November 14, 2020

Masak-masak Hari Ni



Hari ni duduk rumah masak biasa je. Haha memang ni la masakannya. Berpeluh la jugak nak penyet sambal penyet tu. 

Bahan basah ada ayam je. Jadi goreng jela ayam. Buat ayam goreng kunyit. Goreng bawang dan cili pastu penyet buat sambal. Letak belacan sikit dan tambah garam dan gula. Setel makan tengahari. 

Bancuh pulak air teh o seteko. Celur terung 2 biji. Makan nasi panas-panas dengan ayam goreng cicah sambal penyet dengan terung. Uhhh nikmatnya hanya tuhan je tahu.

Abang Aus dah 3 hari bibir pecah. Jadi takleh nak makan sangat. Buat benda yang dia suka. Ummi buatkan lempeng cicah susu dengan gula untuk dia. Tu je dia boleh makan. Bibir depan yang pecah sebab jatuh basikal.

Dia suka makan. Bila mulut sakit mulalah mengamuk sebab tak boleh nak makan. 

2 comments:

  1. Lauk ringkas tapi membuka selera. Kalau cili penyet pedas berapa memang bertambah-tambah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nasi panas-panas selera dia lain macam. Lauk simple tapi dia punya nikmat tu kan. Heaven.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...