Showing posts with label KULIT SIHAT. Show all posts
Showing posts with label KULIT SIHAT. Show all posts

July 25, 2019

Lawan Selsema Dan Batuk Dengan Manfaat Vitamin C Shaklee

Selsema yang berulang-ulang dan susah nak baik adalah salah satu tanda badan kurang nutrisi. Sistem imun tubuh yang lemah dan kurang beruapaya untuk melawan jangkitan. Selsema yang lama dan berterusan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Amalan gaya hidup yang sihat adalah cara terbaik untuk mencegah jangkitan kepada tubuh badan. Jaga pemakanan dan jauhi gejala yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak bersenam.

Salah satu suplemen yang boleh menguatkan sistem imun ialah VITAMIN C SHAKLEE.


Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sangat kaya dengan kebaikan. Setiap tablet yang diambil mengandungi 500mg vitamin C. Dilepaskan 100mg setiap satu jam. Maknanya satu tablet 500mg. Ia dilepaskan untuk 5 jam.

1. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI






Vitamin C sangat terkenal dengan kebaikannya bukan sahaja untuk meningkatkan sistem imunisasi malah untuk kesihatan juga. Bila sistem imun badan lebih kuat dan mampu untuk melawan jangkitan kuman seperti selesema dan batuk. Badan juga lebih kuat untuk menghadapi keadan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang.


2. MELEGAKAN MASALAH RESDUNG





Siapa yang ada masalah sinus dan selalu bersin di pagi hari sangat bagus untuk amalkan Vitamin C. Pengambilan setiap hari boleh mencegah dan melegakan masalah sinus. Resdung atau gatal hidung juga boleh dicegah dengan pengambilan vitamin C setiap hari.

3. MENJADIKAN KULIT LEBIH CANTIK DAN SIHAT



Semestinya menjadi kesukaan para wanita untuk menjaga kecantikan kulit supaya nampak lebih sihat dan cantik. Mengamalkan Vitamin C sebagai suplemen tambahan bukan sahaja menjadikan kulit cantik malah lebih sihat dalaman dan luaran.

4. SESUAI UNTUK IBU HAMIL



Bagi ibu-ibu hamil yang ingin menguatkan sistem imun diri dan juga bayi dalam kandungan, vitamin C adalah terbaik. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit jaundis yang selalu berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan. Vitamin C adalah salah satu suplemen yang disyorkan dalam SET HAMIL dan SET BERPANTANG serta SET MENYUSU.

5. MENGURANGKAN RASA LOYA IBU HAMIL




Loya dan muntah boleh menyebabkan ibu kurang mendapat nutrisi dari makanan yang diambil oleh ibu tersebut. Jadi untuk mengurangkan rasa loya dan mabuk ketika hamil, boleh kunyah CHEWABLE-C PLUS.

6. LEBIH FOKUS DAN MENGURANGKAN MENGANTUK DI TENGAH HARI




Yang ini sangat bagus untuk mereka yang bekerja di siang hari. Kadang-kadang lepas makan tengahari, mata mula rasa letih dan mengantuk. Vitamin C boleh membuatkan diri kita sentiasa fokus dan tidak mengantuk.

Jadi pilihlah Vitamin C yang selamat untuk diamalkan. Semestinya Halal dan bebas bahan kimia merbahaya.


Promosi ini hanya untuk bulan Julai 2019 sahaja. Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



August 6, 2018

SUPLEMEN UNTUK KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK


Untung kulit muka kamu dah cantik sejak dari azali lagi.
Mentang-mentang kulit kamu cantik, kamu bolehlah jual produk cantik. 
Itu adalah antara dialog yang selalu sangat Kak Feni dengar. Biasalah mulut orang kan. Bukan mulut tempayan yang boleh kita tutup dengan penutupnya.

Alhamdulillah memang Kak Feni sangat cerewet tentang kulit. Bila dah semakin meningkat umur ni memang semakin kena jaga diri. Maklumlah kolagen dalam badan semakin hari semakin merosot. Bukan taknak terima kekurangan diri tapi sekurang-kurangnya Kak Feni nak kelihatan muda walaupun dan berusia. 

Sekarang ni memang dah ramai yang celik dan terbuka tentang kesihatan dan kecantikan diri terutamanya wanita. Kak Feni memang suka benda-benda cantik ni. Paling best kalau dapat cantik luar dan sihat dalaman. Kira macam pakej jugak la kan.

Antara Suplemen yang Kak Feni amalkan untuk kulit ialah ESP, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan B-Complex.


Vitamin C memang best sangat bagi Kak Feni. Sebotol ada 180 biji. Kak Feni ambil 2 biji sehari jadi tahan sehingga 3 bulan. Kalau nak jimat boleh amalkan sebiji sehari. Kulit jadi lebih cantik dan lebih sihat. Nak tahu lebih lagi pasal vitamin C boleh tengok KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE.


ESP adalah serbuk soya Non-GMO yang sangat sedap. Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan sesuai untuk yang nak diet atau jaga badan. Paling best ESP ni adalah sumber protin yang sangat baik untuk kulit. Ia juga penting untuk pembentukan otot. KEBAIKAN ESP UNTUK KULIT.



Masalah kulit kering selesai dengan Vitamin E. Ia sangat anti-oksidan dan membantu melembabkan kulit. Kak Feni suka amalkan vitamin E ni sebab ia bukan sahaja untuk kulit malah ianya antara suplemen yang membantu dalam menentang kanser. Maklum sajalah sekarang ni kan kita makan macam-macam yang boleh menyebabkan sistem imun kita lemah. Untuk masalah kulit memang Kak Feni akan suggest Vitamin E sebab ia memang sangat membantu dalam mencantikkan kulit. Lagi info tentang Vitamin E boleh rujuk KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK CANTIK.


ALFALFA COMPLEX ni memang ajaib sebab ianya bukan sahaja dianggap jamu untuk wanita malah ianya juga membantu dalam masalah resdung. Bayangkan kalau kena resdung, memang merenyam hidung dan muka. Jerawat pulak akan mula tumbuh dengan bahagia di muka. Memang rasa down gila bila jerawat tumbuh di muka. Cara yang terbaik untuk melawan resdung ialah dengan menjaga pemakanan. Kalau makan makanan laut memang makin kuatlah resdung tu. Jadi amalkan Alfalfa Complex untuk membantu dalam proses detox untuk membantu dalam masalah resdung.



B-COMPLEX SHAKLEE sangat-sangat membantu dalam mencantikkan kulit. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Untuk cantik kita perlu jaga makan, jaga kesihatan dan juga amalkan senaman. Senaman yang sesuai membantu dalam impian kita untuk memiliki kulit yang cantik. Pengambilan suplemen yang betul memberikan nutrisi terbaik untuk kulit. 

Dapatkan suplemen cantik dengan menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

atau

July 12, 2018

10 TIPS PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT



Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah, itu adalah sementara dan tiada jaminan. Jom kita amalkan 10 tips penting ini untuk kekalkan kesihatan kulit :-

1. JAGA PEMAKANAN

Apa yang kita makan adalah penting. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta-carotena dan Vitamin C, E, dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, kita boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.



2. BERIKAN SAYA H20

Mungkina ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, lembab dan lebih sihat.



3. POSISI TIDUR

Sebenarnya cara tidur kita memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal boleh menyebabkan kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan keadaan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.


4. ADAKAH SINARAN MATAHARI BAIK UNTUK KULIT SAYA

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi untuk pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit kita daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.



5. MELEMBAB, MELEMBAB, DAN MELEMBAB

Tingkatkan penggunaan pelembab dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembab. Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.


6. TIDUR YANG BERKUALITI

Dapatkan tidur yang berkualiti dengan tidur yang nyenyak kerana paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.


7. SINGKIRKAN STRESS

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dengan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan kita kulit yang yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.


8. HINDARI SENTUHAN TANGAN

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Kita digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.


9. MELAMPAUI USIA SEBENAR

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibrolas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.



10. SENAMAN MUKA

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan gebu. 
i) Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
ii) Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iii) Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iv) Buka mata dan mulut sebesar yang kita mampu, tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
v) Ulanginya 3 kali sehari.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...