Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts
Showing posts with label NUTRIFERON. Show all posts

September 25, 2019

Cara Untuk Kekal Sihat Sepanjang Musim Jerebu


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai bagi menghadapi kesan jerebu yang sedang melanda ketika ini.
1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).
8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.
Katanya, langkah-langkah itu dimuatkan dalam laman web kementerian berkenaan di alamat http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.
“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.
“Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Dapatkan Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Sistem Imun Semasa Musim Jerebu DISINI.


September 23, 2019

Tanda-tanda Badan Perlukan Perlindungan Tambahan

Masalah kesihatan boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Hari ni ramai yang lebih percayakan ubat berbanding ubah cara hidup. Mengubah cara hidup dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.

Tanda-tanda Badan Perlukan Perlindungan Tambahan

1. Kesihatan Usus Lemah



  • Bila terasa hilang selera makan.
  • Perut berangin
  • Kekejangan abdomen


Perhatikan carta najis di bawah untuk rujukan bersama :-



2. Mudah Jatuh Sakit Ketika Melancong


  • Perubahan cuaca
  • Terdedah kepada bakteria asing
  • Kelembapan yang rendah dalam kapal terbang


3. Sakit Yang Kerap dan Berpanjangan


Purata manusia menghidap selsema sebanyak 1-3 kali setahun.


4. Luka Lambat Sembuh


Berapa cepat luka kita sembuh ?
Cepat atau lambat.


Nutriferon Dapat Meningkatkan Sistem Imun



Bagaimana Interferon Bertindak ?






Jadi untuk mendapatkan Nutriferon boleh menghubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Suplemen Yang Membantu Meningkatkan Imun Badan Semasa Musim Jerebu

Umum semua tahu sekarang ni negara sedang mengalami masalah jerebu yang telah mencecah paras bahaya. Banyak sekolah telah ditutup untuk mengelakkan penyakit di kalangan murid sekolah.

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPUStatus
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
Sumber : JEREBU

Cadangan Suplemen Yang Membantu Menguatkan Sistem Imun



1. Nutriferon

AKTIFKAN PERLINDUNGAN ANDA

NutriFeron® Granules mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga Japanese honeysuckle.

✓ Untuk menjaga sistem pertahanan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi.
✓ Memberi anda pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.
✓ Dibangunkan oleh ahli imunologi terkenal dunia– Dr Yasuhiko Kojima, selepas kajian selama 40 tahun.
✓ Formulasi dipaten, hanya boleh didapati secara eksklusif di Shaklee

2. Chewable C-Plus

✿ Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
✿ Membantu menyokong intergriti sel-sel
✿ Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah
✿ Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis atau bahan pengawet tambahan

3. Sustained Vita-C Plus

✿ Membentuk Kolagen
✿ Mempertingkatkan Simptom Pendarahan
✿ Peningkatan Sistem Imun
✿ Memerangi Kanser
✿ Mencantikkan Kulit
✿ Memperbaiki Insomnia
✿ Mengekalkan Kolestrol Sihat

4. Vivix

Suplemen terbaik Shaklee yang membantu dalam memanjangkan sel-sel untuk hidup lebih sihat.

5. Omega Guard


EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam :-
i. Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
ii. Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
iii. Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
iv. Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.



Lindungi anak-anak kita dengan memberikan vitamin atau suplemen yang membantu menguatkan sistem imun bagi menentang virus. Jerebu membawa pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.





 September 2019 adalah bulan Promosi Nutriferon. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Nutriferon dengan harga yang lebih jimat.



Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi Kak Feni untuk membuat pesanan.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

May 2, 2019

NUTRIFERON DAH KEMBALI !!!


Alhamdulillah Nutriferon dah kembali ke Malaysia. Yeah !! Seronok sangat nak war-warkan kepada semua tentang Nutriferon ni. Maklumlah ramai yang suka akan kebaikannya. Membantu meningkatkan kekuatan anti-bodi badan.

MANFAAT NUTRIFERON ini sangat bagus untuk menguatkan sistem imun badan terutamanya untuk mereka yang selalu jatuh sakit seperti demam, batuk dan selsema. 

Bagi yang terkena penyakit HFMD seperti selalu dijangkiti oleh kanak-kanak boleh juga diberi Nutriferon bagi menguatkan sistem imun badan mereka. Boleh rujuk cara mencegah HFMD.

Kak Feni selalu dapat order Nutriferon ni untuk membantu masalah denggi. Boleh rujuk CARA MENAIKKAN PLATELET DARAH SEMASA DEMAM DENGGI.

Untuk mendapatkan Nutriferon stok baru sampai boleh hubungi Kak Feni. Postage ke seluruh negara.


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 26, 2017

APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM

Dalam minggu ni dah 2 kali Kementerian Kesihatan hantar kontraktor untuk sembur nyamuk aedes. Balik kerja dah malam dalam pukul 7.30 malam baru sampai rumah. Sampai rumah tengok asap fogging berkepul-kepul sampai sesak nafas. Betapa kuatnya bau asap ubat nyamuk ni. 


APA YANG PERLU SAYA BUAT BILA ANAK DEMAM ?


Saya akan pantau keadaan suhu anak. Sememangnya saya spare siap-siap satu termometer untuk cek suhu badan anak. 

Saya akan lapkan badan anak kalau badan terlalu panas. Lapkan dengan air sejuk. Basahkan kain tuala dan lap ke seluruh badan hingga ke kepala anak. Kadang-kadang saya gunakan air asam jawa untuk menurunkan suhu badan.

Pakaikan pakaian yang nipis dan selesa untuk anak. Masa anak demam tak boleh pakaikan pakaian yang tebal-tebal supaya pengaliran udara bebas. Suhu panas akan mudah keluar. Memang anak akan terasa sejuk tapi dalamannya panas.

Saya akan cuba untuk bagi anak minum air suam supaya badan kekal hidrat. Selalunya mereka tidak akan berselera makan atau minum. Cuba pujuk supaya mereka dapat habiskan minuman untuk mengembalikan tenaga.

Demam yang teruk dan berlarutan sehingga berhari-hari kena bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Sebagai alternatif saya sediakan Nutriferon sebagai suplemen untuk membantu menguatkan imun badan. Rasa Nutriferon yang masam-masam manis boleh menghilangkan rasa pahit mulut. Nutriferon adalah sebagai alternatif untuk membantu badan anak supaya cepat lega dari demam. Ubat pun kena makan juga ikut nasihat doktor. 


Sekiranya ada yang ingin mencuba NUTRIFERON untuk membantu dalam meningkatkan imun badan bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




November 30, 2016

Interferon - Perisai Penting Semula Jadi Badan

Interferon

Interferon ialah protein yang dihasilkan oleh badan kita dengan kuantiti yang sangat sedikit. Ia merupakan sekumpulan bahan-bahan anti-virus yang dihasilkan oleh sel-sel kita sebagai tindak balas kepada kehadiran virus-virus. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai komponen utama ke arah fungsi imun yang sihat dan keupayaan untuk mengganggu replikasi virus yang dihasilkan oleh sel-sel yang dijangkiti virus serta membantu memperlahankan jangkitan virus. Dengan kata lain, Interferon mampu merangsang sistem imun badan kita untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit serius tertentu.

Bagaimana Interferon berfungsi?


Setiap hari tubuh kita diserang oleh patogen dan mikrob berbahaya yang mengerumuni persekitaran kita dengan tersembunyi, tidak dapat dirasa dan disentuh, tetapi tidak dinafikan merupakan ancaman kepada kesihatan.

Sistem imun kita telah dicipta untuk melindungi kita. Walau bagaimanapun, kehidupan harian seperti pemakanan yang kurang berkhasiat, tekanan, pencemaran dan keletihan boleh melemahkan fungsi imun badan.

Apabila sel-sel kita diserang oleh virus, ia mengaktifkan satu bahan yang dipanggil INTERFERON. Inteferon dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita dan mempunyai dua fungsi penting:


1. Interferon memberikan isyarat kepada sel-sel bersebelahannya dan mencetuskan fungsi kekebalan.

2. Interferon mengaktifkan sel-sel imun yang membunuh serangan patogen atau bakteria.

Interferon penting untuk melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap berjuta-juta bakteria yang boleh membawa kepada satu siri jangkitan.

Terdedah kepada patogen dan mikrob, keletihan akibat tekanan, pencemaran dan toksin serta diet yang tidak sihat boleh menjejaskan sistem imun kita. Perisai Penting Semula Jadi Badan


Penemuan Dr Kojima


Selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan yang melibatkan pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap lebih daripada 200 jenis herba, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkemuka dunia berjaya menemui formula untuk meningkatkan tahap interferon dalam tubuh manusia pada tahun 1954. Beliau kemudiannya mencipta campuran khasiat yang dipatenkan, terbukti secara klinikal adalah gabungan antara mineral dan ekstrak daripada tumbuhan yang berasal dari benih Labu, bunga Safflower, benih Plantago, dan putik bunga

Honeysuckle Jepun, dimana kesemuanya didapati berupaya untuk membantu:

• Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan anda

• Mengaktifkan pertahan sistem imun anda dengan lebih cepat

• Mengerakkan pasukan ‘pencarian dan pemusnahan’ sistem imun

Interferon merangsang ekstrak tumbuhan

Kajian-kajian awal makmal mendapati, seawal tiga hari, campuran proprietari yang mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi ini boleh melepaskan potensi penuh sistem imun.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

November 22, 2016

Darah Haid Lebih 15 Hari. Apa Ikhtiar ?

Tak pernah seumur hidup saya darah haid berlarutan lebih dari 15 hari.

Tiba-tiba bulan lepas darah saya tak mahu berhenti. Bahkan pada hari ke - 18, darah yang sepatutnya kering menjadi banyak semula.

Saya mula risau, ada fibroid ke? Atau cyst ke?
Atau, penyakit yang ramai wanita takut. Tak berani nak sebut
Lantas saya jumpa pakar sakit puan.

Alhamdulillah doktor check semua ok. Cuma mungkin ada masalah hormon, jadi darah tiba-tiba keluar berlarutan.

Doktor bagi ubat untuk hentikan darah. Doktor bagitau keadaan saya ini mungkin ambil masa lebih 3 bulan untuk pulih kembali.
Stress rasa.

Saya sangat tak selesa bila setiap kali mahu solat, saya perlu bersihkan darah dan tukar pad.
Takkan kena hadap selama lebih 3 bulan?

Saya Google nama ubat tersebut untuk baca side effect ubat.
Long story cut short, saya decide untuk detoks dengan Set Detoks Shaklee terlebih dahulu, ubat hold kejap.

Saya tahu pemakanan saya setakat ini dah tak berapa clean, dan kebanyakan penyakit adalah sebab toksin banyak sangat dalam badan.

Kalau seminggu tiada perubahan, baru saya akan cuba ubat doktor.

Saya mulakan dengan ESP yang dibancuh bersama Nutriferon dan Performance Drink, makan sekali GLA, DTX, Peppermint Ginger, Alfalfa.

Kemudian saya tambah Vitamin C dan Omega Guard.
Saya juga elak makanan bergula, roti putih dan kafein.

Mula-mula bantai je, tapi bila ambil benda-benda tu, nampak darah banyak balik. So saya pause.

Alhamdulillah hari pertama saya makan, darah berkurangan sehingga dah tidak perlu pakai pad.
Hari-hari seterusnya darah semakin sedikit dan akhirnya hanya discharge jernih yang keluar.
Terkini, selepas seminggu konsisten Set Detoks versi saya ini, saya hampir bersih dari darah.

Keputihan petanda darah kering, telah mula muncul.
Syukur alhamdulillah. Syukur.
Tak perlu dah hadap darah tak berhenti 3 bulan.


Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


November 16, 2016

Set Asma Shaklee

Asma disebabkan oleh masalah di saluran pernafasan. Asma boleh menyerang semua oranng tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Bila asma menyerang boleh menyebabkan kualiti kehidupan bertambah buruk. Untuk melakukan aktiviti harian juga terbatas. Pekerja terpaksa mengambil cuti untuk merawat masalah asma.

Asma biasanya akan menyerang apabila penghidapnya berada dalam keadaan yang sejuk atau berada di tempat-tempat yang banyak debu atau habuk. Saluran yang sangat sensitif terutamanya ketika sejuk, berdebu, alah pada bulu binatang serta lain-lain yang menyebabkan saluran pernafasan semakin menyempit.

Asma boleh diatasi dengan mengamalkan suplimen yang betul.

Set Asma Shaklee mengandungi :



1) Vivix 

Raja segala produk shaklee yang sangat-sangat bagus untuk kesihatan. Merawat dari dalam dan memulihkan kesihatan secara menyeluruh.


2) Omega Guard

Membantu melancarkan perjalanan darah dan sangat penting untuk mencairkan kahak. Selain itu omega juga membantu masalah asma bukan sahaja  untuk kanak-kanak malah dewasa juga boleh mengamalkannya.


3) Garlic Complex

Garlic merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema & membantu untuk menghalang alergi seperti sinus & asma.


4) Vitamin C 

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.


5) Ostematrix 

Membantu masalah keradangan dan menguatkan tulang.


6) Nutriferon 

Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asma.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Kak Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 12, 2015

Bahan Nutriferon dan Manfaatnya

*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Nutriferon dihasilkan daripada 4 ekstrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang mempunyai kebolehan untuk mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Nutriferon adalah formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak boleh dijual di kedai-kedai biasa dan hanya boleh didapati melalui Shaklee.

4 ekstrak tumbuhan

Biji Labu 

Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

Biji Plantago asiatica

Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun 

Honeysuckle Jepun

Menentang pencerobohan virus dan kuman

Bunga Sufflower

Menghasil dan memperkuatkan keupayaan marofaj memusnahkan virus dan kuman

Manfaat Utama

✿ Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Ianya satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

✿ Melawan Kanser & Tumor

Inteferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.

✿ Melindungi dari influenza

Ia mengimbangi kepada respoon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

✿ Meringankan stress dan kelesuan

meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.


✿ Melambatkan penuaan

Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru sel-sel akan menjadi lebih sihat.

✿ Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatatis B & C

Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatatis B & C.

✿ Mempertingkatkan monopous

Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan monopous akan menjadi lebih baik.

✿ Mempertingkatkan PMS

Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...