihi dari kasih sayang sesama makhluk.




July 13, 2018

CONTENT MARKETING VS STORY MARKETING


Wahhh tajuk hari ni. Kemainnn. Macam pakar marketing pulak kan. Macam Kak Feni dulu-dulu la. Masa mula-mula nak cuba buat bisnes online. Selalu pikir tak tahu tak tahu tak tahu. Sampai kena marah sebab alasan tak tahu.

Sekarang ni alhamdulillah KITA BUAT SAMPAI JADI.

Perbezaan antara Content Marketing VS Story Marketing

CONTENT MARKETING

✔ Ianya ditulis menggunakan format yang khusus.
✔ Ada pendahuluan, isi dan penutup.
✔ Di dalam content, ada menjual produk/servis.
✔ Menggunakan bahasa formal (Bahasa Melayu Tinggi).
✔ Bahasa non-fiksyen (berita, fakta, dokumentari).

STORY MARKETING

✔ Susunan cerita PLOT yang bebas tanpa format.
✔ Binaan asa PLOT - SETUP (watak/lokasi/masa) > Konflik > Peleraian.
✔ Tidak menyebut nama produk terlalu kerap, atau tidak menyebut langsung.
✔ Gunakan lenggok bahasa yang pelbagai.
✔ Bahasa fiksyen (novel, drama, televisyen, teater).

Antara dua benda ni, Kak Feni lebih suka guna STORY MARKETING sebab lebih santai dan lebih mesra dengan audience. Ewah. Banyak ilmu marketing yang bersepah di alam maya ni. Cuma kita je nak tak nak tapi seeloknya carilah MENTOR untuk membantu kita dalam mencapai kejayaan.

Bila kita ada mentor ni, kita akan lebih bersemangat untuk terus mencapai apa yang kita impikan. Bukan apa, kalau kita sorang-sorang, cepat down dan tak ada semangat nak teruskan. Bila kita ada mentor ni, dia akan bantu kita. Tak boleh cara ini, dia akan bagi tunjuk ajar cara lain. Mentor ini mestilah dari kalangan orang yang dah berjaya dan lebih berjaya dari kita. InshaAllah dengan izin tuhan, semuanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.

Macam kalau untuk Facebook page yang fokus kepada jual produk boleh je terus guna CONTENT MARKETING. Terus fokus kepada apa yang audience mahukan. Contohnya, bahan-bahan, manfaat dan kebaikan dan untuk siapa yang perlukan produk tersebut. 

Bagi Kak Feni yang banyak guna FB personal, lebik suka guna STORY MARKETING sebab kalau terlalu banyak sangat dok post pasal produk sampai kena repot spam. Menyampah kan ?

Apapun yang kita nak buat semoga terus maju jaya. 

July 12, 2018

10 TIPS PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT



Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah, itu adalah sementara dan tiada jaminan. Jom kita amalkan 10 tips penting ini untuk kekalkan kesihatan kulit :-

1. JAGA PEMAKANAN

Apa yang kita makan adalah penting. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta-carotena dan Vitamin C, E, dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, kita boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.



2. BERIKAN SAYA H20

Mungkina ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, lembab dan lebih sihat.



3. POSISI TIDUR

Sebenarnya cara tidur kita memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal boleh menyebabkan kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan keadaan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.


4. ADAKAH SINARAN MATAHARI BAIK UNTUK KULIT SAYA

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi untuk pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit kita daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.



5. MELEMBAB, MELEMBAB, DAN MELEMBAB

Tingkatkan penggunaan pelembab dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembab. Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.


6. TIDUR YANG BERKUALITI

Dapatkan tidur yang berkualiti dengan tidur yang nyenyak kerana paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.


7. SINGKIRKAN STRESS

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dengan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan kita kulit yang yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.


8. HINDARI SENTUHAN TANGAN

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Kita digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.


9. MELAMPAUI USIA SEBENAR

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibrolas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.



10. SENAMAN MUKA

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan gebu. 
i) Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
ii) Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iii) Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iv) Buka mata dan mulut sebesar yang kita mampu, tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
v) Ulanginya 3 kali sehari.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...