Showing posts with label SET CANTIK. Show all posts
Showing posts with label SET CANTIK. Show all posts

September 23, 2020

Stok Vitamin C Shaklee Masih Ada !

Alhamdulillah bulan lepas sales Shaklee agak kencang juga sampai boleh dapat bonus selain dapat untung runcit. Terima kasih ya Allah. Upline Kak Feni yang tak pernah lupakan Kak Feni kalau ada apa-apa info tentang Shaklee.


Dengan keadaan stok Shaklee yang tersangat limited ni, dapat upline yang baik alhamdulillah. Sesak-sesak tengah bulan tiba-tiba duit masuk akaun. Haaa sape yang taknak kan ?


Dalam dok merapu saja-saja scrol ig dan fb tu lebih baik kita buat bisnes online. So masa berjalan tu bolehlah kita isi dengan benda-benda yang bermanfaat. Sambil-sambil dok saja duit masuk gitu.



Okey alhamdulillah Vitamin C masih lagi ada beberapa botol yang boleh diorder oleh customer Kak Feni. Selalunya Vitamin C ni depa ambil dengan Vitamin E dan ESP. Dalam SET CANTIK SHAKLEE memang Kak Feni akan suggest ambil 3 benda ni. 


Kalau taknak ambil full set 3 benda ni pun boleh. Ambil Vitamin C sahaja pun boleh. Sebotol ni mengandungi 180 tablet. Maksimum 4 tablet sehari. Kalau dah konsisten makan 1 tablet sehari pun dah cukup. Jadi kalau ambil sebiji sehari, sebotol vitamin C ni boleh tahan sehingga 6 bulan.


Sangat jimat kan ?


Jimat sangat-sangat. Kenapa nak bayar lebih kalau kita boleh dapatkan yang lebih jimat. Lebihan tu boleh buat beli apa-apa. 


Untuk tahu lebih banyak tentang kebaikan Vitamin C Shaklee boleh rujuk klik sini.


Untuk order boleh klik link di bawah :




ATAU


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 14, 2019

Scrub Beras Lembutkan Kulit Dan Hilangkan Kulit Mati

Hari Jumaat yang lepas adalah sembang-sembang dengan rakan pejabat pasal nak lembutkan kulit. Maklum sajalah duduk dalam pejabat yang suhu aircond sangat sejuk. Bahaya bila duduk lama dalam aircond ialah air dalam badan pun kurang. Bila tak minum air kosong secukupnya mulalah kulit jadi kering dan macam bersisik.

Sembang-semang mulahlah keluar tips macam-macam. Orang tu bagi petua dan tips macam ni. Orang ni pun bagitahu macam tu. Haha jadi untuk tidak mengecewakan diri sendiri Kak Feni pun cuba buat sendiri.

Hari Ahad pagi semalam sebelum air paip takada ditutup oleh Air Selangor. Kak Feni sempatlah memanjakan diri dengan scrub badan dengan beras yang telah Kak Feni blender kering. Mudah sangat nak buat scrub ni. Kak Feni lupa nak ambil gambar. (nanti Kak Feni update yang bergambar kemudian)




Cara Buat Scrub Beras :- 


1. Ambil segenggam beras (ikut suka banyak mana, terpulang pada masing-masing). Ada orang dia suka goreng kering beras sebelum blender. Kak Feni tak buat pun.

2. Blender kering. Yang kecil tu.

3. Blender ikut suka. Kak Feni buat ada yang hancur sangat. Ada yang kasar-kasar sikit.

4. Simpan dalam botol yang bertutup.

5. Bila nak guna baru bancuh dengan air atau campurkan dengan lemon.


Bila lama sangat dah tak manjakan diri dengan menyental diri, dapat sental daki dan kulit mati dengan scrub beras ni. Rasa best sangat. Bila dah siap mandi bau wangi dan rasa lembut je bila pegang kulit sendiri. Haha nak pergi spa kena spare beratus-ratus jadi bagi yang kurang kemampuan macam Kak Feni ni jomlah kita buat sendiri dengan bahan-bahan yang ada di rumah je. Jimat pun jimat.

Yang bestnya scrub ni, Kak Feni lumurkan habis satu badan sampai muka pun Kak Feni sental. Bahagian rambut je tak sental takut lekat beras di kepala susah nak cuci. Lepas ni kita sental guna hampas kelapa pulak. (hurm bila dah start gila dengan bahan alami)

Nak cantik dan lawa ni kadang-kadang tak perlu pun berhabis cuma kita je kena rajin. Rajin jaga diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga. Yang ada suami tu, kena bersiap juga untuk suami. Mungkin suami tak cakap takut nak jaga hati isteri. Isteri sendiri yang kena pandai-pandai. InshaAllah suami pun sayang.

Haha tiber merepek sampai ke situ. Tapi memang betul pun kalau tak jaga diri ni, macam-macam alasan akan timbul. Bak kata kawan Kak Feni "saja cari modal". Hahaha okeylah selamat mencuba.


July 25, 2019

Lawan Selsema Dan Batuk Dengan Manfaat Vitamin C Shaklee

Selsema yang berulang-ulang dan susah nak baik adalah salah satu tanda badan kurang nutrisi. Sistem imun tubuh yang lemah dan kurang beruapaya untuk melawan jangkitan. Selsema yang lama dan berterusan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Amalan gaya hidup yang sihat adalah cara terbaik untuk mencegah jangkitan kepada tubuh badan. Jaga pemakanan dan jauhi gejala yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak bersenam.

Salah satu suplemen yang boleh menguatkan sistem imun ialah VITAMIN C SHAKLEE.


Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sangat kaya dengan kebaikan. Setiap tablet yang diambil mengandungi 500mg vitamin C. Dilepaskan 100mg setiap satu jam. Maknanya satu tablet 500mg. Ia dilepaskan untuk 5 jam.

1. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI






Vitamin C sangat terkenal dengan kebaikannya bukan sahaja untuk meningkatkan sistem imunisasi malah untuk kesihatan juga. Bila sistem imun badan lebih kuat dan mampu untuk melawan jangkitan kuman seperti selesema dan batuk. Badan juga lebih kuat untuk menghadapi keadan cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang.


2. MELEGAKAN MASALAH RESDUNG





Siapa yang ada masalah sinus dan selalu bersin di pagi hari sangat bagus untuk amalkan Vitamin C. Pengambilan setiap hari boleh mencegah dan melegakan masalah sinus. Resdung atau gatal hidung juga boleh dicegah dengan pengambilan vitamin C setiap hari.

3. MENJADIKAN KULIT LEBIH CANTIK DAN SIHAT



Semestinya menjadi kesukaan para wanita untuk menjaga kecantikan kulit supaya nampak lebih sihat dan cantik. Mengamalkan Vitamin C sebagai suplemen tambahan bukan sahaja menjadikan kulit cantik malah lebih sihat dalaman dan luaran.

4. SESUAI UNTUK IBU HAMIL



Bagi ibu-ibu hamil yang ingin menguatkan sistem imun diri dan juga bayi dalam kandungan, vitamin C adalah terbaik. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit jaundis yang selalu berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan. Vitamin C adalah salah satu suplemen yang disyorkan dalam SET HAMIL dan SET BERPANTANG serta SET MENYUSU.

5. MENGURANGKAN RASA LOYA IBU HAMIL




Loya dan muntah boleh menyebabkan ibu kurang mendapat nutrisi dari makanan yang diambil oleh ibu tersebut. Jadi untuk mengurangkan rasa loya dan mabuk ketika hamil, boleh kunyah CHEWABLE-C PLUS.

6. LEBIH FOKUS DAN MENGURANGKAN MENGANTUK DI TENGAH HARI




Yang ini sangat bagus untuk mereka yang bekerja di siang hari. Kadang-kadang lepas makan tengahari, mata mula rasa letih dan mengantuk. Vitamin C boleh membuatkan diri kita sentiasa fokus dan tidak mengantuk.

Jadi pilihlah Vitamin C yang selamat untuk diamalkan. Semestinya Halal dan bebas bahan kimia merbahaya.


Promosi ini hanya untuk bulan Julai 2019 sahaja. Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



August 6, 2018

SUPLEMEN UNTUK KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK


Untung kulit muka kamu dah cantik sejak dari azali lagi.
Mentang-mentang kulit kamu cantik, kamu bolehlah jual produk cantik. 
Itu adalah antara dialog yang selalu sangat Kak Feni dengar. Biasalah mulut orang kan. Bukan mulut tempayan yang boleh kita tutup dengan penutupnya.

Alhamdulillah memang Kak Feni sangat cerewet tentang kulit. Bila dah semakin meningkat umur ni memang semakin kena jaga diri. Maklumlah kolagen dalam badan semakin hari semakin merosot. Bukan taknak terima kekurangan diri tapi sekurang-kurangnya Kak Feni nak kelihatan muda walaupun dan berusia. 

Sekarang ni memang dah ramai yang celik dan terbuka tentang kesihatan dan kecantikan diri terutamanya wanita. Kak Feni memang suka benda-benda cantik ni. Paling best kalau dapat cantik luar dan sihat dalaman. Kira macam pakej jugak la kan.

Antara Suplemen yang Kak Feni amalkan untuk kulit ialah ESP, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan B-Complex.


Vitamin C memang best sangat bagi Kak Feni. Sebotol ada 180 biji. Kak Feni ambil 2 biji sehari jadi tahan sehingga 3 bulan. Kalau nak jimat boleh amalkan sebiji sehari. Kulit jadi lebih cantik dan lebih sihat. Nak tahu lebih lagi pasal vitamin C boleh tengok KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE.


ESP adalah serbuk soya Non-GMO yang sangat sedap. Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan sesuai untuk yang nak diet atau jaga badan. Paling best ESP ni adalah sumber protin yang sangat baik untuk kulit. Ia juga penting untuk pembentukan otot. KEBAIKAN ESP UNTUK KULIT.



Masalah kulit kering selesai dengan Vitamin E. Ia sangat anti-oksidan dan membantu melembabkan kulit. Kak Feni suka amalkan vitamin E ni sebab ia bukan sahaja untuk kulit malah ianya antara suplemen yang membantu dalam menentang kanser. Maklum sajalah sekarang ni kan kita makan macam-macam yang boleh menyebabkan sistem imun kita lemah. Untuk masalah kulit memang Kak Feni akan suggest Vitamin E sebab ia memang sangat membantu dalam mencantikkan kulit. Lagi info tentang Vitamin E boleh rujuk KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK CANTIK.


ALFALFA COMPLEX ni memang ajaib sebab ianya bukan sahaja dianggap jamu untuk wanita malah ianya juga membantu dalam masalah resdung. Bayangkan kalau kena resdung, memang merenyam hidung dan muka. Jerawat pulak akan mula tumbuh dengan bahagia di muka. Memang rasa down gila bila jerawat tumbuh di muka. Cara yang terbaik untuk melawan resdung ialah dengan menjaga pemakanan. Kalau makan makanan laut memang makin kuatlah resdung tu. Jadi amalkan Alfalfa Complex untuk membantu dalam proses detox untuk membantu dalam masalah resdung.



B-COMPLEX SHAKLEE sangat-sangat membantu dalam mencantikkan kulit. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Untuk cantik kita perlu jaga makan, jaga kesihatan dan juga amalkan senaman. Senaman yang sesuai membantu dalam impian kita untuk memiliki kulit yang cantik. Pengambilan suplemen yang betul memberikan nutrisi terbaik untuk kulit. 

Dapatkan suplemen cantik dengan menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

atau

January 18, 2018

Minuman Berkhasiat Kesukaan Ramai

Eh dah pukul 2.43 petang. Lunch tadi tak sempat nak turun sebab sakit perut. Bila sakit kena angin memang boleh buat mood spoil. Nak turun pun rasa tak larat.

Bila dah lewat macam ni memang bad mood. Perut pulak kruk krap kruk krap berdondang sayang sebab lapar. Pagi tadi dah sarapan dengan nasi goreng dan minum milo tapi perut lapar lagi. Mujur Feni simpan stok ESP untuk masa-masa kecemasan ni.


Khasiat ESP untuk Feni yang tengah sakit perut dan berangin ni.

Bila lambat makan perut masuk angin dan mula rasa meloya dan nak muntah. Bila kena angin naik sampai ke kepala, semua kerja memang tak boleh nak hadap. Siapa yang ada masalah macam ni, kita geng.

Bancuh ESP dengan air suam sebab ESP memang tidak digalakkan bancuh dengan air panas sebab dikhuatir khasiat ESP akan hilang bila air terlalu panas. Jadi gunakan air suam-suam kuku just nice !

Feni akan minum ESP untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Ia juga sangat mengenyangkan dan memberi tenaga. Jadi kalau macam kena kerja banyak dan perlu stay back dah takde hal. ESP kira macam minuman tenaga.

Hihi teringat dulu masa duduk depan bilik LJ, selalu ambik dia punya power bar untuk mengatasi masalah kelaparan ni. Sekarang ni sejak dok amalkan ESP ni jarang nau ambik power bar dia.

ESP ni memang membantu memberikan tenaga serta menyihatkan.

KESAN PENGAMBILAN ESP SECARA BERTERUSAN

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.

2. Baik untuk hormon.

3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.

4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.

6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban.

7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.

Jadi ESP ni memang boleh diamalkan oleh lelaki dan juga wanita.

TESTIMONI ESP 






BACA JUGA TESTIMONI ESP UNTUK KURUS DISINI.


Nak order Shaklee ? Boleh terus wasap Feni. KLIK SINI. atau

December 21, 2017

CARA BUAT MASKER ESP DAN VITAMIN E

Hari sabtu lepas berpeluang untuk buat masker di rumah. Maklumlah lama sangat dah tak memanjakan muka ni. Dah naik berkerak dah muka ni. Jerawat pun dengan gembira dan bahagianya tumbuh. Adoiii macam mana nak cun ni ?

Okey next kita siapkan bahan-bahan untuk buat masker yang sangat mudah ni.

Jom tengok apa bahan-bahannya.

1. Air kosong
2. ESP
3. Vitamin E
4. Bekas, Feni gunakan mangkuk kaca je.
5. Sudu plastik untuk kacau

Air botol untuk menjamin kebersihannya.


2 Sudu ESP untuk penuhkan muka Feni yang agak bulat dan besar ni. Hehe


1 Capsule Vitamin E yang sangat bagus untuk melembabkan kulit kalau telan hari-hari.


Next kita gunting vitamin E untuk mengeluarkan isinya. Kemudian kacau rata hingga sebati. Nampak dak lutut si kenit tu. Nak buat makser punya pasal sampai naik atas meja. Adoi bertabahlah ummi.


Taraaa bila dah sebati antara 3 bahan tersebut boleh la terus tepek ke muka untuk buang segala kulit kering, white head dan black head yang melekat dimuka tu.

Oleh kerana Feni berada di rumah tidak memakai penutup kepala. Jadi kita ambik gambar model comel ini dengan masker penuh di muka. Orang yang paling sibuk ketika ummi nak buat masker. 


Alhamdulillah biarkan untuk beberapa ketika. Bila dah kering bolehlah cuci muka dengan air bersih kemudian lap. Bila dah cuci muka, kulit rasa lebih lembut dan lembab je. Jari jemari ni mula lah nak pegang je muka sebab rasa best dan tak kasar dengan wahite head dan black head yang macam kulit derian tu.

Nak cantik memang kena rajin. Rajin cuci muka, Rajin jaga muka dan juga kulit. Lebihkan makanan yang sihat untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu. 

Untuk dapatkan suplemen boleh kontek Feni ya. 

Safeni Feni +601115672780

December 20, 2017

TIPS KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA


Tak habis lagi dok layan cerita Korea sampai ramai yang tergila-gilakan artis Korea. Sanggup belajar bahasa Korea sebab taksub dengan K-Pop. Baru-baru ni kecoh pasal suntik-suntik sebab nak putih gebu macam artis Korea. Bagi Feni memang tak berani nak suntik suntik ni. Bukan apa takut jarum. Tapi kalau dah terpaksa sebab pregnant ke sakit tu takdak arah la kannn.

JOM DAPATKAN KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA

1. JAGA MAKAN
Pemakanan sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Bagi yang ada masalah alergik dengan makanan elok dielakkan untuk ambil makanan yang boleh menyebabkan kulit sensitif. Contohnya yang ada masalah resdung yang alah dengan makanan laut hendaklah dielakkan untuk makan makanan tersebut. Dikhuatir bila makan, kulit akan menjadi lebih teruk.

2. GUNAKAN SET PENJAGAAN MUKA YANG SELAMAT
Yang ni memang sangat penting. Gunakan bahan-bahan yang selamat untuk kulit muka. Kalau yang terlebih rajin boleh saja proses bahan-bahan yang ada di dapur untuk proses mencantikkan kulit. Nak guna produk skin care yang semulajadi boleh cuba SET NUTRIWHITE.

3. MINUM AIR KOSONG BANYAK-BANYAK
Air sangat penting untuk kulit. Mengelakkan kulit menjadi kering dan kusam. Minum lebih banyak air sekurang-kurangnya nisbah 25kg:1 liter air. Contohnya macam berat Feni 60kg, kena minum air sekurang-kurangnya 2.4 liter (minimum). Air mampu melembabkan kulit supaya nampak lebih cantik dan lebih muda remaja.

4. LEBIHKAN SAYUR- SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Banyakkan ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Sediakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai snek harian yang menyihatkan bukan sahaja untuk kulit malah badan juga akan kembali sihat dan cantik.

5. AMALKAN SUPLEMEN YANG SESUAI
Suplemen yang sesuai untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu macam artis Korea ialah ESP, VItamin C, Vitamin E dan juga B-Complex. 





Alhamdulillah sejak Feni dok amalkan SET CANTIK SHAKLEE. Kulit bukan sahaja makin sekata malah makin hari makin gebu. Hehe puji diri sendiri pulak. Banyak beza kulit dulu dengan sekarang. Kalau dulu tona kulit memang tak sekata. Bertompok-tompok. Nak pakai mekap pun bercapuk. Sekarang ni alhamdulillah semakin elok rupanya.

TESTIMONI PENGAMAL TEGAR PRODUK SHAKLEE UNTUK CANTIK





Berminat untuk mendapatkan  SET CANTIK boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

November 24, 2017

TANDA PENUAAN DAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL AWET MUDA



Umur adalah satu angka dan kita tidak boleh mengubah hakikat kehidupan ini. Namun ada orang bernasib baik kerana rupa masih nampak kekal menawan walaupun usia sudah meningkat.

TANDA-TANDA PENUAAN ADALAH

1. KULIT KERING
Kulit yang kering dan tidak bermaya menyebabkan nampak lebih tua. Pengambilan air kosong yang secukupnya membantu dalam melebabkan kulit supaya kekal cantik dan awet muda.

2. TIMBULNYA KEDUTAN DAN GARIS HALUS
Kedutan dan garis halus selalunya akan muncul dibahgian dahi dan bawah mata. Ini menunjukkan kulit sedang mengalami proses penuaan.

3. PORI-PORI MEMBESAR
Maalah pori membesar ni menyebabkan kulit mudah terdedah kepada habuk dan bakteria yang menyebabkan kulit menjadi rosak.

4. PERUBAHAN WARNA KULIT
Dengan kata lain tona kulit tidak sekata. Nampak tidak cantik dan bertompok-tompok. Untuk mengelakkannya jauhi dari terdedah terlalu lama di bawah sinaran mata hari.

SUPLEMEN UNTUK KEKAL AWET MUDA


Vivix adalah suplemen yang dihasilkan secara semulajadi melalui bahan-bahan yang selamat dari bahan kimia merbahaya. Khasiatnya bukan sahaja untuk awet muda malah membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan.

TESTIMONI VIVIX UNTUK AWET MUDA





Bagaimana nak kekal awet muda itu terpulang pada diri masing-masing. Namun dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat juga membantu untuk kekal awet muda.

Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

November 22, 2017

Kenapa Saya Suka Sangat Vitamin C Shaklee ?



Dalam banyak-banyak vitamin C yang dijual dipasaran. Feni sangat suka amalkan Vitamin C Shaklee kerana ianya bersifat sustained release. Apa itu sustained release? Ianya dilepaskan perlahan-lahan sebanyak 100mg untuk setiap sejam. Bermakna Vitamin c Shaklee ni melepaskan 100mg setiap sejam selama 5 jam. Sebiji Vitamin c mengandungi 500mg. Jadi kita boleh ambil lebih dari sebiji sehari.



Kenapa saya suka sangat vitamin c ni?

✔ Ianya merangsang pembentukkan kolagen
✔ Memperbaiki simptom pendarahan
✔ Meningkatkan sistem imun
✔ Meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk menghalang sel-sel kanser
✔ Mencantikkan kulit
✔ Memperbaiki imsomnia
✔ Ia juga mengekalkan kolestrol sihat

✔ Agen anti penuaan yang sihat





Kebanyakan set-set Shaklee mesti mengandungi Vitamin C kerana tubuh kita sememangnya memerlukan vitamin C. Vitamin C shaklee adalah vitamin yang terbaik kerana ianya larut air. Tidak mengandungi bahan sintetik yang boleh memudaratkan kesihtan. Kesan kebaikan Vitamin C ni memang boleh dilihat seawal 2 minggu. 

Macam kalau kita selsema ke, boleh telan vitamin C sebagai alternatif untuk mengelakkan dari telan panadol. Vitamin C ni dihasilkan secara semulajadi daripada bahan-bahan yang selamat untuk diamalkan.


Vitamin C untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan kolagen dengan sendirinya. Jadi kita perlu ambilnya melalui makanan. Salah satu sumber untuk mendapatkan vitamin C ialah dengan memakan buah oren. 

Tahu tak sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan kita makan 7 1/2 biji buah oren. 
Kebaikan lain Vitamin C untuk ibu menyusu pula ialah dapat mengurangkan rasa loya semasa awal kehamilan. Maklum sahaja bila ibu mula berbadan dua ni akan berlaku perubahan hormon dan 'morning sickness". Jadi boleh amalkan Vitamin C bagi mengurangkan rasa loya. Ia juga sangat baik untuk bayi yang bakal lahir kerana Vitamin C berfungsi meningkatkan sistem imun.

Vitamin C untuk kanak-kanak ?

Kanak-kanak juga lebih memerlukan vitamin C bagi membantu dalam proses pertumbuhan badan mereka. Mengelakkan gusi berdarah dan juga menguatkan tulang dan gigi. Jadi untuk kanak-kanak boleh diberikan CHEWABLE-C PLUS.

Perbezaan Shaklee 





Alhamdulillah antara paling best ialah jerawat semakin hilang dan segan nak tumbuh setelah amalkan vitamin C ni. Vitamin C untuk jerawat batu yang tumbuh meliar. Kita lakukan detox dalaman untuk lebih sihat dan cantik.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...