Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

August 23, 2017

PETUA MUDAH HAMIL

Memilik zuriat sendiri adalah salah satu impian bagi pasangan yang berkahwin. Anak adalah yang tidak ternilai harganya. Penyeri rumah tangga dan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Ikuti beberapa petua mudah hamil yang boleh diamalkan.

1. BERDOA

Apa-apapun kembalilah kepada Maha Pencipta kita. Berdoa dan memohon kepadanya untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Banyak doa-doa yang boleh diamalkan bagi tujuan mendapatkan zuriat. Jom amalkan doa di bawah supaya mudah hamil.


2. AMALKAN BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Sedekah membuatkan hati kita tenang dan membuka ruang rezeki. Anak adalah salah satu rezeki. Banyakkan bersedekah kepada golongan fakir yang memerlukan. Mohonlah mereka mendoakan agar kita cepat mendapat zuriat. Doa orang dalam kesusahan selalunya Allah makbulkan.


3. BERSAMA MENGIKUT AJARAN ISLAM

Bagi orang muslim, kena ikut ajaran Islam iaitu mengira waktu subur dan bersama di tempat yang bersih dan tertutup. Berwuduklah sebelum bersama.

4. JAUHI PERKARA MUNGKAR

Jauhilah perkara buruk seperti membuat kejahatan sesama makhluk. Berbuat baiklah sesama manusia. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti mengamalkan makanan yang seimbang dan sihat. tidak minum arak dan merokok.

5. LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Sebaiknya berjumpalah doktor untuk mengetahui keadaan diri sama ada bermasalah atau tidak. Dapatkan nasihat doktor cara untuk hamil dan apa yang perlu dilakukan.


6. AMALKAN SUPLEMEN YANG MEMBANTU KESUBURAN

Untuk ISTERI disarankan supaya mengambil suplimen seperti :-

ESP, B- Complex dan GLA Complex.

ESP

✿ Menangadungi Asid Amino yang sangat tinggi nilai dalam pembentukan sel.
✿ Sel yang sihat akan memudahkan proses berkaitan persenyawaan.

B- Complex

✿ Membantu dalam melawan tekanan dan perasaan stress.
✿ Mencegah anemia.
✿ Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal. 

GLA-Complex

✿ Menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.
✿ Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).


Untuk SUAMI pula disarankan supaya mengambil :-

Vitamin E dan B-Complex
✿ Membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki dan wanita.
✿ Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium.
✿ Bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

B-Complex

✿Memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual dan hormon tiroid.
✿ Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen yang membantu kesuburan bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 20, 2017

6 Manfaat Berbengkung Untuk Ibu Bersalin Supaya Kekal Sihat dan Kembali Cantik



Assalamuaikum semua.

Berbengkung semasa dalam pantang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kini berbengkung bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu malah kaum lain di Malaysia juga sudah celik tentang amalan berbengkung. 

Sekarang ini tak susah untuk mendapatkan bengkung yang sesuai untuk dipakai semasa dalam pantang sama ada bengkung moden atau tradisional.

Antara manfaat berbengkung ialah :-

1. Mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat secara semulajadi.

2. Menjaga postur tubuh yang baik semasa menyusukan bayi.

3. Membantu memecahkan lemak dan mengelakkan selulit.

4. Melindungi organ dalaman serta membantu mengecutkan rahim kembali kepada kedudukan asal.

5. Meratakan dan mengempiskan perut supaya nampak lebih ramping.

6. Mengurangkan berat badan kerana berbengkung membantu mendisiplinkan diri dari terlebih makan.

Banyak lagi manfaat berbengkung sekiranya diamalkan dengan disiplin. Bukan sahaja mengembalikan bentuk badan yang cantik malah kesihatan dalaman juga terjaga. Jangan tinggalkan amalan berbengkung kerana hasilnya memang menberikan impak yang hebat untuk bentuk tubuh serta kesihatan.


September 5, 2016

15 Tips Untuk Mencapai Berat Badan Yang Ideal


Amalkan pemakanan dan gaya hidup secara aktif

1) Tetapkan matlamat anda, cuba kurangkan 10% daripada berat badan semasa anda dalam tempoh 6 bulan.

2) Penurunan yang selamat dan disyorkan ialah 1/2 kg seminggu atau 2 kg untuk sebulan. Turunkan berat badan secara konsisten.

3) Makan mengikut waktu yang betul dan tetap.

4) Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

5) Pilih snek iaitu makanan di antara waktu makan utama yang berkhasiat  seperti buah-buahan.

6) Elakkan menyimpan makanan atau minuman ringan di rumah atau tempat kerja.

7) Kurangkan makanan yang bergoreng atau berlemak.

8) Kukus, rbus, atau panggang makanan anda.

9) Ambil 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. Sayur dan buah rendah kalori dan tinggi serat menyebabkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

10)  Minum air kosong 8 gelas sehari.

11) Tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan 10,000 langkah sehari.

12) Pilih untuk gunakan tangga di tempat kerja atau dimana sahaja.

13) Lakukan aktiviti fizikal dengan intensiti sederhana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu atau 150 minit seminggu.

14) Kurangkan aktiviti sedentari seperti menonton televisyen atau tidur lama di siang hari.

15) Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai, berkebun dan sebagainya.


August 17, 2016

5 Kunci Perkara Ghaib



5 Kunci Perkara Ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu :
====================================================

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.

5) Tiada yang mengetahui bila KIAMAT akan terjadi melainkan ALLAH.

(Riwayat Bukhari)

August 16, 2016

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh





Banyak kelebihan bila kita bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk solat subuh.

1) Melancarkan Peredaran darah
Peredaran darah yang lancar menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga. Kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2) Kulit lebih Lembut dan Halus
Elakkan memasang pemanas air sewaktu mandi pagi kerana mandi dengan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. Ia juga menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah rapuh. Kulit pula menjadi lebih lembut dan rapuh.

3) Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.

4) Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Mandi awal pagi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit darah tinggi. Jika diamalkan selalu penyakit akan pulih dengan izinNya.

5) Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

6) Mengurangkan Tekanan Serta Tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Untuk yang mengalami depresi, ini adalah satu cara terbaik untuk menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.


August 12, 2016

6 Petua Untuk Berjaya Dalam Hidup


1. Tenang – Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Pandai Merancang – Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

3. Sentiasa Ingin Belajar – Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bila pun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

4. Suka Memberi – Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

5. Tidak Berlengah – Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

6. Personaliti Cemerlang – Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah Cina,” Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tetapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun.”


May 23, 2016

PETUA MERAWAT SELSEMA TANPA UBAT

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema dan berbeza-beza setiap tahun. Jangkitan-jangkitan ini akan hilang dengan sendirinya kecuali terjadinya jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar melalui bercakap, batuk, bersin atau melalui sentuhan langsung.

Petua untuk hilangkan selsema dengan cepat


1) BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG ATAU SUAM

Air kosong yang suam sangat baik untuk tubuh badan kita. Kita perlu mengamalkan 8 gelas air sehari untuk waktu-waktu biasa. Bila kita mengalami selsema disarankan supaya minum lebih lagi air untuk membersihkan sistem tubuh badan daripada kuman penyebab selsema. Air juga boleh mengelakkan badan dari mengalami dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

2) LEBIHKAN MINUMAN PANAS

Minuman panas boleh mengurangkan masalah hidung tersumbat dan dapat melegakan kerongkong. Ini kerana wap yang dihasilkan daripada air panas  boleh mencairkan kahak. Elakkan meminum air yang sejuk atau berais kerana boleh menambahkan lagi sakit tekak dan boleh menyesakkan nafas.

3) AMBIL WAKTU UNTUK BEREHAT

Kurang rehat boleh menyebabkan ketahanan tubuh menjadi lemah. Kuman dan bakteria jahat mudah menyerang menyebabkan selsema dan batuk. Jadi untuk memastikan badan cukup tenaga dan mengekalkan kesihatan anda perlukan rehat yang secukupnya. Ambil waktu rehat secukupnya dan elakkan aktiviti luar rumah yang boleh memudaratkan lagi kesihatan.

4) TERAPI WAP

Cara untuk membuat terapi wap sangat mudah dengan menyediakan sebesen air panas. Kemudian ambil sehelai tuala besar untuk menutup kepala dan muka di ruangan atas tengah-tengah besen yang berisi air panas tersebut. Proses ini boleh melegakan hidung yang tersumbat.

5) GUNAKAN HERBA-HERBA YANG TERDAPAT DI DAPUR

Campurkan sedikit madu dan air lemon atau teh limau untuk memberikan kelegakan pada tekak. Ia juga boleh merawat batuk dan mencairkan kahak. Air rebusan halia yang ditambah sedikit madu juga boleh melegakan selsema.


6) AMALKAN VITAMIN C SETIAP HARI

Mengamalkan vitamin C setiap hari sebagai langkah untuk mengatasi simptom selsema. Pengambilan secara berterusan membantu mengurangkan sakit tekak, batuk dan selsema. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

April 20, 2016

7 PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA



PISANG

Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur sehingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


PUTIH TELUR

Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut. Biarkan selama beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk. Amalkan seminggu sekali.


BUNGA MELUR DAN CEMPAKA

Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumurkan ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokkan hari cuci muka dengan suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.



BERAS PULUT, KULIT KAYU MANIS DAN KUNYIT HIDUP

Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokkan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu.



SUSU TEPUNG DAN PUTIH TELUR

Ambil beberapa sudu susu tepung dan campurkan bersama putih telur. Lumurkan seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Apabila masker dah kering  bilas dengan air bersih. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan 2 kali seminggu.



HERBA DI DAPUR

Kunyit, madu, telur, yoghurt dan susu dicampur dan dibancuh untuk dijadikan masker wajah. Sama seperti yang lain. Lumurkan ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air sejuk. 


MASKER VITAMIN E DAN ESP SHAKLEE

Petua ini adalah paling best dan sangat mudah untuk dibuat. Masker ESP dan Vitamin e. Ambil satu sudu ESP dan satu biji Vitamin E. Bancuh sekata sehingga sebati. Pastikan vitamin dipicit sempurna kerana Vitamin sangat baik untuk kulit. Lumurkan ke muka dan biarkan kering. Bila dah kering bilas muka dengan air bersih. Lap sehingga kering.


Dah tahu petua nak buat kulit tegang tanpa botox atau suntikan kan? Marilah kita sama-sama cantik dan kelihatan menawan untuk kepuasan diri sendiri dan sedap mata orang yang memandang. Kecantikan itu bermula dari dalam.  


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...